Anda di halaman 1dari 1

Andalusia, juga dikenali sebagai Kuda Sepanyol Asli atau PRE (Pura Raza Espaola), adalah

satu baka kuda yang berasal daripada Semenanjung Iberia, Sepanyol. Moyang kuda Andalusia
telah wujud di Semenanjung Iberia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ia diakui sebagai satu baka
individu sejak kurun ke-15, dan penglarasan hanya mengalami sedikit perubahan sejak
beberapa kurun. Sepanjang sejarahnya, Andalusia dikenali untuk kelayakkannya sebagai
seekor kuda perang, dan dihargai oleh para bangsawan. Baka ini digunakan sebagai alat
diplomasi oleh kerajaan Spanyol, dan para raja di seluruh Eropa memiliki dan menunggang
kuda Sepanyol. Semasa kurun ke-19, peperangan, penyakit dan pengacukkan telah
mengurangkan jumlah kawanan ini secara dramatik, dan meskipun dengan beberapa pemulihan
pada akhir kurun ke-19, trend ini berterusan sehingga kurun ke-20. Eksport kuda Andalusia telah
disekat sehingga tahun 1960-an. Meskipun jumlah kuda ini masih kecil, tetapi baka ini telah
disebarkan dengan meluas ke seluruh dunia. Setakat 2003, terdapat lebih daripada 75,000 ekor
kuda hidup Andalusia telah didaftar di seluruh dunia.

Anda mungkin juga menyukai