Anda di halaman 1dari 6

TAJUK: NABI YUSUF DENGAN SITI ZULAIKHA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
Yang dihormati tuan pengerusi majlis ,barisan hakim yang arif
bijaksana,guru-guru rakan-rakan serta hadirin dan hadirat sekelian.

lagi

KISAH NABI YUSUF DENGAN ZULAIKHA


MENJADI TAJUK TELADAN;PANDUAN UNTUK SEMUA
ASSALAMUALAIKUM(WRT).
Nabi yusuf adalah anak Nabi yaakub as dan ibunya bernama Rahil.Baginda
mempunyai sebelas orang saudara.Nabi Yusuf sangat disayangi oleh ayahnya
sehingga menimbulkan rasa dengki dan cemburu dikalangan saudara-saudaranya.

ANGKARA HASAD DAN IRI HATI,


YUSUF DICAMPAK DALAM PERIGI
YUSUF DIANIAYA SAUDARA SENDIRI
KEPADA ALLAH BERSERAH DIRI.

Justeru dengan takdir allah sekumpulan musafir yang kehabisan air telah berhenti
di sebuah perigi, Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada seorang
budak lelaki dalam perigi itu.Mereka mengambil keputusan untuk menjual nabi
yusuf.Akhirnya nabi Yusuf telah dibeli oleh seorang pembesar Mesir bernama
Abdul Aziz dan isterinya bernama Zulaikha dan menjadikannya sebagai anak
angkat. Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 21:

YANG BERMAKSUD
BERKATALAH AZIZ KEPADA ISTERINYA BERILAH LAYANAN YANG
SEBAIK-BAIKNYA,SEMOGA IA BERGUNA KEPADA KITA ATAU KITA
JADIKAN DIA ANAK ANGKAT

Sebagaimana yang kita maklumi, Negara kita telah menetapkan satu undangundang khusus kepada kesalahan pemerdagangan manusia,jadi..kita haruslah
berhati-hati dan hendaklah kita menjaga keselamatan ahli keluarga daripada
menjadi mangsa.
NABI YUSUF MENINGKAT DEWASA,
DIBERIKAN ILMU PENUH DIDADA
BERWAJAH TAMPAN KACAK BERGAYA,
SIAPA YANG MELIHAT PASTI TERGODA,
ZULAIKHA MERAYU PENUH MESRA ,
MENGAJAK YUSUF DEKAT PADANYA.
YUSUF PEMUDA BERHATI WAJA
KEHENDAK ZULAIKHA DITOLAK SEGERA.

Rakan-rakan, semakin meningkat dewasa kian terserlah ketampanan wajah nabi


yusuf as. Dalam diam-diam Zulaikha telah mula menaruh hati terhadap baginda.
Zulaikha sentiasa mencari jalan untuk menggoda nabi Yusuf as.

Pada suatu hari setelah Aziz keluar dari istana,Zulaikha memerintahkan agar semua
pintu istana dikunci dan meminta jangan sesiapa yang mengganggunya.Dengan
berpakaian cantik serta memakai haruman,Zulaikha menghampiri Yusuf dan
dipujuk rayu dengan lemah lembut dan menggoda agar Yusuf dapat menyampaikan
hajatnya yang terpendam sekian lamanya.

Nabi Yusuf terus berlari kea rah pintu untuk menyelamatkan diri. Zulaikha
mengejar nabi Yusuf dari belakang dan menarik bajunya hingga terkoyak
dibahagian belakang. Yusuf menolak permintaan Zulaikha sebagaimana firman
Allah surah Yusuf :23

YANG BERMAKSUD:
AKU BERLINDUNG KEPADA ALLAH. SESUNGGUHNYA TUANKU
TELAH MEMPERLAKUKAN AKU DENGAN BAIK, SESUNGGUHNYA
ORANG-ORANG YANG ZALIM TIDAK AKAN BERUNTUNG

Ya kawan-kawan,
Keimanan Nabi Yusuf yang kukuh dan mantap,tidak mudah diperdaya oleh wanita.
Dewasa ini banyak kelahiran anak luar nikah hasil dari perbuatan zina.Ketahuilah
bahawa perbuatan zina itu adalah dosa besar.

IKUTKAN RASA BADAN BINASA,


IKUTKAN HATI MERANA DIRI
ZULAIKHA TIDAK BERPUTUS ASA
HELAH DIRI TERUS DICARI.

Zulaikha berkata Lihatlah Yusuf ni cuba mencabul kehormatankulantas Yusuf


menjawab wahai Aziz., Demi Allah. Aku tidak bersalah, sebaliknya Zulaikhalah
yang bersalah kerana menggodaku.Aziz bingung dengan apa yang berlaku.Tibatiba seorang kerabat Aziz berkata Jika baju Yusuf koyak dibelakang maka Yusuf
adalah benar dan Zulaikha yang berbohong:Firman Allah dalam surah Yusuf:27:

MAKSUDNYA:
DAN JIKA BAJUNYA KOYAK DARI BELAKANG, MAKA DUSTALAH
PEREMPUAN ITU,DAN YUSUF ADALAH ORANG-ORANG YANG BENAR

Bohong adalah perbuatan berdosa, Bercakap benarlah dalam segala perkara agar
kita sentiasa dalam golongan yang dikasihi Allah swt.

SEMUA WANITA DIJAMU MAKAN,


PISAU DITANGAN MENGUPAS BUAH-BUAHAN
MATA TERPUKAU KETAMPANAN YUSUF
HINGGA TAK SEDAR TERPOTONG TANGAN.

Peristiwa tersebut telah diketahui oleh orang-orang di Mesir. Kaum-kaum wanita


telah mencerca perbuatan Zulaikha kerana cuba menggoda anak angkatnya.Firman
Allah dalam surah Yusuf:30

Maksudnya:
DAN PEREMPUAN-PEREMPUAN DIKOTA BERKATA ISTERI AL AZIZ
MENGGODA ANAK MUDANYA UNTUK MENUNDUKKAN DIRINYA

Untuk membersihkan namanya, Zulaikha telah mengadakan satu jamuan dan


menjemput wanita-wanita ke istana. Beliau menyediakan buah-buahan dan pisau
untuk tetamunya.

Ketika asik memotong buah-buahan, Nabi Yusuf dipanggil masuk ke tempat


mereka. Sebaik melihat nabi Yusuf,wanita-wanita itu berkata masyaallah!
Barangkali malaikat bukan manusia! mereka terpegun dan terpesona melihat
ketampanan nabi yusuf sehingga mereka terhiris tangan sendiri.

Zulaikha berkata tuan-tuan tidak tahan melihat ketampanan yusuf dalam waktu
yang sebentar, apalagi saya yang sudah bertahun-tahun dengannya. Jadi
janganlah salahkan saya.
Ya rakan-rakan,
Kecantikan adalah anugerah allah. Perbuatan menyuntik botok dan memakai susuk
adalah salah disisi agama. Bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan kepada
kita.

KAWAN-KAWAN APAKAH YANG BERLAKU KEPADA NABI YUSUF?


YUSUF MEMILIH HIDUP DIPENJARA
UNTUK MENGELAK DARI DICERCA.
LEBIH RELA HIDUP SENGSARA
DARI HIDUP BERGELUMANG DOSA

Firman Allah surah Yusuf:33

MAKSUDNYA:
WAHAI TUHAN!AKU AKU LEBIHSUKA KEPADA PENJARA DARI APA
YANG PEREMPUAN-PEREMPUAN ITU AJAK AKU KEPADANYA

Akhirnya nabi Yusuf dipenjara walaupun Aziz tahu Yusuf tidak bersalah.Semua
penghuni penjara sangat menghormatinya kerana Yusuf seorang yang mulia.

SEKIAN.