Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI UMUM

Pada umumnya pengalaman 3 bulan pertama di sekolah adalah sangatsangatberharga dan penting dalam pengadaptasian guru dengan budaya
sekolah danPengajaran & Pembelajaran (P&P) subjek yang ditugaskan.
Program PembangunanGuru Baharu adalah satu inisiatif yang saya kira
amat bagus dan melambangkan keprihatian Kementerian Pelajaran
Malaysia dan semua pegawai dari peringkatpusat, ke Pejabat Pendidikan
Daerah dan dari sekolah sendiri.
Pementoran amat berkesan bagi saya kerana merasakan adanya figure
untuk saya merujuk apa sahaja kekusutan dan masalah yang saya hadapi
selama saya menyesuaikan diri kerana sememangnya sebagai guru
baharu,

segalanya

adalah

baru

bagi

saya.

Pengalaman

semasa

Rancangan Orientasi Sekolah dan Praktikum 3bulan semasa PPISMP


adalah sangat terhad dan tidak merangkumi segala yang guru harus
laksanakan secara realitinya di sekolah. Dengan adanya mentor, saya
tidak akan merasa malu untuk bertanya kerana mentor sememangnya
sedar akan keterbatasan saya.
Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan akan memastikan guru
berkualiti dapat dihasilkan dan membendung apa-apa masalah adaptasi
yang seringkali dihadapi guru baru. Sememangnya mencegah adalah
lebih baik dan lebih mudah daripada merawat.
Sepanjang fasa orientasi, saya merasakan bahawa saya telah mendapat
pengalaman yang sangat berharga dan saya bersedia menjadi guru untuk
jangka masa yang lebih lama. Tugas sebagai guru dirasakan amat sesuai
bagi saya yang berjiwa keibuan dan mengutamakan keluarga. Pelajar
harus dianggap seperti anak sendiri supaya didikan dapat dialirkan
dengan ikhlas dan berkesan.

Selain P&P, saya menyedari tugas guru lebih besar dan banyak dari
berada didalam kelas. Kita harus sentiasa bersedia memikul pengurusan
sekolah secarabekerjasama kerana kejayaan sesuatau sekolah adalah
hasil usahasama semuapihak, bukan hanya pengetua, atau sesetengah
guru, atau pelajar sahaja. Semuaguru memikul tanggungjawab ini dah
harus ikhlas dalam melaksanakan semuatugas yang tidak terbatas kepada
P&P

sahaja.

Ini

juga

memberi

pendedahan

kepadasaya

tentang

pengurusan organisasi yang cemerlang.

KEKUATAN

BERBANGKIT

KELEMAHAN

KEKANGAN

HALANGAN

ISU

Saya merasakan maklumat yang disampaikan tidak selaras dan agak


keliru apa sebenarnya yang harus saya lakukan, contohnya laporan
pementoran ini, pada awalnya saya berkefahaman ianya adalah sebulan
sekali sahaja. Tetapi saya agak terkejut apabila diarahkan untuk membuat
laporan perjumpaan bersama mentor seminggu dua kali pada setiap
bulan. Tetapi tidak dinafikan taklimat bersama mentor tempoh hari sangat
berguna dan padat dengan informasi. Cuma mungkin ada sedikit aspek
tentang pengurusan maklumat kepada pihak sekolah perlu diselaraskan
dengan lebih baik.
Dari segi kekangan, sebagai guru, banyak tugasan sedia ada selain
menyiapkan tugasan PPGB ini. Jadi guru mungkin agak tertekan dari segi
priority kerja kerana semuanya harus dilaksanakan secepat mungkin.
Waktu P&P sudah memenuhi waktu persekolahan/kerja guru jadi masa
untuk membuat tugasan lain agak terhad.Tetapi tidak dinafikan segalanya
sangat mampu dilakukan oleh guru cuma mungkin tekanan akan timbul.

CADANGAN
Saya mengharapkan template laporan disediakan dengan lebih informasi
tentangapa yang diingini oleh pihak pengurusan PPGB kerana saya sendiri
sedikit keliruapa yang saya harus tuliskan diruangan Bidang/Aspek.
Pada keseluruhannya, Program Pembangunan Guru Baharu ini amat
bermakna bagisaya kerana saya mendapat perhatian mentor dan pihak
pengurusan sekolah sertaPPD dan membantu saya dalam menyesuaikan
diri dengan budaya danpersekitaran sekolah.

Anda mungkin juga menyukai