Anda di halaman 1dari 91

Fikr Amal: Athar dan Malfuzat

001. Imam al-Hasan berkata: Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya?
Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun
yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. (Al-Jami li Ahkamil Quran:
1/367, Al-Qurthubi)
002. Imam Said bin Jubair berkata: Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan
mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang
akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Imam Malik amat bersetuju dengan
kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: Dan siapakah
antara kita yang lengkap dan sempurna? (al-Jami' Li Ahkami al-Quran, Imam Qurthubi)
003. Berkata Imam Malik rahimahullah: Perdebatan hanyalah akan membawa pada pertikaian dan
menghilangkan cahaya ilmu dari dalam hati, serta mengeraskan hati dan melahirkan kedengkian. (Syiar
alamin Nubala, 8/ 106)
004. Musim ibn Yasar rahimahullah berkata: Jauhilah perdebatan, kerana ia adalah saat kebodohan
seorang alim, di dalamnya syaitan menginginkan ketergelincirannya. (Ibnu Baththah, al-Ibanah alKubra; Darimi: 404)
005. Jafar ibn Muhammad rahimahullah berkata: Jauhilah oleh kalian pertengkaran dalam agama,
kerana ia menyibukkan (mengacaukan) hati dan mewariskan kemunafikan. (Baihaqi dalam Syuab:
8249)
006. Imam as-Syafii rahimahullah berkata: Perdebatan dalam agama itu mengeraskan hati dan
menanam sifat kedengkian yang mendalam. (Thobaqat Syafiiyyah 1/7, Siyar 10/28)
007. Ibnu Abdil Bar berkata: Tidak akan pernah bahagia orang yang suka berdebat. Dan tidaklah
engkau menjumpai seseorang yang suka berdebat kecuali di hatinya tersimpan sebuah penyakit. (Jami
al-Bayan al-Ilmi)";
008. Ibnu Abbas radhiyallahu anhu berkata: Cukuplah engkau sebagai orang yang zalim bila engkau
selalu berdebat. Dan cukuplah dosamu jika kamu selalu menentang, dan cukuplah dosamu bila kamu
selalu bercakap yakni selain daripada berzikir kepada Allah. (al-Fakihi dalam Akhbar Makkah)
009. Muhammad ibn Ali ibn Husain rahimahullah berkata: Pertikaian itu menghapuskan agama dan
menumbuhkan permusuhan di hati-hati manusia. (al-Adab al-Syariyyah: 1/23)
010. Imam Malik rahimahullah pernah ditanya berkenaan seseorang yang memiliki ilmu sunnah sama
ada dia boleh berdebat dalam membela sunnah. Dia menjawab,Tidak, memadai dengan hanya
memberitahu tentang sunnah. (Tartibul Madarik wa Taqribul Masalik: 1/51; Siyarul Alam: 8/106; alSyariah: 62-65)
011. Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah berkata: Sungguh ramai orang telah terfitnah daripada
generasi ini dengan penyakit suka berdebat atau berbantah-bantahan. Beranggapan bahawa mereka yang

banyak berkomentar dan berdebat dalam masalah agama adalah lebih alim daripada mereka yang tidak
banyak berkomentar dan berdebat. Ini tidak benar kerana komentar-komentar generasi tabiin lebih
banyak daripada komentar para sahabat, walhal para sahabat lebih alim daripada tabiin; dan begitu juga
komentar-komentar generasi tabi' at-tabi'in lebih banyak daripada generasi tabiin, walhal generasi
tabiin lebih alim daripada generasi tabi' at-tabi'in. (Fadlu Ilmi Salaf)
012. Dalam buku tarikh dikisahkan bahwa ada seorang waizh (pemberi nasihat) datang kepada khalifah
Harun ar Rasyid. Orang itu berkata dengan cara yang sangat kasar. Maka khalifah Harun ar Rasyid
berkata kepadanya: Ingatlah bahawa aku tidak sejahat firaun dan engkau tidak sebaik Musa as. Allah
telah memerintahkan Nabi Musa as berdakwah kepada firaun dengan cara yang lemah lembut. Harun
ar Rasyid membaca surah Taha ayat 44 (mafhumnya); Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya,
dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.
013. Iman yang tidak sempurna tidak akan dapat beramal dengan sempurna. - Maulana Muhammad Saad
014. Allah Swt mudahkan agama untuk kita. Agama itu begitu mudah dan senang diamalkan. Mudah
kepada orang-orang yang mempunyai kemuliaan agama dalam hati mereka, kebesaran agama dalam hati
mereka, keyakinan terhadap kejayaan melalui agama dalam hati mereka, untuk mereka ini, Allah Swt
begitu mudahkan agama. - Bayan Ijtima Malaysia, Maulana Zubair
015. Apabila seseorang menghendaki sesuatu atau sifat-sifat baik wujud pada dirinya, maka dia harus
mentablighkan terlebih dahulu kebaikan-kebaikan tersebut dengan sifat-sifatnya. - Maulana Muhammad
Yusuf rah.a
016. Untuk taat kepada Allah Swt, zahirnya ada kesusahan dan keletihan, tetapi hakikatnya Allah Swt
memberi ketenangan. Sebagaimana orang yang memakan sambal, zahirnya kepedasan, berpeluh,
kepanasan, tetapi ingin menambah lagi. Begitu juga ahli dunia melihat ahli dawah sengsara dalam usaha
agama, tetapi mereka sendiri senantiasa bersyukur, Allah Swt beri ketenangan dalam kehidupannya. Maulana Ismail
017. Dawah adalah penyelesaian masalah infradi dan ijtimai. Allah Swt telah berfirman, Siapa yang
lebih baik perkataannya (yang lebih baik agamanya) dari orang yang menyeru kepada Allah Swt dan
beramal sholeh. Disini diterangkan bahawa agama terbaik hanya akan terwujud dengan menyatukan
dawah dan ibadah. Ini tidak hanya merupakan pertanyaan tetapi penjelasan dan penegasan bahawa
dawah itulah satu-satunya jalan untuk mendapatkan agama yang baik. - Maulana Muhammad Saad
018. Jika umat berdakwah secara ijtimai, maka agama akan wujud dalam kehidupan umat ini. Jika tidak,
umat Islam akan jadi madu (objek dakwah), waktu dan harta akan digunakan untuk perkara yang siasia. Jika umat terlibat dalam usaha dakwah, maka harta dan waktu akan terpelihara dan akan digunakan
untuk hal-hal yang bermanfaat. - Maulana Muhammad Saad
019. Innalladzina Robbunnallah Sumastaqomu.. Kehormatan ayat ini Allah berikan kepada orang yang
yakin kepada Allah Swt. Orang yang meyakini semua perkataan Allah Swt ini adalah benar. Orang yang
dalam setiap keadaan selalu mendahulukan Allah. Orang yang meyakini bahawa segala sesuatu ini milik
Allah dan kerja Allah Swt, semua yang terjadi ini ada dalam genggaman dan kekuasaan Allah Swt. Maulana Muhammad Saad
020. Yang saya khawatirkan nanti akan terjadi dimana orang itu seperti usaha agama, namun disisi Allah
tidak sedang usaha agama. Mengapa bisa begitu ? ini karena maksud usaha agama ini bagaimana diri

kita ini sifatnya tambah baik, yakinnya tambah kuat, ketaatannya pada Allah Swt meningkat,
kecintaannya kepada sunnah semakin bertambah, sholatnya makin khusyu, ilmunya semakin bertambah,
inilah maksud usaha agama. Tapi hari ini orang usaha agama hanya untuk orang lain saja bukan untuk
diri sendiri. Inilah yang dimaksud kita disisi manusia terlihat seperti usaha agama tetapi disisi Allah
bukan sedang usaha agama. - Syeikh Maulana Ilyas Rah.A
021. Abu Hamid Lafaf rahimahullah berkata: Barangsiapa banyak mengingat mati maka ia akan
mendapatkan 3 jenis kemuliaan. 1. Taufiq untuk cepat bertaubat. 2. Sifat qana'ah (merasa puas dengan
yang ada dalam segi harta). 3. Ketenangan & kenikmatan dalam beribadah. Dan barangsiapa yang
lalai daripada mengingat maut (kematian) maka ia akan ditimpa 3 jenis musibah. 1. Lalai untuk
bertaubat. 2. Tidak merasa puas dengan hartanya (selalu merasa kurang walau pun memiliki harta yang
banyak) 3. Malas beribadah. (Tanbihul Ghafilin)
022. Di masa ini, nilai kebendaan begitu tinggi kerana adanya usaha terhadap kebendaan yang terus
meningkat. Jika Iman manusia ini tidak di usahakan, maka permintaan atau keinginan manusia ke atas
hidayah(iman) akan berkurang. Tetapi jika ada usaha atas Iman, maka permintaan atau keinginan
manusia terhadap hidayah akan bertambah. - Maulana Muhammad Saad
023. Beruntunglah orang-orang yang mengenal usaha dakwah, lebih beruntung lagi yang istiqamah
dalam usaha ini, tetapi yang paling beruntung ialah mereka yang mati di dalam usaha dakwah ini. Maulana I'namul Hasan rah.a
024. Hadratji Maulana In'amul-Hassan rah.a pernah berkata: Apa itu istikhlas? Satu kerja (sahaja) ialah
dakwah yang kita ada. Kita hanya akan melakukan kerja itu sahaja. Kita tidak akan buat kerja lain.
Tetapi usaha agama yang lain juga berjalan. Jangan kita memandang ringan akan mereka. Juga jangan
kita mengkritik akan mereka yang membuat usaha lain dan jangan kita mencari kelemahan mereka.
(Malfuzat Hadratji Maulana In'amul Hassan, hal. 22)
025. Imam Malik rahimahullah berkata: Pembaikan(islah) umat terakhir tidak mungkin tercapai
melainkan dengan cara yang digunakan oleh umat permulaan. (Hajjatun Nabi 1/71)
026. Kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan dunia ini akan berakhir (fana) dan tidak kekal seumpama
kalaulah dunia ini dipenuhi dengan biji-bijian. Selepas setiap seribu tahun akan datang seekor burung
yang bertugas untuk mematuk sebiji daripada bijian itu dan membawanya ke tempat lain, lama kelamaan
bijian itu akan kehabisan pada suatu hari. Tapi kehidupan akhirat adalah satu kehidupan yang tiada
pengakhirannya. (Imam Ghazali rahimahullah)
027. Pernah satu ketika di Ijtimak Raiwend, Mufti Sahab pernah berkata kepada orang Malaysia dan
Indonesia yang bermazhab Syafie: Hai pengikut-pengikut Syafie! Kamu telah mewajibkan Fatihah
dibaca dalam setiap rakaat solat kamu dan dalam Fatihah ada ungkapan Tunjukilah kami Jalan Hidayah!
Kalaulah Hidayah kamu telah mewajibkannya bagaimana usaha atas hidayah itu menjadi tidak wajib? Mufti Zainal Abidin rah.a
028. Amat senang untuk seorang memasuki syurga iaitu hanyalah melalui dua langkah sahaja. Satu
langkah menekan nafsu syahwat dan satu langkah lagi telahpun melangkaui syurga. Mengumpamakan
seseorang yang ingin memasuki syurga hanyalah perlu mengekang diri daripada mengikut hawa
nafsunya iaitu dengan mengikut segala perintah Allah dan Rasul dan mengelak diri daripada apa yang
dilarang oleh Allah dan Rasulnya. Apabila mati syurga akan menunggunya. - Maulana Muhammad Ilyas
rah.a

029. Dua mata kurniaan Allah Swt kepada manusia seolah-olah mata pertama untuk melihat kebaikan
yang ada pada orang lain dan satu mata lagi digunakan untuk melihat kelemahan atau keburukan diri
sendiri. - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
030. Kerja dakwah adalah ibu kepada segala kebaikan. Ibarat seekor burung yang diletakkan di dalam
lingkungan seratus cermin. Maka akan tergambarlah seratus ekor burung di dalam cermin tadi. Tapi
apabila kita menangkap burung yang asal di tengah, maka dengan sendiri seratus ekor burung yang
tampak di dalam cermin akan kita miliki. Begitulah ibarat apabila kita mengambil kerja dakwah, segala
sifat mahmudah yang lain akan beransur-ansur datang dalam kehidupan kita. - Maulana Muhammad
Ilyas rah.a
031. Usaha agama adalah satu tanggung jawab umat ini. Seorang yang mementingkan hanya pahala
daripada usaha agama seumpama seorang yang pergi mendapatkan ubat kepada ibunya yang terlantar
sakit dan mengharapkan pahala daripada usahanya untuk mendapatkan ubat itu. Maka sebenarnya dia
telah berlaku zalim kepada ibunya. - Maulana Nazir Rahman
032. Da'ie ibarat matahari yang akan menyinarkan cahaya di kawasan mana yang dilaluinya bermula dari
timur ke barat. Begitulah seorang da'ie, akan menyinarkan cahaya hidayah kepada setiap orang yang di
dakwahkannya. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
033. Keyakinan seorang da'ie hanyalah kepada yang Maha Esa. Umpama seorang yang membawa
cermin dan kemudian pergi ke tengah medan yang gelap lalu dilihat di dalam cermin itu bulan yang
cantik. Walau bagaimanapun, dia tetap meyakini bulan yang asal adalah di atas. Begitu jugalah seorang
da'ie yang mempunyai sepuluh kedai miliknya tetapi keyakinannya tetap kepada yang Maha Esa, yang
memberi rezeki hanyalah Allah Swt. - Maulana Umar Palampuri rah.a
034. Seorang yang mengambil habuan daripada agamanya adalah seumpama seorang yang mencuci
mukanya dengan kasut. Tidak mustahil mukanya akan bersih tapi perbuatan begitu adalah perbuatan
orang yang bodoh. Begitulah ibarat orang agama yang mementingkan habuan dunia yang tidak mustahil
bahawa dia akan mendapat habuan dunia dari agamanya tapi perbuatan itu adalah amat dikeji Allah Swt.
- Maulana Muhammad Zakariyya rah.a
035. Perbuatan orang ramai yang tidak mahu mengamalkan perintah agama kerana ianya disampaikan
oleh orang biasa adalah umpama satu orang yang tidak mahu mendengar perintah raja hanya kerana
ianya disampaikan oleh tukang sapu jalanan. - Maulana Muhammad Zakariyya rah.a
036. Seorang yang telah mendapat Nur Iman akan mengenali setiap afrad daripada perintah Allah Swt
sepertimana seorang petani yang mengenali setiap jenis daripada tanamannya. - Hajji Mohammed Abd
Wahhab
037. Seorang yang mendakwa mencintai Allah Swt dan tidak menyintai selain Allah adalah seumpama
seorang lelaki yang mendakwa menyintai seorang perempuan yang cantik. Perempuan itu berkata,
Benar kamu menyintaiku? Dijawabnya benar. Perempuan itu berkata lagi, Cuba lihat di belakangku,
saudara perempuanku lebih cantik. Lelaki itu berpaling darinya. Wanita itu berkata, Jika benar kamu
menyintaiku, kamu sesekali tidak akan berpaling dariku. Begitulah diri kita yang mendakwa menyintai
Allah tetapi sentiasa berpaling kepada makhluk lain setelah diuji-Nya. - Hajji Mohammed Abd Wahhab
038. Seorang yang menyebut nama Allah hendaklah menggambarkan juga sifat yang lain yang ada pada

Allah seperti Rahman, Ghafur, Qodir dan sebagainya sepertimana seorang anak yang menyebut nama
ibunya tetapi tergambar segala sifat ibu seperti penyayang, pemaaf dan sebagainya. - Hajji Mohammed
Abd Wahhab
039. Hati yang menerima Agama ini seperti biji benih yang baik, tumbuh dalam tanah sehingga
menghasilkan manfaat. Biji benih ini akan tumbuh menjadi pohon dan mengeluarkan buah-buahan yang
dapat dinikmati oleh semua orang. Namun hati yang tidak menerima agama adalah seperti biji benih
yang baik tetapi ditanam di tanah yang gersang, tidak akan dapat tumbuh dan tidak pula mendatangkan
manfaat kepada yang lain. - Tamthil
040. Perubahan berlaku di dalam dunia kerana ada manusia yang sanggup berkorban dengan jiwa dan
harta mereka. Seperti seorang yang hanya berniaga susu berskala kecil tetapi kerana ada usaha dan
pengorbanan untuk mengeksport ke luar negeri, maka perniagaan susunya menjadi perdagangan
antarabangsa. Begitu juga bahasa, seperti bahasa English. Justeru itu, jika ada pengorbanan dan usaha
untuk agama, maka ini dapat mengubah keadaan dunia.
041. 4 ujian dalam usaha dakwah: Dimuliakan, Dihinakan, Bertambahnya rezeki, Berkurangnya rezeki.
4 penyakit dalam dakwah: Terlalu bersemangat, Putus asa, Niat tidak betul, Melihat hasil.
042. Hati manusia seperti singgahsana, apa atau siapa sahaja yang berada disana, akan menjadi raja.
Semua manusia hakikatnya adalah hamba. Barangsiapa yang tidak mahu menghambakan diri kepada
Allah Swt, maka pasti akan menjadi hamba selain Allah Swt. - Tamthil
043. Hati yang tidak ada Iman tidak akan ada Ta'aluq kepada Allah Swt dan Iman tidak akan menjadi
baik apabila tidak ada Usaha memperbaiki Iman.
044. Kedudukan Ruh dalam jasad sangat penting. Bila Ruh masuk ke dalam jasad maka jasad
bermanfaat. Sebaliknya, apabila Ruh keluar daripada jasad maka jasad akan menjadi bangkai dan hancur.
Begitu juga dunia, Ruhnya adalah Agama(Islam). Dunia berserta isinya di ciptakan kerana adanya
agama. Apabila tiada lagi orang yang mengucapkan Allah.. Allah, maka Allah Swt akan hancurkan dunia
ini. Jadi perkara yang penting di muka bumi ini adalah Agama. - Tamthil
045. Setiap manusia yang inginkan kehidupan tenang, damai dan bahagia perlu mempunyai Iman yang
benar. Iman itu ada rasanya, seperti gula yang rasanya manis dan garam rasanya masin. Kalau Iman ini
tidak ada rasanya, ini bererti palsu Imannya. - KH. Udzairon
046. Haq dan yang Bathil itu datang dan pergi melalui proses secara bertahap. Jika Dakwah atas yang
Haq hilang maka Dakwah atas yang Bathil akan masuk. Dengan Dakwah agama akan wujud dan
kemaksiatan akan hilang. Tanpa Dakwah, kemaksiatan yang akan wujud dan agama yang akan hilang. Maulana Ibrahim
047. Untuk menghitung nikmat Allah Swt secara menyeluruh, maka manusia tidak akan mampu
menghitungnya. Apa lagi menghitung nikmat Allah satu persatu. Menghitung nikmat Allah sahaja pun
manusia tidak akan mampu, apa lagi membayar nikmat Allah Swt itu. La ilaha ilallah.
048. Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya menjelaskan: Ayat ini (Surah Thoha:43-44)
memiliki pengajaran (ibrah) yang agung (sangat bermanfaat), di mana walaupun Firaun adalah seorang
penguasa yang sangat zalim lagi sombong, dan Musa pula adalah manusia yang dipilih oleh Allah di
antara makhluk-Nya pada ketika itu, akan tetapi Allah melarangnya dari berbicara kepada Firaun

melainkan dengan perkataan yang sopan lagi berlemah-lembut. (Ibnu Katsir, Tafsir al-Quran
al-Adzim, 5/234)
049. Sahabat kehidupannya lapar berhari-hari sehingga perut mereka diikat dengan batu, disiksa, baju
bertampal, rumah kecil, tetapi mereka dinyatakan telah berjaya oleh Allah Taala dalam Al Quran.
Sahabat menerima ancaman oleh musuh, meninggalkan keluarga, harta benda dan perniagaan, semua
dilakukan demi kepentingan Agama. Inilah kehidupan orang-orang yang telah Allah Redha dan mereka
Redha kepada Allah. - Prof. Salman Khan
050. Allah Swt menciptakan yang besar dan yang kecil dengan cara yang sama, begitu juga dengan surga
dan neraka, dunia dan akherat, hanya dengan kata-kata: Kun Jadilah, maka langsung terjadi.
Perkara besar dan perkara kecil disisi Allah sama saja, diciptakan dengan Kun maka langsung jadi. Di
hadapan Allah Swt ini seorang Raja dengan seekor nyamuk ini sama saja. Kalau Allah menghendaki bisa
saja Raja membunuh nyamuk, jika Allah menghendaki bisa saja nyamuk membunuh raja. Semuanya
menurut Kehendak Allah Swt saja. - Syuro KH. Udzairon
051. Hadraji Maulana Muhammad Inamul Hasan rahmatullahalaih berkata: 1. Sibukkan dirimu dalam
usaha agama; jika tidak kamu pun akan sibuk tapi bukan dalam agama. 2. Gunakan waktumu untuk
agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama. 3. Gunakan hartamu untuk agama; jika
tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama. 4. Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun
akan mati tapi bukan untuk agama.
052. Dakwah para Anbiya AS mentablighkan 1. Tauhid: Keyakinan yang sempurna, 2. Risalah: Jalan
keselamatan atau cara hidup, 3. Akhirat: Tujuan akhir kehidupan atau tempat kembali manusia. Maulana Yunus
053. Maksud dihantar para Anbiya AS adalah untuk 1. Dakwah (Yatluu 'alaihim aayaatihi):
Menyampaikan perkara yang Haq, 2. Ta'lim (Yu'allimuhumul kitaab): Mengajar manusia mengenal yang
Haq, 3. Tazkiyah (Yuzakkiihim): Memperbaiki Akhlak dan Keyakinan manusia. - Maulana Yunus
054. Nikmat kerajaan Allah berikan kepada musuh Allah juga seperti Firaun dan Namrud. Nikmat harta
juga Allah telah berikan kepada musuhnya yaitu Qorun. Nikmat kesehatan Allah juga berikan kepada
musuhnya yaitu Kaum Ad. Nikmat Teknologi industri dan Arsitektur juga Allah berikan kepada kaum
Tsamud. Nikmat Pertanian juga Allah berikan kepada kaum Saba. Namun nikmat yang paling mulia
adalah pertolongan dari Allah untuk mengikuti jalannya para Anbiya AS dan sahabat RA. - Maulana
Yunus
055. Abu Ali ad-Daqqaq rahimahullah berkata: Siapa yang banyak mengingati kematian maka akan
mendapat tiga kemuliaan:- bersegera untuk bertaubat, hatinya qana'ah (merasa cukup) dan sentiasa
bersemangat dalam beribadah. (at Tadzkirah, Imam al-Qurthubi, m/s. 15)
056. Mencari kemuliaan dalam usaha dakwah maksudnya adalah bagaimana Pemilik dakwah yakni
Allah Swt redha kepada da'iNya.
057. Ahlul Masjid ialah orang-orang yang senantiasa memakmurkan masjid Allah dan hatinya senantiasa
terpaut dengan masjid. Atas maksud ini, perlu setiap daripada kita bersedia dan mengambil keputusan
supaya menjadi Ahlul Masjid dan memakmurkan masjid-masjid Allah dimana sahaja berada. - Bayan
KH. Abdul Halim

058. Jika Dakwah yang Haq ditegakkan maka Allah Swt akan hancurkan keyakinan yang batil. Dakwah
adalah cara Allah Swt untuk menghancurkan kebatilan dan menghadirkan yang Haq. Allah Swt tidak
perlu tentera untuk menghancurkan kebatilan. Allah Swt hancurkan tentera Abrahah dengan burung kecil
yang membawa batu, lalu kaum 'Ad dengan angin, kaum Luth dengan gempa dan gunung, Saba' dengan
banjir dan kaum Tsamud dengan teriakan malaikat. - Maulana Ibrahim
059. Allah Swt telah jadikan dunia ini sebagai tempat ujian, Darrul Intihan. Setiap manusia dalam
keadaan apa sahaja dan siapa sahaja akan di uji oleh Allah Swt. Kesenangan itu ujian daripada Allah,
kesusahan juga merupakan ujian daripada Allah. Allah Swt tidak memandang status atau kedudukan
seseorang, yang Allah lihat adalah sejauh mana orang itu mahu sabar dalam ujian dan taat pada perintah
Allah ketika di uji. - Maulana Yunus
060. Semua manusia ingin kebahagiaan. Allah Swt hanya memberikan kebahagiaan kepada mereka yang
mengikuti Nabi s.a.w. Kepada mereka yang tiada keinginan di dalam hatinya untuk mengikuti cara
kehidupan Nabi s.a.w, maka Allah Swt akan menjadikan segala yang dilakukan seakan-akan
mendatangkan manfaat. Sebaliknya, apa yang mereka kerjakan hanyalah menjadi asbab mudharat. Hidup
akan terperangkap di dunia ini, yang ada hanyalah kekecewaan, ketakutan, tiada ketenangan, selalu
berasa kekurangan dan tidak pernah merasa cukup.
061. Sesungguhnya kita bukanlah orang Pakistan, India, Indonesia, Amerika atau orang dunia, tapi kita
adalah orang akhirat yang sedang berada di dunia. Nabi Adam a.s adalah berasal dari syurga, maka
kampung kita yang sebenarnya ada di syurga. Oleh kerana itu, setiap diri kita harus kembali ke syurga. Hajji Mohammed Abd Wahhab
062. Dalam menjalankan usaha dakwah, jangan merendahkan sesiapa, walau pun orang tersebut buta
huruf atau miskin. Jangan mengutamakan orang kaya atas orang miskin. Bahkan hendaknya lebih
berghairah dan bergembira ketika menghadapi orang miskin. - Maulana Said Ahmad Khan
063. Selalulah berusaha untuk menjaga agar hati tetap bersih dalam melihat keadaan umat Islam. Tanpa
kebersihan hati akan timbul perasaan benci di dalam hati sehingga akan menghalang usaha
mengislahkan diri. Hadapilah orang-orang yang berbuat maksiat dan zalim dengan lemah lembut dan
kasih sayang. - Maulana Umar Palampuri rah.a
064. Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah
memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati
orang lain? (Fudhail ibn 'Iyadh)
065. Sheikh Junaid al Baghdadi rahimahullah berkata: Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang
menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawadhuk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota
zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia,
menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia,
suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan
fuqara, memuliakan kekasih-kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.
066. Sebahagian ulama berkata: Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah
kekhusyukannya (kerendahan hatinya). Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi
rahimahullah, Apakah ilmu yang paling berguna? Jawabnya, Ilmu yang menunjukkan kamu kepada
Allah swt dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu.

067. Adalah ditakuti seseorang Islam yang benci kepada orang Islam yang lain, matinya dalam keadaan
tidak beriman. - Hajji Mohammed Abd Wahhab
068. Hendaklah bergantung lebih dengan janji-janji Allah daripada janji-janji manusia. (Syaqiq AlBakhi)
069. Sentiasalah mengingat Allah. Jika kamu tidak boleh berbuat itu, maka ingatlah mati selalu. (Abu
Ishaq Ibrahim Al-Syaibani)
070. Jika kamu ingin merdeka dari belenggu kehendak dunia, sembahlah Allah dengan ikhlas. (Abu
Ishaq Ibrahim Al-Syaibani)
071. Maksud ilmu yang pertama dan utama agar seseorang itu mengislah kekurangan dan kelemahan
dirinya, memahami kewajipan atas dirinya dan berusaha memperbaiki dirinya. Apabila ilmu digunakan
untuk menyalahkan orang lain dan mencari keaiban orang, maka ilmu itu akan menjadi asbab takabur
dan sombong lalu ilmu itu akan membinasakan pemilik ilmu itu sendiri - Maulana Muhammad Ilyas
rah.a
072. Untuk si mukmin itu tiap-tiap tempat itu adalah masjid dan tiap-tiap hari itu adalah hari Jumaat.
(Abu Hasan Al-Khirqani)
073. Daripada Qatadah r.a, dia mengatakan: Diceritakan kepada kami bahawa Umar ibn al-Khattab r.a
telah membaca ayat Surah Al-Imran 3: 110 (Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk
manusia..), kemudiannya berkata, Wahai manusia! Sesiapa yang suka untuk menjadi sebahagian
daripada ayat ini, maka tunaikanlah syarat Allah (yang terkandung) di dalamnya. (Ibnu Jarir daripada
Qatadah sebagaimana dicatatkan dalam Kanzul-Ummal)
074. Hati yang rindu kepada Allah itulah hati yang paling baik. (Abu Hasan Al-Khirqani)
075. Janganlah benci kepada orang yang berdosa itu, kerana kamu tidak tahu sebelum ia meninggal
dunia, mungkin ia bertaubat dan Allah terima taubatnya dan meninggikan darjatnya. (Dzun-Nun AlMisri)
076. Apakah gunanya dunia jika itu menyebabkan kamu lupakan Allah. (Dzun-Nun Al-Misri)
077. Tanda orang yang beriman itu ialah dia menentang perkara keduniaan dan tidak pernah memuji
makhluk. (Dzun-Nun Al-Misri)
078. Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan di situ membina bangunan akhirat adalah orang yang
bijak. (Hasan Al-Basri)
079. Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam kubur. (Hasan Al-Basri)
080.Memikirkan ayat-ayat Quran itu membawa kepada nur (cahaya) dan matlamat yang sama itu juga
boleh dicapai dengan memikirkan kurniaan dan kemuliaan Allah. Quran itu menerbitkan cinta Allah
kepada pembacanya. Fikirkanlah janji-janji Allah dan ini akan menerbitkan takwa kepada Allah. (Junaid
Al-Baghdadi)
081. Apabila seseorang memikirkan rahmat Allah, ia akan dapat mengelakkan dosa kerana dia khuatir

jika dia berbuat dosa, dia tidak akan diberi rahmat itu. (Junaid Al-Baghdadi)
082. Kebahagiaan itu dalam mengenang Allah. (Said Al-Khiraz)
083. Ibnu Umar berkata kepada orang yang memanggilnya sebagai faqih: Sesungguhnya orang yang
faqih itu adalah orang yang zuhud kepada dunia dan sangat merindukan akhirat.(Syarah Ibnu Batthal
1/149, Syarah an-Nawawi 3/489 asy-Syamilah)
084. Abdullah bin Masud radhiyallahuanhu berkata: Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat,
akan tetapi hakikat ilmu itu adalah khas-yah/ rasa takut kepada Allah. (al-Fawaid/142)
085. Sopan santun yang sebenarnya itu ialah kamu merasai Allah berserta dengan kamu dan apabila
bercakap kamu berasa Allah berada di hadapan kamu. (Abdullah Manazil)
086. al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah berkata: Ilmu yang bermanfaat merujuk kepada dua
perkara, iaitu ilmu tentang keagungan Allah Taala yang diketahui melalui nama-nama-Nya yang indah
(al-husna) dan sifat-sifat-Nya yang mulia yang menjadi hak-hak-Nya. Dengan mengetahuinya, akan
membawa kepada pengangungan, rasa takut, cinta (mahabbah), harapan, sabar, redha dan tawakkal
hanya kepada Allah. Kedua, ilmu yang membawa kepada segala apa yang diredhai dan dicintai oleh
Allah. Yang dengan ilmu tersebut menjadikan kita menjauhi segala apa yang dibenci dan dilarang olehNya. (Fadhlu Imli as-Salaf ala al-Kholaf)
087. Ada orang duduk bercampur gaul dengan perempuan dan mengatakan mereka tidak ada apa-apa
meski pun mereka melihat kepada perempuan-perempuan itu. Saya katakan bahawa selagi nafsu mereka
itu belum hapus seluruhnya, mereka hendaklah menurut undang-undang Quran dan menjauhkan diri dari
perkara yang dilarang. (Qasim Al-Nasrabadi)
088. Kamu akan berasa kedamaian apabila bercakap tentang Allah sahaja. (Abu Bakar Al-Syibli)
089. Apa yang telah ditakdirkan untukmu pasti kamu dapat walau pun seribu halangan, dan apa yang
tidak ditakdirkan untukmu dengan tidak ada usaha bagi pihakmu, kamu boleh mendapatnya. Oleh itu,
apakah yang kamu dapat dengan mengamalkan zuhud. (Abu Bakar Al-Syibli)
090. Kebijaksanaan yang tinggi itu terletak menghargai sepenuhnya hidup ini dan menggunakannya di
jalan Allah. (Abu Bakar Al-Syibli)
091. Bagi orang yang mencintai dunia, maka akan berkuranglah cintanya kepada Allah, sehingga lalai
dalam munajat kepada Allah, kerana umumnya manusia digerakkan oleh apa yang dicintainya. (Imam
Ghazali rahimahullah)
092. Imam Syafi'i rahimahullah menasihatkan: Berusahalah menjadi seorang yang mempelajari ilmu
fiqh dan juga menjalani tasawuf, dan janganlah hanya mengambil salah satu darinya. Sesungguhnya
demi Allah saya benar-benar ingin memberi nasihat kepadamu. Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqh
tetapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan
orang yang hanya menjalani tasawuf tetapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqh, maka bagaimana dia
beroleh kebaikan? (Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i/47)
093. Ibnu Abdil Bar menukil perkataaan Imam Ahmad bahawa beliau berkata: Berpeganglah dengan
atsar sahabat dan al-hadits, dan sibukkanlah diri dengan hal-hal yang bermanfaat. Jauhilah berbantah-

bantahan, kerana orang yang suka berdebat tidak akan pernah memperolehi kebaikan. (Jami al-Bayan alIlmi)
094. Imam al-Lalikai menukil perkataan Imam Malik bahawa beliau berkata: Aku membenci perdebatan
dalam permasalahan-permasalahan agama. Dan penduduk negeri kita (Madinah) membenci dan
melarangnya, seperti perdebatan pemikiran Jahmiah dan Qadariah dan yang serupa dengannya. Dan aku
membenci perbincangan, kecuali perbincangan yang akan mendatangkan manfaat berupa amal. (Syarhul
Usul Itiqad Ahlussunnah wal Jamaah)
095. Sahabat r.hum meyakini ilmu agama, mengamalkan ilmu agama & menyampaikan ilmu
agama. Apabila mereka bangun di atas ketiga-tiga asas ini, maka Allah telah memberi kejayaan kepada
mereka dan menghancurkan kebatilan di seluruh dunia. Pada hari ini juga, sekiranya kita berjalan di atas
tiga asas tersebut maka pasti Allah akan memberi kejayaan yang sama dan menghancurkan kebatilan di
seluruh dunia dalam waktu yang singkat. - Maulana Qasmi Mohammad Shauket
096. Syekh Abdul Wahab Assyakroni menukilkan di dalam kitabnya: Barangsiapa dalam usaha agama
dicaci maki orang dia sabar, ikhlas, redha, tidak marah, maka sebentar lagi dia akan diangkat Allah
sebagai Imam(asbab) Hidayah. - Bayan KH. Khuzairon
097. Mukmin itu ialah mereka yang mempertahankan perintah Allah walau di mana dan di dalam
keadaan apa jua, bukannya orang yang meninggalkan perintah Allah demi mempertahankan kebendaan
dan keduniaan. Mukmin itu ialah mereka yang mengejar perintah Allah, bukannya orang yang mengejar
keduniaan. Mukmin meyakini bahawa kebahagiaan ada di dalam perintah Allah bukan dalam asbabasbab keduniaan. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
098. Ada orang bertanya kepada Abu Uthman Al-Hiri rahimahullah. Tuan, lidahku menyebut Allah tetapi
fikiranku entah ke mana. Apa patut saya buat? Al-Hiri menjawab, Syukurlah kepada Allah kerana
kurnianya dapat kamu menyebut nama Dia. Allah akan kurniakan pula kepada anggota-anggota yang
lain jika kamu bersyukur kepada Allah.
099. Allah berfirman bahawa Dia menjadikan manusia untuk menghambakan diri kepadaNya, bukan
untuk tujuan lain. (Abu Muhammad Royam)
100. Hidup di dunia ini umpama tidur dan hidup di akhirat umpama jaga. Jika seseorang itu menangis
semasa mimpinya, dia akan ketawa apabila dia sedar. Begitu juga, orang yang menangis dalam dunia ini
kerana takutkan Allah akan senyum di akhirat. (Yahya bin Ma'adz Ar-Razi)
101. Seseorang itu tidak akan dapat menikmati lazat menyembah Allah jika dia tidak membuang rasa
lazat terhadap apa-apa yang ada di dunia ini. (Abu Ishaq Ibrahim)
102. Solat tengah malam itu walaupun dibuat dengan pendek(ringkas) adalah sangat memberi kesan dan
pengaruh. (Abu Ishaq Ibrahim)
103. Kerosakan Umat secara keseluruhan tidak dapat diperbaiki hanya dengan menyuruh seorang Wali
Allah untuk berdo'a sambil menangis di tengah malam. Do'a tersebut tidak akan mengubah keadaan
menjadi lebih baik. (Malfuzat Hadhratji/174)
104. Siapa sahaja yang berkerja (bermujahadah) dalam mentaati perintah-perintah Allah sehingga ke
batas terakhir kemampuan, apa yang dia tidak mampu, maka Allah Swt akan sempurnakan. - Hajji

Mohammed Abd Wahhab


015. Hazrat Umar r.a telah berkata kunna azalannas sesungguhnya kami adalah seburuk-buruk, sehinahina manusia, dan faz azanallahul islam Allah telah jadikan semulia-mulia manusia di dunia ini adalah
kerana agama. Jika kami memilih jalan selain dari jalan Allah Swt muliakan kami dalam Islam maka
pasti kami tidak akan dapat kejayaan bahkan kami akan dapat kehinaan. - Bayan Maulana Abdul
Rahman
106. Sebagaimana ahli dunia cenderung kepada keduniaannya, begitu pula hendaknya ahli akhirat
cenderung kepada akhiratnya.
107. Muzakarah mesyuarah: 3 perkara yang harus difikirkan oleh setiap Daie, 1.Mewujudkan kerja
dakwah dengan mengeluarkan jemaah ke seluruh alam. 2.Memelihara kerja dakwah dengan musyuarah
dan amal maqami. 3.Meningkatkan kerja dakwah dengan tambah korban harta, diri dan masa.
108. Ibn Ata'illah al-Iskandari rahimahullah dalam kitab al-Hikamnya mengatakan: Kamu bersungguhsungguh mencari rezeki yang sudah ditanggung (oleh Allah) untukmu, tetapi dalam masa yang sama
melalaikan kewajiban yang dibebankan ke atasmu. Itu merupakan bukti akan kebodohan mata hatimu.
109. Mahabbah kepada semua makhluk. Rela berkorban untuk agama dengan masa, diri dan harta. Niat
islah diri. Mencari redha Allah. Istighfar setelah beramal. Tabah dalam menghadapi segala ujian.
Menisbatkan diri hanya kepada Allah. Tidak putus asa terhadap segala kegagalan. Sabar seperti unta,
Tawadhu' seperti bumi, Tegak kukuh seperti gunung, Berpandangan luas seperti langit, Bergerak
memberi manfaat seperti matahari.
110. Allah Swt menjadikan asbab untuk menguji keyakinan manusia. Seorang bayi yang lahir daripada
perut wanita, seakan-akan bayi ini tercipta daripada wanita. Walaupun wanita ini, Allah gunakan
beberapa saat sebagai asbab terciptanya bayi, namun kita tidak boleh mengatakan bahawa wanita ini
adalah Khaliq(pencipta) dan Bayi ini adalah hamba.
111. Tiada kenikmatan di dunia ini yang menyerupai kenikmatan akhirat selain daripada nikmat
keimanan. (Ibnu Taimiyah/ Majmu Al'fatawa 28/31)
112. Dan kehidupan yang Allah Swt paling suka daripada sekian banyak kehidupan manusia adalah
kehidupan Rasullullah s.a.w. Maka barangsiapa, siapa sahaja daripada orang kaya atau orang miskin,
orang pandai atau orang kurang cerdik, orang sihat atau orang sakit, orang kampung atau orang bandar,
jika dia mengamalkan kehidupan Rasullullah s.a.w, maka dia akan berubah menjadi kekasih-kekasih
Allah.
113. Tidak ada manfaat daripada wang jika tidak dibelanjakan di jalan Allah. Tidak ada kebaikan dalam
diri seseorang jika kebodohannya mengalahkan kesabarannya. Dan jika seseorang tertarik dengan pesona
dunianya yang rendah, Allah tidak akan redha kepadanya selama dia masih menyimpan segala selain
daripada Allah dalam hatinya. (Ibrahim bin Adham)
114. Seseorang yang beranggapan bahawa perintah-perintah Allah yang difardhukan kepadanya sebagai
menyusahkan adalah seperti bayi dalam kandungan perut ibunya, tidak menghendaki tangan dan kaki
kerana berasa sempit dan berasa tidak perlu menggunakannya. Walhal satu kerugian besar kerana Allah
Swt beri manfaat kepadanya melalui tangan dan kaki di alam dunia. Begitu juga, dengan mentaati
perintah-perintah Allah di dalam kehidupan dunia ini, Allah beri manfaat dan keselamatan di alam

akhirat. - Tamthil
115. Seorang guru di hadapan murid-muridnya telah mengangkat kapur dan mengatakan pemadam.
Mengangkat pemadam dan mengatakan ianya kapur. Secara berterusan membentuk pemikiran dan
keyakinan kepada murid bahawa kapur itu pemadam dan pemadam itu kapur. Begitulah jugalah haq dan
batil, asbab berterusan, yang haq dianggap batil, kebatilan pula dianggap haq(benar). - Tamthil
116. Maka nanti jika ada anak laki-laki datang mau melamar anak kita, yang pertama kali kita seleksi
adalah kita tanyakan, Dimana kamu tadi shubuh sholat ? kalau di jawab, di rumah. Maka katakan.
Maaf saya tidak bisa menikahkan anak saya dengan orang yang tidak sempurna kelaki-lakiannya Mufti Muhammad Luthfi Al Banjari
117. Kebanyakan dari kita beramal tapi kosong dari fadhilah, sehingga lewat begitu saja. Beramal tapi
seperti adat atau kebiasaan, tidak ada pengharapan. Begitu juga ketika melakukan maksiat, tidak ada
sangkutan pada ancaman. Sehingga ketika melakukan maksiat santai saja, tidak menganggap bahwa itu
akan mendatangkan ancaman besar di akherat. Oleh sebab itu bagaimana dalam setiap amalan ini kita
hadirkan fadhilahnya. - Maulana Muhammad Saad
118. Jika kamu datang ke markaz Da'wah tetapi tidak bawa fikir Nabi untuk umat, maka kamu hanya
dapat pahala tetapi tidak mendapatkan Nusrahtullah. - Hajji Mohammed Abd Wahhab
119. Sanggup dan ketidaksanggupan itu seperti membesarkan sepohon pokok. Tatkala seseorang
menyatakan sanggup, maka pohon kesanggupannya tumbuh sihat, berakar kukuh, membesar,
mengeluarkan dedaunan, berbuah dan menghasilkan anak pokok yang lain. Begitu juga sebaliknya
dengan menyatakan tidak sanggup dia sebenarnya sedang menanam dan membesarkan pohon
ketidaksanggupan. - Tamthil
120. Jika hatimu terpaku kepada Allah, seluruh dunia tidak akan dapat memudaratkan kamu jika mereka
semuanya menjadi musuhmu. (Abu Hasan Al-Khirqani)
121. Barangsiapa yang dikasihi Allah, maka pintu untuk mengenangNya itu akan sentiasa dibuka
kepadanya. (Abu Sa'id al-Khiraz)
122. Takut kepada Allah menimbulkan rindu kepadaNya dan mendapat rahmatNya. (Harith al-Muhasibi)
123. Makan kenyang itu mengaburkan cermin hati. (Harith al-Muhasibi)
124. Orang yang cinta dunia tidak akan merasa Allah. Di pandangan Allah, dunia ini tidak berharga lebih
dari seekor nyamuk. (Harith al-Muhasibi)
125. Orang yang membuangkan cinta kepada dunia akan dapat merasai cinta Allah dan mencapai cinta
itu. (Ma'ruf al-Karkhi)
126. Pada orang yang benar-benar menghambakan dirinya kepada Allah, maka Allah akan jagakan dia
bila sampai waktu solat sekiranya ia tertidur. (Suhail Abdullah al-Tustari)
127. Hiduplah di dunia ini untuk bekal ke akhirat. Ketahuilah bahawa orang cinta kepada Allah itu tidak
tamak kepada dunia. (Sirri al-Saqti)

128. Makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah ialah manusia, namun begitu manusia melakukan
banyak dosa. (Sirri al-Saqti)
129. Barangsiapa makan banyak akan jadi mangsa hawa-nafsu. Di perut yang lapar itu terletak rahmat
Allah dan sinarNya. (Yahya bin Ma'adz Ar-Razi)
130. Jika tiga perkara ini dibuang, seseorang itu akan mencapai mutu keruhanian yang tinggi, iaitu:
membuang keinginan hendak pangkat dan kemuliaan, membuang keinginan hawa-nafsu, dan membuang
hal-hal keduniaan. (Yahya bin Ma'adz Ar-Razi)
131. Kamu itu hamba Allah, hiduplah sebagai hamba. (Yusuf al-Husain ar-Razi)
132. Berharaplah kepada Allah, seperti harapnya pengemis kepada sedekah orang kaya. (Abu Hafs alHadad)
133. Jika kamu berhutang, janganlah harap untuk membayar hutang itu melalui pertolongan makhluk,
berharaplah kepada Allah dan Dia akan membayar hutangmu itu. (Hamdun al-Qassar)
134. Empat ratus orang guru ugama sebulat suara berkata bahawa seseorang itu hendaklah melakukan
ibadatnya dengan penuh khusuk hingga tidak terlintas dalam fikirannya yang lain kecuali Allah. (Junaid
Al-Baghdadi)
135. Abu Sufyan berkata: Aku tidak pernah melihat seorang pun yang mencintai seseorang seperti
kecintaan para sahabat Muhammad kepada Muhammad. (as Sirah, al-Bidayah wan Nihayah)
136. Sebagaimana musang dan ayam tidak akan duduk diam dalam satu kandang, begitu juga kebesaran
mahkluk dan kebesaran Allah tidak akan bersatu dalam hati manusia. - Tamthil
137. Orang yang paling agung ialah orang yang menyerahkan kehendaknya kepada kehendak Allah dan
dia redha dengan Allah. (Junaid Al-Baghdadi)
138. Hamba Allah menyembah Allah sahaja, tidak yang lain. (Junaid Al-Baghdadi)
139. Berkata Tsabit bin Qurroh rahimahullah: Sihatnya badan dengan sedikit makan, sihatnya ruh
dengan sedikit dosa, sihatnya lisan dengan sedikit berbicara. (at-Tibbun Nabawi 1/167)
140. Berkata Imam Ibnu Ajlan rahimahullah: Setiap titisan air mata yang mengalir kerana membaca alQur'an maka dia dirahmati oleh Allah Ta'ala. (Ar-Riqqotu Wal Bukak, 1/83)
141. Imam Fudhail bin Iyadh rahimahullah menangis di masjid ketika mendengar adzan sehingga pasir
di hadapannya basah oleh tangisannya. (Ar-Riqqotu Wal-Bukak, 1/183)
142. Abu Zaid rahimahullah berkata: Aku melihat amirul mu'minin Umar bin Abdil Aziz rahimahullah
menangis di atas mimbar, tidak mampu bercakap kerana tangisannya yang sangat kuat. (Ar-Riqqotu
Wal Bukak, 1/111)
143. Berkata Imam Ibnul Qoyyim al-Jauziyyah rahimahullah: Maka dengan tauhid seorang hamba
mengawali kehidupannya dalam Islam, dan dengannya pula ia mengakhirinya keluar daripada dunia ini.
(Madarijus Salikin: 3/443)

144. Berkata Ibnu Taimiyyah rahimahullah: Tidak akan berlaku fitnah kepada bangsa ini melainkan
perintah Allah telah ditinggalkan, sesungguhnya Allah memerintahkan supaya mengikuti kebenaran dan
sabar, fitnah muncul kerana sabar dan kebenaran telah ditinggalkan. (al-Istiqomah, 1/39)
145. Berkata Imam Bilal bin Sa'ad rahimahullah: Janganlah engkau melihat kecilnya dosa tetapi
lihatlah keagungan Dzat yang engkau maksiati. (Jami'ul Ulum Wal Hikam/ 525-526)
146. Membuang hawa-nafsu akan membawa perdampingan dengan Allah. (Junaid Al-Baghdadi)
147. Maulana Muhammad Yusuf rah.a berkata kepada seseorang berkenaan amar ma'ruf nahi mungkar:
Hadith tentang hal ini bunyinya, Jika kamu melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan, bukan
hancurkanlah tetapi ubahlah! Lihatlah oleh kamu orang-orang yang telah keluar di jalan Allah telah
berubah kehidupannya dalam ketaatan.
148. Orang yang mengaku cinta kepada Allah tetapi tidak mahu membantu saudaranya untuk cinta
kepada Allah dan tidak berusaha supaya Allah cinta kepada saudaranya tersebut, maka Allah tidak akan
cinta kepadanya. Walaupun orang ini adalah seorang ahli dzikir dan ahli ibadah. - Hajji Mohammed Abd
Wahhab
149. Kini umat jauh daripada kehidupan agama kerana tiada gerak. Orang yang tidak bergerak hanyalah
orang mati. Maka jika umat ini tidak digerakkan, maka umat ini mati. Semua orang bergerak tetapi demi
kepentingan kebendaan bukan kerana agama sehingga nilai kebendaan dunia terus meningkat. Justeru
itu, pembaikan umat ini perlu dengan jalan Hijrah, bergerak kerana Agama. - Tamthil
150. Bayan Asar di Markaz Kakril, Meiji Mehrab rah.a mengatakan: Saudara-saudara sekalian,
sesungguhnya hakikat al-Quran dan Hadith tidak akan dapat melalui kalam wal qalam (kata-kata atau
penulisan) tetapi hakikat al-Quran dan Hadith akan dapat melalui bil qadam(kaki) - bermujahadah di
jalan Allah.
151. Berkata Zaid bin ad-Datsinah r.a ketika ditawan oleh musyrikin: Demi Allah, aku tidak akan rela
jika saat ini Muhammad di rumahnya tertusuk duri, sementara aku berada di rumah bersenang-senang
bersama keluargaku. (Jala'ul Afham/297-298, Tahqiq Syeikh Masyhur)
152. Usaha dakwah bagi umat ini adalah umpama pekerjaan meneroka hutan belantara dijadikan ladang.
Kerja yang sangat berat, sukar dan penuh bahaya. Risiko ialah membersihkan hutan belantara dari segala
pokok semak samun, binatang buas dan jin bertandang menjadi tanah lapang yang gembur dan sedia
ditanam biji benih. Kemudian menanam benih dan memelihara sehingga membesar dan mengeluarkan
hasil, lalu dibawa kepada manusia supaya dimanfaatkan. Mereka yang dipilih oleh Allah, diberi hidayah
akan mendapatkan hasilnya dan menikmatinya. Selain dari itu enggan dan tetap dalam kemelaratan. Tamthil
153. Berkata Prof Hamka: Jika kalian berpikir bahwa kalian telah berperilaku baik dan bersangka
bahawa kalian baik disisi Allah manakala orang lain adalah sebaliknya berarti engkau salah, karena
memandang dirimu baik adalah suatu kesombongan, sifat lupa dan lalai akan Allah.
154. Iman akan naik jika ada usaha atas iman, Iman akan turun jika usaha atas iman menurun, Iman akan
istiqamah jika usaha atas iman juga istiqamah. - Meiji Mehrab rah.a

155. Benteng terbesar bagi orang beriman ini adalah Dakwah. Hidupkan suasana dakwah maka Iman
akan terjaga. - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
156. Terus berkerja untuk agama dengan bersungguh-sungguh, pertama kali akan mengalami kelaparan
(berasa kekurangan keduniaan), terus berkerja lagi maka Allah akan datangkan dunia untuk kamu. - Hajji
Mohammed Abd Wahhab
157. Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah, nescaya Allah akan memperbaiki amal
perbuatannya. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki
hubungannya dengan orang lain. (Fudhail ibn 'Iyadh)
158. Sahabat r.a menggunakan 100% hidup mereka untuk agama tetapi kita berhabis-habisan untuk
perkara dunia, sehingga kita menjadi budak orang kafir. Maka kita perlu beristighfar dan bertaubat
sebanyak-banyaknya, kerana seseorang yang beristighfar dan bertaubat dengan ikhlas, seolah-olah tidak
berbuat dosa dan kita juga mengajak orang lain juga untuk bertaubat. Ketika kita mengajak orang lain,
kita perlu bersabar, seperti lautan yang selalu menerima segala sesuatu dan mencucinya menjadi bersih. Maulana Ehsan ul-Haq
159. Dakwah adalah fardhu 'ain. Jika dakwah dijadikan fardhu kifayah, maka niat dakwah itu untuk
memperbaiki orang lain. Amalan fardu kifayah selalunya bertujuan untuk orang lain, seperti sholat
jenazah tetapi solat fardhu bertujuan untuk diri sendiri, sehingga hukumnya fardhu 'ain. Demikian pula
wajibnya dakwah adalah untuk menyelamatkan iman dalam diri sendiri. Bermujahadah dalam dakwah
adalah untuk manfaat diri sendiri (waman jaahada fainnamaa yujaahidu linafsih). - Maulana Muhammad
Saad
160. Seorang bertanya kepada Muhammad Ibn Wasi' rahimahullah, Bagaimana kamu? Ibnu Wasi'
menjawab: Apa hendak kamu tanya kepada orang yang tempoh hidupnya makin lama makin berkurang,
tetapi dosanya makin lama makin bertambah.
161. Nusratullah akan datang dengan sabar dan taqwa (waintashbiruu watattaquu, laa yadurrukum
kaiduhum syaiaa). Bersabar tanpa taqwa, tidak akan mendatangkan pertolongan Allah Swt. Sabar tanpa
taqwa seperti kesabaran pencuri yang tertangkap dan dipukul(hukuman) oleh polis. - Maulana
Muhammad Saad
162. Dakwah mewujudkan istidat iaitu kemampuan untuk berbuat baik, seperti membajak atau
menyediakan tanah sawah untuk digunakan. Dakwah juga memberi kemampuan istiqamah untuk mereka
yang telah beramal. - Maulana Muhammad Saad
163. Dakwah dilakukan agar terkesan hanya kepada Allah Swt. Menafikan makhluk dan terkesan hanya
kepada Allah Swt ini akan menghadirkan pertolongan daripada Allah Swt. Dengan cara 1.Mewujudkan
zikir dan halqah iman, 2.Mentablighkan pengorbanan anbiya as terhadap kaumnya. 3.Mentablighkan
nusrah Allah terhadap anbiya dan sahabat. 4.Mentablighkan tanda-tanda dan ciri orang yang beriman. Maulana Muhammad Saad
164. Sabar itu ialah tetap tegaknya keinginan terhadap agama ketika berhadapan dengan keinginan
nafsu. (Imam Ghazali rahimahullah)
165. Bayan maghrib di Ijtima Malaysia 2009, Maulana Ahmad Lat mengatakan: 3 perkara persamaan
atau persekutuan usaha Nabi-nabi dan Rasul-rasul sepanjang zaman: 1. Menyeru kepada tauhid yang

tulen, mengesakan dan mengagungkan Allah swt. 2. Tidak ada apa-apa khoraz dan kepentingan
hanyasanya inginkan kebaikan. 3. Tidak meminta apa-apa upah dan apa-apa ganjaran.
166. Sufyan ats Tsauri rahimahullah berkata kepada murid-muridnya: Seandainya Allah Swt mengubah
bumi ini dengan segala isinya menjadi besi, kemudian kamu bertanya, Kita mahu makan apa? bererti
kamu belum beriman.
167. Berkata Imam Ibnu Hibban rahimahullah: Bagaimana mungkin orang punya sifat sombong,
awalnya diciptakan dari air mani, akhirnya menjadi bangkai, dan hidupnya di dunia membawa kotoran
dalam perutnya. (Roudhotul Uqola'/ 61)
168. Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia. (Imam Ghazali rahimahullah)
169. Jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita
bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan. (Imam Ghazali rahimahullah)
170. Orang yang beriman menutup aib dan menasihati, manakala orang yang jahat pula dia membuka
aib dan memburuk-burukkan. (Al-Fudhail bin Iyadh)
171. Maulana Ilyas pernah berkata: Pada pendapat saya, taklim ini lebih penting daripada takril yakni
taklim ini lebih penting daripada bayan, kerana bayan adalah percakapan yang keluar dari mulut kita,
sedangkan taklim adalah apa yang dibacakan dari firman-firman Allah SWT dan sabdaan-sabdaan
Rasulullah SAW.
172. Maulana Muhammad Ilyas rah.a pernah berkata: Hari ini tempat amal telah diambil oleh
muzakarah, banyak cakap tetapi kurang amal.
173. Dalam usaha agama ini, perlu pengorbanan diri dan harta kedua-duanya sekali, walaupun mereka
boleh hanya mengorbankan harta mereka sahaja untuk buat usaha, tetapi itu hanyalah untuk kesan
sementara dan tidak mampu untuk mengubah kehidupan mereka seperti para sahabat r.hum, daripada
orang yang tidak taat pada Allah kepada orang yang taat pada Allah. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
174. Kesabaran atau kesanggupan seorang daie menanggung kepayahan semasa dia berdakwah akan
menjadi asbab orang yang didakwah mendapat hidayat. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
175. Kalaulah kita dapat beli usaha kita, seluruh umat kita akan dapat bawa amal yang tinggi, amal
agama yang sempurna tetapi umat ini masih lagi berpecah-pecah. Selagi umat ini berpecah-pecah, selagi
itulah harta dan diri orang Islam masih belum selamat lagi. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
176. Imam Bakar al-Muzani rahimahullah berkata: Apabila engkau melihat orang yang sibuk dengan
aib manusia tetapi dia melupakan aibnya sendiri, maka ketahuilah dia diperdaya oleh syaitan.
(Shifatush Shoffah: 3/294)
177. Hazrat Ali bin Abi Thalib r.a berkata: Dunia berjalan meninggalkan manusia sedangkan akhirat
berjalan menjemput manusia dan masing-masing mempunyai penggemar, kerana itu jadilah engkau
penggemar akhirat dan jangan menjadi penggemar dunia. Sesungguhnya masa ini, hidup di dunia adalah
masa beramal bukan masa pembalasan, sedangkan esok hari akhirat adalah masa pembalasan bukan
masa beramal.

178. Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata: Sunnah adalah jalan yang dilalui,
termasuk diantaranya adalah berpegang teguh pada sesuatu yang dijalankan oleh Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa sallam dan para Al-Khulafa Ar-Rasyidin, berupa keyakinan, amalan dan ucapan. Itulah bentuk
sunnah yang sempurna. (Jami'ul Ulumiwal Hikam: I/120)
179. Berkata Ibnu Umar r.a: Orang mumin itu ibarat seperti pohon kurma, selama kamu mengambil
sesuatu darinya maka kamu akan mendapat manfaatnya. (Fathul Bari: 1/147, Mujamul Kabir:
12/13514)
180. Habib bin Asy-Syahid berkata kepada anaknya: Wahai anakku, bergaullah dengan para fuqaha dan
ulama dan belajarlah adab dari mereka. Sesungguhnya hal itu lebih aku sukai daripada (menghafal)
banyak hadis. (Tazkiratus Sami wal Mutakallim: 2)
181. Ibnu Sirin berkata: Para salafus soleh mempelajari adab sebagaimana mereka mempelajari ilmu.
(Tazkiratus Sami wal Mutakallim: 2)
182. Abu Bakar al Mithwai berkata: Aku selama 10 tahun mengikuti pengajian Imam Ahmad yang
membacakan kitab al-Musnad kepada anak-anaknya. Aku tidak menulis satu pun hadis darinya. Aku
hanya belajar adab dan akhlak beliau. (Tazkiratus Sami wal Mutakallim: 3)
183. Az-Zahabi menceritakan bahawa majlis ilmu Imam Ahmad dihadiri oleh 5,000 orang. 500 orang
diantaranya mencatat, sedangkan selebihnya mengambil manfaat daripada perilaku, akhlak dan adab
beliau. (Siyar Alam an-Nubala: 11/316)
184. Imam Abu Hanifah pernah berkata: Kisah-kisah para salafus soleh lebih aku sukai daripada
membahas masalah fiqh. Kerana pada kisah mereka terdapat pengajaran adab dan akhlak mulia. (Tartib
al-Madarik wa Taqrib al-Masalik: 1/23)
185. Hazrat Umar bin Khattab r.a berkata: Hendaklah kalian mendengar cerita-cerita tentang orangorang yang memiliki keutamaan, kerana hal itu termasuk dari kemuliaan dan padanya terdapat
kedudukan dan kenikmatan bagi jiwa. (Ainul Adab wa As-Siyasah: 158)
186. Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Aku mengetahui bahawa rezekiku tidak akan dimakan orang
lain, maka tenteramlah hatiku. Aku mengetahui bahawa amalku tidak akan dikerjakan orang lain, maka
aku sibuk mengerjakannya. Aku mengetahui bahawa kematian akan datang tiba-tiba, maka aku bersiapsiap menghadapinya. Dan aku tahu bahawa diriku tidak akan lepas daripada pantauan Allah, maka aku
merasa malu kepada-Nya. (Manaqib al-Imam Ahmad: 11/485, Wafayat al-Ayan: 2/27)
187. Ibnul Mubarak pernah bersyair: Aku melihat dosa-dosa itu mematikan hati. Dan selalu melakukan
dosa akan menyebabkan kehinaan. Meninggalkan dosa-dosa dapat menghidupkan hati. Dan yang terbaik
bagimu adalah menjauhinya. (Ad-Daa wa ad-Dawaa: 95)
188. Hendaklah benar-benar khusuk dalam solat sehinggakan tatkala kamu rukuk dan tombak dilontar
kepadamu, kamu tidak akan merasai sakitnya. (Uwais Al-Qarni)
189. Sebesar zarah iman adalah lebih baik dari kekayaan dunia, kerana ia membawa kepada
keselamatan. (Dzun-Nun Al-Misri)
190. Ilmu jika tidak disertai dengan iman adalah tidak berfaedah. (Ibrahim bin Adham)

191. Ibn Ata'illah al-Iskandari rahimahullah dalam kitab al-Hikamnya menerangkan: Pada hakikatnya
manusia terbahagi kepada 4 bahagian: 1.Manusia yang dijadikan Allah Swt untuk berkhidmat kepada
Allah dan menjadi ahli syurga. 2.Manusia yang dijadikan Allah Swt bukan untuk berkhidmat kepadaNya
tetapi memasuki syurgaNya. 3.Manusia yang dijadikan Allah Swt bukan untuk berkhidmat kepadaNya
dan bukan pula menjadi ahli syurgaNya. 4.Manusia yang dijadikan Allah Swt untuk berkhidmat
kepadaNya tetapi tidak mendapat syurgaNya.
192. Air dan minyak tidak akan bercampur, begitu juga Haq dan Batil. - Tamthil
193. Waki' menceritakan bahawa dia keluar bersama ats-Tsauri pada hari raya. ats-Tsauri berkata:
Amalan pertama yang akan kita mulakan pada hari ini ialah menundukkan pandangan. (Hilyat alAwliya': 7/23)
194. Amru bin Murrah berkata: Aku terlihat seorang wanita dan aku tertarik kepadanya. Kemudian, aku
tutup mataku. Aku harapkan ianya menjadi kaffarah bagi dosaku. (Hilyat al-Awliya: 5/95)
195. Saya menaruh belas kasihan kepada tiga orang iaitu orang mulia dalam kaumnya yang
menghinakan diri, orang kaya dalam kaumnya yang memiskinkan diri dan orang yang berilmu yang
dipermainkan dunia. (Al-Fudhail bin Iyadh)
196. Disambut ilmu dengan amal perbuatan. Jika ada demikian, maka ilmu itu akan menetap. Jika tidak,
maka dia akan berangkat. (Sufyan Ats-Tsauri)
197. Aku telah membaca dalam beberapa kitab lama bahawa Allah Ta'ala berfirman: Bahawa yang
paling mudah Aku perbuat dengan orang yang berilmu apabila ia mencintai dunia, ialah Aku keluarkan
dari hatinya kelazatan bermunajat dengan Aku. (Malik bin Dinar)
198. Sesungguhnya hilanglah keelokan ilmu dan hikmah, apabila dicari dunia dengan keduanya. (Yahya
bin Ma'adz Ar-Razi)
199. Berkata Al-Hasan rahimahullah: Siksaan bagi orang yang berilmu ialah mati hatinya. Mati hati
ialah mencari dunia dengan amal perbuatan akhirat.
200. Said bin Al-Musayyib meriwayatkan seorang tabiin yang mulia pernah berkata: Sesungguhnya
usiaku telah mencapai 80 tahun, dan yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita. (Mushannaf Ibnu
Abi Syaibah: 7/17)
201. Sesungguhnya tidak berbahaya penghinaan orang lain, yang pasti berbahaya untuk kita adalah sikap
hina diri sendiri dan kebiasaan menghina orang lain. (Imam as-Syafii)
202. Sedikit amal dengan mengakui kurnia Allah, lebih baik dari banyak amal dengan terus merasa
kurang beramal. (Syeikh Imam Abul Hasan asy-Syadzili)
203. Ibn Ata'illah al-Iskandari rahimahullah dalam kitab al-Hikamnya mengatakan: Maksiat(dosa) yang
menimbulkan rasa rendah diri dan membutuhkan rahmat Allah, lebih baik dari perbuatan taat yang
membangkitkan rasa sombong, ujub dan besar diri.
204. Dalam Qawaid Fiqiyyah (kaedah fiqh) dikatakan: "Maa kaana aktsaru fi'lan kaana aktsaru fadhlan -

Semakin bersungguh-sungguh ibadat yang dilakukan, maka semakin besar fadhilat/pahalanya."


205. Dakwah Illallah itu seperti sedang berenang. Jika berhenti, diri akan tenggelam. Allah pelihara iman
melalui dakwah. Tanpa dakwah mengajak kepada kebesaran Allah dan amal akhirat, diri akan
didakwahkan kepada kebesaran dunia dan makhluk. - Tamthil
206. Sabar adalah menunaikan perintah-perintah Allah dan ketentuanNya yang bertentangan dengan
keadaan dan kehendak nafsu kita. - Maulana Muhammad Saad
207. Berkata Salman r.a ketika hampir wafatnya: Aku sama sekali tidak menangis kerana penyesalan
dunia atau kerana cinta kepada dunia, aku menangis kerana Rasulullah s.a.w mengikat janji dengan kami
agar kehidupan kami hendaklah seperti seseorang yang ada dalam perjalanan, tetapi kami
meninggalkannya. Lalu kelihatan harta yang dia tinggalkan hanyalah sebanyak dua puluh dirham lebih
atau tiga puluh dirham lebih. (Adabud Dun-yaa wad Diin: 119)
208. Dunia adalah fatamorgana yang terus memanjang dan merupakan malam yang gelap, pencari dunia
bagaikan orang yang meminum air lautan, semakin banyak dia meminumnya, maka akan semakin haus.
(As-Siyar: V/263)
209. Malik bin Dinar rahimahullah berkata: Ahli dunia keluar daripada dunia, akan tetapi mereka belum
merasakan sesuatu yang paling nikmat di dalamnya. Beliau ditanya, Apakah itu? Beliau menjawab,
Mengenal Allah Taala. (Madaarijus Saalikiin: 233)
210. Abu Darda r.a berkata: Seandainya bukan kerana tiga perkara, nescaya aku berharap untuk berada
di dalam bumi, bukan di atasnya. Seandainya bukan kerana saudara-saudara yang datang kepadaku
untuk memilih kata-kata yang indah sebagaimana buah ranum yang dipilih dan dipetik, atau kerana
menjadikan wajahku berdebu kerana sujud kepada Allah Swt atau kerana berjuang di jalan-Nya. (AzZuhd: 198)
211. Melihat perlu cahaya, mata tidak akan melihat benda jika dalam keadaan gelap. Begitu juga hati,
tidak dapat melihat perintah Allah apabila tidak ada Nur hidayah daripada Allah SWT. - Maulana
Muhammad Yusuf rah.a
212. Seseorang bertanya kepada Syeikh Maulana Ilyas rah.a: "Bilakah pengeluaran jemaah dan dakwah
ini akan berakhir?" Maulana Ilyas menjawab: "Apabila seluruh lelaki Islam memakmurkan masjid dan
wanita-wanita Islam menutup aurat dengan sempurna dan berdiam di rumah-rumah mereka, maka
barulah dakwah bermula. Hari ini, yang kita lakukan hanyalah silaturahim."
213. Bagi ahli dunia, tidur itu lebih baik dari berjaga kerana dengan tidur itu mereka tidak
membincangkan hal-hal keduniaan. (Sufyan ats-Thauri)
214. Kelazatan berdampingan dengan Allah itu tidak akan aku tukarkan dengan kerajaan dunia. (Abu
Yazid al-Bistami)
215. Syeikh Hj Abdul Wahab mengatakan: Dai ini jika sudah muzakarah mengenai kelemahan atau aib
temannya, maka ini akan menyebabkan kerja dakwah menjadi lemah.
216. Berkata Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah: Barang siapa yang beramal tidak ikhlas kerana Allah,
maka dia seperti seorang musafir yang memenuhi kantung minumannya dengan pasir dan tidak ada

manfaatnya. (al-Fawa'id, hal.66)


217. Sifat ujub adalah kekaguman kepada dirimu sendiri, sehingga kamu berasa bahawa kamu lebih
mulia dan lebih tinggi darjatnya dari saudaramu. Walhal, boleh jadi kamu tidak beramal dengan benar
sepertinya, atau barangkali dia lebih wara darimu terhadap hal-hal yang diharamkan Allah dan lebih
tulus amalnya. (Sufyan Ats-Tsauri)
218. Apabila Iblis telah berhasil melakukan tiga perkara terhadap diri anak Adam, maka ia akan berkata,
Saya tidak akan menuntutnya dengan perkara yang lain. Tiga hal itu adalah: Dia ujub kepada dirinya
sendiri, dia berasa amalnya sudah banyak, dan dia melupakan dosa-dosanya. (Fudhail ibn 'Iyadh)
219. Berkata Basyar ibn Al-Harits berkenaan ujub: Apabila kamu sudah menganggap bahawa amalmu
lebih banyak, sedangkan engkau menganggap amal orang lain sedikit.
220. Ibnu Sirin berkata: Aku tidak pernah hasad dengan seorang pun dalam urusan dunia. Kerana
apabila dia ahli syurga, apa gunanya aku hasad kepadanya dalam urusan dunia yang tidak ada nilainya di
syurga kelak. Sedangkan apabila dia termasuk ahli neraka, maka apa gunanya pula aku hasad kepadanya
dalam urusan dunia sedangkan dia akan masuk neraka. (Ihya Ulumuddin: 3/1973)
221. Berkata Rabi bin Khutsaim: Segala sesuatu yang dilakukan tidak untuk mencari redha Allah, pasti
akan sia-sia. (Shifatush Shafwah: 3/61)
222. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: Orang yang ikhlas adalah orang yang menyembunyikan
kebaikannya sebagaimana ia menyembunyikan keburukannya. (Tazkiyatun Nafs: 17)
223. Keberhasilan seseorang da'i itu adalah apabila sudah tidak ada lagi keinginan-keinginan dalam
hatinya ingin mendapatkan dunia, ingin jadi pemimpin dan keinginan lainnya tetap diri kita ini berbuat
hanya untuk Allah dan RasulNya. - KH. Khuzairon
224. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: Empat perkara yang menghalang datangnya rezeki adalah,
1.Tidur di waktu pagi, 2.Sedikit solat, 3.Bermalasan dan 4.Khianat. (Zaadul Maad: 4/378)
225. Ammar bin Dzar rahimahullah pernah ditanya oleh anaknya, Mengapa ketika orang lain memberi
syarahan tidak ada seorang pun yang menangis. Namun, ketika engkau bersyarah, wahai ayahku, kami
mendengar tangisan dimana-mana? Maka Ammar menjawab, Wahai anakku, nasihat yang tulus
tidaklah sama dengan nasihat yang diperbuat-buat. (Hilyatul Auliya: 5/111, Ihya Ulumuddin: 4/187,
Asy Syamilah)
226. Seorang pemuda mendatangi al-Hasan al-Bashri dan mengadukan masalah yang sedang ia hadapi
kepadanya. Pemuda tersebut berkata, Saya telah berusaha untuk menjaga solat malam, akan tetapi
sampai saat ini saya masih belum mampu untuk melaksanakannya. Al-Hasan al-Bashri menjawab,
Dosa-dosamu telah menghalangmu untuk melakukannya.
227. Jafar bin Muhammad berkata: Sesungguhnya perbuatan baik tidak sempurna kecuali dengan tiga
perkara: Segera mengerjakannya tanpa menunda-nunda, menganggapnya sebagai amalan yang sangat
kecil meskipun besar, dan menyembunyikan amalan tersebut di hadapan manusia. (Hilyatul Auliya':
3/198)
228. Tidaklah dinamakan ibadah sehinggalah terkumpul didalamnya 3 perkara; Takut, Cinta dan

ketundukan. Dan tidak dinamakan ibadah jika ia hanya takut atau hanya cinta namun tidak ada
ketundukan. (Syeikh Yahya al-Hakim)
229. Bila umat Rasulullah saw ada fikir yang sama sebagaimana fikir Rasulullah saw, Maksud dan
tujuan yang sama, Semangat dan gerak yang sama, Pembicaraan yang sama dalam perkara yang sama,
Kefahaman agama yang sama atas perkara yang sama. Satu hati dan berkasih sayang. Apabila ini wujud
dalam diri kita, maka Allah Swt akan jadikan asbab turunnya hidayah bagi semua umat di seluruh alam
sampai hari kiamat.
230. Ikutilah jalan petunjuk dan jangan takut kerana sedikit orang yang menempuhnya. Jangan tertipu
dengan banyaknya manusia yang binasa. (Imam Fudhail bin Iyadh)
231. Jika sunnah Rasulullah s.a.w. dilanggar dalam pernikahan, maka Allah akan menghabiskan
ketaatan daripada generasi itu. - Asy-Asyaikh In'amul-Hasan al-Kandahlawi rah.a
232. Ibnu Mas'ud r.anhu berkata: Usia semakin berkurang seiring perjalanan waktu malam dan siang.
Sementara segala amalan akan tersimpan dan kematian akan datang secara tiba-tiba.
233. Hati yang istiqamah adalah jalan menuju keberhasilan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat.
Hati yang istiqamah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan dilapangkan dan
akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat. Dengan hati yang istiqamah, maka malaikat akan turun untuk
memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap adzab kubur. Hati yang
istiqamah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa. (Imam al-Qurtubi rah.a)
234. "Jika seorang gabenor memanggil kita untuk hadir dirumahnya, pasti kita berusaha mempersiapkan
pakaian yang sebaik-baik yang kita miliki. Bagaimana jika yang memanggil kita adalah Allah yang
menciptakan gabenor, bahkan yang menciptakan dunia berserta isinya?"
235. Ibnu Masud r.anhu pernah berkata: Sesungguhnya solat kalian lebih banyak dan kalian lebih rajin
dalam beribadah dibanding para sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, tetapi mereka lebih
utama dibanding kalian. Lalu ditanya: Mengapa mereka lebih utama?. Ibnu Masud r.anhu
menjawab: Kerana mereka lebih zuhud terhadap dunia dan lebih mencintai akhirat dibanding kalian.
(Shifatush Shafwah: 1/420)";
236. Setiap amal ada janji Allah Swt. Yakin terhadap janji Allah dengan beramal. Beramal bukan untuk
mendapatkan janji Allah tetapi untuk mendapatkan redha Allah Swt.
237. Utsman bin Affan r.anhu berkata: Sesungguhnya aku telah bersembunyi dari Rab-ku selama
sepuluh tahun. Dan aku adalah orang keempat dari empat orang yang terawal masuk Islam. Aku tidak
pernah bernyanyi dan berangan-angan... (HR. ath-Thabrani, al-Mujam al-Kabir, 1/85)
238. Imam Al-Auzai berkata: Orang mukmin sedikit bicara dan banyak beramal, sedangkan orang
munafik banyak bicara dan sedikit beramal. (Tanbihul Ghafilin: 32)
239. Hasan Al-Bashri berkata: Nikahkanlah anakmu dengan orang yang takut kepada Allah dan
bertakwa kepada-Nya. Kerana jika ia mencintainya maka ia akan memuliakannya, dan apabila ia
membencinya maka ia tidak akan menzaliminya. (Uyun al-Akhbar: 10/17)
240. Masruq berkata: Cukuplah seorang itu dikatakan alim jika ia merasa takut kepada Allah, dan

cukuplah seorang itu dikatakan jahil jika ia merasa ujub dengan amalnya sendiri. (Tanbihul Ghafilin:
229)
241. Umar bin Khaththab Radhiallaahu 'anhu bertanya kepada Ubay bin Kaab
Radhiallaahu 'anhu tentang takwa, berkatalah Ubay: Pernahkah Anda berjalan di suatu
tempat yang banyak durinya? Umar menjawab: Tentu. maka berkatalah Ubay: Apakah
yang Anda lakukan?, berkatalah Umar: Saya sangat waspada dan berhati-hati agar
selamat dari duri itu. Lalu Ubay berkata Demikianlah takwa itu. (Tafsir Ibnu Katsir, Juz 1,
.55)

242. Ibnu Masud radhiyallahu anhu berkata: Seseorang tidaklah bertakwa sampai ia berilmu, dan
tidaklah seseorang berilmu sampai mengamalkan ilmu yang ia ketahui.
243. Menyia-nyiakan waktu itu lebih buruk daripada kematian. Menyia-nyiakan waktu akan
memutuskanmu dari Allah dan akhirat, sedangkan kematian hanyalah memutuskanmu dari dunia dan
penghuninya. (Ibnul Qayyim, Al Fawa'id)
244. Ibnul Jauzi berkata: Orang yang tidak sengaja memandang sesuatu yang haram, maka
wajib baginya untuk memalingkan pandangannya. Kerana pandangan yang terus-menerus
dapat menumbuhkan rasa syahwat. Perumpamaannya seperti biji-bijian yang ditabur di
atas tanah. Jika biji-bijian tersebut tidak disiram maka ia tidak akan tumbuh, namun jika ia
disiram maka ia akan tumbuh dengan cepat. Demikian pula dengan pandangan mata.
(Dzammul Hawa:440)

245. Ibnu Saad menceritakan di dalam kitabnya ath-Thabaqat, bahwasanya Umar bin Abdul Aziz
apabila berkhutbah di atas mimbar kemudian dia khawatir muncul perasaan ujub di dalam hatinya, dia
pun menghentikan khutbahnya. Demikian juga apabila dia menulis tulisan dan takut dirinya terjangkit
ujub maka dia pun menyobek-nyobeknya, lalu dia berdoa, Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
kepadamu dari keburukan hawa nafsuku. (al-Fawaid, hal.146)
246. Imam Syafii pernah bersyair: Seseorang jika telah beriman dan bersifat wara, Maka sifat
waranya akan menghalanginya mencari aib manusia, Seperti orang yang sakit akan disibukkan dengan
dirinya, Daripada memikirkan penyakit manusia lainnya. (Diwan Imam Asy-Syafii, hal.56)
247. Imam Syafii berkata: Kalau engkau mengkhuatirkan sikap ujub atas amal yang engkau lakukan,
maka ingatlah redha siapa yang menjadi tujuanmu, kenikmatan mana yang engkau harapkan, dan dari
siksa mana yang engkau hindarkan. Kerana barangsiapa yang mengingat hal itu, maka amal-amalnya
akan nampak kecil di mata. (Siyar Alam An-Nubala: 10/42)
248. Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: Tidak ada jiwa yang bebas dari hasad. Hanya saja orang
yang mulia dapat menyembunyikannya, sedangkan orang yang hina menampakkannya. (Majmu alFatawa: 10/124)
249. Hafshah binti Sirrin mengatakan, Ibu dari Muhammad bin Sirin sangat suka celupan warna untuk
kain. Jika Muhammad bin Sirrin memberikan kain untuk ibunya, maka beliau belikan kain yang paling
halus. Jika hari raya tiba, Muhammad bin Sirrin mencelupkan pewarna kain untuk ibunya. Aku tidak
pernah melihat Muhamad bin Sirrin bersuara keras di hadapan ibunya. Apabila beliau berkata-kata
dengan ibunya, maka beliau seperti seorang yang berbisik-bisik. (Siyar Alam an-Nubala)

250. Mujahid rahimahullah mengatakan, Hati itu seperti telapak tangan. Awalnya ia dalam keadaan
terbuka dan jika berbuat dosa, maka telapak tangan tersebut akan tergenggam. Jika berbuat dosa, maka
jari-jemari perlahan-lahan akan menutup telapak tangan tersebut. Jika ia berbuat dosa lagi, maka jari
lainnya akan menutup telapak tangan tadi. Akhirnya seluruh telapak tangan tadi tertutupi oleh jarijemari. (Mawqi At Tafasir, 7/442)
251. Hati yang istiqamah adalah hati yang senantiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa
keyakinan, perkataan, maupun perbuatan. (Imam al-Qurtubi rhm)
252. Umar bin Abdul Aziz ketika berkhutbah pada hari raya Idul Fithri berkata: Wahai sekalian
manusia, sesungguhnya kalian telah berpuasa kerana Allah selama 30 hari, kalian juga solat malam
selama 30 hari, dan pada hari ini kalian semua keluar untuk memohon kepada Allah agar amalan kalian
diterima. Ketahuilah, dulu sebagian salafus soleh menampakkan kesedihan pada hari raya Idul Fithri,
kemudian ditanyakan padanya: Bukankah hari ini hari kegembiraan dan kebahagiaan?. Maka dia
menjawab: Benar, namun aku hanyalah seorang hamba yang Allah memerintahkanku untuk beramal,
akan tetapi aku tidak mengetahui apakah amalku (selama Ramadhan) diterima Allah atau tidak?.
(Lathaif al-Maarif: 376)
253. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: Ikhlas dan tauhid ibarat sebatang pokok dalam hati manusia,
cabangnya adalah amal perbuatan (yang mulia), sedang buahnya adalah kehidupan yang bahagia di
dunia dan kenikmatan yang abadi di akhirat. Sedangkan syirik, dusta, dan riya' adalah juga ibarat pokok
di dalam hati manusia. Buahnya di dunia ini adalah rasa takut, gelisah, hati yang sempit dan gelapnya
hati. Sedangkan buahnya di akhirat adalah zaqqum (nama makanan ahli neraka) dan azab yang abadi.
(Badaiul Fawaid: 214)
254. Bakar bin Abdillah al-Muzani berkata: Jika kamu melihat orang yang lebih tua, katakanlah: Orang
ini lebih dulu mendahuluiku dalam beriman dan beramal soleh, maka ia lebih baik dariku. Apabila
kamu melihat orang yang lebih muda, katakanlah: Aku telah mendahuluinya dalam berbuat dosa dan
maksiat, maka dia lebih baik dariku. Dan jika engkau melihat sahabat-sahabatmu menghormati dan
memuliakanmu, maka katakanlah: Ini adalah keutamaan yang akan dihisab nantinya. Sedangkan
apabila engkau melihat sahabat-sahabatmu tidak menghormatimu, maka katakanlah: Ini akibat dosa
yang telah aku lakukan. (Shifatush Shafwah: 3/248)
255. Sufyan ats-Tsauri berkata: Pelajarilah ilmu dan jagalah kehormatannya. Janganlah engkau campur
baurkan ia dengan hal-hal yang bersifat senda gurau sehingga hati manusia akan mengingkarinya.
Jagalah itu semua agar manusia bersikap hormat kepadanya. (Shaidul Khatir, Imam Ibnu Al-Jauziy)
256. Hindarkan maksiat dan derhaka, kerana maksiat menghapuskan pahala sujudmu dan
mengeluarkanmu daripada ketenteraman. Maksiat adalah kenikmatan sesaat yang membuahkan
penderitaan seribu tahun. (Al-Fawaid, Imam Ibn Qayyim Al-Jawziyyah)
257. Hasan al-Bashri berkata: Diantara tanda berpalingnya Allah dari seorang hamba adalah Dia akan
menjadikan hamba tersebut sibuk dalam perkara yang tidak bermanfaat sebagai bentuk penghinaan
baginya. (Jamiul Ulum wal Hikam: 1/294)
258. Ali bin Al-Hasan berkata: Aku hairan dengan orang yang sombong dan suka membanggakan diri,
padahal kemarin dia hanyalah setitis mani dan esok ia menjadi bangkai. Aku juga sangat hairan dengan
orang yang bertungkus lumus bekerja untuk dunia yang sementara, tetapi lalai bekerja untuk akhirat
yang kekal selamanya. (Shifatush Shafwah: 2/95)

259. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah berkata: Apabila perkataan tidak senonoh keluar daripada mulut
musuhmu, janganlah kamu membalasnya dengan perkataan yang sama. Sesungguhnya mewariskan
permusuhan adalah warisan yang tercela. (Al-Fawaaid)
260. Berkata Imam Ibnu Qudamah dan Imam al-Ghazali: Puasa ada 3 tingkatan: 1. Puasa Umum,
menahan lapar, dahaga, syahwat. 2. Puasa Khusus, menahan lisan, tangan, kaki, mata, telinga dari dosa.
3. Puasa Paling khusus, hatinya puasa dari dunia, dan hal yang menjauhkan diri dari Allah dan selain
Allah. (Minhajul Qosidin Hal.55, Ihya' 1/324 )
261. Berkata al-Hafidz Ibnu Rajab al-Hambali rahimahullah: Barang siapa yang puasa dari syahwat
dunia maka dia akan menemukannya di syurga, barang siapa yang berpuasa dari selain Allah maka Idul
Fitrinya dia akan bertemu Allah. (Latho'iful Ma'arif, hal.299)
262. Berkata al-Hafidz Ibnu Rajab al-Hambali rahimahullah: Ketika Imam Abdullah bin Ghalib
dimakamkan maka urukan tanahnya berbau harum kemudian seseorang bermimpi ketemu beliau dan
ditanyakan mengapa tanah kuburan Imam menjadi harum? maka beliau berkata: Itu disebabkan kerana
banyak baca al-Qur'an dan puasa. (Latho'iful Ma'arif, hal.86 )
263. Berkata al-Hafidz Ibnu Rajab al-Hambali rahimahullah: Berbahagialah orang yang selalu lapar
(puasa) untuk meraih hari yang mengenyangkan besar, berbahagilah orang yang selalu dahaga, untuk
meraih hari yang tidak ada lagi kedahagaan, berbahagialah seseorang yang meninggalkan syahwat dunia
demi memperoleh yang dijanjikan yang tidak terlihat. (Latho'iful Ma'arif, hal.83)
264. Berkata Abu Darda' Radhiallahuanhu: Yang paling aku takuti kelak pada hari kiamat ketika Allah
memanggilku dihadapan seluruh makhluk, Allah berfirman: Wahai Umair! Adakah kamu mengamalkan
ilmu yang kamu ketahui. (Fathul Bari: 1/110, Tsamrotul Ilmil Amal: hal.16)
265. Berkata Imam Malik bin Dinar rahimahullah: Seorang alim yang tidak mengamalkan ilmunya
maka hilang sentuhan hati nasihatnya seperti hilangnya titisan air yang jatuh di suatu tempat. (alIqtidho', hal.97)
266. Berkata Imam as-Syafii rahimahullah: Dan aku mengakui hak salafus soleh yang telah dipilih oleh
Allah untuk menemani Nabi-Nya shallallahu alaihi wa sallam, dan memegang dengan keutamaankeutamaan mereka, dan aku menahan diri dari perkara yang mereka perselisihkan baik yang kecil atau
besar. (al-Amru Bil Ittiba', hal.34)
267. Seorang salafus soleh bersyair: Telah kamu lewati waktu dan hari-harimu kamu hasilkan penuh
dosa, telah datang utusan kematian sedang hatimu lalai, kesenanganmu di dunia hanyalah tipuan dan
penyesalan dan hidupmu di dunia akan hilang dan binasa. (Irsyadul Ibad Lil Isti'dadi yaumil Ma'ad,
hal.9)";
268. Berkata Abul Atahiyyah dalam sya'irnya: Aku tidak tahu, jika aku renungkan usiaku, bisa jadi saat
pagi hari aku tidak akan jumpa petang hari, tidakkah engkau lihat setiap pagi hari umurmu lebih pendek
dari pagi kemarin. (Jami'ul Ulum Wal Hikam, no.40)
269. Berkata Imam Fudhail bin Iyadh rahimahullah: Kita bergembira dengan hari-hari yang kita lalui,
setiap hari yang lewat, mendekatkan diri dari ajal, maka beramallah untuk dirimu sebelum mati dengan
sungguh-sungguh dan jangan main-main, sesungguhnya kerugian dan keuntungan ada dalam amal.

(Thobaqotul auliya' 1/45, Tarikh Dimasyqy 48/451)


270. Berkata Imam as-Syafii rahimahullah : Aku hairan melihat orang yang banyak tertawa padahal
kematian selalu mencarinya. (Diwan, hal.54)
271. Berkata al-Hafidz Imam Ibnu Rajab al-Hambali rahimahullah: Ya Allah, Jadikanlah akhir amalku
dengan kebaikan, dan jadikanlah akhir umurku dengan kebaikan. (Latho'iful Ma'arif, hal.579)
272. Berkata Luqman kepada anaknya: Wahai anakku! Jangan engkau tunda taubat, sesungguhnya mati
datang tiba-tiba, dan jangan engkau mengharap akherat tanpa amal, dan jangan engkau tunda taubat
dengan banyak lamunan. (Latho'iful Ma'arif, hal. 584)
273. Berkata Sa'ad al-Khair al-Anshari as-Syahid Badar Radhiallahuanhu: Wahai anakku putuskanlah
apa yang ada di tangan manusia kamu akan kaya, dan jangan mencari apa yang ada di sisi manusia itu
adalah suatu kemelaratan, dan jauhilah perbuatan yang salah, dan solatlah seakan-akan kamu tidak solat
lagi. (HR. Abu Dawud, no.337)
274. Hassan bin 'Athiyyah rahimahullah berkata: Dua raka'at yang dilaksanakan sesuai dengan tuntutan
(sunnah) Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, lebih baik daripada tujuh puluh rakaa'at yang dilaksanakan
tidak sesuai dengan sunnah.";
275. Imam Nawawi rahimahullah berkata: Tidak disyaratkan untuk orang yang mahu menyuruh amal
ma'ruf dan nahi mungkar itu, dirinya sempurna. (Syarah Sahih Muslim)
276. Nisbatun nubuwah ialah apa yang ada dalam fikir Rasulullah s.a.w, Allah letak dalam fikiran kita.
Apa yang ada dalam hati Rasulullah s.a.w, Allah letak dalam hati kita. Sehingga risau nabi jadi risau kita,
sayang nabi kepada umat juga sayang kita kepada umat. Malam kita seperti malam Rasulullah s.a.w,
siang hari kita seperti siang Rasulullah s.a.w.
277. Ibnu Qayyim al- Jauziyyah rahimahullah berkata: Orang yang mencintai dunia/harta (secara
berlebihan) tidak akan lepas dari tiga (kerosakan dan penderitaan): Kekalutan (pikiran) yang tidak
pernah hilang, keletihan yang berkepanjangan dan penyesalan yang tiada akhirnya. (Ighatsatul Lahfan,
hal. 83-84, Mawaaridul amaan)
278. Sesungguhnya orang yang paling dermawan di dunia adalah orang yang menunaikan hak-hak Allah
Swt, walaupun orang lain melihatnya sebagai orang kikir dalam hal lain. Dan sesungguhnya orang yang
paling kikir di dunia adalah orang yang kikir terhadap hak-hak Allah Swt, walaupun orang lain
melihatnya sebagai orang yang dermawan dalam hal lain. (Wahab bin Munabbih)
279. Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menukil ucapan Ali bin Abu Thalib radhiallahu 'anhu:
Tidaklah turun musibah kecuali dengan sebab dosa dan tidaklah musibah diangkat oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala kecuali dengan bertaubat. (Al-Jawabul Kafi, hal.118)
280. Hidup ini ibarat membuka lembaran sebuah buku. Makin banyak lembaran yang kita buka, makin
sedikit lembaran yang tersisa. Akhirnya lembaran itu pun akan habis. Begitulah perjalanan kita menuju
ajal. - Tamthil
281. Hasan al-Bashri berkata: Seorang mukmin semestinya bersedih setiap pagi dan petang, dan tidak
ada yang lebih baik baginya selain itu. Itu kerana dirinya senantiasa dihimpit dua kekhuatiran: Dosanya

di masa lalu yang dia tidak tahu apa balasan Allah terhadapnya, dan umurnya yang masih tersisa yang
dia tidak tahu dosa apa yang bakal diperbuatnya. (Hilyatul Auliya: 1/264)
282. Imam al-Ghazali berkata: Sesungguhnya aktivitas amar makruf nahi mungkar adalah
poros(puncak) yang paling agung dalam agama. Karena aktivitas inilah Allah mengutus para nabi
seluruhnya. Seandainya umat Islam mengkerdilkan amar makruf nahi mungkar, tidak mau memahami
dan mengamalkannya, tentu akan berhenti nubuwwah ini; kesesatan akan tersebar luas, kebodohan akan
menjadi hal yang lumrah, kerusakan akan merajalela, pelanggaran akan semakin meluas, negeri-negeri
akan hancur, dan manusia akan binasa. (IhyUlm ad-Dn, 2/306)
283. Berkata Ibnu Mas'ud dan Mu'adz bin Jabbal Radhiallahuanhuma: Duduklah bersama kami sesaat
untuk menambah iman kita. (at-Taudhih wal Bayan Lisyajarotil Iman, hal.38)
284. Menunda-nunda perbuatan baik adalah salah satu tentera di antara bala tentera Iblis yang telah
membinasakan ramai orang. (Abu al-Jald)
285. Yahya bin Abi Katsir berkata: Ilmu tidak dapat diperoleh dengan bersantai-santai. (Jami Bayanil
Ilmi wa Fadhlihi: 1/91)
286. Imam Syafii berkata: Seseorang tidak akan mencapai hasil dalam bidang ini sampai kefakiran
menimpanya, dan dia mendahulukan ilmu atas segala sesuatunya. (Siyar Alam an-Nubala: 10/89)
287. Abdurrahim bin Ali al-Qadhi (wafat 596 H) dalam suratnya yang ia tujukan kepada Al 'Imad alAsbahani, beliau berkata: Kulihat setiap orang yang menulis sebuah buku, esoknya selalu mengatakan:
'Andaikan bagian ini diubah tentu lebih baik, andaikan bagian ini ditambahkan tentu lebih bagus,
andaikan bagian ini didahulukan tentu lebih pas, dan andaikan bagian ini dibuang tentu lebih indah'. Ini
merupakan pelajaran dan bukti kekurangan yang selalu ada pada diri manusia. (At-Tajwid wa Ulumul
Qur'an: 33)
288. Imam al-Auza'i rahimahullah ditanya tentang iman, apakah bertambah dan berkurang? Beliau
berkata: Ya, bertambah seperti gunung dan berkurang sampai hilang dan tidak tersisah. (at-Taudhih
wal Bayan Lisyajarotil Iman, hal.38)
289. Mughirah berkata: Sesungguhnya aku merasa puas dalam hal membatasi pembicaraanku,
sebagaimana kalian merasa puas dengan banyak berbicara. (Al-Jami li Akhlaqi ar-Rawi wa Adabi asSami: 736)
290. Syuraih al-Qadhi yang berkata: Rombongan yang berangkat haji banyak, tetapi orang yang haji
sedikit. Betapa banyak orang yang mengerjakan kebaikan, tetapi sangat sedikit orang yang meniatkan
ikhlas mengharap redha-Nya. (Lathaif al-Maarif: 419-120)
291. Ibnu Aun berkata: Janganlah engkau merasa selamat dengan banyaknya amal, kerana
sesungguhnya engkau tidak tahu apakah amalmu diterima atau tidak. Dan janganlah engkau merasa
aman dari dosa-dosamu, kerana sesungguhnya engkau tidak tahu apakah dosa-dosamu diampuni atau
tidak. (Jamiul Ulum Wal Hikam: 1/174)
292. Imam Ibnul Qayyim berkata: Andaikata kita bisa menggali hikmah Allah yang terkandung dalam
ciptaan dan urusan-Nya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah. Namun akal kita sangat terbatas,
pengetahuan kita terlalu sedikit, dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu

Allah sebagaimana sinar lampu yang sia-sia dibawah sinar matahari. Dan inipun hanya kira-kira, yang
sebenarnya tentu lebih dari sekadar gambaran ini. (Syifaul Alil fi Masail Qadha wal Qadar wa Hikmah
wa Talil: 452)
293. Urwah bin Zubair berkata: Sesungguhnya aku benar-benar berdoa kepada Allah meminta segala
keperluanku, sampai-sampai dalam perkara garam. (Al-Fawakih ad-Dawani Syarh Risalah Ibn Zaid alQirwani: 1/211)
294. Abu Jafar al-Balkhi berkata: Telah sampai kepadaku bahwa Abu Hanifah dulu jika ia mendapat
kesulitan atau ragu-ragu dalam suatu permasalahan, maka ia berkata kepada sahabat-sahabatnya:
Tidaklah ini terjadi melainkan kerana dosa yang telah aku perbuat. Lalu beliau beristighfar, dan
kadang-kadang beliau berwudhu dan melakukan solat dua rakaat lalu beristighfar, maka setelah itu
selesailah masalahnya. Beliau berkata: Aku selalu menggantungkan harapanku kepada Allah, dan
meyakini bahwasanya Dia mengampuni dosa-dosaku, sehingga aku dapat menyelesaikan masalah yang
kuhadapi. (Uqud al-Juman fi Manaqib al-Imam al-Azham Abu Hanifah an-Numan: 228-229)
295. Imam Nawawi menceritakan bahawa Abu Ishaq asy-Syirazi (pengarang kitab Muhadzdzab)
tidaklah membahas suatu masalah melainkan sebelumnya beliau memohon pertolongan (istianah)
kepada Allah. Selain itu tidaklah beliau menulis suatu permasalahan melainkan diawali dengan solat
beberapa rakaat terlebih dahulu untuk meminta petunjuk kepada Allah. (Muqaddimah al-Majmu Syarh
al-Muhadzdzab: 1/15)
296. Berkata Ibnu Hazm: Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak
memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan
kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang munkar dan tidak ada seorang pun yang
mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam. (Al-Jami li Ahkamil
Quran: 1/367)
297. Imam Nawawi berkata: Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang
mengajak kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan
dalam segala hal. Tetapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan
dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan
apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu: mengajak dirinya sendiri
ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan
dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara
tersebut. (Syarah Shahih Muslim: 2/23)
298. Ibrahim an-Nakha'i berkata: Sesungguhnya aku mendapatkan jiwaku membisikkan kepadaku agar
mengatakan sesuatu. Tidaklah ada yang mencegahku dari mengatakannya melainkan kekhuatiranku akan
tertimpa seperti yang kuucapkan. (Dzamm al-Baghyi: 56)
299. Auf bin Numan radhiyallahu 'anhu pernah berkata: Di zaman jahiliyah, seseorang lebih baik mati
dalam keadaan kehausan daripada ia mengingkari janji. (Adab al-Imla wal Istimla: 41, Tajrid Shahabah:
429)
300. Amr bin Harits berkata: Di zaman salafus soleh, aku jumpai orang yang berjanji pasti ia
memenuhinya. Tapi di zaman sekarang aku merasa lelah dengan orang yang berjanji tapi
mengingkarinya. (Uyun al-Akhbar: 3/145)

301. Sulaiman bin Dawud berkata kepada anaknya: Wahai anakku, apabila engkau berjanji maka
janganlah engkau mengingkarinya. Kerana mengingkari janji dapat mengubah rasa cinta menjadi rasa
benci. (Adab al-Imla wal Istimla: 41)
302. Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata: Telah menceritakan kepadaku Harun bin Sufyan alMustamli, dia berkata: Aku pernah bertanya kepada bapakmu, Ahmad bin Hanbal: 'Bagaimana engkau
dapat mengetahui seseorang itu termasuk pendusta?' Beliau menjawab: 'Dari janji-janji mereka'.
(Ma'alim fi Thariq Thalab al-Ilmi: 164)
303. Ali bin Abi Thalib radhiyallahu 'anhu pernah menuturkan: Ketahuilah, perumpamaan sabar dengan
iman seperti kepala dengan badan. Jika kepalanya terpotong maka binasalah badannya. (Uddatush
Shabirin: 95)
304. Berkata Al-Hasan: Sabar adalah perbendaharaan syurga yang tidak diberikan Allah kecuali bagi
hamba yang mulia di sisi-Nya. (Uddatush Shabirin: 95)
305. Umar bin Khattab radhiallahuanhu berkata: Kami mendapati keutamaan hidup dengan bersabar.
Kalaulah sabar itu adalah seorang lelaki maka tentulah ia sangat mulia. (Uddatush Shabirin: 95)
306. Al-Imam Ibnu Hazm berkata: Aku berusaha meneliti sesuatu yang dicari oleh semua orang.
Ternyata kudapatkan semua orang mencari: ketenangan hidup dan hilangnya kegelisahan. (Mudawah
an-Nufus: 76).
307. Imam Asy-Syaukani menjelaskan maksud ayat kehidupan yang baik adalah kebahagiaan hidup di
dunia. Dan kebahagiaan di akhirat dijelaskan pada ayat selanjutnya (QS. An-Nahl: 97): Dan
sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah
mereka kerjakan. (Fathul Qadir: 3/297)
308. Imam Ibnul Qayyim berkata mengenai ayat (QS. An-Nahl: 97): Ini adalah berita gembira dari Yang
Maha Benar. Dia memberitahu hamba-Nya bahwa sesungguhnya orang yang beramal soleh akan
dihidupkan Allah dengan kehidupan yang baik menurut kadar amal dan imannya. Selanjutnya beliau
berkata: Maka Allah Taala mengkhabarkan kebahagiaan orang yang berilmu dan beramal soleh. Di dunia
dijamin hidupnya bahagia, dan di akhirat mendapatkan balasan yang lebih baik pula. (Badai'ut Tafsir:
3/51)
309. Ibrahim bin Adham berkata: Seandainya para raja dan anak-anak raja mengetahui kenikmatan hati
kami, niscaya mereka akan merebutnya walaupun dengan menebas kami dengan pedang-pedang
mereka. (Hilyatul Auliya': 7/370)
310. Al Imam Ibnu Hazm (wafat 456 H) berkata: Adapun celaan manusia, kalau memang benar maka
hal itu dapat mencegahnya dari perbuatan tercela. Namun apabila celaannya tidak benar dan dia sabar,
bererti dia mendapatkan keutamaan sabar dan akan mengambil pahala kebajikan orang yang
mencelanya, sehingga dia akan menuai pahala kelak di hari kiamat dengan perbuatan yang tidak
memberatkan pula. (Mudawah an-Nufus wa Tahdzib al-Akhlaq: 80)
311. Al Imam Ibnu Hazm (wafat 456 H) berkata: Seseorang yang mencermati dengan saksama
-sekalipun pahit rasanya- akan mengetahui bahwa celaan manusia kepadanya justeru lebih baik daripada
pujian mereka. Kerana pujian manusia dapat membuatnya lupa diri dan menimbulkan ujub yang akan
merosak keutamaannya. (Mudawah an-Nufus wa Tahdzib al-Akhlaq: 80)

312. Ibnu Buraidah berkata: Aku melihat Ibnu Abbas radiallahu 'anhu memegang lidahnya sambil
berkata: Celaka kau lidah, ucapkanlah kebaikan, nescaya kau beruntung. Dan jangan kau ucapkan
ucapan yang buruk, nescaya kau selamat. Jika tidak demikian, maka engkau akan menyesal. Bahkan
Ibnu Mas'ud radiyallahu 'anhu pernah bersumpah bahawa tidak ada di dunia ini sesuatu yang paling
perlu dipenjara dalam waktu yang lama melebihi lisan. (Jami'ul Ulum wal Hikam: 241, 244)
313. Imam Ibnu Rajab al-Hanbali berkata: Ciri ilmu yang bermanfaat diantaranya sedikit berbicara,
kerana takut jika terjadi kesalahan dan tidak berbicara kecuali dengan ilmu. Sesungguhnya sedikitnya
perkataan orang-orang terdahulu (salafus soleh) bukanlah kerana mereka tidak mampu untuk berbicara
banyak, tetapi lebih disebabkan kerana mereka memiliki sifat wara' dan takut kepada Allah Ta'ala.
(Fadhlu Ilmi Salaf 'ala Ilmi Khalaf)
314. Imam Nawawi rahimahullah berkata: Ketahuilah, setiap orang yang telah dewasa dan mukallaf
seharusnya menjaga lisannya dari segala bentuk perkataan, yakni tidaklah ia berkata kecuali perkataan
yang betul-betul mengandungi manfaat. Jika manfaat yang terkandung sama diantara ia diam atau
berbicara, maka tindakan yang sesuai sunnah adalah sebaiknya ia memilih diam. Kerana terkadang
ucapan yang mubah, lambat-laun akan mengantarkan untuk mengucapkan kata-kata yang haram atau
makruh. Kejadian seperti itu banyak terjadi. Sedangkan selamat dari mengucapkan sesuatu yang haram
merupakan harta yang tidak ternilai. (Al-Adzkar: 284)
315. Syair As-Safarini dalam Gidzaaul Al Baab (II/233), ia berkata: Sebaik-baik dan paling
sempurnanya akhlak seorang pemuda, adalah kerendahan hatinya kepada manusia padahal
kedudukannya mulia.
316. Ibnul Mubarak pernah mengingatkan: Jadilah engkau orang yang tawadhu' dan tidak menyukai
akan menjadi terkenal. Namun janganlah engkau pura-pura tawadhu' sehingga engkau menjadi riya'.
Sesungguhnya mengaku diri sebagai orang yang tawadhu' justeru mengeluarkanmu dari ketawadhu'an,
kerana dengan caramu tersebut engkau telah menarik pujian dan sanjungan manusia. (Shifatush
Shafwah: IV/137)
317. Abu Bakr r.a berkata: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu,
bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah,
betulkanlah aku. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan
RasulNya, maka tiada ketaatan untukku. (Al-Kamil fi al-Tarikh: 1/361)
318. Berkata Fudhoil bin 'Iyaadh: Kalau seandainya aku memiliki sebuah doa yang mustajab
(dikabulkan) maka aku akan mendoakan untuk kebaikan Imam (pemimpin) kerana baiknya imam
merupakan kebaikan bagi negeri dan masyarakat. (As-Siyar, 8/434)
319. Berkata Fudhail bin 'Iyaadh: Telah sampai berita kepadaku bahawasanya para ulama dahulu jika
mereka menuntut ilmu maka mereka mengamalkannya, dan jika mereka beramal maka mereka menjadi
sibuk (beramal), dan jika mereka sibuk maka mereka tidak nampak, dan jika mereka tidak nampak maka
mereka pun dicari-cari, dan jika mereka dicari-cari maka mereka pun lari menghindar. (As-Siyar,
8/439-440)
320. Abu Qilabah berkata: Apabila engkau mendengar khabar yang menceritakan keburukan
saudaramu, maka carilah alasan agar tetap bersangka baik kepadanya. Jika engkau tidak dapatkan apaapa alasan, maka katakanlah pada dirimu: Mungkin saudaraku itu memiliki alasan yang aku tidak

mengetahuinya. (Shifatush Shafwah)


321. Ibnul Mubarak (wafat 181 H) pernah meminjam pena kepada seseorang ketika ia berada di negeri
Syam. Lalu beliau lupa mengembalikannya, dan pena itu ikut terbawa ketika ia meninggalkan Syam.
Waktu Ibnu Mubarak telah sampai di Antokia(wilayah di Turki), beliau baru teringat bahawa dirinya
belum mengembalikan pena tersebut kepada pemiliknya. Kemudian beliau kembali ke Syam dengan
berjalan kaki untuk mengembalikan pena tersebut. (Asna al-Mathalib fi Shilah al-Arham wa al-Aqarib:
279)
322. Thalq bin Habib rahimahullah mengatakan: Taqwa adalah kamu mengerjakan ketaatan kepada
Allah dengan bimbingan cahaya dari Allah dengan mengharap pahala dari Allah, dan kamu
meninggalkan kemaksiatan kepada Allah dengan bimbingan cahaya dari Allah disertai rasa takut akan
siksaan dari Allah. (Tafsir al-Qur'an al-'Azhim: 6/222)
323. Ibnu Mas'ud radhiyallahu'anhu berkata: Sesungguhnya orang yang berbahagia itu adalah yang
mengambil ikhtibar daripada kejadian yang menimpa orang lain. (al-Fawa'id, hal.140)
324. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: Carilah hatimu pada tiga tempat, ketika mendengarkan
bacaan al-Quran, pada saat berada di majelis-majelis dzikir/ilmu, dan saat-saat bersendirian. Apabila
kamu tidak berhasil menemukannya pada tempat-tempat ini, maka mohonlah kepada Allah untuk
mengaruniakan hati kepadamu, kerana sesungguhnya kamu sudah tidak memiliki hati -yang hidup- lagi.
(al-Fawa'id, hal. 143)
325. Imam Malik mengatakan: As Sunnah adalah seperti perahu Nabi Nuh. Barang siapa yang
menaikinya maka dia akan selamat. Dan barang siapa yang tertinggal darinya maka dia akan tenggelam.
326. Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: Hasad adalah sekadar benci dan tidak suka terhadap
kebaikan yang ada pada orang lain yang ia lihat. (Amrodhul Qulub wa Syifauha, hal. 31)
327. Umar bin Abdil Aziz mengatakan: Barangsiapa beribadah pada Allah tanpa ilmu, maka kerosakan
yang ditimbulkan lebih besar daripada perbaikan yang dilakukan. (Al Amru bil Maruf: 15)
328. Al-Qadhi mengatakan: Orang yang berilmu diumpamakan seperti bulan dan abid (ahli ibadah)
diumpamakan seperti bintang kerana kesempurnaan ibadat dan cahayanya tidaklah muncul dari abid.
Sedangkan cahaya orang yang berilmu berpengaruh pada yang lainnya. (Tuhfatul Ahwadzi, 7/376)
329. Ibnu Mas'ud berkata: Rasa takut kepada Allah Ta'ala, sudah cukup dikatakan sebagai ilmu.
Anggapan bahawa Allah tidak mengetahui perbuatan seseorang, sudah cukup dikatakan sebagai
kebodohan. (Mushannaf Ibni Abi Syaibah, no. 34532)
330. Al Fudahil bin Iyadh berkata: Cukuplah kematian sebagai peringatan (berharga). (Az Zuhd-Al
Baihaqi)
331. Imam Hasan al-Bashri berkata: Orang mukmin bersangka baik kepada Rabb-nya (Allah Ta'ala)
maka dia pun memperbaiki amal perbuatannya, sedangkan orang-orang kafir dan munafik bersangka
buruk kepada Allah maka mereka pun memperburuk amal perbuatan mereka. (Tafsir Imam Ibnu Katsir,
4/121)
332. Syeikh Abdurrahman as-Sa'di rahimahullah menyatakan: Di antara sebab dan faktor pendorong

keimanan adalah tafakur kepada alam semesta berupa penciptaan langit dan bumi serta makhlukmakhluk penghuninya dan meneliti diri manusia itu sendiri beserta sifat-sifat yang dimiliki. Ini semua
adalah faktor pendorong yang kuat untuk meningkatkan iman.
333. Berkata Imam Syafi'i rahimahullah: Semua orang senang pada wanita, tetapi mereka berkata:
Mencintai wanita adalah awal sebuah derita. Bukan wanita yang membuat menderita, tapi mencintai
wanita yang tidak mencintaimu itu yang membuat penderitaan bagimu. (Diwan, hal. 12)
334. Imam Syafii pernah mengatakan: Aku pernah meminum air zam-zam untuk 3 permohonan:
Pertama, agar aku dijadikan pandai dalam memanah, maka permohonanku dikabulkan sehingga tidak
ada sasaranku yang meleset, kedua agar aku dikaruniai ilmu, sehingga keadaanku seperti yang kalian
lihat dan ketiga agar aku dapat masuk surga. Aku berharap semua itu dapat tercapai. (Al-Jawahir wa adDurar: 79)
335. Ali bin Abdurrahman bin Hudzail berkata: Ketahuilah, bahawa membaca kisah-kisah dan sejarahsejarah tentang orang yang memiliki keutamaan akan memberikan kesenangan dalam jiwa seseorang.
Kisah-kisah tersebut akan melegakan hati serta mengisi kehampaan. Membentuk watak yang penuh
semangat dilandasi kebaikan, serta menghilangkan rasa malas. ('Ainul Adab wa As-Siyasah: 158)
336. Syaikh Ibnu Jibrin berkata: Pada umumnya, barangsiapa yang menghafal dengan cepat tanpa
mengulanginya maka ia akan cepat lupa. Dan sungguh kebanyakan penuntut ilmu zaman dahulu
mencurahkan kesungguhan dalam mengulang bacaan. Sampai-sampai salah seorang dari mereka
membaca satu kitab sebanyak 100 kali sehingga melekat dalam benaknya. (Kaifa Tathlub al-Ilm: 31)
337. Fakhruddin ar-Razi (wafat 606 H), beliau berkata: Demi Allah, aku sangat menyayangkan
terlewatnya kesempatan menyibukkan diri dengan ilmu pada saat makan. Sesungguhnya waktu amat
sangat berharga. (Uyun Al Anba fi Thabaqat Ath-Thiba: 2/34)
338. Ibnu Masud radhiyallahu anhu pernah bersumpah bahawa tidak ada di dunia ini sesuatu yang
paling perlu dipenjara dalam waktu yang lama melebihi lisan. (Jamiul Ulum wal Hikam: 241, 244)
339. Dari Abdullah bin al-Qasim, ia berkata: Kerana menuntut ilmu, membuat Imam Malik
membongkar rumahnya dan menjual kayunya. Setelah itu kemuliaan mendekatinya. (Tartib al-Madarik:
1/130)
340. Diriwayatkan dari Utsman RadialLahu'anhu: Bingung dalam memikirkan perkara dunia akan
menjadikan hati gelap, sedangkan bingung memikirkan akhirat akan menjadikan hati terang. (Nashaihul
'Ibad, Imam Nawawi)
341. Berkata Imam Malik rahimahullah: Ilmu itu bukanlah pada banyaknya riwayat hadis, tetapi ilmu
itu ialah cahaya yang dijadikan oleh Allah SWT di dalam hati. (Jami bayan ilm: 1/57)
342. Abdullah Ibnu Masud pernah berkata: Sesuatu itu dianggap sebagai Ilmu bukanlah disebabkan
kerana banyaknya riwayat tetapi ilmu itu ialah apabila (membawa manusia) takutkan Allah. (Jami
bayan Ilm: 2/58)
343. Imam Al-Barbahari mengatakan Islam adalah as-Sunnah dan as-Sunnah adalah Islam, dan salah
satunya tidak dapat berdiri dengan sendiri. Maka, sesiapa yang berpegang dengan as-Sunnah dialah yang
melazimi al-Jamaah (termasuk dalam Jamaah). (Sharhus Sunnah, hal. 65)

344. Imam Ibnu Rejab Al-Hambali menyebut tentang Ahlul Sunnah sebagai: Jalan yang dilalui oleh
Nabi salallahualaihiwasalam dan yang diikuti oleh para sahabatnya yang terselamat daripada syubhat
dan syahwat. (Kaysful Kurbah, hal.15)
345. Tidak ada sesuatu yang lebih sulit aku ubati selain dari hawa nafsuku sendiri. Terkadang aku
berhasil mengalahkannya, tetapi di lain waktu ia berhasil mengalahkanku. (Sufyan ats-Tsauri)
346. Imam Asy-Syafi'i berkata: Aku ingin seandainya manusia menimba ilmu dariku dan tidak
menisbatkan ilmu itu sedikitpun kepadaku. (Shifatush Shafwah: 1/234)
347. Imam Asy-Syafi'i berkata: Aku ingin setiap ilmu yang kuajarkan kepada manusia membuatku
mendapat pahala dan aku tidak ingin pujian keatasnya. (Hilyatul Auliya: 9/118)
348. Umumiat ialah setiap orang jadi daie. Apabila usaha dakwah dilakukan secara umumiat, pintu orang
masuk Islam terbuka luas dan pintu untuk orang Islam keluar dari Islam tertutup rapat. Bila usaha
dakwah tidak dijalankan, pintu untuk orang Islam keluar Islam terbuka luas dan pintu untuk orang bukan
Islam masuk Islam tertutup rapat. - Maulana Muhammad Saad
349. Berkata Abu Darda dan Abdullah bin Rawahah Radhiallahuanhuma: Iman itu seperti gamis,
kadang dipakai kadang dilepas. (al-Iman, no.30)
350. Kebaikan menghidupkan cahaya dalam hati dan kekuatan dalam beramal. Sedangkan keburukan
menyebabkan kegelapan dalam hati dan kelemahan dalam beramal. (al-Mu'tamir bin Sulaiman at-Taimi)
351. Berkata Hasan Al-Bashri rahimahullah: Sungguh, engkau bagaikan sekumpulan hari. Apabila satu
hari berlalu darimu, maka berlalu pula sebahagian (umur)mu. (Hilyatul Auliya', 2/148)
352. Berkata Abu Hurairah radhiallahuanhu: Aku tidak pernah melihat Rasulullah kenyang dari suatu
makanan yang enak lebih dari 3 hari sampai beliau berpisah dengan dunia. (Shiffatus Shoffah 1/195)
353. Berkata Imam Ibnul Qoyyim al-Jauziyyah rahimahullah: Para ulama' salafus soleh dahulu
mengatakan bahawa banyaknya maksiat seseorang kepada Allah akan menyebabkan hilang akalnya dan
ini kenyataan, al-Qur'an, kematian, neraka tidak dapat memberi nasihat dan tidak berpengaruh pada
dirinya. (ad-Da' wad-dawa', hal.147)
354. Barangsiapa menasihati saudaranya secara rahsia, maka ia telah menasihatinya dan menghiasinya.
Dan barangsiapa yang menasihati saudaranya secara terang-terangan (di hadapan orang banyak), maka ia
telah mencemarkan nama baiknya dan mengkhianatinya. (Imam asy-Syafi'i)
355. Hasan Basri rahimahullah mengatakan : Barang siapa yang mengajak kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran maka dialah khalifatullah di bumi, dan dialah khalifaturrasul dan dialah
khalifatul kitab(al-quran). (Hilyatul-Auliya)
356. Diriwayatkan oleh Abu Nuaim, Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu Anhuma berkata: Barangsiapa
yang ingin meniru, hendaklah ia meniru perjalanan orang yang sudah mati, iaitu perjalanan para sahabat
Nabi Muhammad SAW, kerana mereka itu adalah sebaik-baik umat ini, dan sebersih-bersihnya hati,
sedalam-dalamnya ilmu pengetahuan, dan seringan-ringannya penanggungan. Mereka itu adalah suatu
kaum yang telah dipilih Allah untuk menjadi para sahabat NabiNya SAW dan berkerja untuk

menyebarkan agamaNya. Kerana itu, hendaklah kamu mencontohi kelakuan mereka dan ikut perjalanan
mereka. Mereka itulah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang berdiri di atas jalan lurus, demi Allah
yang memiliki Kabah! (Hilyatul-Auliya, 1/305)
357. Jika kelak (pada Hari Kiamat) Allah akan menanyakan kepada orang-orang yang jujur seperti nabi
Ismail as dan Isa as (sebagaimana yang disebutkan dalam surah al-Ahzab ayat 7 dan 8) tentang kejujuran
mereka, maka bagaimana pula dengan kita yang banyak berdusta? (Fudhail bin 'Iyadh)
358. Syafi'i atau Hambali, Hanafi atau Maliki, apabila azan mereka mendengar azan yang sama dan
mereka menuju ke tempat yang sama. - Maulana Mustakim
359. Al-Hasan berkata: Kalian berangan-angan mendapatkan umur seperti umur umat Nabi Nuh alaihi
salam. Padahal kematian mengetuk pintumu setiap malam. (Az-Zuhd: 47)
360. Seorang salafus soleh menulis surat kepada saudaranya yang isinya: Wahai saudaraku, engkau
bercita-cita akan selamanya hidup di dunia, tetapi ketahuilah sebenarnya engkau hanyalah seorang
musafir saja. Engkau berjalan dengan cepat, dan engkau akan disambut oleh kematian. Sementara dunia
telah menggulung tikarnya dibelakangmu, melipat umurmu yang telah berlalu dan waktumu tidak bisa
diulang lagi. (Jamiul Ulum wal Hikam: 381)
361. Abi Hazim Salamah bin Dinar berkata: Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana
engkau menyembunyikan keburukan-keburukanmu. (Hilyatul Auliya': 3/240)
362. Aku telah tempa jiwaku selama empat puluh tahun hingga ia benar-benar istiqamah. (Muhammad
bin Munkadir)
363. Menghindari kesalahan lebih ringan daripada bertaubat. (Abu Muslim Al-Khulani)
364. Seandainya aku dijadikan butir pasir yang terbang dibawa angin. (Imran bin Hushain radhiallah
'anhu)
365. Aku memiliki teman-teman yang membimbingku menuju Allah. Tidak terbersit sedikit pun untuk
keluar dari jalan mereka, walaupun aku ditawari dunia dan seisinya. (Sa'id bin Amir)
366. Barangsiapa yang lebih meninggikan dirinya, maka ia telah menghinakan agamanya. Dan
barangsiapa yang merendahkan dunianya, ia telah meninggikan agamanya. (Mujahid bin Jubair)
367. Jika seseorang telah angkuh, riya' dan takjub dengan pendapatnya sendiri, maka telah dekatlah
kenistaannya. (Khalid bin Yazid)
368. Bukanlah yang menjadikan kemuliaan itu adalah banyaknya harta dan keturunanmu, namun yang
menjadikan kemuliaan adalah melimpahnya kemurahan hatimu dan bermanfaatnya ilmumu. (Salman
Al-Farisi)
369. Jika Allah menghendaki kebaikan seorang hamba, Allah akan jadikan di dalam hatinya penasihat
yang akan memerintahkan dan melarang padanya. (Muhammad bin Sirin)
370. Tidak akan ada maruah bagi seorang pendusta, tidak akan ada ketenangan bagi seorang pendengki,
tidak ada pemberian bagi si kikir, dan tidak akan ada kemuliaan bagi si buruk perangainya. (Ahnaf bin

Qa'is)";
371. Demi Allah, tidak satu pun raja yang aku temui, melainkan Allah hilangkan kewibawaan
(kehebatan) mereka dari jiwaku. (Imam Malik)
372. Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tetapi tidak
benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima kecuali
jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas ertinya dilakukan kerana Allah. Adapun benar ertinya adalah sesuai
dengan sunnah (tuntutan dan petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam). (Fudhail bin 'Iyadh)
373. Berkata Abu Bakar, Umar, dan Ibnu Mas'ud Radhiallahuanhum Ajma'in: Jika aku benar dalam
pendapatku maka itu semata-mata datang dari Allah, dan jika salah pendapatku itu berasal dari diriku
dan syaitan. Allah dan RasulNya bebas dari kesalahan. (al-Fawa'id, hal.297)
374. Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata: Dasar Ahlus Sunnah menurut kami
adalah tetap teguh di atas jalan hidup para sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan
menjadikan mereka sebagai contoh ikutan (qudwah) dalam beragama. (Ushulus Sunnah, no.1-2)
375. Sesiapa yang menganggap bahawa dia berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu daerah, dan
orang lain berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu daerah yang lain, maka dia seolah-olah telah
menyembelih umat ini, menghancur-leburkan serta merosakkan hasil usaha baginda Rasulullah saw dan
para Sahabat r.anhum. Apabila terpisah-pisah dan berpecah-belah, kita sendiri telah menyembelih umat
ini terlebih dahulu. Yahudi dan Nasrani hanya mengerat umat ini yang sudah tersembelih. - Maulana
Muhammad Yusuf rah.a
376. Ubay bin Ka'ab berkata: Seorang mukmin itu berada diantara empat sifat. Jika ditimpa musibah ia
bersabar, jika diberi kesenangan ia bersyukur, jika berkata ia jujur, dan jika menghukum ia berbuat adil.
(Hilyatul Auliya', 1/255)
377. Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu
amalan. Jika niatnya adalah kerana Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan kerana Allah
maka ia mengurungkannya. (Imam Hasan al-Bashri)
378. Tidaklah datang suatu hari dari hari-hari di dunia ini melainkan ia berkata, Wahai manusia!
Sesungguhnya aku adalah hari yang baru, dan sesungguhnya aku akan menjadi saksi (di hadapan Allah)
atas apa-apa yang kalian lakukan padaku. Apabila matahari telah terbenam, maka aku akan pergi
meninggalkan kalian dan takkan pernah kembali lagi hingga hari kiamat. (Imam Hasan al-Bashri)
379. Janganlah kamu tertipu dengan banyaknya amal ibadah yang telah kamu lakukan, kerana
sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah menerima amalan kamu atau tidak. Jangan pula
kamu merasa aman dari bahaya dosa-dosa yang kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak
mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa kamu tersebut atau tidak. (Imam Hasan al-Bashri)
380. Saya belum menemukan dalam ibadah, sesuatu yang lebih sulit daripada solat di tengah malam.
(Imam Hasan al-Bashri)
381. Seorang mukmin hidup di dunia bagaikan seorang tawanan yang sedang berusaha membebaskan
dirinya dari penawanan dan ia tidak akan merasa aman kecuali apabila ia telah berjumpa dengan Allah
Subhanahu wataala. (Imam Hasan al-Bashri)

382. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian, sakit dan sihat (bagi setiap hamba-Nya). Barang
siapa mendustakan takdir maka sesungguhnya ia telah mendustakan al-Quran. Dan barang siapa
mendustakan al-Quran, maka sesungguhnya ia telah mendustakan Allah. (Imam Hasan al-Bashri)
383. Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan
janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Singgah di dunia ini
sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang. (Imam Hasan al-Bashri)
384. Syaqiq al-Balkhi berkata: Manusia mengucapkan 3 ucapan yang hanya di mulut sahaja. Mereka
berkata: Kami adalah hamba-hamba Allah, tetapi lihatlah kelakuan mereka bagaikan seorang yang
bukan hamba, maka ucapan mereka tidak sama dengan kenyataan. Mereka berkata: Rezeki kita
ditangan Allah, tetapi lihatlah mereka yang tidak tenang kecuali dengan dunia dan mengumpulkan
semua harta, maka ucapan inipun menyalahi kenyataan yang ada. Mereka berkata: Kita pasti akan
mati, tetapi perbuatan mereka menunjukkan seolah-olah mereka tidak akan pernah mati, maka ucapan
ini juga tidak sesuai dengan kenyataan sesungguhnya. (Mukasyafatul Qulub: 35)
385. 'Aun bin 'Abdillah berkata: Perumpamaan dunia dan akhirat di hati manusia bagaikan dua sisi
timbangan. Jika sisi salah satunya lebih berat, maka sisi lainnya akan menjadi ringan. (Tazkiyatun
Nufus wa Tarbiyatuha kama Yuqarriruhu Ulama' as-Salaf: 129)
386. Seorang ulama salafus soleh menasihatkan: Waspadalah terhadap kematian di dunia, sebelum
kamu berpindah ke satu negeri yang kamu sangat ingin berjumpa kematian di sana. Sedangkan kamu
tidak akan pernah dapat menemukannya!
387. Ilmu tanpa adab ibarat api tanpa kayu bakar, dan adab tanpa ilmu ibarat badan tanpa ada ruh.
(Yahya Ibnu Muhammad Zakariya Al Anbary rahimahullah)
388. Ath Thobari mengatakan bahawa makna dari Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang
menolong (agama)-Nya.(QS. Al Hajj:40), iaitu Allah swt pasti menolong orang-orang yang berperang
di jalanNya agar kalimatNya tinggi terhadap musuh-musuhNya. Maka makna pertolongan Allah kepada
hambaNya adalah bantuanNya kepadanya sedangkan makna pertolongan hambaNya kepada Allah
adalah jihad orang itu dijalanNya untuk meninggikan kalimatNya. (Tafsir At Thobari: XVII/651)
389. Berkata al-Haitsam Bin Jamil: Sesungguhnya Imam Malik rahimahullah ditanya 50 pertanyaan,
maka beliau hanya bisa jawab satu, yang 49 beliau katakan tidak tahu. (Adabul Fatwa Imam Nawawi,
hal.14)
390. Orang-orang kaya mencintai waktu pada dirinya, harta tidak jadi masalah bagi mereka. Maka
pengorbanan yang terbesar adalah meluangkan waktu dan dirinya. Sedangkan orang-orang miskin itu
mencintai harta, waktu tidak jadi masalah bagi mereka. Maka pengorbanannya yang terbesar adalah
hartanya. Di sinilah di tuntut pengorbanan waktu, diri dan harta di jalan ALLAH. - Maulana
Muhammad Ilyas rah.a
391. Abu Nu'aim mengeluarkan dari Qatadah, katanya: Pernah Ibnu Umar ra. ditanya: Apakah para
sahabat Nabi SAW pernah tertawa?. Jawabnya: lya, akan tetapi iman yang bersarang di dalam hati
mereka lebih memuncak dari tingginya gunung! (Hilyatul-Auliya', 1:311)
392. Abu Nu'aim mengeluarkan dari Ibnu Umar ra. bahawa dia pernah mendengar seorang lelaki

berkata: Di manakah orang-orang yang berzuhud pada dunia, dan yang sangat mencintai akhirat?. Ibnu
Umar ra. Ialu menunjukkan makam Nabi SAW dan makam Abu Bakar dan Umar, Ialu bertanya:
Apakah engkau bertanya tentang mereka ini? (Hilyatul-Auliya', 1:307)
393. Abu Nu'aim mengeluarkan dari Abdullah bin Umar ra. katanya: Barangsiapa yang mahu meniru,
hendaklah ia meniru perjalanan orang yang sudah mati, iaitu perjalanan para sahabat Nabi Muhammad
SAW, kerana mereka itu adalah sebaik-baik umat ini, dan sebersih-bersihnya hati, sedalam-dalamnya
ilmu pengetahuan, dan seringan-ringannya penanggungan. Mereka itu adalah suatu kaum yang telah
dipilih Allah untuk menjadi para sahabat NabiNya SAW dan berkerja untuk menyebarkan agamanya.
Kerana itu, hendaklah kamu mencontohi kelakuan mereka dan ikut perjalanan mereka. Mereka itulah
para sahabat Nabi Muhammad SAW yang berdiri di atas jalan lurus, demi Allah yang memiliki Ka'bah!.
(Hilyatul-Auliya', 1:305)
394. Abu Nu'aim telah mengeluarkan dari Ibnu Mas'ud ra. katanya: Sesungguhnya Allah telah
memandang pada hati para hambaNya, lalu dipilihnya Muhammad SAW dan dibangkitkanNya dengan
perutusanNya, dan dilantikNya dengan pengetahuanNya untuk dijadikan Rasul. Kemudian Allah ta'ala
memandang lagi pada hati manusia sesudah itu, lalu dipilihNya beberapa orang sahabat Nabi dan
dijadikanNya mereka sebagai pembantu-pembantu agamaNya, dan sebagai wazir-wazir NabiNya SAW.
Tegasnya, apa yang dianggap orang-orang Mukminin itu baik, maka baiklah dia. Dan apa yang dianggap
orang-orang Mukminin itu buruk, maka buruklah dia dalam pandangan Allah. (Hilyatul-Auliya' 1:375)
395. Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim telah mengeluarkan berita ini dari As-Suddi dalam maksud firman
Allah ta'ala: Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dikeluarkan kepada manusia... (Ali Imran: 110).
Berkata Umar bin Al-Khatthab ra.: Jika Allah berkehendak nescaya Dia telah mengatakan Antum, yang
termasuk semua kita. Akan tetapi Allah ta'ala mahu mengkhususkan Kuntum itu hanya buat para sahabat
Nabi Muhammad SAW semata dan siapa yang membuat seperti yang dibuat oleh mereka sahaja, yang
bakal menjadi sebaik-baik ummat yang dikeluarkan bagi manusia.
396. Ibnu Qayyim rahimahullah berkata: Syaitan mengajar mereka supaya meninggalkan dakwah,
tidak menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar dalam rangka berbaik-baik sesama insan,
berakhlak baik terhadap mereka dan kononnya melaksanakan firman Allah: Jagalah diri kamu.
(Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan: 1/130)
397. Menurut Imam al-Qurtubi: Allah telah menjadikan amar makruf nahi mungkar sebagai garis
pemisah di antara orang yang beriman dan orang munafik. Ia menjadi ciri utama orang beriman iaitu
amar makruf nahi mungkar. Asas ciri tersebut ialah menyeru kepada Islam. (Tafsir al-Qurtubi: 4/47)
398. Al-Rasul S.A.W telah menjalankan kerja dakwah ini. Rasulullah memerintahkan mereka dengan
apa yang diperintahkan Allah, melarang mereka dari melakukan perkara yang dilarang Allah, menyuruh
mereka kepada kebaikan dan mencegah mereka dari segala kemungkaran. (Majmu Fatawa: 15/161)
399. Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman
dengan Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para RasulNya, membenarkan apa yang
telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka. (Majmu Fatawa: 15/157)
400. Abu Ashim berkata: Semenjak aku ketahui bahawa ghibah (mengumpat atau memfitnah orang
lain) adalah haram maka aku tidak berani mengumpat atau memfitnah orang sama sekali. (Tarikh AlKabir: 4/336)

401. Ibnu Masud berkata: Tidak ada anggota tubuh yang lebih perlu untuk dikekang dalam waktu
lama, selain dari lisanku. (Minhajil Qashidin: 215)
402. Kaab Al-Ahbar berkata: Menangis kerana takut kepada Allah lebih aku sukai daripada bersedekah
dengan 2 kg emas. (Tarikhul Islam, III/39)
403. Imam al-Ghazali berkata: Berteman dan bergaul dengan orang baik akan mewariskan sikap baik.
Kerana tabiat manusia cenderung selalu meniru dan mengikuti. (Tuhfatul Ahwadzi, 7/42)
404. Umar bin Abdul Aziz berkata: Ikatlah nikmat-nikmat Allah dengan bersyukur kepada-Nya.
(Tazkiyah An Nafs: 98)
405. Salman r.a berkata: Orang yang banyak mencari fadhilah amalan sunnah tapi tidak
menyempurnakan amalan wajib bagai pedagang yang rugi tapi ingin mencari keuntungan. (Tanbihul
Mughtarin: 159)
406. Hasan bin Sholih berkata: Mengerjakan kebaikan adalah kekuatan di badan, cahaya di hati dan
sinar di mata. (Hilyatul Auliya: VII/330)
407. Said bin Musayyib berkata: Barangsiapa menjaga solat lima waktu secara berjamaah, maka ia
telah memenuhi daratan dan lautan dengan ibadah. (Hilyatul Auliya: II/160)
408. Harist bin Qois berkata: Jika setan mendatangimu ketika sedang sholat, lalu dia berkata, Kamu
pamer! maka perpanjanglah sholatmu! (Hilyatul Auliya: IV/132)
409. Sesungguhnya kematian itu dapat melenyapkan kenikmatan yang dirasakan oleh orang-orang yang
diliputi oleh kenikmatan itu, oleh sebab itu carilah kenikmatan yang tidak ada kematiannya. (Abdullah
bin Mutharif rahimahullah)
410. Said bin Abdul Aziz berkata: Setiap kali aku berdiri dalam solatku, aku selalu terbayang-bayang
neraka jahanam. (Hilyatul Auliya: VII/274)
411. Beramallah untuk duniamu sesuai keadaan tinggalmu di sana. Dan beramallah untuk akhiratmu
sesuai kadar kekekalanmu di sana. (Sufyan Ats Tsauri rahimahullah)
412. Muadz bin Jabal r.a berkata: Jika kamu solat, maka solatlah seperti orang yang bermusafir. Jangan
mengira bahawa kamu akan kembali kepadanya untuk selamanya. (Hilyatul Auliya: I/234)
413. Hudzaifah r.a berkata: Sesuatu yang pertama kali hilang dari agama kamu adalah khusyu dan
sesuatu yang paling terakhir hilang dari agama kalian adalah sholat. (Hilyatul Auliya: I/281)
414. Abu Darda r.a berkata: Jadikanlah ucapanmu dalam rangka berdzikir dan diammu dalam rangka
berfikir serta renunganmu dalam rangka mengambil pelajaran. (Al Aqdul Farid, 3/110)
415. Ibnu Masud r.a berkata: Sungguh seandainya Allah menerima dariku satu amalan, maka hal itu
lebih aku sukai daripada emas yang memenuhi bumi. (Kanzul Amal: 3/698)
416. Jabir bin Zaid berkata: Aku lebih suka bersedekah satu dirham kepada anak yatim atau orang
miskin daripada menunaikan ibadah haji setelah haji wajib. (Hilyatul Auliya: 3/89)

417. Al-Hasan berkata: Carilah kenikmatan dalam tiga hal: Sholat, Al Quran, dan dzikir. Jika kamu
menemukannya maka teruskanlah dan bergembiralah. (Hilayatul Auliya: 6/171)
418. Khalid bin Midan berkata: Jika pintu kebaikan dibukakan untukmu, maka bergegaslah menuju ke
sana. Kerana kamu tidak tahu bila pintu itu ditutup. (Hilyatul Auliya: 5/211)
419. Yahya bin Muadz berkata: Dunia adalah jambatan akhirat. Maka seberangilah ia dan janganlah
kamu menjadikannya sebagai tujuan. (Siyaathul Quluub: 35)
420. Janganlah kamu meminta kebutuhanmu kepada anak Adam. Mintalah hanya pada pintu-Nya yang
tak pernah tertutup. Allah akan murka jika kamu meninggalkan bermohon kepada-Nya, sedangkan anak
Adam akan murka jika kamu memohon kepadanya. (Tazkiyatun Nafs: 55)
421. Yahya bin Muadz berkata: Seandainya akal dapat melihat hiburan syurga melalui mata imannya,
nescaya akan leburlah jiwa ini kerana rindu kepadanya. (Siyaathul Quluub: 34)
422. Yahya bin Muadz berkata: Barangsiapa yang memusatkan hatinya kepada Allah, nescaya akan
terbukalah sumber-sumber hikmah dalam hatinya dan mengalir melalui lisannya. (Siyaathul Quluub:
33)
423. Wahab bin Munabih berkata: Waspadalah terhadap hawa nafsu yang dituhankan, teman yang jahat,
dan keterpukauan dengan diri sendiri. (Siyaru Alaamin Nubala: IV/549)
424. Imam Ibnul Jauzi berkata: Waktu akan semakin berharga bila dijaga dengan baik, tetapi aku
melihat waktu itu sesuatu yang paling mudah dilalaikan. (Thabaqat Hanabilah: I/281)
425. Raghib As-Sirjani berkata: Tanda terkabulnya doa adalah semakin ringan beramal soleh, tertarik
dengan segala ketaatan, selalu berhasrat untuk berbuat baik, takut balasan maksiat, dan tersentuh ketika
mendengar bacaan Al-Quran, hadits dan ilmu-ilmu lain yang bermanfaat. (Risalatui ila shabab Al
Ummah)
426. Al-Barudi berkata: Perhatikanlah diri kamu sendiri dengan meneliti segala aib kamu. Kerana orang
yang tidak pernah melihat aib dirinya sendiri, tidak akan bermanfaat segala bentuk nasihat kepadanya.
(Adab ad-Dunya wa ad-Dien: 358)
427. Berkata Umar bin Abdul Aziz rahimahullah: Barang siapa yang mengetahui bahawa ucapannya
termasuk perbuatannya, maka dia akan sedikit bercakap kecuali perkara yang bermanfaat. (al-Bidayah
wan-Nihayah: 9/225)
428. Al-Hasan berkata: Seorang mukmin hidup di dunia bagaikan seorang tawanan yang sedang
berusaha membebaskan dirinya dari penawanan dan dia tidak akan merasa aman kecuali apabila dia
telah berjumpa dengan Allah Subhana Wata'ala. (Al-Hasan Al-Bashri)
429. Tujuan utama dakwah adalah untuk satukan seluruh manusia. Amal manusia adalah Hakim. Jika
amal baik, Allah akan turunkan kebaikan. - Maulana Umar Palanpuri rah.a
430. Tabligh maksudnya keinginan kita bercakap tentang kehebatan Allah lagi dan lagi, dengan ini
hubungan dengan Allah akan tercapai. Orang kufur mencanangkan yang islam tersebar dengan mata

pedang. Sahabat perang kerana nak operate (bedah) sebab antibiotik (dakwah) dan cream (akhlak) tidak
beri kesan kepada orang kafir. Sahabat perang adalah keputusan terakhir demi menyelamatkan ribuan
umat yang inginkan islam. - Maulana Umar Palanpuri rah.a
431. Lapar itu seperti awan. Bila seseorang itu dalam keadaan lapar, maka awan itu akan menurunkan
hujan hikmah dan kelembutan kedalam hatinya. (Abu Yazid al-Bistami rah.a)
432. Umar bin Khattab (r.a) berkata: Hisablah diri kalian sebelum nanti di akhirat kalian dihisab. Dan
timbanglah amalan kalian sebelum nanti di akhirat kalian ditimbang. Hendaklah kalian menghisab diri
kalian pada saat masih hidup, kerana hal itu akan meringankan pada hari perhitungan kelak di akhirat.
(Imam Ibnul Jauzi, Shifatush Shafwah)
433. Seorang salafus soleh bersyair: Orang yang memberikan hawa nafsu apa saja yang disenanginya,
Seperti orang yang melempar kayu kering ke dalam api yang menyala. (Liwanul Al-Mai Syarah Diwan
Imam Ar-Rafii)
434. Sufyan Ats-Tsauri bersyair: Akan sirna kenikmatan dari orang yang mencapainya dengan cara
haram, Tinggallah yang tersisa dosa dan kehinaan, Akhir yang buruk pasti ada menanti dihadapan, Tiada
kebaikan pada kenikmatan yang diakhiri siksaan. (Raudhatul Muhibbin)
435. Imam Ibnul Jauzi berkata: Aku mengingatkan, bahawa maksiatlah yang menyebabkan seseorang
dimasukkan ke dalam api neraka. Kemaksiatan memang memberikan kenikmatan di dunia, padahal
sebenarnya kemaksiatan hanyalah tipu daya dan tidak ada gunanya. Sungguh menghairankan bagaimana
mungkin seseorang yang waras akan menuruti hawa nafsunya dan lebih senang dengan neraka jahannam
nantinya? (Shaidul Khatir)
436. Imam Ibnul Jauzi berkata: Keutamaan akal terletak pada kemampuannya memikirkan akibat.
Hanya orang yang kurang akal saja yang berbuat sesuatu tanpa memikirkan akibat yang ada di depannya.
Seperti seorang pencuri hanya memikirkan bagaimana seronoknya mengambil harta tanpa
sepengetahuan pemiliknya, namun ia lupa dengan hukuman potong tangan sebagai balasan akibat
perbuatannya. (Shaidul Khatir)
437. Al Hasan pernah berkata: Sesungguhnya seseorang melakukan suatu dosa sehingga akibatnya dia
akan dihalangi dari melaksanakan qiyamul lail. (Al Ihya: 10/442)
438. Sufyan Ats-Tsauri berkata: Aku tidak dapat melaksanakan qiyamul lail disebabkan perbuatan dosa
yang kulakukan 5 bulan yang lalu. (Hilyatul Auliya: 7/17)
439. Fudhail bin Iyadh berkata: Apabila engkau tidak mampu melaksanakan qiyamul lail dan puasa
pada siang hari, maka itu akibat dari perbuatan dosa yang engkau lakukan. (As Siyar: 8/435)
440. Syumaith bin Ajlan berkata: Manusia ada dua golongan. Ada golongan yang mencari bekal di
dunia untuk persiapan di akhirat, dan golongan lainnya hanya bersenang-senang di dunia. Maka
tanyakanlah pada dirimu sendiri: termasuk golongan manakah kamu? (Shifatush Shafwah)
441. Seorang salafus soleh bersyair: Engkau berangan-angan panjang di bumi, Padahal tidak diketahui
apa yang akan terjadi, Bila gelap malam telah menyelimuti, Masih hidupkah engkau esok hari?, Betapa
banyak orang yang sihat tiba-tiba mati, Tanpa sebab yang dapat diketahui, Dan betapa banyak orang
yang sakit ingin mati, Tetapi ia masih hidup hari demi hari. (Mawarid Az-Zaman li Durus Az-Zaman)

442. Qatadah menceritakan, ketika Amir bin Abi Qais at-Tamimi menjelang wafat, beliau menangis.
Kemudian beliau ditanya: Apa yang membuatmu menangis? Ia menjawab: Aku menangis bukan
kerana takut mati dan cinta dunia. Yang membuatku menangis kerana aku tidak dapat berpuasa di siang
hari dan melaksanakan solat di malam hari lagi. (Siyar Alam an-Nubala)
443. Ali bin Abi Thalib r.a berkata: Masa hidup di dunia adalah untuk beramal, dan belum akan dihisab.
Sedangkan kehidupan berikutnya adalah masa untuk dihisab, dan sudah tertutup untuk beramal.
(Jamiul wal Hikam)
444. Ada kata hikmah yang menyatakan: Buah dari qanaah adalah kelapangan hati, sedangkan buah
dari tawadhu adalah dicintai manusia.
445. Yahya bin Main pernah berkata: Aku tidak pernah melihat orang seperti Ahmad bin Hanbal. Kami
berteman dengannya selama 50 tahun, dan ia sama sekali tidak pernah membanggakan kesolehan dan
kebaikan dirinya kepada kami. (Manaqib Imam Ahmad)
446. Seorang salafus soleh bersyair: Terlihat olehku sang waktu berputar tak seirama, Tak ada
kesedihan maupun kesenangan yang lama, Raja-raja telah berlumba-lumba membangun istana, Tapi
kelak raja maupun istananya tak ada yang tersisa.
447. Seorang salafus soleh bersyair: Apalah ertinya banyaknya harta seseorang, Jika ia mati pun hanya
membawa kain kafan, Biarlah di dunia ia kedekut kerana kecintaan terhadap wang, Di akhirat nanti ia
tetap menghadapi hisab dan perhitungan.
448. Salman Al-Farisi berkata: Ilmu itu banyak, sementara umur kita pendek, maka ambillah ilmu yang
engkau butuhkan dalam urusan agamamu, dan tinggalkan selainnya, jangan disibukkan dengannya.
(Tahdzib Hilyatul Auliyaa 1/161)
449. Abu Darda berkata: Hendaklah seseorang waspada untuk menjadikan hati kaum mukminin marah
kepadanya sementara ia tidak merasa! Dikatakan kepadanya: Bagaimana itu akan terjadi? Beliau
berkata: Seorang hamba melakukan maksiat secara tersembunyi, lalu Allah melemparkan kebencian
kepada hati kaum mukminin kepadanya sementara ia tidak merasa. (Sifatus Shafwah 1/325)
450. Umar bin Al-Khatthab berkata: Siapa yang banyak tertawa, akan jatuh wibawanya. Siapa yang
banyak bercanda, akan dipandang hina. Siapa yang banyak melakukan sesuatu, akan dikenal dengannya.
Siapa yang banyak berbicara, akan banyak kesalahannya. Siapa yang banyak kesalahannya, akan sedikit
rasa malunya. Siapa yang sedikit rasa malunya, akan sedikit wara'nya. Dan siapa yang sedikit wara'nya,
hatinya akan mati. (Sifatush shafwah 1/149)
451. Dikatakan kepada Ali bin Abi Thalib r.a: Sifatkan dunia kepada kami. Beliau berkata: Apa yang
akan aku sifatkan dari negeri yang awalnya kelelahan dan akhirnya fana (kehancuran), halalnya adalah
hisab dan haramnya adalah azab, orang yang merasa cukup dengannya akan terfitnah, dan orang yang
mengejarnya akan sedih. (Jami' bayanil 'Ilmi wa Fadllihi 1/176)
452. Abdullah bin Mas'ud r.a berkata: Sesungguhnya kamu melihat orang kafir itu paling sihat
badannya dan paling sakit hatinya, dan kamu menemui orang mukmin yang paling sihat hatinya
walaupun badannya paling sakit. Demi Allah, jika hati kamu sakit dan badan kamu sihat, maka kamu
lebih rendah di sisi Allah dari binatang ju'lan (binatang kecil yang suka berada di kotoran). (Sifatus

shafwah 1/128)
453. Hudzaifah bin Al Yamaan r.a berkata: Sesungguhnya fitnah itu akan ditampakkan kepada hati.
Siapa yang merasa senang padanya, akan diberikan titik hitam di hatinya. Dan siapa yang
mengingkarinya, akan diberi titik putih dihatinya. Barang siapa yang ingin mengetahui apakah hatinya
terkena fitnah atau tidak, hendaklah ia melihat: jika ia memandang yang haram ternyata ia melihatnya
halal, atau memandang yang halal ternyata ia melihatnya haram, maka ia telah terkena fitnah. (Sifatus
shafwah 1/310)
454. Imam Ibnu Jamaah berkata: Semestinya seorang penuntut ilmu berusaha memutus kegiatankegiatan yang dapat menyibukkannya dan menghalanginya dari menuntut ilmu. Sebab jika pikirannya
bercabang, niscaya ia tidak akan mampu menyingkap hakikat ilmu dan perkara-perkara yang rumit.
Sesungguhnya Allah tidak menjadikan pada diri seseorang dua pikiran. (Tadzkiratus Sami' wal
Mutakallim fi Adabil 'Alim wal Muta'allim: 70-71)
455. Al-Imam Ibnu Jauzi(rhm) berkata: Barangsiapa yang ingin jiwanya bersih, maka bersihkanlah
amal-amalnya. Allah SWT berfirman: Jika mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam),
maka Kami benar-benar akan memberi mereka air yang segar (rezeki yang banyak). [Al-Jinn: 16]
456. Abu Sulaiman ad-Darani berkata: Barangsiapa yang membersihkan diri dan jiwanya, maka ia pasti
dibersihkan, barangsiapa yang mengotori jiwanya, maka ia akan dicemari pula, barangsiapa berlaku baik
di malam hari, maka akan dibalas di siang harinya dan yang berbuat baik di siang hari akan dibalas di
malam harinya. (Shaidul Khatir)
457. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata: Sesiapa yang Allah SWT kurniakan cahaya kepada hatinya,
Dia akan memberi hidayah melalui karangan-karangan yang sampai kepadanya. Dan sesiapa yang
dibutakan mata hatinya, maka lambakan buku-buku hanyalah menambahkan kebingungan dan
kesesatannya. (Majmu' Fatawa: 10/665)
458. Mata yang tidak menitiskan air mata ketika mendengar bacaan Al-Quran, maka itu adalah mata
yang lalai. (Al Fadhl bin Isa Ar-Raqqasyi)
459. Hati yang tidak tersentuh kerana mendengar bacaan Al-Quran yang dibacakan secara merdu,
maka itu adalah hati yang mati. (Al Fadhl bin Isa Ar-Raqqasyi)
460. Dianjurkan menangis ketika membaca Al-Quran. Dan cara mendapatkannya adalah dengan
menghadirkan rasa takut dan sedih dalam hati, dengan menghayati setiap ancaman, peringatan keras,
ikatan-ikatan dan perjanjian-perjanjian dengan Allah, kemudian melihat kekurangan dirinya dalam hal
tersebut. Jika ia tidak mampu menghadirkan kesedihan, maka hendaklah ia menangisi dirinya kerana
ketidakmampuan itu, kerana itu adalah musibah besar yang menimpa dirinya. (Imam Al-Ghazali)
461. Al-Imam Ibnu Qayyim berkata: Tidak ada sesuatu pun yang lebih bermanfaat bagi hati melebihi
Al-Qur'an apabila dibaca dengan bertadabbur dan tafakkur. Membaca dengan bertadabbur dan tafakkur
adalah puncak kedudukan orang yang berusaha, beramal dan yang mengetahui. Dengan cara itu akan
melahirkan kecintaan, kerinduan, takut, harapan, taubat, tawakal, redha, syukur, sabar dan sifat-sifat lain
yang dapat menghidupkan matinya hati. Membaca dengan tadabbur dan tafakkur juga dapat menjauhkan
seseorang dari semua sifat dan perbuatan tercela yang merusak hati. (Miftah Dar as-Sa'adah)
462. Ibrahim al-Khawwas telah berkata: Ubat hati itu ada lima perkara: Membaca Al-Qur'an dengan

tadabbur, kosong perut, beribadah malam, memohon di waktu sahur dan duduk bersama orang-orang
yang shalih. (At-Tibyan fi Adab Hamalat Al-Qur'an)
463. Berkata Bisyr al-Hafi (rhm) ketika ingin memasuki kawasan perkuburan: Orang-orang yang
meninggal di luar pagar lebih banyak daripada yang sudah meninggal di dalam pagar.
464. Berkata Al-Hafiz Az-Dzahabi: Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah
kamu apa itu ilmu yang bermanfaat? Ia apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah
s.a.w. secara perkataan dan perbuatan. (Siyar 'Alam al-Nubala' li Az-Dzahabi)
465. Abi Hazim Salamah bin Dinar berkata: Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana
engkau menyembunyikan keburukan-keburukanmu. Dan janganlah engkau kagum dengan amalanamalanmu, kerana sesungguhnya engkau tidak tahu apakah engkau termasuk orang yang celaka (masuk
neraka) atau orang yang bahagia (masuk syurga). (Syuab al-Iman: no.6500)
466. Menuntut ilmu itu lebih baik daripada solat sunat. (Imam Asy-Syafi'i)
467. Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu, sedangkan ketika ia menyerang, ia menguasai 2/3 akal.
Maka tiada jalan lain melainkan SABAR. (Imam Asy-Syafi'i)
468. Diam akan menjaga seseorang dari kesalahan lafadz, memelihara dari penyelewengan dalam
pembicaraan dan menyelamatkan dari pembicaraan yang tidak berguna serta memberikan kewibawaan
terhadap dirinya. (Al Ahnaf bin Qais rah.a)
469. Apabila hati seseorang itu lengah dari dzikir kepada Allah, maka setan dengan serta merta akan
masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan. Masuknya setan ke
dalam hati yang lengah ini, bahkan lebih cepat daripada masuknya angin ke dalam sebuah ruangan.
(Ibnul Qoyyim al-Jauziyah)
470. Muhammad bin Sirin rah.a berkata: Sesungguhnya ilmu itu adalah tingkah laku, maka perhatikan
dari siapakah kalian mengambil tingkah laku. Dan Abu Hanifah rah.a mengatakan: Aku mendapatinya
(Hammad bin Sulaiman rah.a) sebagai guru yang tenang, baik budi dan sabar.
471. Al Hasan berkata: Iman bukanlah hanya dengan angan-angan (tanpa ada amalan).
Namun iman adalah sesuatu yang menancap dalam hati
dibenarkan dengan amal perbuatan. (Ash Sholah, 35-36)

472. Imam Ibnu Rajab berkata: Mengetahui yang maruf dan mungkar dengan hati adalah kewajiban
yang tidak gugur atas setiap orang, maka barang siapa yang tidak mengetahuinya maka dia
akan binasa, adapun mengingkari dengan lisan dan tangan ini sesuai dengan kekuatan
dan kemampuan. (Jamiul Ulum wal Hikam 2/258-259)

473. Imam Ibnu Rajab menjelaskan hadith mencegah kemungkaran: Seluruh hadits ini menjelaskan
wajibnya mengingkari kemungkaran sesuai dengan kemampuan, dan sesungguhnya mengingkari dengan
hati sesuatu yang wajib dilakukan, barang siapa yang tidak mengingkari dengan hatinya, maka ini
pertanda hilangnya keimanan dari hatinya. (Jamiul Ulum wal Hikam, 2/258)
474. Fudhail bin Iyadh ditanya: Apa rendah hati itu? Ia menjawab: Tunduk dan patuh kepada
kebenaran. Walaupun engkau mendengarnya dari seorang anak kecil, engkau tetap harus menerima

kebenaran itu. Walaupun engkau mendengarnya dari orang yang paling bodoh, engkau harus menerima
kebenaran itu juga. Lalu ia ditanya: Apa erti sabar terhadap musibah itu? Ia menjawab: Tidak
menyebarluaskannya. (Hilyatul Auliyaa 8/91)
475. Ibnu Abbas berkata: Janganlah kalian mencaci maki atau menghina para shahabat Rasulullah
s.a.w. Sesungguhnya kedudukan salah seorang dari mereka bersama Rasulullah sesaat itu lebih baik dari
amal seorang dari kalian selama 40 (empat puluh tahun). (HR Ibnu Batthah, Syarah Aqidah
Thahawiyah hal. 469)
476. Umar bin Al-Khatthab r.a berkata: Amalan yang paling mulia adalah menunaikan apa yang
diwajibkan Allah, meninggalkan apa yang diharamkan Allah, dan niat yang jujur untuk meraih apa yang
disi Allah. (Jamiul ulum: 1/71)
477. Abu Darda radiyallahuanhu berkata: Siapa yang banyak mengingati maut, akan sedikit
kegembiraannya dan akan sedikit pula kedengkiannya.
478. Al Imam Ibnu Qudamah rah.a berkata: Dalam mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w terdapat
keberkahan dalam mengikuti syariat, meraih keredhaan Allah s.w.t, meninggikan darjat,
menenteramkan hati, menenangkan badan, menyebabkan syaitan marah dan berjalan di atas jalan yang
lurus. (Dharuratul Ihtimam, hal.43)
479. Ibnu Qoyyim rah.a berkata: Di antara akibat daripada perbuatan dosa ialah kenikmatan akan hilang
dan menyebabkan bencana (musibah). Oleh kerana itu, hilangnya suatu nikmat dari seorang hamba
adalah kerana dosanya. Begitu juga datangnya berbagai musibah adalah disebabkan oleh dosa. (Al
Jawabul Kaafi, hal. 87)
480. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: Barangsiapa yang takut kepada Allah, maka Allah akan
membuatnya nyaman dan tenang dari sesuatu yang ditakuti dan apa yang dikhuatirkan. (Taisirul Azizil
Hamid)
481. Ibnu Masud Radhiallahu anhu berkata: Redhalah terhadap apa yang telah Allah berikan
kepadamu, nescaya engkau menjadi orang yang paling kaya. (Siyar Alam an Nubala, I/497)
482. Al-Hasan bin Ali berkata: Bacalah Al-Quran sehingga mencegahmu daripada perbuatan dosa. Jika
belum demikian, maka pada hakikatnya engkau belum membaca. (Kanzul Ummal, I/2776)
483. Abu Umamah Al-Bahili berkata: Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kebaikan, kecuali
yang murni keranaNya dan mengharapkan redhaNya. (Shahih Al-Jami, 1852)
484. Amar bin Yasir radliyallahuanhu berkata: Cukuplah kematian sebagai petunjuk, yakin sebagai
kekayaan dan ibadah sebagai amalan. (Tazkiyatun Nafs, 65)
485. Al Hasan Al-Bashri rah.a berkata: Hai Bani Adam, janganlah kamu menyakiti orang lain dan jika
kamu disakiti, maka bersabarlah! (Ash Shabr, 26)
486. Hasan Al-Bashri rah.a berkata: Perbanyaklah untuk menyebut nikmat-nikmat ini, kerana menyebut
nikmat itu merupakan bentuk syukur. (Kaifa Tasyakuru An-Niam: 38)
487. Umar bin Al-Khattab: Hendaklah kamu menghisab diri kamu pada hari ini, kerana hal itu akan

meringankan kamu di hari perhitungan. (Shifatush Shafwah, I/286)


488. Hendaknya seorang hamba selalu berharap dan takut kepada Allah, tidak merasa berjasa kepada
Allah dan tidak pernah berputus asa dari rahmat-Nya. (Tahzibul Hilyah I/ 60)
489. Abu Bakar Ash Shiddiq r.a berkata: Ketika aku mengingat akan ahli syurgaNya, aku tergamam:
Aku takut aku tidak termasuk sebahagian daripada mereka. (Tahdzibul Hilyah, 1/60)
490. Suatu kebaikan tidak akan sempurna tanpa tiga perkara: 1. Menganggapnya kecil. 2. Bersegera
melakukannya. 3. Menyembunyikannya. (Mukhtashar Minhajil Qashidin, 51) 4. Bersungguh-sungguh
dalam beramal. (Syarah Tsalatsatul Ushul, Ibnu Utsaimin)
491. Shilan bin Farwah berkata: Aku menemukan bahawa sikap menunda adalah salah satu prajurit
iblis yang telah banyak membinasakan makhluk Allah. (Hilyatul Auliya: 6/42)
492. Yahya bin Muadz rah.a berkata: Dunia adalah jambatan akhirat. Maka seberangilah ia dan
janganlah kamu menjadikannya sebagai tujuan. (Siyaathul Quluub: 35)
493. Yahya bin Muadz rah.a berkata: Barangsiapa yang memusatkan hatinya kepada Allah, nescaya
akan terbukalah sumber-sumber hikmah dalam hatinya dan mengalir melalui lisannya. (Siyaathul
Quluub: 33)
494. Ibnu Mubarak rah.a berkata: Aku melihat dosa-dosa mematikan hati. Sungguh melakukannya
terus-menerus akan membuahkan kehinaan. (Ashirul Maknun fi riqratil qulub, 53)
495. Ibnu Mubarak rah.a berkata: Berapa banyak amalan kecil menjadi besar pahalanya kerana niat dan
berapa banyak amalan besar menjadi kecil pahalanya kerana niat pula. (Jami Ulum wal Hikam, 12)
496. Umar bin Al-Khattab r.a berkata: Duduklah dengan orang-orang yang bertaubat, sesungguhnya
mereka menjadikan segala sesuatu lebih berfaedah. (Tahfdzib Hilyatul Auliya I/71)
497. Umar bin Al-Khattab r.a berkata: Jika sekiranya kesabaran dan syukur itu adalah dua kenderaan,
aku tidak tahu mana yang harus aku naiki. (Al Bayan wa At Tabyin III/ 126)
498. Umar bin Al-Khattab r.a berkata: Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah
dengan Islam, maka janganlah kita mencari kemuliaan dengan selainnya. (Ihya Ulumuddin 4/203)
499. Abu Hurairah r.a berkata: Jadilah orang yang selalu puas dengan rezeki Allah, nescaya engkau
akan jadi orang yang paling bersyukur. (Ibnu Majah: 4217)
500. Abdullah bin Masud r.a: Orang beriman memandang dosa-dosanya seolah batu besar di puncak
bukit, ia takut kalau-kalau menimpanya. (HR. Bukhari: 5949)
501. Umar bin Abdul Aziz rah.a berkata: Ikatlah nikmat-nikmat Allah dengan bersyukur kepada-Nya.
(Tazkiyah An Nafs, 98)
502. Ibnu Abbas radhiyallahu anhu menyatakan: Syarat bagi seseorang untuk dikatakan sebagai alim
(berilmu) tentang Allah yang Maha Pengasih di antara hamba-hamba-Nya adalah tidak mensyirikkan
Allah, menghalalkan dan mengharamkan sebagaimana yang ditetapkan Allah, menjaga dan memelihara

tuntutan dan kehendak Allah, meyakini bahawa Allah akan menemuinya dan menghisap amal
perbuatannya. (Tafsir Ibnu Katsir, 6/544)
503. Imam Asy-Syafii dalam Diwan (kumpulan syairnya) berkata: Orang yang faqih adalah yang
beramal dengan perbuatan, Bukan dinamakan faqih jika hanya fasih dengan lisan dan perkataan. Dan
yang disebut pemimpin adalah yang memimpin dengan kelembutan, Bukan dinamakan pemimpin hanya
dengan banyaknya pengikut dan bawahan. Demikian juga yang disebut kaya adalah orang yang
dermawan, Bukan dinamakan kaya hanya dengan sekadar banyaknya harta simpanan.
504. Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: Perbezaan dalam masalah hukum banyak sekali jumlahnya.
Seandainya setiap muslim mesti bermusuhan kerana berbeza pendapat dalam suatu permasalahan, maka
tidak akan ada lagi persaudaraan pada setiap muslim. (Majmu' al-Fatawa: 5/408)
505. Yahya berkata: Sebaik-baik teman adalah yang mengatakan kepada temannya, 'Mari kita puasa
sebelum kita mati'. Sedangkan seburuk-buruk teman adalah yang mengatakan kepada temannya, 'Mari
kita makan dan minum sebelum kita mati'. (Hilyatul Auliya': 3/71)
506. Iman Al-Hasan Al-Basri berkata: Orang yang beriman itu melakukan amal keta'atan sedangkan
hatinya takut, gundah dan khuatir. Sedangkan manusia penderhaka melakukan maksiat dan hatinya
tenteram. (Ibnu Katsir/ 2:235)
507. Dikatakan kepada Abdullah ibn al Hasan ibn al Husain rahimahullah, Apa pendapatmu tentang
perdebatan (mira)? Dia menjawab: Merosak persahabatan yang lama dan mengurai ikatan yang kuat.
Sekurang-kurangnya ia akan menjadi pendorong untuk mendapatkan kemenangan itu adalah sebab
pemutus tali silaturrahim yang paling kuat. (Tarikh Dimasyq, 27-380)
508. Bilal ibn Sad rahimahullah berkata: Jika kamu melihat seseorang berterusan berbahas dan
berdebat maka sempurnalah kerugiannya. (al-Adab al-Syariyyah: 1/23)
509. Imam Malik rahimahullah mengatakan: Jidal(perdebatan) dalam agama itu bukan apa-apa (tidak
ada nilainya sama sekali). Imam Malik juga berkata: Sesungguhnya, jidal itu mengeraskan hati dan
menimbulkan kebencian.
510. Manusia diciptakan daripada tanah. Tanah berbagai jenis dan warna. Sifat tanah apabila diusahakan,
Allah Swt akan mendatangkan pelbagai manfaat. Sebaliknya, tidak akan mendatangkan apa-apa bahkan
beri mudharat. Begitu juga manusia, apabila diusahakan, akan datang sifat-sifat mahmudah. Sebaliknya
jika tidak diusahakan, akan datang sifat-sifat yang buruk. - Tamthil
511. Bagiku ilmu dan dzikir seandainya kurang dalam usaha ini adalah satu hambatan. Dan kekurangan
ilmu dan dzikir ini adalah disebabkan kurangnya ahliahli ilmu dan ahliahli dzikir yang turut dalam
usaha dakwah ini. Seandainya para ahli ilmu dan dzikir menyingsingkan lengan mereka untuk kerja ini,
maka akan menyempurnakan kerja ini. Untuk saat ini, ilmu masih terpenjara dalam dua tempat; kitab
kitab agama dan para hati para ulama. Ilmu masih belum tersebar ke tengah masyarakat umum. Hal ini
perlu diperbaiki secara bersamasama. - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
512. Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian (dari kalangan sahabat dan tabi'in) membenci ucapan
yang tidak bermanfaat. Mereka menganggap bahawa semua ucapan termasuk dalam ucapan yang tidak
bermanfaat, kecuali tiga hal: 1.membaca al-Qur'an. 2.Amar ma'ruf nahi mungkar. 3. Pembicaraan
seseorang dalam hal yang memang ia harus berbicara tentangnya seperlunya. ('Atha)

513. Tabiat yang tidak berhasil seperti melatih kucing yang membawa lilin di kepala dan berjalan dengan
menggunakan dua kaki. Ketika sedang dipertontonkan kebolehannya, tiba-tiba ada orang melempar ikan,
maka ditinggalkan lilin dan mengejar ikan tersebut. Begitulah ahli Dakwah yang tidak betul dalam
tarbiyah ketika pulang ke rumah, tergoda dengan keduniaan dan mangabaikan Amal. - Maulana
Muhammad Yusuf rah.a
514. Amal yang dibuat tanpa yakin seperti menerbangkan pesawat tanpa mesin. Sedangkan amal yang
dikerjakan tanpa Adab seperti solat tanpa wudhu. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
515. Sifat salafus soleh: 1.Sentiasa berjemaah, 2.Mengikuti sunnah, 3.Memakmurkan masjid, 4.Tilawah
al Quran dan 5.Berjihad. (Imam al Auza-i Rahimahullah)
516. Abu Sulaiman ad-Darani berkata: Jika di hati ada akhirat maka dunia datang mendesaknya. Jika
dunia ada di dalam hati, akhirat tidak datang mendesaknya, kerana akhirat itu mulia sedangkan dunia itu
tercela. (Tazkiyatun Nafs)
517. Al-Fudhail berkata: Seandainya dunia itu dari emas yang sirna dan akhirat itu dari tembikar yang
kekal nescaya kita harus memilih tembikar yang kekal daripada emas yang sirna. Bagaimana pula jika
kita memilih tembikar yang sirna daripada emas yang kekal? (Tazkiyatun Nafs)
518. Pintu menuju kecerdasan ada empat: 1. al-khauf (takut) 2. ar-raja' (harap) 3. al-mahabbah (cinta) 4.
asy-syauq (rindu). Tiap pintu tersebut memiliki kunci masing-masing. Melaksanakan ibadah fardhu
(wajib) adalah kunci pembuka pintu al-khauf. Melaksanakan ibadah nafilah(sunat) adalah kunci
pembuka pintu ar-raja'. Cinta, senang dan rindu untuk beribadah adalah kunci pembuka pintu almahabbah. Dan sentiasa berzikir kepada Allah dengan hati dan lisan adalah kunci pembuka pintu asysyauq. (Dzun-Nun)
519. Ibrahim bin Adham berkata: Wara' ertinya meninggalkan setiap syubhat, sedangkan meninggalkan
apa yang tidak bermanfaat bagimu ertinya meninggalkan hal-hal yang terlebih. (Madarijus Salikin)
520. Sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu, maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati
dan menghidupkan jiwamu. Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, nescaya
kamu hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri dari belenggu
dunia. (Imam Al-Ghazali)
521. Berkata Luqman kepada anaknya: Jika berbicara itu perak maka diam itu emas, maksudnya jika
berbicara untuk taat kepada Allah adalah perak maka diam untuk tidak bermaksiat kepada Allah adalah
emas. (as-Shumtu Imam Ibnu Abi Dunya, Hal. 47)
522. Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata: Orang yang sombong adalah orang yang
memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan
menganggap orang lain itu tidak pantas mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong menerima
kebenaran dari orang lain. (Jamiul Ulum Wal Hikam, 2/275)
523. Raghib Al-Asfahani rahimahullah berkata: Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa
bangga dengan dirinya sendiri, memandang dirinya lebih utama dari orang lain. Kesombongan yang
paling parah adalah sombong kepada Rabbnya dengan cara menolak kebenaran (dari-Nya) dan angkuh
untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan maupun dalam mentauhidkan-Nya. (Umdatul Qari',

22/140)
524. Abdullah bin Mubarak rah berkata: Berapa banyak amalan kecil menjadi besar kerana niat, dan
berapa banyak pula amalan besar menjadi kecil kerana niat.(Jami' Al-Ulum wa Al-Hikam,12)
525. Berkata Imam as-Suyuthi Rahimahullah: Empat sebab su'ul Khotimah: Meremehkan dan malas
solat, minum khamar, derhaka kepada orang tua, menyakiti dan merosak kehormatan orang muslim.
(Syarhus Shudur, Hal. 41)
526. Berkata Sahl bin al-Mutawakkil Rahimahullah: Aku menjumpai 1000 ustaz (Ulama) atau lebih
semuanya mengatakan Iman itu perkataan dan amalan, bertambah dan berkurang. (Syarah Usul Iktiqad,
al-Lalikaie, 4/348)
527. Ar-Rabi' bin Sulayman berkata: Saya mendengar Asy-Syafi'iy berkata: Amalan yang paling susah
itu tiga: Pemurah dalam kekurangan, dan wara' dalam khulwah (bersendirian), dan perkataan yang benar
di sisi orang yang diharapkan dan ditakuti. (Shifatush Shafwah: 1/234)
528. Syuraih berkata: Tatkala aku ditimpa musibah, aku empat kali memuji Allah: Pertama, aku
memuji-Nya kerana musibah itu bukanlah musibah terbesar yang menimpaku. Kedua, aku memuji-Nya
kerana Dia memberiku rizki berupa sabar atas musibah itu. Ketiga, aku memuji-Nya kerana Dia
memberiku taufiq untuk mengucapkan istirja' (Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun) yang aku harapkan
pahalanya atas ucapan itu. Keempat, aku memuji-Nya kerana musibah itu tidak menimpa agamaku.
(Siyar Alam an-Nubala': 4/105)
529. Berjabat tangan menghilangkan perasaan permusuhan, menambah rasa cinta, dan menghilangkan
perasaan dengki. (Kifayah Talib, 2/619, Jami' Ulum wal Hikam, 1/332)
530. Yunus berkata: Aku pernah mendengar Muhammad bin Wasi berkata: Seandainya dosa itu
mempunyai bau, nescaya kalian tidak sanggup dekat denganku kerana busuknya bauku. (Hilyatul
Auliya', 2/349)
531. Wuhaib berkata: Aku pernah mendengar Ayyub berkata, Jika orang-orang soleh disebut, maka
aku tidak termasuk di antara mereka. (Hilyatul Auliya', 5/3)
532. Said bin Amir berkata: Aku mendengar bahawa Yunus bin Ubaid berkata: Sungguh, aku pernah
menghitung seratus pekerti dari sekian banyak pekerti kebajikan, namun tidak ada satupun ada pada
diriku. (Hilyatul Auliya', 3/18)
533. Hasan berkata: Engkau akan senantiasa dihormati orang selama engkau tidak mengambil hak milik
mereka. Jika engkau mengambil hak milik mereka, maka mereka akan meremehkanmu, tidak menyukai
ucapanmu, dan membencimu. (Hilyatul Auliya)
534. Imam Ahmad rahimahullah berkata: Setiap orang yang meremehkan perkara solat, bererti telah
meremehkan agama. Seseorang memiliki bahagian dalam Islam selari dengan penjagaannya terhadap
solat lima waktu. Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul
memperhatikan solat lima waktu. Kenalilah dirimu, wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau
menemui Allah, sedangkan engkau tidak memiliki bahagian dalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu,
sesuai dengan kadar solat dalam hatimu. (Ash Sholah, hal. 12)

535. Al Hasan mengatakan: Iman bukanlah hanya dengan angan-angan (tanpa ada amalan). Namun
iman adalah sesuatu yang menancap dalam hati dan dibenarkan dengan amal perbuatan. (Ash Sholah,
35-36)
536. Ibnu Rajab rahimahullah berkata: Sunnah adalah suatu jalan yang ditempuh. Dengan demikian
perintah tersebut (berpegang teguh dengan sunnah) mencakupi berpegang teguh dengan segala
keyakinan, amal, mahu pun ucapan yang diajarkan oleh Rasulullah dan para khulafaur rasyidin.
(Jamiul Ulum wal Hikam, 2/120)
537. Diantara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan
keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya. (Ibnu Sirin)
538. Imam Mawardi berkata: Jadilah engkau orang yang mencari dunia kerana terpaksa, dan carilah
sebab-sebab kebahagiaan untuk hari akhirat dengan segera. Jadilah engkau di dunia bak musafir yang
dalam perjalanan, kerana kematian akan datang pada suatu hari yang tidak dapat diperkirakan. (Adabud
Dunya wad Din)
539. Imam Ibnu Hibban berkata: Orang yang bersikap hati-hati tidak akan didahului, tidak seperti orang
yang tergesa-gesa yang boleh jadi dapat disusul. Orang yang diam tidak akan menyesal, tidak seperti
orang yang berbicara yang boleh jadi tidak selamat. Orang yang tergesa-gesa akan berbicara sebelum
mengetahui, menjawab sebelum memahami, memuji sebelum menguji, menghina setelah memuji,
bertekad sebelum memikirkan, dan melaksanakan sebelum meneliti. Orang yang tergesa-gesa akan
diiringi dengan penyesalan dan dijauhi keselamatan.(Raudhatul Uqala wa Nuzhatul Fudhala': 216)
540. Ibnu Hibban berkata: Ada yang mengatakan bahawa orang yang tergesa-gesa tidak akan dipuji,
orang yang pemarah tidak akan disenangi, orang yang sombong tidak akan dicintai, orang yang
dermawan tidak akan didengki, orang yang kikir tidak akan menjadi kaya, dan orang yang tidak
penyabar maka tidak ada yang mahu menjadi kawannya. (Raudhatul Uqala wa Nuzhatul Fudhala':
217)
541. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: Tidak ada suatu perkara yang lebih merosakkan amalan
daripada perasaan ujub dan terlalu memandang jasa (kebaikan) diri sendiri. (Al-Fawaid, 1/147)
542. Barang siapa tidak beradab maka tiadalah ilmu baginya. Barangsiapa tidak bersabar maka tidak ada
agama baginya. Dan barangsiapa tidak wara' atau tidak menjaga diri dari sebarang subhat dan haram,
maka tidaklah dekat dengan-Nya. (Hasan al-Bashri rah.a)
543. Sufyan rahimahullah berkata: Suatu perkataan tidak akan diterima kecuali disertai perbuatan.
Perkataan dan perbuatan tidak menjadi lurus kecuali disertai niat. Perkataan, perbuatan dan niat tidak
menjadi lurus kecuali sesuai dengan As-Sunnah. (Talbis Iblis, hal.27)
544. Wuhaib bin Ward ditanya: Bisakah orang yang sering bermaksiat merasakan nikmatnya ibadah? Ia
menjawab: Tidak, bahkan orang yang sekadar memikirkan (berniat) maksiat pun tidak dapat
merasakannya. (Al Hilyah Al Auliya)
545. Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan keburukankeburukanmu dan janganlah engkau kagum dengan amalan-amalanmu. Sesungguhnya, engkau tidak
tahu apakah engkau termasuk orang yang celaka (ahli neraka) atau orang yang berbahagia (ahli syurga).
(Abu Hazim Salamah bin Dinar)

546. Kita berdoa dan menyangka doa terangkat padahal dosa menghadangnya lalu doa tersebut
kembali. Bagaimana doa kita bisa sampai sementara dosa kita menghadang di jalannya? (Al-Azhiyah
dalam Ahkamil Ad'iyah, hal.141)
547. Diriwayatkan Ali bin Abu Thalib radhiyallahuanhu berkata setelah solat subuh dengan bersedih
hati: Demi Allah, aku telah melihat para sahabat Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dan sekarang
aku tidak melihat sesuatu yang menyerupai mereka sama sekali. Mereka dahulu berdebu dan pucat pasi.
Mereka melewatkan malam hari dengan sujud dan berdiri kerana Allah. Mereka membaca kitab Allah
dengan bergantian pijakan kaki dan dahi mereka. Apabila menyebut Allah, mereka bergetar seperti
pohon bergetar terterpa angin, mata mereka mencucurkan airmata membasahi pakaian merek dan orangorang sekarang seakan-akan lalai (bila dibandingkan dengan mereka. (Tazkiyatun Nafs, hal.145)
548. Abdullah bin Mas'ud radiallahuanhu berkata: Sungguh aku meletakkan lidahku di batu kerikil
yang panas lebih aku rela berbanding aku mengatakan 'seandainya tidak terjadi' terhadap sesuatu yang
telah terjadi, atau 'seandainya terjadi' terhadap sesuatu yang tidak terjadi. (Tazkiyatun Nafs, hal.387)
549. Al-Fudhail berkata: Seandainya dunia itu dari emas yang sirna dan akhirat itu dari tembikar yang
kekal nescaya kita harus memilih tembikar yang kekal daripada emas yang sirna. Bagaimana pula jika
kita memilih tembikar yang sirna daripada emas yang kekal? (Tazkiyatun Nafs, hal.303)
550. Jika harta sudah masuk ke dalam umat akan terjadi 4 perkara, dan ini telah terjadi secara berulangulang dan terus menerus sampai hari kiamat. 4 perkara itu adalah: 1. Kesibukan mengurus harta,
sehingga lalai dari Amal Agama, 2. Perpecahan diantara umat, 3. Menyebabkan hati menjadi keras, 4.
Pintu menuju kemaksiatan akan terbuka. - Maulana Yunus
551. Maulana Yunus di dalam bayannya mengatakan bahawa Maulana Ilyas rah.a pernah berkata: Siapa
saja yang ikut kerja dakwah tetapi tidak yakin Allah akan menolongnya, bererti orang ini adalah orang
yang fasik.
552. Ibnu Uyainah berkata: Mereka berpendapat bahawa pelepasan daripada neraka adalah dengan
keampunan Allah, dan masuk syurga adalah dengan pemberian Allah, dan pembahagian kedudukan
(dalam syurga) adalah dengan amalan. (Haadi al Arwah: hal. 72, 73)
553. Imam Syafii berkata: Barangsiapa menasihati saudaranya secara rahsia, maka sungguh ia telah
memberi nasihat dengan sebenarnya dan menghargainya. Sedangkan barangsiapa yang memberi nasihat
secara terang-terangan dihadapan manusia, maka sungguh ia telah membongkar aib saudaranya dan
merendahkannya. (al-Majmu Syarh al-Muhadzdzab, 1/31)
554. Seorang salafus soleh bersyair: Sungguh, tidaklah manusia mulia kecuali dengan agamanya. Maka
janganlah engkau tinggalkan takwa karena mengandalkan nasab. Islam telah mengangkat Salman dari
Persia. Dan syirik telah merendahkan Abu Lahab yang memiliki nasab. (Jamiul Ulum wal Hikam:
2/310)
555. Imam Bukhari bersyair: Gunakanlah waktu luangmu untuk memperbanyak solat. Barangkali
kematianmu datang tiba-tiba secara cepat. Betapa banyak orang yang sehat tiada cacat. Jiwanya yang
sehat melayang cepat. (Hadyu Sari: 481)
556. Syair Abu Bakar ash-Shiddiq: Semua orang menghadapi kematian di pagi hari. Dan kematian lebih

dekat dari tali sandalnya sendiri. (Fathul Bari: 7/308, Akhbar Makkah: 2/154)
557. Syair Kaab bin Zuhair: Semua anak manusia walaupun berumur panjang. Suatu hari ia pasti akan
dibawa diatas keranda mayat. (Bahjatul Majalis: 3/324)
558. Tanpa iman: 1.Amal tidak mungkin istiqamah, 2.Amal tidak akan mendapatkan pahala, 3.Amal
tidak akan diterima, 4.Apa yang dijanjikan Allah Swt tidak akan disempurnakan. - Maulana Muhammad
Saad
559. Kita tidak boleh menyesuaikan diri kita pada golongan tertentu, yang mana ia akan membawa
perpecahan pada ummah. Kita ialah ummah dan kita harus memberi da`wah sebagai ummah. - Maulana
Muhammad Saad
560. Imam Asy Syafii Rahimullah alaihi berkata: Aku pernah mengadukan pada Waki tentang
buruknya hafalanku. Maka ia pun menunjukiku untuk meninggalkan maksiat. Ia mengabarkan padaku
bahwa ilmu adalah cahaya. Cahaya Allah tidak mungkin ditujukan pada orang yang bermaksiat. (Kayfa
Tahfazul Quran fii Ashri Khutuwath, hal. 33-34)
561. Imam Al-Ghazali rahimahullah berkata: Bersahabat dan bergaul dengan orang-orang yang kikir,
akan mengakibatkan kita terjangkit akan kekikirannya. Sedangkan bersahabat dengan orang yang zuhud,
membuat kita juga berzuhud dalam masalah dunia. Kerana memang asalnya seseorang akan mengikuti
teman akrabnya. (Tuhfatul Ahwadzi: 7/42)
562. Al Fudhail bin Iyadh berkata: Pandangan seorang mukmin kepada mukmin yang lain akan
menggilapkan(menyucikan) hati. (Siyar Alam An Nubala: 8/435)
563. Imam Hasan Al-Bashri berkata: Berlaku lemah lembut, inilah akhlaq Muhammad shallallahu
'alaihi wa sallam yang di mana Rasulullah diutus dengan membawa akhlaq yang mulia ini. (Tafsir Al
Qur'an Al 'Azhim, 3/232)
564. Ibnu Baththol berkata: Jika tutur kata yang baik dapat menyelamatkan dari siksa neraka, bererti
sebaliknya, tutur kata yang kotor (buruk) dapat diancam dengan siksa neraka. (Syarh al-Bukhari, 4/460)
565. Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata: Allah memerintahkan pada orang beriman untuk
bersabar ketika ada yang membuat marah, membalas dengan kebaikan jika ada yang buat jahil, dan
memaafkan ketika ada yang buat jelek. Jika setiap hamba melakukan semacam ini, Allah akan
melindunginya dari gangguan setan dan akan menundukkan musuh-musuhnya. Malah yang semula
bermusuhan bisa menjadi teman dekatnya karena tingkah laku baik semacam ini. (Tafsir Al Quran Al
Azhim, 12/243)
566. Ibnu Hajar berkata: Mengucapkan salam kepada orang yang tidak kenal merupakan tanda ikhlas
dalam beramal kepada Allah Taala, tanda tawadhu (rendah diri) dan menyebarkan salam merupakan
syiar dari umat ini. (Fathul Bari, 17/459)
567. Ibnu Hajar berkata: Memulai mengucapkan salam menunjukkan akhlaq yang mulia, tawadhu
(rendah diri), tidak merendahkan orang lain, juga akan timbul kesatuan dan rasa cinta sesama muslim.
(Fathul Bari, 1/46)
568. Ali bin Abi Tholib radhiyallahu anhu- pernah ditanya: Bagaimana cinta kalian kepada Rasulullah

shallallahu alaihi wa sallam? Ia menjawab, Demi Allah, Rasulullah lebih kami cintai daripada harta,
anak-anak, ayah, dan ibu kami serta kami juga lebih mencintai Rasulullah daripada air dingin pada saat
dahaga. (al-Ausath, Majma Az Zawaid)
569. Amr bin al-Ash radhiyallahu anhu berkata: Tidak ada seorang pun yang lebih aku cintai daripada
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan tidak ada yang lebih mulia di mataku dibandingkan
Rasulullah. Aku tidak mampu menatap Rasulullah demi mengagungkannya. Seandainya aku ditanya,
tentang sifat-sifat Rasulullah, tentu aku tidak sanggup menyebutkannya, kerana aku tidak pernah
menatap Rasulullah dengan pandangan yang tajam. (Al Bukhari)
570. Pada setiap zaman, para rasul diutuskan untuk menyeru manusia beribadah hanya kepada Allah dan
melarang beribadah kepada selain-Nya. Allah Taala bertindak mengutus para Rasul kepada manusia
dengan membawa misi ini semenjak terjadinya syirik dalam kalangan anak cucu Adam di zaman Nabi
Nuh. Nuh alaihissalam, diutus kepada mereka sebagai Rasul pertama yang diperintahkan oleh Allah
Taala kepada penduduk bumi sehingga Dia menutup mereka dengan Nabi Muhammad Shallallahu
alaihi wa Sallam yang dakwahnya mencakupi jin dan manusia di timur dan barat. (Tafsir Ibnu Katsir,
4/570)
571. Maulana Husnul Hizam di dalam bayannya: Islam itu bukan sekadar maklumat, Islam itu ma'mulat
(amal). Islam itu 100% kehidupan Nabi Muhammad Saw.
572. Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak (1/203-204), telah berkata Umar r.a: Kami dulu
satu kaum yang hina, kemudian Allah SWT muliakan kami dengan Islam. Walau macam manapun kami
mencari kemuliaan selain dari apa yang Allah telah muliakan kami maka Allah akan hinakan kami.
(Silsilah Sahihah: 1/117)
573. Ibnu Qayyim rahimahullah berkata: Tatkala mata telah mengalami kekeringan disebabkan tidak
pernah menangis kerana takut kepada Allah taala, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya keringnya
mata itu adalah bersumber dari kerasnya hati. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati yang keras.
(Badai al-Fawaid, 3/74)
574. Abu Sulaiman ad-Darani rahimahullah berkata: Segala sesuatu memiliki ciri, sedangkan ciri orang
yang dibiarkan binasa adalah tidak bisa menangis kerana takut kepada Allah. (al-Bidayah wa anNihayah, 10/256)
575. Seorang lelaki berkata kepada Hasan al-Bashri, Wahai Abu Said! Aku mengadu kepadamu
tentang kerasnya hatiku. Maka Beliau menjawab, Lembutkanlah hatimu dengan berdzikir. (al-Wabil
as-Shayyib, hal.99)
576. Syaikh As-Sadi rahimahullah berkata: Kerasnya hati ini termasuk hukuman paling parah yang
menimpa manusia (akibat dosanya). Ayat-ayat dan peringatan tidak lagi bermanfaat baginya. Dia tidak
merasa takut melakukan kejelekan, dan tidak terpacu melakukan kebaikan, sehingga petunjuk (ilmu)
yang sampai kepadanya bukannya menambah baik justru semakin menambah buruk keadaannya.
(Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal.225)
577. Imam Syafi'i Rahimahullah berkata: Jika kamu biarkan perkaramu pada keinginan kedua matamu
maka kamu tidak tahu menuju kebaikan atau keburukan, berpalinglah dari hawa nafsumu kerana hawa
nafsu akan mengajak pada hal yang tercela. (Diwan, Hal.48)

578. Imam Ibnul Qoyyim Rahimahullah berkata: Ketahuilah sesungguhnya syaitan tidaklah masuk pada
anak Adam melainkan melalui pintu hawa nafsu. (Dzammul Hawa, hal.14-15)
579. Imam ad-Dailami Rahimahullah berkata: Telah sampai kepadaku khabar dari para ulama',
sesungguhnya hilangnya agama pertama kali ialah meninggalkan sunnah, hilangnya agama satu sunnah
satu sunnah sebagaimana pudarnya tali seutas demi seutas. (Silsilah Atsarus Shahih, 1/25)
580. Abul Aliyah rahimahullah berkata: Kami jika hendak mengambil ilmu dari seseorang, maka kami
melihat bagaimana solatnya. Jika solatnya baik, maka kami pun duduk mengambil ilmu darinya dan
kami nyatakan,amalannya yang lain juga baik. Namun apabila buruk solatnya, maka kami pun pergi
meninggalkannya dan kami nyatakan, amalannya yang lain juga buruk. (Sunan Ad-Darimi, 1/93-94)
581. Berkata Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah kepadaku (Abdullah Ibnul Mubarak): Berhati-hati, jangan
sampai kamu cinta kepada kemahsyuran. Maka tidak ada satu ulama pun yang saya datangi melainkan
semua berpesan : Jangan suka kepada kemahsyuran. (As Siyar, VII/260)
582. Hasan al-Bashri memberi wasiat kepada kerabatnya: 1. Setiap perkara yang dilarang bagi kalian,
jadilah kalian orang yang paling menjauhinya. 2. Setiap perkara maruf yang diperintahkan bagi kalian,
jadilah kalian orang yang paling mengamalkannya. Dan 3. Ketahuilah bahawa langkah kalian ada dua,
langkah yang menguntungkan dan langkah merugikan. Maka perhatikan, kemana saja kau melangkah
dari pagi hingga sore(petang). (Hilyatul Auliya, 1/275)
583. Al Hasan Al Bashri berkata: Wahai kaum muslimin, rutinlah dalam beramal, rutinlah dalam
beramal. Ingatlah! Allah tidaklah menjadikan akhir dari seseorang beramal selain kematiannya. Jika
syaitan melihatmu istiqamah dalam melakukan amalan ketaatan, dia pun akan menjauhimu. Namun jika
syaitan melihatmu beramal kemudian engkau meninggalkannya setelah itu, malah melakukannya
sesekali saja, maka syaitan pun akan semakin tamak untuk menggodamu. (Al Mahjah fii Sayrid Duljah,
hal.71)
584. Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata: Orang yang zuhud adalah yang melihat orang lain,
lantas ia katakan, Orang tersebut lebih baik dariku. (Lathaif Al Maarif, hal.392)
585. Al Hasan Al Bashri berkata: Saya lihat kalian banyak bercerita tentang tawadhu`! Mereka
berkata: Apa itu tawadhu` wahai Abu Sa`id? Beliau menjawab: Iaitu setiap kali ia keluar rumah dan
bertemu seorang muslim ia selalu menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya. (Lathaif Al
Maarif, hal.392)
586. Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata: Tidaklah seorang hamba menahan sesuatu yang lebih
besar daripada menahan al-hilm (kesantunan) di kala marah dan menahan kesabaran ketika ditimpa
musibah. (Mawaizh Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri, hal.62)
587. Al Hasan Al Bashri berkata: Kebaikan yang tiada kejelekan padanya adalah bersyukur ketika sihat
wal afiat, serta bersabar ketika diuji dengan musibah. Betapa banyak manusia yang dianugerahi berbagai
kenikmatan namun tiada mensyukurinya. Dan betapa banyak manusia yang ditimpa suatu musibah akan
tetapi tidak bersabar atasnya. (Mawaizh Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri, hal.158)
588. Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata kepada yang mengajaknya berdebat: Adapun aku maka
aku telah memahami agamaku, jika engkau telah menyesatkan (menyia-nyiakan) agamamu maka
carilah. (al-Ibanah al-Kubra: 588)

589. Al Hasan Al Bashri berkata: Kamu bertanya tentang dunia dan akhirat? Sesungguhnya
perumpamaan dunia dan akhirat adalah bagaikan timur dan barat. Setiap salah satunya bertambah dekat,
maka yang satunya lagi semakin jauh. Dan kamu berkata kepadaku, Sebutkanlah sifat dunia ini
kepadaku! Apa yang harus aku sebutkan kepadamu tentang rumah yang awalnya melelahkan sedangkan
akhirnya membinasakan, di dalam kehalalannya ada perhitungan dan di dalam keharamannya ada
siksaan. Siapa yang tidak membutuhkannya terkena fitnah dan siapa yang membutuhkannya akan sedih.
590. Al Hasan Al Bashri berkata: Demi Allah, saya tidaklah takjub dengan sesuatu seperti kehairanan
saya kepada seseorang yang tidak menganggap bahawa cinta dunia itu termasuk salah satu dosa besar.
Demi Allah, sesungguhnya cinta kepada dunia adalah termasuk dosa-dosa besar, tidaklah cabang-cabang
dosa-dosa besar itu melainkan dengan sebab cinta dunia? Tidaklah berhala-berhala disembah, Allah
Subhanahu wa Taala didurhakai melainkan kerana cinta dunia? Maka seorang yang mengetahui tidak
akan mengeluh dari kehinaan dunia, dan tidak akan berlumba-lumba mendekatinya dan tidak akan putus
asa kerana jauh terhadap dunia. (Hilyatul Aulia: 6/13, Siyar Alaamun An-Nubala: 7/259)
591. Al Hasan Al Bashri berkata: Demi Allah Azza wa Jalla, sungguh! Andai saja salah seorang dari
kalian mendapati salah seorang dari generasi pertama umat ini sebagaimana yang telah aku dapati, serta
melihat salah seorang dari salafus soleh sebagaimana yang telah aku lihat, nescaya di pagi hari dia dalam
keadaan bersedih hati dan pada petang harinya dalam keadaan berduka. Dia pasti mengetahui bahawa
orang yang bersungguh-sungguh dari kalangan kalian hanya serupa dengan orang yang bermain-main di
antara mereka. Dan seseorang yang rajin dari kalangan kalian hanya serupa dengan orang yang suka
meninggalkan di antara mereka. Seandainya aku redha terhadap diriku sendiri pastilah aku akan
memperingatkan kalian dengannya, akan tetapi Allah Azza wa Jalla Maha Tahu bahawa aku tidak
senang terhadapnya, oleh kerana itu aku membencinya. (Mawaizh lilImam Al-Hasan Al-Bashri,
hal.185-187)
592. Salah seorang ulama ditanya: Mengapa perkataan salafus-soleh lebih bermanfaat dari perkataan
kita? maka iapun menjawab : Kerana mereka berbicara untuk kemulian Islam, untuk keselamatan jiwa,
untuk mencari redha Allah Yang Maha Pemurah, sedangkan kita berbicara untuk kemuliaan diri, mencari
dunia dan mencari keredhaan makhluk. (Sifatus Safwah, 4/122)
593. Imam an-Nawawi rahimahullah berkata: Janganlah seseorang meremehkan suatu ilmu (faidah)
yang dia lihat atau dia dengar. Segeralah mencatatnya atau menelaahnya. (Majmu, 1/39)
594. Selalulah membuat kerja yang rendah-rendah seperti mengangkat sampah, menyusun selipar dan
sebagainya. - Mufti Zainal Abidin rah.a
595. Ilmu itu bermula apabila manusia menganggap dia tidak tahu. Ilmu itu berakhir apabila manusia
menganggap dia tahu. - Mufti Zainal Abidin rah.a
596. Amal adalah asbab hakiki untuk manusia mengambil faedah langsung daripada kudrat dan
khazanah Allah Swt. Dalam amal, 1. Ada janji Allah Swt. 2. Pasti akan dapat apa yang Allah janjikan
dan Allah akan sempurnakan. 3. Faedahnya besar, banyak dan kekal selama-lamanya. 4. Asbab
penyelesaian masalah infradi dan ijtimai. Usaha asbab zahiriah (kebendaan), 1. Tiada janji Allah swt. 2.
Allah akan beri atau tidak. 3. Faedah kecil, sedikit dan sementara. 4. Sekiranya dijadikan maksud,
sanggup melanggar perintah Allah. - Bayan Maulana Hazim
597. Bahawasanya yang aku takuti atasmu ada dua perkara, iaitu panjang angan-angan dan

memperturutkan hawa nafsu. Maka sesungguhnya panjang angan-angan menjadikan lupa kepada akhirat
dan memperturutkan hawa nafsu menghalang-halangi berlakunya yang baik (hak). (Ali bin Abu Talib
RA)
598. Seorang ulama salafus soleh pernah berkata: Seorang yang ujub akan tertimpa dua kehinaan, akan
terbongkar kesalahan-kesalahannya dan akan jatuh martabatnya di mata manusia. (Risalah Al-Hujjah,
No: 54)
599. Imam Syafii berkata: Barangsiapa yang mengangkat-angkat diri sendiri secara berlebihan, niscaya
Allah Subhanahu wa Taala akan menjatuhkan martabatnya. (Risalah Al-Hujjah, No: 54)
600. Amal untuk kehidupan sesudah mati tidaklah berat, yang berat adalah kita dengan banyaknya
dosa-dosa. Bermula dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kita ini penuh dengan dosa. Dahi kosong
dari sujud kepada Allah.Mata kosong dari rasa malu. Telinga dipenuhi dengan racun-racun muzik, yang
tidak memperhatikan kebaktian kepada orang tua, yang menyia-nyiakan kewajiban kepada isterinya,
yang menyia-nyiakan kewajiban kepada suaminya. Orang seperti kita inilah yang akan menjadi beban
bagi bumi. - Maulana Tariq Jamil
601. al-Fudhail bin Iyadh berkata: Lima tanda celakanya seseorang adalah kerasnya hati, mata yang
tidak bisa menangis, sedikitnya rasa malu, cinta dunia, dan panjang angan-angan. (Nashihati lin Nisa,
hlm. 196-197)
602. al-Qasim al-Junaidi rahimahullah berkata: Malu adalah memerhatikan nikmat-nikmat (Allah
Subhanahu wa Taala) dan menganggap dirinya kurang (mensyukuri nikmat-nikmat tersebut). Dari
keduanya terlahir rasa malu. (Majalah Asy Syariah no. 62/VI)
603. Ummu Abdillah al-Wadiiyyah hafizhahallahu taala berkata: Malu adalah salah satu akhlak yang
utama. Ia merupakan perhiasan manusia. Hilangnya rasa malu akan menyebabkan segala macam
keburukan, sehingga terjadilah pertumpahan darah, dinodainya kehormatan manusia, dilakukannya
perbuatan-perbuatan keji, tidak dihargainya orang-orang tua, dan campur baurnya laki-laki dengan para
wanita. (Majalah Asy Syariah no. 62/VI)
604. Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah menjelaskan: Ibnu Masud radhiyallahu anhu
mengisyaratkan bahwa mengetahui perkara yang maruf dan yang mungkar dengan hati merupakan
perkara yang wajib. Tidak gugur kewajiban tersebut dari seorangpun. Maka barangsiapa yang tidak
dapat mengenalinya, dia akan binasa. Adapun mengingkari kemungkaran dengan lisan dan tangan,
kewajiban tersebut hanyalah disesuaikan dengan kemampuan. Ibnu Masud radhiyallahu anhu juga
mengatakan: Hampir-hampir saja orang yang hidup di antara kalian akan menyaksikan kemungkaran
yang tidak mampu untuk diingkarinya, hanya saja Allah mengetahui dari hati orang tersebut bahwa dia
sangat membenci kemungkaran itu. (Jamiul Ulum wal Hikam, hal. 258-259)
605. Dikatakan kepada Ibnul Mubarak: Himpunkanlah untuk kami akhlak-akhlak baik dalam satu
kata! Beliau rahimahullah mengatakan, Menjauhi marah. (Jami'ul 'Ulum wal Hikam, hal. 379)
606. 'Umar bin Abdul 'Aziz berkata: Telah beruntung orang yang dijaga dari hawa nafsu, kemarahan,
dan ketamakan. (Jami'ul 'Ulum wal Hikam, hal. 372)
607. Ja'far bin Muhammad berkata: Kemarahan itu adalah kunci dari segala macam kejelekan. (Jami'ul
'Ulum wal Hikam, hal. 372, 379)

608. Salah satu tanda kebahagiaan dan kesuksesan adalah tatkala seorang hamba semakin bertambah
ilmunya maka semakin bertambah pula sikap tawadhu (rendah hati) dan kasih sayangnya. Dan semakin
bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takut (kepada Allah) dan waspadanya. Setiap
kali bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya. (Al Fawaid, hal. 149)
609. Berkata Abdul Mun'in bin Idris dari ayahnya: Sa'id bin Musayyab rahimahullah tidak pernah
ketinggalan sholat isya' dan subuh berjama'ah selama 50 tahun. (al-Hilyah, 2/162)
610. al Auzai rahimahullah berkata: Jika Allah menghendaki keburukan pada suatu kaum maka Allah
menetapkan jidal(debat) pada diri mereka dan menghalangi mereka dari amal. (Siyar al-Alam: 16/104,
Tadzkiratul Huffazh: 3/924, Tarikh Dimsyq: 35/202)
611. Imran al-Qashir rahimahullah berkata: Jauhi oleh kalian perdebatan dan permusuhan, jauhi oleh
kalian orang-orang yang mengatakan: Bagaimana menurutmu, bagaimana pendapatmu. (Ibnu Baththah,
al-Ibanah al-Kubra: 639)
612. Muawwiyah ibn Qurrah rahimahullah berkata: Dulu dikatakan, pertikaian dalam agama itu
melebur amal. (Ibnu Baththah, al-Ibanah al-Kubra: 562)
613. Umar ibn Abdul Aziz rahimahullah berkata: Barangsiapa menjadikan agamanya sebagai sasaran
untuk perdebatan maka ia akan banyak berpindah-pindah (agama). (Ibnu Baththah, al-Ibanah al-Kubra:
565)
614. Bilakah orang kafir akan masuk Islam? Dengan dakwah yang bersungguh-sungguh,Insyaallah
orang-orang kafir akan masuk Islam. - Maulana Muhammad Yusuf Rah.a
615. Keistimewaan menuntut ilmu cara Nabi salallahu a'laihi wasallam ialah apabila bertambah ilmu,
merasa bertambah jahil dan merasa kurang ilmu. - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
616. Perumpamaan orang yang bertaubat dari dosa lahiriyah seperti orang yang memotong pohon padi
dari batangnya, nanti akan tumbuh kembali bahkan lebih banyak dari sebelumnya. Orang yang bertaubat
dengan sempurna (terhadap dosa-dosa batiniah dan lahiriyah) adalah orang yang mencabut pohon padi
dengan akarnya sekali, sehingga tidak tumbuh lagi. - Tamthil
617. Imam Syafi'i berkata: Berkatalah kehendakmu untuk menghinaku, diamnya aku dari orang yang
hina adalah satu jawaban. Bukanlah artinya aku tak ada jawaban. Tetapi tidaklah pantas seekor singa
meladeni anjing-anjing. (Diwan asy Syafii: 44)
618. Imam Syafi'i berkata: Setiap orang yang meremehkan perkara solat, bererti telah meremehkan
agama. Seseorang memiliki bahagian dalam Islam berkadar dengan penjagaannya terhadap solat lima
waktu. Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul memperhatikan
solat lima waktu. Kenalilah dirimu, wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau menemui Allah,
sedangkan engkau tidak memiliki bahagian didalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu, sesuai dengan
kadar solat dalam hatimu. (Ash Sholah, hal. 12)
619. Hendaklah kamu berjanji terhadap dirimu sendiri untuk menjadi baik, sehingga dengan hal itu ia
akan menjadi ahli kebajikan. Sebab jika anda melakukan demikian, maka kebajikan akan datang
mencarimu sebagaimana air mengalir mencari tempat yang curam. (Al Adab Ash Shaghir wa Al Adab

Al Kabir)
620. Imam Malik berkata: Barangsiapa yang mencari ilmu untuk diamalkan, maka Allah memberinya
taufiq dan barangsiapa yang mencari ilmu tidak untuk diamalkan, maka tidaklah menambah ilmu
tersebut, kecuali kesombongan. (Hilyatul Auliyaa')
621. Maimun bin Mahron rahimahullah berkata: Sabar ada dua. Sabar pada musibah maka itu baik,
sabar yang paling utama adalah sabar dari melakukan maksiat. (Da'un Nufus, hal.7)
622. Ibnu Umar radiyallahu'anhu berkata: Makhluk Allah yang paling jahat, mereka mengambil ayatayat al Quran yang sebenarnya turun untuk orang kafir, tetapi digunakannya kepada orang Mukmin.
(Fathul Bari: XV/313)
623. Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari berkata: Sekiranya orang berilmu meninggalkan ibadat sunat,
wirid-wirid dan adab-adab orang yang dekat dengan Allah, nescaya dia seolah-olah roti kering yang
tidak berzat.
624. Ibnu Masud berkata: Nilailah seseorang itu dengan siapa ia berteman, kerana seorang muslim
akan mengikuti muslim yang lain dan seorang fajir akan mengikuti orang fajir lainnya. (Syarhussunnah
Al-Baghawi: 13/70)
625. Qatadah berkata: Sesungguhnya kami, demi Allah belum pernah melihat seseorang menjadikan
teman buat dirinya kecuali yang memang menyerupai dirinya, maka bertemanlah dengan orang-orang
yang shalih dari hamba-hamba Allah agar kamu digolongkan dengan mereka atau menjadi seperti
mereka. (Al-Ibanah: 2/477, no.511)
626. Imam al-Bukhari berkata: Orang muslim yang paling utama adalah orang yang menghidupkan
sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam yang telah ditinggalkan (manusia), maka
bersabarlah wahai para pencinta sunnah, kerana sesungguhnya kalian adalah orang yang paling sedikit
jumlahnya (di kalangan manusia). (al-Jaami li akhlaaqir raawi': 1/168)
627. Imam Asy Syafii berkata: Jika dirimu tidak tersibukkan dengan hal-hal yang baik (haq), maka
kamu akan tersibukkan dengan hal-hal yang sia-sia (batil). (Al Jawabul Kafi, 109)
628.Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma suatu hari memandang ke Kabah lalu ia berkata: Alangkah
agungnya engkau dan alangkah besarnya kehormatanmu, namun orang Mukmin memiliki kehormatan
yang lebih besar di sisi Allah dibanding dirimu. (Tafsir Ibnu Katsir: 4/274)
629. Ibnul Qoyyim berkata: Termasuk tanda-tanda pengagungan perintah dan larangan adalah dengan
tidak mencari-cari keringanan sehingga dia terjerumus pada batas yang menjadikannya tidak lurus di
atas jalan yang lurus. (Al-Wabilu Shoyyib, hal.24)";
630. Yusuf bin Al-Husain Ar-Roozi rahimahullah berkata: Perkara yang paling berat di dunia adalah
ikhlas, betapa sering aku berijtihad (bersungguh-sungguh) untuk menghilangkan riyaa' dari hatiku akan
tetapi seakan-akan riyaa' tersebut kembali muncul lagi dalam bentuk yang lain. (Jaami'ul 'Uluum wal
Hikam: 42)
631. As-Suusi rahimahullah berkata: Ikhlas adalah hilangnya perasaan memandang bahawa diri sudah
ikhlas, kerana barang siapa yang melihat tatkala dia sudah ikhlas bahawasanya ia adalah seorang yang

ikhlas, maka keikhlasannya tersebut memerlukan kepada keikhlasan. (Tazkiyatun Nufuus: 4)


632. Tujuan usaha atas agama bukanlah kerana melibatkan sebahagian aspek dan golongan di dalam
agama untuk menyebarkannya, tetapi tujuan utama dalam usaha atas agama ialah di dalam keseluruhan
agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W dan pengamalan para Sahabat R.Anhum di
bangkitkan semula dan ianya berkembang. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
633. Usaha ini memiliki zahir dan juga batin. Zahir usaha ini adalah adanya jemaah-jemaah 4 bulan, 40
hari, 3 hari dan lain-lain. Batin dalam usaha ini adalah bagaimana setiap orang islam mempunyai
kefahaman bahawa harta, diri dan waktu itu digunakan bersesuaian dengan kehendak Allah swt.
Sehingga harta, diri dan waktu itu digunakan untuk menyampaikan agama kepada seluruh ummat di
seluruh dunia. - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
634. Hazrat Maulana Zeyad Danka sedang berjalan kaki menuju masjid dan seorang hamba Allah telah
memberi cadangan dan mengajaknya untuk menaiki kereta. Hazrat Maulana menjawab: Apakah
kesalahan/dosa yang telah dilakukan oleh tayar dan kereta? Kaki kita telah banyak kali melakukan dosa.
Apabila kita berjalan kaki ke masjid, dosa anggota kaki kita akan diampun oleh Allah S.W.T. (Priceless
Advices for All Workers of Deen: Part 4)
635. Kerosakan dunia pada hari ini adalah berpunca daripada buruknya amalan orang islam pada hari ini.
Jangan kita menuduh pihak lain, tentang rusuhan, bencana alam, maksiat dan mungkar yang berlaku,
salahkan diri kita sendiri kerana kita sendiri tidak beramal dan sebarkan agama. - Maulana Muhammad
Umar Palanpuri Rah.A.
636. Maulana Zeyad Danka berkata: Walau apapun kesusahan dan kesulitan yang kita hadapi sekarang
dan masa akan datang di dalam jalan ini, Allah S.W.T telah menetapkan bahawa ianya sebagai petunjuk
dan rahmat (hidayah) untuk ummah. Kerana, jika seseorang itu berkehendakkan hidayah untuk ummah,
maka ia tidak boleh walau sekalipun membenci, mengeluh serta bersangka buruk kepada Allah S.W.T di
dalam menghadapi kesusahan dan kesulitan di dalam berkerja untuk agama Allah S.W.T. (Priceless
Advices for All Workers of Deen: Part 3)
637. Maulana Zeyad Danka berkata: Kesukaran dan menjalani kesusahan ialah tujuan utama usaha atas
agama ini. Dengan kita menjauhkan diri dari mengharap kepada mahluk dan kesenangan serta
keselesaan ini, kita akan mendapat inspirasi dari susah payah yang telah dibuat oleh orang-orang
terdahulu sebelum kita untuk agama Allah S.W.T dan dibimbing serta belajar di dalam usaha atas agama
ini. Kita akan mendapat ilham dan bantuan dari Allah S.W.T di dalam menjalankan usaha atas agama
dan setanding serta dekat dengan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. (Priceless Advices for All Workers
of Deen: Part 4)
638. Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rah.A berkata: Apabila kita terlihat suatu kesalahan
yang dibuat oleh seseorang, maka janganlah kita terkesan dengan kesalahan individu itu. Sebaliknya kita
kenalah melihat pengorbanan dan susah payah yang individu itu telah buat untuk agama. Ketika itulah
kita akan menyedari bahawa pengorbanan yang telah dibuat oleh seseorang itu besar dan kesalahan itu
akan menjadi lemah dan kecil berbanding dengan pengorbanan yang telah dibuat. Dengan cara inilah
kita akan sangat-sangat menghargai dan menghormati seseorang, dan penambahbaikan dan muhasabah
(islah) akan dibuat di dalam diri setiap individu dalam ummah. (Priceless Advices for All Workers of
Deen: Part 2)
639. Abu Muslim Al-Khaulani berkata: Ulama ada tiga macam: Ulama yang hidup dengan ilmunya dan

manusia pun hidup bersamanya, ulama yang hidup dengan ilmunya tetapi manusia tidak hidup
bersamanya, dan ulama yang manusia hidup dengan ilmunya sementara dirinya sendiri binasa. (Hilyatul
Auliya: 5/121)
640. Selagi mana hati kamu ada perasaan benci kepada umat Islam di dunia ini, maka peringkat dakwah
kamu tidak akan naik. - Hajji Mohammed Abd Wahhab
641. Berkata al-Khalil bin Ahmad Rahimahullah: Waktu ada 3 macam: Waktu berlalu darimu takkan
kembali, waktu yang terjadi lihatlah ! bagaimana ia akan berlalu darimu, dan waktu yang kamu tunggu
bisa jadi kamu takkan menjumpainya. (Thobaqot Hanabilah: 1/28)
642. Berkata Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah: Ikatlah sifat marahmu dengan menaburi kelembutan,
kerana marah itu seperti anjing, jika kamu lepas maka dia akan menggigitmu. (al-Fawa'id, hal.69)
643. Berkata Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah: Jadilah sebagai anak akhirat dan jangan jadi anak
dunia, kerana seorang anak akan mengikuti ibunya. (al-Fawa'id, hal.70)
644. Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri berkata: Demi Allah! Sungguh, mencintainya benar-benar termasuk
dosa yang terbesar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang melainkan kerana cinta dunia.
Bukankah sebab disembahnya patung-patung serta dimaksiatinya Ar-Rahman tidak lain kerana cinta
dunia dan lebih mengutamakannya? (Mawaizh: hal.138)
645. Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri berkata: Sungguh aku benar-benar dapat mengenali kecintaan
seseorang terhadap dunia dari (cara) penghormatannya kepada ahli dunia. (Mawaizh: hal.120)
646. Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri berkata: Telah sampai kepadaku bahawasanya akan datang suatu masa
kepada umat manusia di mana pada masa itu hati-hati manusia dipenuhi oleh kecintaan terhadap dunia,
sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah Subhanahu wa Taala. Dan itu
dapat engkau ketahui apabila engkau memenuhi sebuah kantung kulit dengan sesuatu hingga penuh,
kemudian engkau bermaksud memasukkan barang lain ke dalamnya, namun engkau tidak mendapati
tempat untuknya. (Mawaizh: hal.120)
647. Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri berkata: Kelebihan dunia adalah kekejian di sisi Allah Subhanahu wa
Taala pada hari kiamat. Beliau ditanya: Apa yang dimaksud dengan kelebihan dunia? Beliau
menjawab: Yakni engkau memiliki kelebihan pakaian sedangkan saudaramu telanjang; dan engkau
memiliki kelebihan sepatu sementara saudaramu tidak memiliki alas kaki. (Mawaizh: hal.76)
648. Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri berkata: Tiga perkara yang merupakan bahagian dari kesabaran;
engkau tidak menceritakan musibah yang tengah menimpamu, tidak pula sakit yang engkau derita, serta
tidak merekomendasikan dirimu sendiri. (Mawaizh: hal.81)
649. Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri berkata: Tidaklah seorang hamba menahan sesuatu yang lebih besar
daripada menahan al-hilm (kesantunan) di kala marah dan menahan kesabaran ketika ditimpa musibah.
(Mawaizh: hal.62)
650. Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri berkata: Kebaikan yang tiada keburukan padanya adalah bersyukur
ketika sihat wal afiat, serta bersabar ketika diuji dengan musibah. Betapa banyak manusia yang
dianugerahi berbagai kenikmatan namun tidak mensyukurinya. Dan betapa banyak manusia yang
ditimpa suatu musibah akan tetapi tidak bersabar atasnya. (Mawaizh: hal.158)

651. Ibnu Masud radhiyallahu anhu berkata: Janganlah kalian mempelajari ilmu kerana tiga hal: (1)
dalam rangka debat kusir dengan orang-orang bodoh, (2) untuk mendebat para ulama, atau (3)
memalingkan wajah-wajah manusia ke arah kalian. Carilah apa yang ada di sisi Allah Subhanahu wa
Taala dengan ucapan dan perbuatan kalian. Kerana, sesungguhnya itulah yang kekal abadi, sedangkan
yang selain itu akan hilang dan pergi. (Jamiul Ulum wal Hikam, 1/45)
652. Sahl At-Tustari rahimahullahu berkata: Barangsiapa (suka) berbicara mengenai permasalahan yang
tidak ada manfaatnya, nescaya diharamkan baginya kejujuran. (Jamiul Ulum wal Hikam, 1/290-294)
653. Maruf rahimahullahu berkata: Pembicaraan seorang hamba tentang masalah-masalah yang tidak
ada faedahnya merupakan kehinaan dari Allah Subhanahu wa Taala (untuknya). (Jamiul Ulum wal
Hikam, 1/290-294)
654. Al-Imam Al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata: Menangislah kalian atas orang-orang yang
ditimpa bencana. Jika dosa-dosa kalian lebih besar dari dosa-dosa mereka (yang ditimpa musibah), maka
ada kemungkinan kalian bakal dihukum atas dosa-dosa yang telah kalian perbuat, sebagaimana mereka
telah mendapat hukumannya, atau bahkan lebih dahsyat dari itu. (Mawaizh: hal.73)
655. Al-Imam Al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata: Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala
benar-benar menjanjikan adanya ujian bagi hamba-Nya yang beriman, sebagaimana seseorang berwasiat
akan kebaikan pada keluarganya. (Mawaizh: hal.111)
656. Al-Imam Al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata: Tidak ada musibah yang lebih besar dari
musibah yang menimpa kita, (di mana) salah seorang dari kita membaca Al-Quran malam dan siang
akan tetapi tidak mengamalkannya, sedangkan semua itu adalah risalah-risalah dari Rabb kita untuk
kita. (Mawaizh: hal.32)
657. Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri berkata: Sesungguhnya seorang mukmin adalah penanggung jawab
atas dirinya, (kerananya hendaknya ia senantiasa) menghisab diri kerana Allah Subhanahu wa taala
semata. (Mawaizh: hal. 39-41)
658. Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri berkata: Adalah hisab (perhitungan amal) di Yaumul Qiyamah nanti
akan terasa lebih ringan bagi suatu kaum yang (terbiasa) menghisab diri mereka selama masih di dunia,
dan sungguh hisab tersebut akan menjadi perkara yang sangat memberatkan bagi kaum yang menjadikan
masalah ini sebagai sesuatu yang tidak diperhitungkan. (Mawaizh: hal. 39-41)
659. Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri berkata: Sesungguhnya seorang mukmin (apabila) dikejutkan oleh
sesuatu yang dikaguminya maka dia pun berbisik: Demi Allah, sungguh aku benar-benar sangat
menginginkanmu, dan sungguh kamulah yang sangat aku butuhkan. Akan tetapi demi Allah, tiada
(alasan syari) yang dapat menyampaikanku kepadamu, maka menjauhlah dariku sejauh-jauhnya. Ada
yang menghalangi antara aku denganmu. (Mawaizh: hal. 39-41)
660. Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri berkata: Dan (jika) tanpa sengaja dia melakukan sesuatu yang
melampaui batas, segera dia kembalikan pada dirinya sendiri sambil berucap: Apa yang aku mahukan
dengan ini semua, ada apa denganku dan dengan ini? Demi Allah, tidak ada uzur (alasan) bagiku untuk
melakukannya, dan demi Allah, aku tidak akan mengulangi lagi selama-lamanya, insya Allah.
(Mawaizh: hal. 39-41)

661. Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri berkata: Sesungguhnya seorang mukmin adalah suatu kaum yang
berpegang erat kepada Al Qur`an dan memaksa amalan-amalannya agar sesuai dengan Al Qur`an serta
berpaling daripada (hal-hal) yang dapat membinasakan diri mereka. (Mawaizh: hal. 39-41)
662. Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri berkata: Sesungguhnya seorang mukmin di dunia ini bagaikan
tawanan yang (selalu) berusaha untuk terlepas dari perbudakan(hamba). Dia tidak pernah merasa aman
dari sesuatupun hingga dia menghadap Allah, kerana dia mengetahui bahawa dirinya akan dimintai
pertanggungjawaban atas semua itu. (Mawaizh: hal. 39-41)
663. Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri berkata: Seorang hamba akan senantiasa dalam kebaikan selama dia
memiliki penasihat dari dalam dirinya sendiri. Dan menghisab diri merupakan perkara yang paling
diutamakan. (Mawaizh: hal. 39-41)
664. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: Bahawa yang menggerakkan hati menuju Allah ada tiga
perkara: cinta, takut, dan harapan. Dan yang paling kuat adalah cinta, dan cinta itu sendiri merupakan
tujuan kerana akan didapatkan di dunia dan di akhirat. (Majmu Fatawa, 1/95)
665. Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sadi berkata: Dasar tauhid dan ruhnya adalah keikhlasan dalam
mewujudkan cinta kepada Allah. Cinta merupakan landasan penyembahan dan peribadatan kepada-Nya,
bahkan cinta itu merupakan hakikat ibadah. Tidak akan sempurna tauhid kecuali bila kecintaan seorang
hamba kepada Rabbnya juga sempurna. (Al-Qaulus Sadid, hal. 110)
666. Tidak pernah ada seorang mujaddid atau muslih daripada ummat ini kecuali mereka ini daripada
ahli kerohanian. Mereka ini merupakan saluran bagi turunnya rahmat Allah sehingga nikmat-Nya itu
dirasai oleh ummah seluruhnya. - Maulana Abu Hasan an-Nadwi
667. Seluruh kerosakan di dalam aspek kehidupan, bala bencana dan kesengsaraan ini diakibatkan oleh
tiadanya keikhlasan dan rosaknya akhlak. Kewajiban dan tugas terbesar pada zaman sekarang ini adalah
bagi menghidupkan dan memperbaharui keikhlasan dan akhlak, dan jalan utama mencapai keduanya
adalah mahabbah, dan jalan menuju mahabbah itu ialah dengan berzikir, berteman dan bergaul dengan
hamba-hamba Allah yang soleh dan arifin. - Maulana Abdul Qadir ar-Raibury
668. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: Di antara tanda kebahagiaan dan keberuntungan,
tatkala ilmu seorang hamba bertambah, bertambah pulalah sikap tawadhu(rendah hati) dan kasih sayang
yang dimilikinya. Setiap kali bertambah amalnya, bertambah pula rasa takut dan waspada di dalam
dirinya. Tatkala bertambah umurnya, berkuranglah ketamakannya terhadap dunia. Tiap kali hartanya
bertambah, kedermawanannya pun bertambah. Setiap kali kedudukan dan martabatnya bertambah tinggi,
maka bertambah pula kedekatannya dengan manusia, dirinya akan semakin memperhatikan kebutuhan
mereka dan merendahkan diri di hadapan mereka. (Fawaaidul Fawaaid, hal.403-404)
669. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: Di antara tanda kebinasaan seorang, tatkala ilmunya
bertambah, bertambah pula kesombongan dan keangkuhannya. Tiap kali amalnya bertambah,
bertambahlah ujub(bangga diri) dalam dirinya, semakin meremehkan orang lain dan justru memandang
baik dirinya. Tatkala umurnya bertambah, ketamakannya terhadap dunia justeru semakin bertambah.
Tiap kali hartanya bertambah, bertambah pula sifat kikir yang dimiliki. Setiap kali kedudukan dan
martabatnya bertambah, bertambah pula keangkuhan dan kecongkakannya. (Fawaaidul Fawaaid,
hal.403-404)
670. Abu Darda r.a berkata: Aku dibuat tertawa oleh orang yang mengharapkan dunia padahal maut

mengejarnya, dan orang yang lalai padahal dia tidak pernah lepas dari intaian Allah, dan orang yang
tertawa dengan mulut lebar sedang dia tidak mengetahui apakah Allah ridha kepadanya ataukah murka?
(Ar-Raqaaiq: 180)
671. Ath Thobari mengatakan bahawa makna dari Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang
menolong (agama)-Nya. Iaitu Allah swt pasti menolong orang-orang yang berperang di jalan-Nya agar
kalimat-Nya tinggi terhadap musuh-musuh-Nya. Maka makna pertolongan Allah kepada hamba-Nya
adalah bantuan-Nya kepadanya sedangkan makna pertolongan hamba-Nya kepada Allah adalah jihad
orang itu dijalan-Nya untuk meninggikan kalimat-Nya. (Tafsir At Thobari: XVII/651)
672. Sepertimana berhala-berhala tidak boleh buat apa-apa, begitu juga apa yang kita buat dengan tangan
kita seperti jentera-jentera, kapal terbang yang besar-besar pun tidak boleh buat apa-apa, Allah yang buat
segala-galanya. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
673. Seluruh dunia sedang berusaha untuk mendapatkan manfaat dari apa yang diciptakan oleh Allah,
dari makhluk yang diciptakan Allah. Nabi-nabi telah datang mengajar kita bagaimana hendak manfaat
dari Allah. Kita yang hidup di dunia jangan terikat dengan apa yang dijadikan Allah. Kita jangan terikat
dengan pejabat kita, perniagaan kita, perladangan kita, tetapi kita hidup terikat dengan kehendak Allah,
kemahuan Allah. - Hajji Mohammed Abd Wahhab
674. Belia-belia Islam yang bakal memimpin umat pada masa akan datang sangat perlu diisikan dengan
ilmu, tazkiyah ruhiyyah, semangat juang dan sifat zuhud dari dunia. Kalau tidak, akan dibimbangi
mereka akan kecundang dalam menghadapi cabaran akhir zaman. Kepetahan lidah dalam berucap dan
keluasan ilmu belum dapat memberi kesan yang terbaik kalau tidak disertai dengan kekuatan rohani
yang mantap. - Syeikh Abul Hasan Ali Nadwi
675. Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya. Cintailah Nabi Muhammad s.a.w.,
kerana dia kekasih Allah SWT. Dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh.
(Imam Asy-Syafi'i)";
676. Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan
kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalamkalam yang mengagungkan Tuhan. (Badiuzzaman Said Nursi)
677. Kejahatan itu semua dikumpulkan dalam sebuah rumah sedang kuncinya adalah cinta kepada dunia
dan kebaikan itu juga dikumpulkan dalam rumah dan kuncinya adalah zuhud (tidak tamak rakus) pada
dunia. (Fudhail ibn 'Iyadh)
678. Tidaklah ilmu itu menjadi indah dan baik kecuali dengan tiga hal: Taqwa kepada Allah,
mengamalkan Sunnah dan khasyah (takut kpd Allah). (Imam Asy-Syafi'i)
679. Syumaith bin Ajlan berkata: Siapa yang menjadikan kematian di hadapannya, nescaya dia tidak
akan peduli akan sempit atau luasnya dunia. (Shifatush Shafwah: 2/166)
680. Seorang salafus soleh bersyair: Ia adalah sifat qona'ah yang tidak ada gantinya, Di dalamnya ada
kenikmatan dan kesenangan untuk badan, Lihatlah orang yang memiliki dunia dengan apa yang
dikumpulkannya, Apakah dia pergi dengan selain kapas dan kafan..
681. Imam Ibnu Rajab berkata: Ilmu yang tidak bermanfaat adalah ilmu yang tidak menumbuhkan rasa

takut kepada Allah, ilmu yang hanya menumbuhkan kesombongan, hasad dan memandang rendah
manusia lainnya. (Fadhlu 'Ilmi Salaf 'alal Khalaf)
682. Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki itu semakin tampan dengan janggutnya dan seorang
wanita semakin anggun dengan jalinan rambutnya. (Tarikh Dimasyq, Asy Syamilah: 36/343)
683. Seorang salafus soleh bersyair: Seandainya apabila kita mati kita dibiarkan, Nescaya orang yang
hidup merasa lega dengan kematian, Tapi ternyata apabila kita mati kita akan dibangkitkan, Dan setelah
itu ditanya tentang segala sesuatu yang telah dilakukan.
684. Maulana Rasyidh dalam targhibnya mengatakan: Perpecahan itu merugikan kita dan seluruh
umat.
685. Darawardi rah berkata: Saya lihat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik rah. duduk di masjid
Nabawi selepas solat `isyak dan mula membincangkan satu-satu masalah tanpa sebarang tikam lidah,
tanpa memburukkan pihak lain dan tidak juga berkeras suara. Perbincangan itu berlalu sehingga ke solah
subuh dan di tempat itu juga mereka akan mendirikan solah subuh. (Muqaddimah Aujaz)
686. Setiap perkara yang kita lihat, kita ucapkan dalam hati dan menafikan kekuasaan makhluk
dalam hati, manfaat dan mudharat hanya daripada Allah. - Hajji Mohammed Abd Wahhab
687. Ali B. Abi Thalib radhiyallahu anhu berkata: Janganlah kamu menjadi orang yang suka terburuburu, suka menyebarkan keburukan (perkara keji) dan membongkar rahsia orang lain. Sesungguhnya di
belakang kamu ada bala (ujian dan fitnah) yang amat pedih yang menjadikan mereka merungut
(menyesal) serta akan timbul pelbagai perkara yang berlarutan dan fitnah yang amat besar. (al-Adabul
Mufrad: 1/120, no. 327)
688. Zakaria bin Adi bin Shalt bin Bistam (ulama Ahlus Sunnah), ketika beliau ditanya: Alangkah
besarnya semangatmu untuk mempelajari dan mengamalkan sunnah Rasulullah saw, apa sebabnya?.
Maka beliau menjawab, Apakah aku tidak ingin (pada hari Kiamat nanti) masuk ke dalam iring-iringan
(rombongan) keluarga Rasulullah saw? (Miftaahu Daaris Saaadah)
689. Mata adalah panglima hati. Hampir semua perasaan dan perilaku awalnya digerakkan oleh
pandangan mata. Oleh itu, hendaknya mata selalu didorong melihat kepada perkara-perkara yang baik.
Bila dibiarkan mata memandang yang dicegah dan diharamkan, maka pemiliknya berada di tepi jurang
yang merbahaya. (Ihya Ulumuddin)
690. Imam Muhammad bin Sirin berkata: Sesungguhnya, ilmu (yang kamu pelajari) adalah agamamu
(yang akan membimbingmu mencapai ketakwaan), maka telitilah dari siapa kamu mengambil (ilmu)
agamamu. (Muqaddimah Shahih Muslim: 1/12)
691. Syeikh Muhammad al-Ghazali berkata: Terbanglah menuju Allah dengan sayap keampunan,
janganlah lari dariNya kerana takut pada cemeti murkaNya. (Jaddid Hayatak)
692. Imam al-Ghazali berkata: Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan
menahan kehendak yang berlebih-lebihan. (Ihya Ulumuddin)
693. Imam Ahmad berkata: Kebutuhan seorang hamba pada hidayah melebihi kebutuhannya dari
makan dan minum, kalau makan dan minum hanya dibutuhkan satu, dua kali saja, sedangkan hidayah

dibutuhkan sejumlah nafas. (Miftah Darus Sa'adah)


694. Abu Utsman Nahdi rah.a berkata: Saya pernah melihat Umar r.a berkhutbah di atas mimbar,
sedangkan di baju yang dipakainya terdapat dua belas tambalan. (Tanbihul Ghafilin)
695. Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata: Barangsiapa mengetahui kadar ucapannya
dibandingkan dengan perbuatannya nescaya akan sedikit
apannya kecuali dalam hal yang penting dan bermanfaat baginya; dan barangsiapa
banyak mengingat kematian ia akan merasa cukup dengan sedikit dari harta dunia. (AdzDzakhiirah: 25, hal. 50)

696. Maulana Ilyas rah.a berkata: Terdapat dua golongan orang yang membuat usaha usaha
tabligh(iaitu); Pertama, mereka yang keluar di jalan Allah untuk menyelesaikan masalah hutang,
sakit atau kesusahan. Orang yang seperti ini tidak akan istiqamah (dalam usaha). Kedua,
maereka yang keluar di jalan Allah kerana menganggap itu adalah perintah Allah Taala.
Orang seperti ini akan istiqamah dalam membuat kerja dan akan mendapat tarbiyah serta
maju (dalam usaha).

697. Imam Abu Dawud as-Sajastany Rahimahullah berkata: Aku berjumpa 200 ulama' tapi aku tidak
pernah melihat orang seperti Ahmad bin Hambal yang tidak pernah berbicara sebagaimana kebanyakan
manusia membicarakan dunia, apabila disebutsebut(tentang) ilmu baru beliau bicara. (Hilyatul
Auliya': 9/164)
698. Maulana Ilyas rah.a berkata: Usaha tabligh adalah usaha menyebarkan ta'lim (pembelajaran) dan
tarbiyah (pendidikan) agama serta (usaha untuk) mewujudkan kehidupan beragama (Islam). Tersedia
kejayaan yang tersembunyi bagi yang melakukannya dengan gigih. (Malfuzat Maulana Ilyas rah.a, no.
135)
699. Hazrat Maulana Ahmed Suleman Khatani berkata: Pejuang agama yang sebenar ialah mereka yang
bangun awal pagi menangis mendoakan kebaikan untuk saudara Islam mereka dan bergaul dengan orang
yang tidak sefahaman serta bukan Islam dengan akhlak dan hikmah; dan apabila dia melihat keburukan
saudara seagama dan mendoakan kebaikan untuknya.
700. Imam Ghazali Rahmatullahi A`alaih berkata: Cara paling sesuai untuk mendekatkan diri kepada
Allah S.W.T ialah dengan melaksanakan keutamaan amalan fardhu disamping menambah amalan sunat
dan apabila Allah S.W.T mencintai kita, semua pergerakan dan anggota badan di dalam kawalan Allah
S.W.T. (Bidayatul Hidayah)
701. Syiekh Muhammad Ilyas Al-Kandhalawi Rahmatullahi A`alaih berkata: Bagaimana aku ingin
berhenti dari melakukan dakwah ini, sedangkan kekasihku, Nabi s.a.w sendiri terpaksa mengalami
kesusahan dan kepayahan untuk agama ini. Walaupun baginda s.a.w sendiri telah di janji dengan segala
kebaikan oleh Allah s.w.t,namum baginda s.a.w telah memilih untuk terjun dalam lautan kesusahan dan
kepayahan dalam menghidup dan mengamalkan agama ini. (Bayan Hidayat Ijtimak Bhopal)
702. Abdullah bin Ubaidillah bin Abi Mulaikah Rahmatullahi A`alaih berkata: Aku mendapati 30
orang Sahabat Nabi s.a.w., semuanya merasa takut kemunafikan menimpa diri mereka, tidak ada seorang
pun dari mereka berkata bahawa imannya seperti keimanan Malaikat Jibril dan Mikail. (Diriwayatkan
oleh al-Bukhari)

703. Al-Hasan berkata: Janganlah kalian sibuk dengan urusan dunia, kerana dunia itu sangat
menyibukkan. Tidaklah seseorang membukakan pintu kesibukan untuk dirinya, melainkan akan terbuka
baginya sepuluh pintu kesibukan lainnya. (Az-Zuhd: 189)
704. Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata: Barangsiapa bercita-cita meraih perkara-perkara yang
tinggi (syurga), maka wajib baginya mengatasi kecintaan pada perkara-perkara yang rendah (dunia).
(Miftah Dar as-Saadah: 1/108)
705. Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata: Pandangan adalah sumber berbagai bencana yang banyak
menimpa manusia, kerana pandangan akan melahirkan angan-angan, lalu angan-angan melahirkan
pemikiran, pemikiran melahirkan syahwat, dan syahwat memunculkan keinginan, lalu keinginan itu
makin menguat hingga menjadi azam (tekad), akhirnya terjadilah perbuatan jika tidak ada yang
menghalangi. Maka dikatakan bahawa bersabar untuk menahan pandangan lebih ringan dibanding
bersabar menahan derita setelahnya. (Madakhil asy-Syaithan li ighwa al-Insan, min kalam al-Imam)
706. Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata: Angan-angan seseorang berkisar pada empat perkara,
iaitu; Pertama, angan-angan yang memberikan manfaat keduniaan; Kedua, angan-angan yang
mendatangkan mudharat keduniaan; Ketiga, angan-angan yang memberikan maslahat akhirat; Keempat,
angan-angan yang mendatangkan mudharat akhirat. Maka hendaknya seseorang selalu melihat kepada
apa yang dia angankan, dia fikirkan, dan dia inginkan lalu menimbangnya dengan empat perkara di atas.
Lalu memilih yang terbaik, mendahulukan mana yang terpenting, mengakhirkan yang kurang penting.
(Madakhil asy-Syaithan li ighwa al-Insan, min kalam al-Imam)
707. Yahya bin Muadz berkata: Hati itu ibarat periuk yang sedang mendidih, sedangkan lisan ibarat
gayungnya. Maka perhatikanlah seseorang ketika berbicara, kerana lisannya sedang mencedok untukmu
apa yang ada dalam hatinya, manis atau pahit, tawar atau masin, dan sebagainya. Dan cedokan lisannya
akan menje- laskan kepadamu rasa hati orang itu. (Madakhil asy-Syaithan li ighwa al-Insan, min kalam
al-Imam)
708. Abdullah Ibn Mas'ud radhiyallahu anhu berkata: Sesungguhnya orang beriman melihat dosa-dosa
seperti dia seorang yang duduk di bawah kaki bukit, dan merasa takut bukit itu (runtuh lalu)
menimpanya. Sesungguhnya orang yang berdosa melihat dosa-dosanya seperti lalat yang lalu
dihidungnya. (Sya'bul Iman Lil Baihaqi: 6602)
709. Abu Sai'd al-Khudri radhiyallahu anhu berkata: Sesungguhnya kalian akan melakukan amalan
yang di mata kalian lebih kecil daripada sehelai rambut, sedangkan kami di zaman Rasulullah
memandang ia sebagai perkara yang menghancurkan. (Musnad Ahmad: 10783)
710. Bakr al-Muzani berkata: Keutamaan Abu Bakar berbanding sahabat yang lain bukanlah dengan
banyaknya berpuasa mahu pun solat, tetapi dengan apa yang ada di dalam dadanya. Salah seorang
salafus soleh berkata: Hal yang ada di dalam dada Abu Bakar adalah cinta kepada Allah dan selalu
memberi nasihat kepada manusia. (Latho-if al-Maarif, hal. 563-564)
711. Fatimah binti Abdul Malik (isteri Umar bin Abdul Aziz) ditanya tentang amalan suaminya, maka ia
menjawab: Demi Allah, dia bukanlah seorang yang paling banyak melakukan solat mahu pun berpuasa.
Tetapi, demi Allah, aku tidak melihat seorang pun yang lebih takut kepada Allah berbanding dirinya. Dia
berzikir diatas kasur (alas tidur), lalu tubuhnya bergerak-gerak seperti burung kecil yang sangat
ketakutan, sehingga kami berkata: Esok hari orang akan kehilangan seorang khalifah. (Latho-if alMaarif, hal. 563-564)

712. Salah seorang ulama salafus soleh berkata: Tidaklah kami mencapai darjat yang tinggi dengan
banyaknya melakukan ibadat solat atau pun berpuasa. Tetapi kami mencapainya dengan kemurahan hati,
keselamatan jiwa, rendah hati (tawadhu'), dan selalu menasihati manusia. (Latho-if al-Maarif, hal. 563564)
713. Coba kita bermuhasabbah mana rezki yang Allah berikan yang terpakai buat menyenangkan Allah
dan yang terpakai untuk memuaskan nafsu. Lihat kebendaan kita yang ada di rumah dan lihat apa yang
telah kita korbankan untuk agama. Ini semua akan di hisab dan akan di mintakan pertanggung
jawabannya. Berapa banyak Rezki yang Allah telah kasih tetapi kita selewengkan hanya untuk
memuaskan nafsu kita bahkan untuk bermaksiat kepada Allah. Allah Maha Tahu dan Allah punya team
khusus yang bisa membuktikannya Sesungguhnya perhitungan Allah ini cepat, tepat dan akurat. Namun
mengapa hari ini ketika kita diminta untuk korbankan harta dan diri untuk agama kita masih ragu-ragu,
ini karena kita belum buat keputusan. - KH. Abdul Halim
714. Allah menjadikan mata sebagai cermin hati. Jika seseorang menahan pandangan matanya, bererti
dia menahan syahwat dan keinginannya. Jika dia menbebaskan pandangan matanya, bererti dia
membebaskan syahwat hatinya. (Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah)
715. Berkata Ibnu Ruslan: Ubat hatimu yang keras ada lima. Amalkan kelima hal itu nescaya anda akan
selamat: (1)Tidak mengenyangkan perut dan (2)merenungkan makna Al-Quran. (3)Rendah diri padaNya dengan menangis di waktu sahur. (4)Lalu solat tahajud di malam hari. (5)Dan bergaullah dengan
orang-orang yang baik dan soleh.
716. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: Apabila sempurna ketakutan hamba kepada Tuhan, maka
dia tidak akan takut kepada sesuatu selainNya. Apabila kurang ketakutan hamba kepada Tuhan, maka dia
akan takut kepada makhluk. Kadar ketakutannya kepada makhluk bergantung kepada kekurangan dan
pertambahan ketakutannya kepada Allah. (Majmu al-Fatawa: 1/94)
717. Aku belum pernah melihat orang yang paling lama bersedih daripada al-Hasan. Ia berkata, Kita
tertawa, sementara bisa jadi Allah yang telah melihat amal-amal yang telah kita perbuat berfirman, Aku
tidak mau menerima amal-amal kalian sedikitpun. (Yunus bin Ubaid)
718. Al-Imam Asy-Syathibi berkata: Semua ilmu yang tidak membuahkan amal, maka tidak dalam
syariat satu dalil pun yang menunjukkan akan baiknya ilmu tersebut. (Al-Muwafaqat: 1/74)
719. Sebahagian ahli bijak berkata: Ilmu adalah pembantu bagi amal, dan amal adalah puncak dari
ilmu. (Iqtidhaul Ilmi Al-Amal, 14-15)
720. Abu Ad-Darda berkata kepada seseorang: Apakah semua masalah agama yang kau tanyakan kau
amalkan? Orang itu menjawab: Tidak. Maka Abu Ad-Darda menempelaknya: Apa yang engkau
lakukan dengan menambah hujah yang akan menjadi beban bagimu? (Al-Muwaafaqaat 1/82, Al-Jami:
no. 1232)
721. Al-Imam Asy-Syathibi berkata: Sesungguhnya ruh ilmu adalah amal. Jika ada ilmu tanpa amal,
maka ilmu tersebut kosong dan tidak bermanfaat. (Al-Muwafaqat, 1/75)
722. Al-Khathib al-Baghdadi berkata: Tujuan ilmu adalah amal, sebagaimana tujuan amal adalah
keselamatan. Jika ilmu kosong dari amal, maka ilmu itu akan menjadi beban bagi pemiliknya. Kita

berlindung kepada Allah dari ilmu yang menjadi beban dan mendatangkan kehinaan, dan akhirnya
menjadi belenggu di leher pemiliknya. (Iqtidhaul Ilmi Al-Amal, 14-15)
723. Ali bin Abu Thalib berkata: Apabila aku bacakan kepada kalian sebuah hadits dari Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam, maka anggaplah bahawa Rasulullah yang menyampaikannya, dia yang
memberi petunjuk dan dia yang berwasiat takwa. (HR. Ibnu Majah, 20)
724. Al-Imam Ar-Roghib Al-Ashfahan berkata: Taqwa ialah menjaga jiwa daripada perbuatan yang
mendatangkan dosa, dengan cara meninggalkan apa yang dilarang dan hal itu menjadi sempurna dengan
meninggalkan sebahagian yang dihalalkan. (Ar-Risalah At-Tabukiyyah, hal. 10)
725. Al-Imam An-Nawawi menyatakan taqwa adalah: Mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi
segala larangan-Nya. (Tahrir Alfazh At-Tanbih, hal. 322)
726. Al-Imam Ibnu Rejab rahimahullah berkata: Taqwa seorang hamba kepada Allah, ia membuat
pelindung antara dirinya dengan sesuatu yang ia takuti dari Rabb-nya berupa kemarahan, murka, dan
siksaan-Nya; pelindung itu akan menjaga dirinya dari hal tersebut. Sedang ia (pelindung itu) adalah
melakukan ketaatan kepada-Nya, dan menjauhi kederhakaan kepada-Nya. (Jami'ul Ulum wal Hikam,
1/158)
727. Tholq bin Habib rahimahullah berkata: Taqwa adalah engkau melakukan ketaatan kepada Allah di
atas cahaya (ilmu) dari Allah karena mencari pahala di sisi Allah, dan engkau meninggalkan maksiat
berdasarkan cahaya (ilmu) dari Allah, kerana takut terhadap siksaan-Nya. (Ar-Risalah At-Tabukiyyah,
hal. 10)
728. Umar bin Abdul Aziz memberi nasihat di khutbah terakhirnya sebelum wafat, akhir khutbahnya
beliau berkata: Aku mengucapkan kata-kata ini kepada kalian dan tidak ada seorang pun yang aku
ketahui lebih banyak dosanya dibanding diriku. Hanya saja aku selalu memohon ampun dan bertaubat
kepada-Nya. Setelah itu beliau menangis tersedu-sedu kemudian turun dari mimbar. Semoga Allah
melimpahkan rahmat kepadanya. (Latho-if al-Maarif, hal. 351)
729. Dalam setiap rakaat solat ada dua sujud. Hikmahnya, semasa sujud yang pertama, ingatlah bahawa
kita dicipta dari tanah. Kemudian semasa sujud yang kedua, ingatlah bahawa setelah kehidupan dunia
ini, kita akan kembali menjadi tanah, kemudian akan dibangkitkan serta dihisab kehidupan dunia ini. Syeikh Muhammad Yusuf al-Kandahlawi rah.a
730. Jannah adalah untuk orang yang tawadhuk. Jika pada diri manusia ada sedikit sifat takabbur maka
ia akan dibakar di dalam api neraka. Apabila tinggal sifat tawadhuk sahaja pada dirinya maka barulah dia
akan dimasukkan ke dalam jannah. Tidak ada seorang pun yang boleh memasuki jannah jika masih ada
sebesar zarah takabbur pada dirinya. - Asy-Syaikh Muhammad Ilyas al-Kandahlawi rah.a
731. Asy-Syaikh Muhammad Ilyas al-Kandahlawi rah.a mengatakan: Sudah menjadi kebiasaan kita,
iaitu merasa senang dengan ucapan-ucapan yang baik, dan kita menganggap bahwa nasehat-nasehat baik
tersebut sudah cukup menunaikan kerja asal kita. Tinggalkan kebiasaan itu dan bekerjalah, sebagaimana
disebutkan dalam syair: Hai pekerja, kalian biasa bersuka ria dengan nasehat-nasehat baik, tinggalkan
nasehat-nasehat itu gantilah dengan amal-amal baik. (Mutiara Hikmah Ulama Ahli Dawah)
732. Asy-Syaikh Muhammad Ilyas al-Kandahlawi rah.a mengatakan: Cara menyelesaikan berbagai
masalah, baik masalah peribadi, masalah umat, mahu pun masalah politik adalah dengan Dakwah dan

Usaha Agama, berdasarkan satu fikir. Cara-cara yang ditempuh di luar usaha agama nampaknya sahaja
dapat memberikan hasil dan keuntungan dengan segera, sekalipun hanya dengan pengorbanan yang
sedikit. Dalam pada itu, usaha agama menghendaki pengorbanan yang besar sedangkan keuntungannya
tidak segera dapat dilihat. Itulah sebabnya mengapa orang-orang menjauhi dari usaha agama. Demikian
pula orang-orang yang terlalu tergesa-gesa dalam menarik kesimpulan ketika melihat orang-orang yang
tidak produktif seperti kita atau ketika melihat asas usaha dakwah kita. Namun ternyata mereka tidak
mampu melihat hakikatnya, yakni tidak mampu memahami hakikat syariah. (Malfoozat)
733. Sebahagian ulama berkata: Nasihat hanya bermanfaat jika keluar dari dalam hati, kerana nasihat
tersebut akan sampai pula ke hati. Tetapi jika nasihat tersebut sekadar keluar dari lisan, maka hanya akan
masuk ke dalam telinga kemudian keluar melalui telinga yang lain. (Latho-if Al Ma'arif: 55)
734. Sebahagian salafus soleh berkata: Jika seorang yang berilmu menyampaikan nasihatnya tidak
ikhlas kerana Allah, nescaya nasihatnya itu akan hilang dari hati pendengarnya seperti berhentinya hujan
di saat langit sudah cerah. (Latho-if Al Ma'arif: 55)
735. Yahya bin Muadz pernh bersyair: Nasihat dari pemberi nasihat tidak dapat diterima, Sampai
dirinya memahami nasihat itu pertama kalinya. Wahai kaum, siapakah yang lebih berbuat aniaya,
Daripada seorang pemberi nasihat yang telah melanggar nasihatnya. Dihadapan manusia ia
memperlihatkan sifat baiknya, Dan Allah akan memperlihatkan sifat buruknya. (Latho-if Al Ma'arif:
55)
736. Yahya bin Muadz berkata: Hati ibarat periuk dengan isinya yang mendidih. Sedangkan lidah
adalah gayungnya. Maka perhatikanlah apabila seseorang berbicara. Kerana sesungguhnya lidahnya
akan menuangkan untukmu apa yang ada di dalam hatinya, apakah manis, pahit, tawar, masin atau rasa
lainnya. (Hilyatul Auliya: 10/63)
737. Ibnu Umar berkata: Berhati-hatilah terhadap agamamu, sebab dia adalah darah dagingmu. Lihatlah
dari mana kamu mengambilnya. Ambillah dari orang istiqomah dan janganlah mengambil dari orang
yang menyeleweng. (Al Kifayah, hal. 121)
738. Hazrat Umar bin Khattab r.a berkata: Sekiranya kehidupan dunia ini, sejak pertama kali hingga
akhirnya, diberikan kepada satu orang saja, kemudian tiba-tiba kematian menghampirinya, maka hal itu
serupa dengan orang yang melihat sesuatu yang menyenangkannya dalam mimpi, kemudian dia pun
terbangun dan ternyata di tangannya tidak ada sesuatu pun. (Madarijus Salikin, Imam Ibnul Qayyim
Rahimahullah)
739. Sesiapa yang menambahkan sifat-sifat Islam dalam dirinya, maka dialah yang akan menjadi sumber
hidayat untuk umat. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
740. Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi, pengarang Tafsir al-Aisar memetik syair dalam memberi
pandangan berimbang terhadap usaha dakwah dan tabligh: Pandangan ridha atau senang selalu tumpul
(buta) terhadap setiap aib, sedangkan benci selalu membongkar keburukan.
741. Suatu hal yang sering dikatakan orang sebelum kami (iaitu para sahabat) berpegang teguh dengan
sunnah (Nabi sallallahu alaihi was sallam ) adalah sebuah jalan keselamatan. (Imam Az-Zuhri)
742. Ramai manusia menangis kerana masalah cinta dan kehidupan tetapi sangat sedikit manusia yang
risaukan keadaan umat islam dan ia menangis kerana Allah S.W.T. - Hazrat Asy Sheikh Maulana

Ih`naamul Hassan Khandahlawi Rahmatullahi A`laih


743. Imam Asy-Syafii berkata: Mereka menanyakan mengapa engkau diam padahal engkau telah
dihujat, maka kepada mereka aku katakan: Sesungguhnya menjawab mereka dapat membuka pintu
kerusakan; Sedangkan diam dari orang jahil nan pandir adalah kemuliaan; Dan dalam diam itu juga
merupakan perbaikan untuk terpeliharanya kehormatan.
744. Utsman ibn Affan radhiyallahu anhu berkata: Memikirkan (mengutamakan) urusan akhirat adalah
merupakan tanda cahaya didalam hati.
745. Umair bin Habib Al-Anshoriy radhiyallahu anhu berkata: Jika seorang diantara kalian ingin
memerintahkan yang maruf, dan melarang dari kemungkaran, maka hendaklah ia menempatkan dirinya
di atas kesabaran terhadap segala cubaan (ujian), dan meyakini (akan mendapatkan) pahala dari Allah.
Kerana barangsiapa yang meyakini (akan mendapatkan) pahala dari Allah, maka dia tidak akan
merasakan cubaan apa pun. (HR. Ibnu Abid Dunya dalam Al-Hilm, 1/30)
746. Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah Rahimahullah berkata: Empat perkara yang dapat membuat hati menjadi
keras iaitu berlebihan dalam berbicara, makan, tidur dan bergaul. (Fawa-idul Fawa-id, hal.26)
747. Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah Rahimahullah berkata: Jika mengingkari kemungkaran menimbulkan
sesuatu yang lebih mungkar dan di benci oleh Allah dan RasulNya, maka tidak boleh dilakukan,
sekalipun Allah membenci pelaku kemungkaran dan mengutuknya. (Ilaamul Muwaqqiiin, 3/4)
748. Az-Zuhr Rahimahullah berkata: Sesungguhnya ilmu dicari seiring dengan perjalanan siang dan
malam. Barangsiapa yang ingin mendapatkan segudang ilmu secara tiba-tiba, nescaya ilmu yang
diperoleh akan cepat hilang.
749. Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah Rahimahullah berkata: Di antara akibat dari berbuat dosa adalah
menghilangkan nikmat dan akibat dosa adalah mendatangkan bencana (musibah). Oleh kerana itu,
hilangnya suatu nikmat dari seorang hamba adalah kerana dosa. Begitu pula datangnya berbagai musibah
juga disebabkan oleh dosa. (Al Jawabul Kaafi, hal. 87)
750. Ketika Mu'adz bin Jabal ra. hampir wafatnya, dia berkata: Ya Allah, aku dahulu takut kepada-Mu
dan saat ini aku mengharapkan-Mu. Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa aku tidak mencintai dunia
dan tidak suka berlama-lama di dalamnya kerana mengalirnya sungai-sungai dan tumbuhnya pepohonan.
Namun yang aku sukai adalah panasnya matahari dan penderitaan sesaat serta berkumpul dengan para
Ulama. (Hilyah al-Auliya: 1/239)
751. Thalq bin Habib berkata: Lindungilah diri kamu dari fitnah dengan ketaqwaan. Beliau ditanya,
Simpulkanlah untuk kami apa itu ketaqwaan? Beliau pun menjawab, Iaitu engkau beramal dengan
ketaatan kepada Allah dengan petunjuk daripada Allah dengan mengharap rahmat Allah. Dan engkau
meninggalkan kemaksiatan kepada Allah dengan petunjuk daripada Allah kerana takut akan azab Allah.
(Minhajus, 4/527-531)
752. Syaikh as-Sadi berkata dalam Tafsirnya: Sebagaimana para hamba (masyarakat) itu jika baik dan
istiqamah berada di atas jalan yang benar, maka Allah memperbaiki pemimpin mereka, iaitu menjadikan
untuk mereka pemimpin-pemimpin yang bersikap adil dan insaf. Bukan yang zalim lagi jahat. (Taisir
Karim ar-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan, 1/273)

753. Ali bin Abi Thalib berkata: Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu itu akan
menjagamu, sedangkan harta engkaulah yang menjaganya. Ilmu itu semakin berkembang dengan
diinfakkan, sedangkan harta akan berkurang jika dinafkahkan. Ilmu adalah yang mengaturmu, sedangkan
harta, engkau yang akan mengaturnya. Mencintai ilmu adalah agama yang seseorang itu beribadah
dengannya. Ilmu akan membuahkan ketaatan di dalam kehidupan pemiliknya serta mengharumkan
namanya setelah ia meninggal dunia. Kebaikan para pemelihara harta akan melenyap bersamaan dengan
kepergiannya. Para penimbun harta (pada hakikatnya) telah mati (meskipun) mereka itu masih hidup.
Adapun para ulama tetap kekal sepanjang masa. Jasad mereka telah tiada, namun kenangan tentang
mereka senantiasa melekat di hati manusia. (Durus fil Qiraah al-Mustawa ar-Rabi, hal. 16)
754. Ali bin Abi Thalib berkata: Ilmu membisikkan pemiliknya untuk diamalkan. Jika ia
menjawab panggilan bisikan itu, maka ilmu akan tetap ada. Namun jika ia tidak menjawab panggilan itu,
maka ilmu akan pergi. (Iqtidhaul Ilmil amal: hal. 41)
755. Imam Ahmad Rahimahullah berkata: Manusia lebih memerlukan ilmu dibandingkan makan dan
minum, kerana makanan dan minuman diperlukan manusia satu atau dua kali dalam satu hari. Akan
tetapi, ilmu senantiasa diperlukan seorang manusia setiap saat (selama nafasnya berhembus). (Thabaqat
Al-Hanabilah, 1: 146)
756. Muadz bin Jabal berkata: Pelajarilah ilmu syari kerana mempelajarinya di jalan Allah adalah
khasyyah, memperdalamnya adalah ibadah, mengulang-ulangnya adalah tasbih (memuji Allah),
membahas (permasalahan-permasalahannya) adalah jihad, mengajarkannya kepada yang belum
mengetahuinya adalah shadaqah, dengan ilmulah Allah diketahui dan disembah, dengannya Allah
diEsakan dalam tauhid, dan dengannya pula diketahui yang halal dan yang haram. (Hilayatul Auliya 1:
239, Al-Ajmi 1: 65)
757. Al-Baghawi menyebutkan bahawa seseorang memanggil dan berkata kepada Syabi, Wahai aalim
berfatwalah. Syabi menjawab, Sesungguhnya seorang alim adalah yang memiliki khasyyah (rasa
takut) kepada Allah. (Az-Zuhudl, hal. 15)
758. Ath-Thabari berkata: Sesungguhnya yang takut kepada Allah, menjaga diri dari azab dengan
menjalankan ketaatan kepada Allah hanyalah orang-orang yang berilmu. Mereka mengetahui bahawa
Allah Maha Mampu melakukan segala sesuatu, maka mereka menghindar dari kemaksiatan yang akan
menyebabkan murka dan adzab Allah. (Tafsir Ath-Thabari, QS Fathir: 28)
759. Ibnu Syihab Az-Zuhri berkata: Berpegang teguh dengan sunnah adalah keselamatan. Sementara
ilmu diangkat dengan cepat. Kekokohan ilmu adalah keteguhan bagi agama dan dunia. Hilangnya ilmu
adalah kehancuran bagi itu semua. (Az-Zuhud: 817, Al-Jami: 1018)
760. Amr bin Qays rahimahullah berkata: Jika sampai kepadamu suatu ilmu, maka amalkanlah
meskipun hanya sekali. (Hilyatul Auliya, 5/10)
761. Imam Waki Rahimahullah berkata: Jika engkau hendak menghafal satu ilmu (hadits), maka
amalkanlah! (Tadribur Rawi: 2/588)
762. Imam Ahmad rahimahullah berkata: Tidaklah aku menulis suatu hadits melainkan aku telah
mengamalkannya. Sehingga suatu ketika aku mendengar hadits bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa
sallam melakukan hijamah (bekam) dan memberikan upah kepada ahli bekam (Abu Thaybah) satu dinar,
maka aku melakukan hijamah dan memberikan kepada ahli bekam satu dinar pula. (Manaqib Ahmad,

hal. 232)
763. Ali bin Abi Thalib berkata: Ingat-ingatlah (ilmu) hadits. Sungguh jika kalian tidak
melakukannya maka ilmu akan hilang. (Al-Muhadditsul Fashil, hal. 545)
764. Ibnu Abbas berkata: Mengulang-ulang ilmu di sebagian malam lebih aku cintai daripada
menghidupkan malam (dengan shalat malam. (Sunan Ad-Darimi: 1/82, 149)
765. Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib adalah seorang yang terkenal sangat berbakti kepada ibunya,
sampai-sampai ada orang yang berkata kepadanya, Engkau adalah orang yang paling berbakti kepada
ibumu, akan tetapi kami tidak pernah melihatmu makan bersama ibumu. Beliau menjawab, Aku takut
kalau-kalau tanganku mengambil makanan yang sudah dilirik oleh ibuku. Sehingga aku berarti
mendurhakainya. (Uyunul Akhyar, Ibnu Qutaibah)
766. Dari Anas bin Nadzr al-Asyjai, beliau bercerita, suatu malam ibu dari sahabat Ibnu Masud
meminta air minum kepada anaknya. Setelah Ibnu Masud datang membawa air minum, ternyata sang
Ibu sudah ketiduran. Akhirnya Ibnu Masud berdiri di dekat kepala ibunya sambil memegang wadah
berisi air tersebut hingga pagi. (Birrul walidain, Ibnu Jauzi)
767. Haiwah binti Syuraih adalah seorang ulama besar, suatu hari ketika beliau sedang mengajar, ibunya
memanggil. Hai Haiwah, berdirilah! Berilah makan ayam-ayam dengan gandum. Mendengar
panggilan ibunya beliau lantas berdiri dan meninggalkan pengajiannya. (al-Birr wasilah, Ibnu Jauzi)
768. Adi bin Hatim berkata: Sejak aku menjadi seorang muslim, aku selalu memastikan
bahawa aku telah berwudhu ketika adzan dikumandangkan. (As Siyar: 3/16)
769. Imam Ghazali mengutip atsar Al-Hasan: Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian
tangisi bisa berbicara sekejab, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, niscaya
kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri.
770. Syaikh Abul Hasan Ali AnNadwi berkata: Salah satu usaha dalam dakwah ini adalah menjadikan
dakwah sebagai cara untuk mendatangkan orang awam kepada ulama, dan mewujudkan kerisauan ulama
pada diri orang awam. Dan orang awam dapat memahami derajat ketinggian ulama, sehingga orang
awam senantiasa mengambil manfaat dari para ulama. Sesuai dengan aturan dan penegasan atas hal ini,
dianjurkan agar senantiasa berkhidmat kepada alim ulama. (Sawanih Yusufi)
771. Ilmu dan dzikir bagi gerakanku ini laksana dua pergelangan tangan. Seperti dua buah sayap.
Seandainya satu sayap terlepas, maka burung tentu akan sulit terbang. - Maulana Muhammad Ilyas
rah.a
772. Ilmu tanpa dzikir adalah kegelapan dan dzikir tanpa ilmu adalah pintu bagi banyak fitnah. Maulana Muhammad Ilyas rah.a
773. Segala tindak tanduk dan amal perbuatan serta kesungguhan dan pengorbanan kalian akan menjadi
rusak apabila kalian tidak ambil perhatian terhadap ilmu agama dan dzikrullah. Bahkan kalian dalam
keadaan bahaya yang sangat besar serta besar kemungkinan jika kalian lalaikan kedua hal tadi, maka
usaha dan perjuangan kalian akan menjadi pintupintu baru bagi fitnah dan kesesatan. Usaha dan
perjuangan kalian tidak akan menjadi pintu bagi terbukanya agama. Seandainya ilu tidak dipelajari,
maka islam dan iman sekedar adap istiadat saja. Dan seandainya ilmu ada namun tidak disertai dengan

dzikrullah maka semua akan mejadi kegelapan. - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
774. Di dalam kerja Tabligh ini, ilmu dan dzikir mempunyai peranan dan perhatian yang sangat besar.
Tanpa ilmu, tidak akan mudah untuk beramal, dan tidak akan mengenal amalan. Dan tanpa dzikir, ilmu
akan menjadi kegelapan. Tidak akan dijumpai di dalamnya nur. Namun sayangnya hal ini terasa kurang
dalam ahliahli dakwah. - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
775. Imam Yahya bin Muadz berkata: Hendaknya mumin itu mendapatkan darimu tiga
perkara: 1. Jika kamu tidak bisa memberinya manfaat, maka janganlah memberinya bahaya; 2. Jika
kamu tidak bisa memberinya bahagia, maka janganlah memberinya gundah; 3. Dan jika kamu tida
memujinya, maka janganlah mencelanya. (Ar Risaalah Al Qusyairiyyah)
776. Berkata Hisyam bin Urwah Rahimahullah: Wahai anakku, berserilah wajahmu, ucapkan kalimat
yang baik maka kamu akan dicintai manusia, dari pada kamu mengambil simpati dengan suatu
pemberian atas mereka. (Raudhatul Uqala', 1/75)
777. Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz menukilkan di dalam suratnya kepada seseorang: Adapun
dunia yang saudara tegakkan atau saudara dudukkan untuk (menghalangi) mereka, maka kata-kata
penyair berikut ini sangat sesuai untuk saudara: Kambing penanduk untuk menghancurkan batu tidak
akan membahayakannya. Pada suatu hari, tanduk kambing itu (pasti) akan hancur. (Jilaaul Adzhan,
Menyingkap Tabir Kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh)
778. Berkata Said bin Jubair Radhiallahuanhu: Senantiasa seseorang menjadi pandai selama dia tetap
belajar, ketika dia tidak belajar dan merasa cukup ilmunya maka ketika itu dia menjadi orang yang
paling bodoh. (Adabul Alim Wal Mutaallim, hal. 32)
779. Iman Ibnu Hazm rahimahullaahu ta'ala berkata: Setiap Nikmat yang tidak mendekatkan
pemiliknya kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala maka itu adalah (sebuah) petaka. (Hilyatul Auliya':
III/266, no.3908)
780. Orang yang mampu menghancurkan kebathilan bukan orang yang pandai beramal, tetapi orang
yang memiliki KEYAKINAN didalam hatinya. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
781. Doa akan dikabulkan, jika menghindari makanan-makanan yang HARAM. Dan akan lebih
dikabulkan lagi jika yang MAKRUH pun dihindarkan. (Tadzkirah Hadraji, hal. 195)
782. Muhammad bin an-Nadhar al-Haritsi menyatakan: Pertama yang harus dipelajari DIAM terhadap
ilmu, kemudian mendengarkan, menghafal, mengamalkan lalu menyebarkan (menda'wahkan).
(Syu'abul Iman, 2/289)
783. Imam asy-Syafi'i berkata: Ilmu itu tidaklah indah kecuali dengan tiga perkara; 1.Takwa kepada
Allah Subhanahu wa Ta'ala. 2.Sesuai dengan Sunnah (petunjuk) Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam.
3.Dan rasa takut kepada Allah azza wa jalla. (Manaqib Syafi'i, I/470)
784. Ibnu Mas'ud radhiyallahu anhu berkata: Allah harus ditaati tanpa dimaksiati, diingat tanpa
dilupakan dan disyukuri tanpa di ingkari. (Al-Hakim, ll/294)
785. Seorang tabiin bernama Makhul (wafat 118 H) berkata: Aku pernah melihat seseorang
mengerjakan sholat. Setiap kali ruku dan sujud ia selalu menangis. Lalu aku (berburuk sangka)

menuduh ia menangis karena riya. Namun akibatnya, justru aku tidak bisa menangis (dalam sholat)
selama setahun. (Hilyatul Auliya': 5/184)
786. Saidina 'Ali R.H mengungkapkan: Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang
di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta
mereka (para lelaki) pun melihatnya pula. (adz-Dzahabi, al-Kabair, m/s. 171-172)
787. Seorang gabenor kota Makkah, Attab bin Usaid Al-Umawiy pernah berkata: Wahai penduduk
Makkah, Demi Allah tak ada yang sampai berita salah seorang diantara kalian ada yang tertinggal sholat
dimasjid, kecuali aku akan tebas lehernya. (Ash-sholah, hal.122)
788. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: Ahlus Sunnah Wal Jama'ah adalah mengikuti jejak
langkah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam secara lahir dan batin dan mengikuti jalnnya AsSabiqunal Awalun (orang-orang pertama yang masuk Islam) dari kalangan kaum muhajirin dan Anshar.
(Majmu' Fatawa: 3/157)
789. Berkata Ibnu Hazm: Jika engkau menghadiri majelis ilmu, maka janganlah engkau menghadirinya
kecuali kehadiranmu untuk menambah ilmu dan mencari pahala. Dan bukanlah kehadiranmu itu dengan
merasa sudah cukup ilmu yang ada padamu, atau demi mencari-cari kesalahan (dari pengajar) untuk
menjelekkannya. Hal tersebut adalah perilaku orang-orang yang hina, yang mana mereka tidak akan
mendapatkan kesuksesan dalam ilmu selamanya. (Al Akhlaq Was Siyar: 193)
790. al-Khaththabi rahimahullah (Wafat: 388H) berkata: Nasihat adalah perkataan yang menjelaskan
sebahagian besar perkara yang merujuk kepada menghendaki kebaikan kepada yang diberi nasihat.
(Jami al-Ulum wa al-Hikam, m/s. 79)
791. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (691H-751H) berkata: Nasihat adalah sifat ihsan yang lahir dari
perasaan belas-kasihan semata-mata kerana Allah, dan bersedia untuk menanggung sebarang akibatnya,
seperti cacian yang buruk daripada orang yang dinasihati setelah dilakukan dengan lemah lembut. Jika
nasihat untuk meyakinkannya tidak diterima, maka orang yang memberi nasihat tersebut tidak dikira
melampaui batas dan dia akan menerima balasan atas usahanya tersebut daripada Allah, di samping
merahsiakan (menutup aib) orang yang dinasihatinya dan sentiasa mendoakannya (dengan kebaikan).
(Fiqh as-Siyasah asy-Syariyah fii Dhaw al-Quran wa as-Sunnah wa Aqaul Salaf al-Aimmah, m/s. 208)
792. Imam Sufyan ats-Tsauri rahimahullah berkata: Hanya orang yang berilmu yang lemah-lembut
sahaja berhak untuk menegur pemerintah mereka supaya melakukan kebaikan dan menghalang dari
kejahatan serta bersikap adil dalam menyampaikan nasihat. (Syarhus Sunnah, 10/54)
793. Abdul Malik B. Marwan (seorang Khalifah Bani Umayyah) berkata: Berlaku adillah kepada kami
wahai seluruh rakyat. Kamu mahukan daripada kami seperti pemerintahan Abu Bakr dan Umar, tetapi
kamu tidak mahu berjalan bersama kami dan tidak pula mencontohi rakyat di zaman mereka berdua
(Abu Bakr dan Umar). (ath-Thurthusyi, Siraj al-Muluk, 1/94)
794. Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani menyatakan: Kerajaan Islam bukan impian, bukan
matlamat dan juga bukan perbualan harian Nabi s.a.w dan Para Sahabat r.anhum. (Ilal Islami Min Jadid,
107 dan 161)
795. Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani menyatakan: Kezuhudan akan membangkitkan dalam
jiwa kekuatan-kekuatan yang terpendam, menyalakan bakat dan kebolehan serta menyalakan ruh dan

semangat. Sedangkan keselesaan dan kemanjaan akan membodohkan perasaan, menidurkan jiwa dan
mematikan hati.. (Rijl al-Fikr Wa al-Dawah: 1/104-105)
796. Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah dalam perkara menunda-nunda kebaikan: Sekedar
berangan-angan (tanpa realisasi) itu adalah dasar dari harta orang-orang yang bangkrut (muflis).
(Madarijus Salikin: 1/456, Zaadul Maad: 2/325, Ar Ruuh: 247, Iddatush Shobirin: 46)
797. Syaikh Yahya al-Hajuri berkata: Menyampaikan kebaikan kepada umat manusia adalah termasuk
bagian keimanan. Janganlah ada yang mengira bahwa dakwah illallah ataupun tabligh yang dilakukan
oleh seseorang itu akan sia-sia belaka selama ia bersikap jujur kepada Allah (ikhlash dalam amalnya) ,
meskipun tidak ada seorangpun yang menerima dakwahmu maka kamu tetap mendapatkan pahala.
(Syarh al-Arba'in: 105)
798. Hadrathji Yusuf rahmatullahi mengatakan: Deen/agama tidak dapat difahami dengan tetap di satu
tempat. Deen difahami dengan bergerak. Renungkanlah! Wahyu/ Al-Quran itu tidak diturunkan di satu
tempat. Wahyu diturunkan kadang-kadang di rumah, kadang-kadang dalam perjalanan dan kadangkadang dalam pertempuran..
799. Al-Hasan Al-Bashri pernah berkata: Sesungguhnya, di antara kelemahan imanmu, engkau lebih
percaya kepada harta yang ada di tanganmu daripada perbendaharaan yang ada di sisi Allah. (Jamiul
Ulum wal Hikam, 2:147)
800. Abu Darda radhiallahu'anhu berkata: Barangsiapa yang menganggap bahwa berangkatnya
seseorang mencari ilmu itu bukan jihad, maka sungguh dia kurang akal dan fikiran. (Shahih Jami Al
Bayan, 35/56) - ilmu agama.
801. Syaikh Maulana Ilyas rah.a. mengatakan: Perhatikanlah benar-benar, bahwa kita senantiasa
berhajat kepada para ulama. Tanpa mereka kita tidak dapat ditolong. Bantuan mereka adalah kebahagian
kita. Mereka adalah pera pembawa kebaikan-kebaikan dan nur-nur ilmu Nubuwah. Mengetahui derajat
mereka adalah berarti meninggikan ilmu Nubuwah, dimana ketinggian mereka sangat layak kita
berkhidmat kepada mereka. Dan pahamilah bahwa penghidmatan kita kepada mereka adalah suatu
ibadah yang amat besar. Dan tindakan kita mengambil faedah dari petunjuk dan nasehat-nasehat mereka
serta selalu bermusyawarah dengan mereka adalah asbab mendapatkan cahaya ilmu Nubuwah.
(Sawanih Yusufi, no 17)
802. Syekh Maulana Ilyas Rah.A berkata: Kita perlu fikir bersungguh-sungguh bagaimana ulama` dan
orang-orang soleh boleh ambil bahagian dalam usaha ini agar mereka mendapat keredhoan dan
ketenangan. Jika mereka tidak suka, kita hendaklah bersangka baik atas mereka dan sentiasa menziarahi
mereka dengan niat untuk mengambil faedah agama dan berkat dari mereka. (Malfudzat, 88)
803. Imam Al-Zuhri berkata: Hisyam bin Hakim bin Hizam al-Qurasyiyy r.a menyeru kepada perkara
maruf bersama-sama dengan segolongan bersamanya. (Tahzib al-Tahzib: 11/37)
804. Imam Al-Zahabi berkata: Abdul Rahim bin al-Althi al-Baghdadi(seorang ahli fiqh dan ahli hadis
yang zuhud) mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat sahabat yang berusaha menyuruh manusia
kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran. (Zail Tabaqat al-Hanabilah: 2/316)
805. Ahmad al-Ghazali rah(saudara kandung kepada Abu Hamid al-Ghazali rah pengarang Ihya
Ulumuddin) berkata: Imam Al-Zuhri rah memasuki kampung-kampung dan kebun-kebun, memberi

nasihat kepada penduduknya agar mereka mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. (Tabaqat alSyafiiyyah: 6/62)
806. Ibnu al-Musayyib berkata: Seandainya aku dapat menyaksikan bahawa seseorang termasuk ahli
syurga, maka aku akan menyaksikan bahawa Ibnu Umar termasuk ahlinya. (Siyar A'lam An-Nubala')
807. Diriwayatkan dari Nafi, dia berkata: Seandainya engkau melihat Ibnu Umar ketika mengikuti
Rasulullah SAW, maka engkau akan berkata, Dia orang gila. (Siyar A'lam An-Nubala')
808. Ali bin Abi Thalib r.a berkata: Manusia (di dunia rata-rata) tidur; bila mereka mati, barulah
terjaga. (Ihya' Ulumuddin, 4:23)
809. Syeikh Maulana Ilyas rah.a berkata: Meminta kurniaan dan rezki dari Allah adalah fardhu,
meminta upah di dunia dari ibadat serta khidmat adalah HARAM. (Maldfuzat: 168)
810. Syeikh Maulana Ilyas rah.a berkata: Kita perlu fikir bersungguh-sungguh bagaimana ulama` dan
orang-orang soleh boleh ambil bahagian dalam usaha ini agar mereka mendapat keredhoan dan
ketenangan. Jika mereka tidak suka, kita hendaklah bersangka baik atas mereka dan sentiasa menziarahi
mereka dengan niat untuk mengambil faedah agama dan berkat dari mereka. (Maldfuzat: 88)
811. Syeikh Maulana Ilyas rah.a berkata: Natijah ilmu ialah wujudnya amalan. Dan natijah amalan ialah
wujudnya zikir. Apabila ilmu tidak wujudkan amalan(hanya ilmu sahaja), maka ia adalah ZULMAT. Jika
amalan tidak beserta ingat pada Allah, maka ia adalah bisikan sahaja. Zikir tanpa ilmu adalah FITNAH.
(Maldfuzat: 63)
812. Hazrat Maulana Ibrahim dalam bayan subuhnya pada 15/7/2010 di Masjid Bangawali, Nizamuddin.
Hazrat berkata: Natijah hujan adalah air yang bersih dan pada sudut pandangan, adalah satu makhluk
biasa. Tetapi kesan pergerakannya amat luar biasa. Wujudnya hujan, satu perkara akan menjadi hidup
(tanah kering kontang menjadi subur dengan tumbuh tumbuhan). Begitu juga pergerakan umat ini,
pergerakan hujan natijahnya memberi manfaat. Air hujan membasahi setiap penjuru tempat, tanpa
mengira keadaan tempat tersebut. Dengan wujudnya hujan, maka faedahnya dapat memberi manfaat
kepada satu kehidupan. Air itu diumpamakan agama dan pergerakan hujan diumpamakan pergerakan
umat dengan kerja agama.
813. Maulana Talha Nizamuddin rah.a berkata kepada salah seorang muridnya: Bekalan yang berharga
untuk dibawa mati itulah adalah dalam mengamal, menyebar dan mengajak manusia untuk amalkan
agama. Jika masa yang telah berlalu tanpa berusaha untuk maksud ini, maka sesungguhnya dia telah
merugikan masanya di dunia dan di akhirat kelak dia akan menyesal. Matinya adalah satu kemiskinan
yang hakiki. Maka wahai anak muridku, maksud kita dihantar adalah untuk mati, maka pergunakan
setiap sisa-sisa detik, ketika dan masa ini untuk usahakan bekalan yang berharga dengan perantaraan
mengamal, menyebar dan mengajak manusia untuk amalkan agama. Semoga Allah berkati pertemuan
kita ini.
814. Syeikh Maulana Ilyas rah.a mengatakan: Jadikanlah diri kita maqbul disisi Allah, maka Allah s.w.t
akan memerintahkn semua makhluk untuk menyintai kita.
815. Di dalam satu safar, Hazrat Mufti Zainal Abidin rah pernah bertanyakan kepada ameer Hj. Abd
Wahab berkenaan malfuzatnya lebih banyak dijadikan sebagai usul, tertib dan nasihat dalam usaha.
Setelah safar, Hj. Abd Wahab memberikan nasihat kepadanya: Sejauh mana masa dikorbankan untuk

usaha agama, sebanyak itulah Allah akan campakkan roh dalam percakapan agama kita. Jika percakapan
kita mempunyai roh, maka Allah akan sebarkan percakapan itu dikalangan manusia, dan diberi taufiq
untuk amalkan apa yang dipercakapkan. Sekarang, berapa lamakah masa yang kamu telah berikan untuk
pengorbanan dalam usaha agama? Saat ini, kamu balik ke madrasah kamu dan uruskan hal peribadi
kamu, padahal saya kembali kepada markaz Raiwind untuk bagi masa. Fikirkanlah jawapannya.
816. Syeikh Maulana Ilyas rah.a mengatakan: Sedangkan kamu tidak mendirikan ahkam Allah,
perintahNya dan larangan-laranganNya pada dirimu sendiri dan pada kawasan-kawasan yang mana
kamu ada kuasa (mempunyai kebolehan mendirikan perintah-perintah Allah yang tiada halangan apaapa), maka bagaimanakah pula kamu boleh diberikan peraturan-peraturan dunia dan tugas itu? Tujuan
Allah untuk memberi kuasa kepada orang orang beriman ialah supaya mereka mendirikan hukum-hakam
dan kehendak-kehendak Allah s.w.t atas muka bumi ini. Apabila kamu tidak mendirikannya dikawasan
yang terhad, manakah ada harapan boleh mencapai tujuan Allah s.w.t. apabila kamu diberi kuasa
kerajaan didunia nanti. (Malfuzat)
817. Syeikh Maulana Ilyas rah.a mengatakan: Kedudukan fardhu adalah terlalu tinggi daripada sunat.
Bahkan harus kita faham bahawa tujuan sunat adalah untuk kesempurnaan fardhu yang digantikan
dengannya apabila didapati kekurangan didalamnya. Kesimpulannya, fardhu adalah perkara yang asli
dan merupakan matlamat. Amalan sunat adalah dibawahnya dan juga untuk mengelokkannya. Tetapi
keadaan setengah manusia ialah,mereka lalai daripada amalan-amalan fardhu dan sebaliknya memberi
keutamaan dan kesibukan di dalam amalan amalan sunat. Misalnya tuan-tuan sedia maklum bahawa
dakwat ilal khair mengajakan kepada kebaikan,amar bil makruf menyuruh berbuat baik, dan nahi
anil munkar mencegah kejahatan(pendek kata kesemua kerja bahagian kerja tabligh) adalah fardhu.
Tetapi berapa ramaikah yang dapat menunaikannya? Walhal bilangan orang yang menunaikan zikir
tasbih yang sunat dan amalan sunat yang lain begitu ramai sekali. (Malfuzat)
818. Syeikh Maulana Ilyas rah.a mengatakan: Keistimewaan dan keatasan manusia berbanding dengan
makhluk yang selainnya adalah khusus dari segi percakapan. Kini, dengan percakapan itu dia bercakap
akan perkara yang baik dan menggunakan hanya kapada perkara kebaikan sahaja, maka keistimewaan
dan ketinggian akan diperolehi dalam kebaikan. Dan sekiranya dia bercakap hal-hal keburukan, misalnya
dia bercakap mengenai keburukan dan dengan percakapannya dia menyusahkan manusia tanpa hak,
maka dengan keadaan demikian dia memperolehi keistimewaan dan keatasan dari segi keburukan,
sehingga kadang kala percakapan inilah manusia menjadi lebih buruk dari anjing dan babi. (Malfuzat)
819. Syeikh Maulana Ilyas rah.a mengatakan: Kita telah diperintahkan supaya harta yang telah
dikurniakan didalam penghidupan dunia jangan dijimatkan dan dijaga didalam simpanan yakni
janganlah bakhil, bahkan harus kita membelanjakannya. Tetapi harus pula kita menjaga syaratnya
semasa membelanjakannya, iaitu perbelanjaannya janganlah melampaui perkara-perkara yang tidak
patut. Yakni perbelanjaannya mestilah kepada perkar-perkara yang betul dengan mengikut cara yang
telah diajar oleh Allah s.w.t dan juga didalam batasNya. (Malfuzat)
820. Syeikh Maulana Ilyas rah.a mengatakan: Maksud ittiba Nabi SAW adalah mengikuti kepada dua
perkara: Amalan Rasulullah SAW dan Maksud hidup Rasulullah SAW.
821. Iman seseorang itu ibarat air yang dituangkan ke dalam gelas, sebanyak mana usaha menuang air
kedalam cawan tersebut maka sebanyak itulah paras air yang akan memenuhi cawan tersebut. Begitulah
iman seseorang kepada Allah SWT, lebih diusahakannya maka lebihlah hasilnya, kurang usahanya maka
kuranglah hasilnya. - Tamthil

822. Abdul Malik telah bertanya kepada ayahnya, Mengapa tidak dilaksanakan semua perkara Islam,
walhal kita sudah memerintah? Umar bin Abdul Aziz menjawab, Jangan kamu gopoh wahai anakku,
sesungguhnya Allah cela arak dalam al-Quran sebanyak dua kali, kemudian haramkannya pada kali yang
ketiga. Aku bimbang, jika aku laksanakan kebenaran kepada manusia secara total, bimbangnya mereka
menolak kebenaran itu secara tolal juga.(Al-Muwafaqat, 2/94)
823. Ada kemungkinan matahari terbit, tapi tidak ada cahaya. Tapi tidak mungkin sama sekali ada
dakwah, tetapi tidak ada hidayah! Ini bukan kerja main-main. Tapi ini kerja seluruh para nabi! Hari ini,
tertib yang kita buat, menjadikan dakwah ini nampak mudah dan kecil. Bukan macam itu! Dakwah ialah
kerja yang sangat besar. - Maulana Muhammad Saad
824. Usaha melalui hati dan bukan pikiran. Sejauh mana hatimu menangis, sejauh mana hatimu risau
atau sejauh mana terbakarnya hati, atau sejauh mana risau runsingnya hati bukan bagaimana
pemikiranmu bekerja, atau bagaimana pemikiranmu membuat rancangan, atau bukan bagaimana
pemikiranmu membuat rencana atau bukan bagaimana pemikiran filosofi yang tinggi-tinggi untuk
mendapatkan gagasan-gagasan. - Ustadz Muhammad Qosim At-Timori
825. Syeikh Maulana Saad Al Kandhlawi pernah ditanya oleh seseorang: Syeikh, anda telah berkeliling
dunia meninggalkan anak dan isteri, menghilangkan hak-hak mereka, bagaimana anda
mempertanggungjawabkannya nanti? Beliau menjawab: Itu benar, anak dan isteri saya telah terkurangi
hak-haknya, tapi dengan berkelilingnya saya, banyak laki-laki yang paham akan agama, dengan
pahamnya mereka terhadap agama, maka hak-hak anak dan isteri mereka akan dipenuhi, berapa banyak
keluarga yang akan dipenuhi hak-haknya oleh suami-sumai mereka..
826. Jikalau kamu bingung mau pilih yang mana antara dunia atau akherat, maka tubruk kan saja dunia
mu itu dengan akherat ... maka Insya'Allah langsung 4 Bulan.. - KH. Mukhlisun
827. Syaikh Ahmad Lat An-Nadwi dalam bayannya di Ijtima Malaysia 2009 mengatakan: Apabila maut
datang mencengkam, zahirnya mata tertutup, tetapi yang sebenarnya pada masa itulah mata mereka akan
terbuka dan segalanya akan tersingkap...! Walau di mana jua kita berada, kita kena tahu apa yang Allah
kehendaki daripada kita. Dan kita kena tunaikan kehendak Allah itu mengikut cara Nabi Muhammad
s.a.w, itulah hakikat kehambaan...
828. Maulana Hazim di dalam bayannya mengatakan: Maksud amal ketaatan adalah untuk
mendekatkan diri kepada Allah. Oleh sebab itu alim ulama beritahu bahawa peluang untuk setiap
manusia makin hampir dengan Allah adalah sebanyak mana nafas yang masuk dan keluar daripada
badan. Kerana dengan setiap nafas yang masuk dan keluar daripada badan dan bersama itu kita dapat
melakukan amal ketaatan kepada Allah, yang menyebabkan kita semakin hampir dan dekat kepadaNya.
829. Hadhrat Hj Imdadullah Muhajir al Makki rah berkata: Walaupun jika anda melakukan sesuatu
perbuatan (kebaikan) kerana riya' (menunjuk-nunjuk), jangan tinggalkan amalan tersebut. Walaupun
pada mulanya ia akan menjadi riya', kemudian (dengan keteguhan) ia akan bertukar menjadi adat
(tabiat). Akhirnya, daripada adat akan bertukar menjadi ibadat.
830. Tamthil Hazrat Maulana Nadzrurrohman: Ingatan kita kepada Allah hendaklah seperti seorang ibu
ingat kepada anaknya yang kecil, dia akan gelisah jika tidak melihatnya. Hendaklah kita ada kegelisahan
jika dalam kehidupan kita ada masa yang terlewatkan dari mengingat Allah.

831. Sufyan Ats-Tsauri berkata: Saya tidak pernah menghadapi sesuatu yang lebih berat daripada niat,
karena niat itu berbolak-balik (berubah-ubah). (Hilyatul Auliya: 7/hal.5 dan 62, Jamiul Ulul wal
Hikam: hal.70)
832. Seseorang bertanya pada Tamim Ad-Dari Bagaimana sholat malam engkau? Maka marahlah
Tamim, sangat marah, kemudian berkata, Demi Allah, satu rakaat saja sholatku ditengah malam, tanpa
diketahui (orang lain), lebih aku sukai daripada aku sholat semalam penuh kemudian aku ceritakan pada
manusia. (Dinukil dari kitab Az- Zuhud, Imam Ahmad)
833. Abu Nuaim meriwayatkan: Ayyub As-Sikhtiyani sholat sepanjang malam, dan jika menjelang
fajar maka dia kembali untuk berbaring di tempat tidurnya. Dan jika telah terbit fajar maka dia pun
mengangkat suaranya seakan-akan dia baru saja bangun pada saat itu. (Al-Hilyah: 3/8)
834. Imam Ahmad mengatakan kepada salah seorang muridnya (yang bernama Abu Bakar) tatkala
sampai kepadanya kabar bahwa manusia memujinya: Wahai Abu Bakar, jika seseorang mengetahui
(aib-aib) dirinya maka tidak bermanfaat baginya pujian manusia. (As-Siyar 11/211)
835. Berkata Imam Ahmad: Aku ingin tinggal di jalan-jalan di sela-sela gunung-gunung yang ada di
Mekah hingga aku tidak dikenal. Aku ditimpa musibah ketenaran (kemasyuran). (As-Siyar: 11/210)
836. Maulana Umar rah berkata: Ketiadaan dan kekurangan amalan agama akan mengakibatkan
kehancuran, kecelakaan, kesengsaraan dan kehinaan serta penyesalan manusia didunia sampailah
diakhirat selama-lamanya.
837. Hari-hari berlalu kepada kita semua silih berganti, Kita hanyalah digiring kepada ajal sedangkan
mata melihatnya sendiri, Masa muda yang telah berlalu tidak akan pernah kembali, Dan uban yang telah
keruh tidak akan pernah pergi. (Syadzaratudz Dzahab: 6/231)
838. Imam Asy-Syafii pernah berkata: Keridhaan manusia adalah suatu yang sulit dicapai, maka
hendaklah engkau memperbaiki dirimu dan kerjakanlah dengan sungguh-sungguh, karena tiada jalan
membuat seluruh manusia ridha terhadapmu. (Hilyatul Auliya': 9/122)
839. Hadhrat Mufti Muhammad Abdur Rahim Lajpuri Rahmatullahi A`laih berkata: Kawan manusia
ialah mereka yang berusaha keras membina kehidupan akhirat walaupun nampak seperti memusnahkan
keduniaannya. Musuh manusia ialah mereka yang memusnahkan kehidupan akhirat walaupun ia nampak
seperti keuntungan dunia.
840. Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi Rahmatullahi A`laih pernah berkata: Apabila saya mengambil
tanggungjawab seseorang, saya akan menganggap dia sebagai orang besar dan lebih mulia dari diri saya
sendiri.
841. Hazrat Maulana Shah Abrarul Haq Hardoi Sa`ab Rahmatullahi A`laih berkata: Apabila doktor
memberikan suntikan kepada seorang Putera Raja, doktor itu tidak merasa dirinya mulia dan besar dari
Putera raja itu. Dalam maksud yang sama apabila kita bercakap tentang agama kita tidak seharusnya
merasa diri kita ini lebih besar dan mulia dari para pendengar.
842. Maulana Umar Palampuri Rahimahullah berkata: Orang kuat adalah orang yang sanggup bertahan
dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan.
Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerusokan menuju arus

kebaikan.
843. Al-Imam Ibnu Rajab berkata: Kesabaran ada tiga macam, yaitu kesabaran dalam ketaatan kepada
Allah Azza wa Jalla, kesabaran dalam menjauhi larangan-larangan Allah, dan kesabaran atas takdir
Allah. Ketiga hal itu terkumpul pada puasa, sebab dalam puasa ada kesabaran dalam ketaatan kepada
Allah, kesabaran dalam menahan hawa nafsu yang diharamkan Allah kepada orang yang berpuasa, dan
kesabaran atas apa yang ditakdirkan menimpa orang yang berpuasa berupa rasa lapar, haus serta
lemahnya badan. (Latha-if al-Maarif, hal.354)
844. Sheikh Saed Zayani dalam baynannya mengatakan: Ahli Agama ialah mereka yang menggunakan
dunia untuk kepentingan Agama sebaliknya mereka yang menggunakan agama untuk kepentingan dunia
dinamakan Ahli Dunia.
845. Imam Ibnu Rajab al-Hanbali mengatakan: Betapa banyak manusia yang bercita-cita untuk
berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi cita-citanya tidak sampai karena ia keburu masuk ke dalam gelapnya
kuburan. Betapa banyak manusia yang sedang menjalani harinya tapi tak dapat menyelesaikannya, dan
betapa ramai orang yang mengira dapat bertemu hari esok tapi tak mendapatkannya. Sungguh, jika
kalian melihat kematian dan beratnya perjalanan setelahnya, pasti kalian akan membenci panjang anganangan dan tidak mau terpedaya karenanya. (Latha-if Al-Maarif : 351)
846. Di samping ilmu zahir, hendaklah dipelajari juga ilmu yang berkaitan hati dan rohani supaya hati
juga akan dihiasi dengan ilmu, kerana ilmu yang tidak memberi kesan kepada hati akan didakwa oleh
Allah SWT pada hari kiamat. - Maulana Muhammad Zakariyya rah.a
847. Mu'awiyah bin Abu Sofyan berkata: Adapun Abu Bakar, ia tidak sedikitpun
menginginkan dunia dan dunia juga tidak ingin datang menghampirinya. Sedangkan Umar, dunia datang
menghampirinya namun dia tidak menginginkannya, adapun kita bergelimang dalam kenikmatan dunia.
(ath-Thabaqat al-Kubra, 2/277)
848. Dari Salim bin Abu al-Jady dari Ummu Ad-Darda, Abu Darda berkata: Berfikir sesaat lebih baik
dari solat satu malam. (Shifah As-Shafwah)
849. Dari Qobus dari Ibnu Abbas: Kesulitan paling akhir yang dihadapi oleh seorang beriman adalah
kematian. (Shifah As-Shafwah)
850. Dari Muawiyah bin Qarran, Abu Ad-Darda berkata: Tuntutlah ilmu, jika kalian tak sanggup, maka
bergaullah kalian dengan para ahli ilmu dan jika kalian tidak sanggup bergaul dengan mereka maka
janganlah kalian membenci mereka. (Shifah As-Shafwah)
851. Dzun Nun al-Mishri rahimahullah berkata: Dahulu para ulama saling menasihati dengan tiga hal:
Barangsiapa memperbagus keadaan batinnya, Allah akan memperbagus lahiriahnya; barangsiapa
memperbaiki hubungan dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungannya dengan manusia dan
barangsiapa yang memperbaiki urusan akhiratnya, Allah akan memperbaiki urusan dunianya. (as-Siyar,
19/141)
852. Abu Usamah Al-Khuzai berkata: Imam Malik jika ingin keluar untuk menyampaikan hadits ia
berwudhu sebagaimana wudhu untuk melaksanakan sholat dan memakai pakaiannya yang paling indah,
memakai kopiah beliau dan menyisir (merapikan) jenggot beliau. Beliau ditanya tentang sikapnya itu
maka kata beliau, Aku mengagungkan hadits Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dengan berbuat

demikian. ([Al-Jami, 2/34)


853. Hammad bin Salamah berkata: Kami sedang bersama Ayyub lalu kami mendengar suara (keras
namun tidak jelas), maka Ayyub berkata, Suara apa ini?, apakah kalian tidak tahu bahwasanya
mengangkat suara tatkala hadits Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam disampaikan (dibacakan)
seperti mengangkat suara dihadapan Nabi shallallahu alaihi wa sallam tatkala ia masih hidup? (AlJami: 1/128, 130)
854. Muhammad bin Sirin berbicara dan tertawa, namun jika datang hadits Rasulullah shallallahu
alaihi wa sallam maka iapun dalam keadaan khusyu. (Al-Jami, 2/57)
855. Ibnu Abi Az-Zinad berkata: Said ibn Al-Musayyib tatkala beliau sakit beliau berkata, Dudukkan
aku, aku merasa berat untuk menyampaikan hadits Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dalam
keadaan berbaring. (Al-Jami: 2/34, Jami bayanil ilmi wa fadhlihi: 2/1220)
856. Berkata Ishaq: Aku melihat Al-Amasy jika dia hendak menyampaikan hadits dan dia dalam
keadaan tidak berwudhu maka dia bertayammum. (Jami bayanil ilmi wa fadhlihi: 2/1217, syarh AsSyifa: 2/77)
857. Amr bin Maimun berkata: Aku bolak-balik mendatangi Ibnu Masud selama setahun, dan tidaklah
aku pernah mendengarnya berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam telah bersabda kecuali
pada suatu hari ia menyampaikan hadits dan keluar dari lisannya perkataan Rasulullah telah bersabda,
kemudian menimpa beliau ketakutan hingga aku melihat keringat keluar dari keningnya kemudian ia
berakata, Seperti ini insya Allah, atau kurang lebih seperti ini (lafal
haditsnya sebagaimana yang disabdakan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam) kemudian
mengembang kedua pipi beliau, berubah masam wajahnya dan kedua matanya berlinang air mata. (AlJami Li Akhlaqi Ar-Rawi wa Adabis Sami: 2/66-67, As-Syifa bitarifi huquqil Musthofa: 2/599)
858. Abdurrahman bin Qosim pernah menyebutkan Nabi shallallahu alaihi wa sallam maka pucatlah
wajahnya seakan-akan telah kering darah dari wajahnya. Lidahnya kering di mulutnya karena
pengagunggannya kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Aku (Mushab bin Abdillah) pernah
mendatangi Amir bin Abdillah, jika disebutkan Nabi shallallahu alaihi wa sallam di hadapannya maka
diapun menangis hingga kering air matanya Dan aku telah melihat Imam Az-Zuhri dan dia adalah
orang yang paling dermawan dan paling dekat dengan manusia-, jika disebutkan Nabi shallallahu alaihi
wa sallam di sisinya maka seakan-akan engkau tidak mengenalnya dan dia tidak mengenalmu. Dan aku
pernah mendatangi Sofwan bin Sulaim dan dia adalah termasuk ahli ibadah dan kesungguhan-, jika
disebutkan Nabi shallallahu alaihi wa sallam di hadapannya maka iapun menangis hingga orang-orang
pergi meninggalkaannya. (As-Syifa bitarifi huquqil Musthofa, hal.598)
859. Ahmad bin Sulaiman Al-Qotton berkata: Tidak ada yang berbicara di majelis penyampaian hadits
Abdurrahman bin Mahdi, dan tidak ada yang meruncing alat tulisnya, dan tidak seorangpun yang
tersenyum. Jika ada yang berbicara atau meruncing alat tulisnya di majelisnya maka iapun berteriak dan
memakai kedua sendalnya lalu masuk dalam rumahnya (tidak jadi menyampaikan hadits). Demikian
juga yang dilakukan oleh Ibnu Numair, dan dia adalah termasuk orang yang paling tegas dalam perkara
ini. Waki juga demikian, orang-orang yang berada di majelisnya seakan-akan mereka sedang
melaksanakan sholat. Jika ia mengingkari suatu perkara yang dilakukan diantara mereka maka iapun
memakai sendalnya lalu masuk dalam rumahnya. Ibnu Numair marah dan berteriak, dan jika ia melihat
ada yang meruncing alat tulisnya maka berubahlah wajahnya. (Al-Jami: 1/128, 130)

860. Rumah dalam kegelapan, tidak dapat bezakan antara ular dengan tali. - Tamthil
861. Seseorang yang menggabungkan amal dan asbab di dalam yakinnya tidak akan mendapat
kemanisan dan khusyu' di dalam beramal. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
862. Mufti Maulana Muhammad Ahmad Bahawalpuri menasihatkan kepada pekerja agama: Masjid
adalah satu perkara dan amalan masjid nabawi pun adalah satu perkara, yakni masing-masingnya adalah
dua perkara yang berlainan. Tetapi bila disatukan, iaitu apabila zahir bentuk masjid dimakmurkan
manusia dan serentak dengannya amalan-amalan masjid nabawi juga dihidupkan maka hasilnya adalah
Allah kurniakan hidayahNya. Inilah tertib untuk hasilkan hidayah Allah SWT. Sebaliknya tapi jika dua
perkara ini terpisah dan tidak dihidupkan, hidayah daripada Allah akan tersekat sama sekali.
863. Mufti Maulana Muhammad Ahmad Bahawalpuri menasihatkan kepada pekerja agama:
Kesyumulan agama, dalam sahabah adalah 100% tahap sepertimana yang telah ditinggalkan oleh Nabi
SAW. Disebalik semua ini, adalah sebenarnya datang daripada hasil usaha agama yang dibawa Nabi
SAW. Seluruh sahabah telah datang kepada usaha agama Nabi SAW iaitu amalan masjid nabawi. Apakah
itu usaha agama? usaha agama adalah satu usaha untuk menghidupkan kembali amalan masjid nabawi,
hubungkan manusia dan masjid dengan amalan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat, cara Nabi SAW.
Maka hasil daripada usaha agama, amalan agama yang sempurna akan datang dalam kehidupan kamu.
864. Lingkungan lima tertib usaha agama: 1. Buat dengan yakin yang betul (ehsan, yakin). 2. Usaha cara
Nabi SAW (tariqah dan ilmu, pengendalian alim ulama). 3. Penuh pengorbanan (dugaan dan ujian,
mujahadah nafs). 4. Berterusan tanpa cuti (istiqamah ikhlas dan istiqlas) dan 5. Banyak alirkan air mata
dengan berdoa (ibadah dan dzikir).
865. Mufti Maulana Muhammad Ahmad Bahawalpuri menasihatkan kepada pekerja agama tentang
maksud keluar di jalan Allah: Jadi kamu di sini, kena faham bahawa masa yang diluangkan, negara,
keluarga dan pekerjaan yang kamu telah tinggalkan sekarang ini adalah satu perkara besar kerana kamu
telah buat pengorbanan. Maka pengorbanan ini sebenarnya adalah untuk belajar, bagaimana tahap
kehidupan dan tahap agama kamu akan menjadi sepertimana yang ada pada sahabah iaitu tingkat agama
dan kehidupan sesyumul zaman Nabi SAW..
866. Berkata Abu Bakr Ash-Shiddiq: Tidaklah aku meninggalkan sesuatu yang dilakukan oleh
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam kecuali aku melakukannya dan sesungguhnya aku benar-benar
takut kalau aku meninggalkan sedikit saja dari perintah beliau maka aku akan menyimpang. (AlIbaanah, Ibnu Baththah 1/246, Ta'zhiimus Sunnah hal.24)
867. Abu Bakar Ash Shiddiq r.a berkata: Demi Allah, jika mereka hanya membayar zakat unta tanpa
talinya, tidak dengan keduanya sebagaimana mereka membayarkannya pada zaman Rasulullah sallahu
'alaihi wasallam, kemudian pohon, tanah, jin dan manusia membantu mereka, niscaya aku akan berjihad
atas mereka hingga rohku kembali kepada Allah. Sesungguhnya Allah tidak memisahkan antara shalat
dan zakat, kemudian menyatukannya lagi. (fii Kanzul Ummal, 3/142)
868. Imam adz-Dzahabi rahimahullah menukilkan: Tidak ada yang berkata-kata (berbual) dalam majlis
ilmu 'Abdurrahman B. Mahdi rahimahullah, tidak ada pula yang sibuk mengasah pensil, tiada seorang
pun yang tersenyum, dan tidak ada seorang pun yang berdiri. Seolah-olah di atas kepala mereka ada
burung atau seolah-olah mereka sedang solat (kerana terlalu tekun). Jika beliau melihat salah seorang di
antara mereka tersenyum atau berbual-bual, maka beliau segera memakai seliparnya lalu beredar keluar.
(Siyar Alam an-Nubala, 9/202-203. Tazkiratul Huffaz, 1/242, no. 313)

869. The work of da'wah is the greater jihad. - Hazrat Maulana Yusuf Binori r.alayhi
870. The tablighi jama'at gave Darul Ulum (Deoband) a Mufti. The Darul Ulum needed a Mufti, so they
requested the tablighi jama'at who gave them a Mufti as I am first a tablighi then a Mufti. - Hazrat
Mufti Mahmud Hassan Gangohi r.alayhi
871. Molvi Ilyas has changed 'yas' (despondency) into 'as' (hope). This is the original effort. - Hakimul
Ummah Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi r.alayhi
872. Dear brothers! This is a tablighi gathering and this tabligh was originally the practice of Rasulullah
s.a.w. The work you are doing is therefore not insignificant. I give you the glad tidings that Allah has
granted you the opportunity to carry out a great service. - Sheikhul Islam Hazrat Maulana Husain
Ahmad Madani r.alayhi
873. There are four ways of attaining self reformation and by good chance, they all happen to be found
in the tablighi jama'at. It includes sitting in the company of the pious, it includes dzikr and fikr, it
includes brotherhood for the pleasure of Allah, it includes taking lessons from enemies and also taking
account of oneself. The tablighi jama'at is a conglomeration of the four. For an average person there can
be no way better than this for attaining self-reformation. - Hazrat Maulana Qari Muhammad Tayyib
r.alayhi
874. Berkata Imam Abu `Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari: Hargailah masa lapang kamu,
kerana mati kamu mungkin datang tanpa diduga. Ramai manusia sihat yang aku lihat bebas daripada
penyakit, tetapi nyawa mereka terpisah daripada badan tanpa diduga. (Sirah al-Imam al-Bukhari,
Salahuddin `Ali `Abdul Maujud)
875. Berkata Imam Syafii Rahimahullah: Tidak semua angan-angan dan cita-cita manusia terkabulkan
sebagaimana tidak diharapkannya badai oleh banyak kapal. (Diwan, Hal.8)
876. Sesungguhnya di antara balasan amalan kebaikan adalah kebaikan selanjutnya. Dan di antara
balasan dari amalan kejahatan adalah kejahatan selanjutnya. (Tafsir surah Al Lail Al Quran Al Azhim,
Ibnu Katsir)
877. Al Qurthubi rahimahullah mengatakan: Sifat yang disebutkan dalam (Al Fajr ayat 15-16) adalah
sifat orang kafir yang tidak beriman pada hari berbangkit. Sesungguhnya kemuliaan yang dianggap
orang kafir adalah dilihat pada banyak atau sedikitnya harta. Sedangkan orang mukmin, kemuliaan
menurutnya adalah dilihat pada ketaatan pada Allah dan bagaimana ia menggunakan segala nikmat
untuk tujuan akhirat. Jika Allah memberi rizki baginya di dunia, ia pun memuji Allah dan bersyukur
pada-Nya. (Al Jaami li Ahkamil Quran)
878. Ath Thobari rahimahullah menjelaskan surah Al Fajr ayat 15-16): Adapun manusia ketika ia diuji
oleh Rabbnya dengan diberi nikmat dan kekayaan, yaitu dimuliakan dengan harta dan kemuliaan serta
diberi nikmat yang melimpah, ia pun katakan, Allah benar-benar telah memuliakanku. Ia pun
bergembira dan senang, lantas ia katakan, Rabbku telah memuliakanku dengan karunia ini. Adapun
manusia jika ia ditimpa musibah oleh Rabbnya dengan disempitkan rizki, yaitu rizkinya tidak begitu
banyak, maka ia pun katakan bahwa Rabbnya telah menghinakan atau merendahkannya. Sehingga ia pun
tidak bersyukur atas karunia yang Allah berikan berupa keselamatan anggota badan dan rizki berupa
nikmat sehat pada jasadnya. (Tafsir Ath Thobari)

879. Berkata Imam Ibnu Rajab Rahimahullah: Dunia ini seluruhnya adalah bulan puasa bagi orangorang yang bertakwa, sedangkan hari rayanya adalah hari pertemuan dengan Rabb-Nya. Dan
sesungguhnya sebagian besar waktu siang untuk puasa telah lewat, sedangkan hari raya pertemuan
dengan Rabb-Nya telah dekat. (Lathaif Al-Maarif)
880. Imam Qatadah rah (Wafat: 118H) berkata: Sesungguhnya Allah Swt tidak menyukai adanya
perpecahan terhadap kamu. Allah telah menjelaskannya kepada kamu, memberi peringatan tentang
perpecahan, dan melarang kamu dari terlibat dengannya. Sebaliknya Allah meredhai bagi kamu
kepatuhan, ketaatan, perpaduan, dan al-jamaah. Oleh sebab itu, redhailah untuk diri kamu sedaya-upaya
apa sahaja yang telah Allah redhai bagi kamu. Bahawasanya tiada kekuatan melainkan dengan izin
Allah. (Tafsir ath-Thabari, 7/74)
881. Umar Ibn al-Khaththab berkata: Kekayaan dan kefaqiran adalah dua tunggangan, aku tidak peduli
yang mana dari keduanya yang aku tunggangi. (Majmu' al-Fatawa, vol. XI, hal. 123)
882. Imam al-Munawi berkata: Berapa banyak orang kaya yang kekayaannya tersebut tidak
menyibukkan dan melalaikannya dari Allah, sementara berapa banyak orang fakir yang kefakirannya
menyibukkan dan melalaikannya dari Allah. (Faidhul Qadir, vol. II, hal. 288)
883. Seseorang terkadang dikaruniai kecerdasan. Namun, dia tidak dikaruniai keshalehan. (Syarah
Matan al-Waraqaat Fii Ushuul al-Fiqhi: 3/19, Syaikh Abdul Karim al-Khudair)
884. Imam Al-Khatib Al-Baghdadi (wafat 463 H) dalam mukaddimah kitabnya Iqtidha Al Ilmi Al Amal
berkata: Yang paling memprihatinkan adalah seorang ahli ilmu yang ditinggalkan manusia karena
keburukan akhlaknya, atau seorang bodoh yang diikuti manusia karena banyak ibadahnya.
885. Dalam sebuah syair dikatakan: Berbuat baiklah kepada manusia niscaya engkau akan
mendapatkan hati mereka
etapa sering perbuatan baik itu dapat menundukkan manusia.
886. Keinginan-keinginan terhadap dunia seperti gelombang-gelombang ombak yang
berterusan dan bersilih ganti. - Tamthil

887. Maulana Sa'ad Damat Barakatuhu Katakan, Bahwasanya Sunah Da'wah Nabi SAW ada 3; 1.
Da'wah secara umumiyat, 2. Terjun kesetiap lapisan masyarakat dan 3. Sabar dan Tahammul dalam
menerima setiap ujian. (Musy. Indonesia di Nizamuddin Okt 2011)";
888. Dari Abu Darda' Radhiyallaahu 'anhu mengatakan: Tanda kebodohan itu ada tiga 1. Mengagumi
diri sendiri, 2. Banyak bicara dalam hal yang tidak bermanfaat dan 3. Melarang sesuatu namun
melanggarnya. (Jami' Bayan Al-'Ilmi wa Fadhlih, I/143)
889. The effort of tabligh is like rain, which reaches every area whether people like it or not. Without
asking renumeration from people, it pours over the rivers and oceans just as it falls on mountains, rocky
grounds and salt flats. It is according to the potential of the ground that it either derives benefit from the
rain or is deprived. The rain water then collects in the dams and watering holes from which humans and
animals derive benefit for a long time. It is with this water that fields are irrigated and crops grown. Had
it not been for the rain, even dams and wells would run dry.. - Hazrath Mufti Mahmood Saab
Rahmatullah Alaih
890. Imam Adz-Dzahabi menceritakan bahwa Ibnu Umar radhiyallahu anhu pernah dalam sebuah
majelis mendapatkan 30.000 dinar. Tapi dalam bulan berikutnya ia tidak memakan sepotong dagingpun,

itu semua karena hartanya habis diinfakkan. (Siyar Alam An-Nubala': 3/128)
891. Seorang ulama terkenal bernama Laits bin Saad, beliau mendapatkan gaji 20.000 dinar setiap tahun.
Ia berkata : Meski hartaku sebanyak ini, aku tidak pernah terkena zakat. (Tarikh Baghdad : 13/80). Hal
ini karena harta beliau digunakan untuk berinfak di jalan Allah dan habis sebelum satu tahun, sehingga ia
tidak pernah terkena kewajiban zakat."
892. Abu Hazim mengatakan: Aku tidak pernah berkomentar tentang ulama, kecuali yang baik. Saya
menjumpai para ulama, dan mereka merasa kaya dengan ilmunya sehingga tidak butuh orang yang kaya
dunia. Sementara orang yang kaya dunia tidak merasa kaya dengan dunia mereka, sehingga tetap butuh
ilmu ulama. (Al-Madkhal ilas sunan al-Baihaqi, 456)
893. Abdullah bin al-Mutaz rahimahullah berkata: Ilmu seorang munafik itu terletak pada ucapannya,
sedangkan ilmunya seorang mukmin terletak pada amalnya. (Tsamrat al-Ilmi al-Amal, hal. 44-45)
894. Sufyan ats-Tsauri rahimahullah pernah ditanya, Menuntut ilmu yang lebih kau sukai ataukah
beramal? Maka beliau menjawab, Sesungguhnya ilmu itu dimaksudkan untuk beramal, maka jangan
kau tinggalkan menuntut ilmu dengan alasan beramal, dan jangan kau tinggalkan amal dengan alasan
menuntut ilmu. (Tsamrat al-Ilmi al-Amal, hal. 44-45)
895. Al-Imam Hasan Al-Bashri rahimahullah berkata: Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah
menasihati kalian, dan bukan berarti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang
paling shalih di antara kalian. Sungguh, akupun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Aku
tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna,tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam
menaati Rabb-nya.Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah
dirinya menjadi orang yang sempurna,niscaya tidak akan ada para pemberi nasihat. (Mawaizh lilImam
Al-Hasan Al-Bashri, hal.185)
896. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah berkata: Jika dirimu tidak disibukkan dengan hal-hal yang
baik, pasti akan disibukkan dengan hal-hal yang batil. (Al Jawabul Kaafi, hal 156)
897. Hazrat Maulana Yusuf rah used to say: The object of the work is not merely to cause a few
branches or selected aspects of Deen to spread, but the actual object of the work is that the entire Deen
of Muhammad saw. and the practices of the Sahabah ra. are revived and flourish.
898. Hadhrat Mufti Azeezur Rahmaan Bijnori writes: Hadhrat Moulana Mohammed Yusuf Sahib began
teaching while he was a student. This remained his beloved occupation until the end of his life. He spent
the time which remained after lecturing, supervising the movement of Jamaats and writing and teaching
students. Once I complained to him that I was tired of teaching. I wished to place my responsibility of
teaching on some capable person so that I could proceed in the path of Allah for a few days. On this he
said, Never ever. Before Tabligh you should teach and after Tabligh also you should teach. People say
that we are against the running of madaaris. This is an error on their part. We regard teaching as one of
the fundamental duties. Our involvement in teaching proves this. We wish involvement in teaching to be
combined with Tabligh. (Biography of Hadhrat Moulana Muhammad Yusuf Sahib Amire Tabligh,
pg.77)
899. Understand that Taleem (Tadrees), Tabligh, Tasawwuf are all the works of Nubbuwwat. Only a
foolish person will consider one aspect of Nubuwwat in conflict to another aspect of the work of
Nubuwwat. In my opinion, I do not see any one more foolish and ignorant than this (it is the height of
ignorance). (Maulana Muhammad Saad DB)
900. Allaah, the Merciful, has provided a simple method. It is to go out in the path of Allaah, not
primarily to reform others but to change ones own direction from the world to the Aakhirah, from the
created things to the Creator of things, from materialism to spiritualism. Once the focus changes, the
person knows what he has been created for, then the enthusiasm to seek Ilm, will automatically develop.
Now we will have Muslim doctors, teachers, engineers and business men who will lead Islaamic lives.

Deen will become alive in the surgery, class room, office and factory. (Moulana Mufti Afzal Elias)
901. Berkata Fudhail Bin 'Iyadh: Seorang Aalim itu masih dianggap Jaahil (bodoh) apabila dia belum
beramal dengan ilmunya. Apabila dia sudah mengamalkan ilmunya maka jadilah dia seorang yang
benar-benar Aalim. (Iqtidhaa al-'Ilm al-'amal, hal 37)
902. Berkata Ibnu Umar: Kami (para sahabat) pada zaman Rasulullah saw. suka tidur di masjid, kami
tidur qailulah (tidur tengah hari) di dalamnya, dan kami pada waktu itu masih muda-muda. (Fiqh
Sunnah, Juz I, 213)
903. Ulama salaf pernah berkata: Amal-amal kebajikan bisa dilakukan oleh setiap orang, baik yang
shalih maupun yang fajir (jahat). Sedangkan maksiat, hanya orang-orang shiddiq (bertakwa) saja yang
mampu meninggalkannya.
904. Imam Adz-Dzahabi menceritakan bahwa Ibnu Umar radhiyallahu anhu pernah dalam sebuah
majelis mendapatkan 30.000 dinar. Tapi dalam bulan berikutnya ia tidak memakan sepotong dagingpun,
itu semua karena hartanya habis diinfakkan. (Siyar Alam An-Nubala': 3/128)
905. Ulama mengatakan: Barangsiapa tidak mampu menjaga nafsunya, maka tidak bermanfaat
ilmunya. Dikatakan pula: Jika engkau tidak melawan hawa nafsumu, Ia akan mengantarkanmu kepada
sesuatu yang dapat menghancurkanmu.
906. Ibnu Abbas Radhiallahu anhu mengatakan: Barangsiapa yang suka menjadi orang terkaya, maka
hendaklah dia lebih yakin terhadap apa yang ada di tangan ALLAH daripada apa yang ada di
tangannya. (Al Hilyah:3/218-219, Musnad Asy Syihab:367-368)
907. Sufyan bin Husain al-Wasithi berkata: Aku bercerita mengenai keburukan seorang lelaki di
hadapan Iyas bin al-Muzani, seorang tabi'in yang menjadi hakim Basrah. Maka ia menatap wajahku dan
mengatakan: Engkau pernah ikut berperang melawan Rom? Aku mengatakan: Tidak. Bagaimana dengan
Sind (sekarang Pakistan), India, dan Turki? Aku mengatakan: Tidak. Bagaimana bisa selamat darimu
Rom, Sind, India, dan Turki namun tidak selamat darimu saudaramu Muslim? Sejak dari itu Sufyan bin
Husain al-Wasithi tidak pernah menceritakan aib orang lain kepada manusia dan menghebahnya. (alBidayah wa al-Nihayah, 9/336)
908. Imam Ibnul Qayyim berkata: Cinta yang bermanfaat ada 3 macam, yakni: Cinta kepada Allah,
saling mencintai karena Allah, dan cinta yang dapat memotivasi diri untuk melakukan ketaatan kepada
Allah dan menjauhi kemaksiatan. Demikian juga cinta yang berbahaya ada 3 macam, yaitu: Mencintai
sesuatu setaraf dengan kecintaan kepada Allah, mencintai apa yang dibenci Allah, dan mencintai sesuatu
yang dapat memutuskan dan mengurangi kecintaan kepada Allah. (Ighatsatul Lahfan, hal. 512)
909. Abdur-Razzaq mengeluarkan satu riwayat daripada Umar radhiyallahu anhu, beliau berkata:
Tidak dapat tidak bagi setiap lelaki Muslim untuk mempelajari (sekurang-kurangnya) enam surah: dua
surah untuk solat Subuh, dua surah untuk solat Maghrib dan dua surah untuk solat Isyak. (KanzulUmmal, 1/217)
910. Dr. Yusuf al-Qaradawi mengatakan: Dakwah adalah usaha membawa orang lain kepada agama
Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini,
mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan
diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak
kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala
kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.
911. Dr. Ra'uf Shalabi mengatakan: Dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah
masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada
keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.

912. Iblis juga menyiapkan pasukan khusus yang dikomandani oleh anaknya sendiri bernama Al-Awar.
Mujahid bin Jabr, murid utama Ibnu Abbas menyebutkan bahwa Iblis memiliki 5 anak, satu di antaranya
bernama Al-Awar. Dia memiliki tugas khusus menyeru orang untuk berbuat zina dan menghiasinya agar
nampak baik dalam pandangan manusia. (Talbisul Iblis, Ibnu Al-Jauzy, hal. 41)
913. Ingatlah mati ketika solatmu. Sesungguhnya apabila seseorang mengingati mati di dalam solatnya,
dia akan memperbaiki solatnya. (al-Baihaqi dalam az-Zuhud al-Kabir: 533)
914. Ali Radhiallahu anhu mengatakan: Sesungguhnya ada hal yang paling aku khawatirkan atas kalian,
yakni mengikuti hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikuti hawa nafsu bisa mengakibatkan orang
menyimpang dari kebenaran, sementara panjang angan-angan bisa menjadikan orang lupa akan akhirat.
(HR al-Baihaqi dalam Sya'b al-Iman, VII/369)
915. Mufti Muhammad Taqi Usmani Hafizahullah berkata: Para Sahabat R.Anhum tidak percaya
bahawa adanya sunnah yang tidak penting dan signifikan. Setiap sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan
kemuliaannya serta kejayaan ada di dalam keyakinan mereka. Jadi adalah menjadi tanggungjawab setiap
muslim untuk belajar dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W tanpa membezakan mana satu
yang penting ataupun kurang penting.. (Islahi Khutbaat)
916. Imam Hasan al-Bashri Rahimahullah mengatakan: Ketahuilah kezaliman penguasa adalah
kemurkaan dari kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah tidaklah dihadapi dengan pedang(emosi), akan
tetapi dengan takwa(amalan), tolaklah dengan do'a, taubat dan menjauhkan dosa. (Adab, al-Hasan alBashri hal. 119)
917. The first objective in this effort is the tabdeeli of yakeen [correction of yakeen]. Without imaan
there is no amaal, without imaan there is no reward for actions, without strong imaan there will be no
istikamat[consistancy] on amaal. - Maulana Muhammad Saad
918. Maulana Zubair bercerita dinasehati oleh Maulana Zakariyya Rah.A: Wahai Zubair, syarat orang
agar bisa berhasil dalam usaha dakwah ini adalah Tawadhu, merasa dirinya ini tidak punya apa-apa.
Hanya karena pertolongan Allah saja semua ini bisa terjadi. Tetapi ini Zubair tidak boleh hanya di mulut
saja, saya ini lemah, saya ini fakir, tapi hatinya saya ini hebat, saya ini karkun kuat, ahli mujahaddah..
jangan yang seperti itu, ini tidak akan diterima oleh Allah Swt. Tapi memang ditanamkan dalam hati kita
memang kita tidak punya apa-apa, hanya Allahlah yang punya segalanya.
919. Luqman Al-Hakim berkata kepada anaknya: Wahai anakku, ada tiga perkara yang tidak dapat
diketahui kecuali pada tiga tempat : Tidak diketahui seorang yang lembut kecuali pada saat dia marah;
tidak diketahui seorang yang pemberani kecuali pada saat perang; dan tidak diketahui seorang saudara
kecuali pada saat kita membutuhkannya. (Al-Adab Asy-Syar'iyyah : 3/534)
920. Hazrat Maulana Muhammad Taqi Usmani Hafizahullah pernah berkata: Para Sahabat R.Anhum
tidak percaya bahawa adanya sunnah yang tidak penting dan signifikan. Setiap sunnah Nabi Muhammad
S.A.W dan kemuliaannya serta kejayaan ada di dalam keyakinan mereka. Jadi adalah menjadi
tanggungjawab setiap muslim untum belajar dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W tanpa
membezakan mana satu yang penting ataupun kurang penting. (Islahi Khutbaat)
921. Hazrat Maulana Shah Abrarul Haq Hardoi Rahimahullah pernah berkata: Apabila seorang doktor
memberi suntikan kepada seorang putera raja, dia tidak akan sekali-kali merasakan dirinya besar dari
putera raja itu. Dalam maksud yang sama, apabila seseorang bercakap tentang islam, tidak harus ia
merasakan dirinya besar dan lebih pandai dari para pendengar. Berkenaan tentang kemahiran seseorang
itu dalam sesuatu bidang sebagai hampir sempurna ialah dibenarkan, tetapi berkenaan merasakan dirinya
besar dan lebih pandai ialah haram. Ini adalah kerana kriteria dan kelebihan seseorang itu ialah di dalam
penilaian dan penerimaan dirinya oleh Allah S.W.T (Qubuliyat inda'Allah) yang mana ianya tidak akan
didapati dan diketahui di dunia ini. (Malfoozat)
922. al-Ahnaf pernah berkata, Umar al-Khaththab mengatakan kepada kami: Fahamilah agama sebelum

memegang kekuasaan. Sufyan menjelaskan perkataan Umar tersebut: Kerana jika seseorang telah
memahami agama, dia tidak akan berhasrat terhadap kekuasaan. (Shifah ash-Shafwah, 2/236)
923. A'maal e Da'wat A'maal e nabuwwat hai!!! - Moulana Saad khandalvi
924. Ada orang yang berkata: Aku pernah mencela seseorang yang telah hilang sebagian giginya. Lalu
gigiku pun lenyap semuanya! (Al-Adab asy-Syariyyah : 1/341, Ibnu Muflih)
925. al-Kisai berkata dalam bentuk untaian syair: Jagalah lisanmu jangan berkomentar, sebab engkau
pun dapat ditimpa ujian. Sesungguhnya bala itu dapat disebabkan oleh ucapan. (Thabaqat alMufassirin : 1/403, ad-Dawudi)
926. Ibrahim an-Nakhai menasihatkan: Sesungguhnya aku mendapatkan jiwaku membisikkan
kepadaku agar mengatakan sesuatu. Tidaklah ada yang mencegahku dari mengatakannya melainkan
kekhawatiranku akan tertimpa seperti yang kuucapkan. (Dzamm al-Baghyi : 56, Ibnu Abid Dunya)
927. Al Hasan berkata kepada Mutharrif bin Abdillah: Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu.
Mutharrif menjawab: Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan. Al Hasan
balik berkata: Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun diantara kita yang melakukan
semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berpikir seperti itu sehingga tidak
ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran. (AlJami li Ahkamil Quran: 1/367, Al-Qurthubi)
928. Sebagaimana dikatakan seorang penyair: Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia,
Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita? (AlJami li Ahkamil Quran: 1/367, Al-Qurthubi)
929. Imam Nawawi rahimahullah berkata: Ketahuilah, setiap orang yang telah dewasa dan mukalaf
seharusnya menjaga lisannya dari segala bentuk perkataan, yakni tidaklah ia berkata kecuali perkataan
yang betul-betul mengandung manfaat. Jika manfaat yang terkandung sama antara ia diam maupun
berbicara, maka tindakan yang sesuai sunnah adalah sebaiknya ia memilih diam. Karena terkadang
ucapan yang mubah, lambat-laun akan mengantarkan untuk mengucapkan kata-kata yang haram atau
makruh. Kejadian seperti itu banyak terjadi. Sedangkan selamat dari mengucapkan sesuatu yang haram
merupakan harta yang tak ternilai. (Al-Adzkar: 284)
930. Hisyam Ad-Dastuwai Al-Bashri berkata: Demi Allah, aku tidak berani mengatakan sesungguhnya
aku pergi suatu hari untuk belajar hadits hanya untuk Allah Taala semata. (Siyar Alam An-Nubala:
7/152-153)
931. Berkata Al-Hasan: Sabar adalah perbendaharaan surga yang tidak diberikan Allah kecuali bagi
hamba yang mulia di sisi-Nya. (Uddatush Shabirin: 95)
932. Seseorang pernah berkata: Dia memilih dunia untuk kekal bersamanya, Padahal kematian
mendatanginya sebelum angannya terlaksana. Dengan cepat batang kurma ia sirami, Batang kurmanya
tetap hidup sedangkan penyiramnya telah mati.
933. Syaikh Muhammad bin Amin asy-Syinqithi berkata: Iblis mengqiyaskan dirinya dengan asal
usulnya yaitu api, lalu ia mengqiyaskan Adam dengan asal usulnya yaitu tanah, kemudian dari qiyas
tersebut ia menganggap dirinya lebih mulia dibanding Adam. Iblis beralasan dengan qiyas padahal
terdapat dalil yang tegas yakni perintah Allah yang memerintahkannya bersujud kepada Adam. Qiyas
yang demikian menurut ulama ushul fiqih dinamakan qiyas yang rusak dan tidak pada tempatnya.
(Adhwaul Bayan: 1/33)
934. Al-Imam Ibnu Katsir dalam kitabnya al-Bidayah wan Nihayah (14/28) menceritakan tentang
khalifah Harun ar-Rasyid: Perjalanan bidupnya sangat mulia. Beliau seorang raja yang paling banyak
berjihad dan menunaikan ibadah haji. Setiap hari beliau bersedekah dengan hartanya sendiri sebanyak

seribu dirham. Jika beliau pergi haji maka ia juga menghajikan seratus ulama dan anak-anak mereka.
Jika beliau tidak pergi haji maka ia menghajikan tiga ratus orang. Beliau sangat gemar bersedekah.
Beliau mencintai ulama dan pujangga. Cincin beliau bertuliskan La ilaha Ilallah.
935. Abul Atahiyah menasihati Harun ar-Rasyid dengan sebuah syair: Janganlah engkau merasa
selamat sekejap pun dari kematian, Walaupun engkau mempunyai para penjaga dan para pasukan.
Ketahuilah bahwa panah kematian pasti akan tepat sasaran, Meskipun seseorang berada dalam benteng
perlindungan.
936. Imam Ibnu Rajab dalam kitabnya Latha-if Al-Maarif menjelaskan: Al-Afwu (Maha Pemaaf)
adalah salah satu nama Allah yang indah. Dengan demikian, Allah tidak menghukum hamba-Nya atas
keburukan yang mereka lakukan, bahkan sebaliknya Dia akan menghapus bekas keburukan itu dari
mereka. Allah mencintai maaf dan menyukai untuk memaafkan hamba-Nya, sebagaimana Dia juga
menyukai jika para hamba-Nya saling memaafkan. Jika sebagian manusia memaafkan sebagian yang
lain, maka Allah akan memaafkan orang itu. Dan Allah lebih menyukai menurunkan maaf daripada
menurunkan siksa-Nya.
937. Imam Ibnul Qayyim berkata: Ketahuilah sesungguhnya seorang hamba hanyalah mampu melalui
tahapan-tahapan perjalanan menuju (ridha) Allah dengan hati dan keinginannya yang kuat, bukan (cuma)
dengan (perbuatan) anggota badannya. Dan takwa yang hakiki adalah takwanya hati, bukan takwa
anggota badan (saja). (Kitab al-Fawaid, hal. 185)
938. an-Nawawi berkata: Sesungguhnya amalan yang tampak (pada anggota badan) tidaklah (mesti)
menunjukkan adanya takwa (yang hakiki pada diri seseorang), akan tetapi takwa (yang sebenarnya)
terwujud pada apa yang terdapat dalam hati (manusia), berupa pengagungan, rasa takut dan (selalu)
merasakan pengawasan Allah Subhanahu wa Taala. (Syarh Shahih Muslim: 16/121)
939. 'Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu berkata: Barang siapa yang menginginkan akhirat, berarti
dia akan mengalami kesulitan di dunia. Barang siapa menghendaki dunia, dia akan mengalami kesulitan
di akhirat. Wahai sekalian manusia, bersusah payahlah kalian dengan sesuatu yang musnah untuk
kebahagiaan yang kekal. (Siyar A'lam Nubala', 1/496)
940. Ibrahim at-Taimi rahimahullah berkata: Berapa jarak antara kalian dengan mereka (orang-orang
shalih)? Dunia datang kepada mereka, tetapi mereka meninggalkannya, dan dunia meninggalkan kalian,
tetapi kalian terus mengejarnya. (Shifatush Shafwah: III/90 dan as-Siyar: V/61)
941. Abu Hatim Ibn Hibban mengatakan: Wajib atas orang berakal untuk sentiasa bebas daripada
perlakuan mencari-cari keaiban orang lain, dan sentiasa menyibukkan diri dengan memperelokkan
keaiban diri sendiri. Sesungguhnya sesiapa yang menyibukkan dirinya dengan keaiban diri sendiri, dia
akan merehatkan badannya dan tidak meletihkan hatinya. Kerana setiap kali dia mengesani suatu aib
pada dirinya, dia akan bersikap mudah jika melihat aib yang sama pada saudaranya. Dan sesiapa yang
menyibukkan diri dengan keaiban orang lain tanpa mengendahkan aib dirinya, hatinya akan buta dan
badannya akan letih. (Rawdhah al-Uqala)
942. Syair Arab mengatakan: Jika seseorang itu berakal dan warak, Kewarakannya akan melekakannya
dari aib orang lain.
943. Seseorang datang kepada Ibn Abbas dan bertanya: Mereka menyebut tentang Fulan... Lantas Ibn
Abbas berkata, Kalau kamu mahu menyebut aib-aib saudaramu itu, sebutlah aib-aib kamu. (Syuab alIman 9/110)
944. Ibn Sirin rah. berkata: Sekiranya aku diberi pilihan antara memasuki syurga dengan mendirikan
dua rakaat solah maka solahlah yang akan menjadi pilihanku kerana masuk ke syurga adalah sematamata untuk kesukaanku, sementara dua rakaat solah pula untuk keredhaan Allah. (al-Jami` al-Saghir)
945. Saad bin Abi Waqqas r.anhu menulis surat kepada panglima tentera Qadisiah, Rustam yang di

dalamnya berisi: Sesungguhnya bersamaku terdapat satu kaum yang mencintai mati sebagaimana
orang-orang 'Ajam mencintai arak. (Tafsir 'Azizi)
946. Dunia adalah jasad, roh pada dunia adalah agama. Agama adalah jasad, roh pada agama adalah
dakwah. Dakwah adalah jasad, roh pada dakwah adalah mujahadah. Mujahadah adalah jasad, roh pada
mujahadah adalah mesyuarat. Mesyuarat adalah jasad, roh pada mesyuarat adalah taat. Taat adalah jasad,
roh pada taat adalah ikhlas. Ikhlas adalah jasad, roh pada ikhlas adalah istiqamah. Istiqamah adalah
jasad, roh pada istiqamah adalah istikhlas. - Maulana Zam Zam
947. Malik bin Dinar berkata: Ada empat tanda kesengsaraan: Hati yang keras, mata yang tidak pernah
menangis (karena Allah), panjang angan-angan dan tamak terhadap dunia. (Hilyatul Auliya': 4/212)
948. Nasehat Syaikh Nawawi: Jadilah orang yang paling baik dalam pandangan ALLAH. Jadilah orang
yang paling buruk dalam pandangan diri sendiri. Jadilah orang yang biasa saja dalam pandangan
manusia. (Nashoihul-Ibad)
949. Andai perjuangan Dakwah itu mudah, pasti banyak yang menyertainya. Andai perjuangan Dakwah
ini singkat, pasti banyak yang Istiqomah diatasnya. Andai perjuangan Dakwah ini menjanjikan
kemanisan dunia, pasti banyak yang tertarik padanya. Tetapi hakikat Dakwah ini tidaklah begitu. Kadang
Turun Naik. Sakit-Sehat. Pedih-Nikmat. Asam-Kecut. Senang-susah. Kenyang-lapar. Satu hati-pecah
hati. Diterima-diusir. Dipuji-dihina dimaki. Ditendang-dinusrohi. Maka andai terjatuh, bangkitlah
kembali. Andai terluka dan sakit hati, Bersabarlah. Dan harapkanlah pahala yang berlipat ganda pada
Allah SWT. Andai lelah dan lemah, ingatlah gerbang Firdaus menanti dan di saat perjumpaan dengan
Allah SWT. Tahukah anda kenapa perjuangan Dakwah itu pahit? Di karenakan SYURGA ITU SANGAT
INDAH DAN MANIS. - Targhib Santri Temboro
950. Abu Abdullah Bin Baththah berkata: Saya mendengar Abu Muhammad Al Barbahari (Imam Al
Barbahari Rahimahullah) berkata: Duduk-duduk untuk saling memberi nasihat adalah pembuka pintu
faedah, sedangkan duduk-duduk untuk berdebat adalah penutup pintu faedah. (Syarhus Sunnah)
951. Imam Al Barbahari Rahimahullah bersyair: Barangsiapa yang puas dengan apa yang dimiliki maka
dia menjadi orang kaya dan selalu tetap dialas agama. Betapa tingginya kedudukan qana'ah membuat
orang rendahan menjadi mulia. Jiwa seseorang menjadi sempit ketika dalam kemiskinan namun bila ia
mendekat kepada Tuhannya semua menjadi luas. (Syarhus Sunnah)
952. Dari Abu Jafar al-Hadzdza diriwayatkan bahwa ia menceritakan, Aku pernah mendengar Ibnu
Uyainah berkata: Apabila amalan hati bersesuaian dengan amalan zahir, itulah keadilan. Apabila
amalan hati lebih baik dari amalan zahir, itulah keutamaan.Dan apabila perbuatan zahir lebih bagus dari
amalan hati, itulah kepuasan. (Shifatush Shafwah: 4/141,142)
953. Al-Syaikh Muhammad Yusuf al-Kandahlawi rahimahullah menjawab pertanyaan seseorang
berkenaan jihad: Kalaulah kami mempunyai pandangan khusus dalam masalah jihad yang merupakan
kemuncak Islam, nescaya kamu tidak akan dapati dalam buku kami Hayat al-Sahabah berita-berita
tentang peperangan, jihad Rasulullah s.a.w. dan Sahabatnya yang mulia itu, dan buku ini tersebar luas
dan dimiliki oleh saudara-saudara kami di seluruh pelusuk dunia.
954. Dakwah itu menguatkan Ilmu dan Ilmu itu menguatkan Dakwah. - KH Uzairon
955. Hendaknya ada 3 sifat dalam diri kita, 1. Kesatuan hati, 2. Kesatuan fikir, dan 3. Cara yang
betul. Kerana dengan 3 sifat itu akan ada pertolongan Allah SWT. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
956. Dari `Adiy bin Artah, dia berkata: "Seorang dari para sahabat Nabi Sallallahu `Alayhi Wasallam
apabila dipuji, dia berkata: "Ya Allah, janganlah Engkau hukumi aku untuk apa yang mereka perkatakan.
Dan ampunilah aku (untuk) apa yang mereka tidak ketahui." (Al-Adab Al-Mufrad li Al-Imam AlBukhariy)

957. Thawus rahimahullah mengatakan: Termasuk Sunnah, yaitu menghormati orang alim. (Jami
Bayanil Ilmi wa Fadhlihi, I/129)
958. Al-Imam Ibnul Jauzi berkata: Demi Allah, wajib atasmu wahai seorang yang telah dimuliakan
dengan ketakwaan - janganlah engkau menjual kemuliaan taqwa dengan kehinaan maksiat-maksiat, dan
bersabarlah dari dahaga hawa nafsu di dalam panasnya sesuatu yang diinginkan walaupun merasakan
sakit dan terbakar. (Shaidul Khathir: 1/45)
959. Dinukilkan dalam syarah hadith Mazahiri Haq: Manusia diumpamakan seperti barang-barang
galian emas dan perak kerana barang-barang tersebut mempunyai berbagai jenis dan nilai yang berbezabeza. Emas dan perak selagi tidak digali dan dibersihkan nilainya adalah rendah. Begitu juga dengan
manusia yang berada di dalam kekufuran dan kegelapan, nilai dan sifatnya adalah rendah, walaupun
didalamnya tersembunyi sifat pemurah, keberanian dan sebagainya. Islam dan kefahaman agama akan
mengubah semua sifat buruk ini dan meletakkannya di dalam martabat yang tinggi. (Ilmu dan Zikir,
Muntakhab Ahadith)
960. Yazid Ar-Raqasyi rahimahullahu berkata kepada dirinya sendiri, Celaka engkau wahai Yazid!
Siapa gerangan yang akan menunaikan shalat untukmu setelah kematianmu? Siapakah yang
mempuasakanmu setelah mati? Siapakah yang akan memintakan keridhaan Rabbmu untukmu setelah
engkau mati? Kemudian ia berkata, Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian menangis dan meratapi
diri-diri kalian dalam hidup kalian yang masih tersisa? Duhai orang yang kematian mencarinya, yang
kuburan akan menjadi rumahnya, yang tanah akan menjadi permadaninya dan yang ulat-ulat akan
menjadi temannya.. dalam keadaan ia menanti dibangkitkan pada hari kengerian yang besar.
Bagaimanakah keadaan orang ini? Kemudian Yazid menangis hingga jatuh pingsan. (At-Tadzkirah, hal.
8-9)
961. Al-Hasan Al-Bashri rahimahullahu berkata, Tidaklah hati seorang hamba sering mengingat mati
melainkan dunia terasa kecil dan tiada berarti baginya. Dan semua yang ada di atas dunia ini hina
baginya. (At-Tadzkirah, hal. 9)
962. Adalah Umar bin Abdil Aziz rahimahullahu bila mengingat mati ia gemetar seperti gemetarnya
seekor burung. Ia mengumpulkan para ulama, maka mereka saling mengingatkan akan kematian, hari
kiamat dan akhirat. Kemudian mereka menangis hingga seakan-akan di hadapan mereka ada jenazah.
(At-Tadzkirah, hal. 9)
963. Di satu pertemuan dengan Syaikh Ibrahim Muhammad Shukro di Jordan, 24.5.11, Syaikh Hajji
Mohammed Abd Wahhab mengatakan: Jika seseorang itu cinta dengan usaha dakwah dan berdoa
supaya orang lain terlibat dengan usaha dakwah, maka Allah akan terima anak-anaknya iaitu anakanaknya pun akan menjadi orang yang berada di atas hidayat.
964. al-Fudhail bin 'Iyadh berkata: Barangsiapa yang ingin selamat dari ghibah (menggunjing)
hendaklah ia menutup pintu persangkaan. Barangsiapa yang selamat dari persangkaan, maka ia akan
selamat dari tajassus (mencari-cari kesalahan orang lain). Barangsiapa yang selamat dari tajassus, maka
ia akan selamat dari ghibah. (Hambatan-hambatan Dakwah, Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)
965. Abu Darda radiallahu 'anhu pernah berkata: Yang paling aku takuti adalah soalan yang akan
dikemukakan kepadaku dihadapan sekalian manusia iaitu apakah yang kamu telah lakukan terhadap ilmu
yang kamu ketahui? (HR Baihaqi)
966. Imam al-Hafiz Sufyan ibn `Uyaynah (wafat 198H) mengatakan: Bukanlah seseorang itu dikatakan
`alim(berilmu) apabila dia mengenal apa yang baik dan apa yang buruk. Tetapi seseorang itu dikatakan
`alim(berilmu) ialah apabila dia mengenal yang baik maka dia mengikutinya, dan apabila dia mengenal
yang buruk maka dia menjauhinya.
967. Mujahid rah. berkata: Sesiapa mengambil berat untuk mengetahui waktu solah maka mereka akan

mendapat keberkatan sepertimana keberkatan yang dilimpahkan ke atas Nabi Ibrahim a.s dan
keluarganya. (Dur rul-Mansthur).
968. Al-'Allamah asy-Syaikh Sayyid Abul-hasan Ali an-Nadwi rahimahullah menulis: Kewajipan
agama terbesar yang mesti dipenuhi dan ditunaikan oleh kaum muslimin pada zaman moden ini adalah
menyebarkan dakwah kepada semua umat manusia dengan jalan merombak bayang atau gambar Islam
menjadi HAKIKAT Islam. (Ilal-Islam Min Jadid)
969. Ahmad mengeluarkan dari Aisyah r.ha, dia berkata: Abu Bakar meninggal dunia tanpa
meninggalkan satu dinar maupun satu dirham pun. Sebelum itu dia masih memilikinya, namun
kemudian dia mengambilnya dan menyerahkannya ke Baitul-mal. (al-Kanzu, 3/132)
970. Berkata imam Fudhail B. Iyadh rahimahullah (Wafat: 187H): Istighfar (mohon keampunan) tanpa
melepaskan diri (dari kemaksiatan) adalah taubatnya para pendusta. (al-Adzkar, ms.703)
971. Pujangga arab bermadah: Sesiapa sahaja yang memilih jalan yang bertentangan dengan jalan
pesuruh Allah swt, tidak mungkin akan sampai ke matlamatnya. (Fadhilat Tabligh, Mengenali dan
Mendampingi Ahli Haq)
972. Abdullah bin Masud radhiyallahu anhu berkata, Barangsiapa yang menginginkan akhirat, berarti
dia akan mengalami kesulitan di dunia. Barangsiapa menghendaki dunia, maka dia akan mengalami
kesulitan di akhirat. Wahai sekalian manusia, bersusah payahlah kalian dengan sesuatu yang musnah
untuk kebahagiaan yang kekal. (Siyar Alam an-Nubala, 1/496)
973. Al Imam Al Hasan Al Bashri berkata: Wahai anak Adam, jika engkau melihat manusia berada
dalam kebaikan maka berlombalah dengan mereka, dan apabila engkau melihat mereka dalam
kebinasaan tinggalkanlah mereka berserta apa yang telah mereka pilih bagi diri mereka sendiri. sungguh,
telah kita saksikan kaum demi kaum yang lebih mengutamakan dunia daripada kehidupan akhiratnya,
akhirnya mereka menjadi hina, binasa, dan tercela. (Mawaizh Al Imam Al Hasan Al Bashri, hal 46-48)
974. Hasan Al Bashri Rahimahullah mengatakan, Wahai anak Adam, jagalah agamamu, perhatikanlah
agamamu. Karena agamamu adalah darah dagingmu. Apabila agamamu selamat, akan selamat pula
darah dan dagingmu. Kalau tidak demikian, -kita berlindung kepada Allah- maka baginya adalah neraka
yang tak pernah padam, luka membusuk yang tak pernah sembuh, adzab yang tak akan habis selamalamanya, dan jiwa sekarat dalam siksa yang tidak akan mati. (Hilyatul Auliya)
975. Abdullah bin Abbas Radhiyallahu anhu mengatakan, Sungguh amal shalih itu memiliki cahaya di
dalam qalbu, kecerahan pada wajah, kekuatan dalam badan, tambahan rezeki, dan kecintaan di hati
manusia. Sebaliknya, maksiat itu berakibat kegelapan qalbu, suramnya wajah, lemahnya badan,
kurangnya rezeki, serta kebencian di hati manusia. (Al Istiqamah)
976. Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu 'anhu berkata kepada sahabatnya: Marilah kita menambah
iman! Lalu mereka berdzikir kepada Allah. (Fathul Bari, Maktabah Sahab)
977. Hubaih bin Hamasah radhiyallahu'anhu berkata: Sesungguhnya iman bertambah dan berkurang.
Ia ditanya: Apakah tanda bertambah dan berkurangnya? Ia menjawab: Jika kita mengingat dan takut
kepada Allah, maka itu tanda tambahnya keimanan. Dan jika kita lalai, lupa, dan menyia-nyiakan waktu,
itu pertanda berkurangnya iman. (Fathul Bari, Maktabah Sahab)
978. Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu berkata: Semua keyakinan yang benar adalah keimanan.
(Maksudnya keyakinan yang mendorong amal shalih). (Fathul Bari, Maktabah Sahab)
979. Mu'adz bin Jabal radhiyallahu 'anhu berkata: Marilah duduk bersamaku untuk beriman (berdzikir)
sesaat. (Fathul Bari, Maktabah Sahab)

980. Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah berkata: Aku mencari jannah (surga) dengan keyakinan, dan lari
dari neraka dengan keyakinan. (Maksudnya dengan iman). (Fathul Bari, Maktabah Sahab)
981. Luqman berkata: Amal tidak mampu tegak kecuali dengan iman. Barangsiapa lemah
keimanannya, maka lemah amalnya. (Fathul Bari, Maktabah Sahab)
982. Abdullah bin Ukaim rahimahullah berkata: Aku mendengar Abdullah bin Mas'ud berdoa: Ya Allah
tambahlah keimanan, keyakinan, dan pemahamanku. (Fathul Bari, Maktabah Sahab)
983. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: Tidak ada kebahagiaan, kelezatan, kenikmatan dan
kebaikan hati melainkan bila ia meyakini Allah sebagai Rabb, Pencipta Yang Maha Esa dan ia beribadah
hanya kepada Allah saja, sebagai puncak tujuannya dan yang paling dicintainya daripada yang lain.
(Mawaaridul Amaan al-Muntaqa min Ighatsatul Lahafan, hal. 67)
984. Seorang ulama menasihatkan: Islam ini seperti sebuah bangunan yang sangat besar dan cantik.
Semasa dibangunkan, ada orang yang bekerja untuk menyiapkannya. Ada yang berhenti sebelum siap,
ada yang bekerja dalam masa dua hari, ada yang bekerja setahun dan ada yang membuat bangunan ini
sehingga siap. Bila sudah siap, yang bekerja sehari pun kata dulu saya terlibat dalam membuat bangunan
ini. Dulu saya buat ini, dulu saya buat itu. Begitulah di akhirat nanti. Setiap orang ingin dikaitkan dengan
dakwah ini. Walaupun cuma beri masa sekejap sahaja untuk dakwah dan menghidupkan agama.
Begitulah nilainya dakwah dan Islam ini.