Anda di halaman 1dari 7

1

KULIAH 4:
KANAK-KANAK BERMASALAH FIZIKAL
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kuliah, pelajar dapat:
1. Mengenal pasti jenis kecacatan fizikal
2. Menerangkan masalah anggota serta masalah pergerakan
Latihan 4.1
1. Jelaskan jenis kecacatan anggota yang dialami oleh seseorang.
2. Terangkan ciri-ciri cerebaral palsy serta faktor-faktor yang boleh menyebabkan
kecacatan tersebut.
3. Bincangkan secara terperinci jenis dan gejala epilepsi.
4. Jelaskan punca yang boleh menyebabkan epilesi
5. Bincangkan komplikasi atau kesan epilepsi terhadap kesihatan dan pendidikan
pengidapnya.
KECACATAN FIZIKAL
Masalah fizikal atau anggota melibatkan keadaan jasmani seseorang yang
mengganggu fungsi kehidupan sehariannya.
Kecacatan anggota dapat dilihat dengan jelas seperti ketiadaan bahagian anggota
tertentu, tidak boleh berjalan atau bergerak. Ramai antara mereka yang
menggunakan kerusi roda atau tongkat untuk bergerak dari satu tempat ke satu
tempat lain. Ada yang tidak dapat mengangkat badan ke paras yang tinggi dan
terpaksa merangkak atau mengesot di lantai.
Kecacatan yang tidak ketara pula adalah seperti tidak dapat mengawal pergerakan
tangan dan jari spt memegang dan menyuapkan makanan, atau tidak dapat
menggerakkan mulut dan bibir untuk bertutur dengan baik.
Punca: genetik & persekitaran (kekurangan bekalan oksigen semasa proses
kelahiran, ibu terdedah kepada teratogen seperti dadah dan ubat tertentu).
Cacat Anggota
Sebab kemalangan atau cerebral palsy
Cerebral palsy
Masalah anggota
Masalah pergerakan
MASALAH ANGGOTA
Jenis/nama kecacatan anggota:
Monoplegia - hanya cacat pada satu anggota
Hemiplegia - cacat anggota tangan dan kaki
yang sama (sebelah kiri atau kanan)

Diplegia
- kecacatan anggota kaki melebihi tangan
Quadriplegia - kedua belah kaki dan tangan
Paraplegia - hanya cacat anggota kaki
Triplegia
- tiga anggota, selalunya satu tangan
dan semua kaki
Double
- kedua bahagian tetapi darjah
hemiplegia
kecacatan berbeza
CEREBRAL PALSI (Cerebral palsy)
Cerebral merujuk kepada otak dan palsi bererti tidak dapat mengawal otot-otot
dengan sepenuhnya.
(Yusri Abdul Malik,1995)
Akibatnya yang paling ketara adalah:
Gaya berjalan yang kekok
Kekurangan perimbangan
Pertuturan yang kurang sempurna
Wajah berkerut
Persepsi yang kurang tepat
Terencat akal
Cacat penglihatan
Cacat pendengaran
Kecacatan yang lain adalah kekakuan anggota, tremor atau gegaran
anggota dan campuran.
CIRI-CIRI KECACATAN
Kesukaran sewaktu makan
Masalah pernafasan
Masalah tidur
Masalah pertuturan
Masalah pendengaran
Kanak-kanak CP hanya akan bertindak balas terhadap bunyi yang kuat atau pun
tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi .
Seringkali kanak-kanak ini juling atau pun mengalami mistagmus iaitu pergerakan
bola mata yang berterusan .
FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENYEBABKAN KECACATAN
Jangkitan Penyakit
Faktor RH
Pengambilan ubat-ubatan/ dadah
Bahan kimia Zat makanan tidak seimbang/ pemakanan ibu tidak seimbang

MENGENAL PASTI CEREBRAL PALSI


Masalah dalam penyusuan
Menangis dalam nada lemah atau nada terlalu tinggi
Otot bayi terlalu keras atau lembut
Pergerakan yang kurang pada otot yang terbabit dengan masalah pergerakan otot
Deria rangsangan yang terlalu sensitif. Kanak-kanak cerebral palsi boleh merasa
sakit apabila disentuh.
Air lur yang tidak dapat dikawal yang mungkin disebabkan masalah dalam proses
menelan
Sendi otot yang keras menyebabkan kaki menjadi keras
MASALAH-MASALAH YANG DIKAITKAN DENGAN CEREBRAL PALSI
Dianggarkan 5 hingga 60 peratus kanak-kanak yang menghidap cerebral palsi menghadapi
beberapa masalah lain seperti:

Lewat perkembangan mental

Epilepsi

Kerencatan otak

Masalah pembelajaran

Masalah pertuturan

Masalah kepekakan

Masalah penglihatan seperti juling, rabuh atau hilang ingatan

Masalah emosi
MASALAH PERGERAKAN

Masalah spastik pergerakan anggota yang


tidak harmoni
Athetosis banyak pergerakan tidak dapat
dilakukan kerana anggotanya tegang
Ataxia tidak dapat membuat perimbangan badan
Tremor- pergerakan yang berulang-ulang yang tidak dapat dikawal, contoh:
menggigil dan mengetap gigi

EPILEPSI
Epilepsi atau sawan merupakan sejenis serangan penyakit yang kebanyakannya
disebabkan kecederaan atau jangkitan penyakit di bahagian otak.
Ianya juga merupakan ketidakaliran otak yang mengganggu fungsi sistem saraf yang
normal.
Serangan penyakit ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang kali
atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.
Sawan adalah disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang dalam sekumpulan
sel-sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek.

Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (topi sel-sel saraf berlebihan
menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kadar pelepasan
elektrik individu tersebut.
Keadaan yang tidak dapat diramal ini kemungkinan menyebabkan pesakit atau
penghidap mengalami kecederaan disebabkan oleh pelepasan elektrikal yang
tersebar secara meluas di seluruh badan.

Jenis Epilepsi
Dua kategori epilepsi:
- grand mal: kekejangan yang sangat jelas dan berlaku selama beberapa minit
- Petit mal: kekejangan tidak seserius grand mal dan sering disangka oleh guru
sebagai tidak memberi tumpuan kepada pengajaran.
Epilepsi Grand Mal
Pesakit kaku, rebah, tidak sedarkan diri dan mungkin badan akan mula bergoncang,
atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa. Air
ludah mungkin terdapat darah di mulut sekiranya lidah atau bibirnya tergigit.
Pada peringkat permulaan serangan sawan, sewaktu otot kekejangan , kedengaran
satu teriakan akibat hembusan nafas yang dilepaskan oleh paru-paru, sebab itu juga
pelepasan air kencing mungkin akan berlaku.
Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan lima minit, tetapi kebanyakan pesakit
kemudiannya akan tertidur buat serangan jam atau lebih dan apabila terjaga seolaholah termenung dan bingung seketika.
Apabila pesakit diserang sawan tonik-klonik ini, dia mungkin akan terjatuh dan
menjadi kejang, menyentak, pernafasannya tidak menentu dan tidak dapat
mengawal pembuangan air kecil dan air besar. Pesakit juga tidak mengecam orang
di sekelilingnya dan persekitarannya.
Epilepsi Petit Mal
Sawan jenis absens ini biasanya berlaku di antara murid-murid sekolah rendah dan
pesakit akan berada dalam keadaan tidak sedar diri dalam masa yang agak singkat
(dalam masa 30 saat), tidak melibatkan jatuh atau goncangan badan (konvulsi).
Kemungkinan matanya kerap berkedipan atau anak mata akan pandang ke atas buat
seketika, dan kemungkinan sebahagian daripada badan atau mukanya akan
mengerenyut.
Selalunya orang tidak perasan serangan yang agak singkat ini berlaku, atau disalah
anggap seperti pesakit sedang berangan-angan atau tidak mengambil perhatian
sepenuhnya.
Malah, terdapat kes-kes yang melibatkan pesakit
diserang berkali-kali sehari dan boleh mengganggu waktu pelajaran di dalam bilik
darjah.
Separuh daripada kanak-kanak yang mengalami epilepsy jenis ini beransur pulih
apabila mereka semakin dewasa.

Walau bagaimanapun, mereka mesti menerima rawatan perubatan untuk


mengawal dan mengelakkan daripada mendapat jenis sawan yang lain.

Punca-punca Epilepsi
Kecederaan di kepala.
Factor genetic seperti tuberos sclerosis.
Tumor otak.
Tekanan psikologi (menyebabkan sawan palsu- pseudoseizure iaitu serangan yang
sama dengan sawan epilepsy tetapi tercetus atas sebab-sebab psikologi sahaja).
Paradoksikal/tindakbalas yang luar biasa terhadap ubat-ubatan termasuklah dadah
antiepilepsi.
Penyebab pada orang dewasa:
Sklerosis (parutan) hipokampus-bahagian jirim kelabu di ventrikel lateral dalam
otak.
Penyalahgunaan alcohol atau dadah.
Kesan ketagihan akibat penghentian dadah tertentu seperti antidepresan, stress,
antipsikotik atau dadah antiepilepsi.
Jangkitan kuman seperti Meningitis dan Ensefalitis.
Pendedahan kepada bahan kimia tertentu seperti pulmbum di tempat kerja.
Penyakit kemerosotan otak (berlaku pada warga tua).
Penyebab pada kanak-kanak:
Demam yang kuat.
Suntikan vaksin-sawan sebagai reaksi suntikan ini jarang berlaku.
Sawan aruhan televisyen- sawan berlaku apabila terdedah kepada sinaran
televisyen terlalu lama.
Kecacatan sewaktu lahir.
Kerosakan otak akibat jangkitan kuman, parasit atau bahan toksik,
Keracunan.
Kecederaan di kepala.
Ubat-ubatan seperti Melatonin-sejenis hormone yang digunakan unutk mengawal
atur tidur, mood, masalah baligh dan kitaran ovari.
Tisu berparut pada otak (seperti hippocampal sclerosis), ketumbuhan luar biasa di
otak atau kecacatan semulajadi pada otak (seperti bayi yang dilahirkan dengan otak
luar biasa).
Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko Epilepsi
Kecederaan di kepala seperti selepas terjatuh, kemalangan jalan raya ataupun
kecederaan semasa bersukan.
Strok/ angin ahmar.

Penyakit kemerosotan system saraf pusat ( seperti penyakit Alzheimer, berbentuk


penyakit demansia yang berlaku di kalangan mereka di pertengahan umur dan
warga tua. Penyakit ini tidak boleh dirawat).
Sawan ketidakwujudan- sawan berlaku secara tiba-tiba yang mengganggu
kesedaran pemikiran atau aktiviti.
Sawan Mioklonik yang progresif-sejenis epilepsy yang diikuti dengan mioklonus
(kekejangan otot yang berlaku secara tiba-tiba terutama ketika mengangkat sesuatu
atau membengkok tangan).
Epilepsy Mioklonik juvana sindrom sentakan mioklonik yang menyerang secara
tiba-tiba terutamanya pada waktu pagi atau ketika tertekan atau keletihan.
Komplikasi / Kesan Epilepsi
Penyakit epilepsy ini jarang sekali menyebabkan kematian. Namun, 1 dalam 200
pesakit epilepsy ini mati setiap tahun atas sebab-sebab yang tidak dikenal pasti.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kes yang membawa maut adalah disebabkan
oleh sawan tanpa henti (status Epileptikus).
Komplikasi yang paling biasa berlaku ialah kecederaan sewaktu serangan sawan
berlaku.
Kecederaan akibat terjatuh, terhantuk dan menggigit diri sendiri.
Kesukaran untuk belajar.
Kesan sampingan yang buruk daripada ubat yang diambil.
Kerosakan otak yang kekal.

Mengenalpasti Epilepsi
Sawan berulang (dating dan pergi), ada waktu bebas di antara dua sawan, pesakit
adalah normal dan sifat serangannya serupa (pesakit mendapat tanda-tanda
serangan yang sama setiap kali).
Setiap kali selepas serangan, pesakit berasa bingung, termenung dan sakit kepala.
Apabila pergi berjumpa dengan doctor, temujanji yang dikenali sebagai catatan latar
belakang adalah paling utama dan mustahak. Pesakit dikehendaki memberikan
gambaran sepenuhnya kejadian serangan itu.
Paling mustahak, sekiranya pesakit boleh membawa ahli keluarga atau saksi yang
berada di tempat kejadian, sebab pesakit berada dalam keadaan tidak sedar diri
sewaktu diserang sawan.
Kehidupan Kanak-kanak Epilepsi di Sekolah
Pihak sekolah perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang apilepsi kerana ia adalah
satu penyakit yang kerap berlaku yang melibatkan 5 orang dalam setiap 1 000 orang
san kebanyakan kes berlaku di peringkat kana-kanak dan remaja..
Pengurusan yang praktikal terhadap kanak-kanak yang mengidap epilepsi seperti : Bertemubual dengan ibubapa.
Jika seorang kanak-kanak diserang sawan di sekolah,rancang lebih awal
bersamanya dengan rakan-rakannya tentang langkah-langkah yang perlu

diambil sekiranya diserang sawan di dalam bilik darjah atau di persekitaran


sekolah.
Terdapat bebrapa faktor yang mungkin meransangkan sawan seperti
menonton televisyen atau aktiviti ayunan yang dilakukan berulang kali.Ia
mungkin terjadi apabila kanak-kanak menjadi pasif, atau berdiam diri.