Anda di halaman 1dari 2

Bab 21: Tak Ingin Tahu

Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain
mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh
ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada
rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga
menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan
Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi
estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual
dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan
tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil
pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk
Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak
sesuai bekerja di ladang.

Persoalan
1) Usaha seseorang untuk memajukan sesuatu bidang.
2) Melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.
Watak dan Perwatakan
1) Azrul # Rajin berusaha untuk memajukan industri pertanian.
2) Zain # Baru pulang ke tanah air selepas 3 tahun berada di New Zealand.
3) Masitah # Setiausaha kepada Azrul.

Latar
#MASA
Waktu pagi Azrul dan anaknya berbual mengenai perubahan yang telah
berlaku selepas 3 tahun ketiadaan anaknya.
# TEMPAT
Rumah Azrul Masitah telah dating ke rumah Azrul untuk meminta Azrul
untuk menandatangani dokumen.
# MASYARAKAT
Masyarakat yang semakin maju. Rakyat tempatan semakin maju kerana telah
menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi dan tidak lagi sesuai untuk

bekerja di kampung.

Nilai
1) Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.
-Datuk Azrul rajin menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa
sawit dan dusun buah-buahan agar dapat meningkatkan produktiviti dan
pendapat para petani.
2) Amanah dan bertanggungjawab.
-Kita mestilah amanah dan bertanggungjawab terhadap rakyat jelata dengan
terus menabur jasa,bakti dan kebajilan kepada mereka walaupun diri kita
telah bergelar datuk.

Pengajaran
1) Kita mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
sesuatu perkara yang kita mahu.
2) Kita mestilah mempunyai sikap amanah dan tanggungjawab dalam
melaksanakan tugas.

Anda mungkin juga menyukai