Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

PENDIDIKAN ISLAM

KERJA KURSUS : GURU DAN


CABARAN SEMASA (EDU 3093)

NAMA

: MUHAMMAD IQBAL B KAMARUDIN

NO KAD PENGENALAN

: 911008-04-5527

PROGRAM

: PENGAJIAN AGAMA (PA)

AMBILAN

: JANUARI 2011

KUMPULAN/UNIT

: PISMP 8.02

NAMA PENSYARAH KURSUS

: PN. ZAHARA BT ZULKIFLY

TARIKH HANTAR

: 8 SEPTEMBER 2014

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

ii

1.0

PENGENALAN

2.0

MODUL PEMBELAJARAN (RUKUN SOLAT)

3.0

PENUTUP

BIBILIOGRAFI
REFLEKSI

PENGHARGAAN

Assalamualaikumm w.b.t.
Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi
Allah s.w.t. yang mencipta dan mentadbir alam ini dengan penuh bijaksana dan penuh
hikmah.Selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga baginda,
para sahabat ,para tabi dan tabiien dan sekalian umat islam.Alhamdulillah bersyukur ke hadrat
illahi kerana dengan berkat rahmat dan hidayah-NYA dapat lah saya dan rakan-rakan
seperjuangan menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada kami ini pada waktunya tanpa
mengalami apa masalah.Alhamdulillah.
Sekalung penghargaan kami hadiahkan

kepada Puan Zahara Bt Zulkifly yang

merupakan pensyarah pembimbing kami bagi subjek Guru Dan Cabaran Semasa
(EDU3093).Tanpa beliau kami tidak mungkin dapat mempelajari ilmu guru dan cabaran semasa
yang merupakan satu ilmu yang bermanfaat kepada kami sebagai bakal guru untuk kami kami
aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran apabila berasa di sekolah kelak.Segala
tunjuk ajar dan bimbingan beliau amatlah kami hargai dan mengharapkan keberkatan
ilmu.Insya-Allah.
Setinggi-tinggi penghargaan kami tujukan kepada kedua ibubapa kami yang banyak
berkorban dan memberikan kami semua yang terbaik.Terima kasih kami ucapkan kepada kedua
ibubapa kami kerana dengan berkat dan sokongan serta iringan doa segala urusan kami
dipermudahkan dalam usaha kami menuntut ilmu ketika berada di Institut Perguruan Islam ini.
Dan tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak
membantu kami ketika kami memerlukan bantuan,nasihat,perkongsian pendapat,berkongsi
maklumat dan sebagainya.Segala bentuk bantuan daripada kalian semua amatlah kami hargai.
Akhir kata daripada kami, kami bersyukur dan berasa senang hati dengan pemerolehan
ilmu ini yang banyak memberikan kami ilmu-ilmu baru.Kami juga mengharapkan melalui
tugasan ini memberikan kami manfaat.

1.0

PENGENALAN

Dengan memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah
antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara
ini. Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak
utama ke arah kejayaannya.
Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan
antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan,
globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara
cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru. Justeru, kerajaan tidak mengambil
mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan,
kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui
pengajaran dan pembelajaran PdP di sekolah.
Sebagai guru, pemahaman terhadap hasrat dan tujuan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem
pendidikan negara. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan
kebimbangan atas keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan
persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa
sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk
melihat impak transformasi yang dilaksanakan.
Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan
PdP guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan
berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam
peperiksaan dengan cemerlang. Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem
pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah
difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi
memperkasa generasi muda pada masa depan.

Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan
peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang akan
melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti untuk pemimpin
negara pada masa akan datang. Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang
paling banyak belajar daripada muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata
untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan yang baik dalam
kehidupan.

2.0

MODUL PEMBELAJARAN

RUKUN SOLAT

Cadangan Masa

30 minit

Tunjang Utama

Pendidikan Islam (Ibadah)

Standard Kandungan

4.3 Memahami dan mengamalkan konsep asas rukun solat


dengan sempurna.

Standard Pembelajaran

4.3.1 Menyatakan erti rukun solat.


4.3.2 Memperincikan rukun solat
4.3.4 Melakukan amali rukun solat dengan sempurna.

Objektif

Selepas pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1. Menyebut sekurang-kurangnya 7 daripada 13 rukun solat
dengan betul selepas mendengar penerangan daripada
guru.
2. Menyusun rukun solat mengikut urutan dengan betul
selepas melakukan aktiviti latih tubi.
3. Melakukan sekurang-kurangnya 6 daripada 13 amali rukun
solat dengan sempurna selepas melakukan aktiviti
simulasi.

Konsep utama

Mengingati perlakuan solat mengikut urutan yang betul.

Pendidikan Jasmani.
Rentas

Nilai

Solat itu tiang agama, melaksanakan perintah Allah, mendapat


ganjaran pahala.

Bahan Bantu Mengajar

Lembaran kerja, sejadah, songkok, poster gambar, kertas lukisan,


gambar.

LANGKAH PENGAJARAN

Pendahuluan
1. Guru menunjukkan songkok dan sejadah.
2. Guru menyoal murid kegunaan barang tersebut.
3. Guru menyoal murid mengenai solat.
4. Guru mengaitkannya dengan tajuk pembelajaran.
5. Guru menerangkan erti rukun solat

Perkembangan
Fasa 1
Menyusun rukun solat dengan betul.
1. Guru akan memaparkan gambar simulasi perbuatan rukun solat kepada murid.

2. Guru akan menerangkan kepada murid mengenai perlakuan perbuatan dalam rukun solat
satu persatu.
3. Guru akan menunjukkan gambar simulasi perlakuan dalam rukun solat di hadapan kelas.
4. Guru akan meminta murid untuk menyebutkan simulasi perbuatan dalam rukun solat yang
dipaparkan secara kelas, kumpulan dan individu.
5. Guru akan mengedarkan gambar kepada murid secara rawak.
6. Guru akan meminta murid untuk menyusun rukun solat di hadapan kelas mengikut urutan
yang betul.
7. Guru akan menyemak susunan murid.
8. Guru akan memperbetulkan kesalahan murid.

Fasa 2
Fasa 2 dijalankan setelah murid menguasai Fasa 1.
1. Murid akan dipilih secara undi untuk ke hadapan kelas.
2. Murid akan diminta untuk melakukan simulasi mengenai rukun solat solat mengikut
urutan yang betul.
3. Murid akan diperbetulkan kesalahan oleh guru.
4. Murid akan diberikan ganjaran apabila melakukan rukun solat mengikut urutan
yang betul.

Penutup
Murid akan diberikan lembaran kerja setiap seorang mengenai susun atur rukun solat dan
diminta untuk melengkapkannya dengan menyusun perlakuan solat mengikut urutan yang betul.

Pentaksiran
Murid dapat melakukan rukun solat mengikut urutan yang betul.

3.0

PENUTUP

Apa yang dapat disimpulkan adalah seorang guru perlulah memainkan peranan yang penting
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak seharusnya mengajar sambil
lewa dan tidak menggunakan bahan yang sudah lapuk dan tidak menarik perhatian murid.
Bahan tersebut tidak dapat memajukan murid tetapi hanya akan melahirkan golongan yang
buta huruf, buta budaya dan buta ilmu.
Para guru diingatkan bahawa mereka memikul tugas dan tanggungjawab besar kepada
masyarakat dengan peranan di sebuah institusi yang melahirkan generasi pemimpin yang bakal
menentukan masa depan negara. Tugas itu bukan sahaja menuntut kepada komitmen yang
tinggi tetapi juga pengorbanan yang berterusan termasuk semangat untuk berhadapan dengan
pelbagai cabaran mendidik generasi pelajar.
Oleh itu, pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang
berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang
progresif,

dapat

mengembangkan

profesionalisme

perguruan

yang

idealistik

untuk

membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang
tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan
profesyen perguruan dalam masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21
tidak seharusnya di bataskan di atas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah
bagi mengongkong dan menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan
masyarakat dan negara.

REFLEKSI
NAMA: MUHAMMAD IQBAL BIN KAMARUDIN
NO. IC: 91008045527
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya
menyiapkan tugasan kerja kursus EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa ini dengan sebaiknya.
Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Pn. Zahara yang telah banyak
membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini serta semua yang telah memberi bantuan
sama ada secara langsung

mahupun tidak langsung.Tidak dilupakan juga, ingin saya

mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan kumpulan saya yang bersama-sama
berganding bahu untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Turut mewarnai
penghargaan saya ialah rakan-rakan khususnya rakan-rakan kuliah PISMP 8.02 yang telah
banyak membantu dengan berkongsi idea-idea yang bernas sehingga saya berjaya
menyiapkan tugasan ini.
Tugasan ini dimulakan dengan menyediakan sebuah buku skrap yang berkaitan dengan
tugasan sewaktu tutorial dikelas. Buku skrap ini adalah berkaitan dengan video yang telah
dipertontonkan kepada saya iaitu video Beyond The Blackboard. Bukan saya sahaja yang
menontonnya tetapi semua rakan-rakan saya juga telah menonton video ini. Ini adalah semasa
kami menghadiri kuliah dan buku skrap ini perlulah dilakukan secara berkumpulan. Bukan itu
sahaja tugasan yang diberikan malahan bagi tugasan individu pula, saya dikehendaki untuk
menyediakan satu modul pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang relevan dna mengambilkira
enam ciri-ciri utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Setiap manusia akan mempunyai masalah apabila melakukan sesuatu perkara. Begitu
juga yang berlaku kepada saya apabila terdapat beberapa masalah yang saya alami untuk
melaksanakan tugasan ini. Pada peringkat awal, masalah yang saya hadapi adalah saya masih
tidak memahamicara untuk membuat modul yang telah diminta didalam soalan. Saya tidak tahu
komponen yang perlu ada yang perlu saya masukkan di dalam modul tersebut. Saya teragakagak untuk memulakan pembuatan modul ini kerana saya tidak mempunyai sebarang
pengalaman mengenai pembuatan modul. Akan tetapi setiap masalah akan ada jalan
penyelesaiannya. Masalah yang saya hadapi ini juga telah dapat ditangani apabila saya
mendapat bantuan daripada pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Saya telah dapat contoh
modul yang lengkap dan alhamdulillah saya telah dapat memahami cara pembuatan modul

tersebut. Contoh modul yang diberikan sangat lengkap dan mudha difahami oleh saya
seterusnya memudahkan saya untuk memulakan pembuatan modul berdasarkan kehendak
soalan. Saya telah dapat membuat modul dengan sistematik mengikut apa yang telah diberikan
dan dapat menghantar mengikut masa yang telah ditetapkan.
Pelbagai faedah yang telah saya dapat sepanjang melaksanakan tugasan ini dimana
sewaktu menjalankan kerja berkumpulan saya telah berjaya bekerjasama dengan baik
bersama-sama rakan kumpulan saya. Ukhuwah yang erat juga terjalin antara kami. Apabila
sesuatu kerja itu dijalankan secara bersama maka akan mudahlah perjalanan tugasan yang
diberikan dan akan mendatangkan hasil yang berkesan. Buku skrap yang telah disiapkan
amatlah bagus dan saya amat berpuas hati dengan hasil kerja secara berkumpulan ini.
Pelbagai idea yang bernas dan menarik terhasil sepanjang pembuatan buku skrap ini.
Penterjemahan buku skrap ini adalah berdasarkan filem Beyond The Blackboard dan perlulah
dibuat menggunakan peta i-Think yang telah saya pelajari dan bersesuaian dengan soalan
yang diberikan.
Melalui penggunaan peta i-Think ini, saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya
berkenaan apa itu peta i-Think. Saya dapat mengaplikasikannya dengan menjawab soalan
daripada tayangan filem Beyond The Blackboard tersebut. i-Think bermaksud innovative
thinking (pemikiran inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan
inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum
diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Dengan adanya asas pengetahuan serta kemahiran
daripada tugasan ini, saya yakin saya mampu membawanya untuk diamalkan di sekolah kelak.
Saya bercita-cita untuk membudayakan penggunaan peta i-Think ini dalam pembelajaran dan
pengajaran saya kelak.
Banyak pengajaran yang saya perolehi sepanjang tontonan filem Beyond The
Blackboard. Sebagai seorang guru, saya telah sedar bahawa saya mempunyai tanggungjawab
yang berat untuk mendidik anak murid. Filem tersebut yang menceritakan mengenai kisah
Cikgu Stacy yang begitu gigih dan banyak berkorban untuk anak muridnya dengan menarik
minat mereka disamping membantu murid-muridnya untuk turut serta dalam pengajarannya.
Timbul dalam hati saya

menerusi tontonan filem ini untuk menjadi seorang guru yang

cemerlang dalam semua aspek dan sentiasa menjaga etika guru dengan mengelakkan diri

daripada isu-isu etika ini. Saya perlulah mempunyai sikap professional sebagaimana yang
ditunjukkan oleh Cikgu Stacy.
Tugasan individu pula memerlukan saya untuk membuat satu modul pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang telah saya fahami dengan jelas apabila mendapat contoh modul pada
peringkat awal. Modul ini memerlukan saya mengambil kira enam ciri-ciri utama dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). PPPM merupakan manifestasi transformasi
kerajaan yang paling menyeluruh dan besar, dalam mendatangkan pulangan terbaik modal
insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara. Ia memberi tumpuan kepada
keberhasilan murid merangkumi semua peringkat persekolahan iaitu daripada peringkat
prasekolah hingga ke peringkat lepasan menengah.
Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk
membolehkan mereka bersaing di peringkat global. Enam sifat itu adalah enam ciri-ciri utama
dalam PPPM iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan. Berdasarkan ciri-ciri tersebut,
saya perlulah menggunakannya dalam pembuatan modul saya. Saya sebagai guru Pendidikan
Islam telah membuat satu modul yang berkaitan dengan tajuk Rukun Solat.
Berdasarkan modul yang saya telah laksanakan ini adalah untuk memberikan
kefahaman daan pengetahuan tentang cara mendirikan solat dengan sempurna. Oleh itu saya
telah menerangkan kepada murid mengenai rukun-rukun solat terlebih dahulu kemudian
melakukan simulasi rukun solat. Bagi kemahiran berfikir pula, saya telah membuat perkaitan
denagna menggunakan bahan-bahan maujud yang digunakan sewaktu melakukan solat supaya
murid dapat berfikir dengan baik untuk dikaitkan dengan tajuk rukun solat yang saya
laksanakan dalam modul ini.
Modul ini juga diterapkan dengan aspek kemahiran memimpin. Komunikasi murid
dengan rakan-rakan dapat dilihat sewaktu saya menjalankan aktiviti simulasi dimana mereka
akan bekerjasama untuk mendapatkan maklumat sebelum melakukan simulasi di hadapan
kelas. Secara tidak langsung, murid-murid dapat bergaul bersama-sama rakan mereka yang
lain. Aspek kemahiran dwibahasa pula dapat diterapkan melalui modul ini apabila murid-murid
diperkenalkan dengan perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Arab yang biasanya digunakan.
Secara tidak langsung, murid-murid dapat menambah ilmu mereka dengan lebih baik.

Selain itu, murid-murid akan dapat diterapkan dengan etika yang baik. Hal ini
disebabkan oleh pembelajaran mengenai solat ini sangatlah perlu kerana solat ini adlaah wajib
dan melalui solat juga etika murid itu akan dapat dibentuk dengan baik. Sikap berani muridmurid juga akan dipupuk ke dalam diri mereka apabila hendak melakukan simulasi di hadapan
kelas. Sikap hormat-menghormati juga dapat dipupuk semasa proses pembelajaran dan
pengajaran antara murid dengan guru. Identiti nasional juga dapat diterapkan dalam diri muridmurid apabila mereka datang daripada latar belakang dan asal usul yang berbeza.
Pembentukan murid yang berdaya saing pada peringkat global bersesuaian dengan
zaman masa kini yang kian canggih menyebabkan saya membuat modul ini. Saya telah
mengambil kesemua ciri-ciri yang telah disarankan dalam PPPM. Globalisasi meluaskan
konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan
pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan
penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan
dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.
Tuntasnya, sebagai seorang guru kita seharusnya memainkan peranan yang penting
dalam pembentukan murid. Guru perlulah mengikut apa yang telah disarankan dan berusaha
untuk mendidik anak bangsa menjadi yang terbaik. Akhir kata, saya amat berpuas hati dengan
hasil usaha saya sendiri. Saya berharap saya dapat melaksanakan tugasan seperti ini lagi
dengan lebih cemerlang. Semoga apa yang saya perolehi saya tidak akan lupa dan dapat
mengaplikasikannya dalam dunia realiti saya sebagai seorang guru kelak.

RUJUKAN

BUKU
1. (Syed Ismail Syed Mustapa, 2013). Guru dan Cabaran Semasa, Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd: Selangor.
INTERNET

1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_
%26_Sarawak&pg=wb_02.htm#ixzz3CimTQmxX
Dilayari pada 5 September 2014
2.

http://www.cikguhailmi.com/2013/09/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia.html

Dilayari pada 5 September 2014


3. http://www.slideshare.net/chonseong138/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia20132025ringkasan
4. Dilayari pada 6 September 2014
5. http://web.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php/dokumen_kurikulum/tahap_ii/mata_pelajar
an_teras/pendidikan_islam/dokumen_standard_pendidikan_islam
Dilayari pada 6 September 2014