Anda di halaman 1dari 22

KONSEP ASAS KECEDERAAN

PERTOLONGAN CEMAS

DALAM

SUKAN

DAN

PRINSIP

ASAS

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS


Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan
kepada mangsa atau pesakit.
KONSEP PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu
Mula/Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan
dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan
objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum
mangsa dihantar ke hospital.
TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
1. Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang
mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung,
terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
2. Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan
kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
3. Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan
kepada pesakit
DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN
Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera
Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.
Sikap Yang Perlu Ada Pada Pemberi Pertolongan Cemas
BERPENGETAHUAN
TENANG
BERKEYAKINAN
LEMAH LEMBUT
TAJAM PENGAMATAN
BERTANGGUNGJAWAB
PANTAS BERTINDAK
AMANAH
PRINSIP PENGURUSAN SITUASI KECEMASAN
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
1. Menyelamatakan nyawa
2. Mengurangkan kesakitan
3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya
pernafasan pesakit itu
3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar
melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.

4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna


Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran
untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
SUKAN, PERUBATAN SUKAN DAN JURULATIH SUKAN
KONSEP SUKAN DAN PERUBATAN SUKAN
Konsep Sukan
1.
Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan - pertandingan keseronokan,
pembangunan, kemahiran, kecemerlangan.
2.
Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan, tetapi
berenang bersendirian di kolam atau laut dianggap aktiviti rekreasi.
3.
Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama ada sebagai
peserta atau penonton.
4.
Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau
elektronik dan sumber pendapatan.
5.
Sukan mengandungi; ( i ) latihan kemahiran berguna secara rekreasi, ( ii )
peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
6.
Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda ukur (benchmark) terdahulu,
catatan masa, rekod dunia dan sebagainya.
"Sukan adalah segala kegiatan yang melibatkan ketangkasan atau kemahiran serta
tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan, pertandingan atau menyihatkan tubuh
badan."
- Kamus Dewan Edisi ke-5 PERBEZAAN ANTARA SUKAN, PERMAINAN DAN LATIHAN
1.
Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan).
2.
Permainan tidak mempunyai tujuan jelas tetapi boleh berubah kepada sukan
seperti permainan kanak-kanak.
3.
Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan
seseorang dalam sesuatu sukan.
PERUBATAN SUKAN
1.
Perubatan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan
kesihatan dan rasa sihat (wellness).
2.
Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan
yang dialami sewaktu terlibat dalam aktiviti sukan, selain membincangkan hal-hal
mencegah kecederaan semasa bersukan.
6

LANGKAH

KEPENTINGAN

DALAM

KITARAN

TERAPI

Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :


Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba
Urutan sukan

DALAM

KECEDERAAN

SUKAN

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI PERTOLONGAN CEMAS SUKAN


1.
2.

Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.


Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang
dan senyap elakkan terlalu banyak bercakap
perkara yang tidak patut
dengan mangsa.
3.
Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan
mangsa terhenti.
4.
Memberi perangsang kepada mangsa.
5.
Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.
6.
Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika kecederaan
serius.
7.
Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan.
8.
Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi memastikan
keadaan mangsa akan
datang.

PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN DAN LANGKAH-LANGKAHNYA


DEFINISI
Pencegahan kecederaan di dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan
kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini
ketika
melakukan
aktiviti
sukan.
PRINSIP PENCEGAHAN KECEDERAAN
Prinsip pencegahan yang perlu diberi keutamaan ialah
1)Prinsip latihan

Penambahan beban senaman secara beransuransur


Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih
hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam
30 minit sehari.
Intensiti
Motivasi
Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai
tujuan dan objektif
Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan
Rutin

2) Memanaskan badan Tujuan - sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta


kemahiran , melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan
reaksi
atau
reflek
atlet-atlet.
3) Ansur maju latihan Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan
atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju:

memulihkan kecederaan
meningkatkan perkembangan
meningkatkan keyakinan diri

4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan suhu badan dengan berlari


perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih
permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.
5) Keselamatan kemudahan dan peralatan- Berlaku sekirannya gelanggang atau
kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah
ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan dewan.
6)Peralatan perlindungan - Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota
badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.Alatan perlindungan
diri adalah sebahagian daripda peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan
peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya
berlaku.
PELAKSANAAN 6 PRINSIP PENCEGAHAN DI DALAM KITARAN KECEDERAAN

Menguasai teknik yang betul - Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang


mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu,
adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul.

Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik - Pemain harus


menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk
mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk
memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemain yang cergas biasanya jarang
ditimpa
kecederaan.
Hal
ini
kerana
:
(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk
mengelakkan
diri
daripada
bahaya
tersebut
adalah
tinggi.
(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan
ketika jatuh

Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi, seluar pendek dan
kasut yang digunakan harus sesuai dengan permainan. Elakkan menggunakan
pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota
badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk
melindungi
kecederaan
siku
dan
lutut
apabila
terjatuh.

Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang - Peraturan diwujudkan untuk


menjadikan permainan menjadi lebih seronok. Pemain harus mematuhi undangundang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan permainan
harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap untuk latihan dan
pertandingan - Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan,
elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika
permainan. Ini kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka
kurang stamina mereka akan mengalami kecederaan ketika pertandingan.

Pengurusan
Emosi
Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang
atlit.
Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti. Sekiranya
berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang
boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.

PENDEKATAN RAWATAN KECEDERAAN

Kepentingan pendekatan yang sistematik


o Mengelakkan kecederaan daripada bertambah teruk.
o Mengurangkan kesakitan.
o Mengenalpasti bahagian anggota badan yang cedera.

Langkah-langkah Penyelesaian Masalah Kecederaan


Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

D = Danger (Bahaya) = Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya

R = Respond (Tindak balas/Reaksi) = Pastikan mangsa bertindakbalas


dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar.
Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika sedar : Tanya mangsa
keadaannya. Pastikan kecederaan atau kesan lain. Berikan rawatan yang
sewajarnya. Dapatkan bantuan jika perlu. Jika tidak sedar: Pastikan saluran
pernafasan terbuka
dan tiada halangan. Periksa samada mangsa bernafas
atau tidak. Periksa pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di leher
(karotid). Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat
iaitu:
o 1) A - Alert (sedar sepenuhnya)
o 2) V - Verbal (respon terhadap suara)
o 3) P Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan)
o
o 4) U Unconcious (tiada apa-apa respon)

A = Airway (Saluran pernafasan) = Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak


tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan
yang selesa

B = Breathing (Pernafasan) = Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan


EAR - External Air Resuscitation

C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah)= Pastikan nadi mangsa berfungsi


- semak di nadi karotid atau di leher , jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary
Resuscitation].

Menilai kecederaan TOTAPS

T- Talking ( bercakap )
O- Observe (memerhati)
T- Touch ( sentuhan)
A- Active ( aktif)
P- Passive (Pasif)
S- Skill (kemahiran )
LANGKAH-LANGKAH T.O.T.A.P.S
T-Talking (bercakap )
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera
-Apa yang berlaku?
-Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?

-Apa yang kamu rasa?


-Bahagian mana yang cedera?
-Adakah bahagian lain yang cedera?
-Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?
O- Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan atlet
-Adakah atlet/mangsa tertekan ?
-Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa?
-Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?
-Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain
-Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?
T- Touch ( sentuhan )
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera
dan secara perlahan begerak ke kawasan yang cedera.
-Adakah terdapat kelembutan?
-Adakah terdapat kecacatan?
-Adalah kawasan cedera panas?
Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi
fraktur dan dislokasi.
A- Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa
sakit berhenti.
-Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih
dahulu.
-Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang
penuh atau terhad?
-Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut
dirasai?
P- Passif (pasif)
Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat
pergerakkan yang normal. Berhenti jika kesakitan berlaku.
-Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang
penuh?
-Bilakah kesakitan berlaku?
-Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera.
Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan atau
hilang/bertambah julat pergerakan
S- Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat pergerakan yang normal tanpa
kesakitan, suruh atlet/mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang perlahan.
-Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti
-Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau permainan
PEMBEBATAN
Tujuan pembebatan
A) Menahan pendarahan
B) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran yang
boleh menyebabkan jangkitan.
C) Mencegah jangkitan di tempat luka.

Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama.
Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa
dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.
Pembebat Semasa Kecemasan
a) Sapu tangan yang bersih.
b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.
Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau
menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan meminimakan
jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.
Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan
mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b) Pembalut lebar (broad bandage).
c) Pembalut panjang (narrow bandage).
d) Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.
Kain Anduh Tiga segi
Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas
kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1
meter x 1.4 meter.
Antara kegunaan kain anduh ialah:a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b) Menghenti atau menahan pendarahan.
c) Menetapkan bahagian yang cedera.
d) Dapat digunakan sebagai pengipas.
e) Menutup tempat yang luka atau cedera.
f)
Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.
Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
a) Anduh besar (large arm sling)
mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b) Anduh tiga segi/Anduh St. Johns (triangular sling)
menahan pendarahan anggota atas.
Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
Mengampu anggota atas yang cedera.
c) Anduh kecil (small arm sling)
mengampu kecederaan di bahagian bahu.
Mengampu tulang klavikal yang cedera.
Mengampu anggota atas yang cedera.
d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.
SISTEM PERNAFASAN

Definisi; satu sistem di mana Oksigen disedut masuk ke dalam tubuh dan diedarkan
keseluruh tubuh badan dan proses metabolisme yang berlaku di dalam sel
mengeluarkan karbon dioksida dari tubuh.
-Bahagian yang terlibat dalam pernafasan;
o
Salur udara
o
Paru-paru
o
Otot-otot pernafasan
Saluran udara
o
Rongga hidung
o
Naso faring
o
Larinks
o
Trakea
o
Bronkus
o
Bronkiol
-Saluran pernafasan berfungsi
o
menapis, memanas serta melembapkan udara masuk.
o
Mengawal kemasukan dan pengeluaran isi padu udara
Paru-paru
o
o

Gugusan alveoli
Salur kapilari

Otot-otot pernafasan
o
Otot-otot interkosta
o
Diafragma

RESUSITASI ?
RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR) adalah kaedah di
mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah
ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru
mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi.
Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga teknik yang
digunakan di dalam EAR ini:
MULUT-KE-MULUT
Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara
mangsa melalui mulut
MULUT-KE-HIDUNG
Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat
daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa
menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan
menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan
perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa
menghembuskan nafas keluar.
MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT (EAR)
o Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak,
kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.
EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya


pernafasan
o Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas,
gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan tertentu seperti asma
atau emfisema (perlu rawatan segera)
o Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan
kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh
penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua
pernafasan yang berkesan.
Tanda-tanda untuk EAR

Sianosis - kepucatan

Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam
seminit
Prosedur EAR

Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.

Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran
(contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)

Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah
tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin

Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa,
sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut
mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana
udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru.

Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya
dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan
kepada orang dewasa.

Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama.
Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat.

Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam


seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan
perubatan telah tiba.

Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada
kedudukan pemulihan (lihat CPR)

Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan


ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan
kekalkan keadaan saluran udara.

Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau


mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi
kecederaan pada leher.

Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika pernafasan


dan nadi masih tidak ada.

Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi


dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan
dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan
sokongan pada kepala.
EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga
penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi
semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu
melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
o

RESUSITASI KARDIOPULMONARI (CPR)


Apakah CPR?

Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang


tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas

Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga


tekanan dada

Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke


seluruh anggota badan

Dua sebab utama CPR dilakukan:


*terhenti pernafasan
*tiada nadi

Kaedah:

Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan
CPR
A Airway (saluran pernafasan)
B Breathing (pernafasan)
C Circulation (peredaran darah)
Definisi :
Kombinasi teknik pernafasan bantuan dan tekanan dada
( Pemulihan pernafasan peparu jantung )
Tujuan : Memastikan jantung dan paru-paru dapat berfungsi semula untuk mengepam
darah disamping membekalkan oksigen ke seluruh tubuh.

PERNAFASAN MULUT KE MULUT


1-Dgn keadaan mangsa baring melentang anda hendaklah terlebih dahulu
membuang bendasing dalam mulut.
2-Buka saluran udara dgn mencondongkan kepala ke belakang dan dagu
diangkat ke atas.
3-Tutup lubang hidung mangsa dgn memicitnya menggunakan ibu jari dari jari
telunjuk anda.Tarik nafas sepenuhnya dan letakkan bibir anda di sekeliling mulut
mangsa.
4-Tiup ke dalam mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak.
5-Alihkan bibir anda dan biarkan dada mangsa turun perlahan-lahan. Berikan
pernafasan berturut-turut
TEKANAN DADA
1-Keadaan mangsa baring terlentang di permukaan rata.Berlutut di sisinya dan
cari tulang selangka terakhir dgn menggunakan jari telunjuk dan jari tengah anda.
Sorotkan jari anda ke atas sehingga kepada titik tengah pertemuan sempadan
tulang selangka dan tulang dada.
2- Letakkan bahagian belakang tapak tangan keatas tulang dada, sorot kebawah
sehingga ia sampai ke jari telunjuk anda. Lakukan tekanan pada titik ini.
3- Tindihkan tapak tangan anda dan selang-selikan jari-jari anda.
4- Secara berbongkok dan dengan keadaan lengan yang lurus tekan secara
tegak keatas dada mangsa. Tekan lebih kurang 4-5 cm. Kemudian lepaskan
tekanan tanpa mengangkat tangan anda.
5- Ulangi tekanan sehingga 80 tekanan/minit tercapai
PERMASALAHAN PERNAFASAN
Penyakit Asma
o menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang
(inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan
penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh
mengalami kesesakan nafas.
o penyakit asma sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran
udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau
aroma menyengat dan olahraga.

penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran


pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis.

tanda dan gejalanya , antaranya :

Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas.

Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.

Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.

Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.

Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara
karena kepayahan dalam mengatur pernafasan.

Pada usia kanak-kanak, seperti rasa gatal dirongga dada atau leher.
RAWATAN KECEMASAN
o Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk.
o Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke
depan sedikit serta boleh bertongkat.
o Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia
mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya.
o Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan
muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.

Masalah jantung

Kecederaan kulit

Jenis kecederaan

Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit.
Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :

Luka
:
kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras. Koyakan yang berlaku
menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran
darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius.

Melepuh
:
Berlaku disebabkan geseran di antara bahagian badan dengan permukaan yang lain
. Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung.

Melecet
:
Berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan
epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera.
Rawatan Am Terbakar dan Melecur
a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan
menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa.
Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera
akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih
dahulu.

f)

Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya
pakaian yang melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.
h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi
menggantikan kehilangan cecair yang hilang.
k) Dapatkan rawatan perubatan segera.
Terbakar oleh Asid atau Alkali
a) Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera.
b) Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak.
c) Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan
asid.
d) Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid.
Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan
mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.
e) Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
Rawatan Terbakar Pakaian
a) Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya
api dapat dipadamkan.
b) Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian.
c) Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.
d) Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu
dilakukan.
e) Cuci tempat terbakar dengan cermat.
f) Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan kecederaan kulit


Pencegahan jangkitan

PENDARAHAN TERBUKA

Definisi pendarahan terbuka


-Terkeluar darah daripada sistem pendaahan atau sistem edaran tercedera
Pendarahan berlaku melalui:
o Pendarahan Arteri
Darah keluar berwarna merah cerah/ terang kerana mengandungi oksigen
dan keluar memancut mengikut denyutan jantung.
o Pendarahan Vena
Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan
mengalir keluar perlahan-lahan.
o

Pendarahan Kapilari

Darahnya keluar secara meleleh.


Prinsip mengawal pendarahan terbuka
o Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara
yang sempurna.
o Bersihkan luka dari kotoran.
o Tekan di tempat luka supaya darah tidak mengalir keluar (tiada benda
asing) jika ada buat balutan cincin.

Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:


a) Hentikan pendarahan secara langsung
mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama
10 minit.
b) Secara tidak langsung
- Tahan darah secara tidak langsung tempat tekan nadi.
-menggunakan penjerut catitan masa direkodkan.
Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit.
- Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
- Periksa nadi/pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan.
- Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai.
- Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri
atau baru sedar dari renjatan.
- Jika ada tanda-tanda renjatan, beri bantuan kecemasan untuk renjatan.
- Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera.
- Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
TERDEDAH KEPADA HABA YANG MELAMPAU
STRESS HABA
Bagaimana stres haba terjadi?
Apabila suhu atmosfera menjadi seimbang dengan suhu badan, maka badan tidak
berupaya utk menghilangkan haba menerusi radiasi. Jika terdapat humiditi yang tinggi
peluh tidak dapat meluap dgn sempurna. Aktiviti riadah yang aktif, haba yang berlebihan
akan dijanakan oleh kegiatan otot. Kelesuan haba atau keadaan yang lebih bahaya ialah
strok haba akan menyerang.
Gejala dan tanda :
-Heat exhaustion (Kehilangan air berlebihan)
*Gejala : Cirit birit dan muntah.
*Tanda :
1. Pening kepala, pitam dan kebingungan.
2. Hilang selera makan dan loya.
3. Berpeluh, kulit yang berlengas dan pucat.
4. Kekejangan pd kaki dan tangan atau perut.
5. Pernafasan dan denyutan nadi yang cepat dan lemah
-Heat Stroke (Strok haba)
*Gejala : Menyerang secara tiba-tiba dan menyebabkan mangsa
tidak sedarkan diri dalam beberapa minit.
* Tanda :
-1. Pening kepala, pitam dan tidak selesa.
-2. Lesu dan kebingungan.
-3. Kulit kering, merah dan panas.
-4. Darjah gerakbalas menurun dengan pantas.

-5. Denyutan nadi yaqng penuih dan melantun.


-6. Suhu badan lebih 40 darjah Celcius.
-Heat Cramp (Kejang haba)
*Gejala : Ketidakseimbangan air dan elektrolit iaitu Natrium dan Klorida dalam badan.
Sering berlaku di gastrocnemius dan abdomen. Berlaku akibat kehilangan air dan
elektrolit melalui perpeluhan.
*Tanda :
-1. Otot menjadi keras
-2. Pergerakan tidak normal
Langkah-langkah mengelakkan stres haba
1. Menyesuaikan diri dengan keadaan, cuaca dan suhu yang panas sekurangkurangnya seminggu sebelum hari pertandingan.
2. Minum air sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi latihan atau pertandingan.
3. Pakaian diperbuat daripada 100% kapas adalah yang paling sesuai dalam cuaca
yang panas.Pemakaian topi digalakkan bagi mengelakkan kehilangan 40% haba
dibahagian kepala.
4. Elak daripada berlatih dalam cuaca panas.
Pengsan
Definisi Pengsan ( Syncope ) :
Kehilangan daya kesedaran yg disebabkan oleh penyusutan sementara
pengaliran darah ke otak
Tanda2:
Mangsa rebah
Denyutan nadi perlahan
Warna kulit pucat
Punca2:
Kecederaan di kepala
Stroke / pitam / serangan sakit jantung/renjatan
Darah beroksigen yg rendah ( hipoksia )
Keracunan yang dibekalkan ke otak termasuk alkohol dan dadah
Sawan dan suhu badan tidak normal
RAWATAN PENGSAN
Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan sendengkan bahagian kepala
Periksa pernafasan dan denyutan nadi
Jika mangsa muntah, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan
Periksa mangsa dengan pantas dan sistematik untuk kenalpasti pendarahan luar
atau keretakan tulang. ( sekiranya terdapat pendarahan luar / keretakan tulanghentikan pendarahan
Minta maklumat drp orang ramai yg menyaksikan kemalangan
Jika mangsa tidak memperolehi daya kesedaran dalam tempoh 3 minit, dial 999.
Jika mangsa memperolehi daya kesedaran dlm tempoh 3 minit, nasihatkan
mangsa berjumpa doktor
MENGANGKAT DAN MEMBAWA PESAKIT
PERTIMBANGAN SEBELUM MENGANGKAT PESAKIT SEMASA KECEMASAN.

Kebakaran atau bahaya kebakaran


Bahan letupan atau bahan-bahan berbahaya
Ketidakupayaan untuk melindungi pesakit dari bahaya
Ketidakupayaanuntuk mengakses pesakit lain yang memerlukan penjag

Situasi lain yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kecederaan


Tidak menyediakan penjagaan menyelamatkan
nyawa disebabkan
oleh lokasipesakit atau kedudukan

PRINSIP MENGANGKAT PESAKIT


1. Pertimbangkan berat pesakit bersama-sama dengan berat usungan atau
peralatan lain yang sedang dijalankan dan menentukan sama ada bantuan
tambahan
diperlukan.
2. Mengetahui keupayaan fizikal dan batasan anda. Tahu keupayaan gabungan
anda dengan pasangan anda. Jika benar-benar perlu, anda boleh meminta
penonton untuk membantu. Anda atau pasangan anda mesti yang
bertanggungjawab
dan
memberi
perintah,
tidak
pengamat.
3. Angkat tanpa memulas. Elakkan sebarang gerakan berayun apabila mengangkat
4. Kedudukan kaki lebar bahu anda selain dengan satu kaki sedikit di hadapan yang
lain.
5. Berkomunikasi dengan jelas dan kerap dengan pasangan anda. beritahu pesakit
apa yang anda akan lakukan terlebih dahulu
.
PEMINDAHAN PESAKIT
Pemindahan pesakit boleh dilakukan dengan berbagai cara.
Antaranya ialah:
i.
seorang pembantu (single helper)
ii.
dua orang pembantu (double helpers)
iii.
menggunakan penggusung (stretcher)

a) Seorang pembantu (Single Helper)


Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara.
Antaranya ialah:
Kaedah dukungan (Cradle Lift)
-kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit yang ringan terutama
kanak-kanak dan bayi.

Bergandingan dengan pesakit (Human Crutch)


-Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh berjalan atau mengalami
kecederaan sebelah anggota bawah. Mangsa berjalan beriringan dengan
pembantunya.
Mendukung di belakang atau encang (Pick a back)
-Mangsa memanjat sambil memeluk belakang pembantunya.Tangan pembantu
mengampu kedua belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada di dalam
keadaan sedar.
Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm Lift)
-Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan kepala mangsa condong
ke bawah manakala badannya berada di atas bahu pembantunya.
Usungan merangkak
-Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau sedar di tempat yang
sempit. Mangsa menyangkut kedua belah tangan di leher pembantunya.
Pembantu akan merangkak sambil mengheret mangsa.

Usungan menarik
-Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa. Tumpangkan tangan mangsa
di bahagian ketiak. Tarik mangsa secara berundur ke belakang.


Menarik menggunakan blanket
-Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah bucu di bahagian kepala
mangsa. Tarik blanket secara berundur ke balakang.
a) Kaedah dua pembantu
Duduk di atas dua tangan (two hand seat)
-Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya sambil duduk di atas
tangan pembantunya. Kedua-dua pembantu menggunakan sebelah lengan
masing-masing sebagi tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang lagi
sebelah mengampu belakang mangsa.

Mengusung berekoran atau berbuntut.


-Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak
mangsa dari arah
belakang mangsa. Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang dengan
muka mengadap ke belakang mangsa sambil memeluk kedua-dua bahagian
lutut mangsa.
Duduk di atas tiga tangan (three hand seat)
-Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk mangsa. Sementara
sebelah tangan lagi mengampu belakang mangsa.

Duduk di atas empat tangan (four hand seat)


-Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat duduk mangsa.
Mangsa akan memeluk bahu pembantu-pembantunya.

Mengangkat menggunakan kerusi


-Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala pembantu-pembantu
mengangkat kaki kerusi. Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu
secara usungan beriringan atau secara berekoran.

b) Usungan menggunakan penggusung ( Stretcher)


Pengusung gantian ( improvise stretcher)
1) menggunakan kain blanket atau selimut tebal dan diangkat di keempat-empat
bucunya.
2) Menggunakan empat atau lima kain anduh yang diikat di dua batang kayu.
3) Menggunakan dua buah guni yang ditebuk buntutnya. Kemudian dimasukkan dua
batang kayu dalam guni itu.
4) Menggunakan dua kain sarung yang dimasukkan dua batang kayu di dalamnya.
5) Menggunakan tiga atau empat kain baju kemeja. Masukkan dua batang kayu di
dalam baju-baju tersebut dan kemudian dibutangkan kancingnya.

Jenis stetcher
o Wheel stretcher
o Portable
o Scoop
o Flexible
o Basket
o Flexible
o Stair chair
o Long backboard
o Short board

PRINSIP MENGURUSKAN KECEDERAAN PATAH


Definisi:
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya
retak, putus, pecah, remok, serpihan atausebagainya.

Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsunga)
Secara Langsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kenatembakan,
tendangan atau kemalangan.

pukulan,

Secara Tidak Langsung


Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan.Contohnya, berlaku
kecutan otot atau pergerakan otot yangsecara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.
Jenis-jenis patah

1. Patah tebu/tertutup (simple fracture)


Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah. b)
2. Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di
bahagian luar kulit.
3. Patah melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut menda
patkecederaan.d)

4. Patah Remok (Comminuted fracture)


Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.
5. Patah Terenyok (Impacted fracture)
Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunyaterbenam ke dalam tulang yang
patah itu.
6. Patah Rebung (Green Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanyaterjadi kepada tulang kanakkanak dan bayi.
7. Pecah Remok (Depressed fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpitorgan lain. Contohnya, tengkora
k kepala yang terbenammenghimpit otak
RAWATAN AWAL
1. Beritahu mangsa supaya jangan bergerak.
2. Jika terdapat luka, kawal pendarahan. Tekan luka dengan pembebat yang bersih.
3. Bagi kaki yang patah, balut pada bahagian lutut dan buku lali.
4. Bagi lengan, gunakan sling.
5. Dail 999 untuk dapatkan perkhidmatan ambulan.
6. Periksa peredaran darah pada tangan atau kaki setiap 10 minit.
TANDA-TANDA PATAH
Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.

Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi atau otot.


Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.

PRINSIP MENGURUS KECEDERAAN PATAH

Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :


Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam
nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.
Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan
ditempat kejadian.
Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan
cuba meluruskan bahagian yang cedera.
Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain
yang bersih.
Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin),
anduh dan pembebat.
Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari
tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.
KECEDERAAN TISU LEMBUT
DEFINISI :
Kecederaan yang dialami oleh tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah,
saraf, otot, tendon, ligamen, kelenjar, dan lapisan yang melindungi organ2 tubuh.
Kecederaan ini berpunca drpd rentapan pd sendi yg menyebabkan tisu2 disekeliling
terkoyak.
PUNCA2 KECEDERAAN
1. Ketegangan otot - otot separuh koyak
2. Koyakan otot - koyakan sepenuhnya pd otot
3. Calar2 pd bahagian dalam otot
Klasifikasi kecederaan sukan
o
o
-

Kategori mengikut tempoh masa wujud


Acute(baru)-kecederaan berlaku secara tiba-tiba atau baru berlaku
Chronic(lama)-kecederaan yang lama(masih sakit lagi
Kategori mengikut struktur badan
Tisu lembut : otot, ligament,tendon,saraf,salur darah
Tisu keras : tulang

Kecederaan luaran
-

Kecederaan pada permukaan kulit & tisu di bawah kulit


Luka- kulit terkoyak oleh benda tajam dan berdarah
Melecet- tergeris, epidermis dan terluka
Melepuh- kulit menggelembung dan ada air
Kecederaan dalaman

Kecederaan yang mekibatkan tisu-tisu badan


ligamen
tendon

otot
tulang

Faktor HARM
Kecederaan jenis tisu lembut, elakkan dari factor berikut

Heat-tambah pendarahan
Alcohol-tambah bengkak
Running-terlalu awal kecederaan terlalu teruk
Massage-dalam 8-78 jam pertam menambahkan pendarahan atau bengkak

(a)Kecederaan Tisu Lembut Tenat


Rawan terkoyak - Berlaku apabila tulang di sendi terpulas dan tertekan. - Biasanya
berlaku di lutut. Tergeliat - Berlaku apabila otot atau tendon dipendekkan atau
diregangkan dengan kuat.
(b) Kecederaan Tisu Lembut Kronik
Tergeliat kronik otot - Berlaku apabila otot dikerjakan berlebihan dan diregang
berlebihan. - Wujud hasil dari beberapa minggu atau bulan. - Disebabkan oleh banyak
punca keadaan.

o
o
o
o

o
o

o
o
o

Tendinitis - Berlaku apabila tendon diregangkan berlebihan atau digunakan


berlebihan. - Kecederaan ini biasanya berlaku pada tendontendon patela ( lutut ),
achilles ( tumit ) bila melakukan aktiviti berlari dan melompat yang berlebihan. Kecederaan biceps dan ratator cuff ( bahu ) pula adalah individu membuat aktiviti
bilangan bahu yang lemah dan tidak fleksibel.

Bursitis - Rongga sendi yang kecil, penuh cecair, terletak antara tulang, otot,
tendon dan tisutisu lain. - Berlaku bila bahagian tertentu diasak. - Selalunya
berlaku di siku dan lutut

Kontusi (contusion )
Disebabkan pukulan terus dan menyebabkan cederapada saluran darah atau
saluran halus putus - lebam dan pendarahan dalaman.
Bengkak& pergerakan terbatas.
Otot Terkoyak (muscle strain) disebabkan olehpengecutan otot secara tiba -tiba atau
disebabkanketidakupayaan otot menanggung bebankerja berlebihan.
Ianya melibatkan kemungkinan otot atau tendon tercedera dan mengsa
merasai k esakitan di bahagian tercedera.

Kekejangan otot ( muscle cramp)


Kontraksibuat sementara dan mengalami muscle spasm menjadikan otot rasa keras
dan mangsa kesakitan.
berpunca dari atlit kurang cergas (dari aspek daya tahan otot), kekurangan elektrolit
(garam mineral) atau dihidrasi dalam badan (kehilangan air).

Dislokasi ( dislocation )
berlaku bila tulang sendi terkeluar dari asalnya kejadian di mana pergerakan yang
diluar dari julat asal.
Menyebabkan ligamen dan tisu teregang, terkoyak atauterkeluardari tempat asal.
Tanda-tanda :
a)Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian.
b)Bengkak dan lebam bahagian sendi.
c)Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera.
d)Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.

e)Terdapat tanda-tanda am renjatan

o
o

Terseliuh
berlaku bila ligamen sendi terkoyak @ teregang secara tiba- tiba menyebabkan
sendi tidak stabil.
Tanda : bentuk ganjil & cacat, bengkak dan lebam.
o Tergeliat (Sprain)
Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament pada bahagian persendian
akibat dari pergerakan yang melampaui batas.
Tanda-tanda dan Gejala tergeliat
a)Sakit bahagian yang tercedera.
b)Bengkak dan lebam pada bahagian persendian.
c)Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masih dapat mengerakkan
anggota tersebut.

Prinsip mengurus kecederaan tisu lembut

Rawatan R.I.C.E. - R ( Rest ) : Merehatkan bahagian yang cedera. Pelajar / atlit


terlibat tidak dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.

R.I.C.E - I ( Ice ) : Menggunakan ais pada bahagian yang cedera. Ais boleh
diaplikasikan secara langsung atau tidak langsung. Jika langsung, ketulan ais
perlu digerakkan dalam pergerakan bulatan. Aplikasi ais selama 5-10 minit dan
ulang setiap 3 jam atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat demikian.
R.I.C.E - I ( Ice ) : Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam pertama untuk
mengelakkan bengkak kerana pengumpulan cecair di tempat yang cedera.
Penggunaan ais ini boleh diteruskan sehingga 48 jam atau lebih. Walau
bagaimanapun, penggunaan ais ini akan menyebabkan bahagian terlibat berasa
kebas.
R.I.C.E - C ( Compression ) : Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera
dengan dua cara. Pertama, cara tidak langsung dengan pembalut bahagian
cedera, menggunakan bandage atau pita pelekat kain. Kedua, cara langsung,
iaitu dengan tekanan tangan. Perhatian perlu diberi supaya ikatan tidak terlalu
ketat sehingga mengganggu pengaliran darah.
R.I.C.E - E ( Elevation ) : Menaikkan bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi
dari paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan mengangkatkan kaki yang cedera
ke atas bangku sambil berbaring. Nota :

Dalam masa 72 jam pertama sebarang urut pada bahagian yang cedera tidak
dibenarkan. - Selepas 72 jam, mula dengan pergerakan perlahan diikuti dengan berlari
perlahan. Sekiranya tidak rasa sakit di bahagian yang cedera, murid dianggap telah
pulih.
RAWATAN KECEDERAAN
DR. ABC Sekiranya si mangsa tidak sedar diri, maka periksa samada : ~ Saluran
pernafasan tersekat atau tidak ( Airway ) ~ Kadar pernafasan normal ( Breathing ) ~
Pengaliran darah berjalan ( Circulation )

DR. ABC - D ( Danger) : Pastikan bahawa mangsa telah bebas daripada bahaya
disekitarnya. Contohnya, jika mangsa itu tersepit, maka benda yang
menyebabkannya tersepit telah disingkirkan

DR. ABC - R ( Response ) :Pembantu mula memerhatikan gerak balas mangsa


untuk memastikan keadaan sebenar mangsa. Mangsa sepatutnya bergerak
balas terhadap cahaya terang, suara panggilan, sebarang bunyi di sekitarnya,
sentuhan, bau dan rasa. Jika tiada gerak balas berlaku, mangsa itu berada
dalam keadaan tidak sedarkan diri atau dalam keadaan terkejut.
DR. ABC - A ( Airway) : Pastikan terdapat bukaan yang cukup untuk laluan
udara. Pastikan saluran udara tidak tersumbat untuk membolehkan mangsa
bernafas dengan baik.
DR. ABC - B ( Breathing) : Pastikan mangsa masih bernafas atau tidak. Ini boleh
dilakukan dengan meletakkan jari di hadapan hidungnya untuk mengesan
hembusan udara atau melihat sama ada mulutnya dibuka untuk bernafas. Jika
mangsa tidak bernafas, bantuan pemulihan pernafasan handaklah diberikan
dengan segera.
DR. ABC - C ( Circulation ) :Pastikan peredaran darah mangsa masih baik. Ini
dapat dilakukan dengan mengira nadi mangsa itu. Kehadiran nadi menunjukkan
bahawa jantung mangsa itu masih berdenyut. Nadi yang rendah menunjukkan
denyutan jantungnya lemah. Jika terdapat punca kehilangan darah, contohnya
luka, pendaharan itu mesti dikurangkan dengan membalut luka tersebut.

Kecederaan bahagian tangan, badan, kaki, kepala dan mata

Kecederaan
Cara mengurus kecederaan

Kemudahan dan peralatan pertolongan cemas dan rawatan kecederaan

Fungsi bilik rawatan sukan


o Tempat memberi rawatan
Saiz, lokasi, struktur dan pengelolaan dalaman bilik rawatan
Peralatan yang perlu ada di dalam bilik rawatan
Penyimpanan rekod

KOTAK PERTOLONGAN CEMAS ( FIRST AID KID )


Keperluan-keperluan sesebuah kotak pertolongan cemas adalah seperti berikut :
1.
Kotak yang bertutup untuk mengisi peralatan.
2.
Kain anduh tiga segi
3.
Kain kasa sucihama
4.
Kapas
5.
Kain pembalut gulung
6.
Kain pembalut gulung elastik ( crepe bandage )
7.
Plaster
8.
Ubat gosok atau minyak gosok
9.
Ubat luka ( lotion flavine, gentian violet atau burnol )
10.
Ubat cuci luka ( cetavlon atau dettol )
11.
Garam cium ( smelling salt )
12.
Penyepit ( forcep )
13.
Buku catitan
14.
Pin
15.
Pen/pensel
Kotak pertolongan cemas hendaklah selalu diperiksa supaya ianya bersih, alatannya
mencukupi dan kotak itu di tutup dengan baik bagi mengelakkan dimasuki oleh
serangga atau binatang. Selain itu, kotak pertolongan cemas perlu bertanda dengan
tanda bulan sabit merah atau palang merah. Ia perlu diletak di tempat yang selamat dan

mudah dilihat dan agak tinggi supaya tidak mudah diambil oleh kanak-kanak. Ubat
berbentuk cecair perlu ditutup rapat supaya tidak mudah tumpah atau bocor dan ditanda
dengan perkataan racun bagi bahan-bahan beracun.