Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
dirombak dan dikenali sebagai Kemeneterian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing
untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana
pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan
lestari. Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan
Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa
yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap
pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.
Oleh itu, objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman kesedaran dan
penghargaan terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P)
dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T. Memelihara dan memantau alam
sekitarMenyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang
berkesan. Usaha dan inisiatif Kementerian untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya adalah berpandukan kepada beberapa rancangan dan polisi. Ini
termasuklah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (OPP3), Rancangan
Malaysia ke-8. (RMKe-8), Pelan Induk Industri (IMP2), Polisi S&T Kebangsaan dan
Pelan Tindakan Teknologi (TAP).
Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara (NPE) telah
dilancarkan dan kesannya terhadap pengurusan lestari alam sekitar dan sumber asli
akan menjadi lebih terserlah. RMKe-8 meliputi jangka masa 2000-2005 dan
menggabungkan strategi-strategi, program-program dan projek-projek yang
bertujuan untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Cabaran-cabaran getir yang
menggambarkan jangka masa ini termasuklah globalisasi, liberalisasi dalam
perkhidmatan dan pembangunan berbentuk teknologi yang pantas. Untuk tujuan ini,
RMKe-8 telah menyusun semula strategi pertumbuhan ekonomi negara untuk
mencapai pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Kini terdapat
tumpuan yang lebih terhadap usaha sektor awam, khususnya terhadap peningkatan
kepada aktiviti-aktiviti P&P dan juga inovasi teknologi. Sektor awam akan bertindak
sebagai penasihat dengan memberikan rangka kerja yang kukuh dan perkhidmatan
yang berkesan di samping menyediakan insentif-insentif fiskal dan kewangan.
RMKe-8 amat menekankan dan terus memberikan perhatian terhadap isu-isu yang
berkaitan dengan alam sekitar dan sumber-sumber asli scara bersepadu untuk
mencapai pembangunan lestari dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
Di bawah Dasar S&T Kebangsaan dan Pembangunan Teknologi Industri :
Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan
keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai
program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian
telah memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar S&T Kebangsaan
dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi S&T Kebangsaan yang ke-2.DSTN 2
dijangka dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk
pembangunan S&T, dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor
swasta dan juga P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk
mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi
Anugerah ini telah diperkenalkan pada tahun 1991 sebagai menunjukkan komitmen
rakyat amnya dan negara khasnya dalam mencapai matlamat pembangunan mapan
selaras dengan Deklarasi Langkawi.
Anugerah Langkawi adalah merupakan penghargaan dan penghormatan tertinggi
negara kepada rakyat negara ini yang telah memberikan sumbangan yang besar
dalam bidang alam sekitar.
Sumbangan itu adalah sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan,
penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan lain-lain bidang yang berkaitan.
Ia diberikan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan tenaga dan fikiran
dalam bidang alam sekitar serta bergiat ke arah:
a. Meningkatkan penyertaan orang awam dalam perlindungan alam sekitar;
b. Menghasilkan kesan yang penting dan berjaya menyelesaikan masalah
perlindungan alam sekitar di peringkat tempatan dan antarabangsa dan
c. Berjaya membawa perhatian masyarakat kepada masalah alam sekitar yang
ketara atau menggerakkan tindakan semua pihak ke arah penyelesaiannya.
Penerima akan menerima sebuah plak penghargaan, sijil dan wang tunai RM10,000.
Apa itu Deklarasi Langkawi
Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara
yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.
Tujuan dan Kepentingan Pembangunan Lestari
Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber
semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua
jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu pembangunan lestari amat bergantung
kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahtera manusia dan ekosistem secara
bersama. Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam
Rancangan Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerankan langkah-langkah yang
diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal
tempoh Rancangan Malaysia. Langkah-langkah baru telah dimulakan semasa
Rancangan Malaysia ke-7 ( 1996-2000 ) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia
untuk membangun secara lestari.
Komponen Dalam Pembangunan Lestari
Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah visi pendidikan yang
bertujuan untuk membudayakan masyarakat untuk memikul tanggungjawab untuk
mencipta masa depan yang berterusan.
Komponen ESD
Pemuliharaan Sumber
Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang
dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang
tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemulihan
merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi
perhatian kepada faktor intangible seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.
Pembangunan Fizikal
Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam
semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan,
membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan
tersebut dan meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa
kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan
pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami
kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.
Kualiti Alam Sekitar
Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan
pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti
kehidupan. Selain itu mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau
perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan
pelupusan sampah harus dititikberatkan.
Kesaksamaan Sosial
Mengelakkan pembangunan yang menambahkan jurang antara golongan
kaya dan miskin serta mengalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan
ketidaksamaan sosial. Selain itu, mengurangkan pembaziran tenaga manusia.
Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.
Penyertaan politik
Mengalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan. Keputusan ini
termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan yang dimahukan. Malaysia
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana rakyat bebas di dalam
menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan. Pilihan raya diadakan setiap 5
tahun bagi membolehkan rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-parti politik
yang bertanding.
Ekonomi
Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa kateria yang diambil penekanan di
dalam pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan,
ekonomi ini melibatkan pertambahan peluang pekerjaan, pengunaan yang
PERSIDANGAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio
de Janeiro pada 1992 adalah titik permulaan gagasan pembangunan lestari diperkenalkan dan
diterima oleh warga dunia sebagai pendekatan baru menuju abad ke-21. Pembangunan lestari atau
ringkasnya dimaksudkan pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi
keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan
mereka, perlu dipraktikkan oleh semua negara dunia sekiranya kita ingin menaruh harapan bahawa
bumi untuk terus menampung keperluan asas manusia. Dua tahun berikutnya, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) mewujudkanInstitut Alam Sekitar dan Pembangunan atau
dikenali Lestari, dan diberi mandat untuk meningkatkan keupayaan institusi kebangsaan dan
serantau bagi menangani isu berkaitan pembangunan lestari melalui penyelidikan dan latihan.
Selepas sekian lama dibangunkan, pada 1 Oktober 2009 , Lestari menyambut ulang tahun ke-15.
Marilah kita ikuti perkembangan dan pencapaiannya untuk pengetahuan, iktibar dan penghayatan
awam. Pada awal penubuhannya, Lestari banyak memberi tumpuan kepada penyelidikan bersifat
pelbagai disiplin dalam empat bidang tujahan iaitu kelestarian dalam konteks ekosistem bandar,
ekosistem persisiran, kepelbagaian biologi dan interaksi manusia dengan alam sekitar.
sekolah dan bandar yang mengamalkan unsur kelestarian ini telah menjadi pencetus inisiatif
kebangsaan untuk kebanyakan sekolah dan bandar merancang aktiviti ke arah pembangunan lestari.
Kejayaan paling menyerlah pada peringkat kebangsaan dan global ialah apabila Lestari bekerjasama
dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) untuk membangun kepulauan Langkawi
sebagai Geopark Global. Penyelidikan saintifik secara berterusan mengenai sumber warisan
geologi, biologi dan budaya membolehkan aktiviti pelancongan di Langkawi dibangunkan dengan
menggunakan sumber warisan alam. Pencapaian ini membolehkan Jaringan Geopark Global yang
dipelopori Unesco mengangkat Langkawi sebagai satu-satunya Geopark Global di Asia Tenggara.
Sejak itu, Lestari dilihat sebagai peneraju pembangunan wilayah berasaskan konsep geopark, dan
kini sering dirujuk dan dijemput untuk membantu beberapa negara di Asia, terutama China, Jepun
dan Korea, membangunkan geopark mereka. Usaha berterusan menjalin hubungan berasaskan
konsep menang-menang, meletakkan Lestari sebagai rakan kongsi istimewa oleh sejumlah agensi
kerajaan di peringkat negeri dan kebangsaan. Kini Lestari sering diundang untuk menerajui atau
bersama merangka dasar dan pendekatan baru, khususnya yang berkaitan dengan inisiatif
pembangunan lestari. Lestari terbabit bersama Majlis Keselamatan Negara merangka pelan
tindakan kebangsaan untuk mengurangkan risiko bencana berasaskan Kerangka Tindakan Hyogo;
terbabit dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam memperkemas isu berkaitan tadbir
urus bahan kimia berbahaya; pengurusan sumber air secara terintegrasi (IWRM) dan menyediakan
dasar kebangsaan mengenai perubahan iklim. Bersama Unit Perancangan Ekonomi, penyelidik
lestari diberi penghormatan merangka Penunjuk Pembangunan Lestari (SDI) yang bakal digunakan
untuk memantau pembangunan negara masa depan secara lestari. Lima belas tahun adalah masa
singkat untuk membangun sebuah institusi penyelidikan mencapai kecemerlangan. Lestari bergerak
pantas dan kini berada pada kedudukan dihormati. Apakah ramuan kejayaan ini? Sebagai orang
dalam, saya melihat gabungan kepemimpinan, sumber manusia dan strategi pelaksanaan adalah
faktor yang menentukan kejayaannya. Bagaimanapun, strategi menyediakan sekitaran bekerja
sebagai satu pasukan dan penekanan kepada aktiviti jaringan dan jangkauan menjadi faktor penentu
mencapai kejayaan. Alam sekitar dan pembangunan bukan saja isu global dan ia sangat rapat
dengan pembangunan pada peringkat tempatan. Isu asas, bukan untuk memilih sama ada alam
sekitar atau pembangunan, tetapi ia membabitkan pemilihan bijak untuk mempertimbangkan keduadua secara bersama daripada perspektif integratif dan syumul. Pilihan ini bukan untuk kepentingan
alam sekitar atau pembangunan, tetapi untuk memastikan manusia masih ada tempat di bumi ini
untuk terus hidup. Bagaimanapun, saya ingin mengimbas kembali situasi negara menangani isu alam
sekitar dan pembangunan. Melihat kepada beberapa isu genting seperti pencemaran alam sekitar
terutama pencemaran sungai, degradasi tanah dan hutan, bencana buatan-manusia, sikap
kepenggunaan dan pengurusan sampah-sarap, gejala sosial, kita masih belum jauh bergerak
daripada takuk lama. Sekiranya kesedaran masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar tinggi dan
keprihatinan mengenai kesejahteraan komuniti meningkat mengapa gagasan pembangunan lestari
masih belum menyerap ke dalam urat dan nadi seluruh jentera pembangunan negara? Mengapa
negara yang proaktif dalam banyak perkara, dan memegang slogan Malaysia Boleh sukar
menyerahkan jiwa dan raga untuk melaksanakan gagasan pembangunan lestari? Inilah persoalan
yang masih belum dijawab oleh Lestari. Persoalan yang perlu diberi perhatian serius oleh seluruh
warga Malaysia individu, komuniti, masyarakat, bangsa dan kepemimpinan negara.
Catatan Editor:// Prof Dato' Dr Ibrahim Komoo ialah Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan
Pembangunan (Lestari) UKM yang juga Pengarah Bersekutu Pengasas Lestari. Artikel ini
pernah diterbitkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 30 September 2009. Pihak editorial
mengambil inisiatif untuk memuatkan kembali di MajalahSains.Com dengan keizinan bertulis
dari Prof Dato' Dr Ibrahim Komoo
LA 21 MALAYSIA
Sejak deklarasi Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992, Malaysia telah mengambil
inisiatif menyokong Agenda 21, Pelan Tindakan Global ke arah pembangunan mampan untuk abad
ke-21. Program LA21, iaitu Agenda 21 di peringkat tempatan menekankan penglibatan dan peranan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan pembangunan mampan di peringkat tempatan
sebagaimana yang dinyatakan dalam bab ke-28 Agenda 21.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan
kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan United Nations Development Program (UNDP)
memulakan pelaksanaan Program LA21 menerusi Program Perintis LA21 pada bulan Mac 2000.
Program LA21 yang memberi tumpuan kepada kerjasama ataupun partnership antara PBT,
masyarakat dan sektor swasta ke arah pembangunan mampan jika dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh mampu mewujudkan persekitaran yang selesa, selamat dan harmoni serta
melahirkan sebuah masyarakat yang sihat dan peka terhadap isu-isu alam sekitar , sosial dan
ekonomi.
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Di peringkat kerajaan PBT adalah agensi yang paling rapat dengan orang awam, dan ia memainkan
peranan yang penting dalam mendidik dan menggembleng orang awam serta memberikan maklum
balas kepada orang awam bagi menggalakkan pembangunan mampan. LA21 mula disebut
dalam Bab 28 Agenda 21 ;
menyeru semua PBT di seluruh dunia untuk melaksanakan proses perundingan dengan
rakyatnya, organisasi tempatan dan sektor swasta, dan mencapai persetujuan tentang satu
LA21 untuk masyarakatnya..
4.0
4.1
4.1.1
Rajah 4.1
Matlamat Pembangunan
Mampan
1.
Pemuliharaan Sumber
Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan
akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang
tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi.
-
2.
Pembangunan Fizikal
apabila
sesetengah
kawasan
perniagaan
mengalami
tekanan
4.
Kesaksamaan Sosial
Mengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya
dan miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan
ketidaksamaan sosial.
-
5.
Penyertaan Politik
Menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.
4.1.2
Pembangunan Mampan
Ekologi
keupayaan
menampung
kepelbagaia
n
Sosial
-
kuasa
penyertaan
identiti kebudayaan
pembangunan institusi
4.1.3
Rajah 4.3
4.2
Rekabentuk Bandar
Rekabentuk Bandar (urban design) adalah subsektor perancangan yang meneliti
perhubungan visual dan functional yang wujud di antara manusia dengan alam
Bandar yang wujud dewasa ini terbentuk melalui rekabentuk dan perancangan untuk
tujuan tertentu. Bentuknya tidak terbentuk secara rawak tetapi disengajakan. Ia
adalah hasilan daripada keputusan yang dibuat untuk tujuan tertentu dan keputusan
ini dipanggil rekabentuk bandar. Bandar tidak direka untuk satu gambaran 20 tahun
dari sekarang, tetapi ia satu proses membuat keputusan dari hari ke hari.
Mengikut Mugavin (1992) pula, rekabentuk bandar adalah sintesis bentuk fizikal
bandar untuk mencapai gol yang berkenaan dengan keperluan manusia, biasanya
rujuk kepada aktiviti dan meaning. Ini bermaksud rekabentuk bandar adalah
berkaitan dengan bentuk fizikal, bangunan, jalan, taman dan sebagainya serta
perhubungan di antaranya dalam mencapai gol dari segi fungsi, psikologi, sosial dan
alam sekitar.
4.2.1
bandar secara berjajar dari George Town ke bandar Air Hitam. Pada lewat 70an
hingga awal 1990an, perkembangan perbandaran berjajar dari George Town ke
bandar Air Hitam. Pada lewat 70an hingga awal 1990an, perkembangan
perbandaran berjajar telah bergerak dari George Town ke pekan-pekan sekunder
berhampiran ( Tanjong Tokong, Air Hitam, Jelutong), sehingga bandar Bayan Baru
yang dirancang sebagai bandar baru dan Pusat Wilayah pada awal 70an.
Kawasan-kawasan
di
barat
dan
barat
daya
kurang
mendapat
pengaruh
4.2.2
5.0
5.1
1.
2.
3.
5.2
Kajian ini akan dijalankan secara mendalam dan akan menilai kesemua
strategi-strategi alternatif untuk pembangunan rekabentuk bandar dan
membuat saranan-saranan dalam bentuk cadangan dasar-dasar strategik,
lakaran-lakaran serta projek-projek pembangunan berkenaan selaras dengan
pembangunan rekabentuk bandar menuju ke arah pembangunan
mampan. Kajian ini akan mengambil kira polisi-polisi semasa yang
berkenaan dengan rekabentuk bandar kawasan kajian. Dasar-dasar,
program-program dan projek-projek yang dijalankan akan megandungi aspekaspek yang berkaitan dengan pencapaian Dasar Pembangunan Nasional dan
dasar negeri.
5.3
1.
2.
Aspek sosial yang meliputi sektor perumahan dan komuniti di kawasan kajian.
3.
Aspek fizikal dan ekologi yang meliputi sektor pengangkutan, lanskap, bangunan
dan pemuliharaan.
2.
Mengambil kira sumber-sumber yang sedia ada untuk melaksanakan cadangancadangan yang terkandung dalam kajian rekabentuk bandar selaras dengan
kehendak Rancangan Struktur Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
3.
4.
.
Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI)
Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) telah ditubuhkan pada 1 Jun 2008
sebagai sebuah pusat penyelidikan di bawah struktur pentadbiran Institut Alam
Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM. SEADPRI menjalankan penyelidikan
yang bersifat holistik berkaitan bencana meliputi skop wilayah yang global bagi
membantu kerajaan dalam membuat keputusan dasar mengenai bencana iklim,
bencana geologi dan bencana teknologi serta meningkatkan modal insan dan
kemampuan tenaga kerja di peringkat tempatan, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa, khususnya Asia Tenggara.