Anda di halaman 1dari 4

SUP STEAMBOT ;

BAHAN :
Air * terpulang ikut sukatan periuk masing-masing
Bawang putih 3-4 ulas * dicincang
2 kiub pati ikan bilis / 2 kiub pati ayam * mumy pakai jenama knorr
Tulang dan sedikit isi ayam * supaya kuah tu nanti jadi macam stok..
Daun ketumbar * dicincang
Sedikit garam * kalau kuah masih tawar..lau kuah dah ok tak perlu
garam ok...
* rebus dulu semua bahan ni atas dapur masak ..bila da mendidih nanti
baru pindahkan ke periuk stimbot..pastu celur je la semua bahan stimbot
kat atas tadi..

SOS STEAMBOAT ALA JOHNNYS ;


* ini penyedap dalam stimbot ni..kalau sos failed... hancus la
semuanya..tapi ni resepi hasil google kemudian mumy olah balik ikut suka
hati dan naluri...
BAHAN :
8 tangkai lada merah
4 ulas bawang putih
5 sb minyak bijan
5 sb apple cider * nak pakai cuka biasa pun boleh
5 sb sos ikan
2 sb sos tiram
2 sb kicap * mumy pakai kicap manis jalen..i loikeee
1/2 cawan air
1/2 sb sunquick * mesti pelik kan..hehe..kat sini la yang bagi rasa
masam n pekat dia...
Bijan * disangai dulu yer
1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan
sos..kalau sos mcm da pekat takyah letak pun takpe ye..
Daun ketumbar * racik halus
Garam dan gula secukup rasa * yang ni takde sukatan..korang kene
rasa n tambah sendiri..penat la mumy nak tolong rasakan.. muehehe
1

CARA :
Kisar lada bersama bawang putih..
Masak atas dapur bersama air, minyak bijan,sos ikan,apple cider @ cuka,
kicap,sos tiram..
Masak sampai pekat then baru masuk sunquick dan bancuhan tepung
jagung ( kalau perlu je ) .
Perasakan dengan garam n gula...kalau rasa dah okey..masukkan sikit
bijan yg dah disangai dengan daun ketumbar ..letak sikit je 2 bahan
ni..coz nanti masa hidang nak makan baru letak lagi dalam mangkuk sos
tu..
okeh siap...senang kan...campak-campak jela.... :p

Resepi Kuah Tomyam


2 sudu makan penuh tomyam paste ( boleh guna apa2 brandsaya guna
tomyam Adabi 2 paket )
4 ulas bawang putih tumbuk halus
1 biji bawang besar hiris
1/2 inci halia tumbuk halus
1 1/2 inci lengkuas ketuk2 je
2 3 btg serai
1/4 kiub ayam
1 sudu makan sos ikan
sedikit gula dan garam
Caranya
1. Dalam periuk lain tumis bawang putih, halia, serai dan
lengkuas. kemudian masukkan paste tomyam di ikuti dengan air.
2, Jumlah air bergtg pada kuah yg kta inginkan. saya letak air penuh!!
3. Bila air sudah mendidih masukan kiub ayam, sos ikan.
4. Sesuaikan rasa yg kita ingin kan bolehlah di masukan dalam periuk
2

steamboat.
5. Didihkan dan bolelah digunakan..
* resepi ni utk 1 periuk steamboat penuh ( spt dlm gambar )
** masa tuangkan kuah pada periuk steambot tu, keluarkan semua
kerapah2nya supaya ia tidak mengganggu semasa kita mencelup bahan2
steamboat!!

Cara 2
1. Masukkan air kedalam periuk steamboat.
2. Kemudian masukkan serai, halia, lengkuas yg telah di ketuk2serta
paste tomyam. Masak hingga kuah mendidih.
3. Masukkan sos ikan , kiub ayam, garam dan gula.
4. Sesuaikan rasa dan sedia utk di gunalkan
Saya dah try kedua2 cara. Kedua2nya pun sedap. cuma cara pertama
ada berminyak sikit sebab ada minyak tumisan.
Resepi Sos Steambot

6 biji cili merah 1 ulas bawang putih 1 sudu minyak bijan


3 sudu besar sos ikan
cuka makan
air
gula
sedikit bijan tak letak
Cara..
1. Kisar semua bahan hingga hancur dan sebati.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk dan masak hingga agak pekat
3. Sesuaikan rasa mengikit citarasa kita dan hidangkan dgn kuah dan
bahan2 steamboat
4, Taburkan dgn sedikit bijan.

Anda mungkin juga menyukai