Anda di halaman 1dari 2

PELAN PENGURUSAN BILIK DARJAH GLASSER

LANGKAH 1

Apabila berlaku tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah, guru hendaklah
melapangkan masa untuk mengenalpasti punca tingkah laku tersebut. Ada
kemungkinan guru adalah punca masalah, bukannya murid.

LANGKAH 2

Guru perlu pertimbangkan bagaimana tingkah laku yang sama pernah


ditangani pada masa lampau. Sekiranya strategi yang digunakan kurang
berkesan, hapuskan sahaja.

LANGKAH 3

Guru berusaha mencegah salah laku melalui 2 cara. Pertama, berikan latihan
dalam kelas yang menarik dan relevan. Kedua, bina hubungan yang positif
dengan murid. Rapo yang terbentuk biasanya tidak akan mencetuskan situasi
yang bermasalah.

LANGKAH 4

Guru pertingkatkan cara penyoalan. Sekiranya diminta untuk menjelaskan


apa yang sedang mereka lakukan, secara tidak langsung, mereka
dikehendaki untuk berfikir tentang tindakan mereka.

LANGKAH 5

Sekiranya

masalah

itu

berlanjutan,

guru

harus

mengadakan

sesi

perbincangan dengan murid tersebut. Amat penting bagi murid membuat


penilaian yang berunsurkan nilai berhubung dengan apa yang telah mereka
lakukan. Selagi mereka tidak menyedari kesalahan mereka, mereka tetap
akan diberikan konsekuen yang berkaitan.

LANGKAH 6

Murid dikehendaki membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif


dengan bantuan guru. Sebaik sahaja mereka membuat komitmen untuk
berubah, guru tidak akan menerima sebarang alasan lagi.

LANGAH 7

Sekiranya langkah 1-6 kurang berkesan, murid tersebut hendaklah diasingkan


dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah. Dalam tempoh tersebut,
mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam aktiviti bilik darjah
sehingga berupaya mengubah suai pelan sedia ada atau membentuk pelan
baru.

LANGKAH 8

Sekiranya tingkah laku bermasalah masih berlanjutan atau murid masih


mengganggu perjalanan sesi pengajaran, hantar mereka ke satu lokasi khas
yang selesa tetapi tidak mengancam, di bawah seliaan seorang yang
ditugaskan khas untuk membantu mereka memperbaiki tingkah laku yang
tidak wajar.

LANGKAH 9

Bagi murid yang bersifat luar kawalan dan tidak boleh diambil tindakan seperti
langkah 8, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk berpindah sekolah.

LANGKAH 10

Bagi kes yang serius di mana langkah 1-9 gagal untuk menghasilkan
sebarang kesan positif, murid perlu dirujuk kepada pihak berkuasa yang
berupaya member bantuan profesional.

Anda mungkin juga menyukai