Anda di halaman 1dari 9

Arahan : Tiap tiap soalan empat jawapan di bawah ini diikuti oleh jawapan pilihan.

Pilih satu jawapan tepat atau yang paling sesuai.


1. Kerajaan Malaysia telah menangguhkan Projek Jambatan Selat Melaka kerana..
A. Masalah kekurangan
C. Masalah kos lepas
B. Masalah pilihan
D. Masalah mengimport
2. Rajah di bawah ini berkaitan dengan dua jenis barang.
Barang Ekonomi

Barang awam
w

Manakah yang benar tentang kawasan bertanda W?


A. Penawaran terhad dan mempunyai kos lepas
B. Penawaran tidak terhad dan dikeluarkan oleh kerajaan
C. Perlu bayaran dan tiada kos lepas
D. Perlu bayaran dan dikeluarkan oleh firma
3. Antara berikut, manakah yang benar tentang sistem ekonomi Islam?
i. Penglibatan pihak swasta terbatas
ii. Keuntungan dan kebajikan masyarakat adalah seimbang
iii. Bebas mencari kekayaan
iv. Kerajaan menetapkan harga.
A. I dan ii
C. ii dan iii
B. 1 dan iv
D. iii dan iv
4. Kilang baju Encik Hassan memiliki sumber yang terhad untuk mengeluarkan baju X
dan baju Y. kombinasi keluaran kilang Encik Hassan adalah seperti berikut.
Kombinasi Keluaran
P
Q
R
S

Baju X ( unit )
0
50
80
100

Baju Y ( unit )
120
90
50
0

Jika kombinasi keluaran berubah dari R ke Q, berapakah kos lepas untuk


mengeluarkan baju Y?
A. 30 unit baju X
C. 50 unit baju X
B. 40 unit baju X
D. 70 unit baju X
5. Ilmu ekonomi adalah berkaitan dengan usaha manusia untuk
A. Meningkatkan kesejahteraan hidup
B. Memenuhi kehendak dalam kehidupan harian.
C. Menggunakan semua sumber ekonomi.

D. Menyeimbangkan pelbagai keinginan dengan sumber ekonomi yang sedia ada.


6. Apakah ciri ciri persamaan barang awam dengan barang ekonomi?
i. Penawaran
iii. Pengeluar
ii. Kos lepas
iv. Pengecualian penggunaan
A. i dan ii
C. ii dan iii
B. i dan iv
D. iii dan iv
7. Pilih ciri ciri sistem ekonomi kapitalis.
i. Wujud persaingan antara firma
ii. Mengutamakan kebajikan masyarakat
iii. Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan
iv. Harga ditentukan oleh mekanisme harga
A. i dan ii
B. i dan iv

C. ii dan iii
D. iii dan iv

8. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu masalah asas ekonomi yang telah
diselesaikan seorang pengusaha.
Bercadang untuk mengeluarkan 500 sos cili sehari
Menggunakan mesin yang diimport dari Amerika Syarikat.
Apakah masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh pengusaha tersebut.
A. Apa yang hendak dikeluarkan
C. Berapa hendak dikeluarkan
B. Bagaimana hendak dikeluarkan
D. Untuk siapa dikeluarkan
9. Manakah persamaan antara sistem ekonomi campuran dengan sistem ekonomi
Islam?
A. Pilihan pengguna adalah terhad
B. Kebajikan masyarakat diutamakan
C. Harga ditentukan oleh mekanisme harga
D. Sumber ekonomi dikawal sepenuhnya oleh kerajaan
10. Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan boleh guna?
A. Pendapatan yang boleh digunakan untuk membuat perbelanjaan penggunaan.
B. Pendapatan sebenar yang boleh digunakan untuk membayar potongan wajib.
C. Pendapatan boleh digunakan setelah ditolak jumlah perbelanjaan penggunaan.
D. Pendlah diotapatan bersih yang boleh digunakan setelah ditolak potongan wajib.
11. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Cik Khairani.
Cik Khairani seorang jurutera petroleum dan bergaji RM 6000 sebulan. Namun begitu,
beliau sanggup bekerja sebagai seorang guru.
Apakah faktor pemilihan pekerjaan yang mempengaruhi Cik Khairani berbuat
demikian?
i. Jarak
iii. Prospek pekerjaan
ii. Minat
iv. Kelayakan akademik
A. i dan ii
C. ii dan iv

B. i dan iii

D. iii dan iv

12. Maklumat di bawah ini berkaitan rumus pendapatan boleh guna.


Pendapatan boleh guna R = Perbelanjaan
Antara berikut, manakah yang benar tentang R?
i. Membolehkan individu menghadapi perbelanjaan luar jangka
ii. Membolehkan individu meningkatkan daya pengeluaran
iii. Membolehkan individu membeli barang secara tunai
iv. Membolehkan individu menambahkan pendapatan
A. i, ii dan iii
C. i, iii dan iv
B. i, ii dan iv
D. ii, iii dan iv
13. maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan boleh guna dan perbelanjaan
pengguna.
Pendapatan boleh guna = RM 1600
Perbelanjaan penggunaan = RM 2100
Apakah kesan kepada individu tersebut?
i. Tabungan berkurangan
iii. Harga barang tidak berubah
ii. Beban hutang bertambah
iv. Permintaan barang bertambah
A. i, ii dan iii
C. i, iii dan iv
B. i, ii dan iv
D. ii, iii dan iv
14. Encik Rahim mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan seorang anak yang
masih bersekolah. Pendapatan beliau berjumlah RM 18500 setahun. Daripada
jumlah pendapatan itu, 11% dicarumkan kepada KWSP, 0.5% dicarumkan kepada
PERKESO dan RM 80 untuk bayaran zakat pendapatan.
Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Rahim sekiranya cukai pendapatannya ialah
RM 50.
A. RM 4242.50
C. RM 15242.50
B. RM 7242.50
D. RM 15400.00
15. Pendapatan individu yang manakah adalah sumber yang produktif?
A. Faedah
C. Wang pencen
B. Subsidi
D. Bantuan kewangan
16. Jenis pekerjaan manakah yang tergolong dalam sektor ketiga?
A. Pengurus hotel
C. Jurutera pembinaan
B. Penyelia lading
D. Pengurus kilang pakaian
17. Situasi manakah yang akan mewujudkan pinjaman?
A. Tabungan individu meningkat
B. Perbelanjaan pengguna menurun
C. Tabungan kurang daripada perbelanjaan

D. Perbelanjaan kurang daripada tabungan


18. Maklumat di bawah berkaitan dengan penyediaan belanjawan peribadi.
i. Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan
ii. Tabungan
iii. Mengimbangkan perbelanjaan dengan pendapatan boleh guna
iv. Mengenal pasti pendapatan dan potongan wajib.
Pilih urutan langkah penyediaan belanjawan peribadi yang tepat.
A. ii, iv, i dan iii
C. iv, i, iii dan ii
B. iii, iv, ii dan iv
D. iv, ii, i dan iii
19. Pernyataan manakah yang benar tentang sumber pendapatan individu yang bekerja
sendiri?
A. Menerima upah sebagai ganjaran
B. Mempunyai waktu bekerja yang tetap
C. Mempunyai sejumlah modal wang dan kemahiran
D. Tidak perlu menanggung risiko perniagaan
20. Puan Ting telah membeli 1 set dapur baharu sempena promosi perayaan yang
dijalankan minggu lepas.
Apakah objektif perbelanjaan yang telah dilakukan oleh Puan Ting?
A. Membeli barang yang murah
B. Membeli barang yang berkualiti
C. Membeli barang mengikut kehendak sendiri
D. Membeli barang yang memaksimumkan utility

21. Apakah kepentingan belanjawan peribadi yang dibuat oleh seseorang individu?
A. Menggalakkan pelaburan
B. Membantu mengawal inflasi
C. Menampung kekurangan wang semasa
D. Mengurangkan pembayaran cukai pendapatan.
22. Jadual di bawah menunjukkan butiran pendapatan dan perbelanjaan Encik Choo
pada bulan Ogos 2013.
Butiran

Jumlah ( RM )
Gaji bulanan
2800
Elaun pengangkutan
250
Potongan cukai pendapatan individu
80
Caruman KWSP
308
Dividen simpanan di bank
120
Bayaran insurans nyawa
220
Berapakah jumlah pendapatan boleh guna Encik Choo pada bulan Ogos 2013?

A. RM 2162.00
B. RM 2442.00

C. RM 2562.00
D. RM 2782.00

23. Maklumat berikut berkaitan dengan barang X dan barang Y dalam ekonomi.
Apabila harga barang X meningkat, permintaan terhadap barang Y juga akan
meningkat.
Pilih padanan yang betul untuk mewakili barang X dan barang Y.
Barang X
A.
B.
C.
D.

Barang Y

Kereta
Ayam
Teh
Komputer

Minyak petrol
Ikan
Gula
Telefon bimbit

24. Maklumat di bawah berkaitan dengan keanjalan harga permintaan buku resipi
masakan.
Kenaikan harga buku resipi masakan sebanyak 15 % telah menyebabkan kuantiti yang
diminta menurun daripada 200 naskhah kepada 90 naskhah pada bulan Jun.
Berapakah nilai keanjalan harga permintaan bagi buku resipi masakan di atas?
A. 0.45
C. 1.67
B. 0.60
D. 2.22
25. Maklumat di bawah berkaitan dengan keanjalan harga permintaan barang Q.
Barang Q mempunyai pekali keanjalan harga permintaan yang bernilai 0.76
Apakah tindakan yang wajar diambil oleh pengeluar untuk meningkatkan
keuntungan?
A. Menurunkan kadar cukai.
B. Memberi hadiah percuma
C. Menaikkan harga jualan barang Q
D. Menurunkan harga jualan barang Q
26. Manakah yang merupakan objektif firma?
A. Memaksimumkan kepuasan
B. Memaksimumkan kos pengeluaran.

C. Memaksimumkan keuntungan
D. Mamaksimumkan hasil jualan

Harga

27. Rajah di bawah ini berkaitan dengan barang X.

Kuantiti
160

200

Apakah yang menyebabkan pergerakan dari titik y ke titik z?


A. Kenaikan harga barang itu
B. Penurunan harga barang pengganti
C. Jangkaan harga akan jatuh pada masa depan
D. Kenaikan cukai pendapatan perseorangan
28. Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis keanjalan harga permintaan.
Peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti diminta.
Apakah jenis keanjalan harga permintaan itu?
A. Permintaan anjal
C. Penawaran tidak anjal
B. Permintaan anjal satu
D. Permintaan tidak anjal

Soalan 29 dan 30 merujuk kepada rajah di bawah.


Harga
11
10

Kuantiti
160

200

29. Pekali keanjalan permintaan menunjukkan bahawa apabila.


A. Harga naik sebanyak 10% menyebabkan kuantiti permintaan naik sebanyak 20%
B. Harga naik sebanyak 10% menyebabkan kuantiti permintaan jatuh sebanyak 20%
C. Kuantiti permintaan naik sebanyak 20% menyebabkan menyebabkan harga jatuh
sebanyak 10%
D. Kuantiti permintaan jatuh sebanyak 20% menyebabkan harga naik sebanyak 10%
30. Hitungkan keanjalan harga permintaan
A. 1.33
B. 1.67

C. 2.00
D. 2.50

31. Keanjalan harga permintaan bagi barang X ialah 0.5. Jika harga barang itu naik
sebanyak 1%, berapakah peratus perubahan dalam kuantiti yang diminta?
A. Meningkat sebanyak 0.5%
C. Meningkat sebanyak 5%
B. Menurun sebanyak 5%
D. menurun sebanyak 0.5%
32. Antara berikut, yang manakah merupakan peranan isi rumah?
i. Menawarkan faktor pengeluaran
iii. Membuat bayaran upah dan sewa
ii. Menawarkan barangan
iv. Membeli baju dan makanan
A. i dan ii
B. i dan iv

C. ii dan iii
D. iii dan iv

33. Apakah yang dimaksudkan dengan utiliti?


A. Kepuasan yang diperoleh daripada penggunaan sejumlah barangan
B. Kepuasan yang diperoleh daripada purata pengunaan sejumlah barangan
C. Kepuasan yang diperoleh daripada tambahan penggunaan seunit barangan
D. Kepuasan yang diperoleh daripada gabungan penggunaan pelbagai jenis barang
dan perkhidmatan.
34. Barang manakah mempunyai nilai keanjalan harga permintaan yang tidak anjal?
A. Gula
C. Kereta persendirian
B. Komputer Riba
D. Majalah hiasan rumah
35. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan terhadap pakej pelancongan.
Harga
2800
2400

Kuantiti
Hitungkan nilai m apabila berlaku perubahan harga seperti
dalam rajah di atas
100
m
dengan nilai keanjalan harga permintaan ialah 0.7.
A. 110 unit
C. 130 unit
B. 125 unit
D. 136 unit

36. Apakah faktor yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan?


A. Pendapatan individu meningkat
B. Harga barang itu menurun
C. Harga barang pengganti turun

D. Pendapatan individu merosot


37. Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan
A. Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah positif.
B. Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah negatif.
C. Hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar adalah positif.
D. Hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar adalah negatif.

Soalan 38 hingga 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut.


Pilihan
A
B
C
D

Pernyataan 1
Betul
Salah
Betul
Salah

Pernyataan II
Salah
Betul
Betul
Salah

38. I. Sistem ekonomi Islam menonjolkan aspek kepentingan bersama.


II. Masalah asas ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga dalam sistem
ekonomi kapitalis.
39. I. Perubahan kuantiti yang diminta disebabkan oleh perubahan harga barang lain.
II. Keluk permintaan beralih ke kiri menunjukkan pengurangan permintaan.
40. I. Keanjalan harga permintaan digunakan untuk mengukur perubahan harga akibat
daripada perubahan kuantiti barang yang diminta.
II. Jika nilai keanjalan harga permintaan adalah anjal, kejatuhan harga barang akan
menyebabkan jumlah perbelanjaan pengguna bertambah.

..Selamat Menjawab Soalan.

Anda mungkin juga menyukai