Anda di halaman 1dari 4

KUMPULAN 6 - RESPON MENDENGAR DAN RESPON EMPATI

Respon mendengar dan respon empati merupakan dua respon terpenting


yang mesti wujud dalam diri seorang guru yang bitara dan efektif. Tanpa adanya keduadua respon ini, hubungan yang erat antara guru dan murid tidak akan terbentuk sama
sekali. Sebelum itu, kita perlu mengetahui apakah itu respon mendengar. Respon
mendengar terbahagi kepada respon idea, respon perasaan, dan respon yang
menggalakkan perbincangan lanjutan. Respon idea merujuk kepada pemberian idea
selepas mendengar kepada sesuatu perbualan. Respon perasaan pula merupakan
respon yang terikut-ikut oleh emosi dan perasaan (selalunya digunakan untuk
menenangkan seseorang) selepas mendengar kepada sesuatu masalah, isu, atau
perkara. Respon yang menggalakkan perbincangan lanjutan pula akan membuatkan
seseorang itu menerangkan sesuatu secara lebih lanjut lagi. Respon ini selalunya
berbentuk soalan untuk mendapat tahu tentang sesuatu.
Contohnya, apabila seorang murid mengatakan bahawa sekolah itu teruk, ini
bermakna dia mempunyai perasaan benci terhadap sekolah. Dalam kes ini, guru tidak
boleh memberikan respon sebarangan sesuka hati. Guru perlu lebih berhati-hati
semasa memberi respon. Guru perlu cuba menukarkan pandangan negatif tersebut
menjadi positif secara perlahan-lahan menggunakan respon perasaan memandangkan
murid tadi terikut-ikut oleh perasaan. Guru perlu menerangkan bahawa

tanggapan

sebegitu adalah salah dan sikap menghargai sekolah adalah penting. Guru sepatutnya
perlu membuatkan pelajar tersebut menyedari tujuan dia datang ke sekolah dan
tanggungjawabnya terhadap sekolah.
Selain itu, andaikanlah seorang pelajar tidak boleh memahami apa yang diajar
tentang sesuatu topik dan menanyakan kenapa perlu belajar topik tersebut. Dalam kes
ini, guru perlu menanyakan kembali apa yang dia tidak faham. Inilah dikenali sebagai
respon yang menggalakkan perbincangan lanjutan di mana guru ingin mendapat
tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut secara lebih mendalam. Guru
sepatutnya tidak boleh melepaskan hal tersebut begitu sahaja tanpa sebarang inkuiri.
Sekiranya guru mendapat tahu apa yang pelajar tidak faham, guru boleh memberi fokus
berlebihan kepada bahagian tersebut terlebih dahulu sebelum memasuki bahagian lain
yang lebih sukar.

KUMPULAN 6 - RESPON MENDENGAR DAN RESPON EMPATI


Respon seorang guru tidak hanya sekadar tertumpu kepada murid-murid sahaja.
Respon mendengar turut berlaku antara guru dan guru. Sekiranya seorang guru tidak
tahan dengan sikap murid di dalam sesebuah kelas lalu mengatakan bahawa kelas
tersebut memang teruk, di sini seorang guru lain perlu memberikan respon idea. Guru
lain boleh memberikan cadangan kepada guru tersebut untuk bersifat lebih tegas di
dalam kelas tersebut. Seterusnya, guru tersebut boleh memberikan penerangan
lanjutan dengan mengatakan bahawa kita boleh berlembut dengan pelajar tetapi ada
tahapnya. Dalam keadaan tertentu, kita perlu tegas dalam menjalankan tanggungjawab.
Ketegasan amat penting dalam pengajaran supaya pelajar-pelajar tidak mengganggu
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Setakat ini, tujuh jenis respon mendengar didapati berkesan dalam interaksi
antara guru dan murid. Antaranya ialah reflektif, interpretif, supportive (menyokong),
evaluative (menilai), teaching (mengajar), advising (menasihat) dan probing
(menyiasat). Cara untuk mengenalpasti jenis respon mendengar yang bersesuaian
dengan sesuatu situasi adalah agak mudah. Misalnya, apabila seorang pelajar
mengeluarkan perasaan atau kefahaman mereka tentang sesuatu masalah dan
menanyakan pendapat atau pertolongan guru untuk menyelesaikan masalah tersebut,
respon mendengar seorang guru mestilah reflektif. Guru perlu mempertimbangkan
kebaikan, keburukan, dan ancaman dan peluang yang akan diperoleh melalui satu
tindakan untuk menyelesaikan masalah. Respon mendengar interpretif juga boleh
diberikan di mana guru memikirkan secara lebih mendalam dahulu tentang tindakan
yang boleh diambil.
Selain itu, apabila dua orang pelajar bergaduh, menuduh antara satu sama lain
dan mempertahankan diri mereka dengan mengatakan bahawa mereka tidak bersalah
sama sekali, maka respon mendengar guru mestilah probing dan evaluative.
Maknanya, guru perlu menyiasat latar belakang murid-murid tersebut secara lebih lanjut
dan menilai murid-murid tersebut dengan betul tanpa berat sebelah.

Selain itu,

andaikan sekumpulan pelajar dikehendaki untuk melaksanakan satu projek tetapi


mereka tidak mendapat satu gambaran yang jelas untuk bagaimana memulakannya
dan menanyakan bantuan. Di sini, respon mendengar guru mestilah advising. Guru

KUMPULAN 6 - RESPON MENDENGAR DAN RESPON EMPATI


perlu menasihatkan mereka untuk berusaha mendapatkan maklumat dengan merujuk
kepada buku-buku di perpustakaan atau internet. Guru turut boleh mengemukakan
beberapa idea.
Akhirnya, apabila sesetengah pelajar tidak memahami topik yang diajar dan
terus menanyakan soalan untuk melenyapkan kekeliruan mereka, di sinilah respon
mendengar paling terpenting boleh diberikan. Ianya bukan selain daripada teaching.
Mengajar bukannya susah untuk seseorang guru bahkan profesion mereka sendiri
bergantung kepada mengajar. Melalui respon mendengar mengajar ini, sudah tentu
segala persoalan murid-murid akan dijawab.
Seterusnya, kita juga perlu mengetahui apakah itu respon empati. Empati
adalah kemampuan seseorang untuk merasakan apa yang dirasakan oleh orang lain.
Menurut Baron & Byrne, empati merupakan respon yang terdiri daripada perasaan dan
pemikiran kompleks seseorang terhadap penderitaan emosi orang lain. Tahap empati
dipengaruhi dan dibezakan oleh peningkatan umur dan jantina. Semakin berganjak
umur individu, semakin tinggi tahap empatinya. Kematangan seseorang mempengaruhi
kecerdasan emosi dan empatinya. Dari segi jantina, seorang wanita lebih tinggi
berempati berbanding dengan kaum lelaki. Respon empati ini amat penting dalam diri
seorang guru yang bergelar pendidik.
Misalnya, andaikan seorang pelajar yang sederhana dalam kemahiran menulis
tidak berpuas hati dengan keputusan gred yang diberi. Dia menghampiri guru dengan
tugasan selepas kelas tamat dan mengatakan bahawa dia telah membuat tugasan
tersebut dengan baik. Dalam kes ini, guru perlu memberikan kata-kata semangat
kepadanya bahawa hasil penulisannya adalah baik. Guru juga perlu memujinya sebab
dia melakukannya dengan usaha sendiri. Selepas itu, guru perlu menerangkan sebab
dia mendapat markah yang sederhana. Guru boleh menasihatinya untuk melakukan
ulangkaji dan memperbaiki lagi penulisannya menjadi lebih sempurna. Cara guru
bertindak dalam kes ini menunjukkan respon empati secara tidak langsung. Hal ini
kerana guru memahami bahawa pasti pelajar tersebut akan tersinggung sekiranya guru
menggunakan kata-kata yang negatif. Guru meletakkan dirinya pada situasi murid
tersebut dan mengambil keputusan yang baik.

KUMPULAN 6 - RESPON MENDENGAR DAN RESPON EMPATI


Respon empati ini tidak hanya sekadar untuk pelajar lemah sahaja. Andaikan
seorang pelajar yang pandai menawarkan beberapa nasihat kepada guru. Dia memberi
pendapat bahawa kelas akan menjadi lebih menarik jika tidak melakukan lembaran
kerja. Dalam hal ini, guru boleh memberi kebebasan untuk murid-murid memilih kerja
sendiri sekali sekala. Guru boleh menerima cadangan tersebut tetapi mengikut
keadaan dan aktiviti yang bersesuaian. Sekiranya aktiviti yang dicadangkan oleh pelajar
tidak bersesuaian, guru boleh mengubah sedikit aktiviti yang dicadangkan itu supaya
lebih menuju kepada akademik. Barulah respon empati berlaku di mana guru tidak
hanya fokus kepada keperluan dirinya iaitu menghabiskan silabus. Guru berfikir
daripada kedudukan murid dan menyedari bahawa murid-murid memang memerlukan
keseronokan dan kebebasan sekali sekala.
Lebih-lebih lagi, respon empati boleh juga diberikan untuk pelajar yang
bermasalah. Contohnya, andaikan semua murid membuat tugasan yang diberikan oleh
guru tetapi hanya seorang pelajar mengasingkan diri dengan menyandarkan dirinya
pada kerusi dengan emosi tertekan. Apabila guru memerhatikan keadaan ini, guru perlu
mengambil inisiatif untuk menanyakan apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar
tersebut sehingga dia berkelakuan sedemikian. Guru perlu memberi peluang kepada
pelajar tersebut untuk menenangkan diri. Sekiranya dia menghadapi masalah dalam
menyiapkan tugasan tersebut, guru perlu meringankan tugasan tersebut ataupun
memberikan penerangan yang sempurna terhadap tugasan bagi memudahkan pelajar
tersebut menyelesaikannya. Inilah respon empati yang boleh ditunjukkan oleh seorang
guru yang memahami masalah murid-murid dan mengambil berat tentang kebajikan
murid-murid.
Secara keseluruhannya, kedua-dua respon mendengar dan respon empati
sudah pasti memainkan peranan yang amat penting dalam profesion perguruan. Guru
perlu memperkayakan dirinya dengan respon mendengar dan respon empati yang baik
supaya

dia

mendapat

peluang

untuk

menyempurnakan

dirinya

dan

dapat

melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan baik. Maka, guru boleh
membimbing seseorang pelajar ke arah yang cemerlang.
(1165 patah perkataan)