Jika anda terasa lemah sendi tulang dan lesu urat geramat kerana sudah
lanjut usia (sudah tua), anda tidak seharusnya berserah begitu sahaja.
Tenaga anda masih dapat dipulihkan sekiranya anda amalkan doa di bawah
ini setiap hari selepas sembayang Asar atau Isya sebanyak 7 kali. InsyaAllah akan pulihlah tenaga batin anda seperti tenaga anak muda layaknya.
Inilah doa yang perlu diamalkan.
Bismillah Hiroh Man Niroh Him Yaa wahidul baqil qawiyul mathin. In
nalloha qawiyun, ngazizun, yaa qawiyu biroh matika yaa ar hamar
roohimin.
2. Terapi Seksual Gangguan Sihir (1).
Di sini di perturunkan cara-cara merawatNya. Jika ada keyakinan InsyaAllah amalan ini berjaya menghapuskan sihir-sihir tersebut. Bacakanlah
ayat-ayat di bawah ini sebanyak 7 kali pada air, lalu airnya itu dibuat
minum dan digunakan untuk membuat permandian (ia itu pada mereka
yang terkena sihir itu) selama 7 hari berturut-turut. Insya-Allah sihirnya
akan gugur. Sekiranya masih belum terhasil buatlah beberapa kali ulangan.
Dan banyaklah berdoa kepada Allah.
1) Surah Yunos 81-82.
Qola Musa maa jiktum bihis sihru innol lohha sayubthiluhu innol lohha laa
yuslihu ngamalal mufsidin. Wayuhikkul lohhul hakqo bikalimaatihi walau
qarihal mujrimun.
2) Surah Al-Araf 117-122
Wa awhainaa illa musa an alqi ngasaaka faiza hiya talqofu mayakfikun.
Fawaqo ngal hakqu wabathola maa kaanu nyakmalun. Fa ghu libu hunaa
lika wan qolabu sho giriin. Wa ulqiyas shaharotu saajidin. Qolu aaman na
birobbil ngalamin. Robbi musaa wa haarun.
3. Surat Thaha 69.
Innama sona ghu kaidu saa hirin walaa yuflihus syaahiru haisu ataa.
Untuk mengelakan kesalah bacaan dan bunyi yang betul. Sila rujuk pada
kitab-kitab suci Al-Quran, kerana tulisan rumi kekadang mempunyai kata
bunyi yang berbeza.
3. Terapi Seksual Gangguan Sihir (2).
Ambilah bekas berisi air, dan bacakan kepadanya surat Al-Ikhlas, Al-Falaq,
An-Nas (Al-Muawwidzat) dan doa-doa di bawah ini.
Allah humma robbin Naasi az hibisbaksa wasfi antas syafi laa syifaa a illa
syifa uka syifaa an la yugoo diru syaqoman.
(Maknanya; Ya Allah, Tuhan semua manusia, hilangkanlah penyakitnya
dan sembuhkanlah, kerana Engkau-lah Yang Maha Menyembuhkan. Tiada
kesembuhan, selain kesembuhan (dari) Mu, kesembuhan yang tidak
meninggalkan penyakit.)
Bismillahi arqika wal lohhu yasfika min kulli da in yukzika wa min kulli
nafsin aw nga in hasidin. Allahu yasfika.
Dengan nama Allah, saya obati kamu (dengan rukyah), semuga Allah akan
menyembuhkan dari setiap penyakit yang menyakitimu, dan dari setiap
jiwa atau mata yang dengki. Semuga Allah menyembuhkanmu.
Angu zu bikalimaatil lohit taam maa ti min sarri ma holaq.
Aku berlindung dengan ayat-ayat Allah yang sempurna dari semua
kejahatan yang diciptakan-Nya.
Bismillah hillazi laayazurru maas mihi sai un fil arzi wala fis syama ii wa
huwas sami ngul ngalim.
Dengan nama Allah, yang dengannya segala sesuatu yang ada di bumi dan
di langit tidak akan membahayakan. Dialah Yang Maha Mendengar, Lagi
Maha Mengetahui.
Doa-doa tersebut di baca 7 kali pada air, lalu airnya di minum dan dipakai
untuk mandi selama 3 hari. Insya-Allah sihir itu akan gugur dan ikatan
sihirnya akan lepas.
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahhuma innaa Na'uzubika tammah. Warruhi, waddami, walahmi, wasahmi,
walhurubi, waljulubi wathaqdi. Faa izaa khodaita amron fainnamaa yaquulu lahu kun
fayakuun.
Doa Penguat Zakar (3)
Diperturunkan amalan doa penguat Zakar (3) yang diamalkan oleh orang-orang lama
sejak dahulukala.
Amalkanlah doa ini dengan membacanya sebanyak 7 kali ketika hendak bersetubuh.
Insya Allah ia dapat mengeraskan zakar anda dan dapat bertahan lama semasa
menjalankan tugas anda itu. Inilah doa yang masyhur di kalangan tok-tok guru zaman
dahulu yang masih diamalkan oleh sesetengah orang yang berpoligami pada zaman ini.
Inilah doanya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahillazii kholako minal maa i basharo.
Doa Penguat Zakar (4)
Sebelum masuk tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak
tangan untuk memanaskan tapak tangan anda. Jangan gunakan minyak yang panas
ditakuti akan mencederakan zakar anda. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jarijemari tangan dan urut di kelengkang iaitu di antara dubur ke telur zakar. Tekan sedikit
dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar.
Bacalah doa ini sebanyak 7 kali.
Amalan ini amat berkesan dan kekadang dapat dilihat pada malam itu juga, di mana
zakar akan menegang dengan hebat sekitar 2 atau 3 pagi sehingga waktu solat subuh.
Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika dalam
keadaan cuaca sejuk supaya ligament dan urat saraf yang berada pada zakar dalam
keadaan tahap kecergasan yang terbaik.