Anda di halaman 1dari 2

Bolehkan kecermerlangan seperti Kerajaan Bani Abbasiyah itu dilakukan di Malaysia?

Semasa pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah banyak kejayaan dan sumbangan yang
berjaya dicapai terutamanya semasa zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (768809). Semasa pemerintahan beliau bermulalah perkembangan ilmu pengetahuan yang mana
banyak melahirkan sarjana-sarjana Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, alFarabi dan sebagainya. Tambahan pula, kerajan Bani Abbasiyah jugalah yang telah
menyebabkan berlakunya Renaissance di Eropah ketika Eropah dilanda Zaman Gelap.
Dalam bidang perindustrian pula, hamper setiap negeri mempunyai pengilangan sesuatu yang
khusus contohnya Baghdad khusus dalam penghasilan barangan kaca, perhiasan, barangan
tembikar, dan sutera, Morocco dalam penghasilan barangan kulit, Toledo di Sepanyol bagi
penghasilan pedangnya yang terbaik. Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat. Jadi,
apakah faktor yang membolehkan kecermelangan yang sedemikian dapat dicapai?

Kecemerlangan dapat dicapai disebabkan beberapa faktor iaitu:


1. Pemimpin yang baik:
Kerajaan Bani Abbasiyah telah mencapai zaman keemasan semasa
pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid.
Era pemerintahan beliau dikenali sebagai zaman keemasan Islam (The Golden
Age of Islam), yang mana Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan
dunia.
Kebijaksaan beliau dalam memerintah kerajaan Islam yang menyebabkan
Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai zaman kegemilangan.

2. Kecintaan terhadap ilmu pengetahuan:


Lahirnya saujana-saujana Islam yang terkenal.
Dapat menyaksikan pencapaian Islam dalam ilmu perubatan, ilmu Naqli dan
ilmu Aqli, Ilmu falak, Ilmu Kimia dan sebagainya.

3. Kemajuan dalam bidang ekonomi:


Memajukan sector pertanian dengan membina saliran air, melebarkam
empangan, membuka kawasan pertanian baru dan membuat penyelidikan
dalam bidang pertanian.
Kerajaan Bani Abbasiyah juga terkenal sebagai sebuah Negara yang maju
dlama industry pembuatan.
Akibat kepesatan bidang pembuatan dan pertanian telah mendorong kepada
kemajuan dalam bidang perdagangan hingga ke peringkat antarabangsa.

Kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Bani Abbasiah boleh dilakukan di Malaysia dengan
mengkaji sejarah dan mengambil pengajaran dari zaman Kerajan Bani Abbasiah dan
mengimplementasikan dalam sistem pemerintahan di Malaysia.
Pemilihan pemimpin memainkan peranan yang penting dalam mentadbir sesuatu negara
kerana merekalah yang menjadi tonggak kemajuan atau kemunduran sesuatu negara.
Pemilihan pemimpin mestilah diteladani seperti Khalifah Harun al-Rasyid yang mempunyai
budi pekerti yang baik, cintakan ilmu, alim dan menjaga kebajikan rakyat. Oleh itu, untuk
mencapai kecemerlangan pemilihan pemimpin merupakan aspek yang terpenting. Selain itu,
untuk mencapai kecemerlangan sikap cinta terhadap ilmu pengetahuan perlulah disemai
kerana dengan ilmu pengetahuan dapat membolehkan negara Malaysia mencapai negara
Islam yang maju dan Wawasan 2020 dapat dicapai. Tambahan lagi, negara Malaysia juga
wajar mencontohi kerajan Bani Abbasiah yang memajukan sektor pertanian. Hal ini demikian
kerana, pertanian dapat menjana pendapatan negara kerana Malaysia mempunyai tanah subur
dan iklim yang sesuai.

Oleh itu, untuk mencapai kecemerlangan seperti Kerajaan Abbasiah perlulah meneladani
Kerajaan Bani Abbasiah. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Rujukan:
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Bani_Abbasiyah
2. http://www.academia.edu/8224017/SEJARAH_PERADABAN_ISLAM_DINASTI_B
ANI_ABBASIYAH
3. http://www.slideshare.net/aimanbibob/perkermbangan-ekonomi-pada-zamankerajaan-abbasiyah-33761755

Anda mungkin juga menyukai