Anda di halaman 1dari 2

1.

Mengenang Jasa Ibu Bapa


Pada globalisasi yang maju ini,remaja menghadapi pelbagai masalah terutamanya ialah
pada masa kini banyak anak yang tidak tahu mengenang budi jasa ibu bapa yang telah
membesarkan mereka. Mereka sanggup menengking ibu bapa yang sudah tua dan
uzur,malah ada juga sanggup mendera atau menghalau ibu bapa mereka. Oleh itu,kita
perlu bekerjasama untuk membatasi masalah ini berlaku. Bagaimanakah masalah ini
dapat diatasinya?
Anak-anak perlu mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan. Mereka perlu
mempunyai keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam. Mereka seharusnya
melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan dengan menjaga ibu bapa yang sudah tua
dan uzur dengan baik. Selain itu,mereka juga perlu mematuhi segala suruhanNya.
Contohnya,mereka perlu membalas budi jasa ibu bapa yang membesarkan mereka.
Selain itu,anak-anak pada masa kini perlu ada nilai kasih sayang terhadap keluarga.
Mereka perlu mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap anggota keluarga
mereka. Contohnya mereka perlu bersikap prihatin terhadap ibu bapa yang membesarkan
mereka. Seterusnya,mereka juga perlu mempunyai perasaan cinta yang berkekalan
terhadap keluarga . Contohnya, mereka seharusnya menjaga ibu bapa mereka yang tua
dan uzur dengan cara menjemput mereka tinggal bersama.
Di samping itu,anak-anak perlu hormat dan taat kepada anggota keluarga. Mereka harus
memuliakan setiap anggota keluarga. Contohnya,mereka seharusnya mengambil kira
perasaan ibu bapa yang berasa sedih,kecewa dan hampa. Mereka juga harusnya
memberikan layanan yang bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia. Mereka
seharusnya menghormati ibu bapa mereka dan tidak menengking ibu bapa yang sudah tua
kerana akan menyebabkan mereka berasa kita tidak sayangi terhadap mereka lagi.
Secara kesimpulannya,setiap individu perlu mempunyai nilai bertanggungjawab .Mereka
harus ada kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas seta
kewajipan dengan sempurna. Jika masyarakat kita semua mempunyai nilai di
atas,masalah remaja tidak mengenang jasa ibu bapa turut akan diatasi dengan mudah dan
cepat dan dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang penuh dengan kasih sayang dan
bertanggungjawab.

9. Kemalangan Jalan Raya


Setiap hari,apabila kita membaca akhbar mesti kita menemui berita yang tentang
kemalangan jalan raya terutamanya ketika hari perayaan. Walaupun sudah diingatkan
agar para pemandu berhemah ketika memandu dan jangan terlalu bergembira untuk
mengelakkan tragedi di jalan raya,kemalangan tetap juga berlaku. Mengapakah keadaan
ini boleh berlaku?Apakah rakyat Malaysia tidak sayang akan diri sendiri dan keluarga
masing-masing?
Banyak sebab yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Paling utama ialah
sikap pengguna jalan raya.Mereka patut mengamalkan nilai hemah tinggi. Mereka patut
beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam semasa di jalan raya. Tanpa ada urusan
penting,mereka gemar memandu laju dengan alasan kereta yang dinaiki cukup canggih
untuk menderum di jalan raya dengan cara tidak memandu dengan berhati-hati dan lampu
isyarat tidak dipatuhi. Kesilapan yang dilakukan oleh mereka boleh menyusahkan
penggunajalan raya yang lain.
Selain itu,sikap pengguna patut mngamalkan nilai toleransi . Mereka patut bertolak
ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Apabila mereka menghadapi kesesakan di jalan raya,mereka patut sabar dan mengawal
perasaan diri daripada memotong kenderaan di hadapan dengan sesuka hati.
Di samping itu,anak muda pula menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan
haram. Disebabkan ingin menang,mereka akan memandu selaju mungkin dengan
melupakan keadaan motosikal mereka dan kenderaan orang lain serta lupa akan keluarga
dan nyawa diri. Mereka seharusnya mengamalkan nilai rasional. Mereka sewajarnya
berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar.
Kesimpulannya,kita perlulah merenung secara mendalam akan masalah peningkatan
kemalangan jalan raya ini. Jika masalah ini tidak diatasi segera,jalan raya bukan lagi
laluan yang selamat. Pengguna jalan raya perlu ditanamkan akan perasaan sayang
diri,sayang keluarga dan sayangi orang lain agar menjadikan diri sentiasa berhemah
ketika memandu.

Anda mungkin juga menyukai