Anda di halaman 1dari 13

BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AMALI

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


(PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH)
PJM3102 - PERGERAKAN ASAS

1.0

PENGENALAN

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah satu program latihan di peringkat ijazah dalam pelbagai
bidang khusus untuk pendidikan sekolah rendah. Pelajar yang mengikuti PISMP akan melengkapkan pengajian
selama 4 tahun dalam 8 semester.
Usaha bagi mengekalkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan perlu dinilai dari semasa ke semasa secara
sistematik. Pentaksiran amali adalah satu kaedah yang sesuai digunakan untuk menguji hasil pembelajaran yang
berteraskan amali seperti yang terkandung dalam proforma kursus yang berkaitan. Sehubungan itu, satu buku
panduan pelaksanaan pentaksiran amali disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada penilai yang terlibat
dengan kursus berkenaan.
Tujuan Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Amali ini adalah untuk menyelaras pelaksanaan pentaksiran dalam
kursus-kursus yang berkaitan dan sekaligus dapat mempertingkatkan kesahan serta kebolehpercayaan pentaksiran
tersebut
2.0

RASIONAL

Proforma Kursus PISMP memberikan penekanan khusus kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan
dan berkeupayaan mempraktikkan kemahiran yang diperoleh. Justeru, pentaksiran amali adalah satu instrumen yang
dapat memastikan pelajar mencapai tahap penguasaan kemahiran yang dikehendaki dan menggalakkan pelajar lebih
bersungguh-sungguh semasa mengikuti program pengajian ini.

3.0

OBJEKTIF
3.1

Objektif Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Amali


Objektif Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Amali ialah:

3.2

Menyeragamkan proses pentaksiran amali bagi kursus-kursus yang ditawarkan dalam Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah).

Menyediakan instrumen pentaksiran amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan
Kepujian (Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah).

Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran amali yang dilaksanakan.

Pentaksiran amali ini sebagai rujukan dan panduan kepada pihak pengurusan dan penilai.

Objektif Pentaksiran Amali


Objektif Pentaksiran Amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ialah:

Menguji sejauh mana tahap pencapaian pelajar dapat menguasai kemahiran yang telah dipelajari
selaras dengan hasil pembelajaran kursus.

Menggalakkan pelajar berusaha untuk memperbaiki pencapaian dan memantapkan kemahiran


dalam bidang yang berkaitan sebelum dan selepas melalui ujian ini.

Menjadi kayu pengukur untuk menilai tahap pencapaian pelajar dalam bidang berkaitan.

4.0

STRUKTUR PENTAKSIRAN
4.1

Struktur Umum Pentaksiran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah)
Struktur umum pentaksiran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah seperti Jadual 1
KERJA KURSUS
BIL

KURSUS

PEPERIKSAAN
PROJEK

U.AMALI

UAK

Wajib (x+0)/(x+1)

60%

40%

Wajib (0+x)

70%

30%

Pengajian Profesional (x+0)

50%

50%

Pengajian Profesional (x+1)

40%

60%

Major/Elektif (x+0)

50%

50%

Major/Elektif (x+1)

40%

60%

Major/Elektif(x+1)

40%

60%

Major/Elektif (0+x)

30%

70%

Major/Elektif (x+2)

30%

70%

Jadual 1: Struktur Pentaksiran Umum PISMP


NOTA:
*`x` adalah nilai kredit mengikut kursus yang terkandung dalam PISMP
3

4.2

Struktur Pentaksiran Amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah)
Struktur pentaksiran kursus bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah) yang melibatkan amali adalah seperti Jadual 2 di bawah
Kursus

Kod

Kredit

Pep

Bentuk KK
Projek Amali

1.

Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal

PJM3101

2 (1+1)

40%

60%

2.

Pergerakan Asas

PJM3102

3 (1+2)

30%

70%

3.

Olahraga

PJM3103

2 (0+2)

30%

70%

4.

Renang

PJM3104

2 (0+2)

30%

70%

5.

Gimnastik

PJM3107

2 (0+2)

30%

70%

6.

Pendidikan Luar

PJM3108

3 (1+2)

30%

70%

7.

Permainan Bola Sepak dan Bola Jaring

PJM3109

2 (0+2)

30%

70%

8.

Permainan Bola Tampar dan Bola Baling

PJM3111

2 (0+2)

70%

9.

Pengurusan dan Pentadbiran PJ dan Sukan

PJM3112

3 (2+1)

40%

60%

10. Permainan Badminton dan Hoki

PJM3113

2 (0+2)

30%

70%

11. Penyelidikan Tindakan ll : Pelaksanaan dan Pelaporan

PJM3119

3 (0+3)

100%

Jadual 2
Kursus-kursus yang melibatkan pentaksiran amali
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah)

5.0

PROFORMA KURSUS
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah)

Nama Kursus

Pergerakan Asas
(Basic Movements)

Kod Kursus

PJM3102

Kredit

3 (1+2)

Jam Kontak

75 jam

Bahasa
Pengantar

Bahasa Melayu

Prasyarat

Tiada

Semester

Pertama Tahun 1 (M)


Kedua Tahun 1 (E)

Hasil
Pembelajaran

1. Melakukan aktiviti pergerakan asas dan permainan kanak-kanak serta dapat mengaplikasikannya dalam
kurikulum PJK di sekolah
2. Berupaya membezakan model dan kategori permainan kanak- kanak
3. Menginterpretasi bahan kurikulum yang relevan bagi aktiviti pergerakan asas untuk meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
4. Penghayatan dan amalan nilai murni semasa menjalankan aktiviti permainan sesama ahli dalam
kumpulan
5. Bekerjasama sesama rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan

Sinopsis

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu untuk melakukan aktiviti yang
melibatkan pergerakan asas; pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor; model permainan kanak-kanak;
bantu pelajar memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dan dalam
permainan; jenis-jenis permainan yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak dan diaplikasi pelbagai
pergerakan dalam semua jenis permainan di peringkat yang lebih tinggi.
This course includes the knowledge and acquiring of basic skills in fundamental movements, locomotor and
non-locomotor movements, models of children games and helping children in applying basic movements in
their daily lives. This course also stress on types of games which are suitable to different age groups.

Tajuk
1

Kandungan
Teori

Jam
3

Konsep pergerakan asas


Pengertian
Jenis pergerakan asas
Pergerakan tanpa dan bersama peralatan
2

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran pergerakan asas


Strategi
Kaedah dan teknik

Permainan kanak-kanak
Konsep, matlamat dan objektif
Kepentingan

Model Bunker dan Thorpe 1982


Pengenalan dan konsep model
Kategori dan jenis-jenis permainan

Pengurusan dan pengelolaan permainan


Pengurusan dan kawalan kelas
Keselamatan peralatan, kawasan, pelajar
Pengelolaan permainan

Teknik penilaian
Penilaian permainan kanak-kanak
Jenis bateri ujian

Jumlah

15

Amali
1

Aktiviti pergerakan asas


Pergerakan bukan lokomotor
Pergerakan lokomotor

Aktiviti pergerakan asas dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan


Bulat / Leper / Panjang

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran pergerakan asas


Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor tanpa alatan
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan
alatan

Amali permainan kanak-kanak


Mempraktikan permainan kanak-kanak mengikut kategori berikut:
Permainan kategori Sasaran
Permainan kategori Pukulan
Permainan kategori Jaring/ Dinding
Permainan kategori Serangan/ Kawasan

20

Pengurusan dan pengelolaan permainan

12

Pengurusan dan kawalan kelas


Keselamatan peralatan, kawasan, pelajar
Pengelolaan permainan

Teknik Penilaian

Penilaian permainan kanak-kanak


Jenis bateri ujian
Amali ujian
Jumlah

60

Jumlah Keseluruhan

75

Pentaksiran

Ujian Amali
Peperiksaan Akhir

70%
30%

Rujukan
Asas

Griffin, L. & Butler, J.I., (2005). Teaching games for understanding: Theory, research and practice.
Champaign, IL : Human Kinetics.
Colvin, A.V., Markos, N.J.E., & Walker, P.J. (2000) Teaching the nuts and bolts of physical Education:
Building basic movement skills. Champaign, IL : Human Kinetics.
Orlick, T. (2006). Cooperative games and sports: Joyful activities for everyone (2nd ed.). Champaign, IL :
Human Kinetics.

Rujukan
Tambahan

National Association for Sport and Physical (2001). SportPlay: A developmentally appropriate movement
skill activities for 5-7 year olds. Champaign, IL : Human Kinetics.
Griffin, L. & Butler, J.I., (2005). Teaching games for understanding: Theory, research and practice.
Champaign, IL : Human Kinetics.
Maude, P. (2001). Physical Children, Active Teaching Buckingham: Open University Press.

6.0

KOMPONEN PENTAKSIRAN
6.1

Komponen Pentaksiran Amali Kursus PJM3102 - Pergerakan Asas


Komponen pentaksiran amali PJM3102 - Pergerakan Asas melibatkan wajaran markah berikut:

Bil.
I

II

Komponen Pentaksiran
Pergerakan Asas

Lokomotor

Bukan Lokomotor

Manipulasi Alatan

50%

Permainan Kanak-Kanak

Markah

50%

Pengurusan dan Pengelolaan Permainan Mengikut Kategori

Sasaran
Pukulan dan Pemadang
Jaring atau Dinding
Serangan dan Kawasan
Jumlah

100%

Wajaran

70%

Jadual 3
Komponen pentaksiran amali PJM3102 - Pergerakan Asas
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah)

7.0

KRITERIA PEMARKAHAN PENTAKSIRAN AMALI


Pelajar dinilai menggunakan skala pemarkahan seperti ditetapkan dalam rubrik pemarkahan kursus yang
berkenaan.
Sekurang-kurangnya dua orang pensyarah (Penilai) menilai pelajar (keseluruhan kumpulan) atau menurut
kesesuaian sesi pentaksiran yang dilalui oleh calon.
Markah dari setiap kemahiran yang diuji hendaklah digabungkan dalam satu borang rumusan.
Pengiraan markah akhir dalam borang rumusan adalah berasaskan kiraan peratus.

8.0

PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AMALI

Menerima surat makluman daripada IPGK Penyelaras melalui Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian
tentang Pentaksiran Amali bagi kursus-kursus yang terlibat.

Memastikan Spesifikasi Pentaksiran Amali kursus yang terkini digunapakai .

Menerima maklumat pentaksiran amali daripada IPGK Penyelaras mengikut keperluan.


Menyediakan kemudahan, bahan dan peralatan untuk pentaksiran amali.

Menyediakan Buku Pelaksanaan Pentaksiran Amali mengikut IPGK.

Taklimat kepada pensyarah/penilai, penilai luar dan pemantau yang terlibat di IPGK masing-masing.

Taklimat kepada semua calon yang berkenaan.

Pemantau dan Ketua Jabatan memantau perjalanan pentaksiran amali kursus yang berkenaan.

Mengumpulkan semua fail dan mengisi markah dalam borang pemarkahan.

Mengisi borang pemarkahan dan laporan pentaksiran amali dan menyerahkan kepada Penyelaras
Pentaksiran Amali pada hari akhir ujian.

Mengisi markah ke dalam BKKP dan menyerahkan kepada Ketua Unit Peperiksaan dan Penilai institut.

Memastikan semua peralatan yang digunakan disimpan di tempat asal.


10

Mesyuarat `post mortem berkaitan pelaksanaan ujian amali di peringkat jabatan.


9.0

SYARAT LULUS PENTAKSIRAN AMALI BAGI CALON PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH)

Kehadiran 100%

Calon wajib menduduki semua komponen pentaksiran amali

Mencapai markah keseluruhan sekurang-kurangnya 40% kecuali PISMP mulai Ambilan Januari
2011(50%)

9.1

Calon tidak melengkap dan menyempurnakan pentaksiran amali

Calon dianggap gagal sekiranya

tidak menduduki kesemua komponen pentaksiran amali, atau

tidak menduduki salah satu daripada komponen pentaksiran amali.

Calon yang tidak dapat menduduki ujian amali pada tarikh yang ditetapkan dengan kebenaran akan
melaksanakan tugasan khas mengikut kursus yang berkaitan.
9.2

Calon mengulang/tangguh

Calon yang gagal pentaksiran amali dikehendaki mengulang komponen/kemahiran yang gagal
sahaja.

Calon dikehendaki mengulang pentaksiran amali tersebut pada tarikh yang ditetapkan. Calon
yang lulus pentaksiran amali ulangan hanya diberi gred lulus sahaja.

Calon yang mendapat kebenaran menangguh ujian amali akan menduduki ujian amali/tugasan
khas yang ditentukan oleh IPGK. Penentuan markah adalah mengikut status asal.

11

12

10.0

KAWALAN KESELAMATAN
10.1 Kawalan Mutu
Untuk memantapkan proses pentaksiran amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, taklimat
penyelarasan dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu:

Peringkat IPGM

Peringkat IPGK (Jabatan/Unit)

Penyelarasan di peringkat IPGK hendaklah dijalankan setiap kali sebelum pentaksiran amali Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dijalankan.

Pentaksiran amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan hendaklah menggunakan instrumen
telah disediakan dalam Manual Prosedur Pentaksiran Amali PISMP.

yang

Pentaksiran amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual
pelaksanaan pentaksiran amali yang telah disediakan oleh IPGK Penyelaras.
Pemantauan akan dilakukan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia dari semasa ke semasa untuk
mendapatkan maklum balas tentang pentaksiran amali bagi kursus-kursus yang berkaitan
10.2

Pengurusan Keselamatan Dokumen

Maklumat dan data tentang seseorang pelajar adalah dokumen terhad.


Instrumen pentaksiran amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang telah digunakan oleh pensyarah
adalah dokumen terhad.
Instrumen, maklumat dan data hendaklah diuruskan oleh Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGK.

13