Anda di halaman 1dari 7

5.1.4.

Analisis Data Nota Lapangan

Bagi menganalisis data kualitatif seperti nota lapangan, saya menganalisis


kandungan nota lapangan bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Merujuk kepada perkara di bahagian 5.1.2 iaitu di bahagian tindakan,
saya telah menjalankan enam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
sebanyak enam catatan nota lapangan telah saya buat.

Untuk menganalisis catatan pada nota lapangan, saya telah membaca dan
meneliti catatan secara berulang kali untuk mendapatkan gambaran umum bagi
tujuan interpretasi. Setelah membaca dan meneliti catatan tersebut, saya
mengkategorikan data kepada lima tema, iaitu dengan menggunakan warna yang
berbeza bagi melabelkan perkara penting dan perkara yang berkaitan dengan fokus
kajian. Saya menggunakan warna kuning untuk tema strategi pengajaran, warna biru
untuk perasaan, warna hijau untuk tingkah laku, warna merah jambu untuk motivasi
dan warna ungu untuk kesan pengajaran.

Rajah 5.19 hingga 5.24 menunjukkan enam analisis catatan nota lapangan
yang telah saya buat. Ia bertarikh 2 Februari 2015, 3 Februari 2015, 4 Februari
2015, 5 Februari 2015, 6 Februari 2015, dan 9 Februari 2015.

NOTA LAPANGAN
Tarikh

: 2 Februari 2015

Masa

: 7.45 8.45

Tempat

: Kelas 6 A

CATATAN
Saya memperkenalkan gambar rajah Tulang Ikan dan

KOD / TEMA
Strategi pengajaran

membimbing murid menyelesaikan masalah dengan

Tingkah laku

menggunakan beberapa contoh. Dua orang murid tidak

Motivasi

menumpukan perhatian ketika saya memberi penerangan.

Perasaan

Saya

menegur

mereka.

Barulah

mereka

memberi

tumpuan terhadap aktiviti pengajaran. Saya memberi satu


soalan

penyelesaian

masalah

untuk

mereka

cuba

selesaikan dengan menggunakan gambar rajah Tulang


Ikan dengan bimbingan saya. Mereka nampak seronok.

Rajah 5.19 : Nota Lapangan Bertarikh 2 Februari 2015

Rajah 5.19 menunjukkan hasil analisis nota lapangan terhadap strategi


pengajaran penyelesaian masalah pecahan melibatkan mencari nilai pecahan
daripada suatu kuantiti dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan. Pada
mulanya, terdapat dua orang murid tidak memberi tumpuan terhadap penerangan
saya. Setelah saya memberi teguran, mereka memberi tumpuan terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Murid juga berasa seronok semasa mereka
menggunakan gambar rajah Tulang Ikan untuk menyelesaikan soalan penyelesaian
masalah dengan bimbingan saya.

NOTA LAPANGAN
Tarikh

: 3 Februari 2015

Masa

: 1.15 1.45

Tempat

: Kelas 6 A

CATATAN
Saya memberi lembaran kerja kepada murid. Saya

KOD / TEMA
Strategi pengajaran

membimbing

Kesan pengajaran

murid

menjawab

masalah menggunakan gambar

soalan

penyelesaian

rajah Tulang Ikan. Tingkah laku

Mereka memberi tumpuan semasa aktiviti pengajaran dan

Motivasi

pembelajaran. Saya memuji mereka apabila mereka

Perasaan

dapat menjawab soalan dengan betul. Mereka berasa


bangga dan mahu menjawab soalan yang lain pula.

Rajah 5.20 : Nota Lapangan Bertarikh 3 Februari 2015

Rajah 5.20 menunjukkan hasil analisis nota lapangan bertarikh 3 Februari


2015 bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan gambar rajah
Tulang Ikan. Saya membimbing murid menjawab soalan nombor 1 hingga 4 dalam
lembaran kerja seperti di Lampiran 6. Keempat-empat murid saya memberi tumpuan
semasa saya membimbing mereka menyelesaikan masalah dengan menggunakan
gambar rajah Tulang Ikan. Mereka dapat menjawab soalan dengan bimbingan saya
dengan betul. Mereka berasa bangga dan mahu menjawab soalan penyelesaian
masalah yang lain.

NOTA LAPANGAN
Tarikh

: 4 Februari 2015

Masa

: 9.45 10.15

Tempat

: Bilik Ulang Kaji Kendiri

CATATAN
Murid menjawab soalan penyelesaian masalah dengan

KOD / TEMA
Strategi pengajaran

menggunakan gambar rajah Tulang Ikan dalam lembaran

Kesan pengajaran

kerja yang diberikan kepada mereka pada 3 Februari

Tingkah laku

2015. Aktiviti pada hari ini lebih kepada murid sendiri

Motivasi

menjawab soalan tetapi masih di bawah bimbingan saya.

Perasaan

Pada hari ini, murid lebih serius. Saya memberi teguran


apabila saya dapat mengesan kesilapan mereka. Saya
lihat mereka mula memahami strategi pengajaran saya.
Mereka berasa seronok apabila dapat menjawab soalan
dengan dengan betul.

Rajah 5.21 : Nota Lapangan Bertarikh 4 Februari 2015

Berdasarkan analisis nota lapangan dalam Rajah 5.21, strategi penyelesaian


masalah dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan mula menampakkan
keberkesanannya. Saya meminta murid cuba sendiri menjawab soalan penyelesaian
masalah nombor 5 dan 6 seperti di Lampiran 6 dengan menggunakan gambar rajah
Tulang Ikan tetapi masih dengan bimbingan saya dimana saya akan menegur jika
ada kesilapan yang mereka lakukan. Murid menunjukkan kesungguhan semasa
menjawab soalan dan berasa seronok apabila dapat menjawab soalan dengan betul.

NOTA LAPANGAN
Tarikh

: 5 Februari 2015

Masa

: 10.45 11.45

Tempat

: Kelas 6A

CATATAN
Saya meminta murid menjawab soalan penyelesaian

KOD / TEMA
Strategi pengajaran

masalah dalam lembaran kerja yang lain. Mereka

Kesan pengajaran

menjawab soalan dengan menggunakan gambar rajah

Tingkah laku

Tulang Ikan dengan tekun. Mereka tidak segan bertanya

Perasaan

kepada saya jika ada kemusykilan.

Mereka sangat

gembira apabila dapat menjawab soalan dengan betul.

Rajah 5.22 : Nota Lapangan Bertarikh 5 Februari 2015

Berdasarkan Rajah 5.22, analisis nota lapangan bertarikh 5 Februari 2015


menunjukkan bahawa murid tekun menjawab soalan penyelesaian masalah seperti
di Lampiran 7 dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan. Saya meminta
mereka menjawab mana-mana tiga daripada enam soalan yang terdapat dalam
lembaran kerja. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, murid
menjawab soalan sendiri tanpa bimbingan daripada saya. Saya melihat mereka tidak
lagi berasa segan untuk bertanya kepada saya jika mereka menghadapi masalah
untuk menyelesaikan soalan latihan yang diberi. Mereka juga berasa sangat gembira
apabila dapat menjawab kesemua soalan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa
mereka telah memahami strategi penyelesaian masalah ini.

NOTA LAPANGAN
Tarikh

: 6 Februari 2015

Masa

: 11.45 12.15

Tempat

: Bilik Ulang Kaji Kendiri

CATATAN
Saya meminta murid menjawab

soalan penyelesaian

KOD / TEMA
Strategi pengajaran

masalah dalam lembaran kerja dengan menggunakan

Kesan pengajaran

gambar rajah Tulang Ikan. Mereka berasa gembira dan

Tingkah laku

tidak

Motivasi

sabar-sabar

mahu

menjawab

soalan

dalam

lembaran kerja. Saya lihat mereka berbincang sesama

Perasaan

mereka. Mereka berjaya menjawab soalan dengan betul


dan

kelihatan

seronok

dan

bersemangat

untuk

menyiapkan latihan mereka.

Rajah 5.23 : Nota Lapangan Bertarikh 6 Februari 2015

Berdasarkan Rajah 5.23, ia menunjukkan hasil analisis nota lapangan


terhadap strategi penyelesaian masalah melibatkan mencari nilai pecahan daripada
suatu kuantiti dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan. Semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, saya dapat perhatikan empat orang murid saya
berasa gembira dan tidak sabar-sabar mahu menjawab soalan penyelesaian
masalah dalam lembaran kerja yang diberikan. Ada kalanya mereka dilihat
berbincang bersama-sama untuk menyelesaikan soalan yang agak sukar. Apabila
diberi pujian, mereka berasa seronok dan lebih bersemangat untuk menyiapkan
latihan.

NOTA LAPANGAN
Tarikh

: 9 Februari 2015

Masa

: 8.15 9.15

Tempat

: Kelas 6 A

CATATAN
Murid menjawab soalan penyelesaian masalah dalam

KOD / TEMA
Strategi pengajaran

lembaran kerja yang saya edarkan dengan menggunakan

Kesan pengajaran

gambar rajah Tulang Ikan. Mereka menjawab soalan

Tingkah laku

dengan bersungguh-sungguh. Mereka juga telah mahir

Motivasi

menggunakan

Perasaan

gambar

rajah

Tulang

Ikan

untuk

menyelesaikan masalah. Semasa saya meminta mereka


menunjukkan strategi penyelesaian di papan putih,
mereka berebut-rebut ingin mencuba. Mereka sangat
gembira apabila dapat menjawab soalan dengan betul.

Rajah 5.24 : Nota Lapangan Bertarikh 9 Februari 2015

Rajah 5.24 menunjukkan hasil analisis nota lapangan berdasarkan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran dalam sesi 6. Ia telah dijalankan pada 9 Februari
2015. Saya telah meminta murid menjawab soalan penyelesaian masalah dalam
lembaran kerja seperti di Lampiran 8. Mereka menjawab soalan dengan
bersungguh-sungguh. Setelah mereka menjawab soalan dalam lembaran kerja,
saya telah meminta mereka menunjukkan strategi penyelesaian masalah mencari
nilai pecahan daripada suatu kuantiti dengan menggunakan gambar rajah Tulang
Ikan di papan putih. Mereka berebut-rebut mahu memberikan jawapan. Mereka juga
dilihat telah mahir menggunakan gambar rajah Tulang Ikan untuk menjawab soalan
penyelesaian masalah.

Anda mungkin juga menyukai