Anda di halaman 1dari 25

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015

HIQ 3033: KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN ALHADITH

TUGASAN 1 (BERKUMPULAN)
APLIKASI ILMU TAKHRIJ AL-HADITH
SEBAGAI SUMBER RUJUKAN KEPADA
UMAT ISLAM

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

HAYATI BINTI HAMDI

D 20112052457

NOOR ASIAH BT RAMLI

D 20112052454

KUMPULAN : UPSI 04

0 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. AHMAD YUNUS


BIN KASIM

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA
SURAT

1.0

Pengenalan

2.0

Definisi

Takhrij

2
al-Hadith

dari

sudut

bahasa
2.1

3
Definisi

Takhrij

al-Hadith

dari

sudut

istilah
3.0

Perkembangan ilmu Takhrij al-Hadith

4.0

Kepentingan ilmu Takhrij al-Hadith

5.0

Metodologi Takhrij al-Hadith

6.0

Proses perlaksanaan Takhrij al-Hadith

11

6.1

Contoh teks hadith asal

12

6.2

Analisis / dapatan setelah proses Takhrij

13

al-Hadith
6.3

14
Contoh hadith yang dikesan sebagai
Hadith Maudhu setelah melalui proses
Takhrij al-Hadith.

7.0

Karya-karya masyhur dalan Takhrij alHadith

1 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

17

8.0

Kesimpulan

18

9.0

Bibliografi

19

1.0

PENDAHULUAN

Penggunaan dan penyebaran

Hadith Maudu (hadith palsu) semakin

berleluasa dalam masyarakat Islam pada hari ini sehingga menggugat


keharmonian umat Islam. Perkembangan dan penyebaran Hadith Palsu ini
kadangkala tidak disedari oleh masyarat disebabkan kekurangan ilmu. Hal
ini berlaku kerana ada masyarakat yang beranggapan semua hadith Nabi
itu adalah benar dan patut diamalkan tanpa menyedari ada sebahagian
daripada hadith nabi telah dicemari oleh pihak-pihak yang berkepentingan
untuk merosakkan keharmonian umat Islam. Oleh yang demikian, aplikasi
ilmu Takhrij Hadith perlu dikuasai oleh umat islam agar tidak terjebak
dengan penggunaan hadith palsu atau hadith daif. Melalui ilmu Takhrij
Hadith umat Islam dapat memastikan setiap hadith yang diamalkan
adalah hadith yang sahih dan dapat mengelakkan daripada terjerumus
dengan amalan hadith palsu.
2.0

DEFINISI TAKHRIJ AL-HADITH DARI SUDUT BAHASA

Takhrij dari sudut bahasa adalah berasal daripada perkataan


membawa erti keluar. Manakala jika dilihat pada kalimat

yang

dan ia

akan membawa kepada penghasilan nama terbitan disebut sebagai


masdar iaitu dan yang membawa maksud mengeluarkan,
menampakkan dan menzahirkan sesuatu. Manakala Prof Dr. Mahmud alTahhan menjelaskan bahawa kata takhrij secara bahasa bermaksud:1
Kumpulan dua perkara yang saling berlawanan dalam satu masalah.
1 Mahmud al-Thahhan. (1983). Ushul al-Takhrij wa Dirasat al- Asanid. Riyadh,
Arab Saudi : Maktabah al-Rasyid, h. 9
2 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

Kata takhrij dapat diertikan dalam beberapa erti dan yang paling terkenal
adalah seperti berikut:

Al-istinbat (mengeluarkan)

At-tadrib (meneliti, melatih)

At-tawjih (menerangkan, memperhadapkan).

Manakala perkataan al-hadith dari segi etimologinya, ia membawa


maksud sesuatu yang baharu. Dari segi istilahnya pula, al-hadith
ditakrifkan sebagai sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW
sama ada yang terdiri dari kata-katanya, perbuatan, pengakuan, sifatnya
dan sejarah hidupnya.2
2.1

DEFINISI TAKHRIJ AL-HADITH DARI SUDUT ISTILAH.

Menurut istilah, kata takhrij memiliki beberapa erti. Para Muhaddithin


mendefinasikan takhrij seperti berikut3 :
a)

Menjelaskan hadith pada orang lain dengan menyebutkan para


periwayatnya dalam sanad hadith dengan metod periwayatan yang
mereka lakukan.4 Pengertian ini merupakan salah satu kegiatan
yang

telah

dilakukan

oleh

para

periwayat

hadith

yang

menghimpun hadith ke dalam kitab hadith yang disusun oleh


mereka

masing-masing misalnya

Imam Bukhari dengan kitab

sahihnya.

2 Manna` al-Qattan (1989), Tarikh al-Tasyri` al-Islami. Kaherah: Maktabah Wahbah, h. 72

3 Dr. Ahmad Yunus Kasim, En Samsudin Abd Hamid. (2013 ). Modul LIH 3013 Ilmu-ilmu
Hadith. Tanjong Malim: Pusat Pendidikan Luar UPSI. h 114

4 Fauzi Deraman. (2001).Ilmu Takhrij al-Hadith: Pengertian, Sejarah dan


Kepentingan. Jurnal Usuluddin, bil. 14,
3 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

b) Mengeluarkan dan meriwayatkan hadith dari beberapa kitab. Misalnya


Abu Bakar al- Baihaqi (w. 458H./1066 M.) yang telah banyak
mengutip hadith dari kitab sunan karya Abu Hassan al-Basri alSaffar lalu al-Baihaqi mengemukakan sanadnya sendiri.
c)

Menunjukkan

asal-usul

hadith

dan

mengemukakan

sumber

pengambilannya dari berbagai kitab hadith yang disusun oleh para


mukharrijnya dan menisbatkannya dengan cara menyebutkan
metod periwayatan dan sanadnya masing-masing.
d)

Menunjukkan tempat hadith pada sumber-sumber aslinya, di


dalamnya dikemukakan hadith itu secara lengkap dengan sanadnya
masing-masing kemudian menjelaskan darjatnya jika diperlukan.

Berdasarkan pengertian dari sudut bahasa dan istilah ilmu takhrij


bermaksud

ilmu

yang

membahaskan

usul-usul

dan metodologi

yang memudahkan ataupun pengetahuan yang membolehkan untuk


menjejaki tempat- tempat terletaknya al-Hadith, mutabaat, syawahid,
sama ada terletak pada rujukan asal, menyerupai asal atau tidak asal
serta mengetahui martabat al- hadith sama ada diterima atau ditolak.

.
3.0

PERKEMBANGAN ILMU TAKHRIJ AL-HADITH

Sejarah perkembangan ilmu takhrij bermula agak lewat. Ini kerana pada
zaman awal Islam terutamanya pada zaman kelahiran kitab-kitab hadith
yang

bermula

pada

awal

abad

ke-2

Hijrah

sehingga

zaman

kecemerlangannya pada abad ke-3 Hijrah, kitab-kitab takhrij hadis masih


belum wujud. Ini kerana , para ulama hadith ketika itu tidak memerlukan
kitab takhrij hadith,

lantaran keilmuan mereka yang begitu luas dan

ingatan

mengenai

yang

kuat

hadis

serta

kitab-kitab

metodologi penulisannya.

4 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

hadis

serta

Ulama Hadith pada ketika itu berkemampuan mengenal pasti sumber


hadith dan kedudukan sesebuah hadith. Apatah lagi hadis-hadis pada
ketika itu masih diterima dan diriwayatkan secara bersanad daripada
sheikh atau guru-guru mereka.Keadaan ini berterusan sehingga beberapa
abad lamanya sehingga sampai kepada satu keadaan yang memerlukan
kepada

kaedah-kaedah

tertentu

bagi

tujuan

memudahkan

usaha

mendapatkan sesebuah hadis.


Keadaan demikian timbul setelah ramai para ulama dan huffaz hadis
meninggal dunia dan pengetahuan mengenai hadith dan kitab-kitab
hadith berkurangan. Apatah lagi dengan kemunculan pelbagai karya
agama yang memuatkan hadith tanpa sanad dalam pelbagai bidang. Ini
menyebabkan usaha untuk mengenal pasti sumber dan status sesebuah
hadis menjadi semakin sukar. Berdasarkan faktor ini perkembangan ilmu
takrij bermula.Kegiatan takhrij hadith telah mengalami lima peringkat
perkembangan iaitu:5
a) Peringkat Pertama
Takhrij hadith yang dilakukan oleh Imam Bukhari dan Muslim dengan
kitab sahih mereka dan para penyusun kitab sunan. Corak takhrij hadith
yang mereka lakukan adalah dengan mengemukakan hadith kepada
orang ramai dengan menyebutkan para periwayatnya
yang

telah

menyampaikan

hadith

itu

dengan

dalam

sanad

metod periwayatan

yang mereka tempuh.


b)

Peringkat Kedua

Takhrij hadith yang dilakukan oleh al-Muhaddithin setelah generasi


pertama misalnya Imam al-Baihaqi. Mereka mengemukakan berbagai
hadith yang telah dikemukakan oleh para

guru

hadith

atau

dari

berbagai kitab yang susunannya dikemukakan berdasarkan riwayatnya

5 A. Irwan Santeri Doll Kawaid,Noor Najihah Jaafar, Nurul asiah Fasehah


Mohamad.(2012). Modul Ulum al-Hadith QAA 1022.Bandar Baru Nilai:Universiti
Sains Islam Malaysia USIM, h 60
5 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

sendiri ataupun para gurunya dengan mengemukakan periwayat dan


penyusun kitab yang dijadikan sumber pengambilan.
c)

Peringkat Ketiga

Takhrij

hadith

menunjukkan

yang
asal-

dilakukan
usul

oleh

hadith

generasi
dan

berikutnya

mengemukakan

dengan
sumber

pengambilannya dari berbagai kitab hadith yang disusun oleh para


mukharrijnya langsung sebagaimana contoh kitab Bulugh al-Maram karya
Ibn Hajar al-Asqalani.
d)

Peringkat Keempat

Takhrij hadith yang dilakukan oleh muhadditsin dengan mengemukakan


hadith

berdasarkan

sumbernya

iaitu

menyertakan metod periwayatannya


serta diterangkan
masing serta

kitab-kitab

dan

sanadnya

hadith

dengan

masing-masing

keadaan para periwayatnya dan sanadnya masing-

diterangkan

keadaan

para periwayatnya dan kualiti

hadithnya.
e)

Peringkat Kelima

Sama dengan pengertian takhrij hadith yang ketiga dan keempat namun
mempunyai kegiatan lanjutan iaitu meneliti hadith baik dari segi sanad
mahupun matan.
4.0

KEPENTINGAN

ILMU TAKHRIJ AL-HADITH

Tujuan melakukan takhrij hadith adalah untuk mendapatkan sumber asal


hadith, serta hal keadaannya sama ada makbul atau tertolak.6 Oleh
yang demikian, tidak syak lagi bahawa ilmu takhrij hadith adalah sangat
penting bagi sesiapa sahaja yang mendalami bidang agama
mereka

teridiri

daripada

golongan

pondok,

sama

universiti

ada
atau

6 Abu Muhammad Abd al-Muhdi, Turuq Takhrij Hadis Rasulillah saw., Mesir: Dar al-Itisam.
h9

6 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

profesion tertentu. Menurut Abu Muhammad `Abd al-Mahdi dalam Turuq


Takhrij Hadith Rasulullah S.A.W, antara faedah mempelajari ilmu takhrij
hadith ialah:7
a)

Mengetahui sumber hadith.Dengan takhrij, seseorang itu dapat

mengetahui hadith- hadith yang dikeluarkan oleh para imam, dan


kedudukan hadith di dalam karya-karya asal hadith.
b) Dapat mengumpulkan sanad hadith dalam bilangan yang banyak.
Dengan

takhrij, seseorang itu akan dapat sampai ke tempat-tempat

hadith yang terdapat di dalam pelbagai kitab hadith. Contohnya sesuatu


hadith yang mempunyai banyak tempat di dalam Sahih Bukhari, maka
hadith yang sama juga dapat diketahui di dalam karya hadith selain Sahih
Bukhari. Pada setiap tempat itu dapat diketahui pula sanadnya, dan ada
kalanya sesuatu hadith itu mempunyai banyak sanad hadith.
c)

Mengetahui hal keadaan sanad hadith menerusi penelitian terhadap

turuqnya.
Perkara ini penting diperhatikan untuk memastikan bahawa sesuatu
sanad itu sama ada terputus, mu`dal atau sebagainya.
d)

Mengetahui

hal

keadaan

hadith

berdasarkan

kepada

kepelbagaian tariq hadith. Kemungkinan salah satu tariq hadith adalah


daif, maka dengan takhrij hadith kita akan dapati tariqnya yang

lain

adalah sahih. Kemungkinan juga kita dapati sesuatu sanad hadith itu
terputus, maka dengan takhrij hadith dapat menghilangkan kesangsian
tersebut.
e)

Sesuatu hadith itu boleh naik status disebabkan kepelbagaian tariq

hadith. Kadangkala kita temui sesuatu hadith itu daif, tetapi dengan
takhrij hadith kita dapati hadith tersebut mempunyai mutaba`at atau

7 Abu Muhammad Abd al-Muhdi, Turuq Takhrij Hadis Rasulillah saw., Mesir: Dar al-Itisam

7 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

shawahid yangmenguatkannya. Dengan mutaba`ah atau shawahid itu


maka kita hukumkannya sebagai hasan.
f)

Mengetahui hukum hadith atau hukum yang dikeluarkan oleh para

imam dari sudut sahih atau selainnya.


g) Dapat membezakan perkara yang dimuhmalkan pada seseorang
perawi

hadith

di dalam sanad hadith. Sekiraya terdapat pada salah

satu sanad hadith, seseorang perawi yang muhmal seperti dikatakan: "
" atau:
ramai

"" sedangkan kedua-dua nama ini dimiliki oleh

orang,

maka

kepelbagaian tariqnya,

dengan
maka

dimuhmalkan itu. Ini kerana


perawi

hadith

yang

takhrij
dapat
pada

hadith

dan

membezakan

memerhatikan
perkara

sebahagian tariq hadith,

yang
nama

dimuhmalkan itu ditentukan.

h) Dapat menentukan sesuatu mubham yang terdapat di dalam hadith.


Kadangkala kita temui perawi hadith atau individu tertentu disebutkan
secara mubham di dalam matan hadith seperti dikatakan: "
" atau: "" atau: " " ", maka dengan
takhrij

hadith

yang

mempunyai

kepelbagaian

tariq hadith,

akan

ditemui pada sebahagian tariqnya, ditentukan individu yang mubham itu.


i)

Dapat

menghapuskan

dilakukan

kesangsian

terhadap `an`anah yang

oleh mudallis. Kadangkala kita temui sanad hadith yang

mana perawi mudallis meriwayatkan hadith daripada gurunya dengan


tahammul ada'

`an`nah yang menjadikan sanad itu terputus. Dengan

takhrij hadith, membolehkan kita memerhatikan tariq lain bagi hadith


yang

sama,

kemungkinan

daripada gurunya dengan


"

,"",

lafaz tahammul

meriwayatkan

'ada' dengan

hadith

katanya:

"

atau " " yang menunjukkan sanad hadith itu

bersambung. Perkara
terhadap

perawi mudallis itu

sebegini

penyambungan

sesuatu

boleh
sanad

menghilangkan kesangsian
hadith

oleh perawi mudallis.


8 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

yang diriwayatkan

j)

Dapat

datang

menghilangkan

kesangsian

terhadap

periwayatan

menerusi perawi mukhtalif. Sekiranya kita menemui

yang

sesuatu

hadith yang sanadnya mempunyai perawi mukhtalif, dan kita tidak


tahu orang yang meriwayatkan hadith daripadanya adakah sebelum
berlaku ikhtilat kepadanya atau selepasnya, maka dengan takhrij hadith
perkara sebegini dapat dihilangkan. Seperti pada sebahagian tariq
hadith, seseorang perawi hadith meriwayatkan hadith sebelum berlaku
ikhtilat

kepada

perawi mukhtalif, atau

seseorang

perawi

hadith

mendengar hadith daripada perawi mukhtalif hanya pada periwayatan


mukhtalif sebelum

berlaku ikhtilat

kepadanya.

Berdasarkan tariq

sebegini, maka ianya dapat menguatkan hadith yang kita temui itu. Ianya
dapat dipastikan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh perawi mukhtalif
adalah sebelum berlaku ikhtilat kepadanya.
k)

Mengetahui lafaz tambahan yang terdapat pada sesuatu riwayat.

Kadangkala satu riwayat yang kita temui adalah dengan lafaz yang tidak
lengkap, lalu hukum-hakam atau makna daripada hadith tidak diketahui
dengan jelas. Dengan takhrij hadith yang diperhatikan pada periwayatan
yang lain, lafaz tambahan yang terdapat pada periwayatan lain itu dapat
menunjukkan kepada hukum-hakam yang jelas, atau dengannya dapat
diketahui makna sesuatu hadith dengan jelas.
i)

Dapat menerangkan makna gharib yang terdapat dalam hadith.

Kadangkala terdapat di

dalam sesuatu hadith

disebutkan secara gharib,


mengumpulkan

yang mana lafaznya

maka dengan takhrij

kepelbagaian

riwayat,

hadith

dapat

yang

menjelaskan lafaz

gharib itu, di mana terdapat pada sebahagian riwayat disebutkan


dengan lafaz yang tidak gharib.
m)

Dapat

dikategorikan
dihukumkan

menghindarkan
sebagai
sebagai

shaz,

shaz.

sesuatu
Kadangkala

tetapi

dengan

hadith
sesuatu
takhrij

9 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

daripada
hadith
hadith

itu
yang

mengumpulkan kepelbagaian riwayat hadith, akan diketahui


lafaz

yang disangka shaz itu sebenarnya tidak diriwayatkan secara

bersendirian. Ianya disebutkan juga


menghapuskannya
n)

bahawa

Dapat

perawi

daripada

menerangkan

menerusi tariq lain

yang

dapat

dikategorikan sebagai shaz.

mengenai mudraj. Kadangkala

seseorang

memasukkan lafaznya di dalam matan hadith, maka dengan

takhrij hadith yang dapat dilakukan perbandingan antara riwayat-riwayat,


dapat diterangkan perkaraidraj tersebut.
o)

Dapat dipastikan lafaz yang tertinggal di dalam matan hadith.

Kadangkala seseorang perawi hadith terlupa

untuk memasukkan satu

bahagian daripada matan hadith, atau ia meriwayatkan hadith secara


ringkas. Dengan takhrij hadith, membolehkan kita mengenalpasti perkara
tersebut sama ada ianya tertinggal dalam periwayatan hadith atau
diriwayatkan secara ringkas.
p) Dapat menyingkap perkara-perkara waham atau kesalahan
dilakukan

yang

oleh seseorang perawi hadith. Kadangkala seseorang perawi

hadith tersalah dalam meriwayatkan

hadith.

Dengan

takhrij

hadith

yang dapat dikumpulkan dari pelbagai riwayat hadith, maka perkara


tersebut dapat dijelaskan.
q)

Mengetahui

sesuatu

hadith

Kadangkala seseorang perawi


makna,

maka

dengan

itu

hadith

melakukan

diriwayatkan

dengan

makna.

meriwayatkan

hadith

dengan

takhrij hadith, akan mengetahui

perawi hadith lain yang meriwayatkan hadith dengan lafaz.


r)

Dapat menerangkan mengenai masa dan tempat sesuatu hadith

disebutkan. Dengan mengumpulkan pelbagai riwayat hadith, maka


membolehkan kita untuk mengetahui masa dan tempat sekiranya
sebahagian riwayatnya menerangkan mengenai hal tersebut.

10 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

s)

Mengetahui sebab-sebab sesuatu hadith itu disebutkan. Kadangkala

sesuatu hadith itu disebutkan adalah disebabkan seseorang individu atau


beberapa individu. Dengan takhrij hadith yang dikumpulkan pelbagai
riwayat bagi satu hadith, maka akan dapat diketahui sesuatu hadith itu
disebutkan

adalah

disebabkan seseorang

individu

atau

beberapa

individu.
t)

Mengetahui

Kadangkala

kesalahan-kesalahan

dalam

menyalin

hadith.

kesalahan tersebut berlaku pada sanad hadith, atau ianya

berlaku pada matan hadith. Dengan melakukan takhrij hadith yang


dikumpulkan pelbagai riwayat, maka kesalahan tersebut dapat diketahui.
5.0

METHODOLOGI TAKHRIJ AL-HADITH

Proses pencarian hadith (takhrij al- hadith) kepada sumber aslinya tidak
mudah sebagaimana mengesan ayat al-Quran. Pengesanan ayat al-Quran
cukup hanya merujuk sebuah kitab kamus al-Quran misalnya al-Mujam alMufahras li Alfaz

al-Quran al- Karim

sedangkan pencarian terhadap

hadith nabi tidak cukup dengan menggunakan sebuah kamus sahaja


kerana hadith nabi terhimpun dalam banyak kitab dengan metod
penyusunan yang pelbagai. Untuk

keperluan itu, ulama hadith telah

menyusun kitab-kitab kamus dengan kaedah yang pelbagai. Beberapa


kaedah digunakan oleh ulama dalam memenuhi tuntutan mentakhrij
hadith. Antara kaedah yang digunakan adalah seperti berikut 8 :
a)

Takhrij dengan jalan mengetahui sahabat perawi

hadith.
Metod ini digunakan sekiranya nama sahabat tersebut disebut pada
sebuah hadith yang hendak ditakhrij. Jika nama sahabat tidak disebut
pada hadith kita tidak mungkin mengetahuinya dan mengesannya melalui
jalan-jalan sanad tertentu. Oleh itu

kita perlu mendapatkan nama

8 Dr. Ahmad Yunus Kasim, Dr. Azmil Hashim. (2013). Modul HIQ 3033 Kajian Teks
al-Quran dan al-Hadith. Tanjong Malim :Pusat Pendidikan Luar UPSI. h 36
11 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

spesifik

sahabat

perawi

sebelum

meneruskankan

langkah-langkah

mentakhrij. Untuk hal itu kita memerlukan tiga jenis kitab iaitu:

Al- Masanid

Al-Maajam

Kitab-kitab al-Athraf

b) Takhrij dengan jalan mengetahui lafaz pertama dan matan


hadith.
Metod ini digunakan ketika kita akan memperkuat pengetahuan berkaitan
dengan suatu hadith dengan mengesan hadith melalui perkataan pertama
dalam matan hadith .Untuk menggunakan metod ini kita memerlukan
tiga jenis kitab sebagai rujukan yang utama
antaranya:

Kitab-kitab yang khusus memuat hadith yang terkenal.

Kitab-kitab yang memuat hadith - hadith yang tersusun berdasar


huruf mu'jam (ensiklopedia)

Kunci-kunci dan daftar isi yang disusun oleh para ulama untuk kitabkitab tertentu

c)

Takhrij melalui perkataan ganjil (Gharib) matan hadith.

Dalam metod ini pengkaji memerlukan


Alfaz

al-Hadith

an-Nabawi

sebagai

kitab al-Mu'jam al-Mufahras Li

rujukan

utama.

Pencarian

dan

perolehan hadith melalui metod ini adalah dengan mengesan perkataan


ganjil yang terdapat dalam suatu matan hadith yang sedang dikaji dan
mengesan matan tersebut didalam Kitab al-Mu'jam al-Mufahras Li Alfaz
al-Hadith an-Nabawi
d)

Takhrij dengan jalan mengetahui tajuk hadith.

Apabila kita ingin mengesan dan mengetahui suatu hadith maka kita
dapat mencari takhrijnya melalui kitab-kitab yang disusun berdasarkan
bab-bab atau maudu'at. Kebanyakan

orang yang menggunakan cara ini

12 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

akan merujuk kepada kitab Miftah Kunuz


dianggap

sebagai

daftar

hadith

yang

al-Sunnah.
disusun

Kitab

ini

secara sistematik

melalui kaedah tematik. Kitab ini disusun oleh salah seorang orientalis
dari Holland iaitu Dr Arandjen Fensink (m. 1939 M), kitab ini merangkumi
empat belas kitab- kitab hadith utama dan masyhur.
e)

Takhrij dengan memerhatikan keadaan matan dan sanad

hadith.
Maksud metod ini adalah memperhatikan hal ehwal hadith dan sifatsifatnya yang terdapat pada matan hadith

atau sanad hadith tersebut.

Lalu

hadith

mencari

mengetahui

makhraj
keadaan

(sumber takhrij)
itu

atau

sifat

itu

itu

pada

dengan

jalan

kitab-kitab

yang

mengklafisikasikan semua hadith yang terdapat sifat itu pada matan


atau sanad.

f)

Takhrij menggunakan komputer.

Metod ini merupakan carian yang paling mudah kerana semua data-data
yang telah dikumpulkan di letakkan di dalam satu CD ROM program
takhrij al- hadith. Di dalamnya terdapat himpunan-himpunan hadith,
analisisnya, bab-bab nya, penulisnya, rujukannya, cetakannya

serta

kitabnya. Semua maklumat di dalamnya adalah benar dan dipastikan


kesahihannya.Di antara rujukan terkini adalah seperti berikut:

Al-Maktabah al-Alfiyah lissunnah an-Nabawiyah

Maktabah al-hadith asy-Syarif wa 'Ulumihi

Maktabah al-Ahadithah ad-da'ifah wal maudu'ah al-mu'allalah algharaib

6.0

PROSES PERLAKSANAAN TAKHRIJ AL-HADITH

13 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

Menurut Tamar Jaya Nizar ( 2002), proses takhrij al-Hadith yang dilakukan
perlu melalui beberapa fasa. Fasa proses takhrij al-Hadith adalah seperti
berikut9 :
a)Mencari hadith yang hendak ditakhrij bersama jalur sanadnya secara
lengkap daripada sumber asal atau mukharrijnya seperti Bukhari,
Muslim, Ahmad dan lain-lain.
b)

Setelah menemukan hadith lengkap bersama jalur sanadnya, para


pengkaji perlu meneliti, menghalusi dan mengkaji hadith perkara
yang berkaitan dengan periwayatan dalam sanad dan matan hadith
dan kualiti hadith.

c)

Setelah kajian yang begitu teliti dibuat, pengkaji boleh menentukan


status sesuatu hadith setelah proses pentakhrijan hadith.

Proses pentakrijan hadith boleh dilihat melalui contoh hadith yang


berikut :


Maksudnya : Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia
boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah,
maka biarlah dia lakukan. ( Hadith Riwayat Abu Daud : 2082 )

6.1

CONTOH TEKS HADITH ASAL

Berdasarkan carian dari sumber asal hadith, hadith ini dikeluarkan oleh
Abu Dawud, al-Hakim, Ahmad, `Abd al-Razzaq dan lain-lain. Berikut
adalah contoh hadith yang diriwayat daripada sumber asal :
Abu Dawud berkata:

9 Tamar Jaya Nizar. (2002). Tiga Golongan Syuhada: Kajian Hadith Dari Aspek
Sanad Dan Matan Serta Statusnya. Bil 36(E). H 41
14 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH



- -
- -

Al-Hakim pula berkata:


"

:
: "
"
Ahmad bin Hanbal berkata:




- -

Ahmad berkata lagi:






- -


`Abd al-Razzaq berkata:


: :

Setelah menemui hadith yang hendak ditakrij dari sumber asalnya


pengkaji perlu melakukan analisis yang begitu teliti dari sudut jalan
sanadnya mahupun matannya. Proses ini memerlukan penelitian yang
sangat mendalam untuk menjamin kesahihan sesuatu hadith.
15 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

6.2

ANALISIS/ DAPATAN SETELAH PROSES TAKRIJ AL- HADITH

Daripada analisis takhrij hadith yang dilakukan berdasarkan hadis di atas,


maka beberapa maklumat penting dapat diambil iaitu:
a) Dengan takhrij hadith, kita dapat sampai kepada sumbernya yang asal
iaitu hadith ini terdapat di dalam kitab hadith yang terdiri daripada Sunan
Abi Dawud, Mustadrak al-Hakim, dua tempat di dalam Musnad Ahmad,
dan Musannaf `Abd al-Razzaq.
b) Kita dapati bahawa Ibn Ishaq meriwayatkan hadith daripada gurunya
Dawud bin Husayn dengan `an`anah sedangkan Ibn Ishaq adalah seorang
perawi mudallis.

Periwayatan

perawi mudallis dengan `an`anah dihukumkan sanad itu sebagai terputus,


sehingga nyata yang perawi mudallis itu mendengar hadith ini daripada
gurunya. Sanad hadith seperti ini terdapat juga dalam Sunan Abi
Dawud, al-Hakim, dan sanad pertama Imam Ahmad. Apabila dikumpulkan
kepelbagai tariq hadith, maka ternyata pada sanad kedua Imam Ahmad,
Ibn Ishaq meriwayatkan hadith daripada gurunya dengan lafaz: "
". Dengan yang demikian, sanad hadith ini yang pada asalnya
dikatakan terputus, dapat dihindarkan dengan pengumpulan kepelbagaian
riwayat hadith.
c) Kita dapati dalam sanad riwayat Abu Dawud dan sanad pertama
riwayat Ahmad, bahawa perawi yang meriwayatkan hadith daripada Jabir
Ibn `Abd Allah (sahabat) dinamakan sebagai Waqid bin `Abd al-Rahman
bin Sa`d bin Mu`adh oleh mereka berdua. Perawi ini penyebab kepada Ibn
al-Qattan mengilatkan hadith ini dengan katanya: "nama yang dikenali di
sini ialah Waqid Ibn `Amru." Namun, berlainan pula dengan apa yang kita
dapati menerusi riwayat al-Hakim dan Abu Dawud yang menyebutkan
bahawa nama ini ialah Waqid bin `Amru bin Sa`d bin Mu`adh. Demikian
juga namanya disebutkan sedemikian pada riwayat kedua Imam Ahmad,
16 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

begitu

juga

dengan

riwayat

`Abd

al-Razzaq,

mereka

kesemua

mengeluarkan hadith ini daripada Dawud daripada Waqid bin `Amru


daripada Jabir. Dengan kepelbagaian riwayat ini, dapat menghindarkan ilat
yang dikatakan oleh Ibn Qattan terhadap hadith ini. Begitu juga yang
diisyaratkan al-Mizzi di dalam Tuhfah al-Ashraf selepas hadith ini dengan
katanya: "Demikian juga yang dikatakan Abu Dawud iaitu Waqid bin `Abd
al-Rahman. Beliau dikenali sebagai Waqid bin `Amru bin Sa`ad bin
Mu`adh."
d) Pada riwayat kedua Imam Ahmad, terdapat penambahan keterangan
bagi perawi hadith yang bernama Dawud bin Husayn. Diterangkan
menerusi riwayat kedua Imam Ahmad bahawa beliau ialah mawla `Amru
bin `Uthman.
e) Pada riwayat `Abd al-Razzaq diterangkan bahawa jenis melihat yang
terdapat di

dalam hadith

ialah

melihat wanita

tanpa

wanita

itu

mengetahuinya. Wanita itu tidak menyedari bahawa ianya dilihat.


Sehinggalah apabila lelaki yang melihat itu tidak suka kepada wanita yang
dilihatnya, maka dia boleh meninggalkannya tanpa menyakiti hati wanita
tersebut.
f) Sebahagian riwayat disebutkan ungkapan secara umum iaitu: "
" atau sebagainya, dan sebahagian riwayat yang lain menyebutkan
ungkapan ini secara khusus iaitu: "" , berdasarkan
kaedah usul, makna umum akan dibawa kepada makna yang lebih
khusus.
g) Kita dapat perhatikan bahawa menerusi kepelbagaian riwayat hadith
ini, sanad hadith menerusi Dawud bin al-Husayn yang sampai kepada
sahabat, hanyalah satu sahaja. Tetapi perawi hadith yang meriwayatkan
hadith daripadanya pula adalah pelbagai. Ianya diriwayatkan oleh dua
orang perawi hadith yang berlainan iaitu Dawud bin Ishaq dan Yahya bin
al-`Ala'. Orang yang meriwayatkan hadith daripada Ibn Ishaq pula
17 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

pelbagai. Dengan itu, kepelbagaian sanad hadith seperti ini dapat


menguatkan sesuatu hadith yang diriwayatkan.
6.3

CONTOH HADITH YANG DIKESAN SEBAGAI HADITH MAUDHU


SETELAH MELALUI PROSES TAKHRIJ AL-HADITH.

Salah satu daripada fungsi takrij hadith adalah untuk mengesan status
sesuatu hadith. Melalui proses takhrij

beberapa hadith dikenal pasti

sebagai Hadith Maudhu atau Hadith Daif dan penggunaanya juga meluas
dalam masyarakat Islam.10 Berikut adalah beberapa contoh hadith:
a) Ibn Adiy, Abu Nuaim, Al-Uqaili, Al-Baihaqi, Adh-Dhia, Abu Al-Qasim al
Qusyairi, Al-Khatheib dan Ibnu Alyak An-Nisaburi meriwayatkan dari jalan
Abu Atikah, dari Anas radhiyallahu anhu., bahawa Rasululllah SAW
bersabda:

"

Maksudnya: Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China. Kerana sesungguhnya
menuntut ilmu itu adalah wajib terhadap setiap muslim.
Hadith ini sering menjadi dalil atau hujah untuk menyokong serta membuktikan Islam
menggalakkan umatnya menuntut ilmu setinggi mungkin walaupun terpaksa pergi ke Negara
China. Hadith ini sangat popular dinegara kita. Setelah proses takhrij didapati 11 :

Ibn Hibban menjelaskan hadit tersebut merupakan Hadith Palsu kerana terdapat dalam
ratai sanadnya seorang perawai bernama Abu Atiqah salah seorang pembawa Hadith
Mungkar.12

10 Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Ilmu Hadith. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam.

11 DR.. Abdul Ghani Azmi Bin Hadi Idris (

). Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu (Jilid

2), Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications

18 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

al-Sakhawi dalam kitabnya al-Maqhasid al-Hasanah menyatakan pendapat yang sama.

Imam Ahmad bin Hanbal juga menentang keras hadith tersebut. Beliau
tidak
mengakui bahwa ungkapan Carilah ilmu meskipun di negeri Cina itu sebagai Hadis
Nabi.

Al-Bukhari, Ibn Majah, Ahmad, al-Baihaqi serta al-Jawzi menyatakan martabat hadith
tersebut dalam kitabnya al-Mawduat bahawa ia bukan hadith nabi dan bertaraf
mungkar

Al-Albani berpendapat hadith ini adalah

Hadith Maudhu kerana

hadith ini diriwayatkan oleh Abu Atikah. (Abu Atikah ialah; Tharif
bin Sulaiman yang disepakati ulama akan kedhaifannya). .

Al-Uqaili berpendapat hadith ini adalah Hadith yang sangat Daif.

Az Zahabi menyebutkan dalam Al-Mizan dari riwayat Ibn Karram, dari


Ahmad,

dari

Abu

Hurairah

r.a

bahawa

Rasululllah SAW

bersabda:

Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China.


Az Zahabi berpendapat hadith ini adalah Maudhu kerana diriwayatkan
oleh Muhammad bin Karram dan Ahmad bin Abdullah bin Khalid alJuwaibari.13 Hadith ini ditolak berdasarkan beberapa faktor :

Kata Az Zahabi: Al Juwairabi adalah di antara orang yang dijadikan


perumpamaan dengan kebohongannya.

Kata Ibn Hibban: Dia adalah Abu Ali, salah seorang dajal.

Kata

An-Nasai

dan

Ad-Daruquthni:

Dia

(Al

Juwairabi)

adalah pembohong
12 Ibn al-Jawzi, Abu al-Faraj Abd. Al-Rahman bin Ali. (1995). Kitab al-Mawduat, Beirut:
Dar al-Kutub al-IImiyah,cet.1, Juzuk: 1. Hlm 154 dan 155.

13 Dr. Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. ( 2013). Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam. h. 356

19 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

Kata

Ibn

Adiy:

Karram mengikut

Al

Juwaibari membuat

kemahuan

Ibn

Karram

dan

Hadis untuk Ibn


Ibn

Karram

mengtakhrijnya dalam kitab-kitabnya dari Ibn Karam. Kemudian Az


Zahabi menyebutkan beberapa buah hadith yang membuktikan
kebohongan Al-Juwaibari, di antaranya adalah hadith di atas.
Dan mengenai Ibn Karram pula, Az Zahabi berkata: Muhammad bin
Karram as-Sajistani adalah seorang ahli Bidah yang saqith hadisnya. Ia
banyak meriwayatkan hadis dari Ahmad Juwaibari dan Muhammad bin
Tamim as-Sadi yang kedua-duanya pembohong. Pendapat ini disokong
oleh ulama lain seperti :

Kata Ibn Hibban: Ibn Karram menjadikan iman itu ialah perkataan
tanpa makrifat.

Kata Ibn Hazmin: Ibn Karram berkata: Iman itu ialah perkataan
dengan lidah, dan jika beriktiqad kufur dengan hatinya maka dia
adalah mukmin (Seorang yang berfahaman al-Karamiyah-ed).

kata

Ibn

Iraq:

seorang Syekh

Muhammad
golongan

bin

Karram

Karamiyah yang

as-Sajistani
dengan

adalah

Bidahnya

meriwayatkan hadis-hadis Maudhu.


Dari sumber lain, Hadith ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitabnya;
Al-Maudhuat dan beliau berkata: Menurut Ibn Hibban: Hadis ini Batil,
tiada asalnya dan diakui oleh As-Sakhawi dalam kitabnya; Al-Maqashid.
Adapun bahagian kedua Hadis, iaitu Kerana menuntut ilmu itu wajib atas
tiap-tiap orang Islam banyak diriwayatkan dari jalan lain dan dia adalah
sahih seperti yang ditegaskan oleh Al-Albani dalam kitabnya; Silsilatul
Ahadith Shahihati (3913-3914).
b)Hadith berkaitan dengan bulan Rejab14.

14 Dr. Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. ( 2013). Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam

20 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

" "

Maksudnya: "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan
Umatku.
Hadith ini adalah Hadith Palsu berdasarkan pendapat :

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dalam buku karangannya Al-Manar Al-Munif menyatakan


hadis ini adalah Hadith Palsu dan direka oleh Ibnu Jahdam. (Menurut az-Zahbi dalam
buku Mizan al-I'tidal, Ibnu Jahdam ini ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam al-Zahid.
Meninggal dunia pada tahun 414 Hijrah. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah.

Ibn al-Jauzi menyatakan hadis ini adalah Maudu' kerana dalam rantai sanadnya
seorang rawi yang bernama al-Kasai merupakan seorang majhul. Manakala

terdapat

al-Hasan

al-Niqash pula dalam kalangan perawi yang terkenal dengan dusta.

As-Syaukani juga menyebut dalam bukunya al-Fawaid al-Majmu'ah fi al-Ahadit alMaudhu'ah Hadis ini adalah Maudu'dan perawinya adalah majhul (tidak dikenali)

7.0

KARYA-KARYA MASYHUR DALAM TAKHRIJ HADITH

Karya-karya

yang

disebutkan

ini

adalah

karya-karya

yang

telah

ditakhrijkan hadithnya oleh beberapa orang ulama tertentu. Karya-karya


tersebut antaranya ialah:
a)

Takhrij Ahadith al-Muhadhdhab oleh Abu Ishaq al-Shirazi yang

dilakukan
takhrijnya oleh Muhammad bin Musa al-Hazimi (584 H).
b)

Takhrij

Ahadith

al-Mukhtasar

al-Kabir oleh

Ibn

Hajib,

ditakhrijkan oleh
Muhammad bin Ahmad `Abd al-Hadi al-Maqdisi (744 H).
c)

Nasb

al-Rayah

Li

Ahadith

al-Hidayah

oleh

ditakhrijkan oleh
Abd Allah bin Yusuf al-Zayla`i (762 H).
21 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

al-Marghaynani,

d)

Takhrij Ahadith al-Kashshaf oleh al-Zamakhshari, ditakhrijkan oleh

al-Hafiz alZayla`i.
e)

Al-Badr al-Munir Fi Takhrij al-Hadith Wa al-'Athar al-Waqi`ah Fi al-

Sharh alKabiroleh al-Rafi`i, ditakhrijkan oleh`Umar bin `Ali bin al-Mulaqqan


(804 H).
f)

Al-Mughni `An Haml al-Asfar Fi al-Asfar Fi Takhrij Ma Fi al-Ihya'


Min al- Akhbar, ditakhrijkan oleh `Abd al-Rahim bin al-Husayn al`Iraqi (806 H).

g)

Takhrij al-Ahadith al-Lati Yushir Ilayha al-Tirmidhi Fi Kull Bab oleh alHafiz al-`Iraqi.

h)

Al-Talkhis al-Habir Fi Takhrij Ahadith Sharh al-Wajiz al-Kabir oleh alRafi`i, ditakhrijkan oleh Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (852
H).

i)

Al-Dirayah Fi Takhrij Ahadith al-Hidayah oleh al-Hafiz Ibn Hajar.

j)

Tuhfah al-Rawi Fi Takhrij Ahadith al-Baydawi, ditakhrijkan oleh


`Abd al- Ra'uf Ibn `Ali al-Munawi (1031 H).

8.0

KESIMPULAN

Ilmu Takhrij al-Hadith sangat diperlukan untuk memastikan kesahihan


sesebuah hadith. Proses Takhrij al-hadith bukanlah satu proses yang
mudah. Proses ini memerlukan tapisan dan penyaringan yang cermat agar
keesahan hadith sebagai sumber rujukan kedua umat Islam tidak diragui
dan dipertikaikan. Perkembangan ilmu Takhrij al-Hadith

bermula sejak

abad ke 2 Hijrah. Namaun demikian ilmu takhrij al-Hadith ini berkembang


dengan pesatnya pada abad ke 3 Hijrah setelah kematian ramai para
huffaz selain daripada pengetahuan tentang hadith dan kitab-kitab hadith
semakin berkurangan dan perkembangan hasil karya-karya hadith tanpa
sanad semakin banyak. Kelemahan ini telah digunakan oleh musuh-musah
islam

mengembangkan

hadith

Maudhu

sehingga

menjejaskan

keharmonian agama Islam. Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai


22 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

metodologi digunakan oleh para Muhaddithin untuk menyaring dan


mengenal pasti kedudukan dan status

sebuah hadith berdasarkan

kedudukan sanad dan matan sesebuah hadith. Ilmu Takhrij al-Hadith ini
sangat penting untuk dipelajari kerana ia merupakan satu kaedah untuk
mengenal

pasti

kedudukan

dan

status

sesebuah

hadith.

Dengan

menggunakan kaedah Takhrij al-Hadith akan dapat mengelakkan umat


Islam daripada beramal dengan hadith palsu.

BIBLIOGRAFI :
A. Irwan Santeri Doll Kawaid,Noor Najihah Jaafar, Nurul Asiah Fasehah
Mohamad.(2012). Modul Ulum al-Hadith QAA 1022.Bandar Baru
Nilai:Universiti Sains Islam Malaysia USIM.
Abu Muhammad Abd al-Muhdi. (

). Turuq Takhrij Hadis Rasulillah SAW.

Mesir: Dar al-Itisam


Dr. Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. ( 2013). Ulum al-Hadith.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Dr. Ahmad Yunus Kasim, En Samsudin Abd Hamid. (2013 ). Modul LIH
3013 Ilmu-ilmu Hadith. Tanjong Malim: Pusat Pendidikan Luar UPSI.
Dr. Ahmad Yunus Kasim, Dr. Azmil Hashim. (2013). Modul HIQ 3033 Kajian
Teks al-Quran dan al-Hadith. Tanjong Malim :Pusat Pendidikan Luar UPSI.
DR.. Abdul Ghani Azmi Bin Hadi Idris (

). Himpunan Hadis Dhaif dan

Maudhu (Jilid 2), Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications.


Fauzi Deraman. (2001). Ilmu Takhrij al-Hadith: Pengertian, Sejarah dan
Kepentingan, Jurnal Usuluddin, bil. 14.

23 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

Ibn al-Jawzi, Abu al-Faraj Abd. Al-Rahman bin Ali. (1995). Kitab alMawduat, Beirut: Dar al-Kutub al-IImiyah,cet.1, Juzuk 1.
Mahmud al-Thahhan. (1983). Ushul al-Takhrij wa Dirasat al- Asanid.
Riyadh, Arab Saudi : Maktabah al-Rasyid,
Manna` al-Qattan (1989), Tarikh al-Tasyri` al-Islami. Kaherah: Maktabah
Wahbah.
Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Ilmu Hadith. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Tamar Jaya Nizar. (2002). Tiga Golongan Syuhada: Kajian Hadith Dari
Aspek Sanad Dan Matan Serta Statusnya. Jurnal Teknologi. Bil 36(E).

24 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

Anda mungkin juga menyukai