Anda di halaman 1dari 2

BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan,


kemahiran, kreativiti dan keimanan.
PRINSIP PRS

1.0.
2.0.

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa


mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal.
Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan
etika PRS.

PERANAN ANDA SEBAGAI PRS

a. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
b. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah.
c. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
d. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti
membuat rujukkan jika perlu.
e. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan
Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
f. Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
g. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa
dan berimpati.
h. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
i. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum
membuat keputusan.
j. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif.
k. Mematuhi etika kerahsiaan.
l. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
m. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
n. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari
penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
o. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya
melibatkan diri.
p. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
ETIKA PRS
PRS perlu patuh kepada etika berikut:
1.
2.
3.
4.
5.

Amanah dan menyimpan rahsia.


Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
Tahu batasan dan keupayaan diri.
Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek.
Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tenteng kes yang
boleh merosakkan diri atau orang lain.
6. Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling.

7. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.


PERJUMPAAN PRS SMAIM 2015
A) TAJUK: MEMBINA IDENTITI PRS (KUMPULANKU)
OBJEKTIF:
1) MELATIH DAN MENGGALAKKAN PRS MEMBUAT PENDEDAHAN KENDIRI YANG
LEBIH TERBUKA PADA MASAYANG SESUAI
2) NAMA SEMUA INDIVIDU ADALAH BERMAKNA DAN PENTING
3) DAPAT MENINGKATKAN KEMESRAAN DALAM KUMPULAN.SEBAGAI PRS PERLU
MENJADI SEORANG YANG MESRA, DAN DIPERCAYAI
4) MEMPERKENALKAN ETIKA PRS YANG HARUS DIJADIKAN PANDUAN OLEH AHLIAHLI PRS
BAHAN: KERTAS MAHJUNG, MARKER PEN
MASA: 1 JAM
PERLAKSANAAN:
1) MENCIPTA LOGO PRS (KUMPULAN)
2) MENCIPTA NAMA KUMPULAN (MENGIKUT PANGKAL NAMA SEMUA AHLI), JIKA
INGIN MENAMBAH DAN MENOLAK HURUF KENA TOLAK 500 MARKAH
3) SETIAP AHLI KUMPULAN PERLU MENERANGKAN SETIAP OBJEK/LOGO
KUMPULAN
4) KUMPULAN PALING KREATIF DAN BERANI DAPAT 2000 MARKAH
5) LOG PALING KEMAS DAN CANTIK 500 MARKAH
6) KUMPULAN PALING PASIF TOLAK 100 MARKAH

B) TAJUK: ETIKA PRS


OBJEKTIF:
1) INGAT KEMBALI ETIKA PRS
BAHAN: KERTAS EDARAN
MASA: 1 JAM
PERLAKSANAAN:
1) SETIAP KUMPULAN DIBERIKAN KERTAS EDARAN BERKAITAN PRS, DIBERI MASA
5 MINIT UNTUK BACA
2) KUIZ BERKUMPULAN BERKAITAN BAHAN EDARAN
3) 1 BETUL, 10 MARKAH, 1 SALAH TOLAK 1 MARKAH, KUMPULAN TIDAK
MENJAWAB LANGSUNG, DITOLAK 20 MARKAH

Anda mungkin juga menyukai