Anda di halaman 1dari 2

Kita dan kehidupan.

Apa yang dimaksudkan dengan kehidupan? Susah kita nak faham apa itu kehidupan. Apa yang kita
buat dengan hidup kita dan kita lakukannya untuk suatu masa yang panjang, itulah yang kita katakan
dengan kehidupan. Namun akhirnya perbincangan ni jatuh kepada suatu perbincangan relatif, yang
kita perlu bandingkan. Contohnya, kenapa virus tak diklasifasikan sebagai benda hidup? Sebab dia
tak buat semua benda yang benda hidup buat. Jadi akhirnya, apa yang dibincangkan itu bergantung
kepada kayu ukur yang kita guna. Kalau kita guna kayu ukur diri kita sebagai benda hidup, maka apa
yang benda lain tak buat seperti kita adalah bukan benda hidup.
Betapa sebenarnya banyak benda dalam dunia ini sangat bergantung kepada kayu ukur kita guna.
Itulah cara kita meneruskan kehidupan. Nak masak, kita kene relatifkan dengan graviti untuk
timbang berat. Nak minum, kene relatifkan dengan bilangan cawan atau liter. Disebabkan hidup kita
ini terlalu banyak yang relatif, maka kita kene tahu apa kayu ukur yang kita guna. Kalau salah kayu
ukur, lain lah hasilnya.
Allah berfirman dalam quran, surah al baqarah ayat 2: inilah petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
Allah berfirman lagi dalam Quran, surah al imran ayat 31: kita mengikut rasulullah.
Inilah dua perbandingan yang kita guna dalam kehidupan kita. Quran dan sunnah rasulullah. Apaapa yang kita lakukan dalam kehidupan kita, ini yang menjadi perbandingan kita. Sebab itu, Allah
mengetengahkan banyak kisah dalam Quran, bercerita tentang manusia dan kayu ukurnya.
Dalam surah Al imran ayat 14: Ada manusia yang akan melihat wanita, duit, dan status sosial sebagai
kayu ukur. Dalam ayat seterusnya, allah berkata: nak tak kalau Dia berikan satu lagi kayu ukur yang
lebih baik? Dan itulah syurga dan segala yang ada di dalamnya.
Mengapa Allah memberikan kita satu kayu ukur yang kita tak boleh nampak? Kenapa Allah tak
tunjukkan kepada kita je apa yang ada , supaya kita boleh tahu dan tak adalah tercengang-cengang.
Ada pepatah Arab mengatakan, sesudah tahu, maka hilanglah ajaibnya. Begitu juga macam kita ini.
Kalau kita ini dah ditunjukkan denngan apa yang ada dalam Syurga, maka kita ini dah hilang selera.
Tapi kalau kita ni selalu dipropakan dengan sesuatu walaupun kita tak pernah jumpa, kita akan rasa
sangat eksaited. Contoh, sebelum ni kita kat malaysia, punyalah kita pandang tinggi kat orang putih.
Sebab kita dah selalu dipropakan dengan betapa hebatnya diorang. Tapi lepas kita sampai , alahai
takdelah power sangat. Sama macam orang malaysia je.
Begitulah jugak allah mempropakan kepada manusia tentang apa yang ada dalam syurga. Kenapa?
Supaya kita akan berusaha keras dan gila-gila. Kita tahu guidelinenya. Tapi kita tak tahu cukup mana.
Maka kita buat bersungguh-sngguh. Sama macam dalam examnya. Kita dah tahu dah soalan mana
akan keluar, banyak mana. Kita tahu kene ada berapa soalan betul baru dapat certain grade. Tapi
kita tak tahu mana satu jwapan kita yang diterima. So nak tak nak kita kene buat betul2 semua
soalan tu. Sebab kita tak tahu ckup ke tak.
Dunia ni sama macam tengok video atau tengok filem yang best. Sedar-sedar je eh dah dua jam. Tak
perasan pun.

Sebab itu Allah selalu pesan dalam quran, jangan terpedaya. Jangan termakan umpan. Lihat surah
Luqman ayat 33: Janganlah kamu terpedaya dengan kehidupan dunia. Kenapa? Sebab sekali kita dah
termakan umpan, akan datang Syaitan menyerang.
Allah tak menolak keperluan insani kita. Kita perlukan semua itu. Allah acknowledge dalam surah Al
Imran benda tersebut. Cuma, adakah kita menjadikan ia sebagai kayu ukur kita? Apabila hati kita
start meletakkan benda lain sebagai keperluan pertama kita, maka kita dah takkan nampak relevan
semua benda tarbiyyah yang kita buat Kita dah takkan nampak relevan kenapa nak commit baca
quran. Kenapa nak soalat malam. Kenapa kita nak kena solat jemaah sama-sama. Sebab nature
manusia, dia Cuma akan mendahulukan apa yang dia rasakan penting dahulu. Contoh dalam fb, kita
mungkin ada 1000 kawan. Tapi yang kita commmen dan reply Cuma 20 je. Boleh bilang. Sebab mana
yang kita utamakan itulah yang akan selalu keluar dalam newsfeed kita. Begitulah jugak dengan
kehidupan kita. Yang mana kita selalu utamakan, itulah yang akan selalu kita jumpa dan nak jmpa.
Cuba lihat dalam surah al imran ayat 164: Allah menurunkan rasulullah sebagai kurnia kepada orang
beriman. Dan orang beriman hadirnya rasulullah itu satu kurniaan yang sangat memuliakan mereka.
Sebab itulah para yahudi benci sangat dengan para mukminin. Sebab Rasul tidak lagi dihantar kat
diorang, kerana datangnya nabi itu mengangkat darjat mereka. Walau bagaimanapun Orang-orag
kafir quraisy, tak melihat nabi sebagai pengangkat darjat. Sebab mereka tak berpegang kepada kayu
ukur yang sama. Sebab itu lain kayu ukur yang kita pakai, lainlah hasilnya. Kalau kita guna kayu ukur
yang tepat pun tak bawa manfaat kalau kita tak guna dan start filter kehidupan kita guna kayu ukur
tu.
Exam dan kehidupan kita sbg pelajar ni Cuma short. Lepas ni kehidupan bekerja pulak. Lepas tu
keluarga. Semuanya short phase. Smpai bila kita nak meletakkan semua short phase kita tu sebagai
kayu ukur utama kita? Apabila berakhir satu phase, maka kita pun buat lagi kayu ukur baru ikut
phase baru. Betapa membazirnya apa yang dah Allah bagi kat kita, Quran dan sunnah. Membazirnya
Quran dan sunnah kalau akhirnya jadi buku-buku yang orang pek dan kita jual. Bazirnya kurniaan
Allah tu kalau akhirnya kita ada Quran dan buku hadis kat rumah pun sekadar nak tunjuk kita ada.
Nilailah balik kehidupan kita. Masih tak terlambat. Kalau untuk orang dosa besar dan munafiq pun
Allah bagi jalan pulang, apatah lagi kita.
Jangan pandang exam minggu depan segala-galanya bagi kita. Hidup kita ini lagi besar dari duit yang
kita simpan, satus pelajar medik, kereta atau motor yang kita plan nak beli, dan perancangan kita
nak kahwin.
Dah tiba masa kita get a life bro . Imanilah dengan ayat 8 : 24!!!

Anda mungkin juga menyukai