Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS KESYUKURAN KHAIRUL & LIYANA

BI
L
1

SKRIP

CATATAN

(KETIBAAN MEMPELAI DIIRINGI PALUAN KOMPANG)


Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan
pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan,
Khairul Azlan bin Abd Halim dan Nur Liyana binti Yusoff
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih
(pengantin berjalan hingga ke meja makan beradab)

(MEMPELAI BERADA DI MEJA MAKAN BERADAB)


Dari Taman Tun ke Pulau Perhentian
Singgah sebentar membeli keris
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis
Hari ini menanam jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Yang berbahagia tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian,
bagi pihak keluarga Encik Abd Halim bin Amri dan Puan Umi
Salmah binti A. Razak saya ingin mengalu-alukan kehadiran
semua
tetamu jemputan pada hari ini. Sesungguhnya
kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna dan dapat
menyerikan lagi majlis kita.

(BACAAN DOA)
Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan
Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati
Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan
doa
yang
akan
dipimpin
oleh
Saudara
___________________________________
(......bacaan doa.......)
Terima
kasih
diucapkan
kepada
___________________________________
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati

Saudara

Mula kenal kemudian bercinta


Cinta tersemai di dalam hati
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini,si
gadis datangnya jauh dari Taman Tun manakala si jejaka pula
asalnya dari Shah Alam. Ketika itu mereka dikatakan sedang
mengikuti Kursus Latihan Peningkatan Kemahiran Graduan
yang bertempat di Seri Kembangan. Sesungguhnya jodoh
pertemuan di tangan tuhan. Percintaan kedua mempelai
bermula terlalu indah. Mula berkenalan ketika sama-sama
sedang mengikuti slot perbincangan berkumpulan pada 3 April
2013 dan ditakdirkan mereka berada di dalam kumpulan yang
sama. Mata sama menjeling dan hati mula tertawan, lantas
salam dihulur dan mereka saling berbalas komen di Facebook.
Debaran di hati mula terasa, perkenalan mereka
dipermudahkan lagi dengan kemudahan media sosial seperti
Whatsapp. Maka perasaan pun dilafazkan dan bermulalah
sebuah persahabatan yang akhirnya memutikkan rasa cinta di
dalam hati kedua-dua pasangan ini.
Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu
dari kedua-dua keluarga, mereka mengikat tali pertunangan
pada 28 September 2014 dan kemudian mendirikan mahligai
perkahwinan 6 bulan kemudian iaitu pada 29 Mac 2015 yang
lalu di Hotel Crystal, Bukit Jelutong Shah Alam. Dan pada hari
yang penuh bermakna ini, kita raikan sekali lagi pasangan
mempelai ini dalam majlis yang penuh berbahagia ini.
5

(TAYANGAN MULTIMEDIA)
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Hadirin sekalian, seterusnya, suka duka, kasih-cinta, pahit
manis waktu berkenalan dan diijabkabulkan ingin dikongsi oleh
pasangan mempelai, buat sekalian yang hadir. Sama-sama kita
saksikan persembahan multimedia yang disediakan khas oleh
pasangan mempelai sendiri sebagai tanda terima kasih atas
kehadiran semua.
(....tayangan multimedia...)

(JAMUAN MAKAN DIMULAKAN)


Begitu indah detik-detik yang terakam dalam tayangan
multimedia itu tadi, seindah kehidupan pasangan mempelai
selepas diijabkabulkan.
Saya kira para tetamu juga sudah tidak sabar menikmati
hidangan. Untuk itu hadirin sekalian, dijemput dahulu tetamu
wanita dan kanak-kanak untuk ke bahagian hidangan bak kata
mat saleh Ladies First! dan setelah itu, barulah diikuti dengan
tetamu lelaki. Silalah menjamu selera, usah malu, usah segan,
tak cukup sepinggan, kita minta nasi tambahan. Dipersilakan
semua.
(UCAPAN)

8
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara
Dengan itu, Majlis dengan hormatnya ingin mempersilakan
Encik Abd Halim bin Amri dan Pn Umi Salmah A. Razak, selaku
ayahanda dan bonda tercinta Khairul Azlan untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
(......ucapan.....)
Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa
hati daripada ayahanda dan bonda tercinta mendoakan agar
ikatan yang terbina akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah
S.W.T.
Aduhai liyana aduhai azlan,
Janganlah risau janganlah gundah,
Ambik senang ambik mudah,
Pesan kadi dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah,
Jgn retak menunggu belah,
Rahsia di rumah jangan ke tanah,
Didengar orang jadi fitnah
Banyak sabar banyak tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.
12

(BERSURAI)
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai ke
pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai ke muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan
rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada
raja sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir

dan memeriahkan majlis kita pada hari yang penuh keberkatan


ini.
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum W.B.T

*****************TAMAT*******************

Anda mungkin juga menyukai