Apabila berbicara tentang masakan rimba, seringkali kita akan melihat Pengakap
sebagai panduan. Roti Lilit adalah sinonim dengan masakan rimba. Saya merasakan
bahawa masakan rimba mempunyai ertikata yang luas. Bukan sekadar
menghasilkan Roti Lilit tetapi kaedah masakan yang dihasilkan adalah perlu
diterapkan kepada pelajar. Secara umumnya ada beberapa cara masakan rimba
boleh dihasilkan.
Antaranya adalah dengan kaedah merebus, memanggang atau membakar makanan
terus ke dalam api. Kaedah-kaedah ini boleh digunakan untuk jenis makanan yang
bersesuaian.
Seperti ubi kayu. Juadah ini boleh disediakan dengan dua cara iaitu merebus atau
membakar. Ubi kayu yang telah dibersihkan dari kotoran seperti tanah dan
sebagainya boleh dimasukkan ke dalam api atau bara api. Setelah beberapa ketika
anda boleh keluarkan dan kikis bahagian luarnya dan kemudian patahkan. Hasilnya
ubi kayu yang sudah boleh dimakan dengan rasa yang lebih enak.
Resipi Pertama - Roti lilit
Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist, dan
beberapa batang lidi.
Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu
dipotong ialah di bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya.
Kemudian buang bahagian isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor.
Hanya perlukan kulit luar sahaja untuk dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau
sunkist tiada, cari buah hutan yang berkulit tebal dan basah serta dibuang isi
dalamnya. Pecahkan sebiji telur ke dalam 'periuk limau' tadi dan kacau
perlahan-lahan sebelum ditutup dengan kemas. Gunakan lidi sebagai 'jarum'
supaya tutup limau tidak terbuka. Letakkan 'mangkuk limau' yang mengandungi
telur dengan cermat di tepi bara api. Tunggu sehingga telur tadi masak dan
dihidang di atas daun pisang. Rasa telur amat enak, kerana campuran perisa
limau dan telur tadi.
Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat