Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

IZZAT SYAHIR B. MOHD RAMLI


Ketika proses membuat tugasan permainan kanak-kanak ini, saya telah menerima banyak
faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak
rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali apa itu
pergerakan asas dan permainan kanak-kanak. Saya juga mula merasai kepentingan subjek
ini terhadap diri saya sebagai bakal guru. Contohnya melaui tugasan ini, saya mula
memperlajari apa itu pendekatan bermain sambil belajar. Saya mula memahami bahawa
kebanyakan murid belajar melalui bermain. Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama
ketika bermain. Menseimbangkan bermain dan belajar ataupun membuat kerja, menjadi
rangka kerja yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran
kanak-kanak. Pemahaman guru berkenaan teori-teori perkembangan dan pembelajaran
serta interaksi kanak-kanak dengan guru dan rakan dapat membantu merancang
pembelajaran melalui bermain.
Semasa proses menyelesaikan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang sata hadapi
seperti kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Hal ini kerana buku yang dibekalkan di
perpustakaan IPGM Kampus Kota Bharu tidak mencukupi. Walaupun begitu, saya tidak
berputus asa dan cuba mencari maklumat-maklumat daripada sumber maklumat lain seperti
di internet.
Selain itu, melalui proses membuat tugsan ini secara berkumpulan telah melatih diri saya
untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Hal ini kerana tanpa disiplin yang baik tugasan ini
mungkin tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya. Saya juga tidak boleh bergantung
kepada orang lain untuk mendapatkan maklumat kerana tugasan kerja kursus pendek ini
adalah tugasan wajib kami sebagai seorang pelajar. Saya juga perlu menguruskan masa
sebaik mungkin agar tugasan ini dapat disiapkan tepat pada waktunya walaupun
mempunyai pelbagai halangan dan rintangan.
Selain itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya bagi menyiapkan ini terutama sekali kepada pensyarah saya yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih saya ucapkan
kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu memberi sumbangan idea
dan moral sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan ini telah memberikan bayak
faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta

menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi
melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan
negara.

MOHD AFIZI BIN MD ALI


Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang permainan-permainan kecil (invasion
game) untuk murid-murid. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih
mendalam serta terperinci mengenai tentang pergerakan asas ini. Saya juga dapat berfikir
dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan kerja kursus ini.
Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa
untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.
Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta
banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada kami.
Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat
kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk

memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah
kerja kursus ini dengan jayanya.
Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti
sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini
kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun
tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini.
Sekian, terima kasih.

MOHD SYAZWAN BIN MANSOR MUTULILI

Saya telah menerima satu tugasan lagi yang berkaitan dengan subjek Permainan Kanakkanak daripada pensyarah saya, iaitu Encik Yazid bin Deraman.
Tugasan ini memerlukan saya membuat kertas kerja berkaitan dengan permainan kanakkanak. Kumpulan saya dikehendaki membuat untuk ketegori jaring/dinding. Tanggapan
pertama saya apabila saya mendapat tugasan ini ialah tugasan ini sangat sukar. Setelah
saya meneliti dan menyelidik soalan tugasan yang diberikan, barulah satu faham segala
kemahuan tugasan ini dan ianya tidaklah sesukar yang saya sangkakan tetapi ianya agak
mencabar. Ini kerana saya dikehendaki mencipta satu permainan kanak-kanak untuk
ketegori jaring/dinding dan perlu pengelola permainan tersebut dari awal hingga akhir.
Permainan ini perlu dipersembahkan kepada pensyarah dan segalanya akan dinilai oleh
pensyarah.
Tugasan perancangan permainan kanak-kanak yang berdasarkan model Bhunker & Thorpe
ini telah banyak memberikan pengalaman yang bermakna kepada saya. Ini kerana
permainan ini telah banyak memberi saya pegetahuan mengenai sesuatu permainan.
Permainan kategori jaring/ dinding yang telah saya dan rakan hasilkan, hasil daripada
rujukan model tersebut banyak membantu dalam menjana idea baru terhadp permainan

kanak-kanak. Selain itu, banyak perkara baru yang dapat dipelajari bermula dari
penghasilan serta refleksi keseluruhan.
Melalui tugasan ini, kerjasama antara antara ahli kumpulan dapat diterapkan serta
mengeratkan tali silatulrahim yang telah lama terjalin antara kumpulan di samping
perhubungan di antara guru pelatih dengan pensyarah melalui kerjasama dalam
menghasilkan tugasan ini dengan jayanya.
Di kesempatan ini saya dari ahli jawatankuasa pertandingan permainan kanak-kanak
kategori jaring dan dinding dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada para pensyarah yang terlibat serta tetamu jemputan, semua ahli jawatankuasa
pertandingan, peserta-pserta pertandingan serta semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan pertandingan ini samaada secar langsung atau tidak langsung.
Di harap dengan tugasan dan pertandingan seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan
datang. Semoga pengalaman yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada semua ahli
yang terlibat dalam mendidik diri untuk menjadi seorang guru yang berjaya kelak.

Anda mungkin juga menyukai