Anda di halaman 1dari 2

PERANCANGAN

Pada peringkat pertama, saya akan mengenal pasti fokus dan relevan isu yang timbul
dengan lebih mendalam. Antara langkah yang boleh dijalankan ialah mengumpul data melalui
pemerhatian, temu bual dan juga hasil kerja murid tersebut. Selain itu, perbincangan dan
temu bual bersama guru kelas tersebut juga boleh dijalankan. Hal ini penting untuk
mengesahkan sama ada isu kajian yang ditimbulkan memang wujud di sekolah tersebut.
Selain itu, saya juga harus mengenalpasti murid yang terlibat dalam isu kajian ini.
TINDAKAN
Setelah mengenalpasti isu dan murid yang terlibat dalam kajian ini, saya akan
merancang tindakan yang akan diambil iaitu dengan menggunakan kit huruf yang akan
dihasilkan.
PEMERHATIAN
Selepas penggunaan kit huruf tersebut, saya akan memerhatikan kesan penggunaan kit
huruf tersebut dalam penggunaan harian murid semasa menjalankan aktiviti pembelajaran
dan pengajaran murid dalam kelas dan juga terhadap hasil kerja murid.
REFLEKSI
Sebagai refleksi pula, saya akan menganalisis hasil kerja murid sama ada ianya
memberikan kesan kepada peningkatan kemahiran menulis huruf kecil r. Sekiranya
penggunaan kit huruf tidak dapat membantu murid meningkatkan kemahiran menulis huruf
r, saya akan membuat perancangan baharu untuk mengenalpasti punca ketidakberkesanan
tersebut dan mencari langkah baru untuk membantu murid tersebut.