Anda di halaman 1dari 2

AUTO: TUKAR MINYAK CVT ANDA SEBELUM 45000km

Aku sudah menukar minyak gearbox CVT ku pada bulan lalu.


Perbezaannya memang amat ketara.

Sebelum aku menukar minyak CVT tersebut, aku dapat merasakan bahawa HE agak lembap
dan respon gear terhadap jalan raya agak lambat. Apabila aku membuka penghawa dingin
pada kadar normal aku dapat merasakan respon gear HE dengan jalanraya agak lambat.
Setelah melakukan penukaran minyak gearbox CVT He sudah semakin cekap dan respon
dengan jalan raya semakin padu dan tajam. Aku dapat rasakan pergerakkan He semakin
tangkas dan cekap. Penukaran gear CVT-nya juga semakin cekap dan cepat. Aku dapat
rasakan juga kelancaran dan kelembutan gear ditukar pada setiap masa.
Minyak CVT He aku tukarkan pada kilometernya tertulis 49523. Penukaran minyak CVT oil
disarankan ditukar setiap 30000km. Aku telah membaca manual Proton Saga FLX dan jika
ingatan aku tidak silap minyak CVT FLX ditukar setiap 50000km. Aku yang merasakan
kebimbangan terhadap kesihatan kotak gear CVT He terus melakukan penukaran minyak
CVT secepat mungkin. Oh, tidak lupa juga desakan isteriku supaya menukarkan minyak
tersebut bila ada kesempatan.

Aku melakukan penukaran minyak CVT di pusat servis Proton kerana aku telah disajikan
dengan cerita dan pengalaman pengguna CVT lain dimana mereka melakukan penukaran di
bengkel servis biasa dan CVT mereka rosak beberapa hari kemudiannya. AKu tidak pasti apa
punca kerosakan tersebut dan bagaimana iainya boleh berlaku. Berdasarkan
kepada pengamatan aku, iainya ada berkaitan dengan cara penukaran minyak dan jenis
minyak yang digunakan. Aku juga difahamkan bahawa untuk menukarkan minyak CVT
sejenis peralatan istimewa diperlukan kerana Punch CVT Saga FLX ini lain daripada CVT
Jepun diluar sana.
Aku juga telah pergi ke beberapa kedai servis kereta biasa dan menawarkan mereka
peluang perniagaan untuk menukarkan minyak kotak gear CVT-ku namun kesemua mereka
menolak dengan alasan tiada pengalaman, tiada minyak CVT dan juga tidak yakin dengan
kemahiran sendiri. Maka, aku simpulkan bahawa memang penukaran minyak CVT tidak
seharusnya dilakukan di kedai servis kereta biasa selain daripada Pusat Servis Proton
sendiri.
Jumlah kos penukaran minyak CVT He ialah MYR249.00 di Proton Pusat Servis.
Kita tunggulah beberapa tahun lagi apabila kereta Proton CVT sudah biasa keluar masuk
kedai pada ketika itulah harga untuk menukarkan minyak CVT akan turun sedikit.

Anda mungkin juga menyukai