Anda di halaman 1dari 13

DIPLOMA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

PENEMPATAN PRA KLINIKAL TAHUN 2 SEMESTER 1

KEHIDUPAN DI KLINIK KESIHATAN ENGKILILI

NAMA

LO WEE WUI

NO. KAD PENGENALAN :

941124-13-5391

NO MATRIKS

BPP2013-7155

AMBILAN

JULAI 2013

Kehidupan di Klinik Kesihatan Engkilili


Pada 13 hari bulan November 2014, bermulanya minggu praktikal pelatih penolong
pegawai perubatan KSKB Kuching. Pada hari tersebut bas dijangkakan akan mula berangkat
pada pukul 6 pagi tetapi atas sebab-sebab tertentu bas mula bertolak pada pukul 8.45 pagi dari
kolej. Perjalanan dari KSKB Kuching ke KK Engkilili mengambil masa sekurang-kurangnya 4
jam dan tiba di KK Engkilili pada pukul lebih kurang 12.45 tengah hari.
Hari Pertama-Khamis(13/11/2014)
Setibanya di Engkilili, kami singgah di kuarters KK Engkilili yang disediakan khas untuk
pelatih Penolong Pegawai Perubatan. Namun begitu, nasib tidak begitu baik pada hari itu apabila
kami diberitahu bahawa kuarters tersebut rosak dan tidak dapat digunakan. Oleh hal yang
demikian, maka kami pun menuju hala ke klinik untuk memahami perkara ini dengan
selanjutnya. Di KK Engkilili, kami bertiga iaitu saya Lo Wee Wui, dan 2 orang lagi ahli
kumpulan saya Steward Nerawi dan Kizi Reozel dijemput oleh local preceptor di sana iaitu
Penolong Pegawai Perubatan U29 Stallone Lim. Beliau memberitahu kami bahawa kuarters
tersebut sudah lama tidak dapat digunakan kerana bumbung kuarters diterbangi oleh angin yang
kencang. Apabila hujan, kuarters tersebut akan menjadi tidak selamat untuk didiami.
Pada mulanya, PPP Stallone Lim ada menawarkan tempat tinggal untuk kami bertiga
iaitu di dalam klinik. Terdapatnya satu bilik kosong yang mempunyai 3 katil disediakan. Tempat
mandi, tandas dan pantry untuk memasak juga disediakan. Tetapi atas sebab-sebab tertentu,
kami menolak tawarannya dan memutuskan untuk tinggal di tempat lain. Steward membawa
Kizi balik ke rumahnya di Engkilili dan saya pula tinggal di rumah sewa kakak saya di Taman
RPR Engkilili dengan mendapat kebenaran PPP Stallone Lim. Selepas itu, kami diminta untuk
datang ke klinik pada pukul 2 petang untuk sesi orientasi.
Pada pukul 2 petang, kami bertiga diminta untuk menolong staf-staf di klinik dahulu
sebelum memulakan sesi orientasi kita. Kami menolong attendant di sana untuk melakukan tugas
termasuklah pendaftaran pesakit luar di kaunter pendaftaran, mengambil tanda-tanda vital
pesakit luar seperti tekanan darah, heart rate dan SPO2 dan sebagainya. Lebih kurang pada pukul
4.30 petang, semua tugasan yang diarahkan sudah siap diselesaikan. Pada masa itu baru mula
sesi orientasi kita. PPP Stallone Lim memperkenalkan kami sedikit sebanyak tentang sejarah
Klinik Kesihatan Engkilili. Klinik Kesihatan Engkilili dibina dan ditubuhkan pada tahun 1964.
Pada tahun 2013 klinik ini diubahsuai untuk menaik taraf fasiliti dalam klinik. Pada awal tahun
2014 klinik ini secara rasminya dibuka semula selepas siap projek pengubahsuaian klinik.
Masuk dari pintu klinik kita akan nampak kaunter pendaftaran di mana pesakit luar akan
mendaftar di sana. Di sebelah kiri kaunter ada satu bilik dinamakan bilik prosedur di mana
pesakit akan dihantar masuk untuk mengambil suntikan ubat, infusi cecair intravena, toilet &
suturing, incision & drainage, dressing, suture to open dan pelbagai lagi prosedur medikal,
surgikal dan kejururawatan dilakukan di dalam bilik tersebut. Terdapat juga sudut untuk

melakukan prosedur nebulizer bagi pesakit yang ada masalah pernafasan seperti pesakit asma
dan pesakit yang ada mukus dalam salut pernafasan. Sudut ORS juga disediakan bagi
membancuh oral rehydration salt bagi pesakit yang mengalami dehidrasi akibat diarea. Terdapat
satu bilik yang digunakan khas oleh dua orang Penolong Pegawai Perubatan iaitu Stallone Lim
dan Mark Gabriel untuk clerking pesakit. Di luar bilik tersebut terdapat satu meja di mana
pesakit akan diambil tanda-tanda vital mengikut giliran. Selain itu, ada sebuah bilik simpanan
ubat ataupun farmasi. Di situlah pelbagai ubat-ubatan disimpan, bfmp, sputum untuk PTB dan
glukos darah diambil. Tingkat atas merupakan klinik kesihatan ibu dan anak(MCH). Selepas sesi
orientasi, kami dibenarkan balik ke rumah masing-masing. Sebelum balik, kami diberitahu
bahawa kami boleh datang ke klinik pada waktu malam dari pukul 8 hingga 10 untuk bersedia
oncall sekiranya ada kes kecemasan.
Kira-kira pada pukul 7 lebih tiba-tiba ada kes kecemasan. Kami bertiga dipanggil untuk
oncall. Kami bertiga menjadi penolong kepada PPP Stallone Lim untuk melakukan prosedur
toilet & suturing kepada pesakit berkenaan. Selepas selesai melakukan t&s, ada satu lagi kes
kecemasan. Seorang kanak-kanak mengadu sesak nafas. Selepas diperiksa didapati ada mukus
dalam salur pernafasan kanak-kanak tersebut. Kami memberi nebulizer kepada kanak-kanak
tersebut supaya dia lebih senang bernafas. Pesakit kanak-kanak tersebut dibenarkan balik ke
rumah selepas pemeriksaan oleh PPP Stallone Lim. Selepas itu sampai pukul 10 malam tiada lagi
kes kecemasan dan kami bertiga pun balik ke rumah masing-masing. Hari pertama memang
memenatkan saya. Saya rasa tidak berdaya kerana dari awal pukul 4 pagi saya sudah bangun
tambahan pula perjalanan yang jauh dari kolej sampai ke klinik memang meletihkan saya.

Pesakit luar yang menunggu untuk


diambil tekanan darah, heart rate
dan SPO2.

Sudut membancuh ORS

Hari kedua-Jumaat( 14/11/2014)


Hari ini kami bertiga datang ke klinik tepat pada pukul 8.00 pagi. Perkara pertama kami
buat setelah sampai ke klinik ialah mengambil kehadiran dengan mengisi buku Clock in and
out student. Selepas itu, kami bertiga pun ambil tempat masing-masing untuk memulakan kerja
kami. Saya bertanggung jawab untuk mengambil tanda-tanda vital pesakit luar di meja luar bilik
PPP. Pada mulanya, saya memerhatikan attendant klinik mengambil tekanan darah pesakit.
Selepas itu, baru saya cuba melakukannya sendiri. Mula-mula, saya mengambil tekanan darah
pesakit luar mengikut apa yang telah saya pelajari semasa dalam kuliah. Kemudian attendant di
sana memberitahu saya apa yang saya pelajari itu hanya skema sahaja. Beliau mengajar saya
cara-cara mengambil tekanan darah mengunakan teknik yang lebih ringkas dan cepat. Caranya
ialah dengan merujuk balik tekanan darah yang diambil kali terakhir datang ke klinik.
Contohnya, sekiranya sistolik tekanan darah pesakit yang lepas ialah 130mmHg, maksudnya
saya perlu mengepam kuf 20mmHg lebih daripada 130mmHg iaitu 150mmHg. Kemudian
stetoskop kan diletakkan di bahagian anterior fosa antekubital. Buka injap secara perlahan-lahan
untuk mendengar( auskultasi) bunyi pertama dan bunyi terakhir. Pada mulanya, saya agak cemas
semasa mengambil tekanan darah pesakit pertama kerana banyak pesakit duduk di depan saya.
Banyak mata yang memandang saya menyebabkan saya agak tertekan kerana saya tidak biasa
melakukan kerja semasa orang tengok saya. Tambahan pula saya sudah lama tidak mengambil
tekanan darah menggunakan cara yang manual kerana hospital atau klnik sekarang semua
mengambil menggunakan alat BP yang automatik. Semasa saya cuba membuka injap
sfikmomanometer saya terpaksa menggunakan dua tangan kerana saya menutup injap terlalu
ketat. Tetapi setelah saya cuba beberapa kali saya berasa saya semakin mahir dalam mengunakan
sfikmomanometer untuk mengambil tekanan darah pesakit. Setelah mengambil tekanan darah
pesakit, saya juga mengambil heart rate dan juga SPO2 pesakit. setelah ketiga-tiga tanda vital
tersebut diambil, saya akan mencatatkannya dalam case note pesakit dan menyerahkan kepada
penolong pegawai perubatan yang bertugas untuk clerking pesakit. Ada juga pesakit kanak-kanak
yang datang berjumpa dengan penolong pegawai perubatan dan saya akan mengambil suhunya
sebelum berjumpa dengan PPP. Selepas itu, ada seorang pesakit yang sudah menjalani ORIF
datang ke klinik untuk menukar dressing. Kami bertiga pun menolong attendant untuk
melakukan dressing. Pada waktu petang pula, setelah saya habis mengambil tanda vital pesakit,
PPP Mark Gabriel mengajar kami memasang laluan intravena memandangkan ada banyak masa
lagi. Kami mendapat banyak ilmu yang kami tidak dapat semasa amali dalam kuliah seperti
membengkokkan jarum sebelum memasukkannya ke dalam vena untuk memudahkan proses
memasang laluan intravena. Selepas itu, kami cuba memasang laluan intravena bergilir-gilir
menggunakan kawan sebagai model.

Gambar saya mengambil


tekanan darah.

Meja untuk mengambil tanda


vital pesakit sebelum masuk
ke bilik penolong pegawai
perubatan.

Proses pembelajaran teknik


memasang laluan intravena
dan hasilnya.

Menukar dressing ke atas


pesakit yang sudah menjalani
ORIF.

Hari ketiga-Isnin(17/11/2014)
Hari ini seperti biasa kami bertiga sampai ke klinik tepat pada pukul 8.00 pagi. Seperti
biasa kami mengambil kehadiran dahulu dengan mengisi buku Clock in & out student. Setelah
siap mengisi buku tersebut, maka kami pun mengambil tempat masing-masing untuk memulakan
kerja. Pada hari ini saya belajar cara-cara untuk clerk pesakit luar di dalam bilik Penolong
Pegawai Perubatan bersama PPP U29 Mark Gabriel. Pada mulanya, beliau mengajar saya 5
perkara penting yang perlu dicatatkan dalam case note pesakit semasa clerking pesakit iaitu
known case(k/c), complaint of(c/o), general condition(g/c), on examination(o/e) dan plan.
Pertama sekali known case(k/c) iaitu kita merujuk balik sejarah penyakit pesakit kita. Sekiranya
pesakit tersebut ada hipertensi, kita perlu menanyakannya dahulu sama ada pesakit meneruskan
rawatan ubat atau tidak. Sekiranya ada kita perlu mencatatkan Hypertension follow up
treatment dalam kategori known case(k/c). seterusnya ialah complaint of patient(c/o) iaitu di
mana peranan kita sebagai PPP untuk menanyakan aduan pesakit. Kita perlu juga merujuk balik
sejarah aduan pesakit untuk memudahkan kita menanyakan aduan pesakit. Semua aduan pesakit
perlu dicatatkan dengan jelas dalam case note pesakit. Selepas itu barulah kita masuk kepada
general condition(g/c) iaitu kita memerhati(inspeksi) keadaan pesakit sama ada dia berjalan
masuk ke bilik PPP, alertness dan consciousness pesakit dan juga sama ada pesakit mengalami
edema atau tidak. Perkara yang keempat ialah on examination(o/e) di mana kita perlu

melakukan pemeriksaan badan terhadap pesakit. Contohnya sekiranya pesakit mengadu masalah
pernafasan, kita perlu mendengar(auskultasi) paru-paru dengan stetoskop untuk mengesan
sebarang keabnormalan pada fungsi paru-paru pesakit. Perkara terakhir paling penting iaitu plan
di mana kita perlu memberi rawatan ubat-ubatan kepada pesakit kita. Kita juga boleh
mencatatkan sebarang specimen yang diambil dalam kategori plan ini seperti sputum PTB atau
BFMP. Namun begitu, saya menghadapi rintangan semasa clerk pesakit kerana kebanyakan
pesakit yang datang ke klinik ini berbangsa iban dan mereka cenderung berkomunikasi dalam
bahasa iban menyebabkan saya kurang dapat berkomunikasi dengan mereka. Selepas clerk
beberapa pesakit, ada seorang pesakit yang memerlukan nebulizer kerana ada masalah salur
pernafasan. PPP Mark Gabriel menyuruh saya memberi nebulizer kepada pesakit tersebut.
Sebelum saya memulakan prosedur, beliau memberitahu saya dos yang diperlukan untuk
nebulizer iaitu 2ml salbutamol, 2ml atrovent dan 2ml normal saline 0.9%. Selepas itu saya pun
memberi nebulizer di bawah penyeliaan beliau kepada pesakit tersebut. Pada waktu petang pula,
pesakit luar yang datang ke klinik agak kurang. Sebab itulah kami bertiga meminta attendant di
sana yang bernama Andy mengajar kita mengambil BFMP. Pada mulanya Andy mendemonstrasi
cara-cara mengambil BFMP, selepas itu barulah kami berlatih mengambil BFMP menggunakan
darah sendiri. Pertama kali mengambil spesimen agak mencabar bagi saya kerana saya tidak
dapat menyediakan slaid BFMP yang bagus. Tetapi selepas beberapa kali mencuba akhirnya
dapat juga saya menyediakan slaid BFMP yang agak bagus. Itulah kerja yang saya buat
sepanjang hari pada hari tersebut.

Sudut memberi nebulizer


kepada pesakit.

Gambar saya berlatih


mengambil BFMP
mengunakan darah
sendiri.

Contoh case note dalam


clerking pesakit.

Penyediaan slaid BFMP

Hari keempat-Selasa(18/11/2014)
Hari yang kedua terakhir di klinik ini. Saya sudah mula suka dengan tempat ini kerana
staf di sini semuanya baik dan sudi mengajar kami dengan penuh kesabaran. Pada hari ini saya
bekerja di beberapa tempat. Pada awal pagi ini ada satu kes untuk menolong menukar dressing
pesakit. Saya dan ahli kumpulan saya yang dua lagi menolong melakukan dressing ke atas
pesakit tersebut. Mula-mula kami membuka dressingnya yang lama. Kemudian kami mencuci
lukanya dengan swab kapas yang direndam dalam chlorhexidine(hibitane) yang dicampur
dengan normal saline. Setelah lukanya bersih dicuci, kami menutup lukanya dengan paraffin
gauze untuk mengelakkan gauze melekat pada luka. Akhirnya barulah kami menutup lukanya
dengan gauze dan plaster. Selepas dressing siap dilakukan, tiba-tiba ada seorang perempuan
datang ke klinik dengan keadaan yang cemas. Dia meminta kami menolak kerusi roda ke luar
klinik untuk membawa suaminya yang cedera. Tanpa melengahkan masa saya dan kawan saya
pun melakukan apa yang diminta oleh perempuan tersebut. Rupa-rupanya kaki suaminya
terpotong semasa menebang kayu balak. Pendarahan yang banyak mengalir keluar daripada luka
yang terbuka pada kaki kanan pesakit lelaki tersebut. Kami segera menolak pesakit lelaki itu
masuk ke dalam bilik prosedur klinik dengan menggunakan kerusi roda. Kemudian salah seorang
daripada kami memberitahu PPP yang menguasa iaitu PPP Stallone Lim. Perkara pertama yang

beliau lakukan ialah dengan mengambil baldi untuk mengumpul darah yang mengalir keluar dari
luka kaki pesakit. Kemudian beliau mencuci lukanya dengan beberapa pint normal saline di
samping menilai keadaan mangsa dan lukanya. Beliau mengambil keputusan tidak melakukan
toilet&suturing ke atas mangsa tersebut kerana beliau mengesan fraktur tulang pada kaki mangsa
tersebut. Di sini juga, saya berpeluang untuk memberi suntikan ATT secara IM kepada pesakit
tersebut. saya berasa gembira kerana pertama kali dapat menyuntik orang dan akhirnya dapat
juga saya mempraktiskan apa yang saya belajar semasa amali ke atas manusia. Selepas itu,
beliau bercadang untuk melarang gerak kaki mangsa dengan memasang tuap. Namun begitu
beliau tidak berjaya mencari tuap yang dikehendaki kerana tuap sudah habis dipakai. Dengan
segeranya beliau menyuruh attendant mencari kotak yang tidak dipakai kerana beliau ingin
menghasilkan tuap menggunakan kotak. Setelah siap menghasilkan tuap yang diperbuat daripada
kotak, maka beliau pun memasang kepada kaki mangsa yang cedera itu. Kemudian, beliau
meminta 2 orang daripada kami mengikut beliau untuk menghantar pesakit ke Hospital Sri
Aman. Saya menawarkan diri saya kerana saya tidak pernah cuba masuk ke dalam ambulans.
Seorang lagi yang ikut ialah Kizi. Dalam perjalanan kami berdua bercakap dengan pesakit untuk
memastikan pesakit itu sentiasa dalam keadaan yang sedar. Perjalanan dari Klinik Kesihatan
Engkilili ke Hospital Sri Aman mengambil masa lebih kurang 40 minit. Setibanya di sana, saya
dan Kizi menolong menghantar pesakit ke dalam jabatan kecemasan dan mengangkat pesakit ke
atas katil. Itulah kerja kami escort pesakit dari klinik ke hospital. Semasa dalam perjalanan
balik, saya memerhatikan keadaan dalam ambulans yang digunakan oleh kami. Saya
berkesempatan mengambil gambar dalam ambulans kerana saya ingin memahami lebih peralatan
yang disediakan dalam ambulans memandangkan kami sudah mempelajari Ambulans
Equipment dalam subjek Perubatan Kecemasan semester 3. Pada waktu petang pula, pesakit luar
yang datang tidak banyak. Sebaik saja ada masa kami meminta attendant di sana mengajar kami
menyediakan slaid untuk sputum PTB. Itulah aktiviti kami sepanjang hari keempat di klinik.

Ambulans Equipment

Menyediakan slaid
sputum PTB

PPP Stallone Lim


sedang mencuci luka
pesakit menggunakan
normal saline dengan
dibantu oleh Kizi.

Menyuntik ubat

Hari terakhir-Rabu(19/11/2014)
Hari ini merupakan hari terakhir di klinik ini. Hari ini saya bekerja di kaunter
pendaftaran. Kerja ini tidak susah, saya hanya perlu mencatatkan butiran pesakit luar seperti
nama pesakit, nombor kad pengenalan, alamat, umur bangsa, jenis perkhidmatan seperti OPD
ataupun MCH serta nombor resit sekiranya pesakit perlu membayar RM 1. Pembayaran RM 1
hanya tertakluk kepada pesakit yang berumur 20 hingga 59 tahun yang bukan kakitangan
kerajaan. Yang selebihnya seperti kanak-kanak, ibu mengandung, warga emas serta kakitangan
kerajaan tidak perlu membayar. Warga asing yang datang dari negara lain pula perlu membayar
sebanyak RM 15. Pada pukul 9 pagi, ada seorang guru membawa pelajarnya datang ke klinik
untuk menukar dressing. Selepas itu, datangnya seorang pesakit yang meminta untuk menjahit
luka laserasinya di plantar kaki kiri. Kami bertiga mengambil peluang ini untuk belajar toilet &
suturing memandangkan hari ini merupakan hari yang terakhir. Setelah melihat PPP Mark
Gabriel melakukan jahitan yang pertama, barulah kami bertiga bergilir-gilir menjahit lukanya
selepas disuntik lignocaine di lukanya. Hampir pukul 11, kumpulan 2 yang datang klinikal di
klinik ini pun sampai. Kami bertiga mengambil gambar bersama dengan staf di klinik sebagai
kenangan. Selepas itu, kami bertiga pun bertolak untuk balik ke KSKB Kuching. Dengan itu,
berakhirlah pra- klinikal semester 3 kami di Klinik Kesihatan Engkilili. Saya berasa amat bertuah
kerana dapat praktikal di klinik ini. Staf-staf di sini semuanya baik dan peramah tambah sudi
mengajar kami. Banyak yang saya perolehi sepanjang seminggu klinikal di klinik ini. Saya di
sini mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa membantu
saya termasuklah ahli kumpulan saya Steward dan Kizi, PPP yang bertugas Stallone Lim dan
Mark Gabriel, attendant dan pemandu yang menghantar kami datang ke klinik ini.

Gambar saya sedang mengisi butiran pesakit dalam buku


pendaftaran.

Gambar kenangan bersama staf di Klinik Kesihatan Engkilili

Jumpa lagi Klinik Kesihatan Engkilili pada masa yang akan datang!!!