Anda di halaman 1dari 20

LAPORAN SEBELUM LAWATAN DI STADIUM TAN SRI DATO HAJI HASSAN

YUNOS, LARKIN JOHOR BAHRU.

Pada 28 April 2014 serami 62 orang pelajar dan 3 orang pensyarah pengiring
telah terlibat dengan lawatan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan
sukan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru. Sebelum
lawatan ini berlangsung, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan
lawatan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan menepati proforma PJM3112
ini.
Jawatankuasa lawatan PJM3112 ini adalah gabungan daripada pelajar
PISMP Ambilan Januari semester 5

Matematik 1, Matematik 2 dan juga Reka

Bentuk dan Teknologi 2. Setelah jawatankuasa ini dilantik, beberapa mesyuarat telah
diadakan untuk membuat keputusan tempat yang ingin dilawati. Berdasarkan
mesyuarat tersebut, tempat-tempat yang dicadangkan adalah seperti Majlis Sukan
Negeri Johor (MSNJ), Perbadanan Stadium Negeri Johor dan juga Persatuan Bola
Sepak Negeri Johor.
Setelah tempat telah ditetapkan, satu kertas kerja telah disiapkan dan
mendapat kelulusan daripada pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat
dengan jayanya. Seterusnya, satu head letter telah dikeluarkan untuk meminta
keizinan kepada pihak terlibat bagi menerima kunjungan kami untuk membuat
lawatan.
Proses untuk menghantar head letter ini berlaku sedikit kekangan iaitu masa
untuk menunggu head letter ini untuk disahkan oleh pengarah mengambil masa
kerana pertukaran pengarah IPTHO yang baru telah berlaku. Akan tetapi ia dapat
diselesaikan dengan lancar. Ahli jawatankuasa yang terlibat telah menghantar
dengan menggunakan pos laju, melalui fax dan juga melalui e-mail bagi memastikan
surat ini sampai ke destinasi yang ditetapkan.
Setelah surat tersebut telah sampai, AJK perhubungan telah memainkan
peranan untuk sentiasa peka dengan pihak ketiga-tiga tempat yang ingin dilawati ini.
AJK perhubungan ini sentiasa berkomunikasi dengan pihak ketiga-tiga tempat
tersebut dan memberikan maklumat yang beliau dapat kepada pengerusi induk

lawatan ini. Segala kesulitan yang berlaku telah diutarakan pada mensyuarat ahli
jawatankuasa lawatan ini dan diselesaikan dengan mengikut sebulat suara ahli
mesyuarat yang hadir.
Perbincangan dengan pensyarah pembimbing iaitu En A Rahman bin Amat
juga giat dilakukan untuk meminta pendapat dan nasihat . Kolaborasi bersama
pensyarah pembimbing ternyata memudahkan pengurusan untuk membuat lawatan
ini berjalan dengan lancar serta secara tidak langsung dapat menimba ilmu untuk
mengurus dan mengendalikan program dengan baik .
Seminggu sebelum lawatan ini diadakan, pihak Majlis Sukan Negeri Johor
telah memaklumkan kepada AJK perhubungan bahawa pihak beliau tidak
mempunyai tempat bagi 62 orang untuk mendengar taklimat pengurusan mereka.
Oleh itu, setelah berbincang pihak MSNJ , mereka telah menukarkan tempat ke
gimnasium stadium Larkin dan pihak kami tidak perlu untuk pergi ke pejabat pihak
mereka yang terletak di Nusajaya.

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE AGENSI-AGENSI SUKAN DI MALAYSIA


(JOHOR)

Pada 28 April yang lalu, seramai 63 orang guru pelatih dari opsyen Matematik
1, Matematik 2 (Ambilan Januari 2012) dan juga Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
telah mengadakan Program lawatan sambil belajar ke agensi-agensi sukan di
Malaysia iaitu, Perbadanan Stadium Negeri Johor dan juga Majlis Sukan Negeri
Johor. Program ini telah dianjurkan oleh Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan, opsyen MTE1, MTE2 dan RBT1 Ambilan Januari 2012, Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor (IPGKTHO)
Matlamat bagi pelaksanaan program ini adalah untuk menambahkan dan
mengukuhkan pengetahuan guru pelatih tentang Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan Jasmani dan Sukan yang merupakan salah satu mata pelajaran yang
dipelajari semasa berada di semester kelima Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan.
Lebih kurang pada pukul 7.30 pagi, kami telah berkumpul di depan
gymnasium IPTHO dan mendengar sedikit taklimat daripada pensyarah bimbingan
kami iaitu Tn. Haji Abdul Rahman bin Selamat. Kami diterangkan sekali lagi tentang
perjalanan dan juga tentatif sepanjang lawatan tersebut. Kami bertolak dari IPTHO
ke destinasi yang pertama adalah pada jam 8 pagi.
Kami tiba di Majlis Sukan Negeri Johor adalah pada jam 10 pagi dan kami
telah disambut mesra oleh pihak daripada sana. Kami telah dibawa ke satu ruangan
bilik yang kosong untuk diberi sedikit taklimat mengenai tempat yang sedang kami
lawati tersebut. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En Omar Hj Ali yang
merupakan seorang jurulatih bagi atlet-atlet MSNJ.

TAKLIMAT DARIPADA EN OMAR MENGENAI MAJLIS SUKAN


NEGERI JOHOR (MSNJ)

Sepanjang
disampaikan

taklimat
selama

yang

hampir dua jam

itu, banyak perkara yang

telah

beliau

kongsikan.

ialah

tentang

Antaranya

organisasi, objektif, misi

dan

juga

bahagian-bahagian

dalam

fungsi
MSN

tersebut seperti bahagian pentadbiran, kewangan, pembangunan sukan, dan


bahagian atlet dan sukan. Kami juga berpeluang untuk mengetahui cara mereka
untuk menguruskan setiap bahgian-bahagian dengan baik. Namun demikian, beliau
juga memberitahu bahawa tempat tersebut mempunyai kelemahan-kelemahannya
yang tertentu contohnya, mereka tidak mempunyai kemudahan yang cukup untuk
melatih atlet-atlet disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Hal
ini menyebabkan banyak kesulitan telahpun berlaku.

Satu sesi soal jawab bersama En Omar juga telah diadakan untuk memberi
peluang kepada para peserta lawatan untuk menyoal sebarang soalan yang
berkaitan tentang taklimat yang diberikan sebentar tadi. Beberapa orang guru pelatih
telah menyuarakan beberapa soalan seperti syarat pengambilan atlet, dan juga
tempoh mereka melatih atlet-atlet sehingga mencapai tahap yang telah ditetapkan.

Selepas sesi soal jawab itu berakhir, maka rombongan kami pun dibawa
untuk melawat satu bilik gymnasium yang sering digunakan oleh atlet-atlet. Terdapat
beberapa peralatan yang telah disediakan di dalam gymnasium tersebut seperti
Treadmill, Lat Pull Down dan Chest Press Machines. Di samping itu, Kami juga
berpeluang untuk mencuba alat-alat itu sambil mendengar penerangan daripada En
Omar mengenai beberapa fungsi alat tersebut.
Selesai CENDERAHATI
sahaja sesi itu, penyampaian
PENYAMPAIAN
KEPADA PIHAK MSNJ
DAN SESI BERGAMBAR
cenderahati dan sesi bergambar pun diadakan.

PERALATAN-PERALATAN YANG TERDAPAT DALAM


GYMNASIUM

Pada jam 1 petang, kami dibawa ke kafeteria untuk makan tengah hari yang
telah disediakan oleh pihak MSN dan selepas itu, bagi mereka yang beragama Islam
diminta untuk ke surau untuk sembahyang. Tepat jam dua setengah petang, kami
mula berkumpul semua untuk ke destinasi kedua yang juga berada di bangunan
yang sama untuk mendengar pula taklimat daripada pihak perbadanan stadium
negeri Johor iaitu En Nizam bin Ahmad dan juga wakil daripada persatuan Bola
Sepak negeri Johor iaitu En Sukumaran.

PARA PESERTA KE KAFETERIA UNTUK MAKAN


TENGAH HARI

Bagi sesi taklimat yang kedua ini,


kami telah diberi penerangan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan
stadium

contohnya,

pembinaan,

kapasiti

yang

masuk, dan juga cara

boleh

kos
penonton

penyenggelaraan
stadium

tersebut. Selepas itu,

disambung

dengan taklimat yang

ketiga daripada

pihak

berkenaan

dengan cara mereka

P.B.S.J

menguruskan pemain, pembangunan pemain, jurulatih dan sebagainya. Guru pelatih


juga telah diberi peluang sekali lagi untuk mengajukan beberapa soalan kepada
kedua-dua pihak ini untuk meminta penerangan yang lebih lanjut mengenai
sebarang kemuskilan yang datang.
PARA PESERTA BERALIH KE STADIUM UNTUK SESI BERSAMA
KETUA DAN PENOLONG STADIUM IAITU EN SYAFIQ DAN EN.
NIZAM SERTA EN.SUKUMARAN WAKIL DARIPADA PERSATUAN
BOLA SEPAK JOHOR

Sesi Bersama en Syafiq Dan En. Nizam

Setelah itu,
dibawa

untuk

kami
Sesi Bersama En Sukumaran

melihat

telah
stadium

negeri Johor. Kami

berpeluang untuk

berjumpa

bersapa dengan

dan

seorang penjaga stadium tersebut yang berasal daripada Jepun. Setelah beberapa
lama kami di sana, maka majlis penutupan pun diadakan. Wakil daripada pihak
Stadium dan Persatuan Bola Sepak Johor masing-masing menyampaikan sepatah
dua kata dimana mereka menyatakan betapa mereka berbesar hati untuk menerima
kunjungan kami semua. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian
cenderahati kepada pihak yang berkenaan dan majlis bersurai pada jam 5 petang.
PARA PESERTA DIBAWA UNTUK
MELAWAT STADIUM JOHOR

SESI BERGAMBAR MENGIKUT KELAS


(MATEMATIK 1, MATEMATIK 2, REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI 2 )

OPSYEN MATEMATIK 1

OPSYEN REKA BENTUK DAN

OPSYEN MATEMATIK 2

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PIHAK STADIUM


DAN JUGA PERSATUAN BOLA SEPAK JOHOR

Disediakan oleh,

(NELLY ENGGAM)
Setiausaha,
Lawatan Ilmiah Fasa 2

Institut Perguruan Kampus Tun Hussein Onn,


Batu Pahat Johor.

LAPORAN AHLI
JAWATANKUASA
(AJK)

LAPORAN BENDAHARI
Nama Bendahari :
Nurzarith Filzana Binti Maamat Saleh
Tugas Tugas Sebelum Program :

Memungut wang sebanyak RM 5 daripada setiap pelajar Matematik 1,


Matematik 2 dan Reka Bentuk dan Teknologi 2 PISMP Ambilan Januari 2012

bagi membeli cenderamata untuk agensi-agensi sukan yang dilawati.


Memungut wang sebanyak RM 5 daripada setiap pelajar Matematik 1,
Matematik 2 dan Reka Bentuk dan Teknologi 2 PISMP Ambilan Januari 2012
bagi membeli keperluan lain sepanjang lawatan dilaksanakan.

Tugas Tugas Semasa Program :

Menyerahkan RM 13 kepada setiap pelajar Matematik 1, Matematik 2 dan


Reka Bentuk dan Teknologi 2 PISMP Ambilan Januari 2012 hasil sumbangan
dari Unit Pendidikan Jasmani IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat,

Johor.
Menyerahkan baki kutipan RM 5 bagi membeli kerperluan lain sepanjang
lawatan dilaksanakan kepada bendahari setiap kelas.

Tugas Tugas Selepas Program :

Menyediakan laporan kepada setiausaha.

Masalah Yang Dihadapi :

Mengumpul duit sebanyak RM 5 daripada setiap pelajar di mana kesukaran


untuk mengutip daripada setiap pelajar.

Penambahbaikan :

Meminta jasa baik bendahari daripada setiap kelas untuk mengumpul RM 5


daripada ahli kelas mereka.

LAPORAN AJK MAKANAN


Nama AJK:
Nurul Fithriyyah Bte Mohd Naim
Tugas-tugas sebelum program:

Merancang budget makanan bagi para peserta.


Mengagihkan sedikit peruntukan makan kepada para peserta.

Tugas-tugas semasa program:

Membahagikan makanan tengahari yang telah disediakan di MSNJ kepada


peserta dan pengiring pada jam 12.30 tengahari.

Tugas-tugas selepas program:

Memastikan tempat yang digunakan untuk makan berada dalam kedaan yang

bersih dan kemas


Membuat laporan unit.

Masalah yang dihadapi:

makanan tengahari tidak mencukupi kerana ia dihidang secara buffet dan


ramai peserta yang mengambil lebih.

Penambahbaikan:

makanan perlulah ditempah dalam cara bungkusan bagi mengelakkan

kekurangan makanan.
Bilangan ahli unit makanan perlu stabil.

LAPORAN AJK PENGANGKUTAN


Nama-nama AJK:
Hasrul Nizam Bin Mohamad

Tugas-tugas sebelum program:

Mengambil dan mengisi borang pengangkutan bagi menempah bas.


3 hari sebelum lawatan, kami AJK pengangkutan datang ke tempat

penempahan
bas untuk mendapatkan pemandu bas yang ditugaskan membawa kami ke
lawatan

Merancang waktu bertolak dan anggaran waktu sampai.

Tugas-tugas semasa program:

Memastikan perjalanan bas mengikut perancangan awal.


Kami mengambil kira perihal pemandu dan menjemput mereka makan
tengahari semasa di sana.

Tugas-tugas selepas program:

Membuat laporan kepada setiausaha program.

LAPORAN AJK DOKUMENTASI DAN INFORMASI


Nama-nama AJK:
1. Nadirah @ Irahyanti Jasing Simbara
2. Dyg Nur Fathiah Bt Abang Saini

Tugas-tugas sebelum program:

Perbincangan telah dilakukan antara AJK bagi membahagikan tugas masing-

masing.
Kami menyediakan peralatan dokumentasi iaitu kamera sebanyak dua unit
sahaja.

Tugas-tugas semasa program

Semasa program berlangsung, AJK ini bertanggungjawab untuk merakam


segala aksi dan gelagat para peserta serta AJK-AJK yang terlibat dalam
bentuk foto dan video. Kemudian, foto-foto ini perlu didokumentasikan dalam
laporan selepas program.

Tugas-tugas selepas program:

Kami mengumpul semua gambar yang telah diambil dan diserahkan kepada
setiausaha untuk dimasukkan ke dalam laporan keseluruhan.

LAPORAN AJK PERHUBUNGAN


MOHD AZMI BIN SHAPIE
(910227-03-6001)
Kelas kami Matematik 2 PISMP Ambilan Januari 2012, telah menganjurkan
satu lawatan Ilmiah ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor
Bahru pada 28 April 2014. Lawatan ini merupakan satu aktiviti yang wajib
dilaksanakan dan termaktub dalam profoma kursus Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan Jasmani (PJM3112). Tujuannya ialah untuk memberi pendedahan
secara langsung dan meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan dalam sukan
serta memberi peluang kepada para guru pelatih untuk melihat dan meneliti
pengurusan sukan negara secara langsung. Saya telah menjawat jawatan sebagai
AJK perhubungan bagi lawatan ini.
SEBELUM

Pertama sekali, kami telah mendapat taklimat daripada pensyarah kami, En


A. Rahman bin Amat berkaitan dengan penganjuran lawatan ini. Beliau telah
memberi kelonggaran kepada kami untuk memilih tempat untuk melawat dan turut
memberi beberapa cadangan seperti Majlis sukan Negara, MSSM, ISN, Majlis
Olimpik Malaysia dan sebagainya. Beliau menegaskan bahawa tempat lawatan
harus menepati objektif dan tujuan yang berkaitan dengan kursus yang dipelajari.
Selepas itu, kami telah berbincang antara rakan-rakan di kelas untuk memilih
tempat yang sesuai dan melengkapi kehendak kursus pengurusan dan pentadbiran
Pendidikan Jasmani. Antara cadangan yang telah dikemukakan ialah ISN,
Kementerian Belia dan sukan dan sebagainya. Pada akhir perbincangan, kami
mendapati bahawa Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru
telah dipilih secara sebulat suara bersama dengan pensyarah untuk membuat
program lawatan ini.
Seterusnya, kami juga telah melantik ahli Jawatankuasa tugas masingmasing. Saya telah dipilih sebagai AJK perhubungan. Bagi melaksanakan tugasan
yang telah diamanahkan ini saya telah mencari nombor dari pelbagai sumber seperti
laman web rasmi. Beberapa senior dan pensyarah juga telah saya rujuk untuk
mendapatkan nombor tempat-tempat berkenaan. Selepas berbincang dengan A.
Rahman bin Amat saya telah berhubung dengan pihak-pihak berkenaan tanpa
melengah-lengahkan masa. Saya telah menanyakan tentang prosedur yang perlu
dilakukan sebelum mengadakan aktiviti di tempat tersebut.

Mereka telah

memberitahu kami untuk menghantar surat bagi proses selanjutnya dan juga bagi
melicinkan urusan-urusan lain seperti persediaan awal oleh pihak tersebut.
Saya juga telah berusaha untuk mendapatkan nombor fax bagi tempat-tempat
yang kami pilih untuk memudahkan urusan pensyarah bagi menghantar surat
kepada mereka. Sebagai AJK perhubungan, saya menggalas tanggungjawab yang
penting dalam memastikan urusan yang baik antara pihak berkenaan. Oleh yang
demikian, saya juga telah sentiasa menghubungi mereka agar memastikan bahawa
mereka sudah menerima surat daripada pihak institut. Saya telah membuat
perbincangan dengan mereka bagi menghadapkan tujuan program yang ingin kami
laksanakan di situ agar mendapat kebenaran dan kemudahan tertentu.
Selepas berbincang bersama dengan pensyarah, Majlis Sukan Negeri Johor,
Perbadanan Stadium Negeri Johor dan Persatuan Bola Sepak Johor JDT dan

mereka telah bersetuju. Walaubagaimanapun, pelbagai kekangan telah dihadapi


dalam proses menjayakan lawatan ini. Sebagai AJK perhubungan saya sentiasa
berhubung dengan pihak berkenaan. Sebelum seminggu hari lawatan saya telah
diberitahu bahawa

Akhir sekali, hanya tiga tempat yang dipilih untuk program lawatan ilmiah ini
iaitu Stadium Bukit Jalil, Pusat Sukan Universiti Malaya dan juga Kementerian Belia
dan Sukan. Antara pegawai yang telah saya hubungi ialah:
SEMASA
Semasa pelaksanaan aktiviti tersebut, saya telah berhubung dengan pihak
sekolah untuk melaporkan kehadiran kami. Saya juga telah menanyakan tentang
tempat atau dewan yang disediakan kepada kami agar dapat berkumpul pada masa
yang ditetapkan. Saya telah menyelesaikan segala urusan atau prosedur di pejabat
semasa penjalanan program ini.
SELEPAS
Selepas penjalanan program ini kami telah membuat postmortem bersama ahli
kumpulan dan pensyarah pembimbing. Sebagai AJK perhubungan saya telah
dipertanggungjawabkan untuk menghantar surat penghargaan dan terima kasih
kepada pihak yang telah memberi kerjasama dan komitmen kepada kami.
Menerusi program ini, saya dapat melihat suatu implikasi positif dalam diri
saya dari segi komunikasi. Saya telah mempelajari dan yakin akan cara atau kaedah
komunikasi yang baik dalam urusan-urusan rasmi. Saya juga berasa amat bangga
kerana dapat menyumbang dan memainkan peranan dalam penganjuran program
lawatan ilmiah ini. Saya juga telah berkomunikasi dengan beberapa pihak atasan
dan ini memberi pendedahan kepada saya untuk memperbaiki cara berkomunikasi
dan urusan rasmi yang berkaitan dengan surat menyurat. Saya juga dapat merasai
satu aura positif dalam diri saya kerana dapat meningkatkan keyakinan diri.
Saya juga telah mengenali erti kesabaran dan toleransi serta kerjasama
menerusi ini. Sebagai bakal-bakal guru, kami juga telah belajar untuk menghadapi
cabaran dan kekangan dengan baik. Kita tidak boleh menafikan bahawa, sebagai

seorang guru kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam era globalisasi
ini. Oleh yang demikian, ini menjadi suatu landasan atau platform yang baik untuk
mempelajarinya. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak
IPTHO yang membantu menghantar surat kepada pihak sekolah. Tidak ketinggalan
juga semua pegawai di Stadium Larkin dan individu yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung.
LAPORAN AJK PENGACARA MAJLIS

Pada 28 April 2014, satu lawatan ke Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos,
Larkin telah diadakan oleh tiga opsyen yang mengambil mata pelajaran Pendidikan
Jasmani sebagai subjek minor. Opsyen yang mengambil bahagian ialah opsyen
Matematik 1, Matematik 2 dan Reka Bentuk Teknologi 1.
Lawatan

ini

bertujuan

untuk

memenuhi

kehendak

proforma

iaitu

menganjurkan satu lawatan berkaitan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan


Jasmani dan Sukan. Kami telah memilih untuk mengadakan lawatan ke Majlis Sukan
Negeri, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dan Stadium Tan Sri Dato HJ Hassan
Yunos. Walaupun terdapat tiga organisasi yang berbeza, namun ketiga-tiga
organisasi ini telah memberikan taklimat di stadium yang sama iaitu stadium Larkin.
Saya bertugas sebagai AJK Pengacara Majlis bagi lawatan pada kali ini.
Pengacara Majlis bertanggungjawab dalam mengemudi sesi taklimat selain menjadi
pengacara untuk majlis penyampaian cenderahati kenang-kenangan dari pihal IPG
kepada pihak MSN, PBNJ dan juga Stadium. Solehah Binti Roslan daripada opsyen
Reka Bentuk dan Teknologi dipilih untuk mengendalikan majlis penyampaian
cenderahati kepada Majlis Sukan Negeri manakala saya bertanggungjawab untuk
mengemudi majlis penyampaian cenderahati kepada pihak PBNJ dan Stadium yang
diadakan serentak.
Alhamdulillah, majlis berjaya disempurnakan dengan jayanya walaupun
ringkas tetapi cukup bermakna. Semoga pengetahuan, memori dan pengalaman
yang diperoleh dapat membantu dalam meningkatkan lagi kebolehan dalam
pengucapan awam.

Sekian
Yang benar,
Mohd Azrin
(MOHD AZRIN BIN MASDAN)
AJK PENGACARA MAJLIS
LAPORAN AJK HADIAH DAN CENDERAHATI
Lawatan ilmiah ke agensi sukan diadakan pada 28 April 2014 bersamaan
dengan hari Isnin.

Bagi siri dua agensi yang dilawati ialah Majlis Sukan Johor,

Persatuan Bola Sepak dan Stadium Johor Darul Takzim. Sebelum hari lawatan,
perjumpaan buat pertama kali oleh semua kelas telah diadakan bagi melantik ahli
Jawatankuasa bagi setiap siri. Dan sehari sebelum lawatan juga telah diadakan satu
taklimat oleh pensyarah berkaitan pakaian yang yang perlu dipakai, masa bergerak,
serta laporan yang perlu dibuat selepas lawatan.
Saya selaku AJK hadiah dan cenderamata telah menyediakan tiga hadiah
bagi tiga agensi yang ingin dilawati iaitu MSN Johor, Persatuan Bola Sepak, dan
Stadium JDT.
Hadiah yang disediakan bagi setiap agensi:
1.
2.
3.
4.

Pendant
Tuala
Keychain
Plak

Setelah selesainya lawatan ini, saya rasa sangat bersyukur dan berterima kasih
kepada ajk hadiah yang terlibat di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan
semasa proses permohonan hadiah ini di stor. Pengalaman yang saya dan rakanrakan perolehi semasa menjalankan tanggungjawab sebelum lawatan tersebut
sangat berguna dan sangat membantu untuk kami seandainya kami diminta untuk
mengelolakan sesuatu lawatan di sekolah pada masa hadapan. insyaAllah.

LAPORAN AJK KEBERSIHAN


Ajk kebersihan telah menjalankan tugas dengan menyediakan plastik sampah
di bas sebelum bertolak. Apabila sampai di destinasi, nasihat telah diberi oleh ajk
supaya menjaga kebersihan di stadium dan kawasan-kawasan yang kami lawati.
Selepas makan tengah hari, saya sebagai ajk memastikan sisa sisa makanan dan
sampah sarap telah dibuang ke tempat-tempat yang telah disediakan di kantin. Hal
ini bagi memastikan kawasan tempat itu kemas dan bersih seperti yang asal. Selesai
lawatan pada petang itu, saya meminta kerjasama daripada semua guru pelatih
untuk mengutip sampah-sampah yang terdapat di dalam bas itu. Dengan itu,
kebersihan dapat dijaga dengan baik lebih-lebih lagi atas kerjasama semua guru
pelatih yang terlibat.