Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS






Ya Allah

Sesungguhnya kami berhimpun dan berkumpul pada hari ini, bagi menyatakan
kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu
yang sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit atau nikmat yang melimpah ruah
kepada kami .
Ya Rahman , ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu
yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang engkau
redhai.
Oleh itu, berkati dan rahmatilah program Konvensyen pra university anjuran Persatuan
ilmu kemanusiaan bagi siding 2013/2014. Kurniakanlah kepada kami akan segala ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami
mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian
dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu
di dunia dan di akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan
suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
Ya Allah

Berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan
minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusankeputusan yang baik. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan
kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan
kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan agama, bangsa dan
negara secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan ummah.

Anda mungkin juga menyukai