Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENDAHULUAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu keperluan kursus
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2013 Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Perlaksanaan Program
BIG ini adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah satu
profesion yang mulia. Malah guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri, dan
merupakan insan contoh kepada masyarakat. Sehubungan itu, seseorang guru haruslah
mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani segala
cabaran yang mendatang.
2.0 RASIONAL
Sebagai seorang guru yang serba boleh untuk menangani sesuatu masalah
dalam apa-apa jua keadaan, Program BIG adalah wadah yang sesuai untuk melatih
guru supaya sentiasa bersedia menghadapi tekanan. BIG merupakan salah satu
keperluan yang telah ditetapkan dalam Kurikulum Pendidikan Malaysia. Oleh sebab
yang demikian, program BIG adalah penting bagi semua pelajar PISMP Ambilan Januari
2013 untuk menyertainya bagi melengkapkan proses pensiswazahan mereka. Selain itu,
program ini juga akan memberi kepuasan diri kepada peserta serta menonjolkan identiti
sebenar peserta. Melalui program BIG ini juga, diharap peserta dapat menjalinkan
hubungan dan kerjasama yang lebih baik antara satu sama lain.
3.0 MATLAMAT
Melalui aktiviti bengkel dan kemasyarakatan yang terdapat dalam kurikulum
Program BIG, ia dapat membuka ruang dan memberi peluang kepada pelajar untuk
meningkatkan ilmu serta dapat mewujudkan komuniti masyarakat yang berjiwa
penyayang, perihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat setempat dalam
mewujudkan pembinaan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Tambahan pula, sebagai guru kita perlu bersedia berhadapan dengan
pelbagai lapisan masyarakat dalam aspek penyampaian ilmu pengetahuan untuk
mendidik anak bangsa.

4.0 OBJEKTIF
Berdasarkan sukatan dan proforma Bina Insan Guru (BIG) yang bertujuan
memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang
mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG. Fokus utama aktiviti
Khidmat Sosial Program Bina Insan Guru adalah memberi peluang kepada pelajar:
(a) Meningkatkan kualiti keperibadian profesionalisme seorang guru.
(b) Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan
atau amalan.
(c) Menilai kesesuaian diri personaliti kendiri dan kerja keguruan serta
membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.
(d) Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang
tinggi, berkebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.
(e) Memberi kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
(f) Menunjukkan kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan
perkhidmatan sosial.
(g) Memupuk semangat berpasukan, bekerjasa dan bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas yang diberi dalam bentuk kumpulan.
5.0 BUTIRAN PROGRAM
5.1 Tempoh Masa Program
5.1.1 Bengkel 3 jam
5.1.2 Khidmat komuniti 10 jam
5.2 Tarikh Program
5.2.1 Bengkel
5.2.2 Khidmat komuniti
5.3 Tempat dan Lokasi
5.3.1 Bengkel
5.3.2 Khidmat komuniti SK Putrajaya Presint 9 (1),
Jalan PF, Presint 9, 62250 Putrajaya.
5.4 Kumpulan Sasaran
5.4.1 Kumpulan G5.4 (Pendidikan Muzik) 16 orang
5.4.2 Kumpulan G5.5 (Pendidikan Muzik) 16 orang
5.4.3 Kumpulan G5.6 (Pendidikan Muzik) 16 orang
6.0 SENARAI JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA
6.1 Jawatankuasa Induk
Penaung

Pengerusi

Penasihat

Penyelaras

Kem Komandan :
Urus Setia

Mentor

6.2 Jawatankuasa Pelaksana


Pengarah Projek

: Mohd Fahmi B. Mohd Ashari

Timbalan Pengarah Projek : Amanina Farhan


Setiausaha

: Setiausaha setiap kelas

Bendahari

: Hanis Syazwani

6.3 Jawatankuasa Kerja


Pengangkutan

: Noor Syakirah

Aktiviti

: Anis Tania Qistina

Makanan

: Che Ahmad Shafuan

Kebersihan

: Nelly Yawasang

Dokumentasi

: Hilda Hiew Hui Xin


Loo Jia-Wen

7.0 Penutup
Melalui Program BIG ini diharapkan ianya dapat mencapai semua matlamat dan
objektif dengan jayanya terutama dalam melahirkan guru graduan yang mantap dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Program ini juga diharap
dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta dan setiakawan yang
lebih erat.
Adalah diharapkan agar program ini akan berjalan lancar tanpa sebarang
masalah yang rumit. Semoga segala pengetahuan dan pengalaman yang akan
diperolehi melalui program ini dapat dimangaatkan dan digunakan sebagai apresiasi
terhadap diri dan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai