Anda di halaman 1dari 29

Snare Drum

Snare drum merupakan drum yang dilengkapi dengan beberapa baris tali senar
(terbuat dari kabel baja, atau plastik) yang direntangkan
secara melintang pada membran yang terdapat pada
sisi sebelah bawah. Beberapa jenis snare drum yang
umumnya digunakan dalam organisasi kemiliteran
menambahkan sejumlah senar tambahan pada sisi
bawah sebelah dalam dengan tujuan untuk mendapatkan
suara yang lebih jernih,caixa brazil bahkan meletakkan
senar pada membran di sisi atas. Snare drum
merupakan salah satu komponen drum terpenting (jika
bukan yang terpenting) pada drum kit .
Pemanfaatannya dalam musik populer, terutama pada
drum kit rock (musik) , snare drum biasanya digunakan
untuk memainkan pola backbeat .

Cara menggunakan
Seperti halnya alat musik perkusi lainnya, snare drum dibunyikan dengan cara
dipukul dengan menggunakan alat pemukul khusus (yang lebih dikenal
sebagai drumstick) termasuk pula kuas dan rute, untuk bunyi yang lebih lembut.
Saat dimainkan menggunakan stik, drummer bisa memukul snare drum pada
membran, pinggiran membran, atau bahkan stem besi penutup pada sisi-sisinya.
Masing-masing jenis pukulan tersebut akan menghasilkan suara yang berbedabeda.
Snare drum snare drum umumnya terbuat dari bermacam-macam ragam jenis kayu,
ataupun metal, biasanya diameter snare drum berkisar 14 inci. Marching snare
drum umumnya berukuran lebih dalam dibandingkan ukuran snare drum biasa yang
digunakan pada orkestra, ataupun drumkit.
Sejarah
Snare drum diperkirakan merupakan turunan dari Tabor (drum pada abad
pertengahan) yang umumnya digunakan pada masa perang. Drum sederhana
dengan tali senar sederhana ini menjadi populer dikalangan militer swiss pada
era tahun 1400 -1500 -an sebagai akibat dari pengaruh militer Ottoman turki yang
juga menggunakan drum. Pengembangan selanjutnya di tahun 1600-an, dengan
menggunakan baut untuk mengaitkan tali senar yang menghasilkan suara yang
lebih jernih. Sementara snare drum dari metal mulai muncul sekitar tahun 1900 an. Membran snare drum pada umumnya terbuat dari kulit binatang, penghargaan
atas temuan penggunaan plastik sebagai membran ( mylar ) diberikan kepada
Marion "Chick" Evans yang pertama kali muncul pada tahun 1956

3. Klarinet

Klarinet adalah

instrumen

musik

dari

keluarga woodwind . Namanya diambil dari penambahan akhiran "-et" yang berarti
"kecil" pada kata Itali "clarino" yang berarti " trompet ". Sama sepertisaksofon ,
klarinet dimainkan dengan menggunakan satu reed.
Klarinet merupakan keluarga instrumen terbesar, dengan ukuran dan pitch yang
berbeda-beda. Kata klarinet umumnya merujuk pada soprano klarinet B , yang
merupakan klarinet terumum.
Pemain klarinet disebut klarinetis.

Alat Muzik Modern Dan Tradisional

Accordion
Accordion alat muzik berbentuk kotak daripada keluarga bellow-driven free-reed aerophone kadang
kala di rujuk sebagai squeezebox (kotak picit). Bunyi accordion datang dari udara yang dimampat &
dikembang mengguna bellow semasa butang atau key ditekan menyebabkan udara bergerak &
menggetarkan strip besi (reed) mengeluarkan bunyi dari dalam badan alat muzik itu. Prinsip nya sama
seperti alat & nama purba harmonikos --harmonika Greek bermaksud music. Accordion, alat muzik
biasa diguna dalam muzik folk (rakyat) & tradisional Eropah & seluruh dunia. Ia juga tergolong dalam
keluarga Sheng & Khaen di china & Indochina (Asia timur). (menyerupai sompoton juga seruling dayak).
Bentuk asal accordion dicipta di Berlin 1822 oleh Christian Friedrich Ludwig Buschmann, Pada abad ke
19 accordion mula sampai ke India menjadi alat muzik harmonium India & asia tenggara dibawa orang
Eropah & perlahan-lahan meresap masuk kedalam permainan muzik tradisi tempatan. seperti joget,
zapin & dondang sayang.

Lihat video pemain accordion memainkan lagu rakyat benua Eropah

Fender Electric Guitar

Fender Stratocaster (stre-to-kes-te) solid body series tahun 1960-an. Badan diperbuat kayu
keseluruhan. Neck head atau kepala leher dibentuk mengikut neck head Violin Stradivarius

The Shadows

Fender Musical Instrument Corporation di Scottsdale, Arizona pembuat gitar jenama Fender di asas kan
oleh orang Amerika Leo Fender pada 1946. Dia yang memulakan gitar elektrik solid body (badan keras)
seperti Stratocaster & Telecaster. Dia juga men-design gitar elektrik bass yang berjaya dari segi
pemasaran & terkenal dalam muzik rock,jazz, country,Motown, funk & banyak lagi.Antara pemain gitar
yang masih menggunakan gitar fender ialah Jimi Hendrix, Stevie Ray Vaughan, Danny Gatton, Roy
Buchanan, Albert Collins, Buck Owens, Don Rich, Doyle Holly, Bob Dylan, Duff Mckagan, Ritchie
Blackmore, Yngwie Malmsteen, Waylon Jennings, Buddy Guy, Jeff Beck, Steve Cropper, Tom
Morello, Kurt Cobain, Rory Gallagher, George Harrison, John Frusciante, Keith Richards, Bruce
Springsteen, Steve Miller, Dave "Mello D" Fernandez, Brian Wilson, Rick Parfitt, Francis Rossi, Hank
Marvin, Eric Clapton, Mark Knopfler, David Gilmour, John Mayer, Pete Townshend, Marc "Mad Dog"
Davis, Mark Hoppus, Mike Dirnt, Jim Root, Dave Murray, Tinsley Ellis, Tom Principato, Brad
Paisley, Keith Urban, Kenny Wayne Shepherd, Robert Smith,

Lakran gitar untuk paten ciptaan gitar lap steel oleh Leo Fender pada 1944

M.Shariff & The Zurah

Di Malaysia M.Shariff ialah seorang Fender Man. M.Shariff penyanyi Pop Yeh Yeh di beri pengiktirafan
antarabangsa Syarikat Fender kerana penggunaan gitar jenama Fender oleh penyanyi rentak 60an itu
bersama-sama banyak lagi Fender Man di seluruh dunia. "Fender" jenama gitar bukan kata nama ganti

untuk gitar.

M.Shariff & The Zurah

Jumlah Anggaran Pemain Gitar Profesional & Amatur

Di luar sana, di semua 195 negara seluruh dunia terdapat lebih kurang 100 juta alat muzik gitar &
terdapat lebih kurang 50 juta (50,000,000) pemain gitar professional dari semua jenis muzik ada di
seluruh dunia. (Penduduk dunia- 6 billion.) Wah, banyak tu, itu belum di kira mereka yang sebagai hobi.
penduduk Malaysia Cuma 27,467,837juta orang. Kalau semua pemain gitar seluruh dunia datang ke
Malaysia, sesak lah negara Malaysia. Nasib baik semua pemain gitar tu bermain di negara mereka
sendiri.

Ilmu Bermain Alat Muzik Modern Berasal Dari Barat

Seorang pemuzik atau pendengar lagu tempatan mungkin tahu setiap aspek dalam permainan muzik
atau muzik moden yang didengarnya adalah ke-barat-an. Walaupun mungkin dia belajar dari
mendengar muzik moden artis tempatan tetapi artis tempatan itu juga mendengar & belajar dari artis
barat. Chord gitar ciptaan barat, bunyi rock gitar dari barat, scale muzik dari barat, bass line dari
barat, pukulan beat drum 4/4, 2/4, 3/4 juga dari barat. Piano dari barat, keyboard dari barat, riff gitar
barat inpirasi barat juga. Style nyanyian rock & pop baru atau lama juga kebaratan.
Memang kita tidak nafikan alat-alat muzik modern semuanya berasal dari barat. Di cipta atau
diperbaiki hasil ciptaan itu oleh orang yang mahir di barat seperti Eropah atau Amerika. Bukan saja alat
alat muzik tetapi theory muzik juga banyak yang di fikirkan, dicipta oleh artis karyawan seni dari barat
sejak dari zaman kegemilangan seni Greek. Menulis nota muzik, aturan scale muzik & kord-kord untuk
piano, gitar dicipta oleh mereka dari zaman itu kemudian diperbaiki pada zaman renaissance - baroque
- romantic. Dipraktikkan dalam persembahan muzik orchestra, band marching military, lagu-lagu rakyat
& juga muzik pop terawal pada permulaan abad ke 19.

Effect Distortion Untuk Bunyi Gitar

Effect dipakai pemain guitar 1980-an hingga 1990an.


Boss distortion DS-1
BigMuff distortion
Jim Dunlop wah-wah pedal
Digitech Whammy pedal
Compression sustainer

DS-1

Tahukah kamu kenapa bunyi gitar distortion menjadi bertambah extreme (melampau) hari ini. Pemain
gitar 1980an yang membesar dari zaman kanak-kanak mendengar lagu hard rock classic 60 & 70an
belajar dari piring hitam, radio atau cassette. Bunyi gitar yang memainkan kord bar atau barre kod
(power kord) di radio hi fi kedengaran berat kerana ia dimain bersama gitar bass. Pemain gitar muda
cuba meniru bunyi gitar dari dalam bunyi rekod atau hi fi kaset yang kedengaran heavy walhal ia
berbunyi sebegitu sebab dimainkan bersama gitar bass.. Maka begitulah bermulanya sound gitar rock
baru pada awal 1980an di amerika & eropah yang menjadi lebih berat. Ada yang mencuba &
ber"experimen" bermain dengan mencampur distortion dari gadget dengan distortion di amp sekaligus.
Ada yang bermain di campur compression sekaligus menyebabkan gitar lebih senang & lancar dimain.
Pengeluaran gadget distortion baru juga mengikut perkembangan baru ini lalu mengeluarkan gadget
distortion & overdrive yang memnuhi citarasa generasi baru pemain gitar pada dekad 1970an - 1980an..
Band metal generasi baru Amerika & Eropah juga belajar & berlatih dengan mendengar lagu lagu rock &
punk classic dari semasa mereka kanak-kanak, bunyi gitar mereka menjadi lebih lah berat. Seiring
dengan perkembangan masa, muzik menjadi lebih kreatif. Begitu juga dengan perkembangan alat alat
gadget yang memungkinkan bunyi gitar yang lebih maju dalam permainan yang seperti menuju kearah
zaman angkasa lepas.

Marshall stack amp

Fender amplifier

Peavey amplifier

Peavey stack

Eddie Van Halen & 5150 Peavey

Gitar

Gitar terbesar di Bristol, Tennessee, USA

Gitar atau Guitar ialah alat muzik paling popular dalam dunia. Dimana-mana sahaja kita boleh melihat
orang bermain gitar. Gitar juga terdapat dalam berbagai rupa & bentuk samada gitar kayu atau
elektrik.

Festival guitar di USA.


Terdapat lebih kurang 50,000,000 juta orang yang bermain gitar di dalam dunia. penduduk
Malaysia hanya berjumlah 27,467,837 orang sahaja.

Oud Arab

Lute Eropah abad ke 15

Gitar alat muzik cordophones sejak zaman purba. Perkataan English-guitar, German-gitarre, Franceguitare, Sepanyol-guitarra datang dari Arab Andalucian-Qitara semuanya diambil dari perkataan LatinCithara yang datang dari Greek purba-kithara juga adalah turun temurun dari pada bahasa Parsi lama
(purba) Tar yang bermakna string (tali). Gitar (cithara) bukanlah juga berasal dari alat muzik asli Rom.
Pengaruh oud orang moor semasa penaklukan ke atas semenanjung Iberia (Hispania) pada abad 8 &
pengaruh alat lute 6 string orang scandinavia di negara takluk orang Viking di seluruh Eropah yang
memungkinkan penciptaan gitar, alat bertali yg dipetik diseluruh Mediterranean & Eropah, terkenal &

mashyur di Iberia semenjak zaman medieval. 2 alat itu dipanggil guitar diguna sepanjang tahun 1200:
guitarra moresca (gitar moor) & guitarra Latina (gitar Latin).

Vihuela

"Vihuela" Sepanyol alat bentuk seperti gitar abad 15 & 16 dikatakan yang mempengaruhi perkembangan
gitar. Vihuela yang dipetik berkembang pada pertengahan abad ke 15 di Kerajaan Negara Aragon
(Kingdom Of Aragon atau Castilla La Aragon) terletak ditimur laut Sepanyol. Alat itu dipanggil viola da
mano di Italy & Portugal. Ada Vihuela yang digesek berkembang menjadi viola. Di seluruh Eropah pada
masa itu lute (loot) menjadi alat muzik utama yang seiras & dekat dengan oud orang moor (arab afrika
utara). Perkataan viola itu sendiri adalah dari vihuela. Dari alat muzik 'tar'tamadun orang Parsi
(sumeria, akkadia & Mesopotamia) alat muzik bertali purba itu berkembang menjadi kitharra Greek,
oud Arab di barat & sitar, setar juga tanbur di Asia tengah & India.

Lihat video lute Eropah terawal & penyanyi di zaman pertengahan (medieval) dan juga Vihuela alat

muzik gitar terawal.

Orchestra

Orchestra Bamboo dari Jepun

Orchestra -- sekumpulan besar himpunan alat-alat muzik yang mengandungi bahagian string,
brass,woodwind, & alat percussion. Istilah orkestra (orchestra) asalnya dari perkataan Greek nama
kawasan didepan pentas Greek purba yang disediakan untuk Greek chorus (penyanyi latar & pemuzik).
Orkestra menjadi berkembang menjadi sepanjang abad ke 18 & 19, tetapi sedikit pertukaran dari segi
komposisi semasa abad ke 20. Saiz orkestra kecil (50 atau kurang sikit dipanggil "chamber Orchestra"
ataupun "orchestra" sahaja). Saiz penuh (100 pemain) dipanggil "symphony orchestra" atau
"philharmonic orchestra". Perubahan ini tidak semestinya menunjukkan kelainan peranan orkestra
tetapi berguna untuk membezakan himpunan (ensemble) dibandar yg sama seperti London Symphony
Orchestra & London Pilharmonic Orchestra. Satu kumpulan besar mengandungi alatalat muzik tradisional juga boleh di panggil orchestra.

Symphony atau philharmonic orchestra

John Williams seorang komposer terkenal untuk soundtrack filem. Dia juga lah yang mengarang lagu
untuk filem seperti Jurassic Park, Jaws, Indiana Jones & Harry Potter.

John Williams

Synthesizer Keyboard

Synthesizer terawal 1960-an

Muzik Pop moden banyak menggunakan peralatan keyboard synthesizer. Mungkin kamu pernah
mendengar piano di mainkan dalam lagu pop & mungkin kamu pernah melihat bunyi piano atau
alat muzik string dimainkan dari keyboard synthesizer. (kalau tak pernah, pergilah tengok diluar sana
dimana ada tempat orang buat persembahan bermain alat muzik). Kemungkinan besar bunyi itu datang

dari keyboard synthesizer menyerupai bunyi piano acoustic hanya sedikit perbezaan ia lebih terang &
sharp tone. Bunyi alat muzik string (violin ensemble) & brass (alat tiupan angin -- trumpet,horn) pun
boleh dimain dari keyboard synthesizer. Begitu juga bunyi percussion (drum,cymbal) & juga bunyi ganjil
yang tidak terdapat pada alat muzik lain & juga bunyi-bunyian organ. Synthesizer atau synth alat
elektrik boleh mengeluarkan bunyi dengan menjana isyarat elektrik pelbagai frequency.

Isyarat elektrik ini kemudian di mainkan melalui speaker. Synthesizer boleh mengeluarkan julat bunyi
yg luas, samada menyerupai bunyi alat muzik yang betul, atau mengeluarkan bunyi timbre (tone
quality & tone colour). Keyboard synthesizer bukan alat muzik gitar. Tetapi ia juga boleh mengeluarkan
bunyi menyerupai alat muzik bertali. Satu set alat muzik moden seperti gitar, bass, drum, string &
wind instrument boleh dimainkan dengan menggunakan hanya satu keyboard synthesizer atau Digital
Sound Processor keyboard melalui protokol MIDI (Musical Interface Digital Interface) yg membolehkan
Synthesizer, mesin drum synthesizer elektrik, computer, MIDI controller, sound card, sampler
menyelaras sesama sendiri. Cuba kamu sendiri google & cari sejarah synthesizer di wikipedia, kamu
akan membaca bagaimana ia digunakan secara meluas pada 1970an yg perlahan-lahan menggantikan
organ.

Tahun 1980an keyboard synthesizer diguna secara meluas selaras dengan perkembangan teknologi
elektronik. Muncul band yang memainkan muzik disco (synth pop & techno) secara elektronik
keseluruhan seperti Depeche mode, Devo, Bellville Three, Giorgio Moroder, Cybotron & banyak lagi.
Alat Synthesizer juga digunakan mengiring penari breakdance, & rakaman lagu lagu Rap. Muzik Jazz,
R&B, Pop, hip hop, Rock, Metal atau apa apa saja lah mendapat manfaat dari perkembangan teknologi
synthesizer (keyboard) kerana bunyi satu set orkestra (40 -- 60 alat muzik acoustic atau muzik elektrik)
boleh dimainkan hanya dengan memainkan beberapa keyboard synthesizer. Pemain keyboard

Synthesizer -- Kitaro (lagu Matsuri, bunyi synthesizer menyerupai bunyi flute), Stevie wonder, John Lord
(Deep Purple).

Synthesizer keyboard

Organ

Organ berkuasa air pada zaman Rom

Binaan paip besi yang mengeluarkan bunyi dari organ berkuasa udara

keyboard untuk pipe organ

Organ (perkataan Greek bermaksud "alat") ialah alat muzik berpapan nada (keyboard instrument)
terdiri dari beberapa division, setiap satu dipunyai satu papan nada (keyboard) dimainkan dengan
tangan atau kaki. Organ alat lama dimainkan dalam Tradisi muzik barat bertarikh dari masa 285-222 BC
Ctesibius of Alexandria (pencipta hydraulic). Pada sekitar abad ke 8, ia menjadi muzik iringan dalam
perlawanan Gladiator, & mendapat tempat kekal di rumah ibadat. Organ paip hari ini ialah turunan dari
organ purba itu. Angin di tiup kedalam paip menggunakan pump (seperti accordion) tetapi dalam
bentuk & bunyi yang besar. Reed organ & harmonium jenis yg dimainkan sebelum terciptanya organ
electric. Kecil seperti piano kecil, murah & mudah di bawa ke mana-mana tidak seperti organ paip yg
besar.

Hammond organ

Chord organ dicipta oleh Laurens Hammond tahun 1950. Sejak 1940an organ elektrik kecil boleh
diperolehi yang bunyinya sama seperti organ berpaip kemudian menjadi permulaan kepada
alat muzik keyboard moden. Tahun 1960an-1970an organ menjadi alat popular kumpulan muzik Pop &
Rock pada masa itu seperti The Doors, Led Zeppelin, Deep Purple, Iron Butterfly & banyak lagi. Ada
juga rakaman alat organ dalam muzik Pop & pop tradisional Malaysia pada tahun 1960-an & 1970an. Hari ini bunyi organ boleh dimainkan dari Keyboard Synthesizer yang menggunakan Digital Sound
Processor didalam atau Sound Sampler dalam hardware keyboard. Alat keyboard moden hari ini boleh
mengeluarkan pelbagai bunyi seperti alat windwood, reed, brass, string & percussion yang menyerupai
bunyi alat sebenar.

Rock n Roll Fender organ 1960's

Flute & Seruling

Ada pelbagai jenis flute modern. - Alto flute, bass flute, F-flat flute & piccolo flute ^

Flute puba daripada tulang

Alat muzik tiupan angin seperti flute (sebutannya "floot") atau seruling adalah paling tua didunia &
terdapat diseluruh dunia. Satu flute purba berusia antara 43,400 hingga 67,000 tahun telah dijumpai di
Wilayah Slovenia dan dinamakan Divje Babe Flute di perbuat dari tulang. Flute tulang mammoth &
swan pula telah dijumpai arkeologi German berusia 30,000 tahun. Bukti arkeologi alat muzik dijumpai
di perkuburan raja bandar Ur di Sumeria seperti lyres, harp, sistra, cymbal & alat tiupan angin flute
diperbuat dari perak.

Seruling bambu

ciptaan tersendiri maksudnya ada flute yang dibuat tanpa dipengaruhi oleh pengaruh luar. Muzik flute
tradisi dimainkan mengikut style tempat asal ia dibuat. Bunyi flute adalah alat muzik yang
menghiburkan generasi sebelum datuk & nenek moyang kita ribuan tahun lamanya. Sebagaimana pada
hari ini kita mendengar muzik dari TV, radio & MP3player, alat muzik flute telah menghiburkan
generasi sebelum kita berpuluh-puluh ribu tahun lamanya yang hidup berpindah randah (nomad).

Lihat video tiupan flute dari pemuzik di kepulauan British, Eropah

Alat muzik woodwind

Pemain flute

Brass section-Trumpet, Horn & Tuba


Alat muzik angin (wind instrument) adalah alat muzik yang mengandungi satu jenis resonator biasanya
"tube" di mana aliran udara di tetapkan untuk bergetar oleh tiupan pemain kedalam mouthpiece yang
ditetapkan di hujung resonator. Pitch getaran di tentukan oleh kepanjangan tiub (tube) & secara
modifikasi pemain alat tiupan. Ada beberapa wind instrument (alat muzik tiupan angin) yang
menggunakan reed untuk menggetar bunyi & ada juga yang memerlukan bibir pemain di buzzing
(digetar) kedalam mouthpiece.

Alat tiupan angin terbahagi dua kumpulanBrass (alat tiupan diperbuat dari tembaga+besi alloy)
Woodwind (diperbuat dari kayu atau bamboo)
Alat muzik tiupan angin tanpa menggunakan reed ialah seperti flute & recoder.
Alat muzik tiupan angin (lip reed) yang menggunakan getaran bibir pemain ialah trumpet, horn &
tuba.
Terdapat juga alat tiupan angin tradisional asia tenggara seperti tumpong, kalaleng, pulalu & palendag

dari Filipina. Suling atau seruling bambu dari Indonesia & Malaysia.

Strings musical instument / Alat muzik bertali.

violin

Alat muzik bertali (string instrument) alat muzik yang mengeluarkan bunyi dari pada tali yang
bergetar. Alat muzik bertali yang biasa kita lihat seperti gitar violin cello banjo mandolin ukulele &
harp. Mengikut skema Hornbostel-Sachs semua alat bertali itu tergolong dalam kelas
chordophones. String instrument terbahagi kepada 3 kumpulan,

Lutes- alat muzik dimana tali di sokong neck (leher) & bout (gourd) seperti gitar, violin, gambus &
saz.

Harps- alat talinya di frame

Zithers-alat talinya di pasang didalam badan seperti guqin, cimbalom, autoharp, atau piano.

Alat alat muzik ini di petik atau di gesek tali nya.


Alat muzik traditional bertali di Asia tenggara seperti gambus, sape, sundatang (Malaysia), kecapi
(pulau Jawa & Sulawesi), kutiyapi (Filipina), Erhu (etnik cina) & banyak lagi. Seperti yang anda tahu
gitar, violin, cello & piano di bawa orang Eropah ke asia tenggara.

Lihat Vielle -alat muzik Eropah yang berkembang dari Vihuela zaman pertengahan 600 tahun
dahulu yang dimainkan semula oleh Barry Hall di ASC: Boston, USA

Reed Musical Instrument

Gambar atas keluarga saxophone- soprano, tenor, alto & baritone ^


Terdapat lebih dari 100 alat alat muzik moden & tradisional yang menggunakan tiupan angin sebagai
punca bunyi. Antaranya ialah, harmonica, accordion, oboe, serunai, bassoon, clarinet,
bagpipe, saxophone & banyak lagi. Bunyi itu di tiup melalui reed satu benda kecil nipis yang bergetar
di bahagian mouthpiece instrument yang mengeluarkan bunyi. Di Eropah reed di perbuat dari kulit tebu
Arundo Donax atau bahan plastic manakala reed yang sudah di tune sedia dari besi atau plastic
digunakan untuk harmonica & accordion. Di Malaysia banyak alat muzik tradisi yang menggunakan
teknik getaran reed antaranya ialah serunai & sompoton & banyak lagi
- See more at: http://rockofplanetearth.blogspot.com/p/alat-alat-muzik-moderntradisional.html#sthash.NgLTHs76.dpuf