Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Gagne
Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 )
mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam
sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari
persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.
Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan
jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan
jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan
pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku.
Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia
dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan,
fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa
maklum balas.
Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran.
Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi,
proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan
peranan yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran.
Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan
tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk
menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar.
Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan
relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu
rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsanganrangsangan melalui organ derianya.
Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang murid menumpukan perhatian
terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi
perbualan daripada rakan sekelas yang lain.
Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek,
sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan
jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan
ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam
ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu
menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang
sistematik.
Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi
di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan
jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa.
Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat, segiempat sama
sisi, rombus yang masing-masing mempunyai empat sisi, maka murid itu akan
membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan dalam
kategori sisiempat.
Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini boleh
diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses
pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan
perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan. Misalnya, murid
bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan.
Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum
balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau
perubahan tingkah laku yang tepat.
Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada
orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat. Contohnya, seseorang murid yang
dapat memberi jawapan yang harus diberikan pujian oleh guru.