Anda di halaman 1dari 8

Daya tahan

kardiovaskular
ma siow mei el m02 (D20102042189)

PENGENALAN

Daya tahan kardiovaskular atau kecergasan jantung


bermaksud kecekapan sistem peredaran dan
sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen
kepada otot secara berterusan pada jangka masa
yang panjang semasa melakukan aktiviti.Ia
merupakan komponen yang terpenting dalam profil
fisiologi manusia.

Sambung
Senaman tetap akan meningkatkan kecekapan sistem
peredaran dengan membesarkan otot jantung,
membolehkan lebih banyak darah dipam pada setiap
degupan,dan meningkatkan jumlah arteri kecil dalam
otot rangka terlatih,yang membekalkan lebih darah ke
otot yang bekerja.

Sambung
Senaman juga memperbaiki sistem pernafasan
dengan meningkatkan jumlah oksigen yang disedut
dan diedarkan ke tisu badan.

Sambung.
Daya kardiovaskular juga dikenali sebagai kecergasan
aerobik,kuasa aerobik atau daya tahan aerobik kerana
komponen kecergasan jasmani ini melibatkan sistem
tenaga aerobik.Kecergasan kardiovaskular dapat
mengawal penyakit jantung dan kegemukan.Oleh itu
pencapaian tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggi
adalah amat penting kerana gaya hidup masyarakat
Malaysia ini kian bertambah sedenteri.

Sambung
Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik
seseorang ialah dengan mengambil kadar nadi
rehat.Nadi rehat yang rendah menandakan
kecergasan jantung yang baik.

Sambung.
Jadual di bawah digunakan untuk mengetahui taraf
kecergasan jantung sendiri.
i) Sangat cergas = bawah 50 denyutan seminit
ii) Cergas = 51-69 gasseminit
iii)Sederhana = 70-80 denyutan seminit
iv)Tidak cergas = lebih dari 80 denyutan seminit

sekian,terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai