Anda di halaman 1dari 2

ASHWIN SUTHENTHIRAN

4SC1

Peranan dan Cabaran Remaja pada masa kini


Siapakah yang dikatakan dengan remaja? Remaja merupakan golongan
muda yang berusia antara 13 hingga 18 tahun. Golongan remaja inilah yang
memainkan peranan penting dalam menentukan maju atau mundurnya suatu
bangsa.Hal ini demikian, para remajalah yang bakal memegang tampuk
pemerintahan negara. Oleh hal yang demikian, adalah penting agar golongan
ini diberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka dalam menjayakan
wawasan negara, iaitu menjadikan negara kita, Malaysia sebuah negara yang
maju dalam semua aspek dimensi iaitu dari segi politik, ekonomi, sosial,
teknologi, intelektual, dan kerohanian menjelang tahun 2020. Remaja
memainkan peranan yang penting pada masa kini.
Seterusnya, peranan remaja pada masa kini adalah untuk menjadi remaja
yang bertanggungjawab. Mereka seharusnya memikul tanggungjawab untuk
belajar bersungguh-sungguh agar dapat mencapai cita-cita yang
diimpikan.Remaja juga sepatutnya menonjolkan ciri-ciri kepimpinan yang
terpuj kerana mereka bakal menjadi pemimpin pelapis kepada pembangunan
negara. Remaja juga haruslah melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna iaitu, merancang dan menguruskan masa yang seimbang dalam
semua aspek. Contohnya, mereka haruslah melaksanakan tugas yang diberi
mengikut jadual yang dirancang.
Selain itu, cabaran remaja pada masa kini adalah untuk mengekalkan
keharmonian negara. Mereka haruslah mengamalkan sikap toleransi dalam
kehidupan seharian bagi menjamin keharmonian sesebuah negara. Para remaja
haruslah sanggup bertolak ansur dan sabar bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan.Hakikatnya, manusia yang berbilang kaum mempunyai amalan,
budaya dan cara hidup yang berbeza. Mereka harus bersedia menerima perkara
ini secara terbuka. Remaja juga seharusnya mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya perselisihan faham. Oleh sebab negara ini terdiri daripada pelbagai
kaum yang datang dari latar belakang yang berbeza, tidak syak lagilah sudut
!1

pandangan remaja akan berlainan tentang agama lain. Ketidaksamaan


pendapat ini haruslah diterima dan ketidaksefahaman dibincang secara
bersabar supaya kehidupan masyarakat negara ini lebih aman.
Di samping itu, cabaran remaja pada masa kini adalah untuk mengelakkan
diri mereka daripada terpengaruh dengan pengaruh media sosial.Sebagai
seorang remaja, mereka haruslah rasional dalam melakukan sesuatu
perkara.Remaja haruslah boleh berfikir dan bijak memanfaatkan media sosial
supaya fungsinya tidak disalahgunakan. Contohnya, mereka haruslah
menggunakan media sosial untuk tujuan pembelajaran dan perkara-perkaran
yang berfaedah. Remaja juga sewajarnya dapat mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar dengan menolak ajakan rakan sebaya yang menjurus
ke arah perlakuan yang tidak sihat. Mereka haruslah memilih rakan yang
membimbing mereka ke arah kebaikan dan saling menasihati rakan supaya
mengamalkan adab yang terpuji.
Bukan itu sahaja, peranan remaja pada masa kini adalah untuk
mempertahankan maruah negara.Remaja haruslah sanggup berkorban untuk
negara dan berbakti demi negara. Mereka haruslah mengamalkan sikap
kerelaan melakukan sesuatu dengan memelihara negara daripada sebarang
ancaman luar. Dengan demikian, keharmonian negara akan sentiasa
terpelihara. Remaja yang sentiasa melakukan aktiviti baharu yang lebih
mencabar bagi mengharumkan nama negara di mata dunia merupakan tanda
kebaktian untuk negara. Remaja mestilah menyumbangkan tenaga untuk
menaikkan nama negara agar sentiasa dihormati oleh negara lain.
Kesimpulannya, remaja sememangnya memikul cabaran yang penting pada
masa kini. Peranan seorang remaja terhadap negara amatlah besar. Justeru itu,
remaja haruslah sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan dan berkorban masa
dan tenaga demi diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.Majulah
remaja untuk negara!

!2