Anda di halaman 1dari 5

SK SERI CEMPAKA

KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN KALI KE-27


1) Ucapan Alu-aluan
Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd
Yang Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak
Yang berusaha Encik Abdul Muttalib bin Omar, Guru Besar SK Seri Cempaka
Yang dihormati Encik Ahmad Zabidi bin Abd Samad, Yang Dipertua PIBG SK Seri Cempaka
Encik Iberahim bin Lop Ahamad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Azalinawati binti Salleh, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, staf-staf, AJK-AJK PIBG yang hadir pada hari ini serta murid-murid yang disayangi
sekalian.
SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
KEBANGSAAN SERI CEMPAKA KALI KE-27
Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas
limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini
untuk menjayakan kejohanan sukan tahunan SK Seri Cempaka kali ke 27.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi memeriahkan
lagi kejohanan pada hari ini.
2) Upacara Perarakan Badan Beruniform dan Rumah Sukan
Hadirin yang dihormati,
Pembuka acara pada pagi ini akan dimulakan dengan perarakan perbarisan dan lintas hormat
Pengawas sekolah, unit-unit Badan Beruniform, rumah-rumah sukan dan murid Prasekolah.
Dengan itu pihak majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang berusaha Encik Abdul
Muttalib bin Omar bagi mengiringi Yang Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop, Pegawai Khas
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian
Pasir Salak bagi menerima perbarisan lintas hormat.
Pasang CD Marching
Perbarisan lintas hormat pada petang ini diketuai oleh adik Muhammad Irfan bin Yusuf.

Kontinjen perbarisan pada petang ini didahului oleh pembawa bendera Kejohanan Olahraga
Sukan Tahunan SK Seri Cempaka diiringi oleh pembawa bendera Jalur Gemilang, bendera negeri
Perak dan bendera SK Seri Cempaka.
Diikuti oleh kontinjen Lembaga Pengawas Sekolah yang sentiasa memastikan peraturan sekolah
dipatuhi oleh setiap murid di SK Seri Cempaka. Terdiri daripada seramai _______ ahli. Diketuai
oleh _______________________________________________.
Seterusnya kontinjen dari Rumah kuning. Kuning melambangkan warna diraja. Diketuai oleh adik
Muhammad Arif Danial bin Rosdin. Ahli seramai _____ orang peserta. Moto rumah, Kuning
Mengaum.
Dibelakang rumah kuning ialah kontinjen dari Kelas Prasekolah Permata. Mempunyai seramai 25
orang murid yang berusia 5 tahun.
Kontinjen seterusnya ialah kontinjen dari Tunas Kadet Remaja Sekolah berpakaian serba hijau.
Terdiri daripada _____ ahli dan diketuai oleh _________________________________________.
Diikuti oleh kontinjen dari Rumah hijau. Hijau melambangkan kedamaian dan ketenangan
antara ahli-ahlinya.Hijau mewarnai alam sekeliling kita. Kontinjen ini diketuai oleh adik
Muhammad Faeizul Baihaqi bin Samsudin dengan ahlinya seramai ______ orang. Hijau dengan
laungan amarannya Hijau Pasti Dihadapan.
Seterusnya kontinjen dari kelas Prasekolah Nilam.Terdiri daripada 25 orang murid yang pastinya
bersemangat untuk turut sama memeriahkan kejohanan pada tahun ini.
Kontinjen yang sedang melintasi pentas lintas hormat ialah kontinjen unit badan beruniform
Persatuan Bulan Sabit Merah dengan berpakaian serba putih. Kontinjen ini diketuai oleh
_____________________________________________ dengan ahli seramai _____orang.
Kontijen seterusnya ialah Rumah Biru. Biru melambangkan perpaduan.Ini menunjukkan mereka
bersatu padu untuk membentuk sesebuah pasukan yang mantap. Mempunyai seramai _____ orang
ahli dan diketuai oleh adik Asyraaf Bin Amir Hassan.
Dengan moto rumahnya .
Diikuti kontinjen dari Kelas Prasekolah Baiduri juga mempunyai seramai 25 orang ahli yang
pastinya akan turut sama menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Kecil-kecil cilipadi.
Dengan langkah ayu dan berpakaian serba putih dan merah jambu. Kontinjen seterusnya ialah
kontinjen unit badan beruniform Puteri Islam. Dengan ahli seramai _____ orang dan diketuai olah
adik ___________________________________________________.
Kontinjen seterusnya ialah kontinjen Rumah Merah
Merah melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan. Rumah ini diketuai oleh
___________________________________________________ mempunyai seramai ____ ahli.
Kontijen yang terakhir adalah kontinjen unit badan beruniform Pengakap. Mempunyai seramai
_____ orang ahli. Diketuai oleh ____________________________________________________.
Untuk makluman hadirin unit ini telah mewakili sekolah dan daerah Perak Tengah dalam
pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri yang telah diadakan di Taiping Perak.

Pihak Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang berusaha tuan Guru Besar danYang
berbahagia Dato atas kesudian menyempurnakan acara lintas hormat sebentar tadi.
3) Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah
Majlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, dan Lagu sekolah.
Hadirin dimohon berdiri bagi menghormati dan turut sama menyanyikan lagu Negaraku.
Pasang tape nyanyian
Terima kasih dan hadirin dipersilakan duduk.
4) Bacaan Doa
Hadirin yang dihormati.
Untuk memberkati kejohanan olahraga sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput
al-fadhil Ustaz Ahmad Shukri bin Jainuddin untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan
dengan segala hormatnya.
Bacaan doa
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada al-fadhil ustaz atas bacaan doa itu tadi.
5) Bacaan Ikrar
Seterusnya bacaan ikrar kejohanan olahraga sukan tahunan kali ke 27, dengan itu pihak majlis
menjemput adik Muhammad Irfan bin Yusuf untuk mengetuai bacaan ikrar.
Terima kasih kepada adik Muhammad Irfan bin Yusuf atas bacaan ikrar sebentar tadi.
6) Ucapan YDP PIBG
Seterusnya majlis menjemput Encik Ahmad Zabidi bin Abd Samad, Yang Dipertua PIBG SK Seri
Cempaka untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Zabidi bin Abd Samad di atas ucapan beliau itu
tadi.
7) Ucapan Perasmian Temasya Sukan Tahunan
Seterusnya majlis menjemput Yang Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop, Pegawai Khas
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian
Pasir Salak untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK
Majlis dengan hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop di atas
ucapan dan perasmian itu tadi. Maka dengan itu, rasmilah Temasya Sukan Tahunan SK Seri
Cempaka kali ke-27.
9) Penyampaian Hadiah dan Cenderamata
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Abdul Muttalib bin Omar, Guru Besar SK
Seri Cempaka dan Encik Ahmad Zabidi bin Abd Samad untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir untuk menyampaikan hadiah bagi
perbarisan terbaik.
Seterusnya majlis mempersilakan, YDP PIBG SK Seri Cempaka untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop, Pegawai Khas Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir
Salak sebagai tanda kenang-kenangan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop, Tuan Guru Besar
dan Encik Ahmad Zabidi bin Abd Samad atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian
cenderamata sebentar tadi.
10) Perarakan Keluar Kontingen
Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.
Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke
khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada petang ini.
Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia
kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.
Untuk makluman hadirin sekalian beberapa acara sukan yang dipertandingkan telah dilaksanakan
sebelum temasya sukan tahunan diadakan. Acara-acara yang telah dipertandingkan ialah Lontar
Peluru, Lompat Jauh dan Lompat Tinggi bagi tahap 2, Acara Sukaneka untuk tahun 1 hingga
tahun 6.
11) ACARA SUKAN
Acara sukan akan dimulakan sebentar lagi dengan larian 80 meter lelaki dan perempuan individu
bagi tahun 1. Larian 100meter lelaki dan perempuan bagi tahun 2, 3, 4,5 dan 6. Para peserta
diminta bersedia.
Acara sukan pertama pada hari ini adalah larian 80 meter individu lelaki Tahun 1.
RUJUK BUKU ATURCARA

10) Upacara Penyampaian hadiah


Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian hadiah
Majlis dengan sukacitanya menjemput .
Untuk mengiringi ...
untuk menyampaikan hadiah.
Terima kasih diucapkan kepada . di atas kesudian beliau untuk
menyampaikan hadiah.
BAGI HADIAH IKUT ACARA. RUJUK BUKU ATURCARA
Seterusnya diumumkan penyandang bagi olahragawan & olahragawati SKSK
bagi tahun ini.
Olahragawan SK. tahun ini disandang oleh :
Olahragawati SK. tahun ini disandang oleh :
Majlis dengan sukacitanya menjemput ..
Untuk mengiringi .. untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda
penghargaan kepada . atas kesudian beliau hadir dan merasmikan majlis pada
hari ini.
12) Penutup
Maka dengan itu berakhirlah sudah kejohanan sukan tahunan Sk.. kali ke-.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah daripada
kami sendiri.
Akhir kata dari kami berdua,
Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa sepanjang kami mengendalikan majlis ini, Syabas untuk
semua dan Majulah Sukan .untuk negara
Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai