Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan
Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang
arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.
Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang
dipakaisebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.Kamus besar
Bahasa indonesia Edisi kedua cetakan kesepuluh (1999:77) pula mendefinisikan bahasa
sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang diperguna oleh para anggota suatu
masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.
Abdullah Hassan (1984:14) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah
kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi
jelasapabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan
Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985:40) banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk
mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu
sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.Arbak (1983:7)
bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam
usaha memperlihat kan fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia untuk perhubungan.
1.1 Bincangkan elemen-elemen yang menghalang kepada penguasaan kemahiran bahasa
bagi murid sekolah rendah.
Terdapat banyak elemen-elemen yang menghalang kepada penguasaan kemahiran
bahasa bagi murid di sekolah rendah. Antara elemen masalah penguasaan pembelajaran
kemahiran bahasa secara umum adalah faktor pengajaran dan pembelajaran yang menjurus
kepada kegagalan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk
memastikan penguasaan pembelajaran kemahiran bahasa oleh murid-murid. Antara faktor
penghalang yang menyebabkan masalah penguasaan kemahiran bahasa adalah seperti faktor
fizikal, faktor kognitif dan bahasa, faktor emosi, persekitaran dan pendidikan.
Faktor Dalaman yang mempengaruhi masalah kemahiran bahasa berpunca dari dalam
diri pembaca (murid) itu sendiri. Dalam faktor dalaman ini, pembaca mengalaman masalah dari
aspek kognitif atau inteleknya sendiri. Selain itu, masalah dalaman yang wujud dalam diri
pelajar yang menyebabkan sebilangan daripada mereka mengalami masalah itu sendiri ialah
aspek psikologi. Sebagaiintinya, masalah ini dipengaruhi oleh pelajar dan bukannya
dipengaruhi oleh masalah luaran. Walaupun faktor dalaman dan luaran adalah berbeza

namuniannya saling berkaitan dan memberi kesan antara satu sama lain.Menurut Marohaini
Yusoff (1999), Faktor dalaman yang mempengaruhi masalah kemahiran bahasa (murid) dalam
aspek intelektual adalah seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan pengalaman sedia ada.
Aspek kecerdasan dan kebolehan pelajar membaca saling berkait. Sekiranya pelajar
yang mempunyai tahap kecerdasan minda yang tinggi, nescaya mereka mampu untuk memberi
perhatian dan memahami sesuatu struktur ayat yang dibaca lebih mudah tanpa perlu
menggulang dan meneliti berulang kali. Perkara ini menampakkan perbezaan ketara sekiranya
perbandingan dibuat dengan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah.
Golongan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah ini akan mengambil masa
yang lebih lama untuk memahamkan sesuatu bahan yang dibaca. Menurut Roe, Stoodt dan
Burn (1978), pertalian yang rapat antara kecerdasan dan kebolehan dalam kemahiran bahasa
ini lebih ketara dalam kalangan pelajar (pembaca) pada peringkat menengah daripada murid
peringkat rendah. Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar diperingkat
menengah kerana kecerdasan dan kemampuan untuk memahami struktur ayat yang lebih
kompleks dan canggih. Kesannya, pelajar yang mempunyai tahap kemampuan kecerdasan akal
yang rendah akan mengalami kesukaran untuk mengejar dan bersaing dalam matapelajaran
yang dipelajarinya.
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, fizikal bermaksud jasmani atau sesuatu yang
bukan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Berkenaan dengan faktor

yang

menyebabkan masalah bacaan, fizikal merupakan masalah yang dapat dilihat dan dikenalpasti
menjadi punca kepada masalah yang berlaku. Faktor fizikal yang berkaitan dengan masalah
membaca ialah daya penglihatan dan pendengaran.Seterusnya adalah faktor fizikal dan deria
iaitu keadaan fizikal yang buruk, kecatatan sensorimotor atau berpenyakit yang mengakibatkan
kegagalan murid untuk memberi tumpuan dan menguasai pembelajaran. Faktor penyakit
seperti serangan penyakit pada tenggorok dan paru-paru juga memberi kesan kepada
kemahiran bahasa sepertimana ia menjejaskan kemahiran bertutur. Hal ini demikian kerana,
alat-alat tersebut berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Masalah bertuturan salah
satu penyebab masalah penguasaan pembelajaran kemahiran bahasa iaitu kemahiran bertutur
khususnya yang berpunca daripada kecacatan alat artikulasi mahupun pengaruh dialek atau
bahasa ibunda yang ketara.

Kebolehan melihat merupakan sesuatu yang sangat penting dalam contohnya dalam
proses membaca kerana membaca memerlukan keupayaan melihat untuk mengenalpasti kod
atau lambang bercetak untuk difahami dalam bentuk maklumat. Tanpa penglihatan yang baik,
seseorang tidak mungkin dapat membaca dengan baik. Menurut Marohaini Yusoff (1999),
proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan atau lambang-lambang
bahasa yang hendak dibaca. Walaupun penyelidikan tidak dapat menegaskan perhubungan
yang nyata antara daya penglihatan dengan kebolehan membaca, namun banyak masalah
ditemui berkaitan pembacaan. Pembaca yang lemah sering menghadapi beberapa masalah
penglihatan untuk membuat diskriminasi terhadap huruf dan perkataan.
Faktor emosi juga dititikberatkan dalam penentuan penguasaan pembelajaran
kemahiran bahasa oleh murid-murid yang tidak pandai mengawalnya. Hal ini secara tidak
langsung melibatkan faktor mental dalam memastikan penguasaan pembelajaran kemahiran
bahasa. Hal ini demikian kerana emosi yang tidak stabil berkemungkinan besar akan
menjejaskan kesihatan mental sekaligus menjadi faktor berlakunya masalah penguasaan
pembelajaran bahasa oleh para murid. Hal ini demikian kerana, emosi murid yang tidak stabil
sudah tentu akan menyebabkan murid tersebut tidak fokus kepada bahan bacaan sama ada
secara mekanis mahupun mentalis. Gangguan emosi ini akan mengakibatkan tumpuan murid
tersasar daripada mempelajari kemahiran bahasa dengan menggunakan sebutan, intonasi, jeda
dan nada yang betul serta sesuai seperti yang digariskan dalam objektif kemahiran membaca
Dokumen Standard Bahasa Melayu Tahap 1.
Faktor persekitaran yang menjadi masalah dalam pembelajaran kemahiran bahasa
merujuk kepada latar belakang keluarga murid tersebut. Murid-murid yang mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua akan mengalami masalah disebabkan oleh pengaruh bahasa
ibunda yang tegar. Latar belakang keluarga yang tidak mementingkan pembelajaran kemahiran
bahasa kemungkinan besar tidak dapat menyediakan keperluan yang lengkap kepada muridmurid untuk mempelajari kemahiran bahasa. Bahan yang tidak mencukupi akan membiasakan
murid untuk tidak yakin untuk mengamalkan kemahiran bahasa. Hal ini akan menyebabkan
murid kurang menguasai pembelajaran kemahiran bahasa tersebut. Marohaini Yusoff (1999)
menyatakan terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya
ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan
sosioekonomi. Jika perkara-perkara tersebut berada dalam keadaan baik, murid akan
mempunyai perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang mengalami latar

belakang yang kurang cemerlang mengurangkan perbendaharaan kara mereka. Ia juga berlaku
terhadap pengalaman sedia ada murid kerana pengalaman sedia ada juga turut mempengaruhi
keberkesanan proses kemahiran bahasa.
Seterusnya
bahasa.

elemen fisiologi juga merupakan elemen yang menghalang kemahiran

Contohnya seperti faktor jantina yang berperanan dalam mempengaruhi pertuturan

seorang kanak-kanak.Hal ini kerana merujuk kajian kanak-kanak perempuan mempunyai


potensi untuk berutur lebih awal daripada kanak-kanak lelaki. Terdapat penyakit yang
melibatkan pertuturan dihidapi oleh seseorang.Ia akan menjejaskan proses pertuturan individu
tersebut.kerosakan pita suara misalnya,akan menyebabkan seseorang itu tidak mampu
mengeluarkan suara. Faktor kecerdasan juga mempunyai kaitan dengan akal dan otak
insan.otak ang tidak sihat akan menggangu pertuturan manusia kerana otaknya tidak dapat
memperduksi bahasa tersebut.

1.2 Analisiskan amalan masalah kemahiran mengeja.


Kemahiran ejaan dan mengeja perlu diberi perhatian istimewa guru-guru yang
mengajarkan bacaan permulaan. Guru pemulihan pula perlu menyemak pemahaman mereka
tentang perkara ini. Pemahaman yang jelas tentang kedua-dua konsep ini dapat membantu
mereka melaksanakan tugas untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak dengan berkesan.
Menurut Aznan & Zuri, 2011, ejaan adalah satu bentuk pelaziman melalui penulisan. Ia
mempunyai 26 huruf atau abjad roman dan mengandungi lebih daripada 40 fonik. Ejaan juga
merupakan satu proses memilih serta mengadun lambang-lambang untuk melahirkan bunyibunyi perkataan secara lisan atau bertulis. Kemahiran mengeja perlu dipelajari. Kanak-kanak
perlu diajar mengeja. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini
adalah kerana kemahiran ini boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Kemahiran mengeja
perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah
menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca
perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama (Fitzgerald &Stanahan, 2000)
Ejaan dan rencana adalah dua kemahiran yang saling berkaitan. Kemahiran ejaan dan
rencana diperolehi melaui kemahiran membaca sama ada secara mekanis ataupun
penaakulan. Perkataan yang dipilih untuk pembelajaran ejaan boleh diambil daripada buku
teks,buku kerja, kad ejaan, lembaran kerja dan yangberkaitan dengan kemahiran bacaan dan

kefahaman. Aktiviti ejaan dan rencana ini dapat membantu kanak-kanak meningkatkan dan
menghafalkan bunyi perkataan. Di samping kemahiran mengaitkan bunyi perkataan dengan
perkataan lain juga mengukuhkan kemahiran membaca. (Raminah Hj Sabran & Rahim Syam)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), mengeja ialah perbuatan membunyikan
(menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan. Takrif ini menyarankan
dua cara untuk mengeja. Yang pertama ialah menyebutnamahuruf secara berturut-turut yang
terdapat pada sesuatu suku kata/perkataan dan membunyikan suka kata/perkataan itu. Yang
kedua ialah menulis huruf untuk membentuk suku kata/perkataan dengan memenuhi tiga syarat
utama ejaan seperti yang dinyatakan.
Selain daripada itu, ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang
untuk melahirkan perkataansecara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir
mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui
kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam
ejaan.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mengeja. Yang pertama
adalah kesediaan Kognitif. Kesediaan kognitif adalah kesediaan mental untuk mempelajari
sesuatu. Menurut Mok Son Sang (2001) perkembangan intelek adalah berkadar terus dengan
umur kanak-kanak. Seorang kanak-kanak yang telah mencapai kesediaan mental akan
mempunyai kebolehan membaca atau belajar selaras dengan usahan dan latihan yang
dilaluinya. Contohnya Ikhmal yang berumur 6 tahun dapat mengeja perkataan yang mempunyai
suku kata KV + KV kerana dia telah mencapai kesediaan kognitif yang diperlukan untuk melalui
latihan mengeja suku kata tersebut. Jika Ikhmal tidak bersedia dari segi mentalnya untuk belajar
membaca suku kata KV + KV sudah pasti Ikhmal tidak mampu memperolehi kemahiran
mengeja suku kata itu. Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat
mempengaruhi kemahiran membaca atau mengeja kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas
akan dapat menguasai kemahiran mengeja dengan lebih cepat berbanding kanak-kanak lain
yang sebaya dengannya.
Faktor yang kedua adalah persekitaran. Persekitaran ini melingkumi persekitaran di
rumah ibu bapa, sosio ekonomi dan rakan sebaya. Kanak-kanak yang terdedah dengan
persekitaran yang baik akan meningkatakan kemahiran mengeja mereka. Dari segi persekitaran
sekolah ia melibatkan cara guru menyediakan bahan pembelajaran bacaan, pemilihan bahan

yang digunakan, jenis soalan yang ditanya, jenis maklum balas yang diberikan, suasana p&p
yang diwujudkan dan jenis dorongan serta pengukuhan yang diberikan.
Terdapat beberapa punca-punca murid lemah dalam

kemahiran mengeja. Yang

pertama adalah ada murid yang lemah dalam pengamatan penglihatan atau visual.Pengamatan
bermaksud hasil tindakbalas keseluruhan sistem deria setelah menerima rangsangan daripada
sumber lain. Pengamatan visual pula berkait dengan keupayaan deria penglihatan untuk
menerima rangsangan dan seterusnya menghantar maklumat tersebut ke otak untuk
ditafsirkan. Jika pengamatan penglihatan murid menghadapi masalah, maka perkataan atau
huruf-huruf yang dilihat murid akan mengalami kesalahan dan kesilapan. Contohnya, jika murid
membaca secara songsang dari belakang ke depan, murid akan keliru dan akan menyebabkan
kemahiran membaca murid semakin lemah dan teruk. Contohnya perkataan Makan dibaca
sebagai nakaM.
Masalah yng kedua adalah tidak dapat mengingati dan membayangkan bentuk sebenar
sesuatu huruf atau perkataan. Dalam masalah ini murid tidak dapat mengecam bentuk huruf
dan perkataan. Terdapat beberapa huruf yang kelihatan seakan-akan sama walaupun bunyinya
adalah berbeza. Bagi murid disleksia, masalah yang dihadapi dalam mengecam bentuk huruf
dan konfigurasi perkataan sangat ketara. Simbol-simbol perkataan yang bercetak sukar
diterjemahkan. Murid melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan secara terbalik.
Kekeliruan inilah yang menyebabkan murid sangat lemah dalam kemahiran mengeja.
Contohnya mereka keliru membezakan huruf "b" dan "d", huruf "p" dan "q".
Masalah seterusnya adalah memori auditori dan visual. Murid menghadapi masalah
untuk mengingati bunyi dan suku kata. Mereka sering memerlukan arahan yang jelas dan
mudah bagi membantu mereka mengenal pasti bunyi sesuatu perkataan dan membina
kemahiran fonologi. Murid yang menguasai kemahiran ejaan dengan baik akan menyimpan
perkataan dalam memori dan mengingat kembali perkataan tersebut tanpa memerlukan
petunjuk visual. Manakala murid yang lemah dalam ejaan amat memerlukan latihan dan aktiviti
untuk menguatkan ingatan visual.
Masalah seterusnya adalah lemah dari segi analisis pendengaran. Murid yang
mengalami masalah ini sukar mengingat bunyi abjad, bunyi suku kata perkataan dan juga sukar
menyusun atau menggabungkan suku kata bagi membunyikan perkataan. Murid juga tidak
dapat mengaitkan bunyi huruf dengan huruf yang dilihat disebabkan kurang pendengaran.
Contohnya mereka sukar membezakan bunyi huruf vokal dan huruf konsonan.

Sewaktu saya menjalankan Pengalaman berasaskan sekolah di SJK(T) Chembong,


Saya saya telah menjalankan ujian diognostik kemahiran mengeja terhadap sekumpulan murid
pemulihan. Daripada analisis ujian diognostik yang dibuat itu, saya mengenalpasti masalahmasalah pembelajaran dalam kemahiran mengeja sekumpulan murid pemulihan khas. Saya
mendapati bahawa murid tersebut menghadapi masalah gagal menghubungkan bunyi dengan
simbol. Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh
guru sebagai langkah intervensi untuk membantu murid mengatasi masalah dalam kemahiran
mengeja. Untuk membantu mengatasi masalah dalam kemahiran mengeja murid pemulihan
tersebut, saya mencadangkan kaedah VAKT.
Kaedah VAKT diperkenalkan oleh Dr Samuel Torrey Orton pada pertengahan tahun
1920-an. Beliau kemudian bekerjasama dengan Anna Gillingham dan menghasilkan Kaedah
Orton-Gillingham. Kaedah ini kemudian dikenali sebagai kaedah multisensori untuk rawatan
disleksia. Menurut McIntrye dan Pickering, terdapat 6 aspek dalam pembelajaran
menggunakan

kaedah

multisensori

iaitu

kesedaran

fonologi,

gabungan

bunyi

dan

simbol ,pembinaan suku kata , morfologi , sintaksis dan semantik. Kaedah VAKT juga dikenali
sebagai kaedah pelbagai deria. Sesuatu pengajaran yang baik haruslah melibatkan
kepelbagaian deria yang ada dalam diri murid. Deria sentuhan dan pergerakan amat penting
dalam sesuatu pengajaran yang bermakna selaras dengan deria penglihatan dan pendengaran.
Kaedah

VAKT

semasa

mengajar

murid

pemulihan

khas

bukan

sahaja

menggunakan pelbagai deria malahan menjadikan pembelajaran bertambah seronok dan


bermain selain mengurangkan tekanan. Kajian National Institutes of Child Health and
Human Development di Amerika mengatakan kaedah pembelajaran multisensori ialah kaedah
yang paling efektif untuk mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bacaan. Kajian
tersebut menunjukkan kaedah VAKT lebih berkesan daripada kaedah fonetik. Kaedah ini
menjadi lebih efektif jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang atau huruf
menggunakan kertas pasir digunakan.
Margaret Combley (2001) menyatakan pembelajaran untuk membaca dan mengeja
bergantung kepada keupayaan kanak-kanak untuk mendengar, melihat, menyebut dan menulis.
Kegagalan kanak-kanak dalam keupayaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat
menguasai kemahiran ini. Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam
pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif
akan mengukuhkan pembelajaran . Kaedah VAKT menggunakan prosedur pengajaran seperti

pelajar memerhati perkataan yang hendak dipelajari. Seterusnya, menyebut perkataan itu .
Selepas itu, cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan membandingkan hasil
tulisan dengan perkataan asal. Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis
dengan betul.
Dengan menggunakan kaedah VAKT, Untuk mengatasi masalah kemahiran mengeja
murid dalam masalah tidak pasti dengan simbol huruf, mula-mula guru perlu menggunakan
surihan (tracing) untuk mengajar bacaan. Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4
x 10 dengan menggunakan krayon . Seterusnya murid membuat surihan huruf dengan jari di
atas kertas itu. Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, guru boleh
membuat huruf yang dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur,
mewarna dengan jari,huruf timbul yang besar dan lain-lain. Untuk belajar huruf melalui kaedah
VAKT murid hendaklah m lihat huruf dahulu. Seterusnya mereka dikhendaki mendengar guru
sebut huruf . Murid akan menyebut huruf dan dengar huruf yang disebut. Seterusnya murid
akan membuat surihan di atas huruf yang dipelajari sambil rasa pergerakan otot semasa
membuat surihan huruf. Mereka juga akan rasa permukaan huruf dgn hujung jari. Seterusnya
murid akan melihat pergerakan tangan semasa tracing. Dengan ini mereka akan mengingati
symbol sesuatu huruf yang dipelajari dengan betul. Akhirnya, murid akan menengar sendiri
huruf yang disebut semasa membuat surihan.
Kesimpulannya,

kaedah VAKT ini dijadikan asas kepada model-model pengajaran

bacaan yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan tokoh yang lain.
Guru hendaklah merancang aktiviti yang sesuai dengan menggunakan kaedah VAKT Untuk
mengatasi masalah pembelajaran murid pemulihan.

2.0 Penghasilan produk dan penulisan


Sewaktu saya menjalankan Pengalaman berasaskan sekolah di SJK(T) Chembong,
Saya telah menjalankan ujian diognostik kemahiran mengeja terhadap sekumpulan murid
pemulihan. Daripada analisis ujian diognostik yang dibuat itu, saya mengenalpasti masalahmasalah pembelajaran dalam kemahiran mengeja sekumpulan murid pemulihan khas. Saya
mendapati bahawa murid tersebut menghadapi masalah tidak pasti dengan simbol huruf.
Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh guru
sebagai langkah intervensi untuk membantu murid mengatasi masalah dalam kemahiran
mengeja. Daripada analisis ujian dignostik yang dibuat, saya mendapati sekumpulan murid
tidak dapat mengeja suku kata kv+kv. Tiga orang murid lagi pula mengalami kesukaran dalam
mengeja suku kata kv+kv+kv. Untuk membantu mengatasi masalah dalam kemahiran mengeja
murid pemulihan tersebut, saya mencadangkan kaedah VAKT. Seterusnya saya merancang
satu rancangan pengajaran harian kelas pemulihan untuk mengatasi masalah kemahiran
mengeja murid pemulihan tersebut.
Saya merancang rancangan pengajaran harian ini dengan menggunakan kaedah VAKT.
Saya juga menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah
kemahiran mengeja murid pemulihan. Saya mula-mula menunujkkan kad suku kata bersama
dengan gambar.Seterusnya murid akan mengeja kad suku kata berdasarkan gambar.Langkah
seterusnya, murid akan menyurih permukaan suku kata dengan menggunakan jari sambil
mengeja.
Seterusnya, dengan menggunakan kaedah VAKT juga, saya merancang satu permainan
untuk murid yang bermasalah dalam mengeja suku kata kv+kv+kv. Saya menyediakan satu
papan telur yang bernama telur pelangi. Murid dikhendaki menyusun suku kata kv+kv+kv dalam
papan telur tersebut mengikut warna dan suku kata yang betul. Murid akan menyusun sambil
mengeja suku kata kv+kv+kv.
Untuk murid yang bermasalah dalam mengeja suku kata kv+kv pula, saya membuat
permainan memancing ikan suku kata kv. Murid akan diberi alat pancing. Seterusnya murid
akan memancing ikan yang mengandungi suka kata. Murid akan mengeja suku kata yang
dipancing dengan betul.
Dengan kaedah VAKT ini, murid akan mengingati suku kata yang dieja dengan mudah.
Latihan berterusan akan meningkatkan kemahiran mengeja mereka.

Anda mungkin juga menyukai