Anda di halaman 1dari 10

Walaupun globalisasi telah banyak membawa kebaikan dan menyumbangkan kemajuan, globalisasi

turut menyumbangkan keburukan. Globalisasi menyebabkan pemikiran yang sangat terbuka dan
terlampau. Perkara ini telah mendatangkan keburukan dalam aspek akidah. Hal ini adalah kerana
dalam aspek ini, manusia berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan yang menyebabkan kehidupan
umat manusia tidak berlandaskan dengan ajaran yang betul. Mereka berfikiran bahawa dunia tanpa
sempadan dan setiap pemikiran adalah hak asasi setiap manusia tanpa memikirkan impaknya kepada
kehidupan mereka. Jika dilihat pada masa kini, kaum wanita dilihat seperti mempunyai hak yang
sama dengan kaum lelaki. Pemikiran ini adalah timbul akibat daripada pemikiran yang terlalu terbuka
berpunca daripada era globalisasi. Mereka bebas untuk berbuat apa saja yang difikirkan sesuai tanpa
memikirkan baik buruk daripada tindakan tersebut. Perkara ini bertambah lebih parah lagi apabila
mereka melayari laman web yang lebih berunsurkan hiburan, lucah dan sebagainya diinternet. Impak
daripada aktiviti tersebut, lahirnya perhubungan bebas lelaki dan perempuan, budaya rock, budaya
lepak, pembuangan bayi, penagihan dadah dan sebagainya. Budaya yang dikaitkan dengan budaya
kebendaan (materialisme) dan berseronok-seronok (hedonisme) ini ternyata meningkat dan semakin
merebak. Nilai-nilai barat yang masuk tanpa dapat dibendung ketika ini telah menghakis kepercayaan
agama dan menjejaskan benteng kerohanian mereka, yang akhirnya matlamat hidup dapat melihat
kepada dunia semata-mata sahaja. Ringkasnya dalam persekitaran hidup yang ditentukan oleh
falsafah sosial barat, anggota masyarakat akan terdorong mengenepikan soal haram dan halal bahkan
sanggup menegnepikan agama. Apatah lagi ransangan untuk melakukan kejahatan berada disekeliling
tempat. Selain itu, dalam dunia yang disebut oleh ahli-ahli sosiologi sebagai Global Village atau Global
City tembok-tembok yang membatasi penembusan budaya telah dirobohkan. Maka masyarakat telah
dibawa kepada satu atmosphere keterbukaan budaya yang tidak mengenal batas dan identiti. Seluruh
masyarakat akan menamakan diri mereka sebagai warga dunia. Melalui media komunikasi moden,
manusia yang hidup di Malaysia hari ini tidak perlu ke Amerika untuk mendengar lagu-lagu pop barat
kegemaran mereka. Peminat-peminat fesyen juga tidak perlu ke Paris untuk melihat fesyen-fesyen
terbaru. Semuanya telah hadir didaerah-daerah atau dirumah-rumah mereka. Bola dunia semakin
kecil. Kita semakin tidak sedar bahawa budaya manusia menjadi semakin kompleks dan tidak
menentu yang membuatkan sebahagian besar warga dunia mengalami disorientasi nilai. Hal ini telah
menyebabkan masyarakat timur akan sentiasa terikut-ikut dengan budaya barat walaupun tidak
memikirkan tentang keburukannya. Artis-artis barat dijadikan idola dan segala cara kehidupan
mereka diikuti akibat terlalu taksub dengan artis tersebut. Lagu-lagu yang didendangkan oleh artis
tersebut menjadi siulan pada masa ini walaupun mereka tidak tahu mesej sebenar lagu tersebut
samada baik ataupun sebaliknya. Fesyen-fesyen barat yang ditontoni juga telah dijadikan contoh
fesyen harian walaupun pakaian tersebut tidak menutup aurat dan menjolok mata. Makanan barat
juga pada masa ini menjadi satu trend yang sangat popular pada masa ini. Kaedah makanan segera
yang diperkenalkan oleh barat seperti KFC, Mcdonals dan sebagainya sangat digemari berbanding
daripada masakan tempatan tnapa mengira siapa yang memasaknya dan tanpa mengetahui kaedah

memasak makanan tersebut. Wujudnya budaya 'chat' diinternet telah membuka ruang kepada mereka
yang kesunyian untuk mencari teman, dan ini menjurus kepada permasalahan baru, iaitu sejauh mana
kejujuran mereka dalam perhubungan yang dipupuk menerusi 'chat room' ini. Begitu banyak insiden
tidak diingini telah berlaku gara-gara perkenalan menerusi Internet, dan ini merupakan satu gejala
sosial yang tidak sihat yang telah terwujud menerusi perkembangan teknologi Internet di negara ini,
dan juga di serata dunia. Anak-anak sekolah yang telah didedahkan dengan penggunaan Internet
melangkah lebih jauh dengan melayari laman-laman web lucah yang terlalu banyak dan mudah
didapati menerusi Internet. Bahkan, ada juga ibu bapa yang tidak mengambil tahu aktiviti anak-anak
mereka sehinggakan minda mereka ini telah dicemari dengan perkara-perkara negatif. Internet yang
sebenarnya boleh memberi pengetahuan menyeluruh mengenai pelbagai perkara nyata telah
disalahguna oleh banyak pihak untuk tujuan tidak berfaedah. Kemudahan urusniaga dihujung jari
melalui kemudahan internet dan alat komunikasi canggih boleh mengundang bahaya kepada ekonomi
negara. Krisis ekonomi yang berlaku baru-baru ini dirantau asia adalah permainan urusniaga hujung
jari ini terutamanya terutamanya dalam urusniaga saham dibursa saham dan juga perdagangan
matawang di pasaran tukaran matawang asing. Tidak mustahil pada masa hadapan krisis yang lebih
besar akan berlaku dengan cara sama. Urusniaga sebegini juga boleh mengganggu kestabilan sesuatu
institusi ekonomi akibat manipulasi pasaran dan harga atas dagangan sementara yang dilakukan demi
meraih keuntungan semerta. Ini seringkali berlaku dalam dunia pasaran saham dimana keuntungan
atas angin yang menjadi buruan para spekulator akan lebih mudah dilakukan melalui teknologi
informasi dan alat komunikasi canggih. Analisis pelaburan atau usaha mencari rakan kongsi dan
peluang perdagangan antarabangsa akan menghadapi risiko yang lebih besar terutamanya aspek
penipuan akibat misguiding information yang diperolehi melalui sumber internet. Seterusnya
teknologi maklumat juga terdedah kepada ancaman virus. Virus sebenarnya berasal daripada
perkataan Latin yang bermaksud racun. Virus telah disalahgunakan dengan tujuan untuk
mengganggu sistem rangkaian komputer dan meniru hak ciptaan orang lain Apabila virus menyerang
komputer, kita dapat melihat saiz sesebuah fail itu bertambah besar dan terdapat perubahan tarikh
walaupun fail itu tidak digunakan. Selain itu, komputer akan lambat beroperasi dan menjadi
perlahan. Disket juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah cepat rosak atau tidak dapat
dibaca dan dibuka. Pengaturcaraan komputer juga tidak dapat berfungsi seperti biasa. Masalah ini
sememangnya akan memberikan kesan buruk kepada para pengguna kemudahan teknologi
maklumat. Sebenarnya virus boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori berdasarkan cara
jangkitan dan cara merosakkan sistem fail dalam sesebuah komputer. Urusniaga seringkali tergendala
akibat beberapa kelemahan system komputer ciptaan manusia serta permainan virus atau penyakit
komputer yang semakin menjadi-jadi. Masihkah kita ingat lagi bagaimana dunia dihantui oleh dengan
krisis Y2K menjelangnya abad baru dan juga beberapa virus yang menyerang manusia termasuk
yang terbaru, virus I love you. Setiap satu dari masalah yang timbul, berbilion ringgit telah
dibelanjakan untuk mengatasi masalah mahupun kerugian yang dialami oleh dunia perniagaan

antarabangsa akibat virus yang berjaya memecah sistem pertahanan komputer. Antara ancaman lain
yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat ialah fenomena penggodam komputer atau
'hackers'. Penggodam komputer bolehlah ditakrifkan sebagai orang yang boleh mendatangkan
ancaman kepada komputer dan sistem rangkaian. Mereka akan cuba menyalahgunakan kemudahan
ini untuk kepentingan mereka.
Namun terdapat juga golongan penggodam komputer yang hanya menjalankan aktiviti khianat ini
sebagai salah satu keseronokan dan hobi semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan
dihadapi kelak. Golongan yang seterusnya pula menjalankan aktiviti ini bertujuan untuk menceroboh
sistem rangkaian komputer lain dan mencuri maklumat atau data penting. Sesetengah penggodam
komputer menceroboh sistem rangkaian komputer untuk meniru atau mencuri data. Ini terbukti
kerana menurut satu laporan, terdapat seorang pelajar kolej di Texas telah dikenakan undang-undang
setelah terlibat dalam aktiviti menggodam dengan menceroboh sistem komputer Texas dan mencuri
maklumat peribadi pelajar, fakulti dan kakitangan dari universiti berkenaan. Oleh itu benarlah
teknologi maklumat internet menghadapi ancaman daripada pihak penggodam.

Selain itu,

kelebihan teknologi maklumat kini juga telah diperalatkan dengan mudah oleh pengganas dan juga
kartel dadah. Mereka telah menyalahgunakan kelebihan teknologi maklumat untuk menjalankan
kegiatan yang mampu melumpuhkan masyarakat. Seperti yang kita ketahui, zaman maklumat
semakin menghapuskan zaman perindustrian dan zaman pertanian manakala globalisasi pula
menerobos ke setiap seantero dunia, sedangkan keselamatan masih merupakan satu agenda utama dan
penting. Di samping itu, revolusi maklumat adalah bahan yang amat berkuasa untuk menubuhkan
atau menggulingkan sesebuah kerajaan. Ini terbukti jika seseorang pembekal dadah menggunakan
sistem rangkaian internet untuk berurusan dengan pengedar dadah yang lain untuk mengadakan
pertemuan melalui kod-kod rahsia. Jadi keadaan ini sudah tentu tidak dapat dihalang oleh pihak
berwajib kerana mereka tidak dapat mengenalpasti tempat perjumpaan tersebut dengan tepat.
Begitulah juga seandainya wujud manusia yang ingin menghancurkan sesebuah negara dengan
melakukan hasrat mereka di sebalik komputer dan rangkaian. Justeru, keselamatan zaman maklumat
masih lagi diragui lantaran wujudnya aktivis-aktivis tanpa sempadan ini yang boleh menggugat sistem
keselamatan.
Di samping itu, teknologi maklumat kini telah dieksploit dengan begitu rakus bagi mencapai pelbagai
tujuan. Teknologi secanggih internet ini telah digunakan untuk melaksanakan pelbagai jenayah
tradisional seperti memeras ugut, menipu, menyebarkan bahan lucah dan juga mencuri nombor kad
kredit. Sememangnya fenomena ini amat menyedihkan kerana teknologi yang dibangunkan bersama
arus kemodenan telah digunakan untuk merosakkan manusia, biarpun teknologi maklumat membawa
kemajuan dan kebaikan dalam hidup manusia. Sebenarnya masyarakat kita semakin bergantung
kepada komputer dan sistem rangkaian sebagaimana kita bergantung kepada keperluan asas iaitu
bekalan air dan elektrik. Namun alat ini akhirnya menimbulkan kegemparan awam dengan

menggugat keselamatan para pengguna. Oleh yang demikian, semua pengguna dalam masyarakat
maklumat hendaklah mempunyai kesedaran dan fahaman yang mendalam tentang isu keselamatan
dan keperluan untuk membangunkan budaya keselamatan. Maka benarlah antara ancaman melalui
teknologi maklumat ialah pengeksploitasian daripada pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab.

Cara berpakaian Barat yang identik dengan liberalisme, sangat bebas dalam berpakaian. Dan karena
tren pakaian dunia berkiblat pada bangsa Barat, maka style/cara berpakaian bangsa Barat pun
perlahan masuk dalam budaya kita dan berpakaian sangat sexy dengan rok pendek sudah mejadi hal
yang lumrah. Padahal berpakaian seperti itu di Indonesia sangat bertentangan dengan budaya dan
adat, apa lagi kalau di masukkan dalam peraturan agama islam yang mengharuskan kita berpakaian
sopan dan menutup semua aurat kita, jadi ini sangat bertentangan dengan gaya berpakaian orang
Indonesia.
Sekularisme Merupakan Ideologi yang menyatakan bahwa sebuah institusi harus berdiri terpisah dari
agama atau kepercayaan. Dalam kajian keagamaan, masyarakat dunia barat pada umumnya di
anggap sebagai sekular. Hal ini di karenakan kebebasan beragama yang hampir penuh tanpa sangsi
legal atau sosial, dan juga karena kepercayaan umum bahwa agama tidak menentukan keputusan
politis. Tentu saja, pandangan moral yang muncul dari tradisi kegamaan tetap penting di dalam
sebagian dari negara-negara ini. Selain Masuknya Budaya Barat yang menjadi akar dari semua
dampak negatif Globalisasi bidang sosial budaya, ada unsur lain yang ikut berperan dalam hal ini yaitu
Kemajuan IPTEK.
Kemajuan IPTEK adalah dampak positif dari globalisasi dalam bidang Teknologi, namun ini sedikit
banyak membawa dampak negatif bidang Sosial Budaya yang diantaranya melahirkan gaya hidup
yang : c.
Individualistis Dulu sosialisasi hanya dapat terjadi jika kita pergi keluar rumah, menyapa tetangga
ataupun mengobrol. Namun dizaman modern ini, hanya dengan duduk dialam rumah dengan internet,
bahkan kita bisa bersosialisasi dengan orang-orang yang berada sangat jauh. Inilah akar dari
individualistis yang tercipta karena tidak bersosialisasi secara langsung. Hal ini akan sangat merusak
karena menciptakan seseorang dengan sikap yang tidak memperdulikan orang lain selain dirinya. d.
Pragmatisme Pragmatisme adalah sikap yang menilai sesuatu dari untung ruginya bagi diri sendiri.
Padahal menolong tanpa pamrih adalah

pelajaran dasar dalam bermasyarakat. Tapi semakin majunya jaman, menyebabkan lunturnya nilainilai gotong royong dan tolong-menolong dalam hal-hal kebaikan. Individu lebih mengarahkan pada
kegiatan yang menguntungkan dirinya saja. e.
Materialisme Materialsme adalah doktrin yang menyatakan bahwa kenyamanan, kesenangan, dan
kekayaan merupakan satu-satunya tujuan atau nilai tertinggi. materialisme adalah kecenderungan
untuk lebih peduli dengan materi dari pada rohani atau tujuan dan nilai intelektual. Materialisme
adalah pandangan hidup yang mencari dasar segala sesuatu yang termasuk kehidupan manusia di
dalam alam kebendaan semata-mata dengan mengesampingkan segala sesuatu yang mengatasi alam
indra. Ini sesuai dengan kaidah dalam bahasa indonesia. Jika ada kata benda berhubungan dengan
kata isme maka artinya adalah paham atau aliran. Materialisme adalah paham dalam filsafat yang
menyatakan bahwa hal yang dapat dikatakan benar-benar ada adalah materi. Pada dasarnya semua
hal terdiri atas materi dan semua fenomena adalah hasil interaksi material. Materi adalah satu-satunya
substansi. Sebagai teori materialisme termasuk paham ontologi monistik. Materialisme berbeda dengan
teori ontologis yang didasarkan pada dualisme atau pluralisme. Dalam memberikan penjelasan tunggal
tentang realitas, materialisme berseberangan dengan idealisme. Materialisme tidak mengakui entitasentitas nonmaterial seperti : roh, hantu, setan dan malaikat. Pelaku-pelaku immaterial tidak ada.
Tidak ada tuhan (Allah) atau dunia adikodrati/supranatural. Realitas satu-satunya adalah materi dan
segala sesuatu merupakan manifestasi dari aktivitas materi. Materi dan aktivitasnya bersifat abadi.
Tidak ada Penggerak Pertama atau Sebab Pertama. Tidak ada kehidupan, tidak ada pikiran yang
kekal. Semua gejala berubah, akhirnya melampaui eksistensi, yang kembali lagi ke dasar material
primordial, abadi, dalam suatu peralihan wujud yang abadi dari materi. Jadi materialism tidak
mengakui adanya tuhan dan berpikir bahwa semua di dunia ini hanya materi. Ini bertentangan dengan
nilai agama di Indonesia dimana agama mengatakan ada entitas selain entitas material yaitu roh, jin,
setan dan malaikat, serta meyakini adanya tuhan (Allah).
f. Hedonisme Hedonisme adalah pandangan hidup atau pola hidup yang menganggap bahwa
kesenangan dan kenikmatan materi adalah tujuan utama hidup. Bagi para penganut paham ini,
bersenang-senang, pesta pora, dan berpoya-poya merupakan tujuan utama hidup, entah itu
menyenangkan bagi orang lain atau tidak. Karena mereka beranggapan hidup ini hanya satu kali,
sehingga mereka merasa ingin menikmati hidup senikmat-nikmatnya. di dalam lingkungan penganut
paham ini, hidup dijalani dengan sebebas-bebasnya demi memenuhi hawa nafsu yang tanpa batas.
Dari golongan penganut paham inilah muncul Nudisme (gaya hidup bertelanjang). Pandangan mereka
terangkum dalam pandangan Epikuris yang menyatakan, "Bergembiralah engkau hari ini, puaskanlah
nafsumu, karena besok engkau akan mati". g.

Konsumerisme Konsumerisme merupakan paham dimana seseorang atau kelompok melakukan atau
menjalankan proses konsumsi atau pemakaian barang barang hasil produksi secara berlebihan atau
tidak sepantasnya secara sadar dan berkelanjutan. Dan inilah hal yang paling sering terjadi seperti
berbelanja pakaian terlalu banyak. Padahal pakaian tersebut tidak semuanya dipakai dalam
kehidupan sehari-hari.
Pengenalan

Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi

Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea dan maklumat secara bebas antara negara tanpa
sekatan. Globalisasi membawa kebaikan dan keburukan.

Isi-Isi
Kesan-Kesan Baik
1. Globalisasi memajukan ekonomi negara

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempergiat perdagangan antarabangsa

Peniaga dapat meluaskan pasatan ke seluruh dunia

Persidangan video, internet dan e-mel telah memudahkan perhubungan

E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan

Peniaga dan pengguna menual dan membeli barangan melalui intrnet

Ekonomi negara berkembang pesat

2. Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat

Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi

Pertukaran pengetahuan, pengamalan budaya dan sebagainya bergerak dengan bebas

Menjalin hubungan erat dan mengurngkan salah faham

Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta-merta

Membolehkan bantuan diberikan dengan segera

3. Pemindahan teknologi bertambah pesat

Pelaburan asing membawa teknologi baru ke sesebuah negara

Pelabur asing menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki teknologi canggih

Rakyat tempatan mampu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

4. Politik

Hubungan yang erat dalam bidang politik antara Malaysia dengan negara-negara lain akan
memberi kesan yang baik dalam bidang yang lain seperti bidang ekonomi dan sosial .

Kebanyakan kerajaan telah menggubal peraturan global dan institusi untuk menangani isu
seperti perdagangan, hak asasi, dan alam sekitar.

5. Sosial

Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya internet. Pendidikan jarak
jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri. Pendidikan
bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi.

Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia conth: bidang perubatan- makanan
berkhasiat, senaman yang betul.

Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas.

6. Ekonomi

Wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas, menggalakkan persaingan,


peluasan pasaran,peningkatan kualiti prosuk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa
mahir(pemangkin kepada kemajuan negara)

Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga telah meningkat pelaburan mereka ke seluruh


dunia seperti Syarikat Telekom Malaysia Berkad, Maybank dan Petronas sebaris dengan
syarikat gergasi luar negara.

Kesan-Kesan Buruk
1. Globalisasi menyebabkan penjajahan ekonomi

Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun diketahui negara maju.

Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain demi kepentingannya

Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia Ketiga

2. Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya

Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit

Budaya liar ini langsung tidak ditapis

Generasi muda terikut-ikut akan nilai runtuh

Budaya Barat menjadi dominan

Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis

Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya

3. Politik

Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan


kerajaan sedia ada seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan, Mesir dan lain-lain atas
alasan mereka membangunkan senjata nuklear atau memberi latihan kepada kumpulan
pengganas

Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap musuh mereka.

Penggodaman sistem pertahanan mencari kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan


sesebuah negara

4. Pendidikan

Peminggiran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bahasa Inggeris lebih
diutamakan terutamanya IPTS bahasa Inggeris digunakan dalam internet

Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kurang baik

5. Ekonomi

Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan produk tempatan tidak lagi dilindungi
dan terpaksa bersaing dengan produk luar negara

Monopoli syarikat multinasional syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan seterusnya


terpaksa gulung tikar keranatidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan
luar negara.

Ancaman terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan

Ancaman ke atas industri kecil dan sederhana (IKS)

Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi negara.

Serangan mata wang nilai mata wang negara jatuh kemelesetan ekonomi berlaku

Manipulasi pasaran sahan saham menyebabkan pasaran saham tempatan jatuh dan akan
menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh kerana pelabur-pelabur asing akan hilang keyakinan
terhadap keyakinan ekonomi Malaysia

6. Teknologi

Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi nuklear - boleh


dibuat senjata nuklear, kebocoran tenaga nuklear

Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah banya memusnahkan kehidupan manusia

Pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju melalui satelite untuk mendapatkan
maklumat negra-negara musuh mereka.

Penutup

Globalisasi telah membawa kesan yang besar

Penduduk dunia perlu bersedia untuk menghadapi kesan globalisasi

Dengan cara ini, barulah globalisasi benar-benar mendatangkan faedah kepada kita