Anda di halaman 1dari 2

PK07 Pengurusan Mesyuarat

SJKC CHONG HWA RENGIT


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWAD KECEMASAN DAN KEBAKARAN
KALI PERTAMA BIL 1 /(2013)
Tarikh

: 20 Disember 2012

Masa

: 1.00 tengahari 2.00 petang

Tempat

: Pusat Sumber Sekolah

Pengerusi

: Cik Tan Lee Yan

Kehadiran(Bilangan) : orang
1

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK ke mesyuarat pagi ini.
1.2 Tujuan mesyuarat petang ini adalah untuk menubuhkan jawatankuasa baru
tahun 2013 dan membincangkan tentang aktiviti dan program latihan kebakaran
yang akan dijalankan pada tahun 2013

AGENDA MESYUARAT
2.1 Pelantikan AJK 2013
2.1.1 Jawatankuasa kawad kecemasan tahun 2013 ditubuhkan untuk mengelolakan
aktiviti latihan kebakaran pada tahun ini dan memastikan sekolah selamat dan
mencegah kebakaran pada setiap masa.
2.1.2 Semua staf sekolah ini dilantik sebagai AJK.
2.1.3 Senarai jawatankuasa yang ditubuhkan adalah seperti berikut :
Pengerusi
: Pn. Lee Choon Kok (Guru Besar)
Naib Pengerusi
: Cik Tan Lee Yan (GPK Hem)
Cik Aw Yang Koh Shu (GPK1)
Pn Lee San San (GPK KK)
Setiausaha
: Cik Fara Hairani binti Sahar
AJK
: Pn. Leong Lai Seam
Semua guru
Semua Staf Sokongan
Tindakan: Makluman
2.2 Program Tahun 2013
2.2.1 Program yang akan dijalankan adalah Program mencegah kebakaran.
2.2.2 Latihan kecemasan dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
2.2.3 Penilaian keberkesanan latihan kecemasan mencegah kebakaran.
2.2.4 Memberi panduan dan taklimat kepada guru dan semua murid serta kakitangan
sekolah.
2.2.5 Panduan mencegah kebakaran ada di halaman takwim sekolah.
2.2.6 Guru yang bertugas kecemasan haruslah memberi penerangan peraturan
kepada murid-murid dari semasa ke semasa.
2.2.8 Sentiasa memeriksa alat pemadam api dan memastikan alat tersebut berfungsi
dengan baik.
2.2.9 Pelan / peta kecemasan telah diberi kepada guru setiap kelas untuk ditampal
pada papan kenyataan.
2.2.10 Guru kelas akan membimbing murid-murid semasa latihan kecemasan dan
memaklumkan kepada murid segala peraturan yang berkaitan.
Tindakan:Makluman

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

HAL-HAL LAIN
3.1. Pemadam api perlu dibersihkan dari sebarang habuk dan kekotoran minta pekerja
pembersihan membersihkannya.
3.2 Pemeriksaan peta kecemasan perlu dipastikan ada dalam setiap kelas dan bilik-bilik
khas.
Tindakan:Setiausaha

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.
Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................

................................

Tarikh :

Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00