Anda di halaman 1dari 2

Nama: Sandra Lee

Kelas: 4 Cempaka

Cara-cara Mengisi Masa Lapang


Masa itu ibarat emas. Kita haruslah menghargai masa
dan menggunakan masa dengan sebaiknya. Janganlah
membuang masa terhadap perkara yang negatif dan tidak sihat
seperti merokok, menagih dadah dan banyak lagi. Masa tidak
boleh dijual beli. Terdapat pelbagai cara untuk mengisi masa
lapang dengan perkara yang berfaedah.
Menolong ibu bapa di rumah ialah satu cara untuk
mengisi masa lapang. Kita boleh membantu mereka dengan
mengemas rumah, mengelap tinkgkap, menyiram pokok
bunga, menolong ibu masak dan sebagainya. Menolong ibu
bapa di rumah boleh meringankan tugas ibu bapa dan dapat
mengeratkan hubangan kekeluargaan kita.
Selain itu, kita boleh membaca atau mengulang kaji
pelajaran. Dengan cara ini, masa lapang dapat digunakan
dengan penuh manfaat. Ini dapat menambah ilmu
pengetahuan dan membaiki kelemahan dalam pelajaran. Kita
akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
Seterusnya ialah meluangkan masa bersama keluarga.
Semasa bersama keluarga, setiap ahli keluarga akan
menghilang stress setelah seminggu penat belajar atau bekerja
dan berinteraksi. Setiap ahli keluarga pun boleh menceritakan
aktiviti seharian mereka dan berkongsi suka dan duka.
Pelbagai aktiviti berfaedah untuk mengisi masa lapang
antaranya ialah beriadah. Dengan beriadah, kita dapat
mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh badan. Sekiranya
badan sihat dan kuat, kita dapat memberi bantuan dalam
bentuk tenaga kerja seperti membantu ibu bapa dan keluarga
dalam menguruskan hal di rumah.
Kesimpulannya, masa sangat berharga. Kita mestilah
berfikir dengan wajar dan mengetahui bagaimana menghargai

masa dan mengisi masa lapang dengan perkara yang


berfaedah.