Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis/Pendahuluan/Kupasan

Impian

Ringkas

Novel

Destinasi

Novel Destinasi Impian memaparkan isu cabaran yang mencabar


dan yang dicabar. Kedua-duanya digarap dengan begitu baik oleh
pengarang melalui watak Firdaus, seorang anak muda yang pantang
dicabar. Watak Johari dan Azlina pula sentiasa berlegar di sekeliling
konflik yang dihadapi oleh Firdaus. Cabaran untuk berbasikal ke
Pantai Morib terjelma hasil perbualan antara mereka dengan datuk.
Firdaus, abang kepada Azlina seorang lelaki lemah lembut, pantas
terusik ego kelakiannya apabila dicabar untuk berbasikal. Firdaus
mencapai kemuncak konfliknya apabila hampir-hampir lemas di laut
semasa cuba menyelamatkan rakannya. Selepas insiden itu, bibitbibit keinsafan mula tumbuh segar dalam hatinya.
Nama-nama latar yang digunakan dalam novel ini ialah fakta
sebenar seperti Masjid Sultan Sulaiman, Istana Mahkota, Kampung
Jawa, Jalan Kebun dan Pantai Morib Baru. Semua latar ini terletak di
negeri Selangor. Penulis menggunakan latar sebenar untuk
mengaitkannya dengan cabaran yang sentiasa wujud di bumi nyata.
Cabaran tidak wujud melalui angan-angan. Bukan semua orang
mampu menghadapi cabaran. Yang mampu menghadapi cabaran
akan berjaya. Yang gagal usahlah cepat berputus asa. terimalah
cabaran dengan fikiran yang positif untuk membina ketahanan diri
dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
Sinopsis Destinasi Impian: Mengisahkan tentang Firdaus, anak
lelaki tunggal dalam keluarga dan dibesarkan bersama empat kakak
dan seorang adik perempuan.
Tidak seperti rakan-rakan sama jantina dan seusianya yang gemar
melakukan aktiviti lasak, faktor persekitaran membuatkan dia lebih
suka menghabiskan masa di rumah membantu ibu mengemas,
menggubah bunga atau membaca majalah hiburan.
Wataknya yang juga digambarkan sebagai anak manja ini
menyebabkan dia sering disindir dan dicabar oleh rakan-rakan,
termasuklah adik perempuannya, Azlina yang lebih optimis dan
berani.
Suatu hari, Firdaus, Azlina dan seorang lagi sepupu mereka telah
dicabar oleh datuk mereka untuk mengayuh basikal sejauh 50
kilometer dari Klang ke Pantai Morib.
Firdaus tidak gemar dengan aktiviti itu namun disebabkan ia adalah
satu cabaran dan Azlina serta sepupunya juga bersungguh-sungguh
mencabarnya, maka dia menyahut juga cabaran itu walaupun
dengan rasa berat hati.

Untuk sampai ke destinasi impiannya, Firdaus bukan sahaja sering


merungut, malah perlu berdepan cabaran dan halangan,
termasuklah diejek dan disindir oleh Azlina yang sebenarnya mahu
abangnya menunjukkan ciri-ciri lelaki sejati dan seorang abang.
Firdaus hampir putus asa, namun perjalanan itu sendiri telah
memberikannya pengajaran dan pengalaman baharu untuk diri dan
kehidupannya.

Anda mungkin juga menyukai