PERATURAN PERKHEMAHAN

i) Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah ditetapkan.Sebarang
permohanan untuk menginap di luar kawasan perkhemahan tidak akan dilayan.

ii) Semua peraturan displin yang dikuatkuasakan di sekolah akan dikuatkuasakan
disepanjang perkhemahan .
iii) Peserta-peserta juga tidak dibenarkan membawa makanan dari luar (kecuali
Bahan yang telah ditetapkan oleh j/Kuasa pelaksana) atau membeli makanan di luar kawasan
perkhemahan.
iv) Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang boleh digunakan yang
boleh digunakan sebagai senjata adalah dilarang.
v) Para peserta di larang membawa barang-barang kemas atau barang-barang yang berharga
termasuklah peralatan elektronik.
vi) Para peserta ditegah sama sekali daripada memasuki kawasan-kawasan larangan yang
ditandakan atau yang ditetapkan oleh j/kuasa pelaksana SEPERTI BERKELIARAN DI DALAM
KELAS termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai bertugas dan kawasan
perkhemahan peserta berlainan jantina.
vii) Semua peserta dikehendaki memakai uniform lengkap mengikut unit masing-masing dan sentiasa
mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa,khususnya semasa melaksanakan
aktiviti-aktiviti sepanjang perkhemahan.
viii) Semua peserta perlu sentisitif kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.
ix) HARAPAN
KEJAYAAN PERKHEMAHAN INI AMAT BERGANTUNG KEPADA KERJASAMA SEMUA PIHAK.
DEMIKIAN JUGA,SOKONGAN DAN BANTUAN EHSAN DARI SEMUA PIHAK AKAN SECARA
LANGSUNG TURUT MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN ITU.

DISIPLIN PERKHEMAHAN
i) Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yangv ditetapkan semasa menyertai
perkhemahan
ii) Peserta-peserta yang disabitkan bersalah melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan akan
dikenakan tindakan seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Kecil Displin dan disahkan
sekurang-kurangnya tiga orang Ahli Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan dan Setiusaha
Jawatankuasa Pelaksana.
iii) Sebarang kemenangan yang diperolehi oleh mana –mana peserta yang telah disabitkan bersalah
melanggar mana-mana peraturan perkhemahan akan dibatalkan dengan serta merta.

IKRAR PERKHEMAHAN
KAMI PESERTA PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM SK SYP 1 2010
DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN TAKZIMNYA BERIKRAR
BAHAWA KAMI AKAN MENYERTAI PERKHEMAHAN INI DENGAN BERSUNGGUH- SUNGGUH
BAHAWA KAMI AKAN MENJALANI SEMUA AKTIVITI YANG DIPROGRAMKAN DENGAN TABAH
DAN PENUH SEMANGAT
BAHAWA KAMI AKAN MEMANFAAT PELUANG YANG DIBERI UNTUK MEMPERKAYAKAN
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KAMI,SERTA MEMPERERATKAN LAGI PERPADUAN DI
ANTARA KAMI
BAHAWA KAMI AKAN MENGHARGAI DAN MENJUNJUNG TINGGI SEGALA PANDUAN,NASIHAT
DAN TUNJUK AJAR YANG BAKAL KAMI PEROLEHI
BAHAWA KAMI AKAN MENGHADAPI SETIAP KESUKARAN DAN MASALAH SEBAGAI CABARAN
DAN UJIAN
BAHAWA KAMI AKAN BERUSAHABERSAMA-SAMA MRNJAYAKAN PERKHEMAHAN INI
BAHAWA KAMI AKAN KEMBALI DENGAN SEMANGAT PERJUANGAN YANG TINGGI
DAN KAMILAH
PENDUKUNG CITA-CITA BANGSA DAN NEGARA
KEPERLUAN PESERTA(INDIVIDU)
1`. PERALATAN KEBERSIHAN DIRI
• BERUS GIGI & UBAT GIGI
• SEHELAI KAIN BASAHAN
• SEHELAI TUALA
• SEBUKU SABUN MANDI & SABUN MEMBASUH
• SIKAT RAMBUT & BEDAK
• PAKAIAN DALAM (SEKURANG – KURANGNYA 4 PASANG)
• PAD DAN AKHBAR UNTUK MEMBUNGKUSNYA(JIKA PERLU)
2. PAKAIAN SECUKUPNYA
• PAKAIAN RIADHAH
• PAKAIAN KERJA/LASAK (BAJU DAN SELUAR HITAM)
• PAKAIAN TIDUR(BAJU & SELUAR TREK)
• STOKIN GELAP (2 PASANG)
• KASUT KANVAS/SEKOLAH/SUKAN(2 PASANG)
3. UNIFORM UNIT-UNIT MASING-MASING (LENGKAP)
• PENGAKAP
• TKRS
• PUTERI ISLAM
• PBSM
4. PERALATAN TAMBAHAN

• SELIPAR GETAH
• KOLEJ/GAYUNG (UNTUK MENCEDUK AIR)
• KAIN SEMBAHYANG/SEJADAH & SEBUAH BUKU YASIN
• UBATAN
• BUKU LOG & ALAT TULIS
• KAD REKOD PENILAIAN (JIKA ADA)
• KAIN ANDUH(UNTUK LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS
• 2 METER TALI NYLON (UNTUK IKATAN & SIMPULAN)
• LAMPU PICIT
• PAKAIAN/KOSTIUM UNTUK PERSEMBAHAN
• PERALATAN UNTUK MAKAN SEPERTI
i) Pinggan plastik
ii) Gelas
iii) Sudu dan garpu
iv) Air mineral (secukupnya)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful