Anda di halaman 1dari 6

SMK BANDAR BARU SERI PETALING

PERATURAN-PERATURAN UMUM PERSEKOLAHAN


1.0 Waktu Persekolahan
Waktu persekolahan dibahagikan kepada dua sesi:
a) Sesi pagi

: Isnin hingga Khamis


7.30 pagi

1.05 tengahari
Jumaat
7.30 pagi

12.30 tengahari
b) Sesi petang :Isnin hingga Khamis
1.10 tengahari

6.45 petang
Jumaat
2.20 petang
6.45 petang
c) Perhimpunan pagi akan bermula pada pukul 7.15 pagi setiap hari.
d) Pelajar-pelajar yang datang lewat dikehendaki melaporkan diri kepada
pengawas yang bertugas atau guru disiplin untuk mendapatkan surat
kebenaran masuk kelas. Tanpa surat kebenaran, mereka yang lewat TIDAK
DIBENARKAN masuk ke dalam kelas. Surat kebenaran ini hendaklah dihantar
untuk semakan guru dalam kelas dan seterusnya kepada guru tingkatan
untuk rekod kehadiran.
2.0

Ketidakhadiran ke Sekolah

a) Murid yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit atau sebab-sebab lain
mestilah membawa surat doktor atau surat penjelasan daripada ibu
bapa/penjaga sebaik sahaja dating kembali ke sekolah.
b) Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa membawa surat doctor/surat
penjelasan daripada ibu bapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng
sekolah dan tindakan akan diambil.
c) Surat cuti sakit daripada ibu bapa/penjaga mesti mengggunakan kertas surat
dan sampul surat yang sesuai. Surat yang menggunakan kertas buku latihan
atau tanpa sampul surat TIDAK akan dilayan.
3.0

Pulang Awal semasa Waktu Persekolahan

a) Murid-murid tidak dibenarkan pulang awal/meninggalkan kawasan sekolah


tanpa kebenaran Pengetua/Guru Penolong Kanan.
b) Ibu bapa/penjaga yang ingin membawa anak mereka pulang awal semasa
waktu persekolahan diminta mengisi dan menandatangani buku khas yang
terdapat di pejabat. Guru bertugas dan guru tingkatan hendaklah diberitahu
sebelum pelajar ini dibawa pulang.
4.0

Kebenaran Berjumpa Murid

a) Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan pergi ke kelas anak mereka untuk


berjumpa dengan murid.
b) Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan menyuruh murid lain memanggil anaknya
supaya keluar dari kelas berjumpa dengannya.
c) Ibu bapa/penjaga hendaklah pergi ke pejabat sekolah untuk segala urusan
mengenai anak mereka. Kakitangan pejabat akan memanggil murid
berkenaan keluar dari kelas untuk berjumpa dengan ibu bapa/penjaga.
1

5.0

Keselamatan Lalu Lintas

a) Murid-murid yang berjalan kaki harus menggunakan susur gajah atau lorong
pejalan kaki yang disediakan oleh pihak DBKL. Murid-murid harus mengelak
daripada berjalan di kawasan-kawasan yang sunyi atau gelap.
b) Murid-murid yang menaiki bas hendaklah beratur semasa menaiki bas dan
turun dalam keadaan yang tertib. Jangan berebut-rebut dan jangan sekali-kali
berdiri di atas tangga sewaktu bas berjalan.
c) Murid-murid harus melintas jalan raya dalam keadaan yang selamat dan
tidak bermain-main di jalan raya.
d) Semua basikal/motosikal hendaklah disimpan di tempat yang ditetapkan
dalam kawasan sekolah. Basikal/motosikal mesti sentiasa dikunci. Jika
terdapat kehilangan atau kerosakan pihak sekolah tidak bertanggungjawab.
e) Murid-murid dilarang membawa atau meletak kereta di dalam kawasan
sekolah.
6.0

Perhimpunan Sekolah

a) Semua murid dikehendaki berada di kawasan perhimpunan selewat-lewatnya


pukul 7.15 pagi. Murid yang hadir selepas jam 7.15 pagi dianggap sebagai
lewat ke perhimpunan.
b) Murid-murid dikehendaki beratur dalam barisan kelas masing-masing secara
berpasangan.
c) Murid-murid dilarang bercakap, bermain-main, membaca, atau berlengahlengah sebaik sahaja loceng berbunyi untuk perhimpunan.
d) Murid-murid akan menyanyikan lagu kebangsaan, lagu Wilayah Persekutuan,
dan lagu sekolah dengan penuh semangat.
e) Semasa doa dibacakan, murid-murid Islam dikehendaki berdoa bersamasama dan murid-murid bukan Islam hendaklah berdoa dengan cara sendiri
dalam keadaan senyap.
f) Murid-murid hendaklah membaca ikrar Rukun Negara, Visi dan Misi sekolah
dengan penuh semangat.
g) Murid-murid dikehendaki member sepenuh perhatian semasa Pengetua/Guru
Penolong Kanan/guru menyampaikan ucapan.
7.0

Peraturan Waktu Belajar

a) Semua murid mesti berada di dalam kelas sendiri , di bilik-bilik khas seperti
bengkel, bilik seni, dan makmal dan tempat duduk yang telah ditetapkan.
Murid-murid dilarang berpindah-pindah tempat duduk.
b) Murid-murid dilarang meminjam buku/alat tulis dari kelas lain semasa waktu
belajar atau pada masa pertukaran waktu.
c) Murid-murid tidak dibenarkan meminum air semasa guru mengajar.
Sekiranya hendak minum, mestilah meminta kebenaran guru dahulu.
d) Murid-murid yang tidak mengambil sesuatu mata pelajaran atau kertas ujian
tidak dibenarkan meninggalkan kelas. Mereka dikehendaki berada dalam
kelas dan mengulang kaji dengan senyap di bawah pengawasan guru.
2

e) Murid-murid dikehendaki mengambil tahu serta mematuhi peraturanperaturan peperiksaan, pusat sumber, makmal sains, bengkel, padang, dan
lain-lain.
f) Murid-murid yang meninggalkan kelas kerana hal kecemasan mesti diiringi
oleh salah seorang AJK kelas(misalnya murid sakit yang hendak ke bilik
kesihatan/bilik HEM)
g) Murid-murid yang ingin keluar ke tandas atau bagi urusan guru mestilah
menggunakan pas yang disediakan.
h) Murid-murid perlu menukar pakaian untuk kelas Pendidikan Jasmani dan
melaporkan diri kepada guru PJ. Murid yang sakit juga perlu lapor diri kepada
guru PJ.
i) Sekiranya murid-murid pergi ke bilik-bilik khas untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran, semua suis lampu dan kipas perlu ditutup terlebih dahulu.
j) Murid-murid dilarang pergi ke tandas pada waktu pertama, sebelum rehat,
selepas rehat, dan waktu terakhir sesi persekolahan.
8.0

Waktu Rehat

a) Semua murid mesti keluar dari kelas pada masa rehat KECUALI ketua
kebersihan dan murid-murid yang bertugas dalam pembersihan kelas.
b) Semasa di kantin :
i.
Murid-murid dilarang meninggalkan sampah atau sisa makanan
di atas meja atau bangku selepas makan.
ii.
Murid-murid mesti memulangkan bekas makanan atau minuman
seperti gelas, mangkuk, dan sebagainya ke dalam tong atau
dulang yang disediakan.
iii.
Murid-murid dilarang membawa keluar makanan atau minuman
dari kawasan kantin.
9.0

Kebersihan Kelas

a) Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas dan kawasan


sekolah.
b) Kelas mesti dibersihkan di dalam dan di luar pada waktu pertama, semasa
rehat, dan sebelum balik.
c) AJK kelas harus memastikan segala peralatan pembersihan kelas berada di
tempat yang ditentukan.
d) Guru Tingkatan dan ketua kelas harus memantau jadual tugas yang
disediakan dipatuhi oleh semua murid di dalam kelas berkenaan.
e) Murid-murid mesti membersihkan lantai yang berdekatan dengan tempat
duduk masing-masing serta menyusun meja dan kerusi seperti yang telah
ditetapkan.
10.0 Telefon Awam
a) Telefon awam yang disediakan di dalam kawasan sekolah tidak boleh
digunakan pada waktu pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
b) Panggilan kecemasan boleh dilakukan menggunakan telefon di dalam pejabat

11.0 Lain-Lain
a) Murid diminta melaporkan kepada pihak sekolah sekiranya ternampak
pelajar-pelajar lain yang berkelakuan tidak senonoh atau mencemarkan nama
baik sekolah.
b) Murid-murid tidak boleh mencemarkan nama baik sekolah atau menjatuhkan
imej sekolah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Mereka yang
berkelakuan kurang sopan di perhentian bas, kedai, gerai atau tempattempat lain misalnya semasa mewakili sekolah akan dihukum dengan berat.
c) Semua murid dilarang menjadi ahli kumpulan haram atau menubuhkan
sindiket haram.
d) Murid-murid dikehendaki hadir untuk kelas hari Sabtu, latihan rumah atau
majlis rasmi sekolah seperti yang diwajibkan oleh pihak sekolah.
e) Murid-murid dikehendaki menjaga buku SPBT seperti hak milik sendiri.
Sebarang kerosakan perlu dibaiki dan jika dilakukan dengan sengaja maka
murid akan didenda.
f) Murid lelaki dan perempuan dilarang berpasangan atau berdua-duaan di
dalam kawasan sekolah.
g) Murid-murid harus memakai pakaian sukan sekolah semasa bermain di
padang atau gelanggang.
h) Murid-murid dilarang membawa orang luar yang tidak diingini atau yang
berniat jahat ke dalam kawasan sekolah.
i) Kawasan pejabat sekolah dan bilik guru adalah kawasan larangan bagi semua
murid.
12.0 Barang-Barang Larangan
j) Pemadam cecair.
ii) Kamera tanpa kebenaran guru.
iii)
Sarung kaki berwarna.
iv)
Barang-barang kemas atau friendship band dan sebagainya.
v)
Pakaian selain daripada pakaian sekolah.
vi)
Barang-barang kosmetik.
vii)
Minyak wangi.
viii) Cermin mata gelap.
ix)
Aksesori rambut yang berkilat, bermanik, dwiwarna, denim, dan lain-lain.
x) Subang yang lebih besar daripada saiz siling lima sen, berbentuk cincin,
mutiara, tiga dimensi, dwiwarna, anting-anting, mismatched earrings,double
studded atau lebih daripada satu stud. Hanya satu subang pada setiap
telinga; jika mempunyai lebih daripada satu lubang pada setiap telinga,
subang mesti dipakai pada lubang yang paling rendah.
xi)
Bahan lucah atau sebarang jenis poster.
xii)
Kasut sukan kecuali selepas waktu persekolahan untuk aktiviti sukan.
xiii) Diari peribadi(buku atau elektronik) atau buku autograph.
xiv) Varnish kuku.
4

xv)

Semua jenis majalah hiburan kecuali majalah yang berunsurkan


pendidikan.
xvi)
Pita video dan cakera padat, radio, alat perakam, walkman, tamagotchi
atau lain-lain alat elektrik atau elektronik tanpa kebenaran guru.
xvii)
Telefon mudah alih (handphone).
xviii)Senjata (pisau, besi, dan lain-lain)
xix) Daun terup, kad mainan atau lain-lain permainan.
xx)
Chewing gum, bubble gum, gula-gula dan seumpamanya.
xxi) Tali kasut berwarna.
xxii)
Pen marker, scribbles, spraypaint,unipaint, tepung dan lain-lain tanpa
kebenaran guru.
xxiii)
Gambar-gambar artis.
xxiv)
Teropong.
xxv) Dadah atau sebarang ubatan tanpa kebenaran bertulis daripada doktor.
xxvi)
Alat picagari(syringe).
xxvii) Rokok dan lain-lain bahan tembakau.
xxviii)
Minuman keras.
xxix)Beg yang bergambar tidak sopan atau lucah, dan juga beg yang berkilat
(bukan beg sekolah)
xxx)
Sun glasses
xxxi)
Jam tangan yang menonjol atau terlalu besar dan berfesyen.
xxxii)
Segala barangan yang dilarang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
dari semasa ke semasa.
13.0 Dendaan
Murid-murid atau seluruh kelas boleh didenda/dikenakan bayaran ganti rugi
bagi kesalahan berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Meja
RM
Kerusi
RM
Kaca Tingkap
RM
Pas keluar
Alat-alat pembersihan RM
Membawa telefon bimbit
RM
RM
g) Kesalahan SPBT
RM
h) Pembaziran elektrik

1.00 hingga RM 70.00 (rosak atau hilang)


1.00 hingga RM 40.00 (rosak atau hilang)
3.00 hingga RM 5.00 (pecah atau retak)
RM 3.00 hingga RM 5.00 (rosak atau hilang)
1.00 hingga RM 15.00 (hilang)
RM 10.00 (kali pertama)
20.00 (kali kedua)
30.00 (kali ketiga)
0.50 (setiap kesalahan)
RM 5.00 (seluruh kelas)

Catatan:

Setiap dendaan yang dikenakan ini adalah sebagai langkah


pencegahan ke arah melahirkan murid-murid yang berdisiplin,
bertanggungjawab,
menjaga
dan
menghargai
harta
benda
awam/kerajaan serta mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif.
Bayaran denda atau ganti rugi dikutip daripada ibu bapa dan bukannya
daripada wang saku murid-murid.
5

Segala dendaan ini telah dipersetujui bersama oleh Ahli Jawatankuasa


PIBG sekolah.

Peraturan-peraturan ini berkuatkuasa sepanjang sesi persekolahan dan diguna


pakai kepada semua murid yang berdaftar di SMK Bandar Baru Seri Petaling, Jalan
Radin 57000 Kuala Lumpur.
Arahan:
Pengetua
SMK Bandar Baru Seri Petaling

Anda mungkin juga menyukai