KOMPAS ORIENTEERING @KOMPAS SILVA

1. Apakah Kompas Kompas merupakan lat yang kedua penting yang digunakan dalam
sukan orienteering selain dari peta. Jenis kompas yang digunakan untuk orienteering ialah
campuran kompas dengan pengukur jangka sudut. Ia mula-mula dicipta pada tahun tiga
puluhan oleh tiga adik beradik keluarga Kjellstrom – Bjorn, Alver dan Arvid dari negara
Sweden. Kompas jenis ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan dipasang dengan
plat tapak dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di dalam kapsul
ialah satu jarum magnetik.
2. Kegunaan Kompas Kompas hanya digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:
2.1 Menentukan arah perjalanan
2.2 Menyelaraskan peta
2.3 Mengira jarak jauh
2.4 Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
2.5 Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta). Bila
menggunakan kompas, kesilapan antara 5 darjah adalah dibenarkan, kerana ia bukan
senang untuk mendapatkan ketepatan seratus peratus. Lebih pentingkan kemahiran
membaca peta dengan tepat daripada menggunakan kompas hanya alat tambahan kepada
peta.
3. Menjaga Kompas Kompas ialah alat yang tepat dan mesti digunakan dengan baik. Ia
mesti dijauhkan dari alat-alat besi yang berkuasa elektromegnet kerana jarum magnetik itu
akan lari dari arah utara mengnet yang ditunjukkan.(Jarum kompas mengnetik tidak
menunjukkan arah utara benar tetapi utara mengnetik). Bila menggunakan kompas, ia mesti
dipegang mendatar. Semasa menyimpan atau meletak kompas, jauhkan kompas dari
pembesar suara kerana pembesar suara mempunyai kuasa magnetik yang kuat.
4. Bahagian Kompas Kompas orienteering mengandungi tiga bahagian utama iaitu ·
Plat tapak yang lut sinar ·
Perumah kompas yang boleh berputar ·
Jarum magnetik (di dalam perumah kompas)
1-Anak panah menunjukkan arah 2-Jarum Kompas 3-Skala
4-Kanta Pembesar 5-Penjangka (roamer) 6.Penunjuk arah perjalanan
7.Tapak kompas (Base plate) 8-Bacaan Bearing (sudut) 9-Garisan penimur grid \
10-Piring kompas (compass Housing) MATA ANGIN

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful