Anda di halaman 1dari 21

1.

PENDAHULUAN
Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah
rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa
hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan
tentang kemahiran membaca dan menulis
murid

dalam kalangan

murid-

Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi

antara

sekolah rendah

Bahasa

Melayu

di luar bandar ( Abdul Rasid Jamian, 2011)

kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran


maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem

iaitu mengambil kira

matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan
membaca

dan menulis

merupakan

satu

masalah

dalam

kemahiran

yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dalam

pelbagai

disiplin

ilmu

di

sekolah.

Pencapaian

dan

tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan

kebolehan

yang

penguasaan

pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.(Abdul Rasid Jamian)
Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca
dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam
diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak
membunyikan perkataan dengan b betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja
serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini
menimbulkan pola bacaan yang merangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak
memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan
tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang
diberikan oleh guru.
Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009), cara memegang alat tulis akan
mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus
menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju
dan memasan manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan
kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika

memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor
halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya
menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis.
Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran
menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut
pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan
perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada
peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan ynag cantik
dan penuh dengan kesenian.
Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan
pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatumasalah.Contohnya, seperti ketika mereka
berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternatif bkepada pyang
ditunjukkan. Selaindari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga
wujud dancontoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara huruf b dengan
huruf d dan huruf p dengan q ( Higgins et al.1996).
Satuanalisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh Popp
(1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentuk huruf kecil
seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k . Kajian Popp (1964) juga menunjukkan kanak-kanak tadika juga
mengalami kekeliruan abjad dalam usahamemadankan bentuk-bentuk huruf kecil seperti b-d,p-q, b-q, dan
d-p yang dinamakan masalah pembalikan huruf (reversal of letters).

1.1

Sorotan Literatur

Ramai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan.Seperti yang kita tahu, bidang
penulisan ini merupakan satu bidang yang sangat luas.Pelbagai aspek dapat dikaji melalui aspe
penulisan ini. Seperti yang
Saya merujuk kepada bab tokoh yang telah mengkaji mengenai aspek penulisan. Terdapat
beberapa kajian tentang kesalahan bahasa berfokuskan kepada penulisan seperti Politzer dan
Ramirez (2006), Vongthieres (2006) dan Fox (2007).
Menurut kajian Politzer dan Ramirez (2006) yang dikutip oleh Hjh Dayang Rose Hamidah
(2006:23) dalam kajiannya telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh

kanak-kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan bilingual (59
orang). Kanak-kanak ini ditayangkan filemanimated cartoon sebanyak 4 kali kemudian mereka
disuruh menceritakan semula jalan ceritanya. Penceritaan mereka dirakam dan dianalisis
mengikut peringkat-peringkat aspek yang hendak dikaji, iaitu morfologi dan sintaksis.
Hasil

kajian

mereka

menunjukkan

bahawa

sebanyak

50%

adalah

kesilapan

menggunakan simple past tense, sementara 10% adalah kesalahan preposition sebelum frasa
nama. Punca kesilapan

bahasa berlaku di kalangan

berpunca daripada pengaruh

para pelajar berkenaan

adalah

bahasa ibunda, dialek-dialek bahasa Inggeris yang tidak

standard dan pengaplikasian peraturan-peraturan tatabahasa yang tidak sistematik.


Satu lagi kajian Vongthieres (2006) yang dikutip oleh Hjh Dyg Rose Hamidah, 2006:
24),

iaitu

kajian

berdasarkan

masalah-masalah

yang

dihadapi

oleh

pelajar Thailand dalam mempelajari bahasa Inggeris di Universiti Ohio. Hasil


menunjukkan

bahawa

aspek

yang

menjadi

masalah

kepada

pelajarkajian

pelajar-pelajar tersebut

adalah penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense yang berlainan. Sebanyak
44.8% kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense
yang dilakukan oleh para pelajar tersebut.
1.2 Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu
Saya merupakan salah seorang guru opsyen Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina Poi Lam. Ketika menjalankan aktiviti membaca saya mendapati beberapa orang murid tidak
begitu menumpukan perhatian pada sesi pengajaran. Oleh itu, saya membuat tinjauan dan
pemerhatian maka satu masalah dikenalpasti iaitu murid-murid tidak menguasai kemahiran
mengenal dan mngecam beberapa huruf. Hal ini menyebabkan mereka tidak berminat untuk
balajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Walaupun telah belajar di dalam tahun 4 mereka masih
keliru dengan bentuk dan sebutan huruf b dan p. Pada mulanya saya berasa sangat tertekan dan
kecewa kerana mereka menjadi pasif setiap kali saya meminta mereka membaca petikan bersama
rakan-rakan mereka. Rentetan daripada itu, saya perlu menggunakan kaedah yang sesuai untuk
membantu murid-murid ini yang menjadi tanggungjawab saya bagi membimbing mereka supaya
dapat menguasai kemahiran ini. Berdasarkan masalah yang dihadapi, saya perlu lebih memberi
perhatian yang lebih tentang masalah mereka dan menambaik amalan pengajaran dan

pembelajaran saya. Justeru itu, saya bercadang menjalankan kajian tindakan dengan penggunaan
kaedah A&B iaitu genggaman tangan kanan dan tangan kiri bagi membantu murid saya untuk
mengenal huruf b dan p. Kemahiran mengecam dan mngenal huruf amat penting bagi seseorang
sekolah rendah terutamanya dalam kemahiran membaca.

2.0 Fokus Kajian /Isu Keperihatinan.


Sebelum saya menentukan fokus kajian, saya telah menghadapi beberapa masalah kajian yang
dialami dalam kalangan murid Tahun 4 Cemerlang. Antara masalahnya adalah masih lagi
terdapat murid yang tidak mahir atau tidak mampu untuk membaca dengan lancar, murid keliru
akan penggunaan huruf b dan p, murid masih lagi tidak mampu membezakan ayat tunggal dan
ayat majmuk dan tidak boleh membina peta minda dengan betul.
Antara masalah utama dikalangan murid Tahun 4 Cmerlang ialah murid tidak dapat
membezakan penggunaan huruf b dan p ketika membina ayat atau karangan. Ini jelas kelihatan
apabila saya membuat semakan buku tulis dan karangan mereka.Terdapat kesalahan yang
dlakukan terutamanya perkataan yang mempunyai huruf b dan p di belakang perkataan.
Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian ini kepada murid-murid Tahun 4 Cemerlang
yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu 2 bahagian B.
Keadaan ini adalah kerana murid-murid ini sebenarnya mampu membaca dengan baik tetapi
disebabkan mereka masih tidak mampu membezakan huruf b dan p murid-murid ini sukar untuk
mendapatkan markah yang baik dalam penulisan.Justeru itu secara tidak langsung prestasi
murid-murid ini semakin merudum.
Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang betul tidak lagi sepatutnya menjadi masalah bagi
mereka.Ini kerana mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang baik di tahap satu dahulu dan
mereka perlu mahir mengenai penulisan ini.Pada tahap dua ini, penulisan adalah penting kerana
mata pelajaran Bahasa Melayu kertas dua memerlukan murid-murid yang mampu untuk menulis
dengan baik.
Justeru itu, saya perlu memberikan perhatian yang khusus tentang permasalahan murid
saya ini. MenurutMascle (2006), salah satu cara untuk Berjaya dan mahir dalam membaca dan
menulis perlu mengecam huruf. Kajian saya akan menjurus kepada masalah murid yang tidak

mengecam huruf b dan p. Selepas mengadakan beberapa aktiviti dalam slot pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti mengecam huruf menggunakan kad-kad perkataan

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, objektif umum yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti masalah dalam
kekeliruan penggunaan huruf b dan p bagi murid-murid sekolah rendah di luar bandar.
Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut :
1.

Mengenal pasti cara menulis huruf b dan p mempunyai perbezaannya.

2.

Meningkatkan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan dalam kalangan


murid-murid Tahun 4 Cemerlang

3.

Meningkatkan prestasi murd Tahun 4 Cemerlang dalam aspek penggunaan huruf b dan p
2.1

Soalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian dibina seperti berikut :
1.
2.
3.

Mengenal pastipunca masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam kalangan


murid Tahun 4 Cemerlang.
Apakah kaedahA&B dapat digunakan sebagai satu kaedah menulis huruf b dan p
dalam sesuatu perkataan.
Sejauh manakah prestasi murid Tahun 4 Cemerlang meningkat setelah
menggunakan kaedah K&K

4.0 Kumpulan Sasaran.


Dalam kajian yang dikaji, saya telah memfokuskan kepada murid-murid kelas Tahun 4
Cemerlang.Ini adalah kerena saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
dalam kelas tersebut. Kelas Tahun 4 Cemerlang ini mempunyai 17 orang murid yang terbahagi
kepada 8 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Bilangan ini tidak ramai kerana
sekolah ini ditempatkan bilangan murid yang sedikit dalam sesebuah kelas dan juga mempunyai
pelbagai aras dan tahap pencapaiannya.

Oleh itu, secara tidak langsung prestasi murid Tahun 4 Cemerlang ini berada ditahap yang
sederhana dan lemah, akan tetapi mereka masih lagi berkebolehan dalam mencapai tahap yang
memberangsangkan jika dapat dibentuk awal dengan cara yang betul.

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi
masalah yang dihadapi oleh pelajar Tahun 1 Bersih SK
Penderas dalam membezakan huruf kecil b dengan d.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bertulis
dan lisan kepada pelajar semasa melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil
tinjauan ini menunjukkan terdapat 9 orang pelajar masih
keliru untuk membezakan huruf kecil b dengan d. Guru
telah mengambil tindakan bagi meningkatkan kebolehan
pelajar untuk membezakan kedua-dua huruf kecil ini.
melalui program Jangan Keliru. Program ini mengambil
masa selama 2 minggu dan setiap sesi mengambil masa
5 hingga 10 minit sahaja. Keputusan ujian pos
menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam
membezakan kedua-dua huruf ini.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa
yang paling penting kerana melaluinya seseorang itu
boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat
ditempuhinya melalui pengalaman biasa yang lain.
Membaca adalah satu proses yang bukannya mudah
sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang
kompleks ( Raminah Hj Sabran, 1987 )
Hasil kajian mendapati pengamatan murid terhadap
bentuk-bentuk huruf mempunyai masalah. di mana
mereka keliru mengenali huruf-huruf yang hampir sama

bentuknya seperti huruf kecil b dan d. Perlu seseorang


guru itu untuk menyusun strategi yang lebih berkesan
untuk mengajar murid-murid membezakan huruf-huruf ini.
Huruf-huruf kecil lain yang hampir sama bentuknya seperti
n dan h, f dan t, y dan g juga sering mengelirukan kanakkanak . Kanak-kanak masyarakat orang asli di sekolah ini
juga menghadapi masalah tersebut. Tambahan pula
mereka kurang didedahkan dengan bentuk-bentuk huruf di
rumah. Kebanyakannya hanya dapat melihatnya di
sekolah sahaja.
PERNYATAAN MASALAH
Membaca menggabungkan beberapa kemahiran, iaitu
kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif
( untuk mengenal dan membezakan bentuk-bentuk
huruf),
kemahiran
mengingat,
mendengar
dan
membezakan bunyi-bunyi yang tepat dan jelas, menyebut
bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf,
menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk
membentuk perkataan dan kebolehan memindahkan
lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem saraf
otak untuk menterjemahkan dan memahami apa yang
dibaca Raminah Hj Sabran, 1987).
Kemahiran mengenal huruf dan membezakan huruf amat
penting untuk pelajar membezakan bunyi huruf
.Kelemahan pelajar membezakan huruf akan turut
mempengaruhi kebolehan membaca dan menulis .
Kemahiran mengenali huruf merupakan titik mula kepada
kemahiran membaca.
Di SK Penderas seramai 24 daripada 26 orang pelajar di
kelas ini telah mengikuti kelas pra sekolah atau tadika
tetapi saya dapati mereka masih belum menguasai

kemahiran membaca. Pelajar 1 Bersih seramai 25 orang


telah menjalani ujian KIA2M pada 7 April yang lalu.
Manakala seorang lagi ponteng tegar. Hasil ujian didapati
memang benar seramai 16 pelajar masih belum
menguasai kemahiran membaca. 6 orang daripada 16
pelajar tersebut masih tidak kenali huruf dan 10 orang
yang lain pula masih keliru untuk mengenal huruf.
Selebihnya iaitu 10 orang pelajar telah pun boleh
menyebut perkataan kv kv. Sejak 13 April 2009, muridmurid yang mengikuti kelas KIA2M telah menjalani
program Deras Baca Penderas .
Pada 22 April 2009, sewaktu saya menjalankan latihan
dalam menguji kebolehan murid mengenali huruf yang
dipelajari sebelum ini , saya dapati seramai 9 daripad 24
orang murid menghadapi masalah untuk membezakan
huruf kecil b dengan d.
Rajah 1 : Hasil kerja salah seorang pelajar sebelum
tindakan
Mungkin kerana pengalaman pertama mengajar tahun 1,
saya kurang peka bahawa akan wujudnya kekeliruan
antara kedua-dua huruf ini. Apabila saya melahirkan
masalah ini kepada rakan-rakan, maklum balas yang saya
terima antaranya :
Masalah ini perkara biasa, pelajar tahun 3 dan 4
pun ada yang masih keliru
Saya terpanggil untuk mengubah keadaan ini lebih awal.
Saya memikirkan bagaimana cara untuk saya mengajar
pelajar ini bagi membolehkan mereka mengatasi
kekeliruan itu. Pada pendapat saya, kita perlu memberi
pelajar satu pengalaman yang menarik untuk membentuk
ingatan yang kekal.

TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan 9 orang murid
yang bermasalah itu dapat meningkatkan kebolehan
pelajar membezakan huruf kecil b dengan d. Hasil kajian
ini juga diharapkan dapat memastikan penambahbaikan
amalan kendiri dalam pengajaran guru dan pembelajaran
murid.
SOALAN KAJIAN
Antara soalan berkaitan kajian ialah :
1) Adakah murid-murid boleh membezakan huruf b dan d
dengan lebih mudah?
2) Adakah kaedah kaedah pengajaran menarik minat
dan memudahkan pelajar mengatasi masalah ?
METODOLOGI KAJIAN
Penyelidikan ini mengaplikasikan modul penyelidikan
tindakan ( model Kemmis dan Taggart, 1992) seperti
gambarajah di bawah

Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 9 orang pelajar Tahun 1B yang terdiri
daripada 8 lelaki dan 2 perempuan.
Instrumen Kajian
Data dikumpul dengan menggunakan 2 kaedah
i)
Ujian pra dan ujian
ii)
Pemerhatian
Analisa Kajian

1) Ujian pra dan ujian post dianalisis menggunakan


dengan membandingkan bilangan jawapan yang dijawab
dengan betul dan salah sebelum dan selepas pelajar
didedahkan kepada program .
2) Pemerhatian penglibatan murid dalam aktiviti
3) Hasil lembaran kerja murid
TINJAUAN AWAL
Tinjauan saya mulakan pada tarikh 27 April 2009 dengan
memberi lembaran kerja yang mengandungi huruf b dan
d. Saya mengarahkan pelajar mewarnakan huruf b
sahaja. Saya hanya hendak memastikan pengetahuan
sedia ada mereka.

Hasil kerja murid semasa tinjauan awal

Saya memberi latihan ini kepada semua pelajar kelas ini untuk
mengetahui berapa orang pelajar yang benar- benar keliru
dengan kedua- dua huruf tersebut. Hasilnya sememangnya 9
orang pelajar tersebut menghadapi masalah itu. Didapati
mereka telah mewarnakan kedua- dua huruf.

Pada hari berikutnya, saya menjalankan pemerhatian


terhadap penguasaan pelajar dengan cara meminta
mereka menunjukkan huruf kecil yang saya sebut dan
menyebut huruf kecil yang ditunjukkan secara rawak.
Saya memastikan soalan huruf b dan d itu saya tujukan
kepada pelajar-pelajar yang bermasalah di mana saya
telah membuat catatan nama mereka. Aktiviti ini saya
jalankan secara kelas.
Semasa pelajar lain membuat latihan , saya telah
memanggil 9 pelajar tadi untuk diuji secara individu.
Pencapaian mereka saya rekodkan
Menunjuk Huruf Kecil
Nama
B
Murid
a
b
c
d
e
f
Ahmad
1
/
X
/
/
/
/
Zulia
2 Azahari
/
X
/
X
/
/
3 Azizan
/
X
/
X
/
/
4 Hasni
/
X
/
/
/
/
5 Helmi
/
X
/
X
/
/
Kamaru
6
/
/
/
X
/
/
l
7 Zainurin
/
X
/
X
/
/
8 Suraya
/
X
/
X
/
/
Nur
9
/
/
/
X
/
/
Aliza
PERANCANGAN TINDAKAN
Berdasarkan tinjauan awal, didapati murid- murid perlu
didedahkan dengan perbezaan bentuk dan sebutan huruf
dengan lebih tersusun. Aktiviti-aktiviti dirancang dengan
mengaitkan persekitaran murid-murid juga boleh dijadikan
bahan untuk menjelaskan perbezaan huruf-huruf.

PELAKSANAAN TINDAKAN
Bagi meningkatkan kebolehan pelajar
mengatasi
kelemahan yang telah dikenalpasti, saya telah merangka
program yang dilaksanakan selama 2 minggu yang hanya
mengambil masa selama 5 hingga 10 minit sebelum
pengajaran sebagai set induksi. Aktiviti ini dilaksanakan
oleh semua murid. Saya mengambil langkah tersebut
supaya pelajar yang telah menguasai kemahiran dapat
membuat pengukuhan dan yang tidak menguasai pula
menerimanya
sebagai
pemulihan.
Saya
telah
menyediakan satu catatan pemerhatian untuk murid-murid
yang bermasalah
Langkah 1 ( 4 Mei 2009)
i) Murid dikenal semula dengan huruf b dan d
ii) Murid dibimbing menggunakan anggota badan mereka
sebagai lambang huruf b dan d. Tangan kanan
digunakan membuat pergerakan bentuk bulatan ke kanan
sambil menyebut b. Tangan kiri membuat gerakan bentuk
bulatan ke kiri sambil menyebut d. Langkah dilaksanakan
dengan mengikut gerakan guru yang membelakang
murid. Sambil menyanyi
Gerakkan tangan kanan , gerakkan tangan kiri
Buat bulatan b, buat bulatan d
Gerakan kaki kanan, gerakan kaki kiri
Buat bulatan b, buat bulatan d.
iii) Murid diberi penerangan bahawa b mempunyai tiang
dan bulatan ke kanan manakala d mempunyai tiang dan
bulatan ke kiri mereka.
iv) Guru melukiskan kaki dan menerangkan huruf b dan d
seperti lukisan orang berdiri.
4 : Contoh lukisan guru

Langkah 2 ( 5 Mei 2009 )


i) Murid dikehendaki angkat tangan kanan yang
dinamakan tangan b dan tangan kiri pula sebagai tangan
d.
ii) Murid dikehendaki meletakkan tangan b atau d ke
tempat yang disebut guru ~ Letakkan tangan b ke atas
hidung.
Langkah 3 ( 6 Mei 2009 )
i) Murid dikehendaki menyanyi lagu pada langkah 1 dan
dibekalkan dengan 1 huruf.
ii) Murid yang memegang huruf b atau d diminta berdiri
sambil menunjuk huruf.
iii) Murid yang memegang huruf b ke hadapan kelas dan
huruf d ke belakang kelas.
Langkah 4 ( 8 Mei 2009 )
i) Menyanyi gerakan diulang
ii) 12 orang murid dibekalkan dengan huruf b dan 12
orang murid dengan huruf d.
iii) Mereka dikehendaki berkumpul secara berpasangan b
dan d.
Langkah 5 ( 11 Mei 2009 )
i) Murid mengulangi nyanyian di langkah 1.
ii) Pelajar diminta mencari berapa huruf b atau d yang
dilekatkan pada papan tulis
Langkah 6 ( 12 Mei 2009 )
i) Murid diberikan lembaran kerja memadankan huruf
besar dan secara rawak ( lampiran 1 )
Langkah 7 ( 13 Mei 2009 )
i) Murid diberi lembaran kerja mencari dan membulatkan
huruf b ( lampiran 2 )

Langkah 8 ( 14 Mei 2009 )


i) Murid diberi lembaran kerja mencari dan membulatkan
huruf d ( lampiran 3 )
Sepanjang langkah-langkah ini dijalankan saya dapati, 9
pelajar tadi telah dapat membezakan huruf b dengan d.
Ketika membuat latihan di lembaran kerja, saya dapat
melihat mereka membuat gerakan tangan seperti dalam
nyanyi untuk mereka memastikan samada huruf itu b atau
d. Saya berharap aktiviti ini dapat memberi pengalaman
yang boleh diingati oleh pelajar.

Rajah 6 : Kad huruf yang digunakan semasa aktiviti dijalankan


REFLEKSI
Sepanjang menjalankan program ini, saya menyedari
hakikat bahawa murid-murid berbeza daripada segi
keupayaan memahami bahan-bahan bertulis, keupayaan
mendengar dan bertutur. Jadi dalam menyampaikan isi
pelajaran, saya harus memikirkan keadaan ini agar
mereka dapat diberi perhatian yang berlainan dan sesuai
dengan kemampuan mereka.

Di dalam pengajaran menguasai kemahiran membaca,


tidak ada kaedah yang paling baik dan berkesan untuk
semua keadaan dalam semua aspek pengajaran. Saya
sedari perlunya untuk memilih kaedah yang sesuai
dengan kehendak dan keadaan murid-murid. Teknik
pengajaran amat mempengaruhi perkembangan muridmurid. Teknik yang menarik dapat menghidupkan
suasana pengajaran yang boleh memberi pengalaman
yang lama kekal dalam ingatan.
Saya berusaha menjalankan aktiviti mengenal b dan d itu
berulang supaya ianya menjadi ingatan kepada pelajar.
Tempoh masa menjalankan aktiviti itu tidak lama di mana
saya jadikannya sebagai set induksi kepada pengajaran
saya selama hampir 2 minggu ini tidak membosankan
pelajar. Malahan, saya dapat melihat perubahan ketara di
mana pelajar ini boleh memahami dengan cepat. Bahan
yang saya gunakan juga adalah bahan yang sedia ada

sebelum ini tanpa perlu membuat bahan bantu mengajar


tambahan.
Selain itu, saya dapati bahawa pemulihan yang perlu
saya jalankan kepada pelajar tidak memerlukan satu sesi
pengajaran tambahan. Hanya boleh diselit-selitkan dalam
langkah- langkah pengajaran yang saya rancangkan.
Dalam satu masa saya dapat menjalankan pemulihan dan
meneruskan pengajaran seperti biasa. Saya yakin
kaedah atau langkah- langkah penyelesaian masalah
saya ini lebih ringkas, mudah dan menarik.
CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN
Dapatan kajian dan kesan daripada program ini
menunjukkan perubahan kepada penguasaan kemahiran
pelajar membezakan kedua-dua huruf ini. Mereka sudah
menyebut dan menunjukkan huruf itu dengan lebih tepat.
Walaupun terdapat pelajar yang perlu berfikir sejenak
sambil membuat gerakan nyanyian terlebih dahulu untuk
memastikan sama ada huruf itu b atau d tetapi pada
pendapat saya mereka akan menguasainya lebih cepat
pada masa akan datang.
Pada pengajaran akan datang, saya perlu melaksanakan
langkah-langkah pengajaran ini semasa mula-mula
memperkenalkan huruf- huruf a hingga d. Semoga hasil
kajian dapat memberi manfaat kepada semua rakan-rakan
setugas.
BIBLIOGRAFI
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Manual Kajian
Tindakan. Kuala Lumpur : BPPDP, KPM.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (2006).


Kertas
Kerja
Seminar
Penyelidikan
Pendidikan
Kebangsaan ke-XIII 2006 . Kuala Lumpur : Kementerian
Pelajaran Malaysia
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan ( 1999).
Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan
1999, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
(2001). Garis Panduan
Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan Malaysia. Kuala
Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia
Raminah Hj Sabran. ( 1987 ) . Kaedah Pengajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur. (t.p)
Sabariah bt Abu Bakar ( 2002 ). Jurnal Kajian Tindakan Tahun
2002. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Lampiran 1
Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra Ujian Pos
B
Nama Murid
Bilangan Bilangan
Betul
Betul
1 Ahmad Zulia
11
25
2 Azahari
16
25
3 Azizan
13
25
4 Hasni
16
25
5 Helmi
14
25
6 Kamarul
16
25
7 Zainurin
13
25
8 Suraya
15
25
9 Nur Aliza
16
25
Lampiran 2

Hasil Lembaran 1 Murid Selepas Kajian

Lampiran 3
Hasil Lembaran 2 Murid Selepas Kajian