Anda di halaman 1dari 5

LOGO HALAL, JAKIM DAN ISU BERBANGKIT

Apr24
Assalamualikum kepada pembaca budiman
Mutakhir ini ini kita digemparkan dengan beberapa isu berkait dengan penggunaan logo
Halal, makanan yang bercampur dan terdedah kepada barangan HARAM,
pemprosesan makanan tidak menepati persijilan halal, isu persijilan HALAL dan
pelbagai masalah berbangkit. Hal ini bukanlah perkara yang boleh dipandang sebelah
mata sahaja atau buat-buat tidak tahu atau tidak perasan oleh umat Islam lantaran ia
boleh memberi kesan baik dan tidak baik kepada perkembangan rohani dan jasmani
umat itu sendiri.
Ia berkait rapat dengan hukum hakam sudah jelas dan sudah banyak dihuraikan oleh
sekian banyak ulama zaman berzaman. Namun, seiring dengan perkembangan
teknologi serta peningkatan permintaan terhadap sumber keperluan makanan dan
minuman sebagai keperluan utama manusia, maka timbullah satu demi satu isu
berbangkit yang akhirnya umat Islam sendiri yang menerima akibatnya. Hal ini berlaku
atas beberapa faktor yang tidak dapat disangkal lagi kenyataannya ;
a. 80% hasil pengeluaran makanan dan minuman bukan dari pengeluar bumiputera
atau pemilikan Islam/Melayu
b. Hampir 70% pengguna di Malaysia adalah beragama Islam.
c. Tidak sampai 20% pengusaha makanan dan minuman milik orang islam/melayu di
Malaysia.
d. Kekuatan JAKIM tidak mampu mengawasi dan mengawal ribuan syarikat dan kilang
yang majoritinya pemilikan bukan Islam bersama berpuluh ribu produk yang perlu
dianalisis satu persatu. Ini tidak termasuk produk makanan yang diimport dari luar
negara yang perlu pengawasan dan kerjasama dari badan yang diiktiraf JAKIM di
negara-negara pengeluar.
e. Kesedaran dan pengetahuan tentang HALAL dan HARAM dalam masyarakat masih
ditahap rendah. (Jangan terkejut ramai tidak mengetahui fungsi JAKIM dan logo
HALAL)
Di Malaysia, kita bertuah kerana kita memiliki JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia) sebagai badan induk yang disokong oleh badan-badan Islam lain, jabatan
Agama Islam Negeri, Badan bebas (NGO) yang sentiasa peka dalam memastikan
hasilan produk keluaran tempatan dan luar negara sentiasa mematuhi garis undangundang yang ditetapkan. JAKIM sebuah badan yang dipertanggungjawabkan tentang

hal ehwal Islam di negara kita sentiasa mengambil inisiatif dan langkah proaktif dalam
memastikan sola yang berkait dengan kepentingan umat Islam sentiasa terpelihara dan
terjaga sebaiknya.

Logo terbaru HALAL yang dikeluarkan JAKIM berkuatkuasa 1 Januari 2012. Mulai tarikh
ini, semua logo selain logo HALAL Jakim di atas dimansuhkan termasuk logo HALAL
dari Jabatan Agama Negeri, logo swasta dan sebagainya.
Namun, apa yang sangat menyedihkan masih ramai lagi umat Islam sendiri tidak ambil
pusing dengan isu berkaitan halal haram dalam soal makan minum harian. Yang lebih
menyedihkan ramai umat Islam mutakhir ini tidak memperdulikan langsung makan
minumnya dengan membeli dan mendapatkan makanan tanpa memeriksa dahulu
LOGO HALAL samada ia disahkan atau tidak disahkan oleh badan berwajib.
Hakikatnya sikap tidak acuh uamt Islam hari ini ditambah pula sikap tidak
bertanggungjawab syarikat pengeluar yang sekian lama didominasi oleh orang bukan
Islam akhirnya memakan diri sendiri. Satu persatu isu berkait isu HALAL terpampang di
dada akhbar dan media elektronik.
Justeru, disarankan seluruh umat Islam khususnya pelajar perlunya menjaga soal
makan minum mereka kerana makan dan minum memberi kesan langsung kepada nilai
akhlak, tingkah laku serta penerimaan ibadah seseorang.

Disini penulis menurunkan sedikit malumat penting tentang JAKIM dalam usahanya
memberi kefahaman dan maklumat terkini kepada pengguna Islam yang peka tentang
HALAL dan HARAM. Anda boleh dapatkan maklumat ini di www.halaljakim.gov.my

Pada maklumat PENGGUNA dalam website ini, terdapat 8 maklumat penting sebagai
rujukan dan panduan umat Islam di malaysia untuk mengenalpasti senarai makanan,
syarikat, hotel, maklumat logo dan sijil terbaru JAKIM, badan pengeluar produk luar
negara yang diiktiraf oleh JAKIM, kandungan bahan yang halal dan haram serta
sebarang aduan dan pertanyaan yang boleh dikemukakan dalam website ini. Perincian
maklumat dalam website ini adalah sepertimana berikut
DIREKTORI HALAL MALAYSIA
Disini pelajar boleh masukkan nama produk (makanan atau menuman cth nestle,
maggi, mentos dll) untuk memastikan produk tersebut disahkan HALAL oleh JAKIM
atau tamat tempoh LOGO HALAL produk tersebut. pelajar juga boleh menyemak
senarai pengeluar kepada produk terbabit samada mendapat pengiktirafan JAKIM atau
sebaliknya. Perlu ditegaskan JAKIM hanya memasukkan senarai produk dan pengeluar
yang memohon sijil HALAL keatas semua atau sebahagian produk mahupun syarikat
terbabit. Contoh satu syarikat hanya mendaftarkan persijilan HALAL bagi cawangan
utama sahaja, tidak kepada cawangan lain. Maklumat akan berubah dari masa ke
semasa.
SENARAI HOTEL
Direktori ini dikhaskan untuk dapur hotel yang memohon sijil HALAL dari JAKIM dan
menepati syarat persijilan sahaja. Untuk makluman tidak semua hotel di Malaysia
mendaftarkan dapur mereka kepada JAKIM untuk persijilan HALAL. Maklumat akan
berubah dari masa ke semasa.
SIJIL TERBARU DIKUATKUASAKAN
Maklumat syarikat dan produk terbaru yang memohon sijil halal dari JAKIM. Maklumat
akan berubah dari masa ke semasa.
SENARAI BADAN ISLAM YANG DIIKTIRAF
Direktori ini memasukkan badan islam luar negara (negara pengeluar/pengeksport)
yang diiktiraf JAKIM terhadap produk makanan keluaran negara berkenaan. Menurut
maklumat dari pegawai JAKIM, logo HALAL tidak dapat digabungkan atas faktor logistik
dan sosiobudaya negara masing-masing.Maklumat akan berubah dari masa ke
semasa.
SENARAI PERMOHONAN LUAR NEGARA YANG DULULUSKAN
Menempatkan senarai syarikat luar negara yang memohon dan mendapat persijilan
HALAL dari JAKIM.Maklumat akan berubah dari masa ke semasa.
ADITIF HALAL

Direktori berguna ini menempatkan senarai aditif makanan yang dibenarkan oleh
JAKIM. Aditif adalah bahan yang ditambah dengan sengaja ke dalam makanan bagi
tujuan memperbaiki kualiti, persembahan (tekstur, konsistensi, rupa, perisa, bau, rasa
dan jangka hayat penyimpanan tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral. Ianya juga
mempunyai fungsi teknologi semasa penyediaan atau ketika pemprosesan makanan.
Namun tidak semua aditif makanan boleh digunakan dalam makanan.Maklumat akan
berubah dari masa ke semasa.
ADUAN HALAL
Pengguna dan pelajar boleh mengadukan maklumat makanan yang meragukan, tidak
HALAL, bercampur produk, pemalsuan logo dan sebagainya.
PERTANYAAN/MAKLUM BALAS
Pengguna dan pelajar boleh gunakan medium ini sebagai saluran komentar, makluman,
pertanyaan dan apa sahaja soalan berkaitan HALAL dan HARAM dan pegawai JAKIM
bertanggungjawab akan memeberikan jawapan sewajarnya.
* Makluman : JAKIM hanya mengeluarkan nama syarikat dan produk yang didaftarkan
sahaja. Jika tiada maklumat dalam direktori ini, maka ia bermaksud syarikat atau
produk tersebut tidak atau belum didaftarkan lagi kepada pihak JAKIM.