Anda di halaman 1dari 6

Unsur Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan

Bahasa dan sastera umpama irama dan lagu, kedua-duanya saling perlu
memerlukan di antara satu sama lain. Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu mula
bergerak seiring jalan apabila Jepun mengambil alih tampuk pemerintahan sama ada di
Tanah Melayu ataupun di Singapura. Kekalahan Kerajaan Inggeris dan kekejaman
pemerintahan Jepun telah menyalakan semangat kebangsaan. Mestipun tempuhnya amat
singkat, namun zaman itu telah berhasil mendorong dan mendesak orang Melayu
melancarkan perjuangan politik ke arah kemerdekaan sama ada melalui parti politik
ataupun pertubuhan-pertubuhan yang bersifat bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan.
Penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu dan nilai estetikanya yang
tersendiri membantu guru dalam memperkembangkan potensi murid secara konprehensif
dan harmonis. Oleh yang demikian, seni dan sastera sangat penting dan sesuai untuk
dipilih sebagai bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada
peringkat rendah khususnya kepada murid pemulihan khas. Maka, adalah lebih baik
sekiranya guru pemulihan khas menelusuri kepentingan dan peranan sastera dan melihat
kesesuaian bahan sastera yang akan digunakan dalam pendidikan pemulihan khas di
sekolah.
Sebagai guru pemulihan khas, kita seharusnya sedar akan kepentingan
penggunaan bahan sastera sebagai bahan rangsangan yang boleh menarik minat murid
yang lambat dan mundur untuk belajar. Guru pemulihan khas juga perlu kreatif dalam
merancang pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur sastera supaya
dapat membantu mereka daripada terus menderita dengan kegagalan mereka dalam
pelajaran.
Bahan sastera sebenarnya dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan daya
fizikal apabila mereka melakukan pelbagai gerakan sambil menghayati unsur-unsur sastera
yang indah dan unik. Bagi merangsang kemahiran secara fizikal, murid-murid pemulihan
khas memerlukan pengajaran yang cenderung kepada pergerakan agar mereka menjadi
lebih cergas dan aktif semasa belajar. Sebagai contoh, lagu-lagu rakyat boleh dijadikan
salah satu bahan rangsangan bagi meningkatkan potensi jasmani dan fizikal murid-murid
pemulihan khas. Contohnya seperti lagu Nenek Si Bongkok Tiga. Lagu ini boleh mengajak
murid untuk belajar menyanyi sambil bermain. Permainan ini boleh digunakan dengan
menyanyikan lagu Nenek Si Bongkok Tiga.

Nenek-nenek si bongkok tiga


Siang mengantuk malam berjaga,
Mencari cucu di mana ada,
Nenekku kahwin dengan anak raja.
Cucu-cucu tak dapat lari,
Nenek tua banyak sakti,
Di mana cucu hendak lari,
Siapa yang kena dia yang jadi.

Seorang murid boleh jadi nenek dan ditutup matanya. Kemudian apabila lagu dinyanyikan
beramai, nenek akan duduk di tengah-tengah bulatan yang dikelilingi oleh murid-murid
yang menyanyi lagu tersebut. Murid-murid yang menyanyikan lagu tersebut akan diminta
untuk membuat gerakan mengikut lagu yang dinyanyikan. Pergerakan tersebut akan dibuat
oleh guru dan ditiru oleh murid-murid. Setelah habis lagu dinyanyikan, nenek perlu
menangkap seorang cucu dan meneka siapakah yang berjaya ditangkap. Permainan ini
sangat menyeronokkan dan menjadi satu medium hiburan kepada kanak-kanak agar
mereka tidak berasa bosan dan jemu untuk belajar.
Kesusasteraan

kanak-kanak

sebenarnya

dapat

membantu

murid

dalam

meningkatkan keupayaan kognitif dan intelektual murid-murid pemulihan khas. Bahan


sastera berperanan sebagai medium bagi mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya
imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak Murid pemulihan dilihat golongan yang
lemah dalam menguasai ilmu pengetahuan. Menurut Julia Unggai (1992), hasil sastera
yang tidak bermutu akan menjadikan karya tersebut tidak memberi apa-apa makna kepada
kanak-kanak dari aspek pengetahuan mahupun pengalaman psikologi mereka. Oleh itu,
pemilihan bahan yang sesuai perlu diberi perhatian. Mereka berpeluang berimaginasi
dengan cerita yang sedang dibaca oleh mereka. Mereka juga dapat mengasah minda
mereka menerusi pantun teka-teki. Pantun teka-teki akan mendorong mereka untuk
meneka sesuatu di samping diberikan petunjuk di dalam pantun tersebut. Seperti contoh,

pantun teka teki buah-buahan:


Penulis muda berkarya hebat,
Satu kisah masa mudanya,
Merah warnanya berambut lebat,
Isi putih manis rasanya.

(rambutan)

Selain itu, perkataan-perkataan baru yang dimasukkan dalam bacaan seperti


pantun dan syair juga dapat menambah perbendaharaan kata kanak-kanak pemulihan.
Selain itu, bahasa yang berirama seperti pantun, syair dan seloka, mampu mengukuhkan
kekuatan ingatan murid akan perkataan yang diajar.
Selain daripada itu, kesusasteraan penting dalam membantu pembentukan emosi
positif dalam diri murid. Murid pemulihan khas seringkali dilihat mempunyai masalah emosi
yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalam kehidupan mereka. Oleh itu, dengan memilih
bahan sastera dalam pengajaran, guru dapat membantu mengatasi masalah emosi dan
berharap agar kanak-kanak ini dapat mengamalkan tingkah laku yang baik dan berupaya
membina konsep kendiri yang positif.
Naffi Mat (2006) telah menerokai definisi bahasa dalam dua aspek, iaitu bidang
maklumat dan bidang estetik. Menurut beliau, bahasa dalam bidang maklumat merujuk
kepada keupayaan pelajar memperoleh dan menyampaikan maklumat secara berilmu.
Pendapat Naffi Mat (2006) telah merujuk kepada kesan positif yang akan didapati oleh
pelajar sekiranya mereka mempunyai kemahiran berbahasa. Terdapat beberapa aktiviti
yang dapat membina kemahiran berbahasa contohnya aktiviti bercerita, bersajak, bersyair
dan juga lakonan.
Dalam bidang estetik pula Naffi Mat (2006) menyatakan bahawa melalui bahasa,
pelajar dapat menikmati karya sastera dan melahirkan perasaan serta idea secara kreatif.
Di sini dapat dilihat betapa pentingnya peranan bahasa dalam melahirkan suatu karya yang
bermutu tinggi. Hal ini kerana bahasa yang indah akan dapat menarik minat pembaca
untuk menghayati dan membuat apresiasi terhadap karya tersebut.
Contohnya seperti Cerita Bawang Putih Bawang Merah, walaupun terdapat sedikit
unsur khayalan dan dongengan, namun mesej atau pemikiran yang hendak disampaikan

adalah jelas. Cerita tersebut menceritakan bahawa kesabaran yang ditunjukkan oleh
Bawang Merah terhadap ibu dan kakak tirinya, Bawang Putih akhirnya membawa kebaikan
kepada diri Bawang Merah. Pelbagai kezaliman dilakukan oleh ibu dan kakak tiri Bawang
Merah, namun Bawang Merah hanya mampu bersabar dan mengadu nasib kepada ibunya
yang telah meninggal dunia. Malah, Bawang Merah tidak menyimpan dendam dengan
keluarga tirinya. Bawang Merah masih lagi mengajak mereka tinggal bersamanya di istana
setelah Bawang Merah dilamar oleh Putera Raja. Nasihat yang cuba disampaikan dalam
cerita ini ialah perbuatan baik seperti bersabar dan tidak berdendam akan mendapat
balasan yang baik. Oleh itu, prosa tersebut sangat membantu membina emosi positif
kanak-kanak pemulihan khas supaya bersikap penyayang, bersabar dan tidak berdendam
dengan orang di sekelilingnya.
Bahan sastera juga mampu menjadi pendorong dalam meningkatkan semangat dan
motivasi murid pemulihan khas. Mereka seringkali menunjukkan sikap tidak minat belajar
kerana di sekolah mereka sering dilabelkan sebagai murid yang lemah atau lembam.
Dengan pemilihan bahan sastera yang sesuai, kanak-kanak dapat meneroka dan berusaha
untuk berjaya.

Contohnya cerita binatang seperti Sang Kancil yang memperlihatkan kepandaian


Sang Kancil untuk mendapatkan kemahuannya. Dia berusaha mencari akal agar dapat
menyeberang sungai dengan bantuan buaya-buaya, walaupun dia tahu bahawa buayabuaya tersebut akan memakan dirinya. Bahan bacaan seperti ini dapat mendedahkan
kepada murid tentang kejayaan dan pencapaian yang baik dan berguna sekiranya kita
berusaha dan menggunakan akal fikiran untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu,
kanak-kanak mampu meningkatkan daya motivasi dan keyakinan dalam diri untuk menjadi
lebih baik.
Bahan sastera mampu memperkembangkan bahasa dan komunikasi kanak-kanak.
Bahan sastera sangat penting untuk dijadikan instrumen yang dapat membantu guru
dalam merancang pengajaran yang boleh meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Hal

tersebut boleh dilaksanakan ketika aktiviti bacaan secara kuat. Contohnya, guru membaca
sebuah seloka rakyat dan murid berpeluang mendengar sebuatan dan intonasi yang betul,
menyatakan idea atau pendapat melalui perbincangan dan menceritakan semula cerita
yang didengar samada secara lisan, tulisan ataupun lukisan.
Melalui drama kanak-kanak juga, murid-murid dapat merasakan bahawa diri mereka
telah diberikan kepercayaan dalam memegang sesuatu watak dan berusaha untuk
menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Mereka akan berusaha memberi kerjasama
kepada rakan-rakan mereka untuk berlakon bersama dengan lebih baik. Hal ini dapat
meningkatkan kemahiran kominakasi dan interpersonal murid-murid pemulihan khas yang
selalunya lemah atau gagal berkomunikasi secara berkesan. Selain itu, mereka dapat
membina keyakinan diri di samping menerima penghargaan kendiri yang positif dalam diri
mereka.
Sementara itu, bahan sastera juga membantu guru dalam memperkembangkan
aspek kerohanian dan moral supaya murid-murid pemulihan khas dapat menjadi
seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral. Hal ini adalah kerana bahan-bahan
sastera mempunyai unsur-unsur nasihat dan teladan. Oleh itu, bahan-bahan sastera
seperti cerita teladan, pantun nasihat, sajak budi dan sebagainya amat sesuai didedahkan
kepada murid-murid. Melalui bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat menerapkan nilainilai murni dalam diri mereka. Bahkan, mereka dapat belajar untuk menilai perasaan orang
lain, bertolak ansur dan sebagainya. Dari aspek kerohanian, murid-murid boleh didedahkan
dengan kisah-kisah nabi. Guru menggunakan cerita tersebut sebagai salah satu cara untuk
menyemai sifat kerohanian kepada murid melalui kisah dan teladan seperti kisah Nabi
Yunus Ditelan Ikan Nun. Cerita kesusasteraan agama ini dapat menunjukkan kekuasaan
Allah s.w.t dalam menyelamatkan orang yang memohon pertolongan daripadaNya.
Disamping itu, guru boleh memperkenalkan istilah-istilah baru yang boleh dipelajari oleh
murid yang mengandungi unsur-unsur kerohanian.
Tambahan pula, bahan sastera dapat memupuk semangat patriotisme dan jati diri
dalam diri murid pemulihan. Contohnya, melalui cerita kepahlawanan Hang Tuah memberi
inspirasi kepada murid dalam semangat menyayangi negara sendiri. Biografi tokoh-tokoh
pembangun negara Malaysia memberikan inspirasi kepada mereka. Di samping itu, mereka
juga akan menjadi cerita-cerita tokoh yang diceritakan sebagai idola mereka untuk berjaya
dalam kehidupan. Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa bahan satera menjadi pendorong
utama penggerak motivasi murid pemulihan yang sering patah semangat untuk berjaya.

Secara tuntasnya, bahan seni dan sastera memainkan peranan yang sangat
penting sebagai bahan rangsangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid
pemulihan khas. Guru pemulihan khas seharusnya sedar bahawa mereka perlu kreatif
dalam menerapkan bahan-bahan sastera dalam pengajaran mereka di dalam bilik darjah
darjah. Guru berperanan dalam memperkenalkan keindahan dan keunikan kesusasteraan
Melayu kepada generasi muda agar tidak lapuk ditelan zaman.

Anda mungkin juga menyukai