pelajar melukis lima buah-buahan tempatan kemudian mewarna buahbuahan tersebut Oleh itu pelbagai kemahiran yang dapat diterapkan
dalam aktiviti tersebut antaranya ialah kemahiran berfikir, melukis dan
mewarna. Kemahiran utama yang cikgu tersebut hendak fokuskan
ialah kemahiran melukis iaitu objektif utama pengajaran dan
pembelajaran. Manakala kemahiran sampingan ialah kemahiran yang
digabungjalinkan dengan kemahiran utama iaitu kemahiran mewarna
dan berfikir.
Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan
kemahiran daripada mata pelajaran yang lain. Penggabungjalinan
antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain amatlah
penting untuk meningkatkan kemahiran murid. Contohnya kemahiran
daripada Pendidikan Seni Visual boleh digabungjalinkan dengan mata
pelajaran Kajian Tempatan. Bagi mata pelajaran Kajian Tempatan,
pelajar perlu megenali peta Malaysia. Oleh itu pelajar perlu melukis
dan mewarna peta Malaysia mengikut nama-nama negeri yang
terdapat di Malaysia. Kemahiran dalam Pendidikan Seni Visual seperti
melukis dan mewarna digabungjalinkan dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan.
Bentuk penggabungjalinan yang terakhir ialah penggabungjalinan
merentas kurikulum. Penggabungjalinan ini melibatkan kemahiran kemahiran belajar untuk belajar, kemahiran berfikir secara kreatif &
kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai
kecerdasan dan kemahiran generik. Penggabungjalinan merentas
kurikulum bermaksud kemahiran diluar pembelajaran. Contohnya
dalam menghasilkan kraf tangan, pelajar haruslah berfikir secara
kreatif dan kritis bagaimana hendak menghasilkan kraf yang menarik.
Penyerapan Pengetahuan
Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan
menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada
suatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata
pelajaran yang diajar. Penyerapan pengetahuan melibatkan unsur
pengetahuan dan bukannya kemahiran.
Kelebihan Penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual
ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik