Anda di halaman 1dari 3

Cerpen Pahlawan Buntung ( S.

Othman Kelantan )
Sinopsis: Pertemuan semula Khalid (aku ) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah
selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan
kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka
terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung
halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Pak
Hussain terkena serpihan bom tentera Jepunyang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau
bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi
keselamatan penduduk Kampung Pak Amat.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama: Pak Hussain - berusia 60 tahun / dahinya berparut dan kakinya kudung ( terkena
serpihan bom ) / berpakaian sederhana ( keperibadian desa - suci murni ) / mengetuai orang
kampung semasa peperangan dengan Jepun - Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung
berpindah ketika Jepun menyerang Kampun Pulau Pak Amat. / berpengalaman dan pernah disiksa oleh
tentera Jepun / Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung
sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau-racau. / berjasa
kepada orang kampung - Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak Jepun bahawa semua
penduduk telah melarikan diri. Pak Hussain juga pernah membedil kawasan perompak bagi
menyelamatkan orang kampung.
Watak Sampingan
1. Khalid ( aku ) - Anak Pak Hasan / menghormati Pak Hussain - Khalid begitu mengagumi keberanian
dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk
kampung.
2. Fatimah - ibu Khalid / seorang yang penyayang - Semua anak Fatimah memeluknya kerana ketakutan
apabila Jepun menyerang kampung mereka.
PERSOALAN
Persoalan tentang kesengsaraan hidup kesan daripada peperangan
Penduduk kampung mengalami kesengsaraan dan ketakutan akibat serangan tentera Jepun di Kampung
Pulau Pak Amat. / Kaki Pak Husain kudung kerana terpijak bom yang tertanam di pantai selepas Perang
Dunia Kedua.
Persoal
an tentang kesanggupan menggadai nyawa demi keselamatan orang lain
Pak
Husain (Pahlawan Buntung) mengetuai dan mengatur perpindahan orang kampung Pulau Pak Amat
semasa serangan bom tentera Jepun / Pak Husain tanpa bersenjata dan berkasut, hanya berkain pelikat
dan berbaju gelap membawa keluarga Khalid keluar dari kampung dan kemudian kembali ke kampung
untuk menyelamatkan penduduk kampung yang lain.
Persoalan tentang kebijaksanaan menggunakan akal untuk mengatasi masalah
Pak

Husain

memberitahu tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu bahawa semua penduduk kampung telah
melarikan diri semasa tentera Jepun mencari orang-orang kampung.Akibatnya , tentera Jepun tidak jadi
turun ke pangkalan kampung mereka. / Pak Husain meminta izin daripada seorang tentera Jepun yang

pandai berbahasa Melayu untuk membuang air besar setelah diarah menggali kubur dan menanam
banyak mayat seorang diri. Pada ketika itu dia melarikan diri sampai ke sungai Gali.
Persoalan tentang semangat setiakawan yang utuh dalam masyarakat.
Ayah Khalid tidak tidur bermalam-malam lamanya kerana menjaga Pak Husain yang meracau akibat
peritiwa menggali kubur dan menanam mayat-mayat seorang diri setelah ditawan oleh tentera Jepun. /
Pak Husain datang ke rumah Khalid dan mengarahkan keluarganya berpindah segera kerana
peperangan telah meletus. Pak Husain memandu arah keluarga dan penduduk kampung Khalid sehingga
sampai ke tepi sungai dengan selamat. / Tindakan Pak Husain mengarah penduduk kampung berpindah
menyelamatkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa tentera Jepun yang
mendarat di kampung itu tidak lama kemudian.

NILAI & PENGAJARAN


1. Penduduk Kampung Pulau Pak Amat tabah menghadapi kesulitan dan keperitan sewaktu zaman
pendudukan Jepun pada tahun 1940-an

NILAI : Nilai Ketabahan


PENGAJARAN : Kita seharusnya tabah menghadapi dugaan dan kesulitan hidup dengan
menganggapnya sebagai ujian daripada Tuhan

2. Pak Husain berani membedil segerombolan perompak yang masih berada di dalam perahu ketika
mereka baru sahaja mendarat di Kampung Pulau Pak Amat

NILAI : Nilai keberanian


PENGAJARAN : kita hendaklah berani bertindak dengan rasional bagi menyelesaikan masalah yang
timbul.

3. Pak Husain sanggup menggunakan tongkat kayu untuk pergi menghadiri majlis sambutan hari
kemerdekaan negara di sebuah kota kerana semangat cinta akan negara yang menebal dalam dirinya

NILAI :Nilai patriotisme


PENGAJARAN : Sebagai warganegara Malaysia, kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara
yang menebal dalam diri

4. Kampung Pulau Pak Amat bekerjasama ketika menyelamatkan diri daripada serangan tentera Jepun
NILAI : Nilai bekerjasama
PENGAJARAN :
5. Pak Husain sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan penduduk kampungnya daripada menjadi
mangsa kekejaman tentera Jepun dan ancaman perompak.
NILAI : Nilai pengorbanan
PENGAJARAN :
SOALAN PEMAHAMAN: Baca petikan di bawah dan jawab soalan dengan menggunakan ayat
sendiri.

Hari semakin terang. Perbauran rentetan senapang dengan ledakan bom mortar dan jerit pekik
penghuni kampung Pulau Pak Amat, sudah merasuk dan menghantu. Di sana sini sudah kelihatan orang
berlari. Pancaran kemerah-merahan dari sebelah timur telah menjelaskan kejadian yang mengagumkan
itu. Di bibir pantai, kira-kira seratus atau dua ratus ela dari rumahku. Ya Tuhan! Kulihat barisan dan
lembaga-lembaga itu bergerak dengan cepat. Semuanya menuju ke benteng di kuala. Tidak dapat
kubilang. Tidak dapat. Lembaga-lembaga itu terus mendarat dari sampan-sampan yang masih
bertaburan di dalam laut (kemudian baru kutahu sampan-sampan itu ialah sampan getah yang sangat
banyak).
Dalam kebingungan yang sudah menguasai kampung kami dengan tiba-tiba itu, aku masih
berceratuk bersama-sama keluargaku. Kertika ayahku termangu-mangu, kami sempat melihat satu
lembaga berlari pantas dan menuju kepada kedudukan kami
i.

Gambarkan keadaan kampung Pulau Pak Amat ketika diserang musuh . [2 markah]-gegakgempita bunyi tembakan senapang dan ledakan bom mortar / hingar-bingar dengan jerit
pekik penduduk / penduduk berlari ke sana ke sini

ii.

pada pendapat anda, apakah kesan-kesan peperangan kepada masyarakat ? [3 markah]


masyarakat ketakutan / mengorbankan nyawa manusia / kehilangan tempat tinggal dan
harta benda

iii.

Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lagi daripada
keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah] Persoalan tentang kesan peperangan terhadap
masyarakat- penduduk kampung Pulau Pak Amat ketakutan dan meninggalkan rumah
masing-0masing untuk menyelamatkan diri daripada tembakan senapang dan bom /
persoalan tentang ketabahan menghadapi dugaan hidup Pak Husain tabah menerima
keadaan kakinya yang kudung akibat terpijak bom lama

Anda mungkin juga menyukai