Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Latar Belakang
Lembaga Pengawas sekolah merupakan satu badan pelajar yang
sangat penting dalam membantu pengurusan warga pelajar.
Kehadiran pengawas di sekolah ibarat mata dan telinga pihak
pengurusan sekolah dalam melicinkan perjalanan sekolah. Mereka
merupakan pemimpin pelajar yang menjadi role model kepada
pelajar-pelajar lain. Di samping itu, peranan dan tugas mereka
dalam mengawal dan memantau pelajar dari awal pagi hingga
waktu balik adalah sesuatu yang sentiasa dihargai oleh pihak
sekolah. Oleh itu, kursus kepimpinan telah diadakan kepada
pengawas agar mereka dapat menjadi pemimpin yang berkaliber
pada masa akan datang.
2.0 Pengenalan
Pengawas sekolah merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh
guru-guru kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang. Selain
itu, pengawas juga di pilih dari kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai
kokurikulum dan akademik yang cemerlang.
Melalui program ini, pengawas dapat meningkatkan tahap dan kualiti
disiplin sekolah dengan memperbaiki kelemahan disiplin pelajar di sekolah
ini. Selain itu, pengawas juga dapat membantu pelajar-pelajar di sekolah ini
dari aspek disiplin sekolah. Tambahan pula, mereka dapat melindungi dan
menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah agar masalah-masalah
disiplin dapat diatasi dengan baik.
Akhirnya, dengan gandingan daripada semua pengawas SMKBBSP, kita
dapat menjadikan badan pengawas sebuah badan yang disegani semua

3.0 Matlamat

Melahirkan pengawas yang berdisiplin,bertanggungjawab dan


berwawasan.
Melahirkan pengurusan berdedikasi
Mewujudkan iklim lembaga yang aktif, produktif dan tegas.
Menyediakan warga lembaga yang berkualiti.
Melahirkan generasi pemimpinan masa depan yang mempunyai
sahsiah dan budaya kerja yang cemerlang.
Melahirkan generasi pemimpin yang beriltizam, bermoral dan
beriman.
Melahirkan generasi pemimpin yang kritis, kreatif dan inovatif yang
mampu menjana maklumat terkini

4.0 Objektif
~ Mengeratkan hubungan antara pengawas sesi pagi dan sesi petang.
~ Memupuk nilai bekerjasama.
~ Lebih jelas mengenai peranan pengawas.
~ Memupuk semangat cinta akan sekolah.
~ merealisasikan visi dan misi pengawas.

5.0 Bidang tugas Jawatankuasa Pelaksanaan


~ Pengerusi dan naib pengerusi
menyediakan dan memberikan taklimat dan peraturan kepada peserta.
Menentukan dan memastikan setiap peserta megikut arahan dan
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Menguatkuasakan peraturan
Menyediakan segala rancangan yang bersesuaian mengikut keperluan
dan persekitaran
Bekerjasama dengan lain-lain jawatankuasa dalam memastikan
kelancaran program
Mengurus dan meyelaras pergerakan peserta
~ Setiausaha
membantu tugasan penyelaras program
mencatat minit mesyuarat aktiviti.
Menerima nama para peserta program
Menyenarai dan menyediakan segala peralatan dan keperluan program
Menjalankan tugas dan tanggungjawab bila ketiadaan pengurus
~ Bendahari
menyimpan rekod kewangan yang digunakan untuk program
melaporkan statistik kewangan dalam mesyuarat
~ AJK Program
menyelaras perjalanan program keseluruhan
menentukan kelancaran dan berkesanan program
menyediakan pakej program
menentukan segala keputusan berkaitan sesuatu perkara berhubung
program

~ Makanan
memastikan setiap pengawas mendapat makanan
memastikan kebersihan tempat makan sentiasa bersih
~ Jurugambar
mengambil gambar yang sesuai bagi setiap sesi aktiviti yang berjalan
mengumpul segala gambar yang diambil untuk ditayangkan semasa
majlis penutup.
~ Pendaftaran
menguruskan pendaftaran peserta pada masa dan tempat yang telah
ditetapkan
mengemaskini senarai nama peserta
menguruskan urusan penyampaian cenderamata
~ Sijil dan Cenderamata
menyediakan sijil peserta
menaip nama penuh serta nombor kad pengenalan

6.0 Ahli jawatankuasa Pelaksanaan Kursus Kepimpinan


Pengawas 2010
Penasihat

: Puan Ku Seow Ling


Puan Jowana Juhary

Pengerusi

: S.Neeshanthi

Naib pengerusi

: Lee Hong Shi

Setiausaha

: Low Jo Ann

Bendahari

: Wong Ee Von

Makanan

: Mohd Fadly Shafi


Sanchana
Tan Sue Yee

Aktiviti

: Jonathan Lim
Choo Chiee Leong

Pendaftaran

: Low Jo Ann
Jacqueline Ong Puey Mun
Cheah Kah Mun

Jurugambar

: Jacqueline Ong Puey Mun


Yap Wai Lun

Sijil

: Lai Wen Lee


: Yee Wen Chung

Hadiah & cenderamata : Sanchana


: Tan Sue Yee

P.A Sistem

: Teoh Khen Foi

7.0 Laporan Kursus Kepimpinan Pengawas 2010


Lembaga Pengawas dan Unit Bimbingan Kaunseling, Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling telah menganjurkan Kursus Kepimpinan
Pengawas 2010 pada 16 hingga 17 April 2010, iaitu hari Jumaat hingga hari Sabtu,
selama dua hari satu malam di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri
Petaling. Kursus ini bermula pada 16 April, pukul 2.00 petang hingga 17 April, pukul
1.00 petang. Seramai 100 orang pengawas yang menyertai kursus ini. 60 orang terdiri
daripada pengawas sesi pagi manakala 40 lagi terdiri daripada pengawas sesi petang.
Kursus ini bermatlamat melahirkan pengawas yang berdisiplin,
bertanggungjawab dan berwawasan, mewujudkan Lembaga Pengawas yang aktif,
produktif dan tegas, melahirkan generasi pemimpin masa depan yang mempunyai
sahsiah dan budaya kerja yang cemerlang, melahirkan generasi pemimpin yang
beriltizam, bermoral dan beriman serta melahirkan generasi pemimpin yang kritis,
kreatif dan inovatif yang mampu menjana maklumat terkini. Selain itu, objektif
kursus ini adalah mengeratkan hubungan antara pengawas sesi pagi dan sesi petang,
memupuk nilai kerjasama, memahami peranan pengawas, memupuk semangat cinta
akan sekolah dan merealisasikan visi dan misi pengawas.
Pada 16 April 2010, pukul 2.00 petang, pendaftaran kursus bermula di depan
dewan. AJK yang ditugaskan dalam pendaftaran ialah Cheah Kha Mun dan Mun Pui
Shi. Pada pukul 3.00 petang, majlis rasmi bermula. Pengacara majlis ialah Lee Hong
Shi yang terdahulunya menyampaikan ucapan alu-aluan dan memperkenalkan
matlamat kursus. Seterusnya, Penolong Kanan HEM dan juga merupakan pengerusi
AJK Induk, Encik Sivakumar Thannimalay menyampaikan ucapan. Beliau berterima
kasih kepada ibu bapa yang sudi membenarkan anak-anak mereka sebagai pengawas
untuk melibatkan diri dalam kursus kali ini. Beliau juga berterima kasih atas
sumbangan yang diberikan. Selepas itu, Pengetua sekolah yang juga merupakan
penasihat AJK Induk, Puan Rohana binti Mohd Shariff menyampaikan ucapan dan
merasmikan kursus. Dalam ucapan beliau, beliau telah menjelaskan kepentingan
perjumpaan seperti ini untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Beliau
juga mamperkenalkan peti cadangan yang dapat mendorong ke arah pembaharuan.
Selepas ucapan, guru penasihat Lembaga Pengawas, Puan Ku Seew Ling telah
menyampaikan cenderamata kepada pengetua dan semua guru dijemput menjamu
selera di kantin.
Pada pukul 3.50 petang, Ice Breaking telah diadakan oleh Encik Talib dan
pengawas-pengawas telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pengawas dikehendaki
mengikuti kumpulan masing-masing dan menjalankan aktiviti seperti kenalmengenali, berkongsi pengalaman, memilih AJK kumpulan dan juga membuat
persediaan untuk pembentangan kumpulan keesokan harinya. Pada pukul 4.40 petang,
minum petang pengawas diadakan dan pengawas Islam bersolat. Pada pukul 5.10
petang, aktiviti riadah yang diketuai oleh Puan Norliza Muda telah dijalankan di tapak
perhimpunan dan semua pengawas menikmati keseronokannya. Pada pukul 6.10

petang, pengawas-pengawas dibenarkan membuat persiapan diri, misalnya mandi,


bersolat dan seterusnya makan malam.
Pada pukul 8.00 malam, Aktiviti Sejenak Bersama Polis telah diadakan. Pihak
sekolah telah menjemput empat orang polis yang berpangkat tinggi dan bertugas di
Kuala Lumpur datang untuk menyampaikan ceramah dan memimpin pengawas.
Mereka ialah ASP Foo yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam kerjaya polis,
Chief Encik Mustafa, Sarjan Ismail dan Encik Shamsudin. Pada mulanya, ASP Foo
menyampaikan kata-kata aluan. Seterusnya, beliau memimpin pelajar tentang caracara melafazkan ikrar Rukun Negara dengan betul dan bersemangat. Beliau juga
memuji pengawas yang memberi contoh perlafazan ikrar Rukun Negara yang baik
seperti pengawas Yap Boon Cheong, Lee Zhan Sheng, Lee Hong Shi, Fadly, Grace
dan sebagainya. Pada pukul 8.40 petang, Chief Encik Mustafa menyampaikan
ceramah. Beliau memperkenalkan permainan yang mengutamakan nilai kerjasama,
jati diri yang tinggi, mengikuti arahan dan bertanggungjawab. Beliau telah juga
membincangkan cara-cara pengawasan yang berkesan dengan semua pengawas. Pada
pukul 10.22 petang, ASP Foo menjelaskan kepentingan kreativiti dan inovasi dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Seterusnya, beliau telah memberitahu pengawaspengawas tentang cara-cara menghubungi polis jika berlaku sesuatu yang serius dan
memerlukan bantuan polis. Pada pukul 10.36 petang, Encik Shurvas mengucapkan
ribuan terima kasih kepada polis-polis yang sudi datang untuk berkongsi maklumat
dengan pengawas. Selepas cenderamata disampaikan kepada polis-polis, Aktiviti
Sejenak Bersama Polis pun tamat.
Pada pukul 10.50 malam, minum malam diadakan dan aktiviti melakonkan
situasi yang akan dihadapi oleh pengawas dan aktiviti Burung Hantu telah diadakan.
Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menguji keberanian pengawas dan menerapkan
ciri-ciri kreatif dan berdikari. Pada pukul 2.00 pagi, aktiviti-aktiviti tersebut pun tamat
dan semua pengawas dikehendaki tidur. Pengawas lelaki tidur di kelas tingkat dua
blok B manakala pengawas perempuan tidur di dewan. Guru-guru penasihat turut
bermalam di sekolah untuk mengawasi semua pengawas.
Pada pukul 6.10 pagi, semua pengawas bangun dan membuat persiapan diri.
Senaman pagi yang diketuai oleh Encik Karim dijalankan pada pukul 6.40 pagi.
Selepas itu, semua pengawas menikmati sarapan pagi di kantin sekolah pada pukul
7.40 pagi. Seterusnya, aktiviti LDK dijalankan mengikut kumpulan yang telah
dibahagikan masing-masing. Aktiviti LDK yang dijalankan mengutamakan nilai-nilai
yang harus diterapkan ketika menghadapi sesuatu situasi, semangat bekerjasama dan
cirri-ciri pemimpin yang berkaliber. Pada pukul 10.40 pagi, ceramah kepimpinan
disampaikan oleh Ketua Guru Disiplin sekolah, iaitu Encik Shuvaswaran. Beliau
mendedahkan pengawas tentang cara-cara untuk menghadapi sesuatu situasi dan
konflik serta ciri-ciri yang perlu ada dalam seseorang pemimpin. Pada pukul 10.35
pagi, adalah manum pagi bagi semua pengawas dan guru. Selepas itu, pembentangan
LDK diadakan pada pukul 11.00 pagi. Wakil ketiga-tiga kumpulan membentang logo,
matlamat, moto dan peraturan kumpulan masing-masing. Semua pembentangan baik
dan mendapat tepukan yang gemuruh. Pada pukul 11.30 pagi, rumusan dan penilaian
kursus telah dibuat. Gambar-gambar yang diambil sepanjang kursus ini dipaparkan
pada skrin projector untuk dinikmati semua sebagai kenangan.

Akhir sekali, majlis penutup diadakan pada pukul 12.10 tengah hari dan guru
menyampaikan sijil kepada pengawas yang menyertai kursus dan juga pengawas AJK
aktiviti yang menjayakan kursus kali ini. Selepas itu, semua pengawas dan guru
mengambil gambar bersama sebagai kenangan. Kursus tamat pada pukul 1.00 petang.
Pada keseluruhannya, kursus selama dua hari satu malam ini telah berjalan
dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya. Kursus seumpama ini harus
diadakan pada masa-masa akan datang supaya prestasi pengawas dapat ditingkatkan.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh,

(LOW JO ANN)
APRIL 2010
Setiausaha,
Lembaga Pengawas,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling.

8.0 Laporan oleh setiap AJK pelaksanaan

Kursus kepimpinan pengawas 2010 Pendaftaran

Saya Cheah Kah Mun dan Mun Pui Yee telah ditugaskan dalam
pendaftaran. Kami telah membuat 102 keping tag nama untuk pengawas.
Tag nama itu termasuklah aturcara program. Selain itu, kami telah membuat
buku program untuk kursus ini. Seterusnya diubahsuai dan difotostatkan di
sekolah oleh Puan Ku Seow lIng.
Pada 16 April 2010, kami sampai ke sekolah pada pukul 2 petang.
Tidak lama kemudian, proses pendaftaran dimulakan. Proses pendaftaran
berjalan dengan lancer.
Pada 17 April 2010, kami mengumpul balik tag nama itu daripada
pengawas pada pukul 11.30 pagi. Tag nama yang dipinjam dari Unit
Bimbingan Kaunseling telah dipulangkan.
Disediakan oleh,

Cheah Kah Mun &


Mun Pui Yee

Kursus kepimpinan pengawas 2010 AJK Makananan & Keselamatan

Saya telah diberikan tugas sebagai AJK keselamatan dan makanan.


Sepanjang kursus ini berlangsung, saya telah memastikan keselamatan para
pengawas terjamin terutama apabila melaksanakan aktiviti-aktiviti di luar
dewan seperti aktiviti riadah dan aktiviti berkumpulan. Di samping itu, saya
juga telah membantu beberapa pengawas yang menghadapi kesulitan apabila
keadaan sedemikian berlaku. Seterusnya, apabila waktu makan seperti
sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Saya telah
memastikan para pengawas meletakkan pinggan dan gelas ke dalam besen
sejurus selepas mereka makan dan meja makan juga telah dipastikan berada
dalam keadaan bersih dan tersusun seperti asalnya. Disiplin para pengawas
sewaktu menjamah hidangan juga dipantau bagi mengelakkan sebarang
perkara tidak diingini berlaku.
Disediakan oleh,
Mohd Fadly Syafi Bin Johar

Kursus kepimpinan pengawas 2010 Fotografi

Saya, Jacqueline Ong telah bertanggungjawab dalam bahagian


fotografi kursus ini. Saya telah mengambil gambar untuk setiap aktiviti yang
berlangsung sepanjang dua hari ini. Saya telah dibantu oleh Yap Wai Lund
an S.Neeshanthi untuk mengambil gambar sewaktu latihan dalam kumpulan
dijalankan. Hal ini demikian kerana kami bertiga berada dalam kumpulankumpulan yang berbeza dan mampu mengambil gambar yang dalam
kumpulan yang berlainan.
Disediakan oleh,
Jacqueline Ong

Kursus kepimpinan pengawas 2010 AJK Hadiah

Laporan ini merujuk kepada Kursus Kepimpinan Pengawas 2010 pada


16 dan 17 April. Saya, Sanchana dan Tan Sue Yee telah menjalankan tugas
sebagai AJK hadiah.
Pada 16 April selepas ucapan puan pengetua, Sue Yee telah
mengiringi Puan Ku menyampaikan cenderahati kepada puan pengetua yang
telah merasmikan kursus tersebut.
Pada hari kedua pula, saya dan rakan saya telah menyediakan
cenderahati yang patut diberikan kepada guru-guru AJK Induk pelaksanaan
yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Akhirnya, kami juga telah membuat persiapan seperti menyediakan
sijil peryertaan kepada para pengawas.
Disediakan oleh,
Sanchana

SMK BANDAR BARU SERI


PETALING

DISIPLIN TUNGGAK KEJAYAAN

Tarikh :
16 & 17 April 2010

Tempat :
Smk Bandar Baru Seri Petaling

Anjuran :
Lembaga Pengawas dan Lembaga
Disiplin
Dengan kerjasama
Unit Bimbingan dan Kaunseling

Anda mungkin juga menyukai