Anda di halaman 1dari 4

1

SALUTASI
Terima kasih Saudari/saudara Pengerusi Majlis,
Yang Berbahagia Tuan PPD_______________________________.
Yang berusaha Pn Hjh Fadzillah bt Samik. Guru Besar SK Jimah Baru.
Guru-guru penolong kanan , guru-guru,
Para hadirin sekalian.
Dan seterusnya pelajar yang kita raikan.
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
UCAPAN
Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya, Majlis Hari Graduasi 2014 bagi pelajar-pelajar
tahun 6 bagi sesi 2014 dapat kita raikan pada hari ini dalam suasana
yang penuh gemilang dan bermakna buat kita semua.
Pertamanya bagi pihak Jawatankuasa PIBG ingin merakamkan
ucapan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan, ke Majlis Graduasi pada hari ini. Walaupun majlis ini
diadakan secara dalaman dan kecil-kecilan, namun apa yang saya
pasti dan yakini adalah makna di sebalik majlis ini amat besar
kepada anak-anak sekalian.
Sesungguhnya majlis pada hari ini diatur sedemikan rupa sebagai
salah satu daripada program susulan kecemerlangan akademik
sekolah yang telah menjadi tradisi kita untuk menzahirkan
pengiktirafan kepada anak-anak kita yang berjaya menamatkan
persekolahan pada setiap tahun .
Saya juga yakin bahawa majlis ini amat sesuai untuk mencetuskan
semarak kejayaan buat para graduan. Semoga di tempat ini, di
dewan ini, di pusat ini dan guru-guru di sekolah ini menjadi
pendorong untuk anak-anak semua menanam tekad menjejakkan
kaki ke menara gading, bukan sebagai pelawat tetapi sebagai
penghuni yang memanfaatkannya untuk menimba ilmu demi
kesejahteraan hidup pada masa hadapan.
Harapan saya agar para graduan akan meneruskan budaya positif,
sikap saling berkerjasama, saling menghormati, berdaya saing yang
tinggi, mementingkan ilmu, saling memahami dan bertolak ansur
antara satu sama lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan
bersama.
2

Gunakanlah peluang yang ada untuk memperkasa diri para graduan


sekalian dengan kemahiran keinsanan (soft skills) seperti sikap
tanggungjawab, menghargai alam sekitar, mengamalkan nilai-nilai
etika,
moral
dan
profesionalisme,
memantapkan
sipiritual,
mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi, mempunyai ciri-ciri
kepimpinan, mengamalkan kerja sepasukan, berfikiran kritikal dan
menyelesaikan masalah, berkemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi , mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, bersaing
pada peringkat global, mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan mahir
dalam pengurusan.

Para graduan sekalian,


Dalam dunia ini, tiada jalan pintas ke arah kejayaan. Nama-nama
seperti Dato Sharifah Mazlina binti Syed Abd. Kadir, Dato Azhar
Mansor, Datuk Abdul Malek Mydin, K. Mohandas dan Muhammad
Muqarrabin seharusnya terjelma dalam kotak minda anda sebagai
insan yang berusaha gigih hingga kadangkala mempertaruhkan
nyawa demi mencapai matlamat meletakkan nama negara di
persada dunia. Semangat juang inilah yang perlu dicontohi oleh para
graduan. Majlis Graduasi ini dan peperiksaan SPM yang ditempuhi
hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang bakal anda terokai.
Di hadapan anda sekalian nanti, terbentang pelbagai ranjau duri dan
rintangan ke arah pencapaian kejayaan sebenar dalam kehidupan.
Semangat perjuangan yang murni dan kekuatan iman perlu
diperkukuh bagi membolehkan para graduan meneruskan perjalanan
dengan penuh yakin dan tabah. Kami semua mendoakan kejayaan
dan kesejahteraan anda.
Dalam majlis ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan
ucapan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru, dan pihak
pengurusan pusat dalam menjayakan Majlis Graduasi pada hari ini.
Terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan
tanggungjawab berat membimbing, mendidik dan menyediakan para
graduan dengan segala kudrat yang ada supaya dapat menduduki
peperiksaan SPM dengan penuh yakin dan berjaya dengan
cemerlang , Insyaallah. Bagi pihak mereka, saya dengan ini memberi
restu dari hati tulus ikhlas dan menghalalkan segala ilmu
pengetahuan dan didikan yang dicurahkan kepada kamu. Kami
maafkan jika ada kesalahan yang telah dilakukan sepanjang berguru
dengan guru-guru di sekolah ini. Mudah-mudahan dengan
keikhlasan kami ini akan mendapat kerahmatan All SWT dan
3

mengurniakan kita semua dengan kejayaan demi kejayaan yang


cemerlang suatu hari nanti.
Kepada para graduan, hargailah harapan tinggi yang telah
disandarkan oleh ibu bapa anda. Balaslah jasa mereka dengan
juadah kejayaan yang hasilnya begitu indah dan dapat dinikmati
selama-lamanya.Pengakhir kalam, tahniah dan syabas diucapkan
kepada semua graduan dan selamat maju jaya pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih,
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.